PENDAHULUAN
Jepun menyerang Tanah Melayu, selepas 4 jam serangan mereka ke atas Pearl
Harbour iaitu Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat pada 8 Disember 1941.
Angkatan tentera Jepun yang diketuai oleh Leftenan General Yamashita mula mendarat
di Pantai Kota Bharu Kelantan dengan kekuatan tentera seramai 5000 orang dalam 56
Rejimen tentera Infantry1. Sebenarnya, 5 lagi rejimen telah mendarat lebih awal di
Singora dan Patani di Selatan Siam dan masuk Ke Tanah Melayu melalui Kedah di utara
Semananjung Tanah Melayu.2 Dengan Serangan yang tahan lasak, Jepun berjaya
melemahkan kekuatan British dan berjaya menawan Pantai Barat dan Semenanjung
Utara. Jepun berjaya mengambil alih keseluruhan Tanah Melayu selepas Jepun berjaya
menawan Pentadbiran British di Singapura pada 8 Februari 1942.
Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu telah memberi tamparan yang hebat
kepada British di Tanah Melayu. Berikutan itu, kerajaan dikatakan British cuba
mendapatkan kerjasama daripada pemimpin-pemimpin tempatan dan penduduk Tanah
Melayu untuk menentang kuasa facist Jepun. Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu
pada Disember 1941, Parti Komunis Malaya (PKM) pada ketika itu berada pada
kedudukan yang kuat. PKM telah menawarkan kerjasama dengan British untuk
menentang seterusnya menghalau Jepun daripada Tanah Melayu. Tawaran PKM pada
mulanya ditolak oleh Britsih kerana sebelum ini, komunis menimbulkan banyak masalah
kepada kerajaan, malah merancang untuk mengambil alih kuasa di Tanah Melayu.
1 Ifantry merujuk kepadaTentera Pejalan Kaki. Jepun menyerang Tanah Melayu hanya dengan menggunakan kekuatan tentera Berjalan Kaki tanpa menggunakan kenderaan kecuali basikal. 2 Cheah Boon Kheng, hlm. 59; Ban Kah Choon and Yap Hong Kuan, Rehearsal For War: Resistance and The Underground War Againts The Japanese and The Kempeitai 1942-1945, Singapore: Horizon Books, 2002, hlm. 1
1
Komunis banyak melakukan kekacauan terutamanya di kalangan pekerja sehingga
menimbulkan Label Unnreast (kegelisahan di kalangan pekerja).
Namun begitu, British akhirnya bersetuju untuk berkerjasama dengan PKM atas
dasar perkongsian kekuatan (ketenteraan) dan bukannya perkongsian kuasa (politik).
Perkembangan-perkembangan dan pergerakan komunis di Tanah Melayu semasa dan
selepas pendudukan Jepun memperlihatkan bahawa serangan Jepun ke atas Tanah
Melayu telah membawa rahmat tersembunyi kepada pergerakan Komunis di Tanah
Melayu apabila Komunis berpeluang memperkukuh kedudukannya.
KERJASAMA BRITISH – PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) PERKUKUHKAN KEDUDUKAN PKM DARI SEGI KEKUATAN
Tawaran PKM untuk membantu kerajaan penjajah British telah diterima 10 hari
selepas serangan Jepun bermula. Keputusan untuk berkerjasama dengan British dan
beralih kepada anti-Jepun telah diambil oleh Komunis berikutan perjumpaan bersama
antara wakil tiga pertubuhan PKM, iaitu Malayan Central Committee, Singapore General
Labour Union dan Malayan Anti-Enemy Baking-Up Society yang diadakan di Singapura
pada 4 Julai 1940. Keputusan ini diikuti dengan perjumpaan kedua atas arahan PKM pada
27 Ogos 1940.3 Keputusan ini diambil kerana PKM sedar bahawa, sekiranya Jepun
Menguasai Tanah Melayu sudah pasti gerakan mereka akan dihapuskan dan anggotanya
yang terdiri daripada 90 peratus orang Cina tidak akan terlepas dari cengkaman Jepun.
Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, masyarakat kaum cina merupakan
sasaran utama selain pihak British sendiri. Antara mereka yang menjadi sasaran Jepun
ialah mereka yang bergiat cergas dalam menguruskan Tabung Bantuan China 3 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. hlm 9
2
termasuklah mereka yang pernah menyalurkan bantuan semasa Perang China-Jepun.
Selain itu, Jepun juga mensasarkan pengikut Tan Kah Kee, iaitu ketua kepada Pergerakan
Keselamatan Kebangsaan Nanyang ( Nanyang National Salvation Movement). Guru-guru
sekolah, guru besar dan juga peguam antara yang menjadi sasaran Jepun. Tidak terlepas,
mereka yang lahir di China kemudian berhijrah ke Malaya selepas Perang China-Jepun,
ahli-ahli Komunis, mereka yang berkerjasama dengan Kerajaan British dan banyak lagi.4
Proses ini bermula 21 Februari 1942 dalam 5 kawasan utama yang berpusat di
Singapura. Sehingga Mac 1942, 70,699 orang Cina telah ditangkap dan ditahan termasuk
beberapa pemimpin terkemuka kaum Cina seperti Lim Boo Keng, juga Lim chong Pang,
ketua Kuomintang di Singapura dan juga Wong Gim Geok alias Loi Teck iaitu
Setiausaha Agung PKM. Jepun turut menjalankan kegiatan yang sama di Tanah Besar
Semananjung Malaysia dan lebih kurang 6,000 hingga 40,000 kaum Cina yang ditahan
dan dibunuh.5
Kerjasama antara PKM dengan kerajaan British bukan sahaja memberi kelebihan
dari segi perlindungan malah kerjasama ini berupaya mengukuhkan kedudukan komunis
terutamanya dari segi kekuatan. Apabila British menerima tawaran berkerjasama oleh
PKM, satu perundingan sulit telah diadakan di Singapura antara Pegawai British dan dua
wakil daripada PKM, dan salah seorang daripadanya ialah Loi Tek, Setiausaha Agung
PKM pada ketika itu. Hasil daripada perundingan antara PKM dan British, telah
dipersetujui bahawa British akan memberi latihan ketenteraan kepada ahli-ahli PKM dan
Komunis akan menyediakan seberapa ramai anggota untuk menjalani latihan ketenteraan.
Ahli-ahli yang direkrut akan menjalani latihan sabotaj dan peperangan secara gerila di
4 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000, hlm. 47.5 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 47
3
Sekolah Latihan Khas 101 (Special Training School 101-STS) yang berpusat di
Singapura.6
Sebagaimana yang dipersetujui, pada 21 Disember 1941 Jawatankuasa Pusat
PKM telah meluluskan perjanjian kerjasama dengan British dan menggariskan program
empat perkara. Perkara yang pertama, PKM bersetuju menyatukan semua rakyat Tanah
Melayu untuk menentang kemaraan Jepun dan membantu British mempertahankan Tanah
Melayu. Perkara kedua, bersetuju mempersenjatai semua anggota parti dan rakyat untuk
sama-sama menentang kemaraan Jepun. Seterusnya, membasmi semua kumpulan sayap
kelima (fifth colummist), ejen musuh dan pembelot dan perkara yang terakhir ialah
menentang pendudukan Jepun menerusi penubuhan pasukan gerila dan menerusi
tindakan keganasan yang terancang.7
Bermula 21 Disember 1941, PKM telah menghantar pemuda-pemuda Cina untuk
menjalani latihan Ketenteraan di Sekolah Latihan Khas 101 yang dikendalikan oleh
Lieutenant Colonial Spencer Chapman berpusat di Singapura. PKM telah menghantar
seramai 165 orang pemuda Cina untuk menjalani latihan dalam kumpulan asas.
Kumpulan yang mendapat latihan dalam 101 STS kemudiannya membentuk satu pakatan
PKM yang kuat dan membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau
juga dikenali sebagai Bintang Tiga.8
Penubuhan MPAJA- Kekuatan Dari Segi Jumlah Rekrut
6 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After The Japanese Occupation 1941-1946, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 58-597 Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan kemerdekaan, Penerbit Universiti Kebangsaan Melaysia, 2006, hlm. 42-438 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After The Japanese Occupation 1941-1945, hlm. 59
4
Tujuan utama penubuhan MPAJA ialah untuk meneruskan penentangan terhadap
Jepun dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.9 PKM telah menubuhkan Regimen
Pertama MPAJA pada 1 Januari 1942. Menjelang November 1942, MPAJA yang
dikuasai PKM berjaya menubuhkan empat regimen yang anggotanya terdiri daripada
lepasan Sekolah Latihan Khas 101. Regimen yang pertama terdiri daripada 15 orang
ditempatkan di Selangor. Regimen yang kedua terdiri daripada 35 orang diletakkan di
Negeri Sembilan manakala Regimen yang ketiga seramai 60 orang ditempatkan di Utara
Johor. Seterusnya Regimen yang keempat seramai 55 orang ditempatkan di Selatan
Johor.10
Sungguhpun pergerakan MPAJA mendapat tekanan daripada pihak Jepun namun
tidak menghalang PKM daripada terus berkembang terutamanya dari segi jumlah rekrut.
Hal ini dapat diperhatikan apabila MPAJA kemudiannya menubuhkan empat lagi
regimen berikutan peningkatan anggota baru. Regimen kelima (di Perak) ditubuhkan
pada 1 Disember 1942, Regimen Keenam (di Pahang Barat) ditubuhkan pada 13 Ogos
1943, Regimen Ketujuh (di Pahang Timur, Terangganu dan Kelantan) ditubuhkan pada 1
September 1944 dan Regiman Kelapan (di Kedah) ditubuhkan pada awal Ogos 1945.11
Kekuatan MPAJA pada masa Jepun menyerahkalah dianggarkan antara 3,000
hingga 4,000 orang, tetapi pada masa pembubaran itu dikatakan kekuatan adalah antara
6,000 hingga 7,000 orang. Pertambahan bilangan anggota MPAJA pada masa
pembubaran disebabkan sebilangan besar tenaga gerila MPAJA dalam banyak kawasan
yang tidak mempunyai hubungan dengan pegawai-pegawai Force 136 pada masa perang.
9 Ho Hui Ling, hlm. 1010 Cheah Boon Kheng, hlm. 59; Ban Kah Choon and Yap Hong Kuan, Rehearsal For War: Resistance and The Underground War Againts The Japanese and The Kempeitai 1942-1945, Singapore: Horizon Books, 2002, hlm. 10311 Cheah Boon Kheng, hlm. 60-61
5
Kemunculan Gerila Tambahan ini menimbulkan kecurigaan di pihak British percaya
bahawa mereka adalah sebahagian daripada ‘tentera rahsia’ PKM. Unit rahsia ini
dipercaya dibentuk atas arahan PKM selepas April 1945, apabila MPAJA dilengkapkan
dengan senjata baru oleh The British South East Asian Command (SEAC) atas perjanjian
yang dilakukan oleh Force 136 dengan Loi Teck.12
Unit rahsia ini adalah terdiri daripada ahli-ahli yang berpengalaman dan mereka
menyamar dalam hutan, mengumpul dan merampas senjata. British juga percaya bahawa
‘tentera rahsia’ ini bersembunyi dalam hutan dan keluar semasa berlaku kekosongan
politik dan ketenteraan, selepas penyerahkalahan tentera Jepun selama dua minggu
sebelum ketibaan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration-BMA).
Walaupun Lai Teck menafikan kewujudan ‘tentera rahsia’ apabila disoalsiasat oleh polis
dalam tahun 1946, namun British percaya bahawa pasukan itu digerakkan semula apabila
PKM melancarkan penentangan bersenjata terhadap British pada Jun 1948.13
Melihat kepada jumlah rekrut dalam MPAJA mahupun tertubuhnya ‘unit rahsia’
melalui MPAJA ini, menggambarkan bahawa serangan Jepun di Tanah Melayu secara
langsung memberi kelebihan kepada komunis terutamannya dari segi ahli. Ahli yang
direkrut dalam MPAJA mahupun ‘tentera rahsia’ yang dibentuk oleh PKM ini merupakan
mereka yang direkrut oleh komunis melalui kerjasama PKM-British, maka kekuatan ahli
dalam MPAJA itu menunjukkan kekuatan PKM.
12 Ibid, hlm. 6213 Ibid, hlm 62-63
6
Kerjasama MPAJA dengan Force 136 Memberi Pengalaman Berperang Secara Gerila dan Bekalan Senjata
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu memberikan PKM pengalaman dalam
peperangan secara gerila dengan kerjasama British melalui pasukan Force 136. Pada
bulan Mei 1943, British telah mendaratkan Pasukan Gerila 136 dengan kapal selam di
Tanah Melayu. Pasukan yang dipimpin oleh Kolonel John Davis itu masuk ke dalam
hutan untuk melancarkan serakan penentangan terhadap Jepun dan berkoordinasi dengan
pasukan gerila MPAJA. Dalam hal ini, Kolonel John Davis telah mengadakan beberapa
rundingan dengan Loi Teck, Setiausaha Agung PKM dan Chin Peng yang pada masa itu
sebagai pemimpin PKM bagi Perak. Dalam perundingan itu dipersetujui bahawa Force
136 akan memberi bekalan senjata, wang dan latihan kepada MPAJA sebagai balasan
kerjasama dan penerimaan MPAJA terhadap perintah tentera British pada masa
pendudukan Jepun dan selepasnya.14
British bersetuju membekalkan keawangan kepada MPAJA dengan 150 tail emas
iaitu lebih kurang 3,000 sterling sebulan.15Jika dilihat dari segi kepentingan jangka masa
panjang, Serangan Jepun seterusnya menduduki Tanah Melayu memberi keuntungan
kepada komunis kerana dengan latihan ketenteraan, bantuan senjata, keawangan, bekalan
logistik dan perubatan yang diberikan oleh British, Komunis berjaya memperkuat
pasukan gerilanya untuk menentang British sekembalinya British ke Tanah Melayu
kemudiannya.
Hal ini kerana, British percaya bahawa, sebahagian besar daripada senjata yang
dibekalkan tidak diserahkan semasa pembubaran MPAJA. Meskipun ramai yang
14 Cheah Boon Kheng, hlm. 7315 Ibid, hlm. 74
7
bersetuju untuk membubarkan regimen masing-masing namun beribu-ribu senjata yang
diperoleh semasa pendudukan Jepun disembunyikan oleh komunis di dalam hutan. Hal
ini kerana, terdapat banyak kem-kem latihan rahsia MPAJA yang dilaporkan ditemui oleh
tentera British selepas itu di kawasan-kawasan yang tidak diketahui oleh pegawai-
pegawai Force 136.16 Ini adalah bertujuan untuk melengkapkan PKM bagi mencapai
matlamat mereka menubuhkan Republik Komunis Malaya.
BERJAYA MEMPERLUASKAN PENGARUH DIKALANGAN RAKYAT
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bukan sahaja memberi peluang kepada
komunis untuk perkukuhkan kedudukan dari segi kekuatan, malah serangan Jepun ke atas
Tanah Melayu memberi peluang kepada komunis untuk meluaskan pengaruhnya di
kalangan rakyat. Melalui MPAJA, PKM berjaya meluaskan pengaruhnya di kalangan
penduduk Tanah Melayu. Rakyat yang bencikan keganasan, kekejaman dan penderitaan
akibat pendudukan Jepun diexploitasi sepenuhnya oleh PKM untuk menyokong
perjuangan MPAJA kerana ia bertindak sebagai penggerak utama untuk melakukan
penentangan terhadap Jepun.
Pasukan tentera MPAJA telah menjalinkan hubungan baik dengan orang ramai,
sebagaimana yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Militer Pusat. Pada mulanya, MPAJA
cuba untuk tinggal berhampiran dengan kampung setinggan Cina yang terbentuk di luar
bandar berhampiran pinggir hutan. Akan tetapi, apabila Jepun bertindak membakar
kampung-kampung tersebut, mendorong mereka untuk masuk kedalam hutan. Maka
ramai di kalangan petani-petani Cina ini membuka tanah baru untuk bercucuk tanam
16 Ibid, hlm.
8
seperti menanam sayur-sayuran dan ubi kayu sebagai sumber keperluan makanan dan
juga dibekalkan kepada kumpulan gerilla MPAJA. Antara kawasan-kawasan MPAJA ini
ialah di Perak dan Pahang termasuk wilayah petempatan Senoi di Cameron Highlands
dan Jalong Valley.17 Hal ini menunjukkan, telah wujud hubungan baik antara pihak
komunis dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu yang memungkinkan hubungan
kerjasama erat dikalangan mereka dan tidak hairan jika kaum Cina mendominasi
sebahagian besar keahlian dalam MPAJA mahupun dalam PKM itu sendiri.
MPAJA bergerak dengan bantuan Malayan People’s Anti-Japanese Union
(MPAJU) untuk mendapat sokongan daripada penduduk Tanah Melayu. MPAJA
beroperasi dalam hutan manakala MPAJU beroperasi di dalam pekan dan kampung.
MPAJU bertanggungjawab membekalkan makanan kepada tentera-tentera MPAJA,
memungut derma, mengumpul pakaian, bahan-bahan pertempuran, dan mengumpulkan
maklumat risikan. MPAJU juga menjalankan dasar ‘terbuka’ untuk merekrut sesiapa
sahaja di kalangan semua kaum, kelas dan agama juga pertubuhan-pertubuhan politik
yang menentang regim Jepun.18
Perlu dinyatakan bahawa, dalam setiap unit MPAJA yang ditubuhkan terdapat
wakil PKM, namun begitu tidak semua unit dalam MPAJU itu terdapat wakil PKM.
Maka dapat disimpulkan bahawa ahli MPAJU itu tidak semestinya ahli komunis.
Walaupun demikian, apabila mereka menjadi rekrut, mereka tetap akan berhubung
dengan PKM dan menjadi perantara di kawasan mereka antara PKM dan masyarakat
setempat. Mereka juga tidak lari daripada menjadi sasaran pihak komunis atau PKM
untuk berdakwah supaya menyertai parti.19
17 Cheah Boon Kheng, hlm. 64-6518 Ibid, hlm. 65-6619 Ibid, hlm. 67
9
Kebanyakan daripada ahli MPAJA mahupun MPAJU, 95 peratus adalah terdiri
daripada mereka yang berbangsa Cina. Penubuhan MPAJA bukan sahaja memberi
perlindungan kepada mereka tetapi juga memberi satu inspirasi terhadap kesetiaan
mereka terhadap negara asal. Hal ini berkait rapat dengan pencerobohan Jepun ke atas
China pada tahun 1939. Maka mereka melihat bahawa kerjasama antara pihak komunis
yang menggunakan slogan anti facist Jepun merupakan salah satu cara untuk
menunjukkan kesetianegaraan mereka terhadap Negara China. Orang Cina inilah yang
banyak memberi sumbangan kepada MPAJA dengan membekalkan makanan, wang,
maklumat dan juga rekrut.
Dapat diperhatikan bahawa dalam masa kira-kira 20 tahun, komintern tidak
mempunyai racangan yang tersusun rapi dalam mendapatkan sokongan daripada orang
Melayu. Sesungguhnya bukanlah mudah bagi komintern dan juga PKM sendiri untuk
melebarkan fahaman komunis di kalangan masyarakat Melayu. Komintern sedar bahawa
orang Melayu memang curiga terhadap perjuangan komunis yang sejumlah besarnya
masih dimonopoli oleh kaum Cina. Amat ketara lagi, agama Islam terang-terangan
menolak komunisme.20
Apa yang menarik bahawa, jika sebelum pendudukan Jepun, PKM boleh
dikatakan gagal untuk menarik minat orang Melayu untuk menyertai komunis, namun
pada zaman pendudukan Jepun, PKM berjaya menarik sebilangan orang Melayu untuk
menyertai perjuangan melalui MPAJA. Antara mereka yang berjaya direkrut dalam masa
perang itu ialah Mokhtaruddin Lasso, Abdullah C.D., Rashid Maidin dan Kamarulzaman
Teh. Rashid Maidin telah mencipta sejarah sebagai orang Melayu tempatan yang pertama
20 Mahmud Embong, “Komunisme dan Orang Melayu, 1925-1949”, dalam Kobkua Suwannathat-Pian, Rohany Nasir, Mohammad Agus Yusoff (penyunting), Dua Dekad Penyelidikan: Sejarah-Bahasa dan Kebudayaan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,1992, hlm. 31
10
menjadi anggota PKM, di Perak dan juga di Tanah Melayu. Sebelum ini memang ada
segelintir orang Melayu yang menjadi anggota PKM, tetapi umumnya mereka adalah
orang Melayu Seberang, iaitu orang-orang yang datang dari Indonesia seperti
Mokhtaruddin Lasso.21
Menurut Cheah Boon Kheng, kajian terbaru mengenai pendudukan Jepun
mendedahkan bahawa bahawa penglibatan orang Melayu dalam MPAJA adalah luas,
tetapi ramai orang Melayu meninggalkan MPAJA dan PKM setelah berlakunya racial
violence antara orang Melayu dengan orang Cina dalam Ogos dan September 1945.22
Ramai orang menamakan zaman peralihan selepas penyerahan Jepun sebagai “Empat
Belas Hari yang Kejam” yang menyebabkan hampir semua penduduk Melayu
mengasingkan dari daripada PKM.23
Pergaduhan kaum antara Cina dan Melayu atau racial Violance ini merupakan
kemuncak kepada tindakan kekacauan dan penganiyaan yang disebabkan oleh MPAJA.
Hampir 70 peratus daripada bandar, pekan dan kampung seperti Kluang, Johor Bharu dan
Batu Pahat di Johor, Klang di Selangor, Tampin dan Titi di Negeri Sembilan, Bidor,
Lenggong dan Kroh di Perak dikuasai oleh unit MPAJA dan melaksanakan pemerintahan
seolah-olah rejim komunis berkuasa sepenuhnya.24
Mereka telah melakukan penganiyaan kepada penduduk yang kononnya
bersubahat dengan Jepun. Mereka telah melakukan perbicaraan sendiri, melakukan
kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan Cina dan mengancam seluruh penduduk.
21 Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan kemerdekaan, hlm. 5522 Cheah Boon Kheng, Komrad Bertopeng: Suatu Kajian Mengenai Barisan Bersatu Komunis di Tanah Melayu 1945-1948, (terjemahan) Hj. Zubir Ismail, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 7323 Cheah Boon Kheng, Komrad Bertopeng: Suatu Kajian Mengenai Barisan Bersatu Komunis di Tanah Melayu 1945-1948, hlm. 7324 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, hlm. 11
11
Kezaliman ini memuncak kepada pergaduhan besar apabila orang melayu bertindak balas
terhadap orang Cina di luar Bandar kerana mereka melihat bahawa komunis itu adalah
orang Cina. Misalnya di Sungai Manik, Batu Kikir, Perak, orang Melayu mengamuk
terhadap orang Cina kerana MPAJA masuk ke kampung, menangkap ayam dan
mengambil sayur-sayuran dengan membawa senapang patah.25 British Military
Administration, BMA menganggarkan seramai 400 orang telah terbunuh dalam
pergaduhan tersebut dan banyak rumah serta kawasan kediaman yang musnah sama
sekali. 26
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semasa pendudukan Jepun, komunis berpeluang mengukuhkan
kedudukan dan kekuasaannya di Tanah Melayu. PKM yang berkerjasama dengan British
atas dasar kerjasama ketenteraan berjaya perkasakan kekuatan parti dengan latihan
ketenteraan, bekalan senjata, keawangan dan logistik yang diberikan oleh British.
Kerjasama yang dipersetujui antara pihak British dengan pihak komunis melalui PKM
memberi peluang kepada PKM untuk menguatkan lagi kedudukan parti dengan
bertambahnya bilangan dalam bilangan ahli MPAJA. Perlu di ingat bahawa dalam
MPAJA yang ditubuhkan itu, adalah terdiri daripada ahli-ahli yang direkrut oleh PKM.
Maka kekuatan MPAJA itu merupakan kekuatan PKM. Hal ini dapat dibuktikan apabila
pada masa kekosongan politik selepas penyerahkalahan pihak Jepun selama dua minggu
itu, PKM telah menggerakkan kekuatannya.
25 Ibid 26 Cheah Boon Kheng, hlm. 24.
12
Kerjasama antara MPAJA dengan PKM dengan memberi latihan berperang secara
gerila serta latihan propaganda melalui Force 136 memberi satu pengalaman yang
penting kepada ahli-ahli komunis di Tanah Melayu. Hal ini kerana, melalui latihan ini
maka mereka berupaya menggerakkan parti terutamanya pada masa darurat di Tanah
Melayu antara tahun 1948 hingga 1960.
Pada masa ini juga, PKM berjaya meluaskan pengaruhnya di kalangan rakyat
bukan sahaja dikalangan oerang-orang Cina bahkan di kalangan orang-orang Melayu. Hal
ini dapat diperhatikan bilamana ramai dikalangan bekas kader-kader Melayu dalam
MPAJA kelak menampilkan diri dalam ranting-ranting Malayan Nasionalist Party
(MNP) seperti API, AWAS, PETA dan sebagainya. Maka dapat disimpulkan bahawa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah membawa rahmat tersembunyi kepada
pergerakan komunis di Tanah Melayu.
BIBLIOGRAFI
13
Ban Kah Choon and Yap Hong Kuan, Rehearsal For War: Resistance and The
Underground War Againts The Japanese and The Kempeitai 1942-1945,
Singapore: Horizon Books, 2002.
Cheah Boon Kheng, Komrad Bertopeng: Suatu Kajian Mengenai Barisan Bersatu
Komunis di Tanah Melayu 1945- 1948, (terjemahan) Hj. Zubir Ismail, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and
After The Japanese Occupation 1941-1946, Singapore: Singapore University
Press, 1983.
Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 2004.
Mahmud Embong, “Komunis dan Orang Melayu, 1924-1949”, dalam Kobkua
Suwannathat-Pian, Rohany Nasir, Mohammad Agus Yusoff (penyunting), Dua
Dekad penyelidikan dan Kebudayaan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1992.
Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan kemerdekaan, Penerbit
Universiti Kebangsaan Melaysia, 2006.
Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy,
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000.
14