1.0 PENDAHULUAN
Analisis yang dibuat dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Bahasa
Melayu Akademik bagi Semester Dua adalah analisis frasa dan ayat yang
terdapat dalam rencana yang diberi dari segi struktur (binaan) dan jenis sahaja.
Ini adalah salah satu cabang ilmu yang terdapat dalam sintaksis. Sintaksis ialah
cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan
kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis
frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang
membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama
yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa
adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSn).
1
2.0 BORANG REKOD KOLABORASI PENSYARAH PEMBIMBING DAN
PELAJAR
Nama pelajar : Syaza Yasmin, Nurzehan, Hasnurfarisha
Semester / Kumpulan : Semester 2 / PPISMP 2E
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Akademik
Pensyarah pembimbing : Dr Tuan Haji Ali bin Mahmood
Tarikh Perkara yang dibincangkan T/tangan
pensyarah
T/tangan pelajar
26-03-07 Soalan KKBI Bahasa Melayu
Akademik diedarkan kepada
pelajar PPISMP 2E
05-04-07 Taklimat tentang soalan tugasan
oleh Dr Tuan Haji Ali Mahmood
06-04-07 Pembahagian kumpulan secara
bertiga bagi satu kumpulan
07-04-07 Perbincangan bersama ahli
kumpulan dan pembahagian
tugas kepada ahli-ahli kumpulan
09-04-07 Pencarian bahan-bahan rujukan
di perpustakaan
12-04-07 Perbincangan bersama ahli
kumpulan dan membuat analisis
frasa nama
2
13-04-07 Membuat analisis frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi
nama yang terdapat dalam
petikan
14-04-07 Membuat analisis jenis ayat
15-04-07 Pengumpulan maklumat dan
analisis petikan
Mengira peratusan jenis frasa
dan jenis ayat
16-04-07 Menaip draf kerja kursus
17-04-07 Membuat analisis dan graf bagi
tugasan individu
25-04-07 Perbincangan dengan Dr Sabri
mengenai tugasan
Semakan draf kerja kursus oleh
Dr Sabri
26-04-07 Memperbaiki kerja kursus
Menyusun dan menjilid kerja
kursus
05-05-07 Tugasan kerja kursus diserahkan
kepada pensyarah penilai
3
3.0 JADUAL PELAKSAAN TUGASAN KERJA KURSUS
Bil Tarikh Perkara Catatan
1 26-03-07 Soalan KKBI Bahasa Melayu
Akademik diedarkan kepada pelajar
2 05-04-07 Taklimat tentang soalan tugasan
oleh Dr Tuan Haji Ali Mahmood
3 06-04-07 Pembahagian kumpulan secara
bertiga bagi satu kumpulan
4 07-04-07 Perbincangan bersama ahli
kumpulan dan pembahagian tugas
kepada ahli-ahli kumpulan
5 09-04-07 Pencarian bahan-bahan rujukan di
perpustakaan
4
6 12-04-07 Perbincangan bersama ahli
kumpulan dan membuat analisis
frasa nama
7 13-04-07 Membuat analisis frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama yang
terdapat dalam petikan
8 14-04-07 Membuat analisis struktur dan jenis
ayat
9 15-04-07 Pengumpulan maklumat dan analisis
10 16-04-07 Menaip draf kerja kursus
11 17-04-07 Membuat analisis dan graf bagi
tugasan individu
12 25-04-07 Perbincangan dengan Dr Sabri
mengenai tugasan
13 Semakan draf kerja kursus oleh Dr
Sabri
14 26-04-07 Memperbaiki kerja kursus
15 Menyusun dan menjilid kerja kursus
16 05-05-07 Tugasan kerja kursus diserahkan
kepada pensyarah penilai
5
4.0 ANALISIS PETIKAN RENCANA
Bahagian A : Analisis secara berkumpulan bertiga
6
ANALISIS FRASA
(i) Frasa nama
Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
berfungsi sebagai satu unsur dalam binaan ayat. Frasa nama boleh menempati
bahagian subjek dan bahagian predikat sesuatu ayat. Frasa nama mempunyai
kata nama sebagai intinya dan boleh hadir tanpa penerang atau dengan
penerang. Berikut adalah analisis frasa nama yang terdapat dalam petikan yang
dianalisis;
Bil Frasa nama Struktur frasa
Kata nama Penerang
1 Menteri Kesihatan Menteri Kesihatan
2 semua pengeluar pengeluar semua
3 pengeluar makanan pengeluar Makanan
4 makanan segera makanan segera
5 bulan Mei 2007 bulan Mei 2007
6 kandungan khasiat kandungan khasiat
7 kalori produk kalori produk
8 papan tanda papan tanda
9 produk makanan produk makanan
10 kalori makanan kalori makanan
11 kbanyakan makanan makanan kebanyakan
12 hal ini hal ini
13 para pengguna pengguna para
14 suatu usaha usaha suatu
15 had minimum had minimum
16 langkah ini langkah ini
17 penyakit kronik penyakit kronik
18 penyakit kencing manis penyakit kencing manis
19 penyakit darah tinggi penyakit darah tinggi
7
20 penyakit lemah jantung penyakit lemah jantung
21 penyakit obesitik penyakit oesitik
22 pencegahan ini pencegahan ini
23 kalangan kanak-kanak kanak-kanak kalangan
24 semua pengguna pengguna semua
25 orang dewasa orang dewasa
(ii) Frasa kerja
Frasa kerja ialah unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Frasa kerja boleh
terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Frasa kerja mempunyai kata
kerja sebagainya intinya dan kata kerja itu bersifat transitif ataupun tak transitif. Berikut
adalah analisis frasa kerja yang terdapat dalam petikan yang dianalisis;
Bil Frasa kerja Struktur
Kata kerja Penerang
1 menyatakan bahawa menyatakan bahawa
2 diberi tempoh diberi tempoh
3 mempamerkan kandungan mempamerkan kandungan
4 pemameran kandungan pemameran kandungan
5 mengelakkan kekeliruan mengelakkan kekeliruan
6 menyatakan kandungan menyatakan kandungan
7 diambil oleh orang dewasa diambil oleh orang
dewasa
8 menjadi panduan menjadi panduan
9 perlu dilakukan dilakukan perlu
10 melebihi had minimum melebihi had minimum
11 mencegah penyakit mencegah penyakit
12 mengambil makanan segera mengambil makanan segera
13 memastikan bahawa memastikan bahawa
8
pengambilan pengambilan
14 menjejaskan kesihatan menjejaskan kesihatan
15 menetapkan pengeluar menetapkan pengeluar
16 yang dipasarkan dipasarkan yang
17 disokong oleh semua
pengguna
disokong oleh semua
pengguna
(iii) Frasa adjektif
Frasa adjektif terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi
kata adjektif sebagai intinya. Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat
dalam ayat pola FN + FA, sebagai unsur keterangan dalam predikat (yang
menerangkan frasa kerja dalam predikat) dan sebagai penerang kepada kata
nama dalam predikat. Namun begitu, melalui analisis yang dibuat, kami
mendapati tiada frasa adjektif terdapat dalam petikan yang diberikan.
(iv) Frasa sendi nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan yang terdiri daripada satu kata sendi nama
dan satu frasa sendi nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Frasa sendi nama boleh juga didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama yang
berada dalam petikan ialah:
9
Bil Frasa sendi nama Struktur
Kata sendi nama Frasa nama
1 …mengatakan bahawa
semua pengeluar makanan
segera…
bahawa semua pengeluar
2 …diberikan tempoh sehingga
bulan Mei, 2007…
sehingga bulan Mei
3 …kalori termasuklah pada
papan tanda, rísalah…
pada papan tanda
4 …yang boleh diambil oleh
orang dewasa dan kanak-
kanak…
oleh orang dewasa
5 …dan kanak-kanak pada
setiap hari.
pada setiap hari
6 ...yang bermanfaat kepada
para pengguna.
kepada para pengguna
7 ...yang terdapat di pasaran
mengandungi...
di pasaran
8 …had minimun yang
diperlukan oleh seseorang.
oleh seseorang
9 …penyakit kronik seperti
kencing manis, darah tinggi...
seperti kencing manis
10 ...amat penting bagi para
pengguna.
bagi para pengguna
11 ...mestilah disokong oleh para
pengguna.
oleh para pengguna
Data peratusan jumlah frasa
10
Frasa Bilangan dapatan Peratusan
Frasa nama 25 25/53 x 100% = 47.16%
Frasa kerja 17 17/53 x 100% = 32.07%
Frasa adjektif 0 0/53 x 100% = 0%
Frasa sendi nama 11 11/53 x 100% = 20.75%
Jumlah 53 53/53 x 100% = 100%
ANALISIS AYAT
Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal,
11
tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar
merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat tunggal
terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri
daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat
ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan
frasa sendi nama.
Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat-ayat
berkenaan dicantumkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu sehingga
menjadikannya satu ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
ayat majmuk gabungan, pancangan dan campuran. Ayat majmuk gabungan
mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina daripada gabungan
ayat tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh
kata hubung seperti dan, atau, sambil, dan sebagainya. Ayat majmuk
pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Dalam
bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis
iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat majmuk campuran
ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin
terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk
pancangan.
Berikut adalah analisis ayat yang dibuat berdasarkan petikan yang diberi;
12
1. Menteri Kesihatan mengatakan bahawa semua pengeluar makanan
segera diberikan tempoh sehingga bulan Mei, 2007 untuk mempamerkan
kandungan khasiat dan kalori produk makanan segera masing-masing.
Jenis ayat : Ayat majmuk campuran
Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis
ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, bahawa;
penanda relatif, untuk dan kata hubung, dan.
2. Pemameran kandungan khasiat dan kalori termasuklah pada papan
tanda, risalah, dan iklan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan
pengguna.
Jenis ayat : Ayat majmuk gabungan
Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung, dan yang
menggabungkan dua ayat tunggal.
3. Selain itu, pengeluar makanan segera juga perlu menyatakan
kandungan kalori makanan yang boleh diambil oleh orang dewasa dan
kanak-kanak pada setiap hari.
Jenis ayat : Ayat majmuk campuran
Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis
ayat dan ayat ini menggunakan penanda relatif, yang dan kata
hubung, dan.
4. Perkara ini akan menjadi panduan yang bermanfaat kepada para
pengguna.
13
Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif
Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif,
yang.
5. Hal ini perlu dilakukan kerana kebanyakan makanan segera yang
terdapat di pasaran mengandungi gula, garam, lemak, dan sebagainya.
Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif
Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif,
yang.
6. Kandungan ini melebihi had minimum yang diperlukan oleh
seseorang.
Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif
Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif,
yang.
7. Langkah ini adalah sebagai suatu usaha untuk mencegah penyakit
kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung,
obesitik, dan sebagainya.
Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan komplemen
Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda
komplemen, untuk.
8. Pencegahan ini dititikberatkan dalam kandungan kanak-kanak yang
gemar mengambil makanan segera.
14
Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif
Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif,
yang.
9. Jadi, langkah untuk memastikan bahawa pengambilan makanan
segera boleh menjejaskan kesihatan amat penting bagi para pengguna.
Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan komplemen
Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda
komplemen, untuk.
10. Oleh itu, saranan Menteri Kesihatan, iaitu untuk menetapkan
pengeluar makanan segera supaya mempamerkan kandungan khasiat
dan kalori produk makanan segera yang dipasarkan mestilah disokong
oleh semua pengguna.
Jenis ayat : Ayat majmuk campuran
Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis
ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, untuk; kata
hubung, dan; dan penanda relatif, yang.
Data peratusan jumlah ayat
15
Petikan rencana yang diberi mempunyai sepuluh ayat. Hasil analisis petikan ini
akan dipindahkan ke dalam data peratusan. Daripada sepuluh ayat, tujuh ayat
merupakan ayat aktif, manakala yang selebihnya iaitu tiga ayat lagi adalah ayat
pasif. Ayat 1,2,3,4,7,9,10 adalah ayat aktif, manakala ayat 5,6,8 merupakan ayat
pasif.
Jenis ayat Bilangan dapatan Peratusan
Ayat aktif 7 7/10 x 100% = 70%
Ayat pasif 3 3/10 x 100% = 30%
Jumlah 10 10/10 x 100% = 100%
Dalam analisis yang dibuat juga, kesemua ayat adalah ayat majmuk iaitu satu
ayat majmuk gabungan, enam ayat majmuk pancangan, dan tiga ayat majmuk
campuran. Berikut adalah peratusan jenis ayat mengikut bilangan klausa yang
terdapat dalam ayat;
Ayat Bilangan dapatan Peratusan
Ayat tunggal 0 0/10 x 100% = 0%
Ayat majmuk 10 10/10 x 100% = 100%
Jumlah 10 10/10 x 100% = 100%
Ayat Bilangan dapatan Peratusan
Ayat majmuk gabungan 1 1/10 x 100% = 10%
Ayat majmuk pancangan 6 6/10 x 100% = 60%
Ayat majmuk campuran 3 3/10 x 100% = 30%
Jumlah 10 10/10 x 100% = 100%
16
Bahagian B: Analisis secara individu
Dengan menggunakan rencana yang sama, analisis jenis frasa yang diperolehi
dan dipindahkan dalam bentuk graf palang.
Oleh: Syaza Yasmin binti Ismail
Analisis jenis frasa yang terdapat dalam petikan yang diberi adalah seperti berikut;
Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi
nama
Menteri Kesihatan menyatakan
bahawa
bahawa semua
pengeluar
makanan
semua pengeluar diberikan tempoh sehingga bulan
Mei
pengeluar
makanan
mempamerkan
kandungan
pada papan tanda
makanan segera Pemameran
kandungan
oleh orang
dewasa
bulan Mei 2007 mengelakkan
kekeliruan
pada setiap hari
kandungan
khasiat
menyatakan
kandungan
kepada para
pengguna
kalori produk diambil oleh orang
dewasa
di pasaran
papan tanda menjadi panduan oleh seseorang
produk makanan perlu dilakukan seperti penyakit
kencing manis
kalori makanan melebihi had
minimum
bagi para
pengguna
17
kebanyakan
makanan
mencegah
penyakit
disokong oleh
para pengguna
hal ini mengambil
makanan segar
para pengguna memastikan
bahawa
pengambilan
suatu usaha disokong oleh
semua pengguna
had minimum menjejaskan
kesihatan
Langkah ini menetapkan
pegeluar
penyakit kronik yang dipasarkan
penyakit kencing
manis
penyakit darah
tinggi
penyakit lemah
jantung
Pencegahan ini
kalangan kanak-
kanak
semua pengguna
orang dewasa
penyakit obesitik
18
Jumlah frasa yang terdapat dalam petikan;
Frasa Bilangan dapatan
Frasa nama 25
Frasa kerja 17
Frasa adjektif 0
Frasa sendi nama 11
Jumlah 53
Berikut adalah hasil analisis jenis frasa;
19
25
17
0
11
0
5
10
15
20
25
Bilangan frasa
Frasa nama Frasa kerja Frasaadjektif
Frasa sendinama
Jenis frasa
Jenis frasa
Graf di atas menunjukkan jumlah frasa dalam petikan mengikut jenisnya. Jumlah
frasa yang paling tinggi ialah frasa nama iaitu sebanyak dua puluh lima frasa.
Diikuti pula dengan frasa kerja iaitu sebanyak tujuh belas frasa seperti yang
dianalisis dalam petikan rencana yang diberi. Frasa adjektif tidak ditemui dalam
petikan. Oleh itu, frasa adjektif menunjukkan graf pada nilai sifar. Frasa sendi
nama pula mencatatkan sebanyak sebelas frasa. Jumlah semua jenis frasa yang
dijumpai dalam petikan rencana adalah sebanyak lima puluh tiga frasa.
20
Oleh: Nurzehan binti Zakaria
Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi
Menteri kesihatan Meyatakan
bahawa
Bahawa semua
pengeluar
makanan
Semua pengeluar Diberikan tempoh Sehingga bulan
Mei
Pengeluar
makanan
Mempamerkan
kandungan
Pada papan tanda
Makanan segera Pemameran
kandungan
Oleh orang
dewasa
21
Bulan mei 2007 Mengelakkan
kekeliruan
Pada setiap hari
Kandungan
khasiat
Menyatakan
kandungan
Kepada para
pengguna
Kalori produk Diambil oleh
orang dewasa
Di pasaran
Papan tanda Menjadi panduan Oleh seseorang
Produk makanan Perlu dilakukan Seperti penyakit
kencing manis
Kalori makanan Melebihi had
minimum
Bagi para
pengguna
Kebanyakan
makanan
Mecegah penyakit Disokong oleh
para pengguna
Hal ini Mengambil
makanan segar
Para pengguna Memastikan
bahawa
pengambilan
Suatu usaha Makanan segera
Had minimum Menjejaskan
kesihatan
Langkah ini Menetapkan
pegeluar
Penyakit kronik Yang dipasarkan
Penyakit kencing
manis
Saranan menteri
kesihatan
Penyakit darah
tinggi
Disokong oleh
semua pengguna
Penyakit lemah
jantung
22
Pencegahan ini
Kalangan kanak-
kanak
Semua pengguna
Orang dewasa
Penyakit obesiti
Jumlah frasa yang terdapat dalam petikan;
Frasa Bilangan dapatan
Frasa nama 25
Frasa kerja 18
Frasa adjektif 0
Frasa sendi nama 11
Jumlah 54
23
0
5
10
15
20
25
Bilangan frasa
Frasa nama Frasa kerja Frasaadjektif
Frasa sendinama
Jenis frasa
Jumlah frasa dalam petikan
24
Oleh: Hasnurfarisha binti Hassan
Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi
nama
Menteri Kesihatan menyatakan
bahawa
bahawa semua
pengeluar
makanan
semua pengeluar diberikan tempoh sehingga bulan
Mei
pengeluar
makanan
mempamerkan
kandungan
pada papan tanda
makanan segera Pemameran
kandungan
oleh orang
dewasa
bulan Mei 2007 mengelakkan
kekeliruan
pada setiap hari
kandungan
khasiat
menyatakan
kandungan
kepada para
pengguna
kalori produk diambil oleh orang
dewasa
di pasaran
papan tanda menjadi panduan oleh seseorang
produk makanan perlu dilakukan seperti penyakit
kencing manis
kalori makanan melebihi had
minimum
bagi para
pengguna
kebanyakan
makanan
mencegah
penyakit
disokong oleh
para pengguna
hal ini mengambil
makanan segar
para pengguna memastikan
bahawa
25
pengambilan
suatu usaha makanan segera
had minimum menjejaskan
kesihatan
Langkah ini menetapkan
pegeluar
penyakit kronik yang dipasarkan
penyakit kencing
manis
disokong oleh
semua pengguna
penyakit darah
tinggi
penyakit lemah
jantung
Pencegahan ini
kalangan kanak-
kanak
semua pengguna
orang dewasa
penyakit obesitik
Jumlah frasa yang terdapat dalam petikan;
Frasa Bilangan dapatan
Frasa nama 25
Frasa kerja 18
Frasa adjektif 0
26
Frasa sendi nama 11
Jumlah 54
Jumlah frasa
0 5 10 15 20 25 30
nama
kerja
adjektif
sendi nama
Fra
sa
Bilangan
Graf di atas menunjukkan jumlah dan jenis frasa dalam petikan. Jumlah frasa
yang paling tinggi ialah frasa nama iaitu sebanyak dua puluh lima. Diikuti pula
dengan frasa kerja iaitu sebanyak lapan belas seperti yang dijumpai dalam
petikan rencana. Frasa adjektif menunjukkan graf pada kadar sifar kerana tiada
dalam petikan. Frasa sendi nama pula mencatatkan sebanyak sebelas bilangan.
Jumlah semua jenis frasa yang dijumpai dalam petikan rencana adalah
sebanyak lima puluh empat frasa.
27
5.0 REFLEKSI
5.1 SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL
Pelajar-pelajar PPISMP Semester 2 telah diberi tugasan bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Akademik. Kami telah diberi taklimat oleh pensyarah Bahasa
Melayu Akademik kami iaitu Dr. Tuan Haji Ali bin Mahmood. Pensyarah telah
memberi taklimat dan penerangan serta saranan mengenai tugasan yang perlu
disediakan mengikut kehendak soalan.
Kami dikehendaki menganalisis frasa dan ayat yang terdapat dalam
rencana yang diberikan dari segi struktur (binaan) dan jenis frasa serta ayat
tersebut. Tajuk tugasan ini ialah Analisis Frasa, Klausa dan Ayat Bahasa Melayu.
Tugasan ini perlu disediakan secara berkumpulan bertiga. Saya telah
menyediakan tugasan ini bersama Nurzehan Zakaria dan Hasnurfarisha Hassan.
Kami dikehendaki menyediakan nota hasil rujukan kami dari dapatan
maklumat pelbagai sumber rujukan seperti buku-buku rujukan dan internet.
Maklumat yang disediakan perlulah merangkumi beberapa aspek seperti struktur
ayat dan jenis ayat.
Kami telah membahagikan tugas untuk mencari maklumat berkenaan
dengan tajuk tugasan selain mendapatkan maklumat daripada nota-nota kuliah
yang telah disediakan oleh pensyarah. Kami tetap bersemangat untuk
menyediakan tugasan ini walaupun kami menghadapi banyak kesulitan
sepanjang penyediaan kerja kursus.
Kami menghadapi masalah semasa membuat analisis kerana terdapat di
antara kami tidak memahami dan masih keliru tentang bentuk dan jenis ayat. Ini
28
menyebabkan kami menghadapi kesukaran apabila hendak menyediakan data
peratusan dan juga graf bar yang diperlukan dalam kerja kursus ini.
Kami telah membuat banyak rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan
maklumat-maklumat yang diperlukan. Setelah membuat banyak rujukan, masih
banyak kekurangan dalam penyediaan kerja kursus dan memerlukan kami untuk
membaiki dan mengubahsuai hasil tugasan yang telah kami sediakan.
Oleh itu, kami perlu lebih memahami setiap apa yang diajar oleh para
pensyarah terutamanya berkaitan dengan struktur (binaan) dan juga jenis ayat.
Kami juga perlu memahami jenis-jenis frasa agar dapat membezakan antara
satu jenis frasa dengan frasa yang lain. Kami perlu merujuk kepada para
pensyarah untuk mempelajari tatabahasa Melayu dengan lebih mendalam.
Saya amat berharap agar hasil tugasan kami ini akan diterima dengan
baik oleh pensyarah penilai. Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat
dalam penyediaan tugasan ini.
29
5.2 NURZEHAN BINTI ZAKARIA
Pada 26 Mac 2007 yang lalu kelas PPISMP 2E telah diberikan Kerja Kursus
Berasakan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Akademik.
Pensyarah kami iaitu Dr. Haji Ali bin Mahmood telah memberikan taklimat
supaya dapat membantu kami semasa tugasan ini dijalankan nanti. Saya telah
diberikan kumpulan bersama Syaza Yasmin dan Hasnurfarisha.
Soalan dalam tugasan ini memerlukan kami menjalankan tugasan
berkumpulan dan secara individu. Kami berkumpulan perlu menganalisis frasa
dan ayat yang terdapat dalam rencana dari segi struktur dan jenis sahaja.
Kemudian kami perlu memindahkan jumlah frasa dan ayat yang kami perolehi
dalam bentuk peratusan. Dalam individu kami perlu menganalisis jenis frasa dan
pindahkan dalam bentuk graf. Kami telah memberikan tugasan di antara
kumpulan kami secara adil. Ini adalah kerana kekangan yang bakal kami hadapi
nanti akan menyulitkan lagi kerja kami nanti.
Saya telah membuat rujukan dari pelbagai sumber agar maklumat yang
saya dapat nanti mencukupi dengan apa yang kami cari. Saya telah melayari
internet, membuat rujukan dari buku rujukan, majalah akademik dan nota-nota
yang telah diberikan selama ini. Dengan adanya maklumat ini nanti diharap
dapat memberikan maklumat yang mencukupi untuk menjalankan tugasan kami
nanti. Semasa pencarian maklumat dijalankan, kami menghadapi masalah dalam
penggunaan internet. Oleh kerana dari asrama perempuan tidak dapat internet
jadi kami terpaksa pergi ke pusat sumber. Namun begitu bilangan komputer yang
tidak mencukupi dan kami terpaksa menunggu giliran yang agak lama bagi
menggunakan komputer tersebut.
30
Kemudian kami telah mengumpul maklumat dan mula mengkaji rencana
yang telah diberikan yang bertajuk Langkah Untuk Mengelakkan Penyakit Kronik.
Semasa kajian dilakukan saya dapat memahami lagi tentang penggunaan frasa
dan ayat dengan lebih berkesan. Saya juga dapat memahami dengan lebih
mendalam dengan apa yang telah diterangkan kerana kajian yang kami lakukan
ini adalah lebih terperinci dan dapat berkesan. Ini adalah kerana penumpuan
saya dalam menjalankan kajian ini amat mendalam. Saya juga telah berjumpa
dengan beberapa orang pensyarah Bahasa Melayu untuk memastikan lagi apa
yang kami kaji ini adalah bertepatan dengan soalan tersebut. Kami juga
mendapat bantuan dari pelajar kelas kami. Pengalaman yang paling berharga
dalam menjalankan tugasan ini ialah kami dapat bekerjasama untuk
memantapkan lagi tugasan kami. Kami juga dapat mengeratkan lagi tali
silaturrahim kami. Semasa proses menaip dijalankan saya telah menghadapi
masalah. Oleh kerana saya tidak mempunyai kemudahan komputer jadi saya
terpaksa bergilir dengan orang lain. Saya agak bernasib baik kerana mereka
memahami situasi saya.
Terima kasih yang tidak terhingga saya pada semua pihak yang telah
membantu kami semasa kerja kursus ini dilakukan. Kami amat berharap agar di
lain kali sudilah sekiranya dapat kita berkerja sama kembali. Dengan ini saya
akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.
31
5.3 HASNURFARISHA BINTI HASSAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan
tugasan Bahasa Melayu Akademik ini dengan jayanya. Kami dikehendaki
menyiapkan tugasan ini bersama tiga orang dalam satu kumpulan. Ahli
kumpulan saya yang lain ialah Syaza Yasmin bt Ismail dan Nurzehan bt Zakaria.
Sebelum memulakan tugasan, kami telah diberi penerangan oleh Tn. Haji
Ali b.Mahmud tentang cara-cara menyiapkan kerja kursus ini. Kami telah
membahagikan tugas antara ahli kumpulan bagi mepercepatkan proses
menyiapkan tugasan. Kami dikehedaki menganalisis petikan rencana di mana
kami perlu mencari jenis-jenis ayat dan frasa. Kerja ini amat merumitkan
sekiranya tidak mengetahui konsep Bahasa Melayu dengan betul dan jelas.
Kami menggunakan Kamus Tatabahasa Dewan, Kamus Pelajar dan
sumber rujukan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Jika mengalami
kesulitan, kami mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan bagi
menyelesaikannya.
Tugasan ini dapat memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan kami
dalam bidang Bahasa Melayu disamping dapat menambahkan lagi ilmu
pembelajaran kepada kami. Tugasan ini juga dapat membentuk sikap dan
semangat kerjasama antara rakan-rakan dan ahli kumpulan.
Semasa membuat kajian ini, kami juga turut menghadapi sedikit kekangan
di mana kami tidak dapat mengenal pasti jenis-jenis frasa dengan tepat. Kami
juga turut mengalami percanggahan pendapat dengan rakan-rakan kerana
masing-masing ingin mempertahankan pendapat sendiri. Namun, atas bantuan
32
dari para pensyarah dan rakan-rakan, segala kekusutan itu akhirnya dapat
dileraikan.
Akhirnya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekali lagi
saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada
Dr. Ali iaitu pensyarah pembimbing kami kerana telah banyak membantu.
Kepada semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga
kepada rakan-rakan, terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar. Jasa anda
semua amat kami hargai.
33
6.0 PENUTUP
Setelah selesai membuat analisis petikan rencana bagi Kerja Kursus Berasaskan
Ilmu (KKBI) Bahasa Melayu Akademik ini, kumpulan kami mendapati bahawa
bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik kerana mempunyai unit-unit
bahasa yang pelbagai. Melalui analisis yang dibuat, kami lebih memahami jenis-
jenis frasa, klausa dan ayat serta struktur binaannya.
Hasil analisis yang dibuat, terdapat lima puluh tiga frasa yang terdapat
dalam petikan iaitu dua puluh lima frasa adalah frasa nama, tujuh belas frasa
kerja dan selebihnya adalah frasa sendi nama iaitu sebanyak sebelas frasa.
Frasa adjektif tiada dalam petikan yang dianalisis.
Hasil analisis jenis dan struktur ayat dalam petikan pula ialah terdapat
sepuluh ayat dalam petikan. Dalam petikan tersebut, kesemua petikan adalah
ayat penyata. Tujuh ayat daripada kesemua ayat adalah ayat aktif dan
selebihnya tiga ayat adalah ayat pasif. Kesemua ayat dalam petikan juga adalah
ayat majmuk iaitu satu ayat majmuk gabungan, enam ayat majmuk pancangan
dan tiga ayat majmuk campuran.
Kesimpulannya,kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang
jenis dan binaan frasa serta ayat dalam sesuatu petikan bahasa Melayu setelah
menjalankan analisis petikan ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada
kami agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksis dalam bahasa
Melayu.
34
7.0 RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid, 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan
Malaysia. Balakong, Selangor. Longman Malaysia.
Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab, 2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa
Melayu. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi.
Tuan Jah Tuan Yusof, 2004. Siri Teks Komprehensif STPM Kertas 1 Bahasa
Melayu. Shah Alam, Selangor. Cerdik Publications.
Amdun Husain, 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Jalil Othman, 1989. Rujukan Segera Bahasa Melayu KBSM. Kuala
Lumpur. Berita Publishing.
Nik Safiah Karim, 2006. Tatabahasa Dewan. Selangor. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
35
LAMPIRAN
36