25
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TEKNIK FOTOGRAFI DAN PENGHASILAN KESAN KHAS MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MOHD FARISULZAMIR BIN ZAKARIA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 4 ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 838 B, KG. PANTAI BATU BURUK, ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN 20400 KUALA TERENGGANU, MEGAT ZAKARIA TERENGGANU. Nama penyelia Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

  • Upload
    vukhanh

  • View
    226

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TEKNIK FOTOGRAFI DAN

PENGHASILAN KESAN KHAS MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya MOHD FARISULZAMIR BIN ZAKARIA (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 4 )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 838 B, KG. PANTAI BATU BURUK, ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN 20400 KUALA TERENGGANU, MEGAT ZAKARIA TERENGGANU. Nama penyelia

Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : …………………………………………………

Nama Penyelia: EN. MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT

ZAKARIA

Tarikh : 30 April 2009

Page 3: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

i

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TEKNIK FOTOGRAFI DAN

PENGHASILAN KESAN KHAS MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE

PHOTOSHOP

MOHD FARISULZAMIR BIN ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 4: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelas sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………………

Nama Penulis : MOHD FARISULZAMIR BIN ZAKARIA

Tarikh : 30 April 2009

Page 5: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

iii

SEKALUNG BUDI

Terlihat satu persatu wajah mereka Obor kejayaan ku kejar

Sepi rindu

Pada gelak tawa mereka

Kerana…..sebuah impian… Ku renang merempuh onak dan duri

Kini hasilnya ku perolehi jua

..Ditujukan untuk tok dan to’ki tersayang, Teh binti Abas dan Mansor bin Hitam Yang sentiasa mendoakan kejayaanku

Teristimewa buat abah, ibujan, dan mak tersayang

Zakaria bin Abdullah, Noridzan binti Embong, dan Nor Jannah binti Muhammad Idris

Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih-perih kalian dalam membesarkanku

Buat adik-adikku yang disayangi dan dikasihi

Farhan, Sobri, Lokman, Uzir, Siti, Umir, Umi, Khalisa, Balqis, dan Muiz

Jadilah ibarat sebutir permata, walau dicampak ke lumpur, tetap menyerlah sinarnya

Tidak dilupakan juga teman dan sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberi sokongan terutamanya Nor

Kamsiah binti Kamarul Jaeh dan Muhammad Firdaus bin Omar serta semua rakan seperjuangan SPP sesi 2005-2009

Terima kasih di atas sokongan dan dorongan kalian,

semoga Allah sahaja yang membalasnya..

Page 6: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya

projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah

ditetapkan. Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas

kepada pensyarah pembimbing Encik Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria di atas

bimbingan, nasihat, dorongan dan perbincangan serta kerjasama yang diberikan

sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Semoga keikhlasan dan keluhuran yang

telah diberikan dalam menyampaikan ilmu kepada saya yang serba kekurangan ini

diredhai dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan

seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek ini

berjaya disiapkan. Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada abah, ibujan, dan

emak yang tanpa jemu mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi untuk

anakmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga buat datuk dan nenek yang banyak

memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.

Akhir kata, projek ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh pembangun atau penyelidik, para pendidik dan pelajar

yang berminat serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Page 7: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

v

ABSTRAK

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan Modul

Pembelajaran Kendiri bagi tajuk Teknik Fotografi dan Penghasilan Kesan Khas

Menggunakan Perisian Adobe Photoshop. Modul ini diperlukan kerana kebanyakkan

buku mengenai fotografi yang berada di pasaran tidak benar-benar membantu. Hal

ini disebabkan kebanyakkannya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan kosnya agak

tinggi untuk dimiliki di samping tidak sesuai dengan pendekatan pembelajaran.

Perkara ini menyukarkan pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris untuk

mempelajari dan menguasainya. Penglibatan pelajar secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran amat diperlukan bagi mengatasi masalah

ketidaksesuaian bahannya. Pembangunan modul ini adalah berpandukan model

rekabentuk pembangunan ADDIE. Manakala Teori Beban Kognitif digunakan

sebagai pendekatan pembelajaran. Modul ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu

Teknik Fotografi dan Penghasilan Kesan Khas Menggunakan Perisian Adobe

Photoshop. Modul ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan tambahan dalam

mendalami ilmu fotografi atau sesiapa sahaja yang ingin mempelajari penggunaan

kamera digital dan suntingan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Perisian aplikasi yang digunakan dalam modul ini ialah Microsoft Office Word,

Microsoft Office Picture Manager, Paint, dan Adobe Photoshop CS2. Diharapkan

modul ini dapat memupuk minat sifat meneroka ilmu pengetahuan dan sebagai

pendedahan awal kepada grafik komputer.

Page 8: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

vi

ABSTRACT

The objective of this project is to develop the Self Instruction Module based

on topics Techniques of Photography and Producing the Special Effects by Using

Adobe Photoshop. This module is needed because most of books related to

photography do not really guide the user. This is because most of the references are

published in English and high distributing cost to have it besides not suitable in

learning approach. This will affect students who not really understand English well

to study and comprehend it. The involvement of the students is needed to overcome

the problem of the unsuitable teaching and learning materials. The development of

this module is based on ADDIE, model of development design. While the Cognitive

Load Theory use as learning approach. This module is divided into two titles that are

Techniques of Photography and Producing the Special Effects by Using Adobe

Photoshop. This module is suitable used as additional reference to profound the

knowledge of photography or any person who want learn how to applied the digital

camera and editing the picture by using of Adobe Photoshop. This module is being

developed using Microsoft Office Word, Microsoft Office Picture Manager, Paint,

and Adobe Photoshop CS2. Through this module, it is hoped that the behaviour of

exploring of knowledge can be used as initial exposure to graphic computer.

Page 9: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Definisi Istilah 8

Page 10: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

viii

1.7.1 Pembelajaran 8

1.7.2 Pengajaran 9

1.7.3 Interaktif 9

1.7.4 Modul Pembelajaran Kendiri 10

1.7.5 Pengajaran Bermodul 10

1.8 Penutup

10

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Perkembangan Pembelajaran Bermodul dalam Pengajaran

dan Pembelajaran

12

2.3 Modul 13

2.4 Pembelajaran Kendiri 14

2.5 Modul Pembelajaran Kendiri 14

2.5.1 Kepentingan Modul Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

16

2.6 Teknologi Grafik 16

2.6.1 Teknologi Grafik Digital 17

2.6.2 Kepentingan Grafik 17

2.7 Pembangunan dan Perkakasan 17

2.8 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

Pengajaran dan Pembelajaran

18

2.8.1 Teori Pembelajaran 18

2.8.1.1 Teori Beban Kognitif 19

2.8.1.2 Teori Tingkahlaku 23

2.8.1.3 Teori Konstruktivisme 25

2.8.1.4 Teori Kognitif 26

2.8.2 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam

Merekabentuk Modul Pembelajaran Kendiri

26

a) Pembelajaran Anjal 26

b) Pembelajaran Aktif 27

c) Pembelajaran Reflektif 27

d) Pembelajaran Kendiri 27

Page 11: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

ix

e) Penerapan Nilai-Nilai Murni 28

2.9 Model Rekabentuk Pembinaan Modul Pembelajaran 28

2.9.1 Model Burns 29

2.9.2 Model Klingstedt 30

2.9.3 Model Eijl 31

2.9.4 Model de Vito-Krockover 32

2.9.5 Model Meyer 33

2.10 Penutup

35

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 39

3.3 Model Reka Bentuk Sistem Pengajaran Seels Dan

Glasgow (1998)

40

3.3.1 Fasa Analisis 41

3.3.1.1 Pemilihan Topik Pembelajaran 42

3.3.1.2 Pengkelasan Isi Pembelajaran 43

3.3.1.3 Kumpulan Sasaran 44

3.3.1.4 Objektif Pembinaan Modul 44

3.3.2 Fasa Reka Bentuk 44

3.3.2.1 Reka Bentuk Teks Pada Modul 45

3.3.2.2 Reka Bentuk Imej Grafik Pada Modul 45

3.3.2.3 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Reka

Bentuk Isi Modul

46

3.3.2.4 Mengenalpasti Objektif Pembelajaran 46

3.3.2.5 Pemilihan Strategi 47

3.3.2.6 Bahasa dan Arahan 47

3.3.2.7 Perkakasan Pembangunan 48

3.3.2.8 Susunan Pembelajaran Modul 48

3.3.3 Fasa Pembangunan 48

3.3.4 Fasa Perlaksanaan 49

3.3.5 Fasa Penilaian 50

3.4 Penutup 51

Page 12: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

x

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Muka Hadapan 52

4.3 Kriteria Modul 53

4.3.1 Modul Pembelajaran Kendiri Teknik Fotografi 54

4.3.1.1 Bab 1: Memahami Fotografi Digital 54

4.3.1.2 Bab 2: Permulaan Kamera Digital 56

4.3.1.3 Bab 3: Memahami Cahaya 58

4.3.1.4 Bab 4: Memahami Fokus 60

4.3.1.5 Bab 5: Tetapan Kamera Digital 62

4.3.1.6 Bab 6: Mencetak Gambar 65

4.3.2 Penghasilan Kesan Khas Pada Gambar

Menggunakan Perisian Adobe Photoshop

68

4.3.2.1 Reka Bentuk 69

4.4 Cara Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri 72

4.4.1 Senarai Objektif 72

4.4.2 Aktiviti Pembelajaran 73

4.5 Penutup

74

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Perbincangan 75

5.2.1 Kekuatan MPK 76

5.2.2 Kelemahan MPK 77

5.2.2.1 Persembahan Nota 77

5.2.2.2 Penyusunan Isi Kandungan 77

5.3 Masalah-masalah Yang Dhadapi Semasa Proses

Pembangunan

77

5.3.1 Kekurangan Kemahiran 78

5.3.2 Kekangan Kewangan 78

5.4 Cadangan-cadangan Penambahbaikan 78

5.4.1 Pengayaan 78

Page 13: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

xi

5.4.2 Elemen Realistik 79

5.5 Penutup 79

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 82

Page 14: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK

MUKA

SURAT

i Pengkelasan Isi Pelajaran 43

Page 15: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

xiii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH TAJUK

MUKA

SURAT

1 Reka Bentuk Screen Capture berserta penerangan ayat bagi

mengurangkan beban kognitif pelajar

22

2 Aliran Kerja Model ADDIE 38

3 Muka Hadapan 53

4 Contoh Paparan Dalam Menyampaikan Isi Kandungan 55

5 Contoh Paparan Bergambar 56

6 Objektif Pada Permulaan Bab 57

7 Penerangan Bersertakan Gambar Rajah 58

8 Nota Di Bahagian Bawah Untuk Menyatakan Topik

Sseterusnya

59

9 Penerangan Dalam Bentuk Jadual dan Rajah 60

10 Paparan Visual Dengan Penerangan Langkah Demi Langkah

dan Nota Tambahan

61

11 Struktur Kamera Digital 62

12 Contoh Ruangan 63

13 Paparan Visual dan Ruangan Bagi Setiap Penerangan 64

14 Paparan Visual Yang Menggunakan Sistem Nombor dan Nota

Tambahan

65

15 Paparan Visual Dengan Teks dan Gambar Rajah 66

16 Paparan Visual yang Menggunakan Sistem Nombor dan Gabungan Teks

67

17 Paparan Visual yang Menunjukkan Penggunaan Nota Ringkas 68

18 Pengenalan 69

19 Paparan Gambar Rajah Berserta Penerangan Langkah-langkah Menggunakan Nombor

70

Page 16: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

xiv

20 Gabungan Teks dan Gambar Rajah 71

21 Urutan Dinomborkan dan Dilabel 72

22 Objektif Pembelajaran 73

Page 17: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

xv

SENARAI SINGKATAN

CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory (Cakera Padat Baca

Ingatan Sahaja)

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Page 18: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

I Borang Penilaian

II Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Information and Communication Technology

Page 19: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar di sekolah merupakan asas

tunjang kepada pembangunan sesebuah negara yang ingin melihat dan mencapai

matlamat menjadikan rakyat dan generasinya mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang tinggi. Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah

diubah supaya seiring dengan negara-negara maju yang menggunakan kaedah

pengajaran pembelajaran yang efektif.

Bertepatan dengan kenyataan Zoraini Wati (1993), bahawa generasi celik

maklumat perlu dibentuk dari sekarang. Mereka perlu lengkap dengan segala

kemahiran yang akan membawa negara ke tahap negara maju. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, para pendidik tidak akan dapat lari daripada masalah

perbezaan setiap individu sama ada di dalam sesebuah kelas ataupun institusi.

Perbezaan ini adalah dari segi minat terhadap isi pelajaran, tumpuan perhatian

terhadap apa yang ditunjukkan, kecerdasan akal untuk menerima setiap apa yang

diajarkan, nilai, dan motivasi diri menjadi persoalan yang tidak dapat dirungkaikan

oleh pendidik sehingga kini. Tetapi situasi pendidikan pada masa kini lebih

mengutamakan kepada satu bentuk pembelajaran yang mana setiap pelajar diberikan

dengan satu cara pengajaran dan isi pembelajaran tanpa mengambil kira perbezaan di

antara pelajar. Setiap pembelajaran mestilah mempunyai objektif yang tersendiri.

Page 20: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

2

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang baik objektif tersebut dapat

dicapai dengan mudah.

Tidak kesemua isi pelajaran dapat dikuasai oleh pelajar setelah

mempelajarinya kerana tidak semua pelajar selesa menerimanya dan kadangkala

terpaksa menerima isi pelajaran. Sejak dilahirkan, manusia telah diberikan anugerah

oleh Ilahi dengan aras-aras kecerdasan yang membolehkan mereka belajar dan

menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Namun begitu, kecerdasan mereka

berbeza disebabkan oleh faktor-faktor seperti latar belakang sosial dan juga geografi.

Walaupun berada dalam bidang yang sama, tetapi mereka tetap mempunyai

perbezaan individu seperti tingkah laku, teknik dan gaya belajar, motivasi, kesediaan

dan kebolehan menguasai sesuatu kemahiran dan nilai terhadap sesuatu pelajaran

(Burn, 1971). Fenomena ini memerlukan satu kaedah dan pendekatan yang sesuai

bagi mengatasi masalah agar suasana proses pengajaran dan pembelajaran itu

menjadi lebih kondusif atau lebih menggalakkan.

Menurut Shaharom (1993), salah satu cara bagi menangani masalah ini

adalah dengan cara mengindividukan pengajaran itu dengan cara pendidik membuat

aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar tersebut. Hasil

kajian yang telah dilakukan oleh Habibah Alias (1991) membuktikan bahawa

kegunaan modul dapat membantu meningkatkan lagi pencapaianseseorang pelajar.

Penggunaan modul membolehkan seseorang pelajar menguasai sesuatu topik mata

pelajaran sebelum beralih kepada topik yang seterusnya. Shaharom Noordin dan Yap

Kueh Chin (1991) telah menjelaskan bahawa kegunaan modul pembelajaran

membolehkan seseorang pelajar itu menjadi lebih cemerlang dan produktif. Ini

disebabkan dalam modul terdapat pelbagai aktiviti yang boleh menjadi perangsang

kepada minda pelajar dan dapat menarik minat seseorang pelajar untuk terus terlibat

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai jenis media secara

terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-

institusi pendidikan serta memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai ilmu

pengetahuan dengan yang lebih menarik dan berkesan.

Atan (1992), menyatakan pengajaran tradisional (kapur, buku teks, dan

percakapan) tidak akan menjamin keberkesanan kerana tidak dapat menguji daya

Page 21: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

3

imaginasi pelajar. Melalui kaedah ini, pelajar lebih bergantung kepada satu saluran

deria untuk menerima rangsangan dan menjadikan sumber maklumat untuk

diproses. Pelajar perlu menggunakan pancaindera mereka dengan semaksimum

mungkin untuk menerima pengajaran yang disampaikan guru. Setiap pancaindera

akan melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera

yang lain.

Pembangunan ini bakal menghasilkan MPK bagi mendedahkan kepada

pelajar atau pengguna struktur asas sesebuah kamera digital hinggalah kepada

teknik-teknik menangkap gambar. Sememangnya modul ini tidak termasuk dalam

sebarang subjek atau matapelajaran di sekolah atau institusi pendidikan tetapi

penggunaan kamera digital sudah meluas di negara kita. Tidak kira sesiapa jua, pasti

memilikinya biarpun sekadar kamera pada telefon bimbit. Penggunaan sahaja meluas

tetapi pendedahan kepada kamera digital tidaklah sebegitu. Jadi, modul ini akan

menerangkan secara terperinci dan lengkap di samping paparan visual yang menarik

bagi memudahkan pemahaman pelajar atau pengguna.

Menurut Sweller et al (1998), Teori Beban Kognitif (Cognitive Load

Theory) mencadangkan bahawa proses pembelajaran akan dilaksanakan dengan

paling berkesan dalam keadaan yang selaras dengan reka bentuk kognitif manusia.

Berdasarkan teori ini, didapati bahawa ingatan ingatan jangka pendek (short term

memory) yang digunakan semasa proses pembelajaran adalah terhad kepada bilangan

elemen yang dilihat oleh pelajar dalam menerima dan memproses data yang

diterima.

Penggunaan modul pembelajaran kendiri (MPK) adalah salah satu cara yang

dapat digunakan bagi mengatasi masalah perbezaan individu. Kamdi Kamil (1990),

menyatakan dengan menggunakan MPK sesuatu aktiviti itu telah pun dirangka dan

diprogramkan selaras dengan keupayaan dan kebolehan pelajar serta dapat menarik

minat, memberikan motivasi, dan dan cabaran dalam sesuatu pembelajaran. Melalui

MPK, pelajar akan dapat mengembangkan lagi sifat ingin tahu, berdikari dalam

mendapatkan sesuatu ilmu, berkebolehan dalam membuat keputusan, dan seterusnya

dapat memupuk nilai-nilai yang baik. MPK sangat sesuai bagi pelajar yang

Page 22: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

4

mempunyai kecerdasan sederhan dan rendah yang memerlukan bantuan secara

menyeluruh dengan mengambil kira kebolehan kognitif mereka.

Meyer (1988:1), mentakrifkan MPK sebagai, “A module is a specific type of

learning resource. Modules are essentially self-contained, self-instructional

packages, with learning paced by each student according to his or her individual

needs and ability. A content or a group of content elements forming a discrete unit of

subject matter or area of skill. A module has clearly defined objectives.”

Berdasarkan takrifan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa MPK adalah pakej

pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri.

Menurut model ini, MPK mengandungi 8 komponen utama iaitu arahan, tujuan dan

matlamat, senarai kemahiran prasyarat, senarai objektif, pra-ujian, senarai alatan dan

sumber lain, turutan aktiviti pengajaran dan ujian selepas. Setiap nota dan

penerangan dalam modul ini menyediakan langkah-langkah yang boleh dilakukan

secara terus oleh pelajar atau pengguna bagi memahami isi pelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak

bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ia

merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekana dalam suatu

proses penyampaian maklumat. Grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat

dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan memandangkan ianya disampaikan dalam

bentuk visual. Grafik juga boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap

maklumat yang ingin disampaikan.

Grafik boleh didefinasikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau

huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau

menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer digunakan secara

meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman. Teknik ini

dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin

komputer.

Page 23: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

5

Grafik sebenarnya mempergunakan media statik dengan

memperkembangkan keupayaan teks, ilustrasi dan gambar foto. Penambahan

dimensi masa yang bergantung kepada berapa lama masa diambil oleh pengguna

sebagai sebahagian daripada perolehan pengalaman maklumat yang diinginkan.

Menurut Linstrom (1994), ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’, menarik

perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda.

Gambar atau grafik merupakan media yang paling utama dan popular

digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia.

Menurut Kamus Oxford, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan atau

ukiran. Grafik bukan hanya sekadar lukisan santapan mata sahaja tetapi suatu

sumber penyampaian maklumat yang amat berkesan. Grafik dikatakan sebagai

sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang

diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci

dan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi. Grafik juga

menerangkan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak

dapat diterangkan oleh teks dan untuk menambah daya tarikan. Grafik dapat

mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan tangkapan

yang jelas, tepat, dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik merupakan

tulang belakang bagi menghasilkan produk multimedia. Pembangun perisian

multimedia perlu tahu bagamana cara merealisasikan grafik dengan lebih berkesan

kerana penggunaan grafik dalam aplikasi multimedia atau laman web mampu

menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian secara maya itu lebih menarik

dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin

disampaikan.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), penggunaan grafik sama ada

secara tradisional atau pun digital dapat memberikan kelebihan iaitu penyaluran

maklumat yang pantas, penekanan ke atas maklumat yang ingin disampaikan,

pengekalan maklumat dalam ingatan jangka panjang, meningkatkan minat dan

motivasi serta meningkatkan kebolehpercayaan maklumat yang ingin disampaikan.

Page 24: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

6

Namun begitu, tidak semua pelajar dapat menghasilkan grafik yang benar-

benar menarik dan realistik kerana kurangnya kepakaran dalam menghasilkan

grafik yang bermutu. Para pelajar lebih gemar untuk mengambil gambar atau grafik

yang diperlukan daripada internet atau mengimbasnya tanpa memikirkan kesesuaian

grafik tersebut dengan keadaan yang diperlukan. Kekurangan kepakaran dalam

menghasilkan grafik mengikut kreativiti dan keperluan adalah disebabkan ketiadaan

bahan bantuan yang dapat mengajar para pelajar khususnya dan orang ramai amnya

tentang menghasilkan grafik sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Memang diakui memang terdapat banyak bahan bantuan di kedai-kedai buku,

namun ianya kurang mendapat sambutan kerana kebanyakkannya menggunakan

Bahasa Inggeris sebagai medium penghantaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Bagi membangunkan sesuatu modul, terdapat perkara yang perlu diberi

perhatian. Hal ini demikian kerana pembangunan modul memerlukan masa, daya

kreativiti yang tinggi, dan mempunyai pengetahuan serta kepakaran berkaitan

fotografi bermula dari pemilihan kamera sehinggalah teknik mengambil gambar dan

menghasilkan kesan khas pada gambar yang diambil menggunakan perisian Adobe

Photoshop. Ciri-ciri perlu ada pada seseorang pembangun untuk menghasilkan

modul yang berkualiti tinggi.

Modul dibangunkan bagi membantu para pelajar khususnya yang mengikuti

mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi di peringkat menengah atas

dan orang ramainya amnya mengenai fotografi dan perisian Adobe Photoshop.

Dalam bahagian fotografi pengguna didedahkan kepada kamera digital bermula dari

pemilihan kamera,mengambil, menyunting, mengatur dan mengurus, serta berkongsi

gambar. Selepas itu, gambar yang diambil bolehlah disunting dengan menggunakan

aplikasi kesan khas yang terdapat pada perisian Adobe Photoshop agar gambar yang

dihasilkan lebih menarik dan menjadi tarikan.

Page 25: Borang Pengesahan 1 - fp.utm.my€¦Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang projek

7

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah:

i. Membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi topik Teknik

Fotografi dan Penghasilan Kesan Khas Menggunakan Perisian Adobe

Photoshop menggunakan pendekatan Teori Beban Kognitif.

1.5 Kepentingan Kajian

Modul ini dihasilkan adalah untuk membantu meningkatkan proses dan

kualiti pembelajaran di luar bilik darjah. Modul ini diharap dapat memberikan

manfaat kepada pelajar dan individu yang berminat mengembangkan kemahiran

menggunakan kamera di samping mereka yang ingin menyunting gambar dengan

menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Bahan rujukan yang sedia ada kebanyakkannya menggunakan Bahasa

Inggeris sebagai medium penghantaran menjadikan kurangnya sambutan dari orang

ramai untuk mempelajari teknik fotografi secara betul. Sekalipun ada yang

didatangkan dalam Bahasa Melayu, susunan ayatnya tidak teratur dan sukar difahami

serta paparan grafik tidak begitu menarik dan lebih banyak teks.

Pembangunan modul ini juga berdasarkan Teori Beban Kognitif di mana

aktivitinya mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza.

Situasi pembelajaran yang terdapat di dalam modul ini diharapkan dapat

memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan bagi pelajar khususnya dan

orang ramai amnya dalam memahami penggunaan kamera digital dan perisian

Adobe Photoshop.