Upload
others
View
130
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN
BILANGAN 5 TAHUN 2019
GARIS PANDUAN
TATACARA PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN
AKAUN BELUM TERIMA (eABT) BIL RAWATAN HOSPITAL
Bahagian Akaun, Kementerian Kesihatan Malaysia https://account.moh.gov.my
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
1
SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019
GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN
AKAUN BELUM TERIMA (eABT) – BIL RAWATAN HOSPITAL
1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara penggunaan Sistem
Pengurusan Akaun Belum Terima (eABT) bagi perekodan dan pengemaskinian bil
rawatan hospital yang masih tertunggak. Ini bagi memastikan transaksi melibatkan
tunggakan bil rawatan hospital boleh diperakaunkan dengan tepat dan kemaskini
dalam tempoh yang ditetapkan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Selaras dengan Pelaksanaan Perakaunan Akruan, rekod Akaun Belum
Terima (ABT) yang dilaporkan sebagai Nota Kepada Akaun (di bawah asas
tunai) perlu diakaunkan dan dilapor di dalam Penyata Kewangan Kerajaan
asas akruan.
2.2 Merujuk kepada Garis Panduan Polisi Peralihan Pelaksanaan Perakaunan
Akruan Bagi Kerajaan Persekutuan, bayaran perkhidmatan hospital diberi
tempoh masa peralihan sehingga 31 Disember 2020 untuk diperakaunkan
secara akruan di dalam sistem iGFMAS.
2.3. Pengurusan dan pemantauan ABT dalam pelaksanaan perakaunan akruan
Kerajaan Persekutuan perlu ditekankan supaya objektif berikut tercapai :
2.3.1 Membolehkan jumlah ABT dan tunggakan dilaporkan mengikut format
yang ditetapkan bagi membantu pihak pengurusan mengambil
tindakan susulan;
2.3.2 Memudahkan penganalisaan ke atas kedudukan jumlah Akaun Belum
Terima dan tunggakan; dan
2.3.3 Memantapkan pengurusan hasil secara menyeluruh di peringkat
pengurusan atasan bagi mengelakkan tunggakan dari terus menjadi
hutang lapuk.
2.4 Pada masa ini, perekodan ABT di beberapa buah hospital masih
menggunakan kaedah manual. Sehubungan itu, Sistem Pengurusan Akaun
Belum Terima (eABT) ini akan dilaksanakan ke semua Pusat
Tanggungjawab/ hospital yang masih merekodkan ABT Bil Rawatan secara
manual.
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
2
3. PEKELILING DAN PERATURAN BERKUATKUASA
3.1 MPSAS 9 – Hasil Daripada Urusniaga Pertukaran (Hasil Bukan Cukai).
3.2 MPSAS 23 – Hasil Daripada Transaksi Bukan Pertukaran (Hasil Cukai dan
Pindahan).
3.3 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019 –
Tatacara Pengurusan Terimaan. (Lampiran E: Garis panduan Akaun Belum
Terima).
3.4 Pekeliling Perbendaharaan WP 10.6-Pengurusan Akaun Belum Terima.
4. TAKRIFAN
4.1 Akaun Belum Terima
Amaun yang sepatutnya diterima tetapi belum diterima oleh Kerajaan yang
wujud daripada peristiwa lampau (past event) berasaskan kepada bil/invois.
4.2 Pelanggan
Pesakit atau individu yang menerima rawatan di hospital atau fasiliti
kesihatan.
4.3 Syarikat / Agensi Kerajaan
Syarikat Swasta atau Agensi Kerajaan/Badan Berkanun/ Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri/ Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima bil rawatan
hospital pesakit.
4.4 Guarantee Letter (GL) Pelanggan
Surat perakuan dari Syarikat/ Agensi Kerajaan yang mengesahkan
pelanggan adalah kakitangan Syarikat/Agensi Kerajaan tersebut.
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
3
5. FUNGSI SISTEM
5.1 Pengumpulan dan pengemaskinian Baki Awal ABT Bil Rawatan Hospital.
5.2 Menyelenggara daftar subsidiari ABT bagi hospital manual.
5.3 Menyediakan maklumat ABT Bil Rawatan Hospital mengikut kod hasil untuk
diakaunkan ke dalam sistem iGFMAS.
5.4 Sistem ini merupakan medium sementara bagi pelaporan dan
pengemaskinian data ABT Bil Rawatan Hospital sebelum KKM
membangunkan sistem terimaan yang boleh berintegrasi dengan iGFMAS.
6. PENTING
6.1 Sistem ini boleh diakses oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Hospital
bagi tujuan pemantauan, pengemaskinian dan pelaporan ABT.
6.2 Data ABT Bil Rawatan yang dikunci masuk hanya melibatkan vot/dana G000
(Dana Am) dan L734 (Dana Amanah Perkhidmatan Penyelidikan Laporan
Perubatan Dan Perkhidmatan Rawatan Di Bawah Skim Perkhidmatan
Pesakit Bayar Penuh Di Hospital Kerajaan).
6.3 Hanya data ABT Bil Rawatan sahaja dibenarkan dikunci masuk ke dalam
sistem ini.
6.4 Data yang dikunci masuk hanya melibatkan ABT Bil Rawatan Hospital yang
masih tertunggak dari 1 Januari 2015 dan ke atas. PTJ hendaklah mengunci
masuk data ABT tahun semasa terlebih dahulu sebelum mengunci masuk
data ABT tahun-tahun sebelumnya.
6.5 Data ABT Bil Rawatan bagi tahun 2014 dan sebelumnya perlu diselesaikan
dengan penghutang. Sekiranya tidak dapat dikutip, permohonan hapuskira
hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera. Data yang dikunci masuk
hanya data ABT Bil Rawatan dari tahun 2015 sehingga terkini.
6.6 Hospital adalah bertanggungjawab memastikan data yang dikunci masuk ke
dalam Sistem eABT adalah betul dan tepat.
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
4
7. TATACARA PENGGUNAAN eABT
7.1 LOG MASUK
7.1.1 URL bagi sistem eABT adalah seperti berikut:
http://10.22.208.39/eabt
7.1.2 Bagi Pengguna yang baru mengakses sistem kali pertama, Pengguna
hendaklah mendaftar di Daftar Pengguna Baharu (1) dengan
mengunci masuk maklumat yang diperlukan (2) dan klik ‘register’ (3).
7.1.3 Pengguna adalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab
menyelenggara rekod ABT di PTJ dan memantau ABT di peringkat
JKN. Pengguna boleh melebihi daripada seorang.
1
2
3
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
5
7.1.4 Untuk pendaftaran pengguna baru perlu menunggu pengesahan oleh
Bahagian Akaun.
7.1.5 Pemakluman pengesahan akan dihantar melalui emel rasmi
Pengguna.
7.1.6 Login eABT dengan mengunci masuk ID Pengguna dan Kata Laluan
yang telah diberi pengesahan.
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
6
7.2 PENUKARAN KATA LALUAN
7.2.1 Pengguna boleh menukar kata laluan (4) setelah log masuk ke dalam
sistem dan mengunci masuk maklumat yang diperlukan (5).
5
4
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
7
7.3 MENDAFTAR MAKLUMAT PELANGGAN
7.3.1 Pelanggan Baru
i. Bagi tujuan perekodan maklumat ABT manual ke dalam sistem
eABT buat kali pertama, modul Pelanggan perlu digunakan.
ii. Pengguna perlu klik medan ‘Pelanggan’ (6) dan ‘tambah’ (7)
untuk mendaftar pelanggan baru.
iii. Pengguna perlu mengunci maklumat (8) dan klik ‘simpan’ (9).
6
7
8
9
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
8
7.3.2 Pelanggan Sedia Ada
i. Bagi pengemaskinian rekod pelanggan yang sedia ada dalam
sistem eABT, klik modul Pelanggan (10) dan membuat carian
maklumat pelanggan dengan menggunakan maklumat nama
atau nombor kad pengenalan (11) seterusnya klik ‘papar’
(12).
ii. Setelah pendaftaran dan carian maklumat pelanggan berjaya,
Pengguna perlu klik ‘kemaskini’ (13) sekiranya terdapat
perubahan maklumat pelanggan. Pengguna hendaklah
mengunci masuk maklumat yang baru (14) dan klik ‘kemaskini’
(15).
11
12
13
10
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
9
7.3.3 Pengemaskinian Maklumat MRN Pelanggan
i. Seterusnya Pengguna boleh mengemaskini no. MRN
pelanggan dengan klik ‘perincian’ (16) pada maklumat
pelanggan berkaitan dan klik ‘tambah’ (17) untuk mengunci
masuk maklumat MRN Pelanggan serta ‘simpan’ (18).
16
17
14
15
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
10
18
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
11
7.4 MENDAFTAR MAKLUMAT SYARIKAT / AGENSI KERAJAAN
7.4.1 Syarikat / Agensi Kerajaan Baru
i. Pengguna perlu membuat carian Syarikat/Agensi Kerajaan
sedia ada terlebih dahulu.
ii. Sekiranya tiada, Pengguna perlu klik modul Syarikat/Agensi
Kerajaan (19) dan ‘tambah’ (20) untuk mendaftar
Syarikat/Agensi Kerajaan baru.
iii. Pengguna perlu mengunci maklumat di medan (21) seperti di
bawah dan klik ‘simpan’ (22).
7.4.2 Syarikat / Agensi Kerajaan Sedia Ada
i. Bagi Syarikat/Agensi Kerajaan yang sedia ada di dalam sistem
eABT, klik modul Syarikat/Agensi Kerajaan (23) dan carian
maklumat boleh dibuat dengan menggunakan maklumat nama
syarikat (24) seperti dibawah dan klik ‘papar’ (25).
20
21
22
19
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
12
ii. Setelah pendaftaran dan carian maklumat Syarikat/Agensi
Kerajaan berjaya, Pengguna perlu klik ‘kemaskini’ (26)
sekiranya terdapat perubahan maklumat Syarikat/Agensi
Kerajaan. Pengguna hendaklah mengunci masuk maklumat
terkini (27) dan klik ‘kemaskini’ (28).
24 25
26
27
28
23
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
13
7.5 PENGGUNAAN GL PELANGGAN
7.5.1 Sekiranya pelanggan tersebut adalah pelanggan yang baru pertama
kali menggunakan GL, pengguna hendaklah menggunakan modul GL
Pelanggan (29). Klik ‘tambah’ (30) dan pilih pelanggan yang berkaitan
(31).
7.5.2 Pilih Syarikat/Agensi Kerajaan yang berkaitan dengan GL Pelanggan
(32) dan klik ‘simpan’ (33).
30
31
32
33
29
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
14
7.5.3 Pengguna boleh membuat semakan sama ada pelanggan tersebut
telah dikemaskini maklumat Syarikat/Agensi Kerajaan dengan
menggunakan modul GL Pelanggan (34). Pengguna hendaklah
membuat carian pelanggan tersebut dengan menggunakan nama/
no.kad pengenalan/ no.passport (35) seperti berikut dan klik ‘papar’
(36).
34
35 36
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
15
7.6 DAFTAR MAKLUMAT BIL PELANGGAN
7.6.1 Bagi tujuan perekodan kali pertama, Pengguna hendaklah mengunci
masuk maklumat ABT pada modul Daftar ABT (37) dan klik ‘tambah’
(38) serta klik ‘pilih’ (39) untuk memilih pelanggan. Pastikan
maklumat pelanggan telah diwujudkan seperti tindakan di 7.5.
7.6.2 Pengguna hendaklah mengunci masuk maklumat bil pelanggan (40)
dan klik ‘simpan’ (41).
37
38
39
9+
40
41
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
16
7.6.3 Sekiranya pengguna ingin meminda maklumat ABT, klik modul Daftar
ABT (42). Isikan maklumat pada carian maklumat ABT (43) dan klik
‘papar’ (44).
7.6.4 Klik ‘kemaskini’ (45) dan kunci masuk maklumat (46) sekiranya
Pengguna hendak meminda maklumat bil pelanggan seterusnya klik
‘kemaskini’ (47).
43
44
45
3
42
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
17
46
47
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
18
7.7 PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAYARAN
7.7.1 Sekiranya terdapat penerimaan bayaran daripada pelanggan yang
berkaitan, pengguna hendaklah menggunakan modul Daftar ABT
(48). Seterusnya isi maklumat yang diperlukan (49) dan klik ‘papar’
(50).
7.7.2 Seterusnya klik ‘perincian’ (51) seperti dibawah:-
51
50
49
48
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
19
7.7.3 Klik ‘tambah’ (52) untuk mengunci masuk maklumat bayaran yang
diterima.
7.7.4 Isi maklumat yang diperlukan (53) dan klik ‘simpan’ (54).
52
53
54
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
20
7.8 PENGEMASKINIAN MAKLUMAT HAPUSKIRA ABT
7.8.1 Kunci Masuk Maklumat Permohonan Hapuskira
i. Pengguna hendaklah menggunakan modul Hapuskira (55)
untuk mengunci masuk maklumat permohonan hapuskira.
ii. Klik ‘tambah’ (56) untuk mengunci masuk maklumat
permohonan.
iii. Isikan maklumat permohonan (57) dan klik ‘add’ (58).
7.8.2 Pengemaskinian Maklumat Kelulusan Hapuskira
i. Pengguna juga akan menggunakan modul Hapuskira (59)
untuk mengemaskini maklumat kelulusan hapuskira yang telah
diperoleh daripada Pegawai Pengawal atau Ketua Setiausaha
Perbendaharaan.
ii. Masukkan no. rujukan permohonan dan klik ‘papar’ (60) untuk
mengemaskini maklumat kelulusan hapuskira. Seterusnya klik
‘kemaskini’ (61) pada maklumat hapuskira berkenaan.
56 55
57
58
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
21
iii. Isikan maklumat kelulusan (62) dan klik ‘EDIT’ (63).
iv. Seterusnya Pengguna hendaklah memadankan maklumat
hapuskira yang telah dikunci masuk dengan bil pelanggan
tersebut. Pengguna perlu membuat carian maklumat hapuskira
yang dikehendaki (64). Klik ‘papar’ (65) dan ‘perincian’ (66)
pada maklumat hapuskira yang dikehendaki.
59
62
63
64 65
66
60
61
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
22
v. Klik ‘tambah’ (67) dan buat carian maklumat pelanggan dengan
memilih bil lebih daripada tujuh (7) tahun atau bil kurang
daripada tujuh (7) tahun (68) seterusnya klik ‘papar’ (69).
vi. Pengguna hendaklah klik butang ‘pilih’ (70) pada bil yang
dikehendaki. Masukkan amaun hapuskira (71) dan klik ‘add’
(72).
67
68 69
70
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
23
72 71
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
24
7.9 MENJANA LAPORAN
7.9.1 Laporan Daftar ABT
i. Pengguna boleh menjana laporan daftar ABT bagi tujuan
pemantauan ABT Bil Rawatan.
ii. Klik modul Laporan dan pilih Laporan Daftar ABT (72).
Masukkan maklumat tarikh hingga dan usia tunggakan (73)
dan klik ‘cari’ (74).
7.9.2 Laporan Baki Kemaskini Akaun Belum Terima (ABT) Bil Hospital-
Jurnal ABT ke iGFMAS.
i. Pengguna boleh menjana laporan ini dengan klik modul
Laporan dan pilih Laporan Baki Kemaskini Akaun Belum
Terima (ABT) Bil Hospital –Jurnal ABT ke iGFMAS (75).
Masukkan maklumat tahun kewangan (76) seterusnya klik
‘cari’ (77).
72
73
74
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
25
7.9.3 Laporan ABT-1a
i. Pengguna boleh menjana laporan ini dengan klik modul
Laporan dan pilih Laporan ABT-1a (78). Masukkan maklumat
tarikh hingga (79) seterusnya klik ‘cari’ (80).
ii. PTJ boleh meminda laporan ini mengikut keperluan Bahagian
lain dengan klik ‘Eksport excel’ (81).
75
76 77
78
79
80
81
Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM
26
7.10 LOG KELUAR DARIPADA SISTEM
7.10.1 Pengguna perlu klik ‘Log Keluar’ (72).
8. PENUTUP
Dengan adanya garis panduan ini, diharap pengurusan perakaunan dan pelaporan
Akaun Belum Terima bagi bil rawatan hospital dapat dilaksanakan dengan tepat
dalam tempoh yang ditetapkan selaras dengan piawaian perakaunan akruan yang
berkuatkuasa.
9. PERTANYAAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai garis panduan ini, PTJ
boleh merujuk kepada pihak berikut:
Setiausaha Bahagian Akaun
Bahagian Akaun
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
(u/p: Fariza Hanim Binti Radzuan / Shazita Binti Ishak)
E-mel: [email protected]
Telefon: 03-8883 3265/3301
72