12
HHHC9701-PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT (Kelab Mikrobiologi) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1) BUTIRAN PROGRAM a) Nama Program : Jalinan Kasih Tautan Mesra b) Kod Projek : PF/007/008-1213-006 c) Penganjur : Pelajar Tahun 1 Program Mikrobiologi dan Kelab Mikrobiologi d) Tarikh : 9-10 November 2013 e) Tempat : Rumah Bakti Al-Kausar,Bangi f) Jumlah Peserta : 40 orang ahli kelab (termasuk penyelia) g) Perasmi : Dr. Farah Diba binti Abu Bakar (perasmi pembukaan)

ifolio.ukm.my · Web viewHHHC9701-PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT (Kelab Mikrobiologi) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BUTIRAN PROGRAM Nama Program : Jalinan

  • Upload
    hakhanh

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

HHHC9701-PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT

(Kelab Mikrobiologi)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1) BUTIRAN PROGRAM

a) Nama Program : Jalinan Kasih Tautan Mesra

b) Kod Projek : PF/007/008-1213-006

c) Penganjur : Pelajar Tahun 1 Program Mikrobiologi dan Kelab

Mikrobiologi

d) Tarikh : 9-10 November 2013

e) Tempat : Rumah Bakti Al-Kausar,Bangi

f) Jumlah Peserta : 40 orang ahli kelab (termasuk penyelia)

g) Perasmi : Dr. Farah Diba binti Abu Bakar

(perasmi pembukaan)

SENARAI NAMA JAWATANKUASA PROGRAM

SENARAI NAMA PELAJAR TAHUN 1

NO NAMA NO MATRIK JAWATAN

1 MOHAMMAD SYAZWAN BIN ABD. RAHIM A145792 KETUA PENGARAH2 NUR AFIFAH BINTI JAMIL A145802 TIMBALAN PENGARAH 23 FATIN AFIQAH BT AZEMI A145800 SETIAUSAHA4 NAJAA BINTI BAHARIN A145797 TIMB. SETIAUSAHA5 NURUL HAFIZAH BINTI MOHD FADZIL A145794 BENDAHARI6 HADIRAH SYAHRAIN BT SUPIAN A145798 TIMB. BENDAHARI7 NUR ASILAH BT ABDUL JALIL A145814 PENGARAH PUBLISITI8 NUR ATHIRA SHAHIRAH BT AB RAHMAN A145810 TIMB. PENG. PUBLISITI9 NADIATUN AMIRAH BT AHMAD SAIDI A145791 AJK PUBLISITI10 SITI NORSUHANA BT MOHAMAD A145807 PENGARAH KEBAJIKAN11 NORSYAHIRAH BT MUHAMMAD A145806 TIMB. PENG. KEBAJIKAN12 NURUL SYAFIQAH BT MOHD ZAWAWI A145812 AJK KEBAJIKAN13 MAYA SOFIA BT NOR AZMI A145799 AJK KEBAJIKAN14 NUR SHAFIQAH BT BASARUDIN A145783 PENGARAH PROTOKOL15 DAYANG SITI AMIRAH BT ABDULLAH A145777 TIMB. PENG. PROTOKOL16 UMMU SA’ODAH BT MD SHAH A145776 AJK PROTOKOL17 CAROLYNNA BUYAU AK JAMES A145781 PENGARAH PEMASARAN18 SITI HASLIZA BT ABD HAMID A145793 TIMB. PENG. PEMASARAN19 NOOR FAZLIN BT AYUHAN A145809 AJK PEMASARAN20 NUR ZULAIKHA BT SHUHAILI A145778 AJK PEMASARAN21 NUR SITI FATIMAH BT MOHAMAD JAMIL A144030 AJK PEMASARAN22 SITI AMIRAH BT MD SHAH A146084 AJK PEMASARAN23 NUR SHAHIDA BT MOHAMAD SALLAH A145782 PENGARAHMAKANAN24 NIK ELIDA AMINAH BT RAMLI A145805 TIMB. PENG. MAKANAN25 FARADAHLIYA  BT JAMALUDDIN A145813 AJK MAKANAN

26 AHMAD NURADDIN BIN HAZLAN A145779 PENGARAH TUGAS -TUGAS KHAS (TTK)

27 ‘AINI SYAHIRAH BT RAZALI A145801 TIMB. PENG. TUGAS - TUGAS KHAS (TTK)

28 NURFATIN NABIHAH BT ABDUL KAMAL A145795 AJK TUGAS - TUGAS KHAS (TTK)29 AMALIA BT MOHD NOR A145796 AJK TUGAS - TUGAS KHAS (TTK)30 NURUL ASIAH BT MAT SANI A145787 PENGARAH PROGRAM31 NOR NABILAH BT MOHD RATHI A145789 TIMB. PENGARAH PROGRAM32 FATIN FARHANA BT AZIZAN A145790 AJK PROGRAM33 MUHAMAD AFIF HAIKAL BIN NORDIN A145786 PENGARAH PENGANGKUTAN34 CHAI SWEE HWA A142668 TIMB. PENG. PENGANGKUTAN35 WEZAWEIA JEOL A145784 AJK PENGANGKUTAN

2) SURAT KELULUSAN JPPEL

(sila rujuk Lampiran A)

3) PERANCANGAN

Kertas Kerja Jalinan Kasih Tautan Mesra(sila rujuk Lampiran B)

4) PELAKSANAANa. Minit-Minit Mesyuarat

(sila rujuk Lampiran C untuk kertas kerja minit mesyuarat)

Mesyuarat bersama rakan- rakan tahun 1 (yang ke-2 dari kanan, baris bawah)

Mesyuarat besama senior- senior tahun 2 Mikrobiologi (yang ke-2 dari kanan, baris dua terakhir)

b. Bukti mendapatkan dana:

Kami mendapakan dana untuk program khidmat bakti ini dengan mereka sehelai baju-T di Fakulti Sains dan Teknologi. Baju-T dipasarkan melalui medium seperti ‘Facebook’ dan kami membuka gerai di kawasan PMFST untuk menjual baju-T, rantai kunci serta kek cawan. Baju-T itu dijual dengan harga RM18 dan ada dalam pelbagai jenis saiz.

Selain itu, kami telah mendapatkan dana untuk menjayakan program Jalinan Kasih Tautan Mesra dengan menjual kek-kek cawan di sekitar kawasan UKM. Daripada hasil penjualan kek cawan ini, ia sedikit sebanyak dapat menampung pembiayaan perbelanjaan untuk program khidmat masyarakat di Rumah Bakti al-Kausar, Bangi. Kek cawan berperisa coklat, vanilla, lemon, mocha dan strawberi kami jual dengan harga RM3.50 dan kek cawan berperisa ‘red velvet’ dijual dengan harga RM4.50 kerana bahan-bahan untuk membuat kek tersebut amatlah mahal.

Ketika menjual kek cawan Mempromosikan jualan kek cawan(tepi paling kanan) (tepi paling kiri)

Melayan pelanggan-pelanggan yang membeli kek cawan(tepi paling kanan)

c. Bukti operasi program

Perasmian program khidmat masyarakat Jalinan Kasih Tautan Mesra

Sepanjang program berlangsung

5) LAPORAN EKSEKUTIF

A. Maklumat beserta sinopsis program

Program ini merupakan program tradisi Kelab Mikrobiologi , Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pelajar tahun 1 . Program ini bertujuan untuk melatih dan mendidik mahasiswa/i agar lebih peka serta prihatin kepada keadaan masyarakat di sekeliling. Di samping itu, semangat kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa/i dapat dipupuk selain mengeratkan lagi hubungan di antara mahasiwa/i Kelab Mikrobiologi tahun 1 dan 2. Program yang dicadangkan khidmat masyarakat.

Khidmat masyarakat ini melibatkan aktiviti melawat ke rumah anak-anak yatim selama 2 hari,bergotong-royong dan berinteraksi antara mahasiswa/i tahun 1 Kelab Mikrobiologi dengan penghuni Rumah Al-Kausar, Bangi. Peserta dalam program ini ialah 80 orang terdiri daripada pelajar tahun 1 dan 2 Mikrobiologi beserta penyelia iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Munir bin Abd. Murad.

Menerusi aktiviti yang dijalankan, mahasiswa/i dapat melahirkan semangat cinta kepada masyarakat serta memupuk sifat kepimpinan. Pada masa yang sama, mahasiswa/i juga telah bersetuju untuk mengutip derma untuk melancarkan aktiviti dalam program ini di samping memberi sumbangan kepada Rumah Al-Kausar, Bangi. Sebagai wacana, diharap pihak terlibat dapat memberikan kelulusan serta bantuan kewangan dan pengangkutan sepanjang program ini bagi menjalankan aktiviti secepat mungkin.

B. Laporan yang melibatkan keusahawanan

HPP7:Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan

Antara kemahiran keusahawanan yang diterapkan dalam program khidmat masyarakat Jalinan Kasih Tautan Mesra ialah mencari penajaan bagi menyokong dana program. Pakej penajaan telah dibahagi kepada dua bahagian supaya lebih sistematik dan jelas penggunaan sumbangan iaitu penajaan korporat dan penajaan individual. Semua ahli jawatankuasa diberi penerangan mengenai gerak kerja ini supaya tidak berlaku kekeliruan. Walaupun penajaan merupakan tugas yang diamanahkan kepada ahli jawatankuasa pemasaran dan publisiti, namun pencarian dana bagi individu dilakukan oleh semua ahli jawantankuasa Kelab Mikrobiologi Tahun 1 sambil dipantau oleh senior-senior tahun 2 dan 3 Mikrobiologi. Ahli jawatankuasa pemasaran telah membuat surat memohon dana daripada Jabatan Pentadbiran Pelajar(JPPEL) namun gagal mendapatkannya. Seterusnya, ajk pemasaran telah memohon dana daripada Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi serta berjaya memperoleh sebanyak RM500. Namun, dana tersebut tidak cukup bagi menampung keseluruhan perbelanjaan, jadi ajk pemasaran cuba memohon dana daripada syarikat-syarikat di Malaysia. Namun, hampa kerana permohonan dana haruslah dibuat 3 bulan sebelum tarikh program dijalankan. Seterusnya, kami mencari alternatif lain dengan menjalankan ‘street marketing’. ‘Street marketing’ ini dijalankan di kawasan Bangi dan Kajang. Dengan akiviti ‘street marketing ini, kami memperoleh sebanyak RM324.10 beserta barang-barang sumbangan seperti selimut, kain telekung, bantal dan sebagainya untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim Rumah Bakti al-Kausar.

Tambahan pula, kami mengumpul dana dengan cara menjual baju-T dan kek cawan. Kami jual baju-T itu dengan harga RM18 dan harga kek cawan ialah RM 3.50 dan RM 4.50. Untung daripada kedua-dua jualan itu berjaya memperoleh sebanyak RM2200. Selain itu, hasil daripada Kempen RM1 yang dijalankan di setiap kolej di UKM berjaya mengumpul sebanyak RM2585.90. Dan akhir sekali, hasil daripada kutipan duit dari mahasiswa Mikrobiologi telah berjaya memperoleh sebanyak RM210.

BELANJAWAN

Pendapatan

Bil. Perkara Sasaran(RM)01 Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi 500.0002 Kempen Kutipan RM1 di Kolej UKM 1487.3003 Jualan Baju-T 1800.0004 Jualan Kek Cawan 400.0005 ‘Street Marketing’ 324.1006 Tabung Mikrobiologi 210.00

Jumlah 4721.40

Perbelanjaan

Bil. Perkara Bajet(RM)01 Post Program

-‘Creative Time’-Saintis Cilik-Sukaneka

75.0092.10198.00

02 Post Jamuan-50 orang (RM50/kepala) 500.00

03 Post Publisiti-Banner-Tag Nama

250.00200.00

04 Post Tugas-Tugas Khas-Sijil dan Plak-Cenderamata Perasmi dan Penganjur-Hamper

150.00200.00248.00

05 Post Pengangkutan-Sewa Kereta-Duit Minyak

600.00300.00

06 Barang-Barang Sumbangan-Penyapu-Baldi-Mop-Alas Meja-‘Toiletries’-Barang-Barang Dapur

35.0050.9020.0045.5060.00190.90

Jumlah 3215.40

C. Kesimpulan

Secara keseluruhan, daripada program khidmat masyarakat ini, saya dapat menanamkan dalam diri sikap adil, sabar dan bersederhana apabila berurusan dengan pelbagai ragam pelanggan. Kita seharusnya amanah dalam urusan jual beli yang dipertanggungjawabkan agar tidak berlaku sebarang penyelewengan ketika melakukan aktiviti pengurusan dan keusahawanan. Itu adalah nilai etika dalam keusahawanan yang seharusnya diikuti dan disematkan dalam diri pelajar yang bakal meniti alam pekerjaan kelak.

Setiap aktiviti keusahawanan perlu dijalankan dengan penuh dedikasi agar pembeli percaya kepada kita serta tidak ragu-ragu dengan produk yang telah mereka beli daripada kita. Sifat dedikasi ini perlu dititikberatkan agar sifat ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Tambahan pula, sikap mesra pelanggan amatlah penting agar pelanggan selesa berjual-beli dengan kita dan mereka berpuas hati terhadap layanan kita yang peramah dan mesra tanpa mengira bangsa mahupun agama

Dalam proses menjana dana untuk program ini, saya berkebolehan memaparkan urusniaga atau transaksi keluar masuk wang daripada hasil penjualan barang-barang. Saya juga berkebolehan memasarkan program sehingga berjaya menarik perhatian kumpulan sasaran. Tambahan pula, saya berkebolehan menguruskan operasi program dan mempunyai jaringan yang berkesan untuk memasarkanl jualan bagi memberikan impak positif kepada program. Akhir sekali, kami tidak mengalami kerugian sepanjang usaha memperoleh dana untuk anak-anak Rumah Bakti al-Kausar, Bangi.