31
“ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)” DI SEDIAKAN OLEH: AMINAH BINTI HAJI ALBANI DIPLOMA USULUDDIN 0904 2104 SUBJEK AL-QURAN & PENEMUAN SAINS 1

za'ba

Embed Size (px)

DESCRIPTION

al-Quran dan penemuan sains

Citation preview

Page 1: za'ba

“ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)”

DI SEDIAKAN OLEH:

AMINAH BINTI HAJI ALBANI

DIPLOMA USULUDDIN

0904 2104

SUBJEK AL-QURAN & PENEMUAN SAINS

DI SEDIAKAN UNTUK:

DR.ALINOR BIN ABDUL KADIR

1

Page 2: za'ba

LATAR BELAKANG

Tokoh yang menjadi pilihan saya ialah seorang pendeta terkenal iaitu Zainal Abidin Bin

Ahmad yang merupakan seorang yang sangat berjasa kepada negara kita.Beliau yang

dikenali sebagai Za’ba telah dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas,Batu Kikir,Jempol

Daerah Kuala Pilah,Negeri Sembilan pada 16 September 1895 bersamaan dengan 26

Rabiul awal,1313H. Ibunya bernama Intan Awaluddin adalah seorang yang berketurunan

Minangkabau berasal dari Sumatera.Manakala Ayahnya pula bernama Ahmad Kapa

berketurunan Bugis yang telah membuka perkampungan di Kampung Linggi.Sewaktu

ketika dahulu,Keluarga Za’ba adalah orang yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat

dalam masyarakat Linggi pada ketika itu.Ayahnya terkenal di Kampung Linggi kerana

memiliki banyak pengetahuan tentang agama dan beliau adalah satu-satunya penduduk

yang tahu membaca dan juga menulis huruf melayu yang tidak mempunyai baris yang

kini dikenali sebagai tulisan jawi. Za’ba sewaktu kecil lagi menunjukkan kecendrungan

dalam ilmu dan beliau juga seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus asa.

Keistimewaan ini dapat dihidu oleh ibu dan ayahnya.

Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba) mendapat pendidikan awal mengenai Al-Quran dan

hukum-hukum islam sejak berusia lima tahun lagi dari Ayahnya.Bak kata

pepatah,”Melentur buluh biarlah dari rebungnya”akhirnya beliau telah mahir membaca

serta menulis semasa berusia 12 tahun.Walaupun hanya dengan mendapat pendidikan

awal dari rumah.Pada 22 Mei 1907,satu peristiwa yang menyedihkan telah menimpa

keluarga Za’ba dimana ibunya telah kembali ke rahmatullah.Empat puluh hari selepas

peristiwa kematian ibunya itu berlaku,Sekolah Melayu di Kampungnya (sekolah Batu

Kikir) akhirnya di buka.Za’ba mendaftar di sekolah tersebut dan terus melangkau ke

tahun iii kerana beliau seorang yang sudah mahir menulis dan membaca.

Setelah beberapa bulan belajar di Sekolah Batu Kikir,Jempol ,ayahnya menghantarnya

bersekolah di linggi untuk mengambil darjah iv dan v pada tahun 1907-1909.Tujuan

ayahnya menghantar beliau belajar di Linggi kerana ayahnya mahu Za’ba mempelajari

nahu Arab dari Tuan Guru di Kampung Jempol pada sebelah petang selepas tamat waktu

persekolahan.

2

Page 3: za'ba

Setelah tamat bersekolah di Linggi,beliau telah meneruskan pengajian di Saint Paul’s

Institution yang merupakan salah sebuah sekolah yang terbaik di Seremban.Namun

sewaktu belajar di sana,beliau mengalami banyak kesukaran kerana hasratnya untuk

belajar di sekolah itu tidak di restui oleh ayahnya kerana faktor perbelanjaan.Namun,

Za’ba terus menggagahkan dirinya untuk bertahan belajar di sekolah itu.Sewaktu di

St.Paul Institution,Za’ba telah diberikan “double promotion” dari darjah i hingga ke

darjah iii,v dan vii.beliau tamat dalam darjah ix pada bulan Disember 1915.Za’ba

akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya sehingga ke darjah ix dan beliau adalah

merupakan anak melayu yang pertama berjaya menamatkan darjah ix di Negeri

Sembilan. Pada bulan Jun 1916,Za’ba telah mula bertugas sebagai ‘Assistant Master’

bertempat di English College,Johor Bahru.pada ketika itu,sambil bekerja beliau

berkesempatan mempelajari nahu Arab daripada Sheikh Muhammad Tahir

Jalaluddin.Pelbagai ilmu yang berkaitan dengan nahu Arab telah di ajarkan kepada Za’ba

oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin sehinggalah pada suatu hari Sheikh

Muhammad Tahir memberitahu hasratnya yang ingin berpindah kembali ke tempat

isterinya di kuala kangsar.Za’ba berasa sedih dan risau kerana ilmu yang dipelajarinya

dari Sheikh Muhammad baru dipertengahan jalan.Secara kebetulan,ketika Sheikh

Muhammad Tahir Jalaluddin berpindah ke Kuala Kangsar,Za’ba juga dipindahkan ke

Kuala Kangsar untuk bertugas di Malay College Kuala Kangsar.Beliau akhirnya dapat

meneruskan pembelajarannya sekali lagi dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

sehingga 1920.Semasa belajar dengan Sheikh Tahir Jalaluddin,beliau mula mengenali

dan meminati buku-buku nahu arab yang telah ditulis oleh orang-orang Inggeris dan

kamus Dwi-Bahasa Arab-Inggeris. Masa berlalu dengan pantas 30 tahun kemudian,Za’ba

dihantar bagi meneruskan pengajian ke School of Oriental and African Studies (SOAS),

University of London dari 1949-1950.Beliau ke sana dengan tujuan menyambung

pengajian sambil mengajar.Za’ba telah menduduki peperiksaan Diploma dalam Bahasa

Arab Klasik pada tahun 1949 dan akhirnya beliau lulus.Tiga tahun belajar di sana

akhirnya Za’ba pulang ke Malaya setelah beliau mengambil peperiksaan dan telah

berjaya mendapat Ijazah Kepujian dalam pengajian Bahasa Melayu.

3

Page 4: za'ba

KERJAYA ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)

Kerjaya Za’ba bermula sebagai seorang Guru,Beliau mengajar subjek bahasa melayu dan

inggeris.beliau mula bertugas di English College,Johor Bahru diikuti dengan tugas

seterusnya beliau di minta untuk mengajar di Malay College,Kuala Kangsar bermula

pada tahun 1918-1923.Pada bulan Mei 1923 R.O Winstedt telah mengarahkan pertukaran

Za’ba sebagai penterjemah Melayu di bawah pengawasan A Small.Kerana kehebatan

yang dimiliki oleh Za’ba dalam bidang penterjemahan akhirnya beliau di hantar ke Sultan

Idris Training College di Tanjung Malim yang mana kini telah di naik taraf sebagai

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) untuk menyandang jawatan yang sama.Tugas

beliau ketika berapa di (UPSI) ialah mengarang dan menterjemah buku-buku pelajaran

untuk kegunaan Sekolah-Sekolah Melayu yang melatih penterjemah-penterjemah yang

baru.

Pada bulan September tahun 1939 hingga 1941,Za’ba bertukar ke pejabat penerangan di

Singapura.Ketika di sana,beliau bertugas sebagai Juruhebah dan penterjemah berita dan

ucapan siaran radio,surat khabar dan pamplet.Semasa hidup di bawah pemerintahan

Jepun,Za’ba pernah bekerja di Syonan Simbun (bekas akhbar Straits Times).Selama 11

bulan bermula mac 1942 hingga Februari 1943,Za’ba sewaktu itu bekerja di bahagian

radio sebagai ketua pengarang.apabila Jepun menyerah kalah mankala British kembali

memerintah Malaya.Sewaktu pemerintahan balik kepada British,beliau telah pulang

semula ke Malaya bagi berkhidmat semula di Malaya sebagai penterjemah dan pengarang

di pelbagai Jabatan sekitar Kuala Lumpur dan akhirnya kembali semula ke Jabatan

Pelajaran Tanah Melayu.

Semasa di England,mulai tahun 1947,Za’ba bertugas sebagai seorang pensyarah di

School of Oriental and African Studies(SOAS),University of London.waktu itu digunakan

juga untuk menyertai pelbagai kursus-kursus berkaitan Linguistiks seperti bahasa

Arab,Sastera Islam dan Sejarah Asia Tenggara.Manakala pada waktu cuti pula, Za’ba

akan meluangkan masa melawat ke Ireland,Isle of man,Scotland dan Wales.Eropah Barat

4

Page 5: za'ba

dilawati pada akhir tahun 1950.Sewaktu itu beliau bersama isterinya sempat menunaikan

haji ketika berada di Makkah dan Madinah.

Sekembalinya ke Malaya,Za’ba bersara dari jawatan kerajaan.Dalam tahun 1951 hingga

1952 beliau telah menterjemah buku-buku di rumahnya di Kuala Lumpur disamping

memberi ceramah-ceramah berkaitan tentang pelbagai isu di Radio Malaya Kuala

Lumpur.menjelang April 1953,Za’ba dilantik sebagai pensyarah dan ketua Jabatan

Pengajian Melayu,Universiti Malaya,Singapura.

Pada bulan Julai 1953,beliau telah di jemput ke Amerika Syarikat bagi menghadiri

“colloquium of islamic culture” di Princeton dan Washington.sewaktu beliau menghadiri

majlis tersebut,beliau telah mengambil kesempatan untuk melawat Universiti-Universiti

dan pusat-pusat pengajian di bahagian Timur di

Stanmford,Colombia,Chicago,Columbus,Duke dan lain-lain.Sewaktu dalam perjalanan

balik beliau terus singgah melawat Manila,Honolulu dan Tokyo.Antara Institusi-Institusi

pengajian tinggi yang turut di lawati oleh beliau ialah University of Philippines,Waseda

dan Tokyo University dan beliau terus mengarang dua buah buku sekolah bahasa asing di

Tokyo di mana bahasa melayu diajar.pada bulan Ogos-September 1955,Za’ba telah pergi

ke Indonesia untuk mengadakan lawatan.pada bulan jun tahun yang sama,beliau telah

menghadiri “economic and education seminar” anjuran UNISCO di Universiti Gajah

Mada.Za’ba akhirnya telah bersara dari jawatan Pensyarah di Universiti Malaya

Singapura pada Januari 1959.

KEGIATAN ZA’BA

Za’ba lebih banyak bergiat dalam bidang penulisan ketika beliau telah bersara.dalam

usianya 64 tahun,Za’ba terus bergiat aktif dalam menulis,memberi ceramah,berforum

serta menjadi penasihat kepada beberapa pertubuhan dan kegiatan sosial seperti penasihat

kepada persatuan pelajar-pelajar Bahasa Melayu Singapura.Pada tahun 1959,beliau telah

dilantik oleh Dewan bahasa dan pustaka sebagai ahli Jawatankuasa Istilah,Za’ba juga

memainkan peranan yang sangat penting sebagai penasihat dalam rombongan

5

Page 6: za'ba

Jawatankuasa Ejaan Melayu untuk menyelaraskan ejaan Marphilindo.Seterusnya Za’ba di

lantik sebagai ahli kehormat Persatuan bekas pelajar maktab perguruan sultan

idris.Kementerian dalam negeri juga melantik beliau menjadi sebagai salah seorang

anggota “film censorship board”.Pada bulan Mac 1963,Za’ba telah menerima perlantikan

dari kementerian pelajaran sebagai pengelola dewan bahasa dan pustaka,tetapi hanya

dalam dalam tempoh 6 bulan sahaja dan beliau akhirnya menarik diri pada bulan

November 1963.Pada 30 ogos 1963,pihak kerajaan telah melantik Za’ba sebagai anggota

jawatankuasa kecil bagi mengkaji dan membuat syor-syor berkenaan penganugerahan

darjah kebesaran persekutuan.

Pada 13 Mac 1964,isteri Za’ba telah meninggal dunia ketika dia berusia 62 tahun.Bagi

mengingati pemergian isterinya yang tercinta,Za’ba telah mendermakan sejumlah wang

kepada pihak kolej Tengku kurshiah,seremban pada tahun 1965.wang itu akan digunakan

sebagai biasiswa kepada anak-anak miskin dan tidak berkemampuan yang memiliki bakat

dalam pelbagai bidang dan sumbangan itu juga digunakan untuk membeli buku-buku

perpustakaan kolej tersebut.Pada hari sabtu,16 Oktober 1965,beliau juga telah

menyerahkan wang sebanyak Rm 10 ribu dan buku-buku koleksinya sebanyak 3,179

buah buku kepada Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam satu upacara yang diadakan di

rumahnya.wang itu dijadikan sebagai biasiswa bernilai Rm500 setahun yang dikenali

sebagai Biasiswa penyelidikan Za’ba(Za’ba research fellowship).

6

Page 7: za'ba

PENULISAN ZA’BA

Za’ba mula menceburkan diri dalam bidang penulisan bermula pada tahun 1916.beliau

pada mulanya hanya menulis rencana-rencana dan akhbar Utusan Melayu dan Lembaga

Melayu.Rencana-rencana yang dihasilkan oleh Za’ba kebanyakannya meliputi persoalan-

persoalan yang berkaitan dengan agama,bahasa pelajaran,sosial,ekonomi dan politik yang

mana keseluruhannya menjerumus kepada nasib bangsa Melayu di tanah

Melayu.Walaupun beliau telah menulis sejak tahun 1916 tetapi hasil penulisan beliau

hanya dikenalpasti pada awal 1917 melalui pena-pena tertentu.

Dalam penghasilan pelbagai karya tulisan,Za’ba seringkali menggunakan nama-nama

patriot di dalam penulisannya seperti Za’ba,zai jelmaan,anak melayu jati,melayu yang

beragama islam dan “Z” dan Melayu.

Penulisan mengenai pendidikan.

Za’ba telah menulis pebagai jenis buku-buku yang membincangkan pelbagai jenis

masalah berkaitan dengan pendidikan,sejarah dan bahasa untuk memenuhi keperluan

buku-buku bacaan di sekolah-sekolah Melayu.Za’ba mempercayai bahawa melalui

bahan-bahan bacaan dapat mempengaruhi corak hidup masyarakat melayu samada dari

segi sosial,ekonomi mahupun dari segi politik.melalui keyakinan itu telah mendorong

Za’ba untuk menggunakan nama “THE REAL MALAY”untuk mengkritik polisi

pendidikan yang dibawa oleh Winstedt.

Penulisan berkaitan dengan BAHASA

Dari segi bahasa,Za’ba di samping terkenal sebagai seorang intelek Melayu yang

ulung,beliau juga sangat di hormati sebagai seorang pakar bahasa,pujangga dan seorang

yang tahu akan bahasa arab dan berkaitan dengan ilmu agama islam.Dalam usaha Za’ba

meningkatkan taraf bahasa melayu yang dianggap sebagai wajib untuk diketahui oleh

semua orang melayu,Za’ba telah memberi perhatian yang tidak putus-putus kepada aspek

7

Page 8: za'ba

bagi meningkatkan taraf bahasa.Ia dapat dikesan sejak tahun 1916 lagi dan berakhir

bersama hayatnya pada tahun 1973.Cita-cita Za’ba untuk menghasilkan buku yang

berkaitan dengan bahsa melyu akhirnya tercapai dengan terbitnya buku-buku “pelita

bahasa melayu”i.ii dan iii pada tahun 1949.

Pada peringkat pertama,1916-1920,Za’ba telah banyak memperkatakan tentang

kelemahan bahasa melayu dan memberi pendapat-pendapat untuk memperbaikinya.pada

peringkat ke dua pula,Za’ba memulakan penulisannya mengenai bahsa Melayu dengan

serius lagi iaitu beliau telah menerbitkan buku-buku berkaitan bahasa Melayu,tetapi

penghasilan buku-buku itu telah dihalang.Manakala pada peringkat ke tiga pula,mula

terhasil lah karya Za’ba yang sebenar mengenai bahsa melayu iaitu,tatabahasa melayu

yang sangat lengkap pada zamannya.Pengaruh tatabahasa Za’ba amat besar terhadap

pengajian bahsa melayu di tanah melayu

Penulisan mengenai ekonomi

Za’ba mula giat menghasilkan rencana-rencana ekonominya pada bulan disember

1923.Rencana-rencana ini mula dihasilkan dan di terjemahkan dalam bahasa

melayu.Rencana-rencana ini pula keseluruhannya menjelaskan kesedaran Za’ba pada

faktor kemiskinan sebagai punca utama yang menjadikan bangsa melayu jauh

ketinggalan dalam persaingan dengan bangsa-bangsa lain untuk mencapai kemajuan yang

diimpikan.

SUMBANGAN ZA’BA KEPEDA BAHASA MELAYU.

Sumbangan hasil pemikiran beliau kepada bangsanya adalah sangat banyak dan sangat

bererti.sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama,tentang ekonomi

dan kemiskinan orang melayu telah banyak di simpan serta dibicarakan dengan meluas.

8

Page 9: za'ba

Walau bagaimanapun,sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa

melayu.Minatnya yang sungguh mendalam dalam bidang ini sebenarnya bermula sejak

awal lagi.Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah bermula muncul

dalam fikirannya sejak beliau berusia dua belas tahun lagi.Dalam tahun 1918

lagi,sewaktu bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Malay College Kuala

Kangsar,beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan jawi.

Dalam tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang melayu yang

kebanyakannya terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai pendidikan

Inggeris dating ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah “Pan-Malayan

Malay Literary Society” yang mana matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai

kelainan system ejaan Melayu disamping memajukan perkembangan kesusasteraan

Melayu Moden.

Bukan itu saja,beliau juga merupakan seorang yang banyak memberi sumbangan di

dalam bidang ejaan jawi.beliau telah merumuskan satu rumusan besar bekenaan nahu

Melayu(pelita bahsa melayu 1941 dalam tiga jilid ) dan kaedah mengarang dalam bahasa

Melayu (kitab ilmu mengarang Melayu 1951).sehubungan dengan kaedah ejaan

jawi,pada tahun 1929,beliau telah menghasilkan kitab rahsia ejaan jawi (pulau

pinang:the jelutong press).

9

Page 10: za'ba

HASIL KARYA-KARYA ZA’BA

Karya-karya Zainal Abidin yang telah diterbitkan berbentuk buku

The price and the pauper.( naskah terjemahan telah siap 20 tahun yang lalu)

Dewan bahasa dan pustaka,1957

Asuhan budi menerusi islam (terdiri dari 41 karangan panjang mengenai islam

yang dibahagikan ke dalam 10 bab) Dewan bahasa dan pustaka.

Benih kemajuan (kumpulan risalah dan makalah dan lain-lainnya),1941

Chanai bachaan (bunga rampai sastera lama dari hikayat indera

mengindera,hikayat

bakhtiar,hikayat isma yatim yang diubah dan disesuaikan dengan judul dewa

derma dan dewa dewi derma dewi).buku baccan darjah 4 di sekolah melayu

sebelum perang dunia kedua 1924

Cerita-cerita suka shakespeare (terjemahan).pejabat karang-mengarang. Tanjung

malim 1949

Daftar ejaan melayu jawi/rumi (terbitan sesudah rancangan menerbitkan kamuss

bahasa melayu gagal kerana di tentang oleh O.T Dussek),700 halaman 1941

Falsafah takdir (syaukat al-azali dalam islam,300 halaman dan baru sepertiga

tercetak telah mendapat tentangan daripada pejabat agama islam di perak kerana

bertentangan dengan ajaran agama di sana) 1930

Ilmu bahasa melayu,penggal 1 dan 2 (buku panduan bagi guru dan

pengarang),1926

10

Page 11: za'ba

Ilmu mengarang melayu (pembaharuan daripada ilmu bahasa melayu.bab 1

tatabahasa,bab 2 teknik mengarang).mula dicetak 1934 kemudian di tanjung

malim 1952

Kalong bunga 1 (pilihan dan petikan dari rangkap-rangkap puisi melayu cara

lama) Dewan bahasa dan pustaka.1963

Kalong bunga 2(pilihan dan petikan dari rangkap-rangkap puisi melayu cara

lama) Dewan bahasa dan pustaka 1964

Kitab hadiah kebangsaan (mengulas dan membidas serta mengungkapkan punca-

punca dan akar umbi masalah kemiskinan orang-orang melayu sebelum para ahli

ekonomi dan golongan sosialis yang antifeudalisme melaung mengenai hal ini)

pulau pinang 1953

Pelita bahasa melayu (pembaharuan dari ilmu bahasa melayu) mula-mula dicetak

dalam tulisan jawi dan kemudian ditukar ke huruf rumi. Pejabat karang-

mengarang tanjung malim,perak 1949

Pelita bahasa melayu 2 (lanjutan dari panduan mengarang jilid 1 dan 2.teknik

mengarang secara senang) mula di cetak 1949. Ulangan cetak ttanjung malim

perak 1957

Pelita bahasa melayu 3 (kitab karang-mengarang yang lebih lengkap dari yang

dulu-dulu).cetakan pertama 1949. Ulangan cetak tanjung malim 1958

Pendapatan perbahasan ulama berkenaan dengan kada dan kadar (di cetak di

pulau pinang.60 halaman.diharamkan di perak kerana dianggap sebagai satu

pembaharuan dalam ajaran agama islam yang condong kepada ajaran

muktazilah,iaitu suatu ajaran yang dianggap bertentangan dengan ajaran mufti

waktu itu) 1927

11

Page 12: za'ba

Perjuangan asyik ismail othman,muar 1930

Persuratan melayu 2 qalam press singapura 1960

Rahasia ejaan jawi (baru separuh tercetak telah mendapat tentangan dari O.T

Dussek yang menjadi pengetua Maktab Perrguruan Sultan Idris tanjung

malim,perak). Malaya Publishing House,Singapura 1930

Tawarikh tanah melayu ( terjemahan dari karya R.O Winstedt:malaya)1922.

Diterbitkan semula dengan judul sejarah ringkas tanah melayu. Pustaka melayu

singapura 1961

Umbi kemajuan (sukatan azali. Terjemahan dari bahasa arab serta ulasan-

ulasannya sekali) 1931

Karya-karya yang tidak di cetak

Falsafah takdir penggal 1 dan 2

Kilauan senja

Menungan atas bahasa dan sastra (perluasan dari benih kemajuan)

Nahu melayu (perluasan dari pelita bahasa melayu 2)

Qoloquil Japanese

Rahasia ejaan jawi

12

Page 13: za'ba

Risalah penyedaran

Cita-citanya yang gagal untuk menerbitkan buku

Buku kamus melayu

Gema kayangan

Huruf trengkas dengan huruf jawi

Pengalamanku dalam pengembaraan di Spanyol

Karya-karya yang berupa artikel dalam surat-surat khabar dan majalah

”Agama dan kewajiban kepada manusia”dlm qalam singapura, bil 58 Mei 1955

hlm.12.Bil 59 jun 1955,hlm.10;Bil 60,julai 1955,hlm 6;Bil 61 ogos 1955,hlm 5.

”Ajab,takbur dan ria (dipetik dari syair pintu hantu) dalam qalam singapura, Bil

56 Mac 1955 hlm 5

”Ajaran jimat cermat di dalam islam” dlm qalam singapura Bil 38,September

1953 hlm 23;Bil 39,Oktober 1953;hlm 16 Bil 40 November 1953,hlm 23 Bil

4,Disember 1953 hlm 14

”Asuhan budi di dalam islam” dalam qalam singapura Bil 33 April 1953 hlm 40

Bil 34 Mei 1953 hlm 40 Bil 35 jun 1953

”Bahagian hendak mengarang” dalam majalah malaya( illustrated journal) Bil 5

Mei 1927 hlm 223 januari 1928 hlm 5

13

Page 14: za'ba

”Bahagian bahasa dalam majalah guru” selangor hlm 43;mac 1928 ”huruf-huruf

penambah” oktober 1927 hlm 203 Disember 1927 hlm 223 januari 1928 hlm 5

”Bahagian Tawarikh dalam majalah guru selangor hlm 43 mac 1928 hlm 43 ogos

1928 hlm 145 september 1928 hlm 169 November 1928 hlm 205;januari 1929

hlm 12; febuari 1929 hlm 30;April 1929 hlm 65 jun 1929 hlm 115;julai 1929 hlm

133;oktober 1929 hlm 192

”Bahasa melayu dan bahasa indonesia” dalam Dewan bahasa jilid 2 Bil 1 januari

1958 hlm 8 perintis sastera C.Hooykaas. oxford university press kuala lumpur

1965 hlm 317

”Bahasa melayu dan tulisannya” dalam dewan bahasa jilid 2 Bil 2 Febuari 1958

hlm 68

”Bahasa melayu,kelebihan dan kekurangannya” dlm qalam singapura Bil 49 Ogos

1954 hlm 16 Bil 50 september 1954 hlm 23 Bil 51 Oktober 1954 hlm 16 Bil 52

November 1954 hlm 17

”Bekas-bekas lama di tanah melayu” dalam majalah guru selangor januari 1927

hlm 6 Febuari 1927 hlm 26

”Belajar mengarang”dlm majalah malaya(Illustrated journal),Bil 3 Mac 1927 hlm

19,Bil 4 April 1927 hlm 18

”Berbuat kebaikan pada Allah”dlm (Diperbaiki dari syair pintu hantu) qalam

singapura Bil 57,April 1955,hlm 6 Dato Paroi,Were-tiger dlm JMBRAS jilid 3

bahagian 1 hlm 74-78 April 1925

14

Page 15: za'ba

”Guna kekayaan” dl al-ikhwan Pulau pinang jilid 1 januari 1927 hlm 89-96

mastika Bil 2 febuari 1927 hlm 15

”ilmu mengarang” dlm majalah malaya ( illustrated journal) Bil 2 febuari 1927

hlm 15

”jalan keselamatan orang melayu”dalam al-ikhwan pulau pinang jilid 1 jun 1927

hlm 187 julai 1927 hlm 212 Ogos 1927hlm 228 jilid 2 september 1927 hlm 16

kitab hadiah darii kebangsaan pulau pinang.

”Jalan persekolahan”dlm majalah guru selangor,April 1925,hlm 69 Mei 1925 hlm

88 Jun 1925 hlm 106 julai 1925 hlm 129; ogos 1925 hlm 148;september 1925 hlm

163 Oktober 1925 hlm 183 November 1925 hlm 203 Disember 1925 hlm 223

membaca januari 1926 hlm 10 pelajaran-pelajaran membaca Mac 1926 hlm 43

pelajaran mengeja Mac 1927 hlm 83 huruf-huruf penambah jun 1927 hlm 103

pelajaran tulisan julai 1927 hlm 123 Ogos 1927 hlm 148 September 1927 hlm 163

Oktober 1927 hlm 183 November 1927 hlm 204 pelajaran rencana Januari 1928

hlm 3 Febuari 1928 hlm 23 pelajaran ilmu kira-kira Mac 1928 hlm 47 April 1928

hlm 123;Ogos 1928 hlm 167 Oktober 1928,hlm 183 November 1928 hlm 203

Febuari 1929,hlm 23;Mac 1929 hlm 63; Mei 1929,hlm 83;julai 1929,hlm 123.

”kasihkan diri dan kasihkan orang lain” dlm al-ikhwan,pulau pinang jilid 2

Oktober 1927,Bil 37; November 1927,hlm 75

”keadaan masyarakat melayu” dlm lembaga melayu (semuanya di tulis dengan

nama pena patriot), pelajaran inggeris 29 Jun 1917;30 Jun 1917; Perniagaan dan

pekerjaan 2 Julai 1917; ilmu ketukangan 3 Julai 1917 Ilmu-ilmu ketukangan-

perusahaan dan bangsa cina 4 Julai 1917: Ketukangan-jalan masuk dengan ikhtiar

atas ilmu kajian 5 Julai 1917; ketukangan dan lain-lain pekerjaan-kewajiban

mengambil tauladan 6 Julai 1917.

15

Page 16: za'ba

”kewajiban berpengetahuan Agama’ dlm pengasuh,kelantan(ditulis atas nama

pena Patriot).Bil 19 April 1919,hlm 3-6

”kewajiban terjemah-menterjemah”dlm (isi bakal kitab benih kemajuan bagi

kaum melayu),majalah guru selangor februari 1932,hlm 26

”kuasa kitab-kitab dan kewajiban membanyakkan dia” dlm pengasuh kelantan

(ditulis atas nama pena patriot) Bil.10 November 1918hlm 2-4;Bil 11 Disember

1918,hlm 3-4

”Lawatan ke kedah perlis dan kelantan” dlm majalah guru selangor ,Disember

1928 hlm 236 januari 1929,hlm 14 Februari 1929 hlm 33 April 1929 hlm 74;Mei

1929,hlm 95

”Leteran pelajaran pada umat melayu” dlm pengasuh,kelantan.( semua ditulis atas

nama pena patriot). Di kampung-kampung,Bil 20 April 1919 hlm 3-6;di sekolah-

sekolah;kolej-kolej melayu.Bil 21 Mei 1919 hlm 1-5 Anak-anak melayu di

sekolah-sekolah inggeris,Bil 22 Mei 1919,hlm 1-5 di bandar-bandar dan kelab-

kelab melayu,Bil 23 Mei 1919hlm 5-8;Bil 24 Jun 1919 hlm 2-4;Bil 25;Jun

1919.hlm 4-6

”Malay Festivals” and some Aspects of Malay Religious Life” dlm JMBRAS

jil.XXII,bhg I Mac 1949,hlm 94-106

”Malay Journalism in Malaya” dlm JMBRAS Jil XIX,bhg 2 Oktober 1941,hlm

244-250

”Malay Manners and Etiquette”dlm JMBRAS Jil XXIII,Bhg III Ogos 1950,hlm

43-74

16

Page 17: za'ba

”Malay Word Count”,1952 J.Le Prevost.(Review article) dlm JMBRAS

jil.XXVII,bhg I mei 1954,hlm 234-235

”Matahari (raja perempuan segala pengakap suluh-terjemahan)”dlm al-

ikhwan,pulau pinang ,Jil II Mac 1928 hlm 203

”Meluaskan persuratan Melayu” dlm Qalam singapura,Bil 10 Mei 1951,hlm 4 Bil

13 Ogos 1951 hlm 36 Bil 14 September 1951 hlm 29 Bil 15 Oktober 1951,hlm II

”Memajukan bahasa melayu dan kesusasteraan”dlm dewan bahsa dan pustaka jil I

Bil 1 September 1957,hlm 13

”Memakai tanda-tanda berhenti di dalam tulisan jawi”dlm majalah guru,ogos

1929,hlm 169:Oktober 1929 hlm 186:November 1929 hlm 211:Disember 1929

hlm 225 Januari 1930 hlm 5 Februari 1930 hlm 25

”Membaca”dlm majalah guru,selangor dlm .April 1926 hlm 63 bacaan yang baik

Mei 1926 hlm 86 Jun 1926 hlm 103 rangka suatu pelajaran membaca Julai 1926

hlm 123

”Membukakan keindahan islam”(terjemahan dari rahasia diri karangan iqbal) dlm

Qalam singapura,bil 54 Januari 1955 hlm 6.

”Mencapai ketinggian dunia akhirat”dlm Qalam Singapura Bil 18 Januari

1952,hlm 3 Bil 19,Februari 1952 hlm 36 Bil 20,Mac 1952

”Mengarang kitab dalam bahasa melayu”dl al-ikhwan,pulau pinang jilid 11

Februari 1928 hlm 168.

”Modern Developments(a chapter from a history of malaya literature R.O

Winstedt)” dlm JMBRAS jilid XVII bhg III Januari 1940 hlm 142-162

17

Page 18: za'ba

”Nama-nama mahsyur yang selalu tersebar dalam kitab-kitab tawarikh melayu

dlm majalah guru,selangor,Oktober 1928 hlm 184

”Orang-orang mahsyur tanah melayu”dlm majalah guru selangor oktober 1927

hlm 187 disember 1927 hlm 227 april 1928 hlm 75 Mei 1928 hlm 86 jun 1928

hlm 104.

”Pair words in malay”dlm JMBRAS jilid V bahagian II november 1927 hlm 324-

338

”pelajaran di tanah melayu” dalam pengasuh kelantan (ditulis di atas nama pena

patriot) bil 17 mac 1919 hlm 3-5 bil 18 mac 1919 hlm 1-4

”pelajaran mengeja”dlm majalah guru selangor disember 1926 hlm 223 januari

1927 hlm 3 februari 1927 hlm 23 mac 1927 hlm 43

”Pelajaran menghafal syair yang elok” dlm majalah guru selangor ogos 1926 hlm

143 oktober 1926 hlm 183 november 1926 hlm203

“Pelajaran otak dan latihan”dlm majalah guru selangor April 1932 hlm 63

“Pendapat tentang masalah ejaan”dlm dewan bahasa jil II Bil 1 Januari 1958 hlm

39

“Perkataan-perkataan bahasa dagang dalam bahasa melayu” dlm majalah

malaya(illustrated journal) bil 6-7 jun,julaii 1927 hlm 15

“Persaudaraan di anntara ilmu bahasa,bangsa,persatuan dan kemajuan dlm

lembaga melayu(edisi melayu malaya tribune) syair januari 1917 bahasa mac

18

Page 19: za'ba

1917 pelajaran mac 1917 bahasa-bahasa lain mei 1917 bahasa arab mei 1917

bahasa melayu jun 1917

“Persekutuan kerana pelajaran” dlm majalah guru selangor mac 1923 hlm 43

“Quran dengan ilmu-ilmu zaman sekarang” dlm majalah guru selangor April 1930

hlm 66 Mei 1930 hlm 85

“Rajin orang cina” dlm al-ikhwan Pulau Pinang jilid I Disember 1926 hlm 74

Rencana dalam majalah guru selangor,pembukaan Januari 1926 hlm 2 september

1927 hlm 171 peringatan fasal masalah lelaki dan perempuan,kejahatan lucah dan

kebaikan bersih ogos 1929 hlm 143

“Rencana bahagian pelajaran dlm majalah guru selangor kerajaan pada sekolah-

sekolah melayu disember 1927 hlm 224:kanak-kanak melayu dan kemajuannya

Februari 1928,hlm 28 syor-syor bagi memajukan perusahaan orang melayu” jun

1928 hlm 106

“Rencana bahagian pelajaran tawarikh” dlm majalah guru selangor.”Tarikh dunia

yang ringkas” febrauari 1928 hlm 31 mac 1928 hlm 43

“Rencana kesihatan” dlm majalah guru selangor “darihal makanan” April 1930

hlm 63 dan 83

“Rencana untuk kanak-kanak” dlm majalah guru selangor jun 1927 hlm 109 mac

1928 hlm 53 April 1928 hlm 72 mei 1928 hlm 97 ogos 19238 hlm 155 oktober

1928 hlm 187

“Recent malay leterature” dlm JMBRAS jil XIX bhg I Febrauri 1941 hlm 1-20

19

Page 20: za'ba

“Resensi buku-buku baru”dlm majalah guru selangor Januari 1929 hlm 18

Februari 1929 hlm 36 Jun 1929 hlm 117

“Sajak” dlm dewan bahasa jilid V bil 10 oktober 1961 hlm 447

“Sekolah kebangsaan” dlm qalam singarura bil 56 mac 1955 hlm 8

“Sepucuk surat yang terbuka kepada segala orang yang muda-muda”dlm majalah

guru selangor ogos 1929 hlm 163 oktober 1929 hlm 183 november 1929 hlm 203

“Sesetengah daripada orang-orang islam yang mahsyur”dlm majalah guru

selangor mei 1925 hlm 92 julai 1925 hlm 125 september 1925 hlm 169 november

1925 hlm 207 mac 1926 hlm 47 mei 1926 hlm 89 jun 1926 hlm 106 ogos 1926

hlm 146 november 1926 hlm 208 disember 1926 hlm 226 Mac 1927 hlm 50 mei

1927 hlm 86 julai 1927 hlm 128 ogos 1927 hlm 143 november 1927 hlm 206

januari 1928 hlm 6

“Soal jawab bahasa” dlm kamus dewan jil II bil 6 Jun 1958 hlm 294 jil II bil 7

Julai 1958 hlm 349

“Some facts about jawi spelling” dlm JMBRAS jil XXIV bhg 1 februari 1951,hlm

77-89

“Sumbangan sir Richard Winstedt dalam penyelidikan pengajian melayu dlm

John Bastin dan R.Roolvink 1964 malayan and indonesian studies London Oxford

University press

Surat kiriman (ditulis dengan nama pena zai jelmaan) dlm lembaga mellayu

jjanuari 1917 hlm 3 Mac 1917 hlm 3 April 1917 hlm 3 Mei 1917 hlm 3

20

Page 21: za'ba

Takdir(sukatan azali dalam agama islam-terjemahan dari islamic review)dalam al-

ikhwan Pulau Pinang jil II April 1928 hlm 241 Mei 1928 hlm 274 jun 1928 hlm

298 Julai 1928 331 ogos 1928 hlm 40

“Tarikh bangsa melayu” dlm majalah guru selangor April 1925 hlm 73 jun 1925

hlm 110 ogos 1925 hlm 151 oktober 1925 hlm 187

“Tarikh negeri melayu masing-masing” dalam majalah guru selangor Mac 1927

hlm 68 Jun 1927 hlm 105

“Tawarikh hidup kongsi”dalam majalah guru selangor disember 1929 hlm 223

“Tawarikh tanah melayu” dalam majalah guru selangor terjemahan Julai 1926

hlm 125 oktober 1926 hlm 185

“Terjemah menterjemah” dlm pengasuh kelantan Bil 15 Februari 1919 hlm 1-4

“The akuan or spirit friends” dlm JMBRAS LXXXVI november 1922 hlm 378-

384

“The grave stone of sultan mansur syah of melacca dlm JMBRAS LXXXVI

november 1922 hlm 386-388

“The origin of some malay place names dlm JMBRAS jil III bhg I April 1925 hlm

79-2

“The porvety of the malays”dlm malay weekly mail 6 disember 1923

“The salvation of the malays” dlm malay weekly mail 27 disember 1923

“The tiger breed families dlm JMBRAS LXXXV Mac 1922 hlm 36-39

21

Page 22: za'ba

“The various signifiications of the malay word sejuk” dlm JMBRAS Jil XX Bhg

II disember 1947 hlm 41-44

“Wajib mengenal hakikat (dipetik dan diperbaiki dari syair raja hantu pandai) dlm

qalam singapura bil 55 Februari 1955 hlm 9

Tulisan-tulisan mengenai dirinya

Abdullah hussain “Tan sri Za’ba” dalam dewan sastera 12;2 15 disember 1972

Abdullah hussain “za’ba Nasionalis Melayu ulung”dlm dewan sastera 11;3 15

november 1973

Abdullah hussain “pendeta za’ba dalam kenangan” dlm dewan masyarakat II;X

15 november 1973

Abdullah sanusi ahmad 1960-61 “peranan pejabat karang mengarang dalam

bidang-bidang pelajaran” latihan ilmiah jabatan pengajian melayu,Universiti

Malaya

“Ahmad kamal abdullah” pendeta Dr za’ba dalam dewan pelajar jilid VII hlm

Disember 1973

Ali haji ahmad “ kemajua kesusasteraan melayu “dalam berita harian 17

november 1960

22

Page 23: za'ba

“Allahyarham gigih berusaha kembangkan bahasa melayu”dlm utusan zaman 28

oktober 1973

Annas haji ahmad 1964 “pendeta za’ba sastera melayu baru” Pulau

Pinang :sinaran berhad

“A staff writer ,za’ba :the man behind the legend” dalam the straits times 5

januari 1973

“Datuk Hussien Onn “kehilangan yang sukar di ganti “ dlm berita harian

Hadzrami A.R “Peranan za’ba sekali lagi diberi D.Litt” dlm berita harian 9 Jun

1973

Hadzrami A.R “kemiskinan melayu za’ba orang pertama melaungkannya” dlm

berita harian 3 Julai 1973

Hadzrami A.R “peranan za’ba dalam perkembangan bahasa melayu” dlm berita

harian 2 Julai 1973

Ishak hj muhammad “sumbangan tidak ternilai harganya” dlm utusan zaman 28

oktober 1973

“Jenazah pendeta za’ba selamat dikebumikan”dalam utusan melayu 25 oktober

1973 berita harian

“Li chuan siu 1966 za’ba dlm ikhtisar sejarah kesusteraan melayu baru kuala

lumpur pustaka antara hlm 184-193

Mahmud ahmad “riwayat hidup za’ba” dlm mastika jun 1952

23

Page 24: za'ba

Mahmud ahmad “tidak boleh berbahaya tinggal berdua saja waktu malam” dlm

majalah filem februari 1974

Najib rahman “grand old man of malay letter dies”dlm the straits times 24 oktober

1973

Nur Dzai “hingga kini za’ba saja hanya menjadi pendeta” dlm mastika september

1972

Pak Sako”za’ba yang saya kenali” dlm mingguan malaysia 1973

“pelihat laut,pengenalan tentang zai penjelmaan dan patriot”dlm lembaga melayu

4 Mei 1917

“peminat bahasa, jasanya terhadap bahasa,bangsa dan negara” dlm utusan zaman

1973

“za’ba meninngal duni setelah sakit selama 27 tahun” utusan malaysia, 24 oktober

1973.

Rahamah saad. “za’ba kecewa kerana tak dapat hadir terima ijazah dari U.K”.

utusan malaysia, 13 jun 1973.

Rahanawati alida. “za’ba tak dapat terima sendiri ijazah”. Utasan melayu, 13 jun

1973.

Rencana pengarang. “pendeta za’ba” the straits times, 24 oktober 1973.

Rencana pengarang. “jejak langkah za’ba”. Utusan melayu, 25 oktober 1973.

24

Page 25: za'ba

Ruhiyati idayu. “za’ba reformis bahasa zamannya”. Mingguan malaysia, 26

januari 1974.

Sidang pengarang. “pendeta za’ba”. Dewan masyarakat 15 disember 1973.

Sidang pengarang. “bintang di langit zaman”. Dewan sastra 15 november 1973.

Siti zaharah. “perginya seorang ‘reformis’”. Mingguan malaysia.28 oktober 1973.

Siti zaharah ibrahim. “pesaka za’ba”. Utasan zaman,28 oktober 1973.

Sulaiman masri. “perbandingan, za’ba dengan dr.asmah haji omar dalam

perlakuan terhadap golongan kata”. Dewan bahasa 5 mei 1972.

Syed muhammad naguib al-attas. “zainal abidin ahmad: dialah pemukul rebana

masyarakat dalam persuratan kita.” Dewan sastra, 15 julai 1973.

Syed muhammad naguid al-attas. Mastika, bil.8 tahun ke-33, ogos 1973.

“tuan za’ba menjadi pendeta bahasa ke england”. Majalah guru, 26 september

1947.

Tun abdul razak. “satu kehilangan besar kepada negara”. Berita harian,25 oktober

1973. Utusan melayu,25 oktober 1973.

Ulasan dan fikiran :padamnya pelita za’ba dlm berita mingguan 28 oktober 1973

Ungku aziz “footprints on the sand of time”kertas kerja konvensyen ekonomi1974

Wartawan kita “pendeta za’ba meninggal dunia “24 oktober 1973

25

Page 26: za'ba

Yahaya ismail”za’ba :sebutir mutiara yang paling berharga dalam kesusteraan

melayu moden” dewan sastera 15 november 1973

Zabbidah awang ngah 1960 Za’ba 12 disember 1973

Zaharah nawawi “padamkan pelita yang Cuma satu” dlm mastika 12 disember

1973

Zakaria abidin Ramlee “bagaimana affandi tau,siapa ziarah siapa tidak? Mimbar

berita minggu 28 oktober 1973

Zamrud za’ba “bila bergerak di mana-mana botol bimbit” berita mingguan 25

november 1973

Zamrud za’ba “apa guna makin lama makin tak kuat” dlm berita minggu 2

disember 1973

Zamrud za’ba “akhir hayat biarlah di rumah sendiri” dlm berita minggu 16

disember 1973

PENUTUP

“harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama”,begitulah

pepatah yang sering kita dengarkan.seorang insan yang sangat berjasa seperti Za’ba tidak

akan dapat kita lupakan.segala sumbangan yang telah beliau curahkan kepada kita

sebagai rakyat Malaysia tidak ternilai dan tidak akan dapat kita balas.Seorang anak

Melayu yang telah mengangkat dan memartabatkan bahsa ibunda iaitu bahasa Melayu

serta memperjuangkan penulisan dalam bentuk tulisan jawi merupakan salah satu cara

yang telah mengekalkan identiti kita sehingga ke hari ini.Kini,sebagai menghargai segala

26

Page 27: za'ba

jasa yang telah diberikan oleh Za’ba,Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan warisan

bercadang untuk menjilidkan dan menerbitkan beratus-ratus rencana yang telah ditulis

oleh pendeta Za’ba.Apabila cadangan ini Berjaya dilaksanankan,Jilid edisi khas ini akan

di hadiahkan kepada sekolah-sekolah,institute pengajian tinggi dan universiti bagi tujuan

pengkajian tentang pendeta yang terulung iaitu Za’ba.Tujuan penerbitan ratusan rencana

ini juga adalah aset untuk menjana pemikiran orang Melayu.

27

Page 28: za'ba

BIBLIOGRAFI

Za’ba dalam kenangan

Pendeta za’ba

Teratak za’ba

http:// zainal abidin ahmad

ahli nasionalisme Malaysia

“Za’ba” Dewan Bahasa dan Pustaka

28

Page 29: za'ba

ISI KANDUNGAN

LATAR BELAKANG 2

KERJAYA ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZA’BA) 4

KEGIATAN ZA’BA 5

PENULISAN ZA’BA 6

SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU 8

HASIL KARYA-KARYA ZA’BA 9

PENUTUP 26

BIBLIOGRAFI 27

29

Page 30: za'ba

30