1.0 PENDAHULUAN
Refleksi Pengalaman lalu / Refleksi Sorotan Literatur.
Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk
tahap satu selama 18 tahun, saya akan berasa teruja dan sedikit terkilan dengan
prestasi anak murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas dengan baik. Ini
berlaku apabila mereka menjalani ujian biasa atau formal di dalam kelas masing-
masing. Walaupun murid itu bukan berada di dalam kelas yang diajar oleh saya, ia
pasti menimbulkan tanda tanya bagaimana murid-murid ini boleh ketinggalan dari
segi kemahiran asas bahasa iaitu mengenal huruf dan menulisnya dengan kemas dan
cantik.
Hasil daripada soal selidik secara tidak formal, murid-murid ini adalah
murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan lambat menguasai sesuatu
kemahiran yang diajar. Sebaik sahaja ujian LINUS dijalankan pada bulan April
yang lalu saya dapati terdapat lima orang murid yang mendapat purata markah yang
rendah. Salah seorang daripada murid tersebut tidak dapat membezakan antara
huruf berbentuk g, y, j, q dan p.
Sebarang usaha telah dilakukan oleh guru kelas Tahun 1 untuk
memperbetulkan cara penulisan abjad murid ini. Untuk itu, saya tertarik untuk
melakukan kajian bagi mengetahui punca dan cara untuk mengatasi masalah murid
tersebut. Pelbagai pertanyaan telah saya ajukan kepada murid ini bagi
mengenalpasti masalah dan kekurangan diri murid ini melalui perjumpaan dengan
ibu bapa dan guru yang mengajar sebelum ini iaitu guru prasekolah.
Oleh itu, konsep belajar melalui bermain adalah proses semulajadi dan
spontan. Sudah menjadi fitrah kanak-kanak bermain akan dapat menghasilkan
pengalaman, pembelajaran dan kemahiran (Nani Menon, 2005).
Tokoh seperti Piaget pula menyatakan bermain memberi kesan ke atas
perkembangan kognitif kanak-kanak yang terbukti mempunyai perkaitan dengan
proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitaraan. Apa yang
diperkatakan oleh Nani Meon dan Piaget sedikit sebanyak membantu di dalam
kajian yang akan saya jalankan.
Setiap kelemahan ada kekuatan yang akan memastikan keupayaan saya di
dalam menjalankan kajian ini. Bagi membantu menyelesaikan masalah murid
tersebut saya menggunakan kaedah VAKT sebagai bahan rujukan di dalam kajian
saya. Kaedah VAKT bermaksud :-
V – Visual atau penglihatan
A – Audio atau pendengaran
K – Kinestetik atau pergerakan
T – Tactile atau sentuhan
Ia merupakan kaedah yang menggabungkan deria penglihatan dan
pendengaran dengan tulisan atau pergerakan membentuk doh menjadi huruf
mengikut cadangan kajian yang akan dilaksanakan. Melalui kaedah ini juga, murid
melihat dan menyebut huruf-huruf sambil melakukan aktiviti melihat kad dan
membentuk doh seperti mana yang diharapkan.
Menurut Mak Soon Sang dalam bukunya bertajuk Pendekatan dan Strategi
Pengajaran, main adalah satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada
murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan
terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar
sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Menurut Buku
Panduan Guru ( Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah
satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan
bermakna.
Jika dilihat kajian oleh, Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali dari Universiti
Kebangsaan Malaysia menyatakan kajian ini dijalankan untuk melihat pendekatan
aktiviti bermain dalam perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak. Kajian
tersebut banyak membantu saya memantapkan lagi cara pengajaran dan
pembelajaran yang memerlukan keupayaan mental dan fizikal yang kuat.
Mengikut Vygotsky (1967) ” Main membantu perkembangan bahasa dan
pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat,
malah ia juga membantu dalam pembentukan ini. Bermain juga memberikan
kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia
sebenar”.
Dalam usaha mengajar kanak-kanak ini, guru tidak harus memikirkan
pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek-aspek perkembangan
minda atau sebagainya. Mengikut pendapat Mc Cutcheon (1990), menyatakan
bahawa persediaan yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan
sempurna dan teratur. Ini bersesuai dengan cadangan kajian ini yang mana
perancangan teliti harus dibuat bagi memberikan impak yang berkesan di peringkat
awal pembelajaran murid terutama murid Tahun 1.
Menurut Robinson (1977), teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh
guru-guru di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dapat menyaksikan
guru-guru masih kurang menjalankan kaedah belajar sambil bermain, sedangkan
belajar sambil bermain berperanan menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak.
Ini jelas dapat diperlihatkan bahawa kaedah bermain seperti kajian saya ini dapat
memperkembangkan lagi pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang baru
mengenal abjad.
Malah, menurut Caplan dan Caplan (1973), amalan bermain bagi kanak-
kanak adalah penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan
emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangankan
kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Ini sedikit sebanyak
dapat memberikan pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan
serta memperkuatkan kebolehan berfikir murid dalam pelbagai cara. Sebagai
contoh, aktiviti bermain menggunakan doh yang akan dijalankan oleh saya ini dapat
memberikan persaingan yang sihat antara murid-murid berkenaan.
Melalui kajian tersebut menunjukkan, pendekataan secara bermain dapat
membantu kanak-kanak belajar membaca dalam keadaan yang menyeronokan dan
penggunaan aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak.
Secara ringkasnya, pengguasaan kemahiran mengenal abjad ini perlu diberikan
tumpuan yang serius pada peringkat awal lagi sebelum mereka ke peringkat yang
lebih tinggi.
Menurut Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberikan
penekanan melalui teknik penulisan yang betul khususnya cara memegang alat tulis,
menulis huruf mengikut pergerakan yang betul dan juga menentukan bentuk atau
saiz tulisan berdasarkan huruf kecil dan besar. Ia berkait antara satu sama lain di
mana dengan mengenal huruf murid dapat menulis dengan baik. Cara dan kaedah
yang dipraktikkan perlu dikemas kini dan diberikan penekanan oleh setiap guru.
Dengan kajian tersebut dapat dirumuskan bahawa kedua-dua teknik ini perlu
seimbang dan baik untuk kajian yang akan saya lakukan.
2.0 ISU/ FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah berdasarkan penguasaan dan kefahaman murid
dengan kemahiran abjad. Hasil daripada refleksi mendapati murid tersebut tidak
mengenal beberapa abjad adalah kerana:
i. Murid hanya membaca abjad mengikut susunan, tetapi apabila abjad
itu dibuat secara rawak murid tidak mengenal beberapa abjad seperti
g, y, j, p dan q.
ii. Murid dilihat tidak mahu memikir panjang apabila diarah menulis
abjad tersebut di atas.
iii. Murid menulis abjad yang sama tanpa bertanya adakah abjad
tersebut betul atau pun salah.
Pemasalahan seperti ini berlaku di kalangan murid adalah disebabkan cara
pembelajaran dan pengajaran guru yang sebelum ini hanya tertumpu kepada murid
yang cergas dan bijak. Ini kerana bilangan murid yang ramai menjadikan
keberhasilan pencapaian hanya tertumpu kepada murid yang pandai dan sederhana
pandai.
Hasil tinjauan mendapati apabila murid ini tidak diberi tumpuan yang lebih
maka sikap dan corak pembelajaran murid ini pasti akan menurun dengan teruk
sekali. Hasilnya nanti adalah dari segi pencapaian markah dan murid ini akan terus
ditempatkan di kelas pemulihan hingga beberapa tahun.
Kegagalan murid juga di dalam penguasaan abjad juga akan memberikan
kesan dalam menguasai kemahiran yang lain. Jika penguasaan abjad tidak dikuasai
sepenuhnya oleh murid terbabit maka murid tersebut akan tercicir jauh daripada
rakan-rakan mereka yang lain.
Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid ini dapat
menguasai abjad g, y, j, p dan q melalui penggunaan kad dan doh. Ini penting bagi
memastikan murid mengenali abjad tersebut sewaktu menulis. Ini dapat
mengelakkan murid melakukan kesalahan ejaan apabila menulis.
Untuk itu, saya akan cuba memberikan satu corak pengajaran dan
pembelajaran yang lain supaya murid terbabit dapat menguasai kemahiran abjad ini
dengan pantas. Bagi memantapkan daya ingatan murid-murid ini saya akan cuba
melaksanakan kaedah VAKT ini dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menyeronokan.
Walaupun kaedah ini lebih kepada murid berkeperluan khas, namun
pendekatan atau kaedah yang digunakan banyak membantu dari segi mengingat dan
penggunaan deria yang melibatkan pergerakan fizikal dan sebagainya. Kaedah
VAKT ini juga dapat memberikan tumpuan kepada murid melalui prosedur tertentu
seperti memerhati huruf, menyebut nama huruf, murid cuba menghasilkan huruf
yang dilihat dalam bentuk doh dan seterusnya menulis apa yang telah mereka
lakukan mengikut bentuk huruf yang disebut oleh guru di papan tulis.
Fokus kajian saya ini juga telah diambil kira melalui pengumpulan data awal
yang melibatkan beberapa aspek. Pertama pengumpulan data awal yang melibatkan
masalah pembelajaran melalui ujian linus yang telah dijalankan. Data yang
diperoleh dari penyelaras Linus menunjukkan lima orang murid tidak menguasai
dengan baik konstruk awal pembelajaran. Setelah itu, saya mula menjalankan kajian
awal mengenai biodata murid-murid tersebut. Pengenalan diri murid telah saya kaji.
Latar belakang keluarga dan masalah kelahiran murid juga telah diambil kira untuk
kajian ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah membantu murid-murid bagi meningkatkan kemahiran
menggunakan cantuman kad dan doh bagi mengenal abjad dengan lebih berkesan.
Objektif Khusus:
3.1 Untuk membantu guru meningkatkan amalan mengajar kemahiran
menggunakan cantuman kad dan doh bagi mrid Linus Tegar Tahun 1.
Selain itu ia juga dapat membantu guru :
3.1.1 Mengenal pasti masalah murid di dalam mengenal bentuk huruf.
3.1.2 Membantu murid menulis huruf mengikut arahan.
3.1.3 Mengenal pasti pendekatan bermain dapat menarik minat pelajar
untuk belajar.
3.1.4 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru untuk
melaksanakan pendekatan bermain dalam aktiviti pembelajaran
kemahiran abjad.
3.1.5 Guru dapat melibatkan setiap murid dalam suasana dan keadaan
pembelajaran yang menyeronokan.
3.2 Untuk membantu murid bagi meningkatkan kemahiran menggunakan teknik
cantuman kad dan doh bagi mengenal abjad secara berkesan.
Selain itu juga murid dapat :
3.2.1 Murid dapat mengenal dan menyebut abjad dengan cepat dan pantas.
3.2.2 Membantu murid mengingat bentuk huruf yang betul.
3.2.3 Murid dapat mengenal abjad secara rawak dengan betul.
3.2.4 Menulis huruf mengikut arahan berdasarkan gambar yang diberikan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid yang terlibat adalah murid LINUS Tegar Tahun 1 seramai 5 orang
yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Antara
faktor yang mensasarkan lima orang murid ini adalah berdasarkan prestasi
akademik murid ini didapati lemah di dalam penguasaan konstrak 1, 2, 3 dan 4.
Berikut adalah laporan prestasi lima murid berdasarkan keputusan ujian
LINUS yang telah dijalankan. Daripada 37 orang murid yang mengambil ujian
tersebut lima tidak melepasi konstruk ( K ) yang telah disasarkan bagi melayakkan
murid melepasi ujian tersebut. Berikut adalah prestasi murid berdasarkan ujian
Linus yang diambil dari fail guru kelas Tahun 1.
Jantina K1 K2 K3 K4 Keputusan
Lelaki / / X X Tidak menguasai
Lelaki / X X X Tidak menguasai
Lelaki X X X X Tidak menguasai
Perempuan / X X X Tidak menguasai
Perempuan / / X X Tidak menguasai
Selain itu, murid-murid tersebut memiliki ciri-ciri masalah pembelajaran
yang ketara dari segi daya ingatan dan kesilapan menyebut huruf dengan betul.
Untuk itu, saya mengambil lima orang murid ini sebagai kumpulan sasaran untuk
menjalankan kajian saya. Murid-murid ini memerlukan bimbingan dari segi mental
dan fizikal sebagai daya saing untuk terus maju ke hadapan.
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Sebelum melangkah lebih jauh lagi saya telah melakukan beberapa
perkara bagi melancarkan kajian ini. Berikut adalah perkara penting yang
akan dilakukan bagi memastikan kajian tindakan yang akan dijalankan
membuahkan hasil apabila diuji nanti. Berikut adalah perancangan yang
akan dilaksanakan;
5.1.1 Tinjauan awal masalah:
Sebelum mengambil langkah seterusnya, beberapa tinjauan masalah
yang telah dikenal pasti akan dilakukan bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam lagi masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Berikut
adalah langkah awal pengumpulan data murid seperti berikut:
Pertama; laporan ujian bulanan. Laporan ini diambil daripada guru
mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun tersebut. Ia bertujuan menganalisis
keberhasilan ujian yang telah dijalankan oleh guru kelas terbabit. Hasil
daripada laporan ujian menunjukkan murid tersebut jelas tidak menguasai
beberapa kemahiran yang telah diajar.
Kedua; menjalankan ujian diagnostik terhadap murid yang lemah.
Bagi murid LINUS TEGAR, ujian diagnostik wajib diadakan bagi mengenal
pasti tahap kemahiran yang mereka telah ketahui. Hasil daripada ujian
diagnostik ini murid terbabit dapat disaring mengikut kemahiran yang akan
mereka pelajari bersama-sama dengan guru pemulihan.
Ketiga; saya juga akan melakukan ujian pengesanan abjad secara
lisan. Tujuannya ialah bagi mengetahui apakah murid terbabit dapat
mengenal abjad baik abjad kecil atau pun besar. Juga dapat mengetahui
keupayaan murid mengingat abjad secara rawak.
Keempat; kaedah temu bual melalui soal selidik juga akan saya
laksanakan bertujuan untuk mengetahui punca masalah murid tersebut.
Kaedah ini dijalankan bagi menguatkan lagi kajian yang akan dijalankan.
Murid akan diberikan beberapa soalan untuk dijawab secara lisan berkaitan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kelima, bagi memastikan perjalanan kajian ini berjalan lancar. Saya
telah pun melakukan kajian berkenaan alat bantu mengajar yang akan
dijadikan bahan inovasi kepada murid. Persiapan awal telah pun dilakukan
dengan mengumpul serta mencari bahan-bahan yang akan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran nanti.
Antara penggunaan bahan yang sedang dilakukan ialah kad manila
dibahagi empat ukuran, gunting, kertas warna, gam, gunting dan sebagainya.
Rasional atau tujuan dilakukan semua di atas ialah bagi memastikan alat
bantu mengajar tersebut dapat dilakukan dengan sebaik mungkin serta
5.1.2 Tindakan yang akan dijalankan.
Rasional pertama; di dalam aktiviti ini murid-murid yang terlibat
akan diberikan satu ujian saringan dalam dua bentuk kemahiran. Kemahiran
lisan dan kedua ialah secara menulis. Murid-murid ini akan diberikan
soalan-soalan yang menjurus kepada kemahiran atau konstruk 1, 2, dan 3.
Konstruk ini diuji bagi mengetahui sejauh mana murid memahami
kemahiran yang melibatkan abjad kecil dan besar serta padanan antara abjad
dengan bentuk gambar yang sesuai.
Kedua; saya juga melakukan kaji selidik melalui kaedah temu bual
berkaitan dengan gambar abjad dan soalan. Ia mirip kepada kemahiran lisan
di mana murid diberikan beberapa keping kad untuk mengecam bentuk
huruf yang dipaparkan.
Ketiga; menerangkan permainan kad cantum dan doh berwarna.
Permainan ini akan dilaksanakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran
bersama-sama dengan murid ini di dalam bilik Pemulihan Khas. Saya akan
menerangkan secara teliti antara cantuman huruf ini akan menghasilkan
suatu bentuk huruf yang lain bagi memudahkan ingatan murid mengenal
pasti apa yang telah dipelajari.
Keempat; saya akan melakukan beberapa catatan mengenai perkara-
perkara penting melalui hasil kajian bersama guru kelas dan ketua panitia
berkaitan dengan cara pembelajaran murid tersebut. Catatan ini bertujuan
mengetahui dengan lebih jelas masalah yang dihadapi oleh murid dan cara
bagaimana guru perlu bijak mengatasinya sebelum melangkah ke Tahun 2
pada tahun berikutnya.
Kelima; melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kit bahan yang direka untuk murid. Penggunaan kad dan doh
adalah bahan utama untuk melihat sama ada murid dapat memberikan
tumpuan yang sepenuhnya ketika pembelajaran berlangsung. Cara
pelaksanaan ialah :
i. Guru akan memberikan tajuk berdasarkan kad yang
ditunjukkan kepada murid.
ii. Guru menunjukkan kad yang boleh dibuka dan dicantumkan
menjadi berbagai bentuk huruf yang lain seperti huruf ’c’
menjadi huruf ’a’ dan sebagainya.
iii. Setiap kad mempunyai gambar mengikut huruf.
iv. Guru memberikan doh yang berwarna kepada setiap orang
murid.
v. Doh tersebut digunakan untuk membentuk huruf berdasarkan
gambar yang ditunjukkan oleh guru.
vi. Guru menganalisis hasil gerak kerja murid mengikut bentuk
huruf yang telah dibentuk.
5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
Bagi menguatkan kajian saya ini, perancangan cara mengumpulkan
dat terbahagi kepada empat bahagian; pertama borang kaji selidik, kedua,
kaedah pemerhatian berstruktur, ketiga; kaedah temu bual dan keempat;
kaedah analisis dokumen. Berikut adalah keterangan kaedah yang digunakan
untuk mengumpul data di dalam kajian ini.
i. Borang kaji selidik
Borang soal selidik ini disediakan untuk melihat persepsi
guru kelas, pendapat serta pandangan guru tentang masalah yang
dihadapi mereka semasa menjalankan kaedah bermain di dalam
kemahiran abjad dan kekerapan mereka menggunakan pendekatan
bermain semasa proses pembelajaran dijalankan.
Instrumen ini turut melihat masalah pembelajaran dan
masalah kemahiran menyebut setiap abjad yang dipaparkan. Selepas
tamat pengajaran daripada beberapa sesi pengajaran, guru akan
memasukkan responnya ke dalam borang selidik yang telah
disediakan.
Antara isi kandung borang kaji selidik ini ialah melibatkan
penyataan masalah pembelajaran kemahiran membaca abjad oleh
murid sebanyak lapan soalan dengan hanya menanda ’Ya’ atau
’Tidak’ di dalam ruangan yang disediakan.
Kedua, melihat persepsi guru kelas tentang kaedah bermain
menggunakan kad cantum dan doh di dalam kajian ini. Sebanyak
sembilan soalan perlu dijawab oleh guru berkenaan dengan jujur.
Dan yang ketiga, ia melibatkan persepsi murid dengan suasana dan
keadaan kelas serta penggunaan kaedah bermain cantuman kad dan
doh dengan jelas. Sebanyak empat soalan dikemukan untuk dijawab
oleh murid.
ii. Pemerhatian berstruktur
Instrumen yang digunakan bagi menutip maklumat di dalam
kajian ini ialah pemerhatian berstruktur. Di dalam kaedah ini
pengkaji memerlukan pemerhatian, mendengar dan merekodkan
maklumat berdsarkan aktiviti yang telah dikenalpasti.
Untuk itu, pengkaji memerlukan alat pemerhatian dan senarai
semak untuk membantu pengkaji merekod maklumat yang
diperolehi. Contohnya di dalam kajian ini instrumen ini digunakan
untuk merekodkan maklumat berdasarkan objektif khusus kedua
iaitu mengenal pasti pendekatan bermain dapat menarik minat murid
untuk belajar.
Di dalam kaedah pemerhatian ini saya membuat pendekatan
dengan menggunakan borang yang telah disediakan. Borang
pemerhatian ini lebih kepada corak pengajaran guru ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia mengandungi lapan
soalan dengan jawapan ya atau tidak. Setiap responden akan dicatat
mengikut skor jumlah peratusan tertinggi yang akan dibuat mengikut
graf mengikut lapan soalan yang diberikan kepada murid. Antara
soalan yang akan diajukan kepada murid ialah soalan-soalan yang
berkaitan dengan pengajaran guru sebagai topik utama. Penerimaan
murid dengan pengajaran guru akan memberikan respond sama ada
kajian ini berjaya dilaksanakan atau pun tidak.
iii. Temu bual
Instrumen ini digunakan untuk melihat pandangan murid
tentang pembelajaran kemahiran mengenal abjad serta persepsi
mereka tentang pendekatan bermain ketika waktu pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Walker & Burnhill (1998), pengumpulan
data melalui temu bual boleh dilakukan dalam pelbagai kajian
kualitatif.
Maklumat dan data ini diperolehi melalui temu bual pengkaji
dan responden. Temu bual ini adalah separuh berstruktur. Ia lebih
mementingkan idea atau perasaan murid mengenai pendekatan
bermain dalam belajar. Murid diberi peluang memberi pelbagai
jawapan melalui apa yang terkandung di dalam borang tersebut.
Setiap jawapan atau ulasan murid akan dicatat dan dijadikan bahan
kajian.
Antara item atau soalan yang diajukan adalah berkaitan
dengan suasana di dalam kelas seperti :
Adakah kamu suka belajar di kelas ini?
Adakah kamu seronok melakukan aktiviti ini?
Adakah kamu suka bermain sambil belajar?
Adakah kamu faham apa yang diajar?
Adakah kamu faham tentang susunan abjad ?
Adakah kamu berasa penat ketika belajar? dan;
Adakah kamu mendengar dengan jelas arahan guru?
Kesemua soalan akan diajukan kepada lima orang murid tersebut
bagi mengenalpasti permasalahan atau sebaliknya bagi
melengkapkan kajian yang akan dilaksanakan nanti.
iv. Analisis Dokumen
Instrumen ini digunakan untuk mengenal dan melihat
maklumat yang releven kepada kajian yang dilakukan. Antara
dokumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah : -
Keputusn ujian kelas.
Keputusan ujian melibatkan data Linus yang diambil pada bulan
April yang lalu. Hasil daripada keputusan tersebut didapati terdapat
lima orang murid yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah.
Murid-murid ini telah pun diletakkan di kelas pendidikan pemulihan
untuk dipantau dan diambil tindakan terutama dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Ujian saringan mengikut kelas pemulihan.
Apa yang kita sedia maklum, murid-murid yang memasuki kelas
pemulihan akan diberikan sekali lagi ujian iaitu ujian saringan bagi
melihat tahap sebenar pencapaian murid. Hasil daripada pemantauan
awal melalui ujian ini murid-murid tersebut disahkan sebagai murid
Linus Tegar untuk Tahun 1 2014.
Rekod kehadiran murid dan tugasan latihan murid.
Bagi memastikan kehadiran murid tidak ada yang keciciran satu
jadual kehadiran murid akan sentiasa dikemaskini setiap minggu dan
bulan. Kehadiran amat penting bagi memastikan murid tidak
ketinggalan di dalam setiap kemahiran yang akan diajar oleh guru.
Begitu juga dengan tugasan murid. Tugasan murid akan direkodkan
untuk dihantar kepada pihak pentadbir dan juga ibu bapa murid.
Analisis dokumen ini dilihat sebelum dan selepas kajian
dilakukan. Murid-murid tersebut akan diberikan ujian saringan sekali
lagi bagi melihat semula kemahiran yang telah mereka kuasai. Ujian
ini menggunakan instrumen soalan Pendidikan Pemulihan. Hasil dari
kajian lebih menjuruskan kepada soalan lisan dan tulisan di mana
murid-murid ini akan membunyikan huruf-huruf yang ditunjukkan
oleh guru melalui kad.
Di dalam borang ini saya akan menanda setiap baris jawapan
dengan cara menguasai atau tidak menguasai. Bagi soalan menulis
pula saya juga menyelitkan gambar di mana murid perlu mengisi
huruf yang berdasarkan gambar yang telah diberi. Ia akan dilakukan
sebelum kajian dan selepas kajian ini dijalankan. Bertujuan melihat
tahap penguasaan murid di dalam menguasai konstruk yang akan
dikaji keberkesanannya.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Kajian ini menggunakan analisis deskriptif kualitatif untuk
menggambarkan tentang latar belakang responden, persepsi guru mengenai
aplikasi strategi bermain di dalam kelas, sikap murid semasa pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mengenal abjad dan sebutan abjad yang betul
kesan daripada menggunakan kit permainan yang direka.
Data kualitatif akan dibuat menerusi analisis pola pengajaran guru
dan pola masalah pembelajaran murid dalam kemahiran abjad tersebut.
Setiap data akan dianalisis mengikut peratus pencapaian dan prestasi murid
untuk melihat sejauh mana keberhasilan kajian ini dijalankan.
Di dalam menganalisis data, saya akan menggunakan beberapa
borang bagi pengumpulan data seperti borang kaji selidik, borang
pemerhatian, borang rekod temu bual dan analisis dokumen yang berkaitan
dengan kertas ujian murid. Melalui borang-borang tersebut, analisis akan
dijalankan dengan mengenal pasti pemasalahan yang berlaku terhadap
murid-murid di dalam pembelajaran seperti yang tersebut.
Berdasarkan pemerhatian terhadap masalah murid berkenaan, saya
akan mengambil beberapa tindakan susulan dengan mengklasifikasikan
masalah-masalah ini kepada beberapa peringkat melalui permainan kad dan
doh. Murid akan diberikan penerangan dan tunjuk ajar serta mengenal pasti
bentuk huruf mengikut gambar yang diberi. Arahan demi arahan akan
diberikan kepada murid bagi melihat tindak balas dan rangsangan murid
berdasarkan pemerhatian yang dilakukan.
Peringkat bermain dengan kad ialah bagi menggerakkan pancaindera
murid melalui deria penglihatan supaya mengenal pasti tahap daya ingatan
murid di dalam mengenal huruf-huruf. Seterusnya, peringkat bermain
dengan doh pula melibatkan fungsi pergerakan fizikal murid dengan
keupayaan mengingat bentuk-bentuk huruf yang telah dilihat tadi.
Kaedah bermain ini juga dapat memastikan adakah berkesannya cara
pengajaran dan pembelajaran ini berjaya. Ia secara tidak langsung dapat
merungkai intipati keberhasilan kaedah ini di dalam bentuk analisis data
yang akan dibuat selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran nanti
mengikut peratusan dan juga graf bagi melihat kejayaan perancangan kajian
tindakan saya ini.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian
Jadual Pelaksanaan
Bil Aktiviti
Julai 2014
Ogos 2014
September 2014
MINGGU1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data.
x x x
2. Menulis proposal kajian. x x x
3. Membina dan menguji alat kajian. x x x
4. Menguji sebutan huruf murid. x x x
5. Aktiviti bermain cantuman kad huruf dalam kumpulan .
x x x
6. Aktiviti bermain doh mengikut cantuman kad huruf
x x x
7. Mencari benda tersembunyi berbantukan mengikut kad huruf.
x x x
8 Aktiviti `Siapa cepat dia dapat` membuat huruf mengikut sebutan guru menggunakan doh.
x x x
9 Membuat pemerhatian x x x x x x x x x x x x
10 Menjalankan temubual x x x x x x x x x
11 Mengedarkan borang soal selidik x x x
12 Analisis data x x x x x
13 Menulis laporan x x x
Kos Kajian
Bil Jenis bahan Kuantiti Harga Seunit
Jumlah Kos
1. Kertas A4 1 RM 8.50 RM 8.50
2. Printer Cartridge 1 RM 75.00 RM 75.00
3. Photostat Bahan dan laporan kajian.
- RM 20.00 RM 20.00
4. Tepung Gandum 1 RM 2.00 RM 2.00
5. Garam halus 1 RM 0.50 RM 0.50
6. Minyak masak botol kecil
1 RM 3.50 RM 3.50
7 Kad Manila 8 RM 0.60 RM 4.80
8. Marker pen 2 RM 3.90 RM 7.80
9. Pewarna doh 2 RM 1.80 RM 3.60
JUMLAH KESELURUHAN RM 125.70