UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TEKNIK FOTOGRAFI DAN
PENGHASILAN KESAN KHAS MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya MOHD FARISULZAMIR BIN ZAKARIA (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 4 )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 838 B, KG. PANTAI BATU BURUK, ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN 20400 KUALA TERENGGANU, MEGAT ZAKARIA TERENGGANU. Nama penyelia
Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : …………………………………………………
Nama Penyelia: EN. MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT
ZAKARIA
Tarikh : 30 April 2009
i
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TEKNIK FOTOGRAFI DAN
PENGHASILAN KESAN KHAS MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE
PHOTOSHOP
MOHD FARISULZAMIR BIN ZAKARIA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelas sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………………
Nama Penulis : MOHD FARISULZAMIR BIN ZAKARIA
Tarikh : 30 April 2009
iii
SEKALUNG BUDI
Terlihat satu persatu wajah mereka Obor kejayaan ku kejar
Sepi rindu
Pada gelak tawa mereka
Kerana…..sebuah impian… Ku renang merempuh onak dan duri
Kini hasilnya ku perolehi jua
..Ditujukan untuk tok dan to’ki tersayang, Teh binti Abas dan Mansor bin Hitam Yang sentiasa mendoakan kejayaanku
Teristimewa buat abah, ibujan, dan mak tersayang
Zakaria bin Abdullah, Noridzan binti Embong, dan Nor Jannah binti Muhammad Idris
Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih-perih kalian dalam membesarkanku
Buat adik-adikku yang disayangi dan dikasihi
Farhan, Sobri, Lokman, Uzir, Siti, Umir, Umi, Khalisa, Balqis, dan Muiz
Jadilah ibarat sebutir permata, walau dicampak ke lumpur, tetap menyerlah sinarnya
Tidak dilupakan juga teman dan sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberi sokongan terutamanya Nor
Kamsiah binti Kamarul Jaeh dan Muhammad Firdaus bin Omar serta semua rakan seperjuangan SPP sesi 2005-2009
Terima kasih di atas sokongan dan dorongan kalian,
semoga Allah sahaja yang membalasnya..
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya
projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah
ditetapkan. Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas
kepada pensyarah pembimbing Encik Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria di atas
bimbingan, nasihat, dorongan dan perbincangan serta kerjasama yang diberikan
sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Semoga keikhlasan dan keluhuran yang
telah diberikan dalam menyampaikan ilmu kepada saya yang serba kekurangan ini
diredhai dan dirahmati oleh Allah S.W.T.
Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan
seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek ini
berjaya disiapkan. Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada abah, ibujan, dan
emak yang tanpa jemu mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi untuk
anakmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga buat datuk dan nenek yang banyak
memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.
Akhir kata, projek ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh pembangun atau penyelidik, para pendidik dan pelajar
yang berminat serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.
v
ABSTRAK
Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan Modul
Pembelajaran Kendiri bagi tajuk Teknik Fotografi dan Penghasilan Kesan Khas
Menggunakan Perisian Adobe Photoshop. Modul ini diperlukan kerana kebanyakkan
buku mengenai fotografi yang berada di pasaran tidak benar-benar membantu. Hal
ini disebabkan kebanyakkannya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan kosnya agak
tinggi untuk dimiliki di samping tidak sesuai dengan pendekatan pembelajaran.
Perkara ini menyukarkan pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris untuk
mempelajari dan menguasainya. Penglibatan pelajar secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat diperlukan bagi mengatasi masalah
ketidaksesuaian bahannya. Pembangunan modul ini adalah berpandukan model
rekabentuk pembangunan ADDIE. Manakala Teori Beban Kognitif digunakan
sebagai pendekatan pembelajaran. Modul ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Teknik Fotografi dan Penghasilan Kesan Khas Menggunakan Perisian Adobe
Photoshop. Modul ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan tambahan dalam
mendalami ilmu fotografi atau sesiapa sahaja yang ingin mempelajari penggunaan
kamera digital dan suntingan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Perisian aplikasi yang digunakan dalam modul ini ialah Microsoft Office Word,
Microsoft Office Picture Manager, Paint, dan Adobe Photoshop CS2. Diharapkan
modul ini dapat memupuk minat sifat meneroka ilmu pengetahuan dan sebagai
pendedahan awal kepada grafik komputer.
vi
ABSTRACT
The objective of this project is to develop the Self Instruction Module based
on topics Techniques of Photography and Producing the Special Effects by Using
Adobe Photoshop. This module is needed because most of books related to
photography do not really guide the user. This is because most of the references are
published in English and high distributing cost to have it besides not suitable in
learning approach. This will affect students who not really understand English well
to study and comprehend it. The involvement of the students is needed to overcome
the problem of the unsuitable teaching and learning materials. The development of
this module is based on ADDIE, model of development design. While the Cognitive
Load Theory use as learning approach. This module is divided into two titles that are
Techniques of Photography and Producing the Special Effects by Using Adobe
Photoshop. This module is suitable used as additional reference to profound the
knowledge of photography or any person who want learn how to applied the digital
camera and editing the picture by using of Adobe Photoshop. This module is being
developed using Microsoft Office Word, Microsoft Office Picture Manager, Paint,
and Adobe Photoshop CS2. Through this module, it is hoped that the behaviour of
exploring of knowledge can be used as initial exposure to graphic computer.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Definisi Istilah 8
viii
1.7.1 Pembelajaran 8
1.7.2 Pengajaran 9
1.7.3 Interaktif 9
1.7.4 Modul Pembelajaran Kendiri 10
1.7.5 Pengajaran Bermodul 10
1.8 Penutup
10
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Perkembangan Pembelajaran Bermodul dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
12
2.3 Modul 13
2.4 Pembelajaran Kendiri 14
2.5 Modul Pembelajaran Kendiri 14
2.5.1 Kepentingan Modul Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
16
2.6 Teknologi Grafik 16
2.6.1 Teknologi Grafik Digital 17
2.6.2 Kepentingan Grafik 17
2.7 Pembangunan dan Perkakasan 17
2.8 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran
18
2.8.1 Teori Pembelajaran 18
2.8.1.1 Teori Beban Kognitif 19
2.8.1.2 Teori Tingkahlaku 23
2.8.1.3 Teori Konstruktivisme 25
2.8.1.4 Teori Kognitif 26
2.8.2 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Merekabentuk Modul Pembelajaran Kendiri
26
a) Pembelajaran Anjal 26
b) Pembelajaran Aktif 27
c) Pembelajaran Reflektif 27
d) Pembelajaran Kendiri 27
ix
e) Penerapan Nilai-Nilai Murni 28
2.9 Model Rekabentuk Pembinaan Modul Pembelajaran 28
2.9.1 Model Burns 29
2.9.2 Model Klingstedt 30
2.9.3 Model Eijl 31
2.9.4 Model de Vito-Krockover 32
2.9.5 Model Meyer 33
2.10 Penutup
35
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 39
3.3 Model Reka Bentuk Sistem Pengajaran Seels Dan
Glasgow (1998)
40
3.3.1 Fasa Analisis 41
3.3.1.1 Pemilihan Topik Pembelajaran 42
3.3.1.2 Pengkelasan Isi Pembelajaran 43
3.3.1.3 Kumpulan Sasaran 44
3.3.1.4 Objektif Pembinaan Modul 44
3.3.2 Fasa Reka Bentuk 44
3.3.2.1 Reka Bentuk Teks Pada Modul 45
3.3.2.2 Reka Bentuk Imej Grafik Pada Modul 45
3.3.2.3 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Reka
Bentuk Isi Modul
46
3.3.2.4 Mengenalpasti Objektif Pembelajaran 46
3.3.2.5 Pemilihan Strategi 47
3.3.2.6 Bahasa dan Arahan 47
3.3.2.7 Perkakasan Pembangunan 48
3.3.2.8 Susunan Pembelajaran Modul 48
3.3.3 Fasa Pembangunan 48
3.3.4 Fasa Perlaksanaan 49
3.3.5 Fasa Penilaian 50
3.4 Penutup 51
x
4 HASIL PEMBANGUNAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Muka Hadapan 52
4.3 Kriteria Modul 53
4.3.1 Modul Pembelajaran Kendiri Teknik Fotografi 54
4.3.1.1 Bab 1: Memahami Fotografi Digital 54
4.3.1.2 Bab 2: Permulaan Kamera Digital 56
4.3.1.3 Bab 3: Memahami Cahaya 58
4.3.1.4 Bab 4: Memahami Fokus 60
4.3.1.5 Bab 5: Tetapan Kamera Digital 62
4.3.1.6 Bab 6: Mencetak Gambar 65
4.3.2 Penghasilan Kesan Khas Pada Gambar
Menggunakan Perisian Adobe Photoshop
68
4.3.2.1 Reka Bentuk 69
4.4 Cara Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri 72
4.4.1 Senarai Objektif 72
4.4.2 Aktiviti Pembelajaran 73
4.5 Penutup
74
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan 75
5.2.1 Kekuatan MPK 76
5.2.2 Kelemahan MPK 77
5.2.2.1 Persembahan Nota 77
5.2.2.2 Penyusunan Isi Kandungan 77
5.3 Masalah-masalah Yang Dhadapi Semasa Proses
Pembangunan
77
5.3.1 Kekurangan Kemahiran 78
5.3.2 Kekangan Kewangan 78
5.4 Cadangan-cadangan Penambahbaikan 78
5.4.1 Pengayaan 78
xi
5.4.2 Elemen Realistik 79
5.5 Penutup 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 82
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
i Pengkelasan Isi Pelajaran 43
xiii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH TAJUK
MUKA
SURAT
1 Reka Bentuk Screen Capture berserta penerangan ayat bagi
mengurangkan beban kognitif pelajar
22
2 Aliran Kerja Model ADDIE 38
3 Muka Hadapan 53
4 Contoh Paparan Dalam Menyampaikan Isi Kandungan 55
5 Contoh Paparan Bergambar 56
6 Objektif Pada Permulaan Bab 57
7 Penerangan Bersertakan Gambar Rajah 58
8 Nota Di Bahagian Bawah Untuk Menyatakan Topik
Sseterusnya
59
9 Penerangan Dalam Bentuk Jadual dan Rajah 60
10 Paparan Visual Dengan Penerangan Langkah Demi Langkah
dan Nota Tambahan
61
11 Struktur Kamera Digital 62
12 Contoh Ruangan 63
13 Paparan Visual dan Ruangan Bagi Setiap Penerangan 64
14 Paparan Visual Yang Menggunakan Sistem Nombor dan Nota
Tambahan
65
15 Paparan Visual Dengan Teks dan Gambar Rajah 66
16 Paparan Visual yang Menggunakan Sistem Nombor dan Gabungan Teks
67
17 Paparan Visual yang Menunjukkan Penggunaan Nota Ringkas 68
18 Pengenalan 69
19 Paparan Gambar Rajah Berserta Penerangan Langkah-langkah Menggunakan Nombor
70
xiv
20 Gabungan Teks dan Gambar Rajah 71
21 Urutan Dinomborkan dan Dilabel 72
22 Objektif Pembelajaran 73
xv
SENARAI SINGKATAN
CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory (Cakera Padat Baca
Ingatan Sahaja)
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
I Borang Penilaian
II Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Information and Communication Technology
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar di sekolah merupakan asas
tunjang kepada pembangunan sesebuah negara yang ingin melihat dan mencapai
matlamat menjadikan rakyat dan generasinya mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang tinggi. Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah
diubah supaya seiring dengan negara-negara maju yang menggunakan kaedah
pengajaran pembelajaran yang efektif.
Bertepatan dengan kenyataan Zoraini Wati (1993), bahawa generasi celik
maklumat perlu dibentuk dari sekarang. Mereka perlu lengkap dengan segala
kemahiran yang akan membawa negara ke tahap negara maju. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, para pendidik tidak akan dapat lari daripada masalah
perbezaan setiap individu sama ada di dalam sesebuah kelas ataupun institusi.
Perbezaan ini adalah dari segi minat terhadap isi pelajaran, tumpuan perhatian
terhadap apa yang ditunjukkan, kecerdasan akal untuk menerima setiap apa yang
diajarkan, nilai, dan motivasi diri menjadi persoalan yang tidak dapat dirungkaikan
oleh pendidik sehingga kini. Tetapi situasi pendidikan pada masa kini lebih
mengutamakan kepada satu bentuk pembelajaran yang mana setiap pelajar diberikan
dengan satu cara pengajaran dan isi pembelajaran tanpa mengambil kira perbezaan di
antara pelajar. Setiap pembelajaran mestilah mempunyai objektif yang tersendiri.
2
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang baik objektif tersebut dapat
dicapai dengan mudah.
Tidak kesemua isi pelajaran dapat dikuasai oleh pelajar setelah
mempelajarinya kerana tidak semua pelajar selesa menerimanya dan kadangkala
terpaksa menerima isi pelajaran. Sejak dilahirkan, manusia telah diberikan anugerah
oleh Ilahi dengan aras-aras kecerdasan yang membolehkan mereka belajar dan
menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Namun begitu, kecerdasan mereka
berbeza disebabkan oleh faktor-faktor seperti latar belakang sosial dan juga geografi.
Walaupun berada dalam bidang yang sama, tetapi mereka tetap mempunyai
perbezaan individu seperti tingkah laku, teknik dan gaya belajar, motivasi, kesediaan
dan kebolehan menguasai sesuatu kemahiran dan nilai terhadap sesuatu pelajaran
(Burn, 1971). Fenomena ini memerlukan satu kaedah dan pendekatan yang sesuai
bagi mengatasi masalah agar suasana proses pengajaran dan pembelajaran itu
menjadi lebih kondusif atau lebih menggalakkan.
Menurut Shaharom (1993), salah satu cara bagi menangani masalah ini
adalah dengan cara mengindividukan pengajaran itu dengan cara pendidik membuat
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar tersebut. Hasil
kajian yang telah dilakukan oleh Habibah Alias (1991) membuktikan bahawa
kegunaan modul dapat membantu meningkatkan lagi pencapaianseseorang pelajar.
Penggunaan modul membolehkan seseorang pelajar menguasai sesuatu topik mata
pelajaran sebelum beralih kepada topik yang seterusnya. Shaharom Noordin dan Yap
Kueh Chin (1991) telah menjelaskan bahawa kegunaan modul pembelajaran
membolehkan seseorang pelajar itu menjadi lebih cemerlang dan produktif. Ini
disebabkan dalam modul terdapat pelbagai aktiviti yang boleh menjadi perangsang
kepada minda pelajar dan dapat menarik minat seseorang pelajar untuk terus terlibat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai jenis media secara
terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-
institusi pendidikan serta memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dengan yang lebih menarik dan berkesan.
Atan (1992), menyatakan pengajaran tradisional (kapur, buku teks, dan
percakapan) tidak akan menjamin keberkesanan kerana tidak dapat menguji daya
3
imaginasi pelajar. Melalui kaedah ini, pelajar lebih bergantung kepada satu saluran
deria untuk menerima rangsangan dan menjadikan sumber maklumat untuk
diproses. Pelajar perlu menggunakan pancaindera mereka dengan semaksimum
mungkin untuk menerima pengajaran yang disampaikan guru. Setiap pancaindera
akan melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera
yang lain.
Pembangunan ini bakal menghasilkan MPK bagi mendedahkan kepada
pelajar atau pengguna struktur asas sesebuah kamera digital hinggalah kepada
teknik-teknik menangkap gambar. Sememangnya modul ini tidak termasuk dalam
sebarang subjek atau matapelajaran di sekolah atau institusi pendidikan tetapi
penggunaan kamera digital sudah meluas di negara kita. Tidak kira sesiapa jua, pasti
memilikinya biarpun sekadar kamera pada telefon bimbit. Penggunaan sahaja meluas
tetapi pendedahan kepada kamera digital tidaklah sebegitu. Jadi, modul ini akan
menerangkan secara terperinci dan lengkap di samping paparan visual yang menarik
bagi memudahkan pemahaman pelajar atau pengguna.
Menurut Sweller et al (1998), Teori Beban Kognitif (Cognitive Load
Theory) mencadangkan bahawa proses pembelajaran akan dilaksanakan dengan
paling berkesan dalam keadaan yang selaras dengan reka bentuk kognitif manusia.
Berdasarkan teori ini, didapati bahawa ingatan ingatan jangka pendek (short term
memory) yang digunakan semasa proses pembelajaran adalah terhad kepada bilangan
elemen yang dilihat oleh pelajar dalam menerima dan memproses data yang
diterima.
Penggunaan modul pembelajaran kendiri (MPK) adalah salah satu cara yang
dapat digunakan bagi mengatasi masalah perbezaan individu. Kamdi Kamil (1990),
menyatakan dengan menggunakan MPK sesuatu aktiviti itu telah pun dirangka dan
diprogramkan selaras dengan keupayaan dan kebolehan pelajar serta dapat menarik
minat, memberikan motivasi, dan dan cabaran dalam sesuatu pembelajaran. Melalui
MPK, pelajar akan dapat mengembangkan lagi sifat ingin tahu, berdikari dalam
mendapatkan sesuatu ilmu, berkebolehan dalam membuat keputusan, dan seterusnya
dapat memupuk nilai-nilai yang baik. MPK sangat sesuai bagi pelajar yang
4
mempunyai kecerdasan sederhan dan rendah yang memerlukan bantuan secara
menyeluruh dengan mengambil kira kebolehan kognitif mereka.
Meyer (1988:1), mentakrifkan MPK sebagai, “A module is a specific type of
learning resource. Modules are essentially self-contained, self-instructional
packages, with learning paced by each student according to his or her individual
needs and ability. A content or a group of content elements forming a discrete unit of
subject matter or area of skill. A module has clearly defined objectives.”
Berdasarkan takrifan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa MPK adalah pakej
pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri.
Menurut model ini, MPK mengandungi 8 komponen utama iaitu arahan, tujuan dan
matlamat, senarai kemahiran prasyarat, senarai objektif, pra-ujian, senarai alatan dan
sumber lain, turutan aktiviti pengajaran dan ujian selepas. Setiap nota dan
penerangan dalam modul ini menyediakan langkah-langkah yang boleh dilakukan
secara terus oleh pelajar atau pengguna bagi memahami isi pelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ia
merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekana dalam suatu
proses penyampaian maklumat. Grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat
dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan memandangkan ianya disampaikan dalam
bentuk visual. Grafik juga boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap
maklumat yang ingin disampaikan.
Grafik boleh didefinasikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau
huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau
menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer digunakan secara
meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman. Teknik ini
dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin
komputer.
5
Grafik sebenarnya mempergunakan media statik dengan
memperkembangkan keupayaan teks, ilustrasi dan gambar foto. Penambahan
dimensi masa yang bergantung kepada berapa lama masa diambil oleh pengguna
sebagai sebahagian daripada perolehan pengalaman maklumat yang diinginkan.
Menurut Linstrom (1994), ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’, menarik
perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda.
Gambar atau grafik merupakan media yang paling utama dan popular
digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia.
Menurut Kamus Oxford, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan atau
ukiran. Grafik bukan hanya sekadar lukisan santapan mata sahaja tetapi suatu
sumber penyampaian maklumat yang amat berkesan. Grafik dikatakan sebagai
sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang
diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci
dan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi. Grafik juga
menerangkan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak
dapat diterangkan oleh teks dan untuk menambah daya tarikan. Grafik dapat
mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan tangkapan
yang jelas, tepat, dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik merupakan
tulang belakang bagi menghasilkan produk multimedia. Pembangun perisian
multimedia perlu tahu bagamana cara merealisasikan grafik dengan lebih berkesan
kerana penggunaan grafik dalam aplikasi multimedia atau laman web mampu
menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian secara maya itu lebih menarik
dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin
disampaikan.
Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), penggunaan grafik sama ada
secara tradisional atau pun digital dapat memberikan kelebihan iaitu penyaluran
maklumat yang pantas, penekanan ke atas maklumat yang ingin disampaikan,
pengekalan maklumat dalam ingatan jangka panjang, meningkatkan minat dan
motivasi serta meningkatkan kebolehpercayaan maklumat yang ingin disampaikan.
6
Namun begitu, tidak semua pelajar dapat menghasilkan grafik yang benar-
benar menarik dan realistik kerana kurangnya kepakaran dalam menghasilkan
grafik yang bermutu. Para pelajar lebih gemar untuk mengambil gambar atau grafik
yang diperlukan daripada internet atau mengimbasnya tanpa memikirkan kesesuaian
grafik tersebut dengan keadaan yang diperlukan. Kekurangan kepakaran dalam
menghasilkan grafik mengikut kreativiti dan keperluan adalah disebabkan ketiadaan
bahan bantuan yang dapat mengajar para pelajar khususnya dan orang ramai amnya
tentang menghasilkan grafik sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Memang diakui memang terdapat banyak bahan bantuan di kedai-kedai buku,
namun ianya kurang mendapat sambutan kerana kebanyakkannya menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai medium penghantaran.
1.3 Pernyataan Masalah
Bagi membangunkan sesuatu modul, terdapat perkara yang perlu diberi
perhatian. Hal ini demikian kerana pembangunan modul memerlukan masa, daya
kreativiti yang tinggi, dan mempunyai pengetahuan serta kepakaran berkaitan
fotografi bermula dari pemilihan kamera sehinggalah teknik mengambil gambar dan
menghasilkan kesan khas pada gambar yang diambil menggunakan perisian Adobe
Photoshop. Ciri-ciri perlu ada pada seseorang pembangun untuk menghasilkan
modul yang berkualiti tinggi.
Modul dibangunkan bagi membantu para pelajar khususnya yang mengikuti
mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi di peringkat menengah atas
dan orang ramainya amnya mengenai fotografi dan perisian Adobe Photoshop.
Dalam bahagian fotografi pengguna didedahkan kepada kamera digital bermula dari
pemilihan kamera,mengambil, menyunting, mengatur dan mengurus, serta berkongsi
gambar. Selepas itu, gambar yang diambil bolehlah disunting dengan menggunakan
aplikasi kesan khas yang terdapat pada perisian Adobe Photoshop agar gambar yang
dihasilkan lebih menarik dan menjadi tarikan.
7
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini adalah:
i. Membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi topik Teknik
Fotografi dan Penghasilan Kesan Khas Menggunakan Perisian Adobe
Photoshop menggunakan pendekatan Teori Beban Kognitif.
1.5 Kepentingan Kajian
Modul ini dihasilkan adalah untuk membantu meningkatkan proses dan
kualiti pembelajaran di luar bilik darjah. Modul ini diharap dapat memberikan
manfaat kepada pelajar dan individu yang berminat mengembangkan kemahiran
menggunakan kamera di samping mereka yang ingin menyunting gambar dengan
menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Bahan rujukan yang sedia ada kebanyakkannya menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai medium penghantaran menjadikan kurangnya sambutan dari orang
ramai untuk mempelajari teknik fotografi secara betul. Sekalipun ada yang
didatangkan dalam Bahasa Melayu, susunan ayatnya tidak teratur dan sukar difahami
serta paparan grafik tidak begitu menarik dan lebih banyak teks.
Pembangunan modul ini juga berdasarkan Teori Beban Kognitif di mana
aktivitinya mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza.
Situasi pembelajaran yang terdapat di dalam modul ini diharapkan dapat
memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan bagi pelajar khususnya dan
orang ramai amnya dalam memahami penggunaan kamera digital dan perisian
Adobe Photoshop.