7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 1/36
MPU 1024
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I
CADANGAN KAJIAN KUALITITATIF:
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN EMPAT
DI SMK SAINT JOSEPH (B), JOHOR BAHRU.
Disediakan oleh:
NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. MATRIK
Mazura Binti Mahtar (Ketua) 770703115420 MP121071
Norliza Binti Mohamad 831109015626 MP121904
Noorulhuda Binti Abd. Jalil 840914015076 MP121097
Nur Hafizah Binti Jasni 840902015650 MP121118
Kursus:
Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pengajaran)
Semester 1 (2012/2013)
Pensyarah:
Prof. Madya A. Rahim Bin Hamdan
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 2/36
ISI KANDUNGAN
Halaman
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Rasional Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 6
BAB 2 : SOROTAN PENULISAN 8
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 15
3.2 Rekabentuk Kajian 15
3.3 Populasi, Sampel & Lokasi 15
3.4 Instrumen Kajian 16
3.5 Analisis Data 17
3.6 Penutup 18
RUJUKAN 19
LAMPIRAN 21
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 3/36
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Mata pelajaran Sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, mata pelajaran Sejarah mempunyai
kepentingannya yang tersendiri dalam proses memupuk semangat kewarganegaraan dan
patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pemahaman tentang
persitiwa masa lalu adalah amat penting dalam meningkatkan nasionalisme kepada negara.
Selain itu, Sejarah juga memberi pengetahuan kepada manusia untuk mengetahui perkara
yang berlaku pada masa sekarang dan mendepani perkara pada masa akan datang.
Pembelajaran koperatif dilihat sebagai salah satu pembelajaran yang berkesan dalam
mempelajari mata pelajaran Sejarah. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan
pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar tidak kira sama ada mereka
mengamalkannya di dalam mahupun di luar bilik darjah. Pada masa ini, pembelajaran
koperatif bukanlah sesuatu yang asing bagi guru-guru dan pelajar di sekolah. Hal ini adalah
kerana sudah banyak pihak terutamanya para guru dan pelajar telah menyedari akan
kelebihan pembelajaran koperatif yang sangat berkesan untuk diamalkan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Pelbagai implikasi positif dapat diperoleh sekiranya para pelajar mengamalkan
pembelajaran koperatif ini. Antaranya adalah mereka dapat meningkatkan pencapaian dalam
pelajaran. Secara tidak langsung, mereka dapat meningkatkan motivasi semasa perbincangan
kumpulan diadakan di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Dengan itu,
pelajar dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Hal ini disokong dengan kajian yang
dijalankan oleh Rosli Md. Husain (1972) dalam Kajian Keberkesanan Pembelajaran
Koperatif terhadap Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan Empat.
Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar dapat menguasai dan mengamalkan
kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran sosial, sikap saintifik, dan nilai murni.
Memandangkan pembelajaran koperatif dapat memberi banyak manfaat dan kesan yang
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 4/36
positif, maka para pelajar mestilah mengamalkan dan mengaplikasikannya bagi
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran di samping dapat mengharumkan nama baik
sekolah dengan kejayaan akademik yang dikecapi.
1.2 Latar Belakang Kajian
Terdapat persepsi pelajar bahawa mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran
yang membosankan, sukar dan tidak relevan dengan keperluan dunia yang berorientasikan
sains dan teknologi hari ini. Pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan guru Sejarah
adalah berbentuk pengajaran tradisional seperti kuliah, berpusatkan guru dan latih tubi secara
individu. Menurut Johnson dan Johnson (1989), pengajaran tradisional merupakan kaedah
pengajaran yang pasif dan tidak memberangsangkan. Kaedah pengajaran yang digunakan
dalam kelas menjadi salah satu faktor pelajar kurang berinteraksi sesama rakan seterusnya
kurang meminati mata pelajaran Sejarah.
Berdasarkan maklumat daripada Setiausaha Jawatankuasa Daerah Mata Pelajaran
Sejaran bagi Daerah Johor Bahru, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi negeri Johor dari
tahun 2006 hingga 2011 adalah seperti berikut, tahun 2006 (60.72% , GPMP 6.72), 2007
(62.79%, GPMP 6.69), 2008 (68.42%, GPMP 6.23), 2009 (70.43%, GPMP 6.05), 2010
(73.19%, GPMP 5.91) dan tahun 2011 (81.33%, GPMP 5.20). Bertitik tolak daripada
persepsi negatif dan pencapaian yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran Sejarah,
kajian ini dilakukan untuk memberi tumpuan kepada kaedah pembelajaran mata pelajaran
Sejarah.
Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi kepada pengajaran dan pembelajaran
yang sudah sedia ada. Kajian-kajian lepas menunjukkan interaksi sesama pelajar yang
menjadi ciri utama pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar.
Namun begitu, kajian penggunaan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sejarah
berbentuk kualitatif belum begitu meluas. Kebanyakan kajian yang telah dijalankan di
Malaysia adalah dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 5/36
Walaupun begitu, rasional Sejarah dijadikan mata pelajaran tidak boleh
dikesampingkan. Mata pelajaran Sejarah dilihat mempunyai kepentingannya yang tersendiri
sehingga dijadikan mata pelajaran wajib lulus selain Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013.
Selain itu, mata pelajaran Sejarah yang ditawarkan di peringkat tingkatan empat
mempunyai kepentingan dari segi kursus yang ingin diambil pelajar seperti perundangan.
Antara objektif yang terkandung dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat adalah
meningkatkan sebab musabab, kesan, serta kesinambungan serta perubahan peristiwa sejarah,
menganalisis serta merumus peristiwa dan fakta sejarah secara kritis dan rasional dan
memperteguh rasa tanggungjawab sebagai warganegara yang sanggup berkorban demi
kedaulatan negara.
Maka kajian ini penting untuk menentukan tahap keberkesanan pembelajaran
koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat.
Keberkesanannya diukur melalui hasil pembelajaran pelajar iaiatu pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah tingkatan empat.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajan ini diperlukan kerana guru Sejarah di SMK Saint Joseph (B), Johor Bahru
masih mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Tambahan pula
prestasi pelajar masih dianggap kurang memuaskan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada Setiausaha Peperiksaan, SMK Saint Joseph (B), keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
bagi mata pelajaran Sejarah adalah seperti berikut, bagi tahun 2006 (24.29%, GPS 8.51),
2007 (45.56%, GPS 8.51), 2008 (39.51%, GPS 8.12), 2009 (63.8%, GPS 7.17), 2010
(69.23%, GPS 6.49) dan bagi tahun 2011 (76.06%, GPS 5.89).
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 6/36
1.4 Objektif Kajian
Secara terperincinya, kajian ini ingin mencapai objektif berikut:
1.4.1 Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap amalan
pembelajaran pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran Sejarah di SMK
Saint Joseph (B), Johor Bahru.
1.4.2 Melihat sejauhmana pembelajaran koperatif dapat membantu pelajar tingkatan
empat dalam mencapai keputusan yang lebih baik berbanding kaedah
pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian yang dinyatakan, soalan-soalan kajian berikut
dibentuk adalah untuk menjawab beberapa aspek kajian secara lebih spesifik:
1.5.1 Bagaimanakah pembelajaran koperatif memberi kesan kepada amalan
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat.
1.5.2 Bagaimanakah pembelajaran koperatif dapat membantu pelajar tingkatan
empat dalam mencapai keputusan yang lebih baik berbanding kaedah
pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 7/36
1.6 Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk:
1.6.1 Pelajar mengamalkan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan pencapaian
dalam mata pelajaran Sejarah dan juga mata pelajaran lain.
1.6.2 Pelajar meningkatkan kefahaman dalam satu-satu mata pelajaran melalui
pembelajaran koperatif.
1.6.3 Pelajar tanpa bimbingan guru mengamalkan pembelajaran koperatif selepas
sesuatu topik diajar di sekolah.
1.6.4 Guru menggunakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah di samping kaedah pembelajaran sedia ada.
1.6.5 Guru berkeyakinan terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif sebagai
salah satu strategi pembelajaran di sekolah.
1.6.6 Guru dapat mengenal pasti kebolehan dan keperluan setiap pelajar melalui
pembelajaran koperatif.
1.6.7 Pihak sekolah berinisiatif menyediakan persekitaran sekolah yang lebih
kondusif untuk menggalakkan pembelajaran koperatif.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 8/36
1.7 Batasan Kajian
Skop kajian adalah untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan empat. Dalam kajian ini,
responden atau subjek kajian terbatas kepada pelajar tingkatan empat yang mengambil mata
pelajaran Sejarah.
Responden terdiri daripada pelajar tingkatan empat. Kajian ini dijalankan di SMK
Saint Joseph (B) kerana prestasi mata pelajaran Sejarah yang masih rendah berbanding
prestasi sekolah menengah harian lain di daerah Johor Bahru.
1.8 Definisi Istilah
Keberkesanan :
Perkataan keberkesanan berasal daripada kesan. Kamus Dewan (1994). Kesan
bermaksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau keburukan.
Manakala keberkesanan bermaksud berkesannya tindakan atau sesuatu perbuatan. Dalam
konteks kajian ini, keberkesanan bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada
penggunaan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah tingkatan empat.
Pembelajaran Koperatif :
Pembelajaran koperatif merupakan strategi yang diperkenalkan dalam sistem
pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, pelajar-pelajar digalakkan berdikari dalam
meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini membolehkan pelajar
yang heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama.
Pengelompokan pelajar kepada kumpulan kecil merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi
oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini. Langkah seterusnya diserahkan kepada
kumpulan-kumpulan pelajar berkenaan untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat,
pelapor dan seumpamanya. Aktiviti ini memberi ruang kepada pelajar berinteraksi serta
menyesuaikan diri antara satu sama lain. Selain itu, pembelajaran koperatif boleh digunakan
di luar waktu persekolahan.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 9/36
Pencapaian :
Kamus Dewan mendefinisikan pencapaian sebagai perkara yang telah dihasilkan atau
diperoleh. Dalam konteks kajian, pencapaian merujuk kepada pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah tingkatan enam.
Sejarah :
Sejarah adalah satu cabang ilmu yang berasal daripada Yunani. Sejarah sebagai satu
ilmu yang memerlukan kepada penyiasatan dan penyelidikan tentang peristiwa lampau
berdasarkan bukti yang ditemui. Daripada sejarah, seseorang itu dapat mengenali akar umbi
dan jatuh bangunnya sesuatu bangsa itu. Daripada peristiwa sejarah juga seseorang dapat
memahami hukum sebab akibat daripada sesuatu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 10/36
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan kajian-kajian lepas tentang pembelajaran koperatif, ciri-ciri
pembelajaran koperatif, strategi meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif dan
kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan amalan pembelajaran koperatif di dalam negara
dan di luar negara.
Kajian-kajian lepas ini akan membantu penyelidik memperoleh dan mengumpul
maklumat latar belakang kajian serta mendapat gambaran awal tentang perkara yang perlu
ada dalam kajian ini.
2.2 Pembelajaran Koperatif
Menurut Slavin (1995) pembelajaran koperatif ialah kaedah pembelajaran kerjasama
yang memerlukan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas
pembelajaran rakan sekumpulan mereka selain pembelajaran diri sendiri atau individu.
Pembelajaran koperatif dikenali sebagai pembelajaran berkumpulan yang terdiri daripada
pelajar semua peringkat pencapaian, belajar bersama-sama, membantu antara satu sama lain
untuk mencapai satu matlamat pembelajaran. Stein dan Hurd (2000), menyatakan bahawa
pembelajaran koperatif di dalam kelas merupakan panduan yang berguna oleh guru untuk
menerapkan semangat berpasukan.
2.3 Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
Kagan (1995), telah mengenal pasti beberapa ciri berhubung kait dengan
pembelajaran koperatif yang berkesan iaitu interaksi bersemuka, akauntabiliti secara
individu, kemahiran sosial, saling pergantungan secara positif dan penilaian kumpulan.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 11/36
Terdapat lima perkara yang perlu dipegang dalam pembelajaran koperatif (Johnson dan
Johnson, 1991). Antaranya ialah ahli-ahli saling bergantung secara positif. Setiap ahli
kumpulan mesti sedar bahawa mereka mempunyai kaitan dengan orang lain dan usaha untuk
melakukan sesuatu tidak akan berjaya jika usaha tidak dilakukan bersama. Setiap ahli
kumpulan harus sedar mereka saling bergantung dalam melaksanakan beban tugas. Dalam hal
ini, ahli-ahli kumpulan sedar mereka tenggelam bersama-sama. Sehubungan dengan itu,
interaksi bersemuka merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam pembelajaran
koperatif. Dalam elemen ini, setiap ahli perlu berkomunikasi secara bersemuka, membuat
kerja bersama dan menunjukkan kesungguhan untuk berkongsi maklumat dan berbincang
dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan dan mencapai matlamat kumpulan.
Ciri-ciri ini juga boleh dilihat melalui Stein dan Hurd (2000) dalam buku Using Students
In The Classroom menyatakan terdapat kriteria pembelajaran koperatif yang berjaya. Kriteria
ini diambil daripada lima elemen yang dicadangkan oleh Meyers dan Jones (1993):
1. Saling Kebergantungan Secara Positif (Positive Interdependence)
- Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan
adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di antara satu sama lain
untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu
mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran
rakan-rakan sekumpulan. Hal ini bermakna semua ahli mesti berjaya sebelum
kumpulan boleh dianggap sudah berjaya.
- 2. Akauntabiliti Individu (Individual Accountability)
- Setiap orang ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar.
Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamatkumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan setiap orang ahli
kumpulan akan menjadi individu yang lebih berkebolehan. Hal ini bermakna
setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara berkoperatif, setiap
orang ahli kumpulan mesti berupaya menyiapkan tugasan yang serupa secara
bersendirian.
- Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia
adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat
secara individu.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 12/36
3. Interaksi Kumpulan (Group Interaction)
- Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu
sama lain secara bersemuka. Sebanyak mungkin peluang dan masa perlu
diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya
mereka dapat membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di
antara satu sama lain untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.
- Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu,
berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan
termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, berbincang dan mengajar
perkara yang diketahui kepada orang lain.
4. Kemahiran Sosial (Social Skills)
- Johnson dan rakan-rakan menyatakan bahawa manusia tidak dilahirkan
dengan naluri untuk berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. Justeru,
kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang
lain tidak akan wujud secara automatik apabila diperlukan. Pelajar-pelajar
mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran
koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif.
Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan komunikasi,
mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan, dan
melicinkan pengurusan konfliki dalam kumpulan.
- Agar pembelajarn koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial
kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan,
membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan
konflik.
5. Pemprosesan Kumpulan (Group Processing)
- Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yang
dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Hal ini boleh dilakukan dengan meminta
ahli-ahli kumpulan berbincang sama ada kumpulan mereka telah mencapai
matlamat dan juga hubungan baik bekerjasama telah dikekalkan ke arah
mencapai matlamat itu.
-
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 13/36
2.4 Strategi Pembelajaran Koperatif
Berdasarkan cadangan Johnson dan Johnson (1991), terdapat beberapa strategi
meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif. Antaranya ialah:
1. Pembahagian kumpulan yang membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan bekerja
dengan berkesan bersama-sama. Faktor yang paling utama di sini ialah bilangan
ahli dalam kumpulan. Kumpulan kecil mengandungi tiga atau empat ahli didapati
paling efektif. Kumpulan yang terlalu besar kurang efektif kerana pembabitan ahli
kumpulan cenderung menjadi tidak sama rata. Di samping itu, pembentukan
kumpulan sebaiknya dilakukan oleh guru bagi mengelakkan pelajar berkumpul
sesama mereka sahaja.
2. Tugasan per lu distruktur supaya ahli kumpulan saling bergantung untuk
mencapai objektif yang ditentukan. Elakkan memberi tugasan yang boleh
diselesaikan tanpa perlu pembabitan setiap ahli kumpulan. Hal ini boleh
menyebabkan ada ahli kumpulan yang 'lepas tangan' ataupun dipinggirkan oleh
orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya tidak dapat
dicapai.
3. Jadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap individu dan
kumpulan . Satu cara ialah melalui pemberian markah. Setiap pelajar mendapat
markah individu dan markah kumpulan bergantung kepada markah individu.
Dengan cara itu setiap pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik
untuk diri sendiri dan juga kumpulan.
4. Berikan garis panduan tingkah laku dan kemahir an berkomun ikasi kepada
pelajar. Guru perlu menjelaskan kepada pelajar tentang tingkah laku yang wajar
dan tidak wajar semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu
meberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana menyuarakan
pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat.
5. Pastikan jenis dan kuantiti interaksi antara pelajar berpatutan. Guru perlu
mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan
di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 14/36
tugasan. Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak
meminggirkan mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga tidak
dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja.
2.5 Kajian Lepas Pembelajaran Koperatif
Pelbagai kajian dijalankan di Barat sejak kajian pertama 1898. Kajian-kajian koperatif
juga telah dijalankan di Malaysia. Kajian-kajian lepas ini telah dijadikan panduan dalam
membuat kajian ini walaupun terdapat kelainan pada sampel yang dikaji. Kajian ini juga
boleh dianggap sebagai kesinambungan daripada kajian yang lepas.
2.6 Dapatan Kajian-kajian di Malaysia
Tor Geok Hwa (2004), telah mengkaji keberkesanan pembelajaran koperatif dalam
mata pelajaran Sejarah. Kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian Sejarah
melalui pembelajaran koperatif.
Kajian yang dijalankan oleh Balan dan Mohan Rathakrishnan pula mendapati pelajar
yang menggunakan strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan prestasi pencapaian
dalam mata pelajaran Sejarah. Pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap
topik yang diajar malah dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk
menyelesaikan masalah dengan lebih yakin.
Di samping itu, terdapat satu kajian yang dijalankan di Malaysia tentang pembelajaran
koperatif yang menggunakan teknik Jigsaw Aronson dan diubah suai untuk pembelajaran
mata pelajaran Sejarah yang berkesan. Hal ini boleh diterangkan seperti rajah 1:
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 15/36
Rajah 1 : Strategi Jigsaw
Rajah 2: Pengubahsuaian Pembelajaran Koperatif Model Jigsaw Aronson dalam Pengajaran
Sejarah.
Kumpulan Pakar
Kumpulan Asal
yang diberi latihan
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 16/36
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pembelajaran koperatif Jigsaw model
Aronson, pelajar yang dilatih merupakan pelajar yang berkebolehan berbanding rakan lain
dalam kumpulan yang lebih rendah pencapaian akademik mereka. Walau bagaimanapun,
pengubahsuaian dalam Rajah 2 di atas, mengandaikan semua pelajar memiliki kebolehan
yang hampir sama, justeru masing-masing akan diberi latihan khusus untuk subtajuk masing-
masing.
Kajian oleh Suhaida Abdul Kadir dan rakan-rakan dalam Kajian Kesan Strategi
Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi pelajar Dalam Pendidikan Perakaunan (2006)
menyatakan bahawa perlunya pembelajaran koperatif dipraktikkan dalam program
pendidikan guru bagi membiasakan guru pelatih dengan teknik pembelajaran ini.
Kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahaya dan Intan Sapinas Bahuri pula menyatakan
dengan jelas bahawa kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan meningkatkan tahap
pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan menimbulkan keseronokan untuk belajar
di samping mengeratkan perhubungan sosial antara pelajar dengan guru.
2.7 Dapatan Kajian-kajian di Luar Negara
Menurut David W. Johnson dan Roger Johnson, terdapat lebih 500 kajian di Barat
yang menyatakan pembelajaran koperatif adalah strategi pembelajaran yang efektif. Kagan
pula menyatakan bahawa pembelajaran koperatif telah dikenal pasti sebagai pembelajaran
yang berjaya membawa kesan positif terhadap pelajar. Melalui kajian yang dijalankan Slavin
(1995), beliau melihat pembelajaran koperatif sesuai digunakan dalam semua mata pelajaran.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 17/36
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bagi menjalankan kajian, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu kajian
kualitatif, kuantitatif atau kaedah gabungan. Bagi tujuan kajian kali ini, pengkaji memilih
kajian berbentuk kualitatif.
Menurut Trochim (2006), terdapat empat cara untuk mendapatkan data bagi kajian
kualitatif iaitu memalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen serta audiovisual.
3.2 Rekabentuk Kajian
Bagi melihat keberkesanan pembelajaran kooperatif dalam mata pelajaran Sejarah
Tingkatan Empat di sekolah menengah daerah Johor Bahru, pengkaji memilih kutipan data
secara temubual bersama guru mata pelajaran, pemerhatian terhadap pembelajaran pelajar
sepanjang pembelajaran kooperatif dilaksanakan dan analisis dokumen terhadap rekod
prestasi pelajar sebelum dan selepas pembelajaran kooperatif dijalankan.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi dan sampel yang dipilih adalah daripada berdasarkan kaedah persampelan
bertujuan.
3.3.1 Populasi
Terdiri daripada 96 orang pelajar dan dua orang guru mata pelajaran Sejarah di
SMK Saint Joseph (B), Johor Bahru.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 18/36
3.3.2 Sampel
Bagi melihat keberkesanan pembelajaran kooperatif dalam mata pelajaran
Sejarah Tingkatan Empat di SMK Saint Joseph (B), sampel terdiri daripada pelajar
Tingkatan 4 Gagah yang terdiri daripada 36 orang pelajar dan seorang guru.
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Dokumen Peperiksaan
Terdapat beberapa dokumen peperiksaan yang digunapakai dalam kajian ini
bagi tujuan analsisi dokumen seperti analisis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2011 bagi mata pelajaran sejarah, keputusan SPM 2011 bagi mata pelajaran
Sejarah bagi SMK Saint Joseph (B), keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2012
mata pelajaran Sejarah tingkatan 4 dan keputusan peperiksaan akhir tahun 2012 bagi
setiap pelajar yang terlibat dalam kajian.
3.4.2 Borang Pemerhatian
Borang pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini mengandungi catatan
berkaitan tingkahlaku yang ingin diperhatikan oleh pengkaji. Bagi tujuan kajian
keberkesanan pembelajaran kooperatif dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat
di SMK Saint Joseph (B), dua jenis borang pemerhatian telah disediakan:
3.4.2.1 Borang pemerhatian untuk pengkaji memerhati pelajar dan guru
3.4.2.2 Borang pemerhatian untuk guru memerhati pelajar
3.4.3 Soalan temubual untuk guru
Bagi mendapatkan data yang lebih terperinci, temubual dengan guru
dijalankan bagi melihat wujudnya perbezaan tingkah laku pelajar semasa pengajaran
dan pembelajaran sebelum dan selepas menjalankan pembelajaran koperatif.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 19/36
3.5 Analisis Data
Analisis kandungan secara kajian kualitatif berbeza daripada analisis kandungan
kuantitatif yang lebih mementingkan angka dan pengiraan secara objektif serta melihat aspek
tersurat semata-mata. Sedangkan analisis kandungan kualitatif lebih melihat teks sebagai
interpretasi makna secara dalaman dan subjektif.
Kajian analisis kandungan sama ada kualitatif mahupun kuantitatif banyak digunakan
dalam bidang media dan komunikasi – untuk menganalisis dokumen – seperti akhbar,
televisyen dan juga filem. Namun, kajian kualitatif turut menggunakan analisis kandungan
bagi menganalisis tema-tema daripada temu bual dan juga pemerhatian.
Terdapat sarjana penyelidikan kualitatif seperti Berg (1989), membezakan analisis
kandungan (kualitatif) sebagai kelebihan dalam meneliti isi media berdasarkan context dan
process. Aspek context dilihat melalui isi kandungan utama secara tersirat (latent content )
manakala aspek process melibatkan proses interpretasi teks yang dijalankan secara teliti dan
berulang-ulang kali.
Bagi tujuan Kajian Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian
Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat di SMK Saint Joseph (B), Johor
Bahru, pengkaji perlu menganalisis data bagi dokumen peperiksaan, pemerhatian yang
dilakukan semasa pembelajaran koperatif dijalankan di dalam bilik darjah dan temubual
bersama guru.
Terdapat tiga langkah utama dalam menganalisis data kualitatif seperti yang
dicadangkan oleh Berg, (1989) iaitu menyusun data, membuat transkripsi audio (selepas
temubual) dan menganalisis setiap data yang diperolehi. Dalam kajian ini, pengkaji perlu
menjalakan ketiga-tiga langkah tersebut, iaitu:
Langkah 1: Menyusun Data
Pengkaji perlu membina satu matriks atau jadual supaya data yang diperolehi
dapat disusun dengan baik. Semua maklumat akan disusun mengikut jenis, tema dan
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 20/36
kod. Selain itu, borang pemerhatian serta transkripsi audio dibuat dalam dua salinan
dan disimpan dengan baik.
Langkah 2: Transkripsi Audio
Pengkaji perlu memindahkan maklumat secara audio kepada bentuk teks yang
mudah dibaca. Setiap butir maklumat perlu dipindahkan secara terperinci tanpa
meninggalkan satu perkataan pun.
Langkah 3: Analisis Data
Setelah data pemerhatian dan transkripsi audio selesai direkod dan disusun,
pengkaji akan membuat analisis secara manual. Setiap data perlu dibahagikan
mengikut tema dan kod-kod yang berkaitan.
3.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan secara terperinci tentang teknik dan
kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam memperolehi maklumat dan menganalisis data
yang diterima. Teknik pengumpulan dan analisis data yang sistematik telah menjadikan
proses kajian ini lebih mudah.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 21/36
RUJUKAN
Bruce L. Berg. (1989). Qualitative Research Methods for The Social Sciences.
Massachusetts: Allyn and Bacon
David Jaques. (1991). Learning in Groups. London. Kogan Page: Second Edition.
Ferris, S. P. dan S. H. Godar. (2005). Teaching and Learning with Virtual Teams. Hershey:
Information Science Publishing.
Foot et al. (1994). Group and Intercative Learning. Boston: Computational Mechanics
Publications.
Johnson, D. W, dan R. T. Johnson (1991). Learning Together and Alone: Cooperative,
Competitive and Individualistic Learning. Boston: Allyn and Bacon. Third Edition.
Kagan, et al. (1995). Cooperative Learning Structure: Classbuilding. San Clemente CA:
Kagan Publishing.
Kauchak, Donald P. (1998). Learning and Teaching: Research Based Methods. Boston:
Allyn and Bacon.
Radencich, M. C, dan McKay, Lyn J. (1995). Flexible Grouping for Literacy in the
Elementary Grades. Boston: Allyn and Bacon.
Slavin, R. E. (1995). Cooperative Learning among students: Theory, research, and
implications for active learning . Dimuat turun daripada http://www.scov.csos
jhu.edu/sfa/cooplearn.htm
Stein, R. F. dan H. Sandra. (2000). Using Student Teams in the Classroon: A Faculty Guide.
Massachusetts: Anker Publishing.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 22/36
Suhaida Abdul Kadir et al. (2006). Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap
Prestasi Pelajar Dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan Universiti
Malaya, 2006, 26, 37-62.
Sulaiman Ngah Razali. (1991). Penggunaan Statistik dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tor Geok Hwa. (2004). Masalah Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Tindakan. Dimuat
turun daripada http://www.psb1.uum.ed
William M. K. Trochim. (2006). Qualitative Methods. Dimuat turun dari laman web
Research Method Knowledge Base, http://www.socialresearchmethods.net
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 23/36
LAMPIRAN
LAMPIRAN A – BORANG SOAL SELIDIK
LAMPIRAN B – PAPARAN PEMBENTANGAN
LAMPIRAN C – MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN
LAMPIRAN D – ARAHAN TUGASAN
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 24/36
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 25/36
BORANG SOAL SELIDIK
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH
TINGKATAN EMPAT
BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI GURU
Sila lengkapkan ruang yang disediakan.
Sekolah : ______________________________________________
Jantina :___________________
Bangsa :___________________
Umur :____________________ tahun
Pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah :___________________ tahun
Tujuan soal selidik ini disediakan adalah untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan
tentang alat ukur keberkesanan Pembelajaran Koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah tingkatan empat. Oleh itu, diharap dengan hormatnya dapat memberikan
kerjasama untuk melengkapkan butiran di bawah dengan jujur.
Semua maklumat peribadi adalah RAHSIA dan jawapan anda akan digunakan untuk kajiansahaja.
Anda tidak perlu menulis nama atau pengenalan diri di atas kerjasama ini.
Kerjasama anda amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 26/36
BAHAGIAN B: PEMBELAJARAN KOPERATIF YANG DIAMALKAN OLEH
GURU
Soalan temubual:
1. Adakah anda menjalankan pembelajaran koperatif (berkumpulan)?
2. Di kelas manakah anda menjalankan pembelajaran koperatif?
3. Berapakah bilangan ahli bagi setiap kumpulan ?
4. Berapa kerap anda menjalankan pembelajaran koperatif dalam seminggu?
5. Adakah pelajar anda suka pembelajaran secara koperatif?
6. Adakah pembelajaran koperatif memberi kesan yang positif kepada pelajar anda?
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 27/36
BORANG PEMERHATIAN PENGKAJI
BAHAGIAN C: KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PELAJAR
Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan. Pilih satu sahaja jawapan bagi setiap
pernyatan di bawah.
Bil. Kesan-kesan Pembelajaran Koperatif YA TIDAK
1 Dapat mengggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran
2 Dapat menggalakkan pelajar lebih aktif dalam aktiviti pembelajaran
3 Dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah
4 Dapat menguatkan ingatan pelajar terhadap perkara yang dipelajari
5 Dapat menguatkan ingatan pelajar terhadap perkara yang dibincangkan
bersama ahli kumpulan
6 Dapat menyelesaikan masalah pelajaran dengan lebih mudah dan cepat
7 Dapat menambah keyakinan pelajar
8 Dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran
9 Dapat meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap pelajaran10 Dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelajaran
11 Dapat membantu pelajar dalam membuat keputusan
12 Dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan ahli kumpulan
13 Dapat meningkatkan mutu komunikasi antara ahli kumpulan dengan
baik
14 Dapat menimbulkan perasaan seronok ketika belajar
15 Dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan16 Dapat mengeratkan hubungan dengan ahli kumpulan
17 Dapat memupuk nilai-nilai murni antara ahli kumpulan
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 28/36
LAMPIRAN B
PAPARAN PEMBENTANGAN
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 29/36
LAMPIRAN C
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 30/36
MPU 1024
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN
TUGASAN KUMPULAN: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF
BIL : 1
TARIKH : 19 November, 2012. (Isnin) MASA : 2.30 p.m.
TEMPAT : Ruang Legar C22, berhadapan bilik kuliah 212.
KEHADIRAN :
1. Mazura Binti Mahtar
2. Norliza Binti Mohamad
3. Noorulhuda Binti Abd. Jalil
4. Nur Hafizah Binti Jasni
BIL. AKTIVITI TINDAKAN
1. Pembentukan jawatankuasa kumpulan.
a. Pemilihan ketua kumpulan dan setiausaha.
b.
Tugas ketua kumpulan adalah memimpin kumpulan agar tugasan dapat dilaksanakan dengan baik. Setiausaha pula
bertujuan untuk membuat catatan dan minit mesyuarat
perjumpaan.
c. Pembentukan dilakukan secara undian.
d. Keputusan: Mazura dilantik sebagai ketua dan Nur Hafizah
sebagai setiausaha.
Ahli Kumpulan
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 31/36
2. Pemilihan tajuk kajian
a. Tajuk kajian dipilih melalui undian.
b. Tajuk kajian dibentuk berdasarkan tajuk kajian yang telah
dibuat semasa cadangan kajian kuantitatif.
c. Keputusan: tajuk Norliza dipilih.
“KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN
EMPAT
DI SMK SAINT JOSEPH (B), JOHOR BAHRU.”
Ahli Kumpulan
3. Mencari bahan
a. Setiap ahli diwajibkan mencari bahan, 2 buah buku dan 2
buah jurnal atau artikel
Ahli Kumpulan
4. Perjumpaan ditangguhkan pada 3.55 p.m.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
...................................................... ....................................................
(NUR HAFIZAH BINTI JASNI) (MAZURA BINTI MAHTAR)
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 32/36
MPU 1024
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN
TUGASAN KUMPULAN: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF
BIL : 2
TARIKH : 26 November, 2012. (Isnin) MASA : 2.30 p.m.
TEMPAT : Ruang Legar C22, berhadapan bilik kuliah 212.
KEHADIRAN :
1. Mazura Binti Mahtar
2. Norliza Binti Mohamad
3. Noorulhuda Binti Abd. Jalil
4. Nur Hafizah Binti Jasni
BIL. AKTIVITI TINDAKAN
1. Pengumpulan Bahan
a. Bahan yang diperolehi dikumpul.
b.
Setiap ahli menyumbang idea untuk membina cadangankajian kualitatif
c. Bab 1 dan Bab 3 memerlukan pembacaan tambahan selain
daripada bahan yang diperolehi.
Ahli Kumpulan
2. Tugasan perlu ditaip mengikut format yang telah ditentukan oleh
pensyarah seperti yang terkandung dalam arahan tugasan.
Noorulhuda
3. Set soal selidik perlu disediakan bersama dengan borang
pemerhatian.
Mazura dan
Norliza
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 33/36
4. Bahan tambahan diperlukan bagi menyempurnkan cadangan. Nur Hafizah
5. Perjumpaan ditangguhkan pada 3.40 p.m.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
...................................................... ....................................................
(NUR HAFIZAH BINTI JASNI) (MAZURA BINTI MAHTAR)
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 34/36
MPU 1024
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN
TUGASAN KUMPULAN: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF
BIL : 3
TARIKH : 3 Disember, 2012. (Isnin) MASA : 2.30 p.m.
TEMPAT : Ruang Legar C22, berhadapan bilik kuliah 212.
KEHADIRAN :
1. Mazura Binti Mahtar
2. Norliza Binti Mohamad
3. Noorulhuda Binti Abd. Jalil
4. Nur Hafizah Binti Jasni
BIL. AKTIVITI TINDAKAN
1. Setiap bahan yang siap ditaip disemak dari segi ejaan. Melakukan
tugas menambahbaik bagi menyempurnakan lagi cadangan kajian.
Ahli Kumpulan
2. Perjumpaan ditangguhkan pada 3.55 p.m.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
...................................................... ....................................................
(NUR HAFIZAH BINTI JASNI) (MAZURA BINTI MAHTAR)
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 35/36
MPU 1024
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN I
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN
TUGASAN KUMPULAN: CADANGAN KAJIAN KUALITATIF
BIL : 4
TARIKH : 10 Disember, 2012. (Isnin) MASA : 2.30 p.m.
TEMPAT : Ruang Legar C22, berhadapan bilik kuliah 212.
KEHADIRAN :
1. Mazura Binti Mahtar
2. Norliza Binti Mohamad
3. Noorulhuda Binti Abd. Jalil
4. Nur Hafizah Binti Jasni
BIL. AKTIVITI TINDAKAN
1. Membina paparan pembentangan (slide powerpoint) untuk
pembentangan pada 17 Disember, 2012.
Ahli Kumpulan
2. Pembentangan akan dilaksanakan oleh Mazurah atau Nur Hafizah3. Perjumpaan ditangguhkan pada 3.55 p.m.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
...................................................... ....................................................(NUR HAFIZAH BINTI JASNI) (MAZURA BINTI MAHTAR)
7/27/2019 CADANGAN KAJIAN KUALITATIF (1)
http://slidepdf.com/reader/full/cadangan-kajian-kualitatif-1 36/36
LAMPIRAN D
ARAHAN TUGASAN