7/26/2019 buletin myguru
1/8
Tahun e-Pembelajaran2014 akan meninggalkan kita tidak lama lagi
dan kita sama-sama bakal membuka lembaran
baru untuk tahun 2015. Tahun 2014 pasti
meninggalkan pelbagai cerita suka dan duka
buat kita. Bagi Unit E-Pembelajaran, tahun
ni sememangnya amat sibuk dengan pelbagai
aktiviti e-Pembelajaran buat pensyarah dan
pelajar UPSI. Bermula dengan pelaksanaan
Massive Online Open Courses (MOOC)
sehinggalah kepada pembangunan modul
e-Pembelajaran untuk perkembangan bakat
dan professional pensyarah UPSI.
Pastinya, tahun ini amat mencabar kerana
pelaksanaan MOOC dan Open Courseware
(OCW) bukan sahaja di peringkat UPSI,
malah menjadi salah satu KPI dan visi
Kementerian Pendidikan Malaysia. Tidak
dapat tidak, UPSI sebagai sebuah universiti
pendidikan perlu menerajui perubahan ini
sebagai salah satu langkah memperkasakan
pengajaran dan pembelajaran (P & P).
2014 juga merupakan tahun kejayaan buat
e-Pembelajaran di UPSI apabila
produk-produk UPSI berjaya memenangi
pingat dan anugerah di pelbagai
pertandingan, karnival serta konvensyen.
Antaranya kejayaan VCLS dalam Edu-Ineri,
NIID, PECIPTA, IIDEL dan sebagainya.
Begitu juga MobiLearn yang dicalonkan
sebagai finalis untuk Anugerah Inovasi Sektor
Awam (AISA) bagi kategori Teknologi
Maklumat. Kejayaan ini membuktikan kerja-
kerja yang dilaksanakan UPSI telah mendapat
pengiktirafan sewajarnya dari pelbagai pihak.
Salah seorang penceramah di Forum
Pengajian Tinggi Asia (AHEF) baru-baru ini
menggariskan 5 perkara penting yang perlu
dipertimbangkan oleh sebuah universiti
seperti UPSI iaitu meningkatkan akses kepada
pengguna, mengubah budaya dalam pedagogi
digital, memilih produk dan teknologi yang
betul dalam P & P, integrasi teknologi terkini
serta meningkatkan keselamatan data.
Namun apa yang lebih penting adalah
kepuasan pengguna itu sendiri. Oleh yang
demikian, Unit E-Pembelajaran (UEP) Pusat
ICT berperanan memastikan pelaksanaan
e-Pembelajaran bukan sahaja mencapai
sasaran yang ditetapkan KPM atau pihak
Universiti, tetapi juga menjamin kesenangan
dan fleksibiliti pengguna dalam menyampai
dan menerima maklumat.
2014
BILANGAN 1 | JANUARI 2015
Most people understand that you can never be a master of your subject, only a
facilitator. Head of ICT, an international elementary school in Singapore
BuletinMyGuru
CATATAN DARI AKEPT & MARINA BAY |msOPEN4LEARN SEBAGAI PLATFORM
PEMBELAJARAN TERBUKA |msVCLS RANGKUL EMAS DI NUCEL 2014 |msPENSIJILAN ISMS UNTUK
SISTEM MYGURU |msBLENDED LEARNING IN UPSI |ms6 &
Menarik di dalam
7/26/2019 buletin myguru
2/8
Catatan dari
AKEPT&
MARINA BAYSaya berkesempatan menjadi jemputan kehormat ke
dua seminar berkaitan e-Pembelajaran iaitu Asian
Higher Education Forum (AHEF) di AKEPT serta
BETT Asia Leadership Summit di Singapura. Bukan
sedikit ilmu yang saya perolehi dari kedua-dua
seminar ini. Mungkin rezeki saya di dalam bidang
ni, saya berpeluang bertemu dengan pelbagaidelegasi antarabangsa serta berkongsi
pengetahuan sambil menambah ilmu di dada. Ada
yang ikhlas berkongsi, ada yang sekadar berborak
kosong dan tidak kurang juga ada
udang di sebalik batu. Rancak berbual rupanya
ngin menjual produk mereka. Sebagai seorang
pegawai di sebuah jabatan Kerajaan, t idak hairan
saya sering dihampiri pelbagai individu yang
berniat memasarkan sesuatu. Ada yang bagus,
tetapi kebanyakannya belum sesuai dilaksanakan
atas pelbagai faktor.
AHEF adalah satu forum anjuran AKEPT yang
bertujuan menghimpunkan pakar, pengamal
pendidikan mahupun pelajar untuk berkongsi
praktis negara masing-masing dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Diadakan di AKEPT
selama 2 hari, saya dan CIO Tuan Hj Mohd Nazri
Md Saad berpeluang mengetahui perkembangan
pendidikan di Negara-negara Asean. Myanmar
contohnya yang sering digambarkan sebagai
sebuah negara yang mundur, rupanya sudah ke
hadapan dalam pelaksanaan e-Pembelajaran,
dengan pembukaan puluhan kolej-kolej dalam sains
komputer dan pengajian komputer di negara
tersebut, selain memperbanyakkan kerjasama
dengan negara-negara maju seperti Jepun dan
Korea Selatan. Vietnam pula tanpa
disangka-sangka mengatasi Amerika Syarikat dan
UK dalam Program Penilaian Pelajar
Antarabangsa (PISA) melalui aspek persembahan
pendidikan.
Di awalnya Prof Dr Asma Ismail sebagai Ketua
Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi yang
merasmikan majlis ini tanpa membaca skripnya
telah memberikan beberapa cabaran kepada IPT
di Malaysia serta MEIPTA. Antaranya
memastikan pelaksanaan MOOC memberi
manfaat dan kesan yang boleh dinilai secara
empirikal kepada tahap pembelajaran pelajar
selain keuntungan jangka panjang kepada
Kerajaan Malaysia.
Saya juga bersetuju dengan seorang delegasi dariIndonesia yang menyatakan kekangan utama
bukanlah dari segi sistem dan kandungan tetapi
akses kepada sistem itu sendiri. Sebagai sebuah
Negara dengan 200 juta umat serta lebih 17000
pulau, bagaimana mungkin pendekatan
e-Pembelajaran akan berjaya dalam masa
terdekat sedangkan Internet pun sukar didapati.
Namun mengambil sudut yang berbeza,
e-Pembelajaran adalah mekanisma yang mampu
meluaskan capaian pengetahuan tanpa mengenal
sempadan dan masa.
Seminggu selepas AHEF, saya diminta ke
Singapura untuk menghadiri Asia Leadership
Summit (BALS) yang dianjurkan oleh BETT,
sebuah badan yang menganjurkan perjumpaan
tokoh-tokoh pendidikan sedunia. Amat sesuai
diadakan di Singapura memandangkan negara
tersebut diiktiraf paling maju di Asia dalam aspek
pendidikan. Marina Bay Sands yang menjadi lokasi
sidang ini sendiri menggambarkan kepesatan
Singapura dalam pelbagai bidang.
Dibiayai oleh 3 giant ICT iaitu Microsoft, HP dan
Intel, BALS menghimpunkan lebih 1000 pakar
serata dunia. Antaranya pengarah pendid
Microsoft sendiri iaitu Beth Watson
menyatakan Technology is an enabler, no
answer (Teknologi adalah pelaksana, b
jawapannya).
Kemuncak 2 hari ini menyimpulkan Asia te
dari 3 kumpulan Negara iaitu maju, memba
dan di persempadanan (frontier). Di se
keagresifan Malaysia dalam mengapl
e-Pembelajaran, kita masih dikategorikan seb
negara membangun bersama-sama Indon
Vietnam, China, Taiwan dan beberapa negara
Masalah utama negara membangun ad
mewujudkan infrastruktur yang betul di tem
yang betul. Masalah kedua adalah pembuday
yang mana memastikan pengajar berdiri se
dengan kemajuan teknologi, dan bagaim
menjadikan pelajar seronok dengan kaedah
pendekatan yang digunakan.
Ahmad Wiraputra Selamat te lah menyertai AHEF
BETT Asia Leadership Summit masing-masing
25 - 26 November dan 2 - 4 Disember 2014.
THE GREATEST
EFFECT IN TEACHING &
LEARNING OCCUR WHEN
THE TEACHERS BECOMLEARNERSOF THEIR OWN
TEACHING AND STUDENTSBECOMETHEIR OWN
TEACHERS
BILANGAN 1 | JANUARI 2015
2
7/26/2019 buletin myguru
3/8
OPEN4LEARN
Sebagai PlatformPembelajaran Terbuka
Sebagai menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia agar setiap IPTA menyediakan platform Massive Open Online Courses (MO
UPSI mengorak langkah dengan membangunkan Open4Learn (O4L). Laman ini bertindak sebagai pelantar bagi bahan-bahan pengajaran
dibuka kepada masyarakat di luar UPSI. Setakat ini, tapak bagi 20 kursus yang terlibat dalam pembangunan OCW UPSI telah dicipta d
Open4Learn. Ia melibatkan kursus seperti Pendidikan Kanak-kanak, Pengantar Bahasa Melayu, English dan lain-lain. Open4Learn merup
ahli kepada Open Education Consortium (OEC) .
Objektif utama Open4Learn adalah memberi peluang kepada masyarakat mencapai bahan-b
pengajaran berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh sekumpulan pensyarah berkelayakan
sesebuah universiti. Di samping itu, pewujudan kursus-kursus yang lengkap dengan teks , a
dan video kuliah adalah untuk membantu para pendidik dalam melaksanakan Flipped Class
Teaching di seluruh dunia. Semua kandungan kursus dilesenkan di bawah Creative Com
AttributionNon CommercialShare Alike license.
Pengguna sama ada di dalam dan luar UPSI boleh menjadi sebahagian dari O4L se
percuma sama ada sebagai pengajar mahupun pelajar.
Tahukah anda bahawa terdapat satu badan yang menggabungkan semua ke
penyelaras e-Pembelajaran setiap IPTA dikenali sebagai Majlis Ketua-k
Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA). Majlis ini berper
menjadi penggerak dan think tank terhadap pelaksanakan e-PembelajaraIPTA selain melaksanakan pelbagai aktiviti bagi manfaat bersama. MEIPTA y
mula ditubuhkan pada tahun 2007 ini dipengerusikan oleh Dr Hanafi Isa dari U
Mantan pengerusi adalah Prof Dr. Mohamad Amin Embi (UKM) dan Prof Ah
Jelani Shaari (UUM). Buat masa ini, MEIPTA bergerak dari IPTA ke IPTA me
mesyuarat yang diadakan 4 kali setahun.
Sehingga kini pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti bengkel-ben
e-Pembelajaran, pembangunan kertas kerja MOOC, penerbitan buku-
(kebanyakan buku adalah buah tangan Prof Mohamed Amin Embi), Karn
e-Pembelajaran, forum e-Pembelajaran Asia Tenggara dan banyak lagi.
BILANGAN 1 | JANUARI 2015
Berkenalan denganMEIPTA
7/26/2019 buletin myguru
4/8
Sebagai pemenang Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi
(AIKPT) 2012, produk mobile keluaran UPSI iaitu MobiLearn telah
dicalonkan ke Anugerah Inovasi Sektor Awam dalam bidang
pengurusan Teknologi Maklumat (ICT). Lebih membanggakan,
MobiLearn dipilih sebagai finalis bersama dengan satu lagi produk
ICT dari Jabatan Perikanan Malaysia.
Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa telah
menyempurnakan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2014bertempat di The Place @ One City, Subang Jaya pada 9 Oktober
2014.
AISA merupakan anugerah peringkat kedua tertinggi dalam struktur
pengiktirafan Sektor Awam selepas Anugerah Inovasi Perdana
Menteri. Penganugerahan ini bertujuan untuk mengiktiraf inovasi dan
pencapaian cemerlang agensi Sektor Awam dalam 4 bidang
pengurusan utama iaitu Pengurusan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT), Pengurusan Kewangan, Pentadbiran Daerah dan
Tanah dan Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam majlis
tersebut, Kementerian Pertahanan turut menerima Anugerah
Pengiktirafan Bintang Agensi Sektor Awam Tahun 2012-2013.
Pencalonan MobiLearn sebagai finalis banyak didorong oleh
kebolehan produk tersebut dalam menyebarkan maklumat dengan lebih
pantas, berkesan dan menyeluruh.
Selain MobiLearn, satu lagi produk UPSI iaitu Sistem Maklum
Kewangan telah memenangi kategori Pengurusan Kewangan Terba
Dengan kemenangan
tersebut UPSI
berjaya membawa
pulang wang tunai
RM300,000 berserta
trofi dan sijil.
Pusat ICT berjaya memenangi pingat EMAS dalam pertandingan Invention, Innovation & Design
e-Learning (IIDEL) pada Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan (NUCEL) mel
produk Virtual Campus Learning System (VCLS). Lebih membanggakan, VCLS turut memena
anugerah produk terbaik dalam pertandingan tersebut. Pusat ICT juga memenangi anugerah BOO
TERBAIK . Karnival serta pertandingan tersebut diadakan pada 15-17 November 2014 di Pu
Konvensyen Shah Alam (SACC).
BILANGAN 1 | JANUARI 2015
VCLS adalah gabungan 3 aplikasi e-Pembelaja
UPSI berasaskan pengkomputeran awan i
MyGuru, MobiLearn dan Open4Learn. Kerangka
menawarkan kepelbagaian fungsi dan pendeka
dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P), se
menyediakan platform yang stabil dan berskalab
tinggi.
NUCEL turut diserikan dengan penyampaian had
kepada 12 pemenang pertandingan Blog dan Ku
Pendidikan (EDU2014). Pertandingan ini dianjur
oleh Pusat ICT UPSI dengan kerjasama MDEC
Joota. Hadiah disampaikan oleh CIO U
Tn Hj Mohd Nazri Md Saad.
4
VCLSRangkul Emas di NUCEL 201
MOBILEARNFinalis
ANUGERAH INOVA
ICT 2014
7/26/2019 buletin myguru
5/8
Pensijilan ISMSuntukSistemMyGuruPusat ICT UPSI telah memperolehi Pensijilan ISO/
27001:2005 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (IS
bagi Perkhidmatan Sistem MyGuru yang berkuatkuasa m
Ogos 2
Pensijilan
merupakan
p e n d e k a
sistematik m e n g u r
maklumat sen
organisasi sup
kekal sela
melalui pr
penyediaan, pelaksanaan, operasi, pemantauan, penyema
penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem pengur
keselamatan maklumat. Ianya merangkumi seluruh aset
termasuk perkakasan, perisian, perkhidmatan, data
maklumat serta manusia yang mempunyai nilai kep
organisasi.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Sektor PengajianTinggi, menggariskan 10 idea besar atau big ideas bagi memperkasa
kualiti pengajian tinggi selaras aspirasi negara maju. Massive Open Online
Courses (MOOC) dan Open Courseware (OCW) menjadi salah satu
daripada Big Idea yang dikemukakan bagi pelan pembangunan tersebut. Hal
ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan kualiti P & P
melalui pembelajaran secara terbuka dan atas talian.
Antara objektif big idea ini adalah mengoptimumkan perkongsian ilmu dan
kepakaran melalui pembelajaran atas talian yang tidak bersempadan, selain
membawa bidang-bidang pengajian dari IPTA ke persada antarabangsa.
Namun objektif yang lebih penting adalah meningkatkan capaian
masyarakat kepada bahan pengajaran yang kreatif, inovatif dan berkualiti
tinggi. Antara langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan objektif iniadalah dengan pewujudan pasukan pembangunan e-Kandungan, pewujudan
platform OCW dan MyMOOC. UPSI telah mengambil langkah ke arah ini
melalui pembangunan Open4Learn sebagai pelantar MOOC/OCW.
BILANGAN 1 | JANUARI 2015
MOOC / OCWsebahagian dari BIG IDE
CapE-PEMBELAJARANMod Blended atau pembelajaran teradun merujuk kepada kursus
yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online
dan mod pembelajaran bersemuka onsite dengan nisbah 30%
- 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara onlinesama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran
bersemuka.
UPSI mengenalpasti kursus-kursus yang berstatus Pembelajaran
Teradun (Blended Learning) melalui sistem MyGuru. Penetapan
status pembelajaran teradun ini adalah merujuk kepada rubrik
yang ditetapkan oleh KPM. Dashboard yang memaparkan status
pembelajaran teradun bagi setiap kursus telah diwujudkan dalam
sistem MyGuru. Dashboard ini dibangunkan bertujuan
memaklumkan kepada pensyarah tentang status kursus masing
-masing.
Rubrik boleh didapati melalui QR Code berikut.
7/26/2019 buletin myguru
6/8
Realizing the importance of blended learning, UPSI set up an
e-learning policy to cultivate the e-learning among the faculties.
Lecturers are also urged to use the Learning Management
System (LMS) as a platform of communication and interaction in
moving towards the blended learning approach.
UPSI is designing units and programs of study for
optimized learning, taking into account learners needs,
discipline accreditation requirements, a mix of directed and self-
directed activities, and available resources and
infrastructure. Providing an overall ambition to increase
flexibility in terms of time and place of learning for students this
would imply moving away from putting all, or most of effort, into
offering face to face lectures and tutorials.
The blended learning activities would normally include:
~ On campus experiences.When students come to campus, the
experience should be designed to be engaging and a worth
making the effort to attend and in a space and context designed
to foster interactive learning.
~ On line experiences. This includes structured and
self-directed learning activities. In some cases a whole unit may
be delivered on line but it is not expected that whole courses orprograms would be delivered on line at undergraduate level.
Moving to Cloud
Through cloud computing, MyGuru will be operated from a
cloud computing in on-demand network which can be scaled
accordingly. This network can access any form of computer
source such as in server form, storage, application or software.
After the migration, MyGuru receive a significant impact on its
stability and speed. Prior to the migration, the majority of
students can only reach the page in 30-90 seconds.However after the migration, the page can be accessed as speed
as 0.39 seconds.
MobiLearn
Blended learning combines brick-and-mortar schooling with
online delivery of content and instruction. Mobile
devices provide support that enhances teaching and
learning in a virtual classroom environment. Majority of
Malaysians will possess mobile phones and as reported b
Malaysian Communication and Multimedia Commissio
(MCMC) in a survey in 2010. However, higher institutio
students use mobile mainly for communication an
entertainment rather than educational purpose
Therefore, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) has take
the initiative to develop mobile learning known as MobiLear
The users of this application can b
divided into three,
which are students,
lecturers/staff and
guardian. UPSI
through ICT Centre
has developed a
mobile application
specifically for online
teaching and learning
by customizing
appropriate modules
of the University
Integrated ManagmentSystem (UIMS),
including MyGuru,
into a simple, user friendly environment.
Benchmarking
Benchmarking is viewed as a method for quality assurance an
enhancement of blended learning in higher education. Sel
assessment is involved at the participating institutions, whic
leads to a high level of awareness and understanding of existin
practices and policies at different levels of the organizatioBenchmarking is thus an efficient self-improvement tool.
MyGuru has been through several benchmarking process, whic
are ACODE Benchmarking and Internationa
Institutional E-Learning Benchmarking (IILB) and Pil
National Inter-Institutional Benchmarking Project (PNIBP).
BLENDED LEARNINGinUPSIMohd Nazri Md Saad, Megat Azrin Ahmad and Ahmad Wiraputra Selamat - The article adapted and summarized from the Blended &
Flipped Learning: Case Study in Malaysian published by KPM and MEIPTA, edited by Mohamed Amin Embi.
BILANGAN 1 | JANUARI 2015
6
7/26/2019 buletin myguru
7/8
Virtual Campus Learning System (VCLS)
Pingat Perak - Innovative Practices in Higher Education EXPO 2014 (I-PHEX)
Virtual Campus Learning System (VCLS)
Pingat Emas -Invention, Innovation & Design On E- Learning (IIDEL) dan
Booth Terbaik
Aktiviti E-PEMBELAJARAN 2014
Training
The main challenge in implementing blended learning in UPSI is
lecturers knowledge and culture. Therefore, UPSI take
proactive steps to deliver courses and lectures on blended
learning. As of June 2014, 90% of lecturers have attended
courses related to blended learning organized with in
collaboration of Human Resource Department and ICT Centre.
Reporting
As part of the mechanisms of the control and upgrade the
process blended learning, UPSI create the comprehensive
reporting system for blended learning courses in MyGuru. This
report includes the number of courses involved, the number of
courses activities, the number of uploaded
material and so on. These items followed the rubric that is
structured by the MOE and MEIPTA after a detailed study
carried out to it.
Conclusion
UPSI is struggle in conceptualize and implementing blende
learning. Therefore, the main things need to be taken care of
i t s al ignment wi th the minis try an
institutions mission and goals. The development an
delivery of blended courses can be used to address a variety
institutional, faculty, and student needs.
BILANGAN 1 | JANUARI 2015
Pertandingan Educational Blog & Kurasi Kandungan Peringkat Kebangsaan
MobiLearn
Finalis Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat & Komunikasi 2014 (AIICT)
7/26/2019 buletin myguru
8/8
Unit E-PEMBELAJARAN Sidang Redak
BuletinMyGur
PenasihMohd Nazri Bin Md S
Norazizah Binti Othm
Ketua EditAhmad Wiraputra Bin Sela
EditSiti Munirah Binti Ahm
Suhaila Binti Abus
Murni Binti Ibrah
Eimiza Faisha Bin A
GrafNorashikin Binti Zainal Abi
Anis Fatiha Binti Ahmad Sahimi @Shuha
BILANGAN 1 | JANUARI 2015
Buletin MyGuru diterbitkan oleh :
Terbitan akan datang,
Sebarang pendapat atau cadangan boleh diajukan ke :
015-48117915
+605 - 458 1600
http://www.upsi.edu.my
https://myguru2.upsi.edu.my
https://awan.upsi.edu.my
login.upsi.edu.my
open4learn.my
PusatiCT
http://www.upsi.edu.my/http://www.upsi.edu.my/https://myguru2.upsi.edu.my/https://myguru2.upsi.edu.my/http://awan.upsi.edu.my/http://awan.upsi.edu.my/http://awan.upsi.edu.my/https://myguru2.upsi.edu.my/http://www.upsi.edu.my/