22

Click here to load reader

ulasan buku za'ba

Embed Size (px)

DESCRIPTION

al-Quran dan penemuan sains

Citation preview

Page 1: ulasan buku za'ba

TAJUK:

PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL 1

( PERMULAAN NAHU MELAYU)

“ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)”

DI SEDIAKAN OLEH:

AMINAH BINTI HAJI ALBANI

DIPLOMA USULUDDIN

0904 2104

SUBJEK AL-QURAN & PENEMUAN SAINS

DI SEDIAKAN UNTUK:

DR.ALINOR BIN ABDUL KADIR

1

Page 2: ulasan buku za'ba

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 3

BAB I DAN BAB II 4-5

BAB III DAN BAB IV 5-6

BAB V DAN BAB VI 6

BAB VII DAN BAB VIII 7

BAB IX DAN BAB X 8

BAB XI DAN BAB XII 8-9

BAB XIII DAN BAB XIV 9-10

BAB XV DAN BAB XVI 10-11

ULASAN SECARA KESELURUHAN 11

KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZA’BA 13

TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM TULISAN

JAWI 14

LANGKAH-LANGKAH PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI (1981-

1989) 15

PENUTUP 17

BIBLIOGRAFI 18

PENDAHULUAN

2

Page 3: ulasan buku za'ba

Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah

Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,

Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau.

Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan

agama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.

Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi.

Sepanjang kerjayaan selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang

penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis

rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau

bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa sastera, agama,

pendidikan, ekonomi dan politik.Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan

kolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif

dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum

di Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yang

khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.

Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di

maktab dan institusi pengajian pada masa bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara

karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang,

Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid

dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949). Dalam ilmu kajian bahasa, Tokoh

Melayu pertama yang benar-benar menganalisis system ejaan Arab Melayu dari segi prinsip

dan segala permasalahannya adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dengan karyanya Jawi

Spelling dan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi. Tokoh lainnya adalah Raja Haji

Muhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau dalam bukunya Rencana Melayu.

Bab I

3

Page 4: ulasan buku za'ba

Manusia memerlukan bahasa dan percakapan untuk berkomunikasi antara sesama manusia.

Dengan hal yang demikian terbitlah bahasa atau percakapan diantara manusia. Meskipun

terdapat pelbagai bangsa di seluruh dunia, namun semuanya adalah sama kerana

mengeluarkan suara untuk berkomunikasi. Dalam bab ini juga membincangkan tentang asal

kepandaian manusia menulis dan membaca. Setelah manusia mula bertambah maju, manusia

telah mencipta suatu tanda ataupun gambaran bunyi yang kini dikenali sebagai “huruf”.

Melalui wujudnya huruf munculnya kepandaian untuk menulis. Pada zaman dahulu,ketika

pemerintahan raja yang beragama hindu sebahagian besar dari tanah melayu terpaksa

mempelajari dan meniru tulisan Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal

digunakan di kawasan Kepulauan Melayu.

Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit.

Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran

tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan

tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Tulisan

Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa

Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit. Bukti penggunaan

tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman,

pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki

bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara. Yupa tersebut dijumpai

oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit.

Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang

pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400

merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.

Pada awal kurun masihi, ramai di antara penduduk tanah melayu yang masuk islam kerana

mendapat dakwah dari pedagang-pedagang arab. Kemudian penduduk tanah melayu

mrngikuti tulisan orang-orang arab yang menggunakan tulisan jawi. Pada kurun ke-16 pula,

tanah melayu telah mula dilawati oleh orang-orang Eropah untuk berniaga dan sebagainya.

Setibanya orang Eropah di tanah melayu, orang melayu mula bertutur dalam bahasa melayu

dan menulis dalam tulisan rumi kerana mudah dipelajari dan di fahami. Huruf-huruf jawi dan

rumi yang digunakan adalah mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Seperti contoh jika

kita cuba untuk dengar kebanyakan bunyi huruf jawi adalah sama dengan rumi.

4

Page 5: ulasan buku za'ba

Bunyi tulisan jawi yang sama dengan rumi

Alif = A

Ba = B

Ta = T

Bab II

Dalam bab II Za’ba membincangkan tentang huruf sebenar dan huruf saksi. Huruf-huruf

tulisan terbahagi kepada 2 antaranya ialah huruf benar dan huruf saksi:-

Huruf benar (konsonan): iaitu huruf yang membunyikan huruf sebelah dalam, iaitu huruf

yang tidak boleh berbunyi sendiri.

Huruf saksi (vokal) : iaitu huruf yang mengambarkan bunyi sebelah luar, boleh berbunyi

sendiri dan boleh menolong kepada bunyi huruf-huruf benar.

Huruf-huruf saksi ialah huruf vokal a,i,e,o,u . pada tulisan jawi huruf saksi hanya ada 3 ( ا

ي tetapi huruf-huruf jawi ini hanya boleh digunakan untuk huruf benar. Kekurangan ( و

huruf saksi menyebabkan orang melayu mengambil langkah dengan menggunakan tulisan

rumi. Huruf jawi juga memberi kepayahan kepada orang melayu. Akibatnya banyak

kekeliruan yang timbul. Walaubagaimanapun,kekurangan ini masih boleh diperbaiki jika

huruf-huruf yang baru diterbitkan atau digunakan yang mana boleh diterima oleh semua

orang. Untuk mengantikan huruf-huruf saksi, orang melayu telah mula menggunakan tanda

baris bagi memudahkan proses membaca dan menyebut tulisan jawi.

Bab III

5

Page 6: ulasan buku za'ba

Ejaan dan tulisan jawi zaman dahulu merupakan tulisan yang di gunakan oleh orang arab iaitu

bunyi-bunyinya di keluarkan oleh baris-baris sama ada yang zahir barisnya mahupun tidak. ( ا

ي ( و pada masa kini sudah tidak dijadikan sebagai huruf saksi lagi melainkan dalam

tulisan arab. Sebenarnya tiada bunyi panjang yang sebenar dalam melayu. Penulis-penulis

jawi yang mula-mula menulisnya dengan kaedah ini tentulah bukan orang melayu. Apabila

orang melayu mula memiliki bahasa sendiri mereka lebih mengetahui bahawa di dalam

bahasa melayu tidak terkandung bahasa panjang. Menurut Awang Had Salleh (Tan Sri Dato'

Dr.)

Bekas Penasihat khas Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau berpendapat bahawa Za’ba

merupakan tokoh yang sangat terulung dalam memegang peranan dalam mengasaskan teknik

tulisan jaw ini kerana

Bab IV

Perkataan memakai penambah ertuinya perkataan yang telah dimasukkan imbuhan sebagai

penambah. Imbuhan boleh di tambah di bahagian pangkal, hujung mahupun pangkal da di

hujung. Dalam bab ini juga menerangkan kaedah am bagi merangkaikan huruf dan perkataan

dalam tulisan.

Bab V

Huruf-huruf rumi ada 26. Daripada itu 5 huruf merupakan saksi (vokal). Kemudian bagi

menulis bahasa melayu ditambah satu lagi huruf saksi iaitu e. Huruf-huruf saksi jika di lihat

sebenarnya ianya boleh hidup secara sendiri berbanding dengan huruf-huruf benar. Berbeza

dengan huruf-huruf benar. Ia tidak dapat berbunyi dengan sendiri. Ia memerlukan huruf saksi.

Dalam bab ini juga diterangkan tentang tempat-tempat yang sukar dalam ejaan rumi. Selain

itu juga di dalam bab ini dimuatkan tentang saksi halus atau kasar, perkataan yang belum

tetap ejaannya dan ejaan yang boleh mengelirukan. Ejaan perkataan pinjaman juga ada di

muatkan dalam bab ini. Seperti contoh bahasa yang selain dari bahasa inggeris dan bahasa

arab undang-undangnya segala perkataan yang di pinjam ke dalam bahasa melayu dari bahasa

lain yang bukan bahasa inggeris atau arab sudah tetap di eja dengan ejaan mengikut sebutan

dan bunyi pada orang melayu. Jika perkataan dari inggeris, undang-undangnya perkataan

6

Page 7: ulasan buku za'ba

yang di pinjamkan daripada bahasa inggeris. Jika sudah terbiasa mengejanya dalam bahasa

melayu. Ianya boleh di eja mengunakan bahasa melayu.

Bab VI

Dalam bab ini, Za’ba memasukkan petua-petua ejaan rumi seperti penambahan “pe” dan

“me”. Semua perkataan yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y ditambahkan

“pe” dan “me”sahaja. Dalam bab ini, Za’ba telah memuatkan beberapa perkara lain antaranya

ialah penambahan “ber”, “ter”, “per”, “ka”, “ke”. Dalam bab ini juga ada diterangkan tentang

bagaimana ejaan bagi perkataan berganda dan petua untuk memakai sempang di dalam

perkataan. Selain itu, petua menggunakan huruf besar juga ada diterangkan di dalam bab ini.

Bab VII

Dalam bab ini membincangkan tentang jenis-jenis perkataan daan kerja-kerjanya. Seperti

contoh:-

a) Nama : iaitu segala perkataan yang menyebutkan tentang benda ataupun manusia

seperti budak ,burung ,kaki ,tahun ,bulan dan sebagainya.

b) Perbuatan : iaitu segala perkataan yang menyebut tentang perbuatan yang dilakukan

atau keadaan yang diadakan seperti ambil ,beri ,pergi ,mahu dan sebagainya.

c) Sifat : iaitu segala perkataan yang menerangkan tentang sifat sesuatu nama atau

perbuatan . seperti: besar,pandai, segera, selalu dan sebagainya.

d) Sendi : iaitu menyambungkan antara perkataan dengan perkataan yang lain contohnya

dengan, oleh, akan, dan sebagainya.

e) Seruan : ialah perkataan-perkataan yang digunakan bagi mengeluarkan perasaan di

dalam hati ketika memerhati,terperanjat,menngejek,sakit hati dan sebagainya.

Bab VIII

Perkataan bagi nama ini terbahagi kepada 2 antaranya ialah nama betul dan nama ganti.

Nama betul terbahagi kepada 2 antaranya ialah:-

a) Nama am atau nama nika: iaitu nama am yang dipakai untuk semua benda yang

sejenis seperti kitab,negeri, budak dan sebagainya.

7

Page 8: ulasan buku za'ba

b) Nama khas pula ialah nama yang diberikan khas kepada seseorang,tempat atau barang

yang berlain-lain jenisnya.

Jika kita lihat sebenarnya kata ganti nama terdiri dari pelbagai jenis antaranya ialah kata ganti

nama diri yang dipakai untuk mengantikan nama seseorang. Selain itu, ia juga dipakai untuk

menganti diri orang yang diajak bercakap contohnya engkau,awak,kamu dan sebagainya.

Kata ganti umum juga ada diterangkan di dalam bab ini seperti contoh siapa,mengapa,,apa

dan sebagainya.

Bab IX

Perkataan perbuatan terbahagi kepada 2 antaranya ialah “perbuatan melampau” dan

”perbuatan tiada melampau”. Perbuatan melampau ialah mengenai maknanya kepada

sesuatu benda lain, tidak terhenti dengan diri pembuatnya sahaja. Dalam bab ini juga

diterangkan tentang perbuatan melampau yang mengunakan 2 penyambut seperti ‘beri’ dan

‘ajar’ dalam ayat ini : saya beri budak itu duit.dalam bab ini juga ada diterangkan berkenaan

dengan perbuatan yang memakai penambahan dan perbuatan yang memakai penambahan me

dan di dan banyak lagi berkaiatan dengan kata perbuatan.

Bab X

Dalam bab ini diterangkan berkenaan dengan kata nama sifat. Perkataan-perkataan sifat

terbahagi kepada 2 antaranya ialah menerangkan hal ehwal nama atau gantinya dikenali

sebagai (sifat nama), dan yang satu lagi adalah menerangkan dari hal perkataan-perkataan

yang lain daripada nama atau gantinya yang dikenali sebagai (kata sifat). Dalam bab ini juga

ada menyatakan bahawa ada beberapa perkataan yang boleh dijadikan kata sifat. Tetapi ada

juga sesetengah kata sifat yang digunakan menjadi perbuatan contohnya maka budak itu pun

besar-lah.

Dalam bab ini juga ada diterangkan tentang jenis-jenis kata sifat seperti contoh:-

a) Kata sifat cara atau gaya : bagaimana,bila,begitu,demikian dan sebagainya

b) Kata sifat masa :-

Kata sifat menentukan bila : sekarang,tadi ,baru,dahulu dan sebagainya

Kata sifat menentukan lama : sebentar, sekejap, sejurus dan sebagainya

Kata sifat menentukan kali dan ulangan : sekali,kerap kali, janrang-jarang, tekadang

dan sebagainya

8

Page 9: ulasan buku za'ba

c) Kata sifat tempat : dahulu dan kemudian

d) Kata sifat sebab dan tujuan : mengapa,kenapa dan sebagainya

e) Kata sifat darjah atau kadar : hampir, lebih kurang, cukup dan sebagainya

f) Kata sifat penentu : tentu ia, bukan, tidak, jangan dan sebagainya

Bab XI

Dalam bab ini Za’ba menerangkan tentang serba sedikit berkenaan dengan perkataan sendi

dan seruan. Kata nama sendi ialah khas di pakai untuk nama dan nama ganti bagi

menunjukkan perkaitan antara perkataan. Dalam bab ini juga ada diterangkan berkenaan

dengan kata seruan. Ia bermaksud, perkataan yang tidak mempunyai banyak perkataan yang

diterangkan. Ianya hanya wajib di ingatkan dengan perkataan yang hanya berkaitan. Dalam

bab ini juga ada dibincangkan penyambut kata sendi. Yang dikatakan peyambut kata sendi

ialah nama atau nama ganti yang mengiringi kata sendi. Kata sendi terbahagi kepada 2

bahagian iaitu kata sendi penambah yang menyambungkan perkataan dengan ayat-ayat

tambahan dan tidak menjadikan sambungan itu penolong atau penerang kepada ayat yang

tedahulu. Manakala kata sendi penambat pula ialah menyambungkan bahagian penolong atau

penerang kepada yang disambung.

Bab XII

Dalam bab ini Za’ba membincangkan tentang huruf-huruf penambah. Tiap satu huruf yang

dimasukkan dalam satu perkataan akan dapat mampu untuk mengubah makna perkataan itu.

Terdapat 2 keadaan penambahan huruf. Ada yang di tambah di bahagian hadapan dan ada

juga yang di tambah di bahagian belakang. Seperti contoh penambahan “me” di permulaan

perkataan bermaksudnya seseorang itu ingin menerangkan bahawa maksud perkataan itu

melakukan sesuatu(memasak,memancing,menangis dll). Manakala penambahan di pula “ber”

dapat digunakan untuk bermaksud seseorang yang membuat pekerjaan dan sedang bangun

untuk melakukan kerjanya. Sebenarnya banyak lagi huruf penambah atau kini di kenali

sebagai imbuhan yang di bincangkan di dalam bab ini. Penggunaan huruf penambah

merupakan salah satu kaedah yang memudahkan masyarakat melayu. Bayangkan jika sesuatu

perkataan itu kena di tukar perkataannya agar masyarakat memahami bukankah itu akan

memberi beban dan menyusahkan masyarakat untuk menghafal banyak perkataan?. Dalam

bab ini kebanyakannya diterangkan berkenaan dengan huruf penambah di bahagian hadapan.

9

Page 10: ulasan buku za'ba

Bab XIII

Dalam bab ini Za’ba membincangkan berkenaan dengan huruf-huruf penambah pada

penghujung perkataan. Seperti contoh penambahan “kan” dalam perkataan. “kan” berasal

dari “akan” ia biasanya digunakan untuk menerangkan masa hadapan serta ia juga digunakan

bagi maksud “mengenai”. Ada juga penambahan yang mengunakan perkataan “kah”.

Kebiasaannya perkataan ini di tambah bagi menunjukkan pertanyaaan atau menguatkan

maksud pertanyaan. Serta banyak lagi penambahan yang digunakan yang mana kesemuanya

membawa maksud yang tersendiri. Dalam bab ini juga ada di terangkan berkenaan dengan

pergandaan yang di ertikan sebagai sesuatu perkataan yang diulang sebutannya. Perkataan

berulang yang sering digunakan ialah nama,perbuatan dan sifat seperti rumah-

rumah,pandang-pandang,besar-besar dan sebagainya. Apa yang dimaksudkan dengan

pegandaan? Pegandaan bermaksud kuasa “am” pada pegandaan memasukkan maksud

“banyak” atau “bermacam-macam” atau “ulangan” dan banyak lagi.

Bab XIV

Dalam bab ini Za’ba menerangkan tentang kaedah rangkai kata. Kaedah yang dibincangkan

dalam bab ini dinamakan kaedah rangkai kata yang mana membincangkan tentang bagaimana

menyusun perkataan supaya ia membawa rangkaian yang membawa makna yang betul.

Dalam bab ini juga ada dibincangkan tentang kaedah rangkai kata perkataan bagi perbuatan,

kata sifat, kata sendi dan kata seruan. Za’ba menggunakan method yang mudah untuk

difahami.

Bab XV

Dalam bab ini Za’ba menerangkan tentang ayat-ayat melayu bagaimana kejadian dan

ikatannya.kita bercakap, berangan, menulis memerlukan susunan serta kefahaman dengan apa

yang kita ilhamkan. Apa perkataan yang akan jadi benda? Tentulah benda adalah jenis nama

atau kata kerja. Dalam ilmu nahu melayu, ayat terbahagi kepada dua antaranya ialah:-

a) Ayat nama : iaitu segala ayat yang menggunakan nama atau segala perkattaan yang

termasuk dalam jenis nama

b) Ayat perbuatan : iaitu segala ayat yang memakai perbuatan dan sifa, atau rangkaian

yang berkenaan perbuatan atau sifat.

10

Page 11: ulasan buku za'ba

Dalam bab ini juga Za’ba menerangkan tentang penggunaan ayat penyata, ayat tanya, ayat

kehendak dan ayat untuk soalan. Berikut adalah maksud dan method pengunaan ayat-ayat

tersebut:-

a) Ayat penyata: iaitu ayat yang menyatakan dengan jelas samada ya atau tidak.

b) Ayat tanya: iaitu ayat yang tersusun bagi pertanyaan

c) Ayat kehendak: iaitu ayat yang melafazkan surah,tegah,harapan,permintaan atau doa.

Bab XVI

Dalam bab ini Za’ba mengupas tentang jenis-jenis ayat dan juga huraiannya. Ayat melayu

yang biasa di gunakan untuk berbicara mengandungi benda dan satu cerita. Tetapi dalam

penghasilan tulisan, para penulis kebiasaannya akan menggunakan ayat selapis. Maksud ayat

selapis ialah apabila dua atau lebih ayat dirangkaikan dalam satu ayat oleh kata sendi. Dalam

bab ini juga Za’ba menerangkan tentang ayat berkait. Maksud ayat berkait ialah apabila satu

atau lebih ayat kecil bersatu dengan ayat-ayat yang besar sama ada di sambungkan dengan

kata sendi penebat.

ULASAN SECARA KESELURUHAN

Pendeta Za'ba( Zainal Abidin Bin Ahmad) sangat dihormati sebagai seorang pakar bahasa,

pujangga dan seorang yang tahu bahasa Arab dan Agama Islam. Dalam usaha Za'ba untuk

meninggikan taraf bahasa Melayu yang dianggap sebagai wajib diketahui oleh semua orang

Melayu, Za'ba telah memberi perhatian yang tidak putus-putus kepada aspek ini. Hal ini dapat

dikesan semenjak tahun 1916 lagi dan berakhir bersama hayatnya sendiri pada tahun 1973.

Cita-cita Za'ba untuk menghasilkan sebuah kitab mengenai bahasa Melayu sejak berpuluh-

puluh tahun yang lampau tercapai dengan terbitnya buku-buku 'Pelita Bahasa Melayu' I, II, III

Pada peringkat pertama, 1916 - 1920, Za'ba telah banyak memperkatakan tentang kelemahan

bahasa Melayu dan memberi pendapat-pendapat untuk membaikinya. Pada peringkat kedua

Za'ba memulakan penulisannya mengenai bahasa Melayu dengan serius lagi dengan

menerbitkan buku-buku mengenainya, walaupun usaha murninya itu telah mendapat

halangan. Pada peringkat ketiga terhasillah karya Za'ba yang sebenarnya mengenai bahasa

Melayu, iaitu Tatabahasa Melayu yang lengkap pada zamannya. Pengaruh tatabahasa Za'ba

ini amat besar sekali terhadap pelajaran dan pengajian bahasa Melayu di Tanah Melayu.

11

Page 12: ulasan buku za'ba

Sejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu moden ke kepulauan Melayu Sebelum kita

mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem perkembangan ejaan bahasa melayu,

kita seharusnya mencari dari mana datangnya tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas

kepada kewujudan ejaan bahasa melayu. Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu

bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari

itali yang menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293.

Ketika beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti

oleh paderi-paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan

orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini

(Tate,1971:42).Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat

dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang dipimpin

oleh Bartholomew Diaz.

Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M, kapal pelayaran Portugis buat

pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai ke kawasan Timur. Dua belas

tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequiera

sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun

1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh Alfonso d’ Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu

pelayaran berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis

berjaya menawan dan menakluki kota Melaka.Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota

Melaka,ini menjadi pemangkin dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain

terutamanya Sepanyol. Orang Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh

Megallen berserta lima buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani,

kedatangan Magellan ini menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana

seorang ahli yang turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat

catatan pelayaran. Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku

bangsa di Brazil ( lapan perkataan ), bahasa ’Petagonian’ (90 perkataan), dan suku bangsa di

kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).

Secara keseluruhan buku ini memberi penerangan berkenaan dengan nahu bahasa melayu.

Za’ba melampirkan segala kaedah yang dapat digunakan untuk menghasilkan sesuatu ayat

yang jelas maksudnya dan sempurna. Buku ini juga menerangkan dengan menggunakan

kaedah yang mudah di fahami sewaktu dulu. Malangnya marcapada kini bahasa-bahasa yang

digunakan serta ejaan yang sudah tidak serasi lagi. Menurut pendapat saya buku ini harus di

12

Page 13: ulasan buku za'ba

terbitkan semula oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan bahsa melayu baru

agar mudah di fahami oleh generasi kini. Ada yang berpendapat bahawa generasi kini sudah

banyak melupakan hasil karya-karya lama sedangkan sebenarnya remaja kini menghadapi

kesulitan untuk memahami bahasa melayu lama. Dalam buku ini banyak di selitkan contoh-

contoh bagi memberi penerangan dengan mudah kepada para pembaca. Pada ketika dulu buku

ini sangat penting terutamanya kepada sekolah-sekolah kerana dijadikan sebagai rujukan

terutamanya oleh guru-guru. Menurut saya,buku ini memempunyai keistimewaan yang

tersendiri dimana persembahan buku ini seperti seolah-olah bercerita. Ia mampu mendekati

hati para pembaca.

KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZA’BA

Haji Hamdan Haji Abdul Rahman, meneliti 40 "undang-undang" itu, membuat kesimpulan

bahawa Za'ba merumuskan sistem ejaan Jawinya itu berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu:

Ekonomi - ejaan yang menggunakan seberapa sedikit bilangan huruf; Kepastian - jika ejaan

itu menimbulkan kesamaran sebutan maka diubahsuai ejaannya supaya mengurangkan

kesamaran itu; dan Jamaah atau Konvensyen - digunakan kedua-dua ejaan yang berbeda bagi

satu-satu perkataan jika kedua-duanya dipakai ramai dan tiap-tiap satunya tidak pula

menimbulkan kesamaran sebutan.

Amat Juhari Moain menyebut empat tahap perkembangan ejaan Jawi.

Tahap pertama: Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah;

Tahap kedua: Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi menanggalkan

penggunaan tanda;

Tahap ketiga: Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada suku kata

pertama;

Tahap keempat: Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila terdapat ejaan yang

hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama itu mengelirukan kerana ejaan yang

sama boleh mewakili dua perkataan.

Za'ba merasa perlu untuk menggubal sistem ejaan Jawi yang baru kerana beberapa sebab:

13

Page 14: ulasan buku za'ba

Pertama, adanya semacam keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang dinyatakan oleh

beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah "menurut kecenderungan ahli-ahli

sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih

ramai" tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis-penulis yang

ramai" itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang".

Kedua, ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau beransur mati"

oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong Melayunya.

Ketiga, terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu,

terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf, kaf, hamzah, ta dan ta bulat

dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi. Dalam sistem ejaannya itu, Za'ba mengemukakan

20 "undang-undang", atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar, dan 20 "undang-

undang" pula bagi kata-kata yang berimbuhan.

TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI

Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi:

Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut:

i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang

sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam

penggunaan (sebelum tahun 1986).

ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang

terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan

Jawi Za'ba.

iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan

Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi

wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus

sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan

negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.

14

Page 15: ulasan buku za'ba

LANGKAH-LANGKAH PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI (1981-1989).

Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah

usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang

menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 , dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham

Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang

terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun

1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada

tahun 1939 itu. Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak

berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah

Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan

Jawi diperturunkan di bawah.

i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang

dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan

Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku

Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan

segera".

ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik

sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari

tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa

tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat

Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat

Pengajian Tinggi Tempatan . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian

semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I

[Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi]

tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang

digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad ,

serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.

iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam

Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan

Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu.

Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk

15

Page 16: ulasan buku za'ba

mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada

wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela

di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei

Darussalam, Singapura, dan Thailand .

iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima

dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah

dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan

diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi

yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).

v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan

dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat

sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu.

Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi

kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.

vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah

menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang pertama kali diterbitkan pada tahun

1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku

Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1998).

vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh

pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan

pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan

cetakan kedua pada tahun 1989. Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan

terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya

dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa

Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan

pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di

dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD .

viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan

Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang

terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan

16

Page 17: ulasan buku za'ba

terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua

bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.

PENUTUP

Pelita bahasa merupakan buku yang telah cetak berulang kali. Atas permintaan masyarakat,

setiap kali pengeluaran buku ini seringkali akan terus diselitkan dengan benda-benda yang

baru agar dapat digunakan oleh para masyarakat khususnya untuk para pelajar. Kebanyakan

ilmu-ilmu yang dimautkan di dalam buku ini adalah yang berkaitan dengan tatabahasa. Za’ba

berpendapat, walaupun ramai pihak-pihak golongan tua tidak mengemari tulisan rumi

sewaktu ketika dulu namun tulisan rumi tetap berkembang maju sehingga ke hari ini.

Marcapada kini huruf rumi sudah tidak asing lagi. Hampir seluruh dunia menggunakan tulisan

rumi. Walaupun kita mengakui sebenarnya buku ini masih mempunyai kekurangan namun ia

adalah salah satu cara alternatif untuk menjelaskan kaedah-kaedah nahu melayu. Tujuan

utama sebenar buku ini diterbitkan adalah untuk memberi asas-asas ilmu nahu agar orang

melayu memahami apa yang disifatkan dengan “ilmu nahu”. Kitab ini lebih sesuai di beri

nama “permulaan nahu melayu” kerana isinya kebanyakannya hanya membincangkan

tentang nahu melayu serta pecahannya.

Cetakan pertama

Buku ini dalam cetakan pertama mengatur kaedah nahu agar menjadi lebih lengkap dan

sistematik. Pada awal penerbitan buku ini hanya mempunyai 11 belas bab dn di cetak antara

tahun 1934-140

(Za’ba ) pejabat penasihat pelajaran NNM Singapura.5 July 1940

Cetakan ke dua

Dalam cetakan yang ke dua beberapa tempat yang tersalah eja dan membuat pembetulan.

(za’ba) pejabat penasihat pelajaran Kuala Lumpur 1 Februari 1947

Cetakan ke tiga

Cetakan ketiga menggunakan huruf rumi sepenuhnya. Dalam cetakan rumi ini za’ba telah

menambah 2 bab baru yang menerangkan kaedah ejaan rumi melayu yang sehingga kini

masih digunakan

17

Page 18: ulasan buku za'ba

(Za’ba) Kuala Lumpur 27 March 1953,12 Rejab 1372

BIBLIOGRAFI

Pelita bahasa melayu penggal 1 (za’ba)

dbp.gov.my/korpus/kertas11a.pdf

www.rubiyah.net/article_read.asp?id=49 - 52k

bahau.com.my/english/eteratak.htm - 9k

www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00077&s=1&t=toc.htm - 11k

openlibrary.org/b/OL127403M - 11k

www.worldcat.org/isbn/9836269533 - 107k -

ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava - 25k –

www.bookfinder.com/author/amat-juhari-moain

18