Warqah Kepada Raja Melayi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

c

Citation preview

Khazanah Bendahara Seri MaharajaWarqah kepada KDYMM Raja-raja Melayu Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Raja-Raja Melayu sekelian, segg harapan diletakkan agar dapat KDYMM Tuanku-Tuanku sekelian bangkit menyahut seruan memainkan peranan sebagai tonggak sebenar bangsa Melayu dan Agama Islam, didokong rakyat jelata kerana KDYMM Tuanku-Tuanku sekelian masih bertakhta di hati kami. Patik-patik sekelian menjunjung Daulah-Daulah Tuanku, dan InsyaAllah bersama KDYMM Tuanku-Tuanku berikhtiar mengembalikan maruah raja-raja, agama dan bangsa Melayu serta berusaha menjemput kembali naungan Allah SWT; Raja bagi segala Raja, yang memerintah Kerajaan Langit dan Bumi. Marilah sama-sama kita belajar daripada sejarah masa silam nenek moyang bangsa kita. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Marilah kita sama-sama menjunjung kembali amanah bangsa dan agama yang sakaral, dan berikhtiar mengemudi bangsa ini kepada masa hadapan yang lebih mulia, cemerlang serta bermaruah. Menjunjung Kasih KDYMM Duli-Duli Tuanku. Antara khidmat dan peranan yang berupaya dan mampu KDYMM Tuanku-Tuanku sekelian perbuat ialah :1) Menghayati takrif sebenar konsep raja-raja sebagai wakil Allah SWT dan RasulNya umi ini dan berikhtiar memberikan kesinambungan kepada peranan tradisi raja-raja ini. Menghayati serta menghargai bahawa corak pemerintahan beraja mempunyai legitimasi yang kukuh dalam ajaran agama Islam. 2) Menghayati takrif sebenar istilah `raja-raja sebagai payung bangsanya' dan takrbagai tonggak kedaulatan bangsa dan agama'. Berikhtiar menghidup serta memberikan realiti pada konsep ini terutamanya apabila perlu membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan Agama Islam untuk seluruh umat. 3) Membaca kisah-kisah sejarah nenek moyang, iaitu raja-raja zaman dahulu kala, terutamanya di zaman kegemilangan bangsa-bangsa Melayu dan Institusi Raja-rajanya agar dapat dijadikan iktibar mana yang baik dan dijadikan teladan mana yang buruk. 4) Menampilkan sifat dan sikap kewarasan, nilai-nilai murni dan peribadi mulia daln dengan rakyat jelata. 5) Menunjukkan tokoh `kebapaan' dalam hubungan dengan pembesar-pembesar negeri, pensa bawahan dan rakyat jelata. 6) Mendengar keluhan rakyat yang tertindas dan kemudiannya menggunakan pengaruhnya untuk menolong rakyatnya yang tertindas itu. 7) Bersua muka dan beramah tamah dengan rakyat jelata dalam majlis-majlis kerakyatai sembahyang Jumaat, perasmian projek-projek pembangunan rakyat dan sebagainya. 8) Bersama-sama rakyat jelata menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah agama.9) Menampilkan imej kesatuan dan perpaduan raja-raja apabila berhadapan dengan krisis-krisis yang melibatkan Institusi Raja-raja Melayu, mahupun krisis-krisis yang melibatkan bangsa Melayu. 10) Menasihati antara satu sama lain tentang pentingnya peranan yang diamanahkan dan pi pentingnya tanggungjawab menjaga kedaulatan Institusi Raja-raja. 11) Menggunakan saluran `Majlis Raja-raja' untuk menangani masalah yang melibatkan polalaman pihak istana dan sebagainya demi menjaga kepentingan rakyat dan kemuliaan Institusi Raja-raja Melayu. 12) Menggunakan hikmah, kewarasan dan menjaga protokol, adat serta peradaban bangsa Meyu yang tinggi dalam menangani masalah-masalah politik dalaman istana, masalah raja-raja yang hilang pertimbangan saksama atau bejat moral.13) Menunjukkan sifat ehsan, belas dan berhikmah dalam hubungan dengan rakyat jelata tapi menampilkan imej ketokohan, ketinggian, kedaulatan dan kebesaran apabila berhadapan dengan para pembesar tempatan dan luar negeri. 14) Tidak goyah, tunduk dan alah apabila berhadapan dengan musuh-musuh Institusi Rajaa dan bangsa Melayu. 15) Tidak memberi muka pada pihak yang cuba memperlekeh dan memperkerdilkan Institusi ja- raja dan menghina bangsa Melayu.16) Mendalami ilmu agama dan mengamalkan sekurang-kurangnya ajaran agama yang asas unt diri dan keluarga. Sebaiknya dimajukan amalan agama di kalangan kaum kerabat istana demi kesejahteraan keluarga diraja, apatah lagi rakyat jelata yang sudah pasti akan menerima tempias keberkatannya.17) Dan akhirnya, mewujudkan para ulama di kalangan kaum kerabat raja-raja itu sendiri. Tujuannya ialah supaya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang rumit, yang melibatkan kepentingan Institusi Raja-raja, agama Islam dan bangsa Melayu, para ulama dari kalangan raja-raja bolehlah dirujuk dan diminta khidmat nasihat. Ini ialah kerana ulama dari darah daging sendiri sudah tentunya lebih insaf akan kepentingan institusi raja-raja kerana institusi itu merupakan sebahagian dari dirinya sendiri. Dan atas kesedaran serta pengetahuan mendalam akan hukum hakam agama, memungkinkan ia memberi pertimbangan dan penilaian yang tegas, adil dan saksama, yang dapat memberi kebaikan pada semua pihak yang terlibat. Oleh itu, bagi tujuan ini, pihak istana perlulah `mengorbankan' seorang dua kaum kerabatnya untuk mendalami ilmu agama dan menjadi ulama sepenuh masa. Sesungguhnya, inilah pelaburan yang terbaik bagi dunia dan akhirat, bukan sahaja untuk keluarga, hatta bangsa Melayu itu sendiri, kerana ia memberi nafas baru kepada syiar Islam bagi umat Melayu.Ambillah iktibar dari Firman Allah SWT yang membawa maksudnya : Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan ilmu mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (At-Taubah:122) Mudah-mudahan tradisi nenek moyang raja-raja zaman dahulu kala yang ramai di antara mereka menjadi wali, alim ulama dan pahlawan-pahlawan Melayu dapat dihidupkan kembali.Ampun DYMM Tuanku-Tuanku sekelian beribu ampun !Petikan dari buku Ahlul-Bait Rasulullah SAW & Kesultanan MelayuUntuk maklumat lanjut, rujuk bahagian Karya PenulisVersion: Mobile | Web