14
PEMBUKTIAN HHHC9401-KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 10 Nama pelajar : Faizul Hafiz Bin Zulkifli Amin No. Matrik : A144561 Nama pensyarah : Dr. Noor Sam Bin Ahmad No. Rujukan JPPEL : DN00189/2014 Refleksi Diri Tentang Program: Saya telah menyertai program Tilawah Al-Quran 2014 yang merupakan sebuah subprogram di bawah program mega yang diberi nama Fiesta Sinergi Intelek 2014. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan program yang julung kalinya diadakan di dalam program ini. Sepanjang menyertai program ini, banyak perkara yang telah saya pelajari di samping dapat memantapkan lagi bakat kepimpinan yang sedia ada. Dalam pada itu, saya juga telah berjaya meningkatkan lagi keyakinan saya sebagai seorang pemimpin sesebuah pasukan mahupun organisasi serta melatih saya menjadi seorang pemimpin yang mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi selari dengan etika sebagai seorang pemimpin. Akhir sekali, sepanjang menjalankan program ini terlalu banyak ilmu baru yang saya pelajari yang bukan sahaja terhad di dalam skop tugas saya sebagai pengarah program, malah saya dapat mengetahui dan menguasai bidang tugas exco-exco lain yang turut sama berada dalam organisasi ini antaranya exco pemasaran, exco teknikal, exco protokol, exco program, exco jamuan, exco tugas-tugas khas, exco multimedia dan exco perhubungan. Hal ini demikian kerana selaku pengarah saya perlu sentiasa cakna dengan perkembangan gerak kerja mereka di samping membantu mereka dalam melaksanakan sebahagian tugas mereka bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

PEMBUKTIAN HHHC9401-KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 10

Nama pelajar            : Faizul Hafiz Bin Zulkifli Amin

No. Matrik                 : A144561

Nama pensyarah     : Dr. Noor Sam Bin Ahmad

No. Rujukan JPPEL : DN00189/2014

Refleksi Diri Tentang Program:

Saya telah menyertai program Tilawah Al-Quran 2014 yang merupakan sebuah subprogram di bawah program mega yang diberi nama Fiesta Sinergi Intelek 2014. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan program yang julung kalinya diadakan di dalam program ini. Sepanjang menyertai program ini, banyak perkara yang telah saya pelajari di samping dapat memantapkan lagi bakat kepimpinan yang sedia ada. Dalam pada itu, saya juga telah berjaya meningkatkan lagi keyakinan saya sebagai seorang pemimpin sesebuah pasukan mahupun organisasi serta melatih saya menjadi seorang pemimpin yang mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi selari dengan etika sebagai seorang pemimpin.

Akhir sekali, sepanjang menjalankan program ini terlalu banyak ilmu baru yang saya pelajari yang bukan sahaja terhad di dalam skop tugas saya sebagai pengarah program, malah saya dapat mengetahui dan menguasai bidang tugas exco-exco lain yang turut sama berada dalam organisasi ini antaranya exco pemasaran, exco teknikal, exco protokol, exco program, exco jamuan, exco tugas-tugas khas, exco multimedia dan exco perhubungan. Hal ini demikian kerana selaku pengarah saya perlu sentiasa cakna dengan perkembangan gerak kerja mereka di samping membantu mereka dalam melaksanakan sebahagian tugas mereka bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

PELAKSANAAN PROGRAM

Sebelum Program:

Program Tilawah Al-Quran ini telah mula dirancang seawal 13 Januari 2014. Saya telah dilantik menjadi Pengarah bagi program ini. Selaku Pengarah program, saya telah ditugaskan untuk membentuk organisasi sendiri. Mengikut kepada keperluan dan perbincangan dengan ahli Majlis Tertinggi yang lain, hasilnya sebanyak 8 exco telah saya wujudkan iaitu Exco Program, Exco Protokol, Exco Perhubungan, Exco Pemasaran, Exco Multimedia dan Publisiti, Exco Teknikal, Exco Tugas-Tugas Khas dan Cenderamata & Exco Jamuan. Selain memantau perkembangan kesemua exco-exco tersebut, bidang pemantauan saya difokuskan lagi kepada gerak kerja Exco Program dan Exco Protokol.

Sebagai pemantau dan penyelia abgi exco-exco yang telah dinyatakan, saya perlu memastikan setiap exco tersebut dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan agar perancangan dan gerak kerja seterusnya tidak terbantut dan dapat berjalan dengan lebih lancar. Selain itu, saya tidaklah membiarkan exco-exco tersebut bekerja sendirian dalam gerak kerja mereka, tetapi saya juga turut sama membantu mereka dalam merencanakan segala perancangan dan keperluan bagi menjayakan program ini.

Di samping itu, saya juga sentiasa mengikuti perkembangan kesemua exco dari semasa ke semasa agar mereka tidak menghadapi sebarang kesulitan dan gerak kerja mereka dapat berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, saya juga perlu sentiasa pantas dan cekap dalam membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang dihadapi oleh kesemua exco agar program ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Sehari sebelum program ini dijalankan, saya juga telah memastikan setiap tugas telah selesai dan merancang beberapa pelan alternatif yang perlu diambil sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa program berlangsung. Saya juga telah memastikan setiap exco dan AJK jelas dengan peranan mereka dan pelan alternatif yang perlu diambil sepanjang program berlangsung.

Semasa Program:

Semasa hari kejadian, saya serta kesemua ahli organisasi telah bersiap sedia seawal jam 6 pagi lagi untuk memastikan kelancaran program ini. Setiap ahli dalam organisasi termasuk exco dan AJK mempunyai peranan masing-masing yang telah dijelaskan sehari sebelum berlangsungnya program. Ini termasuk juga dari aspek kebajikan dan keselamatan peserta dan ahli organisasi sendiri. Program ini telah dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi bagi peringkat saringan dan sesi malam bagi peringkat akhir.

Dalam sesi pertama, saya sedikit sebanyak membantu Exco Program dan Exco Protokol dalam menguruskan penggiliran peserta, menyampaikan taklimat pertandingan, menguruskan pendaftaran peserta dan juga menyediakan serta membawa peserta ke rumah tetamu sebagai

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

tempat rehat untuk mereka. Selain itu, saya juga sentiasa memastikan segala persiapan untuk peringkat akhir yang akan dijalankan di Dewan Serbaguna KTSN berjalan dengan lancar baik dari segi kefungsiaan PA system, protokol keluar masuk DSG dan susunan tempat duduk.

Dalam sesi kedua, pergerakan saya agak terhad kerana saya perlu menemani perasmi program dan tetamu jemputan sepanjang peringkat akhir berlangsung. Namun begitu, saya tetap berkesempatan untuk memberi arahan dan alternatif perancangan kepada ahli organisasi dalam mengambil langkah ketika berdepan dengan perkara dan situasi yang tidak disangka-sangka akan berlaku.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dan berasa bangga dengan kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh kesemua ahli organisasi sepanjang hari berlangsungnya program ini.

Selepas Program:

Selepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai kerana saya perlu memastikan segala tempat dan barang yang telah digunakan perlu dikemas semula dan dipulangkan ke tempat asal. Oleh itu, saya beserta kesemua ahli organisasi telah berganding bahu dalam memastikan kelancaran tugasan ini.

Sebagai penutup kepada program ini, kami telah mengadakan satu sesi post mortem bersama pihak pentadbiran dalam memberi pandangan serta cadangan penambahbaikan kepada program ini. Secara kasarnya, terdapat serba kekurangan dan juga kelebihan dalam program ini dan sebagai cadangan penambahbaikan saya berharap agar program ini dapat menjadi sebuah program yang mampu berdiri sediri tanpa perlu diletakkan di bawah mana-mana program mega hasil daripada kejayaan yang telah kami kecapi antaranya kami berjaya mendapatkan sumbangan dana daripada syarikat-syarikat yang berpotensi serta atas kejayaan kami menjemput hakim professional bagi menjadi hakim peringkat akhir program ini antaranya Ustazah Sharifah Khasif dan Ustaz Amirahman.

Pada pandagan saya, program ini telah benar-benar berjaya membentuk diri saya menjadi seorang pemimpin yang berkaliber serta berdedikasi yang bukan sahaja hebat dalam memberi arahan dan membuat keputusan tetapi juga berkebolehan dan berpengetahuan dalam bidang tugas ahli organisasi lain serta berupaya membentuk nilai profesionalisme yang utuh seterusnya membentuk etika yang mantap. Di samping itu, saya juga telah berjaya menerapkan semangat jati diri bukan sahaja dalam diri saya malah dalam diri kesemua ahli organisasi juga, hasil daripada pembinaan persefahaman yang tidak pernah terhenti. Hasilnya, saya dapat melihat peningkatan yang signifikan dalam kalangan ahli organisasi dari semasa ke semasa berdasarkan profesionalisme dan keupayaan mereka dalam menampung tugasan yang diberikan.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Gambar:

Poster Program

Sebelum Program

Dalam salah satu mesyuarat bersama Exco Program, Exco Protokol & Exco Jamuan

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Perbincangan mengenai isu berbangkit dan masalah yang dihadapi

Mesyuarat bersama exco di bawah pemantauan

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Hasil akhir perhiasan pentas

Perbincangan bersama exco multimedia dalam penyediaan video dan bahan multimedia

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Berbincang dengan Felo Pemantau ketika persediaan sebelum hari program

Membantu ahli organisasi dalam persiapan perhiasan pentas

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Bersama-sama ahli organisasi dalam persiapan perhiasan pentas

Dalam satu perbincangan bersama Exco Protokol dan Pemantau Induk malam sewaktu persiapan

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Semasa Program

Sesi taklimat pertandingan bersama para peserta

Mengiringi perasmi majlis sewaktu perarakan masuk VIP

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Disamping perasmi majlis dan tetamu jemputan

Ucapan Pengarah program

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Sesi penyampaian cenderamata kepada perasmi majlis

Selepas Program

Perbincangan bersama Felo Pemantau dan ahli Majlis Tertinggi selepas selesai program

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewSelepas berakhirnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan rasminya berakhirlah program ini. Namun begitu, tugas saya masih lagi belum selesai

Carta Gantt Program Tilawah Al-Quran 2014

Dalam program ini, saya telah memegang jawatan sebagai seorang Perngarah. Berikut merupakan temph masa gerak kerja bagi program ini bermula dari 13 Januari 2014 hingga 21 Mei 2014.

Tempoh Masa /Gerak Kerja

13-31Jan

1-15Feb

16-28Feb

1-15Mac

16-31Mac

1-15April

16-30April

1-15Mei

16-31Mei

Mesyuarat ffsdfsfdfsdfsdfsdfsfsfsddsdssdfdsfsdPermohonan & Kelulusan JJPel

sfsdfdsfdsfdsfdfgffdgfsdfsdfsdsd

Permohonan Penajaan Ksadnjksadnklasaksd;dasds

Jemputan Hakim Profesional

kjjhjhjlhjlhjlhjhjlhjlhljhljhjhjlhjhjkhjjhj

Publisiti & Hebahan Kmnkcxmvkcckc

Permohonan PA system UKM Bangi

Fddkfdk

Pelaksanaan Program xzcvxvfbfbfbfbvcbcvbgbfggdsfsdfsfdsgfdgfdbhgnbgfn

Post Mortem njbn