Upload
others
View
25
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KURSUS HHHC 9601
KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
PENSYARAH: ENCIK GAN CHUN HONG
Nama : NG HUI SIN
Nombor Matrik : A144570
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Kursus : Program Fisioterapi
TahunPengajian : 2013/ 2014
NAMA PROJEK;
PESTA ANG POW KE-15
KAMPUS KUALA LUMPUR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KOD PROJEK:
DN00189/2014
TARIKH:
14 MAC 2014
TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNAKOLEJ TUN SYED NASIR (DSG KTSN) UKM KKL
ANJURAN:
SEKRETARIAT KELAB TIONG HUAKOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR
PENGARAH:
WONG BING SENG 012-8477770
JAWATAN YANG DISANDANG: AJK PERHIASAN
1.0 PERANCANGAN PROJEK
CARTA ALIRAN
Pengenalan Majlis Tertinggi dan sesi Temu Duga untuk
Exco dan AJK bahagian.
Perjumpaan semua ahli dalam bahagian
perhiasan
Penetapan tema bagi perhiasan Pesta Ang Pow
Aktiviti pengumpulan alat-
alat perhiasan
Pelakaran perhiasan pentas dan dinding
sekitar DSG
Pengukuran saiz pentas dan dinding
sekitar DSG
Permulaan lukisan di atas kertas
mahjong
Permulaan menwarnai di atas
kertas mahjong
Pemotongan polystyrene
Pembuatan barang-barang
mengenai perhiasan
Pelekatan semua perhiasan dan lukisan sehari sebelum hari pelaksanaan Pesta
Ang Pow
Pemindahan semua perhiasan dan
lukisan selepas Pesta Ang Pow
CARTA GANTT PROGRAM PESTA ANG POW KE-15
BIL AKTIVITI
MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Perancangan Program
Perbentangan kertas kerja
Kelulusan Kod JPPEL
2 Pelaksanaan Program Perhiasan
Pengenalan Majlis Tertinggi dan sesi Temu
Duga untuk Exco dan AJK bahagian
Perjumpaan dengan exco dan semua AJK
Penetapan tema bagi perhiasan Pesta Ang
Pow
Aktiviti pengumpulan alat-alat perhiasan
Pelakaran perhiasan pentas dan dinding
sekitar DSG
Pengukuran pentas dan dinding sekitar
DSG
Permulaan lukisan di atas kertas mahjong
Permulaan menwarnai di atas kertas
mahjong
Pemotongan polystyrene
Pembuatan barang-barang mengenai
perhiasan
Pelekatan semua perhiasan dan lukisan
Pemindahan semua perhiasan dan lukisan
Penghantaran laporan post-moterm
2.0 PELAKSANAAN
JANUARI FEBRUARI MAC
Saya telah menyertai program Pesta Ang Pow (PAP) ke-15 dengan menyandang
jawatan sebagai ahli jawatankuasa bagi bahagian perhiasan. Saya telah menunjukkan
kemahiran kerja berpasukan dalam menyertai program PAP ini kerana kerja perhiasan
memerlukan tenaga manusia yang banyak. Pertama sekali, saya amat menikmati
sepanjang program ini walaupun kerja dalam bahagian perhiasan sangat banyak dan
letih kerana minat saya ialah melukis dan membuat perhiasan yang kecil serta juga
dapat bekerjasama dan berkawan dengan ajk-ajk yang berasal dari fakulti yang lain.
Sebulan sebelum pelaksanaan PAP, saya dan ajk-ajk lain kerap turun ke DSG selepas
makan malam untuk menjalankan tugas perhiasan dan kami bersurai pada masa yang
lewat seperti pukul 12 malam walaupun esok ada kuliah.Di samping itu, saya telah
membuat persediaan penuh dengan memikirkan tema bagi perhiasan PAP dan
membuat sedikit penyelidikan sebelum menghadiri mesyuarat dengan ajk-ajk lain
untuk menetapkan tema perhiasan. Saya juga melukis beberapa lakaran untuk dipilih
oleh exco dan ajk-ajk lain. Selain itu, saya akan cuba memahami idea-idea yang
diberikan oleh ajk lain samasa proses pelukisan dan pewarnaan. Saya juga akan
menyumbangkan idea jika saya mendapati idea yang diberikan tidak memuaskan.
Setiap kali sebelum saya melukis atau mewarna sesuatu, saya akan berbincang dengan
ajk lain untuk mendapat persetujuan semua orang. Sepanjang program PAP ini, saya
dan ajk –ajk lain telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi.Kami saling
membantu tanpa mengira bilangan kerja. Contohnya, kami bekerjasama mengumpul
alat-alat perhiasan , membuat barang-barang perhiasan dan mewarnai semua lukisan.
Pada hari sebelum pelaksanaan PAP, semua ajk perhiasan berganding bahu
menghiaskan DSG bersama-sama. Dengan kerjasama setiap orang, kerja perhiasan
kami dijalankan dengan lancar dan cepat. Semua ciri kerja berpasukan yang saya
tunjukkan telah dibuktikan dalam satu video yang telah saya muatnaikan.
Gambar ini menunjukkan saya menyandang jawatan sebagai ajk perhiasan dalam program PAP
Gambar ini menunjukkan exco dan ajk-ajk bahagian perhiasan
Gambar ini menunjukkan pelakaran yang saya lukiskan untuk dipilih oleh ajk-ajk lain
Gambar ini menunjukkan ajk-ajk mengumpulkan alat-alat perhiasan seperti air botol kosong
Gambar ini menunjukkan saya sedang berlukis di atas kertas mahjong
Gambar ini menunjukkan ajk-ajk bekerjasama menyiapkan tugas-tugasan perhiasan
Gambar ini menunjukkan ajk-ajk saling membantu untuk menampah lukisan pada dinding.
Gambar ini menunjukkan ajk-ajk menjaga keselamatan antara satu sama lain semasa menghiaskan pentas
Selain kerja berpasukan, saya juga menunjukkan daya kepimpinan saya
sepanjang program ini dijalankan walaupun saya seorang ajk. Saya akan mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh ajk lain dan saya akan cuba menyelesaikannya.
Contohnya, apabila mengalami kehabisan sesuatu warna, saya akan mencampuri
warna-warna lain untuk mendapatkan warna tersebut. Apabila seseorang ahli tidak
berasa yakin terhadap hasil sendiri , saya akan memujuknya dan memberi sokongan
kepada dia supaya dia dapat meneruskan kerjanya. Saya juga berfikiran terbuka
dengan menerima pandangan semua ajk dan saya menghormati ajk-ajk lain dengan
tidak mengkritik dan mengejek hasil mereka. Ciri-ciri kepimpinan tersebut dapat
ditunjukkan dalam video yang telah saya muatnaikkan .
Dengan mengaplikasikan kemahiran kerja berpasukan dan daya kepimpinan ,
kami berjaya menghabiskan perhiasan DSG dalam masa yang ditetapkan dengan
lancar. Perhiasan dalam DSG telah dipuji oleh orang ramai terutama kuda emas yang
di atas pentas itu.
Gambar ini menunjukkan hasil perhiasan kami di atas pentas
3.0 REFLEKSI
Dalam bahagian perhiasan, saya telah mempelajari kepentingan kerja berpasukan
kerana kerjasama amat diperlukan dalam bahagian ini yang memerlukan tenaga
manusia yang banyak untuk menyiapkan semua kerja. Untuk menjayakan tugasan ini ,
saya perlu mempunyai sikap setiakawan dan bertoleransi semasa menjalankan kerja
kami. Dengan mengaplikasikan ciri kerja berpasukan, semua kerja senang dijalankan
dan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, saya dapat
mengaplikasi kemahiran kepimpinan dalam menangani masalah yang dihadapi
semasa menyertai bahagian perhiasan. Saya juga memahami fungsi utama kepimpinan
adalah untuk meningkatkan keberkesan setiap kerja.
Gambar ini menunjukkan hasil perhiasan kami pada dinding DSG