14
0

Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

0

Page 2: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

1

Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona sehingga mampu menarik

perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Sayang sekali, pakaian yang dikenakan pada

tubuhnya begitu ketat sehingga menampakkan lekuk badannya, langsung tidak

menggambarkan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang wanita muslimah. Rambutnya

dibiarkan bebas menjadi tatapan kerana menurutnya, rambutlah yang menjadi aset berharga

seseorang wanita.

Wanita itu menarik nafas panjang, menahan untuk beberapa saat dan kembali

melepaskan segumpal nafas yang ditahannya sebentar tadi. Dahinya dikerutkan buat seketika.

Insan yang dinantikan tidak juga kunjung tiba. Sudah lebih lima belas minit dia menunggu.

Kotak rokok yang sudah lama tersimpan di dalam tas tangannya akhirnya dikeluarkan beserta

pemetik api yang berwarna biru muda. Sebatang rokok dikeluarkan dan dibakar. Wanita itu

menyedutnya.

“Ahhhhh…” asap rokok dikeluarkan, bergumpalan di udara. Bau asap rokok dihidunya,

puas. Masuk tahun ini, sudah tahun kelima dia menghisap rokok. Baginya, setiap kali menghisap

rokok, perasaan resah gelisah yang melanda dalam jiwanya akan menjauh pergi, bebas

berterbangan di udara bersama asap rokoknya. Orang ramai yang lalu lalang sekadar

memerhatikan tingkah wanita itu, namun tidak ada sesiapa pun yang berani menegurnya. Ada

yang cuma mampu menggeleng tatkala melihat seorang muslimah berkelakuan seperti itu,

namun dia tidak melakukan sebarang tindakan. Sesekali, wanita itu memerhatikan jarum jam di

tangannya.

Tidak lama kemudian, insan yang dinantikan telah tiba. Seorang jejaka kacak, berkaca

mata hitam dan berkemeja hijau menghampiri. Dia mengesat peluh pada wajahnya

menggunakan sapu tangan. Wanita itu bangkit, membetulkan posisinya namun tidak ada riak

senang yang dipamerkan pada wajahnya.

“Mana awak menghilang? Lama saya tunggu!” wanita itu menjatuhkan puntung

rokoknya, lantas dipijak dengan kasut tumit tingginya yang mencecah hampir tiga inci itu.

“Maaf. Lambat sikit. Jalan sesak,” lelaki itu memberikan alasan.

“Im, awak tahu kan? Saya tak suka orang lambat.”

Page 3: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

2

“Yes, I know. Sorry darling. Saya janji tak buat lagi lepas ni.” Janji. Itulah janji seorang

jejaka. Janji yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Awak nak bawa saya ke mana sebenarnya ni?”

“Ikut sahajalah. Percayakan saya, okey?” Lelaki itu kemudiannya menuju masuk ke

dalam keretanya kembali. Wanita itu sekadar membuntuti. Dia percayakan kekasihnya itu.

Baginya, kekasihnya tidak pernah menipunya. Segala apa yang dimintanya sebelum ini, pasti

dapat. Sudah tiga tahun dia mengenali lelaki yang bernama Imran itu. Imran merupakan

seorang yang penyayang dan baik.

Suasana di sekitar bandar itu agak sesak kerana penuh dengan pelbagai jenis kenderaan

yang menuju ke destinasi masing-masing. Hari itu merupakan hari Isnin, maka ramai orang yang

bergerak pergi ke tempat kerja mereka. Namun, tidak pula begitu bagi kedua-dua pasangan ini.

Imran memerhatikan wajah teman wanitanya itu lantas tersenyum.

“Kenapa ni Zafira? Tak suka ikut saya ya? Saya cuma nak buat kejutan untuk awak.”

“Bukan macam tu. Entahlah. Saya cuma rasa tak sedap hati sikit,” wanita yang bernama

Zafira itu menjawab.

“Don’t be. Kita pergi untuk bergembira, janganlah masam macam ni, tak cantiklah,” Imran

yang sedang memandu itu memujuk. “We’ll have a great time together.”

Kedengaran nada dering telefon bimbit Zafira berbunyi. Pada awalnya, dia malas untuk

menjawab namun deringan itu terus berbunyi dan menyebabkan dia terpaksa untuk akur.

“Assalamualaikum, Fira.” Satu suara lembut kedengaran di talian. Zafira mengecam suara

itu, suara Aisyah Humaira.

“Apa awak nak?” soalnya dingin. Dia malas hendak melayan kerenah sahabatnya yang

seorang itu. Aisyah Humaira merupakan rakan sekerja yang menyewa serumah dengannya.

Peribadi dan karakter Aisyah Humaira begitu jauh berbeza sekali dengan dirinya. Aisyah Humaira

bertudung litup. Wajahnya tidaklah secantik mana jika hendak dibandingkan dengan dirinya,

namun tingkah lakunya sangat bersopan santun. Wanita itu tidak pernah dilihat meninggalkan

solat fardu kecuali ketika uzur. Bukannya seperti dia, uzur ataupun tidak, solat pun tidak pernah

dikerjakannya.

Page 4: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

3

Namun Zafira tidak kisah dengan semua itu, dia tidak peduli. Dia tidak mahu ambil tahu,

dia sudah penat! Buat apa berdoa pada Tuhan, kalau akhirnya dia akan menangis juga? Penat dia

solat dan berdoa agar Tuhan menyembuhkan ayahnya, namun apa yang Tuhan balas? Tuhan ragut

nyawa ayahnya, tanpa sempat dia berjumpa ayahnya untuk kali terakhir di dunia realiti. Tidak

cukup dengan itu, Tuhan meragut pula nyawa ibunya beberapa minggu selepas pemergian

ayahnya. Kata doktor, ibunya sakit menderita akibat tekanan perasaan dan kemurungan. Namun

salah siapa semua itu? Itu bukan salahnya, itu semua salah Tuhan.

“Fira, awak di mana sekarang?” lembut Aisyah Humaira bertanya.

“Keluar dengan Imran. Rasanya saya balik lewat sikit. Awak tak perlu tunggu saya makan.”

“Awak keluar dengan Imran sahaja?”

“Iya lah. Takkan nak bawa awak sekali. Kacau daun sahaja,” Zafira melepaskan keluhan

kecil. Banyak tanya pula sahabatnya itu.

“Fira, tak elok seorang wanita keluar rumah bersama lelaki ajnabi, lebih-lebih lagi tanpa

ditemani oleh sesiapa. Bahayalah Fira. Saya risaukan awak. Imran tu dah minta izin daripada abang

awak dulu ke?”

Zafira mulai hilang sabar. Inilah yang akan terjadi jika dilayankan kerenah Aisyah Humaira.

Berceramah tidak tentu pasal. “Ei, awak jangan masuk campur urusan saya boleh tak? Sibuk je.

saya ni dah besar, tahulah saya nak jaga diri sendiri. Saya tahu yang mana betul, yang mana salah.

Awak tu, jaga urusan sendiri dulu. Tengok-tengok sikit tunang awak tu, nanti disambar orang lain

baru hendak menyesal!” Zafira meninggikan suara.

“Fira, saya bukan nak masuk campur urusan awak, saya cuma bimbangkan awak,” Aisyah

Humaira masih lagi cuba memujuk. Dia tidak mahu sahabatnya terus tenggelam dalam dunianya

yang hanyut itu. Zafira geram, segera memutuskan talian. Punat merah telefon bimbitnya ditekan

agak lama.

“Siapa tu sayang? Bukan main marah lagi saya tengok awak?” Imran menyoal. Tangan

kanannya memegang stereng, manakala tangan yang sebelah lagi digunakan bagi memegang tin

minuman Nescafe yang dibelinya tadi untuk menyegarkan tekaknya yang kering.

“Aisyah. Mulalah tu. Asal telefon saja nak membebel. Itu salah, ini salah. Memang semua

benda yang saya buat atas muka bumi ni salah. Dia saja yang betul. Dia saja yang perfect,” Zafira

Page 5: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

4

melepaskan segunung beban perasaan yang telah lama terbuku di dalam hatinya. Memang sudah

lama dia menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Aisyah Humaira. Cuma apa yang

dihairankannya, orang seperti Aisyah itulah yang disayangi bos dan rakan sekerja. Bos syarikatnya

sampai sanggup menaikkan gaji Aisyah Humaira. Dia? Apa yang dia dapat setelah berpenat-lelah

kerja di syarikat itu? Tuhan memang tidak adil.

“Janganlah marah. Aisyah tu sayangkan awak. Sebab itulah dia tak mahu awak buat benda-

benda tak baik rasanya,” Imran menenangkan.

“Habis tu, Im pun sebelahkan dia sekarang?” Zafira mengerutkan dahinya, menghalakan

pandangan ke luar tingkap kereta.

Imran tersengih, “Merajuk pula si Fira ni. Saya bukan nak sebelahkan dialah. Mestilah saya

sebelahkan awak. Kalau tak, buat apa saya jadi boyfriend awak?”

Zafira sekadar mendiamkan diri, namun dia berasa sedikit lega mendengar kata-kata

pujukan Imran itu. Dia tahu, Imran memang pandai memujuk. Itu juga merupakan salah satu

alasan mengapa dia memilih lelaki itu sebagai kekasihnya.

“Ha, kita dah sampai pun,” Imran mematikan enjin kenderaan. “Fira, sebelum masuk,

minumlah dulu air ni. Mesti awak dahaga,” Imran tersenyum, menampakkan kedua-dua lesung

pipitnya. Tin minuman bertukar tangan.

***

Matanya perlahan-lahan dibuka. Kabur. Otaknya berpinar, terasa pening. Entah kenapa,

kepalanya terasa begitu berat sekali. Dia tidak ingat apa yang terjadi. Zafira memerhatikan

suasana sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik, nampaknya seperti hotel. Tetapi yang

anehnya, dia sedang duduk di atas kerusi dan kedua-dua belah tangannya terikat. Ikatan tersebut

sangat kuat sehingga menyakitkan pergelangan tangannya. Wanita itu cuba untuk membebaskan

diri daripada ikatan tersebut, namun gagal. Kudratnya tidak cukup kuat untuk melawan.

Pintu bilik dibuka. Tiba-tiba sahaja, bilik yang dipasang pendingin hawa itu terasa begitu

menakutkan buat Zafira. Imran muncul bersama seorang lelaki yang bertubuh agak gempal,

Page 6: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

5

berkulit gelap dan berkaca mata. Barisan giginya yang tidak cukup sudah boleh menggambarkan

usianya yang sudah lanjut.

“Im… kenapa ni? Kenapa Fira kena ikat macam ni? Im, lepaskan Fira?” Zafira merayu

sepenuh hati. Dia sangat mengharapkan ihsan daripada lelaki yang telah tiga tahun dipujanya itu.

Namun, tidak ada sedikit pun riak simpati yang dipalitkan pada wajah Imran.

“Zafira,” Imran menyentuh pipi mulus wanita itu. Zafira mula menggigil, tubuh badannya

bergetar. “Awak jawab soalan saya ya. Awak sayangkan saya tak?”

Wanita itu mengangguk. Ya, dia memang sayangkan lelaki di hadapannya itu dengan

sepenuh hati. Dia tidak sanggup melepaskan Imran. Imranlah satu-satunya tempat dia mengadu

nasib dan harapan. Hendak mengharapkan abangnya, abangnya begitu sibuk bekerja dan mencari

nafkah untuk keluarganya. Hendak mengharapkan rakan-rakannya yang lain, semuanya tidak

memahaminya. Hendak mengharapkan Aisyah Humaira, dia tidak mahu.

“Kalau awak sayangkan saya, boleh tak awak tolong saya? Saya nak minta tolong sangat.”

“Tolong apa Im? Kenapa saya kena ikat macam ni? Macam mana saya nak tolong awak?”

Zafira masih lagi buntu. Imran tersengih.

“Im ada pinjam duit dengan Datuk Kassim. Banyak sangat, saya guna untuk buka

perniagaan sendiri. Tapi, saya tak mampu nak bayar balik…”

“Berapa Im?”

“Sepuluh juta.”

“Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu.”

“Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong awak. Hari ni, Datuk Kassim nak ‘pinjam’

awak. Untuk hari ni sahaja, sebagai bayaran kepada hutang-piutang saya tu. Saya tahu, awak

sayangkan saya. Perkara kecil macam ni, mesti awak dapat tolong. Esok, kita akan bersama balik.

Im janji.” Dan janji itu diungkapkan lagi kepadanya. Imran berpaling kepada Datuk Kassim sambil

tersengih.

“Macam mana Datuk? Yang ini boleh tak?”

Datuk Kassim mengusap-usap janggutnya yang agak panjang sambil tersenyum, “Bagus

juga citarasa kau. Menarik. Baiklah, saya setuju.”

Page 7: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

6

Zafira bagaikan tidak percaya. Wanita itu memejamkan sepasang matanya, mengharapkan

bahawa segala yang terjadi itu cuma mainan tidurnya. Dia membuka mata kembali, tetapi

nampaknya semuanya memang sedang terjadi di dunia realiti. Dia tidak menyangka, Imran yang

dicintainya itu sanggup memperlakukan dirinya seperti binatang peliharaan. Sesedap hatinya

sahaja ‘diserahkan’ kepada orang lain. Tatkala itu, ada manik-manik kekesalan yang tumpah

daripada takungan kelopak matanya. Zafira menangis semahu-mahunya.

“Imran, tolong jangan buat Fira macam ni. Fira takut. Lepaskan Fira,” dia cuba

memberontak. Namun, simpatinya cuma sia-sia. Zafira malu. Maruah dirinya sedang dipijak.

“Awak ingat saya ni apa? Sedap hati awak saja nak ‘pinjamkan’ saya kepada orang lain. Saya tak

nak! Lepaskan saya!”

Imran menarik rambut Zafira, kali ini, dia sudah tidak mahu berlembut lagi. “Hei

perempuan. Kau fikir kau siapa? Dah ada dalam situasi macam ni pun nak memberontak lagi?

Sedarlah diri kau tu sikit.”

Zafira kaget dengan perangai Imran itu. Nampaknya, dia telah menunjukkan belangnya

yang sebenar. Imran yang berada di hadapannya ini, bukanlah Imran yang disayanginya. Imran ini,

jauh sekali berbeza dengan Imrannya yang dahulu, yang baik hati dan penyayang. Adakah ini sifat

Imran yang sebenar? Wanita itu jadi keliru dan bingung. Manik-manik kekecewaan masih lagi

jatuh daripada matanya.

“Tolong… lepaskan aku…” Suara Zafira sudah menjadi semakin lemah akibat menangis dan

menjerit yang begitu lama. Dia sudah buntu. Hatinya berkecamuk. Perit, pedih, sakit, kecewa dan

seribu satu lagi perasaan datang bertandang ke dalam hatinya. Dan pada ketika itulah, dia tiba-

tiba teringatkan Allah, Tuhan Yang Punya Dunia. Tuhan yang menjadikan segala sesuatu bersama

sebab dan hikmahnya. Tuhan Penguasa Alam. Zafira berasa malu, kerana telah mengabaikan

segala perintah Allah SWT selama ini.

Meskipun dalam kad pengenalannya tertera seorang Islam, tetapi cara hidupnya tidak

begitu. Bahkan, jauh sekali menyimpang daripada Islam. Solat tidak dikerjakannya, puasa tunggang

langgang, aurat, langsung tidak ditutupnya. Saat itu, barulah kata-kata daripada Aisyah Humaira

menjenguk ke dalam mindanya.

Page 8: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

7

“Fira, boleh saya tanya sesuatu?”

“Erm, tanyalah. Apa? Kalau saya boleh jawab, saya jawablah,” balas Zafira acuh tak acuh.

Tangan kanannya masih memegang alat kawalan jauh dan matanya masih lagi melekat pada

skrin televisyen yang sedang menayangkan rancangan kegemarannya.

“Kalau Aisyah belikan Fira tudung, Fira mahu tak?”

Zafira mengalihkan pandangannya kepada Aisyah Humaira. Dahinya berkerut. “Tudung?

Untuk apa? Bukannya saya pakai pun.”

“Zafira, menutup aurat itu kan suatu kewajipan. Allah suruh. Allah itu Tuhan kita, pencipta

kita. Apa yang Dia suruh, kita kena buat. Kita hidup ada pencipta, kena ingat tu.”

“Buat apa saya tutup aurat? Solat pun saya tak kerjakan.”

“Solat pun perintah Allah juga. Jomlah kita sama-sama tunaikan. Tutup aurat, solat, kita

berubah menjadi hamba Allah yang betul-betul sejati, bukan sekadar nama sahaja yang Islam. Fira

nak tak tutup aurat dan solat? Best tahu. Barulah rasa ketenangan dan nikmat iman.”

“Sudahlah Aisyah. Tak guna saya solat pun. Apa yang saya minta, bukannya saya dapat

pun. Awak sajalah yang pergi solat sana. Simpan tudung tu untuk pakai pergi kerja,” Zafira

membalas.

“Fira yakin ke, SEMUA yang awak minta tu awak tak dapat? Mesti ada juga yang Allah

tunaikan. Allah tak kejam, Dia berlaku adil kepada semua hambaNya. Kalau Dia mengkehendaki,

awak akan dapat juga benda yang awak nak tu. Awak cuma kena bersabar sedikit,” Aisyah

Humaira senyum, menampakkan pipinya yang merona merah. Persis namanya.

“Ahh… sudahlah Aisyah. Pergi masuk bilik awak sana. Jangan ganggu saya. Iklan dah nak

habis,” bicara Zafira mengusir Aisyah pergi.

Satu pakaian dicampakkan tepat mengenai muka Zafira, sekaligus membunuh lamunannya.

Zafira menunduk dan membuatkan pakaian itu terjatuh ke atas lantai.

“Nanti, aku buka ikatan kau, kau salin baju ni. Jangan harap kau boleh lari dari tempat ni.

Nak tak nak, kau kena layan Datuk Kassim elok-elok. Kalau aku terima aduan daripada dia, nahas

kau aku kerjakan,” Imran menolak kepala Zafira kasar. Saat itu, Datuk Kassim sudah tidak kelihatan

lagi. Pasti dia sudah keluar.

Page 9: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

8

“Im, please don’t do me like this. I love you,” Zafira masih lagi mengharapkan ehsan yang

akan terbit daripada jejaka itu, namun hampa. Imran langsung tidak bersimpati.

“Sayang. Saya tahu awak sayangkan saya. That is why you have to show your love for me by

this way. Melalui cara ini, barulah saya tahu yang awak betul-betul sayangkan saya,” nadanya

kembali mendatar. “Have fun with him.”

Kejam. Perkataan itulah yang menggambarkan sifat binatang yang ada di dalam diri Imran.

Imran membuka ikatan Zafira dan menguncinya dari luar. “I give you half an hour to get ready.”

Zafira terjelupuk jatuh ke atas lantai. Manik-manik kesal masih lagi tumpah. Telefon

bimbitnya telah dirampas, jadi dia tidak boleh menghubungi sesiapa. Tidak ada pintu lain ataupun

tingkap yang membolehkan dia melarikan diri. Dia teringat pesan Aisyah Humaira lagi, “Kalau

awak ada masalah kesihatan, pergi jumpa doktor. Tapi kalau awak ada masalah hati, pergi jumpa

Allah.”

Wanita itu menggagahkan diri untuk menuju ke bilik air. Paip air dibuka. Zafira

memerhatikan air yang mengalir laju itu. Dia cuba mengingat kembali rukun wuduk. Sudah begitu

lama sekali dia meninggalkan amalan itu. Wajarlah selama ini hatinya tertutup dan tidak sentiasa

tenang. Dia membasahkan wajahnya, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala serta kedua-dua

belah kakinya dalam keadaan menangis. Kemudian, dia duduk di atas lantai dan berdoa kepada

Allah.

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan kedua orang tuaku. Ampunilah aku yang penuh

dengan kehinaan ini. Ampuni aku kerana mengingkari perintahMu selama ini, dan mengerjakan

apa yang Engkau larang. Aku berdosa, wahai Allah. Aku mendustakan segala nikmat yang Engkau

berikan. Aku menutup pintu hatiku daripada menerima hidayahMu. Ampuni aku wahai Tuhan. Aku

menyalahkan Engkau atas segala yang telah terjadi ke atas diriku. Aku tahu aku salah. Kini, aku

redha dengan ketentuanMu terhadap ibu bapaku. Tempatkanlah mereka di kalangan hambaMu

yang beriman. Janganlah Kau seksa mereka atas dosa-dosaku ini. Ayah telah mendidik aku dengan

sempurna, cuma aku yang alpa. Ya Allah, berilah aku peluang untuk bertaubat. Jauhilah aku dari

segala macam anasir jahat. Hindarkanlah aku dari bala dunia ini. Selamatkanlah maruah aku ya

Allah daripada rosak di tangan-tangan binatang yang bertopengkan manusia itu. Tunjukkanlah

jalan untukku agar aku dapat melepaskan diri. Bantulah aku agar aku dapat menjalankan

Page 10: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

9

tanggungjawabku sebagai hambaMu dengan sempurna. Ampuni aku, ya Allah. Ampuni aku, ya

Allah. Ampuni aku, ya Allah. Amiin.” Zafira menekup mukanya dengan kedua-dua telapak

tangannya. Manik-manik terus tumpah. Itulah manik-manik yang terhasil daripada kekesalan dan

keazaman untuk berubah. Itulah manik-manik hijrah.

Zafira segera bangkit dari duduknya, berbekalkan suatu penghijrahan. Dia sudah tidak

mahu hidup dalam keadaan yang lalai lagi. Dia mahu menyelamatkan maruah dirinya sebagai

seorang muslimah. Tetapi, tidak ada jalan keluar. Otaknya ligat berfikir sesuatu. Matanya meliar-

liar ke segenap lapisan penjuru ruangan bilik hotel itu untuk mencari sesuatu yang dapat

membantunya. Tiba-tiba, pandangan matanya berhenti dan melekat pada satu objek. Kali ini, dia

tersengih.

“Zafira, sudah siap ke? Abang nak masuk ni?” Kedengaran satu suara garau di sebalik pintu.

Datuk Kassim nampaknya sudah tidak mahu menunggu lama. Pintu bilik dibuka. Datuk Kassim

menjenguk ke dalam. Kosong.

“Zafira… Zafira? Janganlah main sorok-sorok pula.”

Tanpa diduga, Zafira muncul dari belakang pintu dan segera mengetuk kepala Datuk

Kassim dengan pasu bunga yang sejak tadi dipegangnya. Kepala Datuk Kassim berdarah dan lelaki

kaya itu tumbang serta merta ke atas lantai. Pengsan barangkali gara-gara hentakan yang begitu

kuat dan penuh emosi. Kesempatan terbuka luas. Zafira menyelinap keluar dari bilik, tetapi dia

masih belum selamat. Buat masa itu, wajah Imran masih lagi belum kelihatan. Zafira menekan lif,

sekiranya dia menggunakan tangga, mungkin akan lambat untuk dia melarikan diri. Kemungkinan

untuk dia bertembung dengan Imran memang sangat luas. Pintu lif dibuka. Kosong. Wanita itu

mengucapkan syukur.

Sampai di tingkat enam, pintu lif terbuka. Imran sedang membelakangi lif sambil bercakap

dalam telefon. Hampir sahaja wanita itu mahu menjerit tatkala melihat lelaki yang sangat

dikenalinya itu. Zafira menahan jeritan. Dia berharap agar pintu lif segera tertutup. Sedikit sahaja

lagi pintu mahu tertutup, Imran berpaling dan sempat menangkap kelibatnya. “Zafira?” Lelaki itu

dilanda kejutan yang amat.

Lif terus bergerak ke bawah. Hati Zafira begitu cemas sekali. Dia amat berharap Imran akan

naik dahulu untuk memeriksa Datuk Kassim sebelum cuba mengejarnya. Jika Imran terus

Page 11: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

10

mengejarnya, mungkin sekali dia akan tertangkap dan menjadi mangsa keadaan. Pintu lif akhirnya

terbuka, dan wanita itu berlari sepantas kilat untuk melepaskan diri. Melepaskan diri daripada

semua pintu-pintu kemaksiatan. Dia berjaya keluar dari pintu utama hotel dan terus berlari

menentang arah angin. Angin deras memukul-mukul tubuhnya yang lemah itu, namun tidak

sesekali dihiraukannya. Apa yang dia mahu, cumalah melarikan diri daripada Imran dan Datuk

Kassim.

Tuhan telah membantunya bebas, namun, suatu kejadian yang tidak diduga pula

menimpanya.

***

Zafira membuka kelopak matanya. Persis seperti kondisi yang dialaminya ketika pengsan

akibat minum ubat tidur daripada Imran. Tetapi, suasana kali ini berbeza. Dindingnya putih.

Banyak terhidu bau ubat-ubatan. Di sisinya, cuma ada seorang wanita yang memakai baju putih

dan Aisyah Humaira yang sedang menyeka air matanya. Melihatkan Zafira yang telah sedar,

wanita itu berubah reaksi kepada gembira.

Entah mengapa, tatkala melihat wajah Aisyah Humaira, hati Zafira menjadi tenang. Dia

sudah tidak takut lagi. Aisyah Humaira baginya, merupakan seorang bidadari yang diutuskan

Tuhan sebagai penyuluh dirinya ke arah jalan Allah yang lurus. Zafira bangkit, terus memeluk dan

mengucup pipi Aisyah Humaira. Dia menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya.

“Tenang, Fira. Alhamdulillah awak tak cedera parah. Nasib baik ada orang yang sudi hantar

awak ke hospital ni. Awak kemalangan, cuma hentakan sikit saja di kepala, yang lain-lain okey,”

Aisyah Humaira menenangkan padahal dialah yang begitu risau tatkala mendengar berita

kemalangan Zafira tadi. “Saya dah hubungi abang awak, sebentar lagi dia datang, insyaAllah.”

Zafira masih lagi tidak mahu melepaskan pelukannya. “Aisyah… sesuatu yang buruk telah

terjadi pada saya hari ni. Sepatutnya, saya ikut sahaja nasihat awak.”

“Buruk? Apa?” Aisyah Humaira terkejut.

“Imran…” Zafira terputus kata. Dia tidak sanggup meneruskan kata-katanya.

“Imran? Apa yang dia telah lakukan?”

Page 12: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

11

“Imran berhutang dengan seorang Datuk. Tapi, dia tak mampu nak lunaskan hutang-

hutangnya itu. Tadi dia bawa saya ke satu hotel. Sampai di sana, dia berikan saya ubat tidur.

Sedar-sedar saya telah diikat di kerusi dalam bilik hotel. Dia paksa saya untuk melayan Datuk tu

untuk hari ni. Waktu mereka keluar, saya ambil pasu bunga dalam bilik tu dan ketuk kepala Datuk

tu bila dia masuk. Saya terus larikan diri, lepas tu, saya dah tak ingat apa-apa.”

“Astaghfirullahal’azim. Saya tak sangka Imran sejahat itu. Sampai hati dia memperlakukan

awak begini,” Aisyah Humaira hampir menangis mendengar cerita sahabatnya itu.

“Saya pun tak sangka. Dah lama saya berkawan dengan dia, tetapi baru hari ini saya tahu

perangainya yang sebenar. Dia sungguh binatang,” ada nada benci dan geram terselit pada ayat

itu.

Aisyah Humaira terus memujuk Zafira dan menenangkannya. “Sabar ya sahabatku. Ingat

Allah, mungkin Dia turunkan ujian ini sebagai satu petanda. Aisyah yakin ada hikmah di sebalik

semua yang Allah aturkan ini. Yang penting, Fira selamat. Datuk tu pun tak sempat nak apa-apakan

awak. Itu maknanya, Allah nak lindungi awak. Dia jaga awak baik-baik.”

Zafira kesal sekesal-kesalnya. Sebenarnya, Allah memang sedang melindungi dirinya. Allah

melindungi daripada Imran. Sekiranya dia tidak melalui peristiwa ini, mungkin dia tidak akan tahu

belang sebenar si Imran itu. Zafira menggenggam tangan mulus Aisyah Humaira.

“Aisyah, bantulah saya. Saya hendak berubah. Saya mahu berhijrah. Saya dah tak mahu

hidup dalam dunia yang serba jahil, hidup yang tidak bertuhan. Saya yakin, Allah utuskan awak

untuk menunjukkan saya jalan kebenaran. Tolonglah saya.”

Aisyah senyum penuh indah. “InsyaAllah, Zafira. Kalau awak tidak minta pun, saya tetap

akan bantu awak. Tanggungjawab seorang muslim, adalah untuk membantu saudara muslimnya

yang lain. Saya akan pegang erat tangan awak macam yang sedang kita buat ni dan kita akan

sama-sama jalan ke syurga. Saya nak awak ingat genggaman kita ni. Kita akan pergi ke syurga

sama-sama.”

Zafira mengangguk.

“Allah itu Maha Adil, Fira. Dia menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh.”

Page 13: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

12

Enam bulan telah berlalu semenjak insiden itu. Imran, Datuk Kassim dan beberapa orang

lain telah ditangkap oleh pihak polis kerana dipercayai telah menjalankan kegiatan-kegiatan

jenayah yang lain. Imran akan ditahan untuk suatu tempoh yang tertentu, dan jika boleh Zafira

berharap agar dia terkurung dalam penjara selama-lamanya, melainkan jika dia telah insaf. Wanita

itu memerhatikan persiapan hantaran yang telah dibuat. Tema hijau. Pada hari itu, satu bahtera

rumah tangga bakal dibina. Entah mengapa, tiba-tiba hatinya menjadi sebak.

“Eh, Zafira. Belum siap?” Aisyah Humaira muncul di muka pintu. Zafira menggeleng.

“Oh ya, saya lupa hendak beritahu. Tadi, saya dapat panggilan daripada pihak jabatan

kebajikan. Katanya, permohonan kita untuk menubuhkan rumah anak-anak yatim itu telah pun

diluluskan. Tidak lama lagi, bolehlah kita mulakan operasi kita. InsyaAllah, banyak pahala yang

akan kita dapat kalau menjaga, merawat dan membesarkan anak-anak yatim tu,” Aisyah Humaira

senyum. Wajahnya tidak pernah hilang dengan senyuman.

“Aisyah, awak tak kisah ke nak uruskan rumah anak-anak yatim tu dengan saya? Iya lah,

lepas ni kan mesti awak sibuk memanjang.”

“Tidak. InsyaAllah, saya akan membahagikan masa dengan sebaik mungkin.”

“Saya pun ada satu khabar gembira nak beritahu awak.”

“Apa?” Aisyah teruja.

“Alhamdulillah, saya sudah boleh berhenti merokok sepenuhnya, hasil bantuan ubat-

ubatan yang awak cadangkan tu. Sebenarnya susah juga ya nak berhenti merokok ni,” Zafira

sedikit tertunduk, malu dengan masa lampaunya. Aisyah Humaira menghampirinya, menyentuh

lembut bahu Zafira.

“Yang sudah lepas tu biarkan sahaja berlalu. Yang penting, hari ni, awak adalah seorang

pemenang. Awak berjaya melawan diri awak yang dulu, dan berhijrah menjadi Zafira yang baru.

Saya berbangga dengan awak.”

“Alhamdulillah, itu pun atas bantuan awak. Eh, saya nak bersiap cepat. Nanti lambat pula si

dia menunggu.”

Aisyah Humaira keluar dari bilik Zafira. Sebentar lagi, mereka akan bergerak ke masjid

untuk acara pernikahan. Aisyah memerhatikan bingkai gambar dirinya dan Aisyah Humaira. Hari

itu, seorang bidadari akan bernikah. Dia rasa sedih untuk berpisah dengan sahabat baiknya itu.

Page 14: Wanita itu cantik, wajahnya cerah dan begitu mempesona ... · Berapa Im? _ Sepuluh juta. Banyaknya. Saya tak mampu nak tolong sebanyak tu. Saya tahu, sebab itulah saya nak minta tolong

13

Namun, dia gembira dan bahagia atas kebahagiaan sahabatnya. Memang benarlah, segala

apa yang kita kerjakan di atas dunia ini, dengan niat kerana Allah, pasti akan menemui jalan

bahagia. Zafira tersenyum sendiri sambil mengucapkan syukur kepada Tuhannya.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” Ar-Rahman.

TAMAT

Assalamualaikum dan salam harmoni kepada anda yang sedang membaca. Alhamdulillah,

dengan izin Allah SWT, Nurina dapat pun menyiapkan e-cerpen pertama Nurina. E-cerpen ini

adalah sepenuhnya ditulis oleh penulis. Nurina berharap agar para pembaca dapat

menggalakkan rakan-rakan anda untuk turut membaca e-cerpen ini. Terima kasih kerana sudi

meluangkan masa membacanya. Sebarang komentar, penambahbaikan, cadangan mahupun

pertanyaan bolehlah berhubung di [email protected].

Tebarkanlah Islam, sehingga ke pelusuk dunia!

NURINA IZZATI