Transcript
Page 1: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda.

Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.

Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.

Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Berpindah-randah Berpindah-randah

Be

rp

ind

ah

-ra

nd

ah

orbit buku Meneroka • Membongkar • MenaakulUntuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.com

Menarik • Mengasyikkan • Mendidik

TAHAP4

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 2: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

Mengapa berhijrah? ...............................6

Gnu .........................................................8

Paus ......................................................10

Belalang juta dan lain-lain ...................12

Tern Artik ..............................................14

Kitar hidup salmon ...............................16

Gajah ....................................................18

Penyu ...................................................20

Kupu-kupu dan rama-rama .................22

Belut .....................................................24

Udang karang ......................................25

Burung..................................................26

Bahaya ..................................................28

Glosari ..................................................30

Indeks ...................................................32

Kandungan

01 TEXT BERPINDAH-RANDAH-EL-F.indd 5 4/16/12 12:16 PM

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 3: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

6 B E R P I N D A H - R A N D A H

Mengapa berhijrah?H aiwan liar berhijrah kerana beberapa sebab. Ada yang berhijrah kerana

mengikut musim, mencari tempat yang lebih selesa sebelum cuaca berubah. Ada pula yang berhijrah untuk mencari makanan dan

mendapatkan makanan yang lebih banyak di tempat lain kerana perubahan musim. Apabila cuaca sejuk, kemarau, atau ledakan populasi yang menyebabkan kekurangan makanan, maka haiwan akan berhijrah untuk mencari makanan lain.

Ada juga haiwan yang berhijrah untuk mencari pasangan dan membiak. Tempat pilihannya ialah tempat yang mungkin terdapatnya makanan tertentu atau tempat yang memberikan perlindungan kepadanya untuk melahirkan anak.

Kuda belangRatusan ribu kuda belang berhijrah merentasi jarak hampir 3 200 km. Penghijrahan ini merupakan salah satu penghijrahan paling menakjubkan di bumi. Kuda belang bergerak berterusan dalam gerakan arah ikut jam untuk mencari rumput segar dan air di Tanzania dan di Kenya.

01 TEXT BERPINDAH-RANDAH-EL-F.indd 6 4/16/12 12:16 PM

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 4: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

Tempat pembiakan

Tapak musim sejuk atau musim kemarau

Tempat pembiakan

Tempat pembiakan

Tempat pembiakan

Tempat pembiakan

Tempat pembiakan

Tempat pembiakan

Tempat pembiakan

Tempat pembiakan

Tempat pembiakan

Hentian makan

Generasikedua

Generasi pertamaTapak musim sejuk

atau musim kemarau

7M E N G A P A B E R H I J R A H ?

Jenis penghijrahan Haiwan berhijrah dengan pelbagai cara. Ada yang berulang-alik. Ada yang pergi dan tidak kembali. Hal ini bergantung pada jangka hayat haiwan itu dan sebab haiwan itu berhijrah.

Penghijrahan cara nomadMelibatkan haiwan yang membiak di beberapa tempat sepanjang hayatnya. Contohnya, budgerigar atau zebra nch akan pulang ke lokasi tertentu hanya apabila persekitaran (umpamanya hujan) sesuai.

Penghijrahan ulang-alikPenghijrahan jenis ini paling banyak. Misalnya, angsa Kanada, berada di satu tempat selama setengah tahun dan setengah tahun selanjutnya di satu tempat yang lain dan akan berulang-alik ke tempat ini pada masa yang sama setiap tahun.

Penghijrahan litar Penghijrahan litar mirip penghijrahan pergi balik tetapi dengan lebih banyak hentian dan dalam pola yang berterusan. Penghijrahan kuda belang dan gnu adalah penghijrahan litar.

Penghijrahan sehalaMelibatkan sekumpulan haiwan yang berhijrah untuk tinggal di tempat baru. Hal ini sering dilihat pada serangga, seperti semut dan lebah.

Angsa KanadaAngsa Kanada berhijrah dua kali setahun, iaitu pada musim bunga dan pada musim luruh. Angsa-angsa ini terkenal kerana gaya terbangnya yang berbentuk V yang dapat menjimatkan tenaga angsa-angsa ini ketika terbang. Dengan bantuan angin, angsa ini mampu terbang lebih daripada 2 400 km dalam masa 24 jam.

01 TEXT BERPINDAH-RANDAH-EL-F.indd 7 4/16/12 12:16 PM

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 5: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

T AT AT AT AAAA M AM AM AM AM AAAM AM AAM AM AM AAAM AMMM AM AM AM AMMMMMM NNNNNNNNNN

EN EN EN EN ENNN ENNN EN EEN EN EEEEN EEEN EN EEN EEEEEEEEN EEEEENNNNNNNNNNNNNNNN G AG AG AG AG AG AG AAGGGGGGGGGGGGGGGGG AR AR AR AR AAAAAAAR AR AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

S ES ES ES ES ES EEES EE R ER ER ER ER ER ER ER EER E N GN GN GN GN GN GN GGGN GG E TE TE TTE TE TE TEE TEEEEEEEE IIIIIIIII

H U TH U TH U TTH U A N A N A NA NAA S IS IS IS IS ISSS IS I MI MI MI MMS I MSS MS ISSS IIIS III M P AP AP AAAAA NAAA NA NA NP AAAAAA NAA NP AA NAA NNAAAAA NA NP AAAP AAAAAP AAAAAAAP AAAAPM AMM A SA S AAA II I A M AM A RA RA RAA RA RA RA RA RRRA RA RA RAA RA RA RA RAA RAAAAAA RAAM A RAAA RRM A R AAAAAAAAAA

K EK EK EKK EK EK EKKK EKK E NK E NE NK E NK EK E NK E NKK EE NNNN Y AY AY AY AY AY AY AA

T AT AT AT AT AT AT AT AT A NT A NA NT A NNT A NA NNA NT A NNN Z A N

Z A NZ A NZ A NZ A NZ A NZ A NA NZ A NZ A NZ A NZ A NA NN I AI AI AI AI AI AI AI AI A

DaDaDaaDD tatatataatatatataatatatatataaatatatttttttt rararaaannnnnSeSeSeSeSS rerreeeeereeeeeeeerereeennnnnngggngggeteteti i i

MarMarMarMarMarMarMarMarMMMMMMMMMM aaaaaaaaaaaa

GrGrGruGruGruGruGruGruGruGruGruGruGruGrurGrGrGrGGrGrGrumetmemetmettiiii

MMbMMMMMMbaMMMbaMMbMMMMbaMbaMbaMMMM

aMMMMMbMbMMMMbMMbMbMbMbMbMbMbMMbbMMbMbMMbMbMbMMbMbMbMbMbMbMMMMMMMMMMMMMMMM

alaglallaglaglaglaglalaglaglaglallllaglalallalaggetieetieteetetietieeeetitititi

TTTTTTTasTasTTT sssssssssssik ikikikkkkikikikkkkkkik iiikiki NNdNduduuttutuuu

DisDisDisDisDisssssDissembembembembemeeeeeeeeeeeeeeeeeee eererrree

JanJanJ uaruarararri-Mi-Mi-Mi-MMMMMMMMMMMMM-Mi MMMMMMMMMMMMMMMaacacaccacaacaaaaaaaacaaacacccccccccccc

NovNovNoNovNovNoNoNoNovNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNoNNN ememememmbmmmmmbmbmmmmmmmmmmmemmmmmmmmmmmmmmbmmbmmm eereereerrrr

SepSepSepSepepe temtemtemtemmberberberbere -Ok-Ok-Ok-OkOOkOkOkOkOkkkkOkOkOkkOOkOkOkkOkOkOkkkkkkkkktotototoboboboboboobobbbbtobobobobbtobobbtobobobobobobbtoboobotoobobobbobooobobtobbbbbbbbbeerererrrrrrerrrrerrrrrereeeeeeeeeererreeerreeeeer

OgoOgoOgoOO sss

JJuJulJulJulJulaiaiaiai

JunJuJunJunJunJunJuJJ

MeiMeiMeMeiee

ApAprAprprrAA illilililiiilili

B E R P I N D A H - R A N D A H8

Januari–MacPada ketika ini setiap tahun, gnu berada di Dataran Serengeti dan Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro. Ibu-ibu melahirkan anak sekitar tiga minggu pertama Februari. Ini tempoh yang berbahaya kerana waktu ini menarik minat singa.

April–MeiDalam pergerakan yang menakjubkan, kawanan haiwan bergerak ke utara dan barat, meredah hujan yang kerap, menuju ke barat padang rumput dan kawasan hutan kayu Serengeti. Apabila hujan mulai reda pada bulan Jun, gnu mengawan.

Julai-OgosPada bulan Julai, kawanan menyeberangi Sungai Grumadi yang berbahaya. Yang tidak lemas atau tidak dibaham buaya memasuki Kenya menuju dataran Lamai Wedge yang subur dan Segitiga Mara. Haiwan ini menghadapi satu lagi rintangan berbahaya, iaitu menyeberangi Sungai Mara.

01 TEXT BERPINDAH-RANDAH-EL-F.indd 8 4/16/12 12:16 PM

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 6: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

B E R P I N D A H - R A N D A H22

Kupu-kupu dan rama-ramaS ungguhpun kupu-kupu kecil dan tidak kuat, serangga

ini mampu terbang dalam jarak yang amat jauh. Seperti burung, kupu-kupu terbang tinggi untuk

mencari tempat yang baik, iaitu tempat yang banyak makanan, cuaca yang lebih baik, atau tempat yang sesuai untuk mengawan dan bertelur.

Tetapi, terdapat perbezaan yang ketara antara penghijrahan kupu-kupu dengan penghijrahan burung. Burung biasanya membuat perjalanan pergi balik. Jangka hayat kupu-kupu lebih pendek, jadi kupu-kupu akan terbang satu hala manakala anaknya akan kembali ke tempat asalnya. Hakikatnya, satu perjalanan pergi balik boleh jadi melibatkan beberapa generasi kupu-kupu.

Penghijrah yang lainBanyak spesies kupu-kupu berhijrah dan penghijrahannya mengikut musim. Painted lady menggunakan angin untuk membantunya terbang dari Afrika ke Sepanyol setiap tahun. Kupu-kupu cabbage pula terbang beberapa ratus kilometer dari benua Eropah ke Britain dalam perjalanan tahunannya. Kupu-kupu terkenal kerana menggunakan matahari untuk memandu arah perjalanannya.

Painted lady

01 TEXT BERPINDAH-RANDAH-EL-F.indd 22 4/16/12 12:20 PM

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 7: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

23K U P U - K U P U D A N R A M A - R A M A

Terbang jauhKupu-kupu monarch dapat terbang 80 km sehari dan sejauh 5 000 km keseluruhannya. Kupu-kupu monarch biasanya hidup antara dua hingga enam minggu, tetapi yang menetas di penghujung musim panas hayatnya lebih panjang. Kumpulan kupu-kupu ini terbang ke selatan menuju ke pergunungan berhampiran Kota Mexico dan menghabiskan musim sejuk di sana. Pada musim bunga, kupu-kupu ini terbang pulang dan jangka hayatnya menjangkau sehingga kira-kira lapan bulan.

RAMA-RAMASerangga yang berkait rapat dengan kupu-kupu ini berhijrah juga. Contohnya, rama-rama bogong Australia terkenal kerana terbang ke Alps Victoria dan Gunung Snowy di New South Wales untuk mengelakkan suhu panas pada musim panas di kawasan barat daya negara itu. Rama-rama ini terbang pada waktu malam dan berkumpul di dalam gua dan rekahan gua yang gelap pada waktu siang.

PETUNJUK

Generasi 1

Generasi 2

Generasi 3

Generasi 4

Tempat musim panas Timur

Tempat musim panas Barat

Tempat musim sejuk Timur

Tempat musim sejuk Barat

Rama-rama bogong

01 TEXT BERPINDAH-RANDAH-EL-F.indd 23 4/16/12 12:21 PM

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 8: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

21

Bertemu Penyu jantan dan betina melakukan ritual pemikatan di kawasan pembiakan di lautan.

MengawanPenyu betina mengawan dengan beberapa pasangan dan menyimpan sperma untuk mensenyawakan lebih daripada satu set telur.

Anak tetasanAnak penyu menetas,

menggali jalan keluar dari pasir, dan menuju ke air.

MembesarAnak penyu yang berjaya ke lautan akan membesar

hingga dewasa di laut.

BertelurPenyu betina naik ke daratan, menggali lubang, dan menimbus telurnya.

yu

a ak

Lubang yang dalamPenyu lipas betina menggali lubang sedalam 1 meter di pantai untuk menyimpan telurnya yang berjumlah kira-kira 100 biji. Lubang yang digalinya, cukup dalam supaya telurnya yang lembut dan tebal akan mendapat suhu dan kelembapan yang tetap. Setelah bertelur, penyu betina menimbus telurnya dengan pasir untuk dieramkan lalu meninggalkan telurnya dan pulang ke laut.

Penyu jantan hanya membuat satu perjalanan seumur hidup dari darat ke laut. Bagi penyu betina, kehidupan di laut akan diselangi dengan persinggahan singkat ke darat untuk bertelur. Oleh sebab penyu tidak menjaga anaknya, maka penyu betina akan bertelur dengan banyak supaya peluang untuk sebahagiannya terselamat menjadi penyu dewasa adalah tinggi.

Kitar hidup penyu

01 TEXT BERPINDAH-RANDAH-EL-F.indd 21 4/16/12 12:20 PM

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 9: Berpindah-randah randah - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000136.pdf · Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada

21

Bertemu Penyu jantan dan betina melakukan ritual pemikatan di kawasan pembiakan di lautan.

MengawanPenyu betina mengawan dengan beberapa pasangan dan menyimpan sperma untuk mensenyawakan lebih daripada satu set telur.

Anak tetasanAnak penyu menetas,

menggali jalan keluar dari pasir, dan menuju ke air.

MembesarAnak penyu yang berjaya ke lautan akan membesar

hingga dewasa di laut.

BertelurPenyu betina naik ke daratan, menggali lubang, dan menimbus telurnya.

yu

a ak

Lubang yang dalamPenyu lipas betina menggali lubang sedalam 1 meter di pantai untuk menyimpan telurnya yang berjumlah kira-kira 100 biji. Lubang yang digalinya, cukup dalam supaya telurnya yang lembut dan tebal akan mendapat suhu dan kelembapan yang tetap. Setelah bertelur, penyu betina menimbus telurnya dengan pasir untuk dieramkan lalu meninggalkan telurnya dan pulang ke laut.

Penyu jantan hanya membuat satu perjalanan seumur hidup dari darat ke laut. Bagi penyu betina, kehidupan di laut akan diselangi dengan persinggahan singkat ke darat untuk bertelur. Oleh sebab penyu tidak menjaga anaknya, maka penyu betina akan bertelur dengan banyak supaya peluang untuk sebahagiannya terselamat menjadi penyu dewasa adalah tinggi.

Kitar hidup penyu

01 TEXT BERPINDAH-RANDAH-EL-F.indd 21 4/16/12 12:20 PM

Berpindah-randah daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda.

Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.

Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.

Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Berpindah-randah Berpindah-randah

Be

rp

ind

ah

-ra

nd

ah

orbit buku Meneroka • Membongkar • MenaakulUntuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.com

Menarik • Mengasyikkan • Mendidik

TAHAP4

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my


Recommended