21
WACANA PENULISAN DISEDIAKAN OLEH: TENALAGI A/P M.MAHANDRAN SUN KAR MUN TAN ZHI CHING

WACANA PENULISAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

powerpoint

Citation preview

WACANA PENULISAN

WACANA PENULISANDISEDIAKAN OLEH:TENALAGI A/P M.MAHANDRANSUN KAR MUNTAN ZHI CHING

Definisi WacanaTerjemahan dari perkataan inggeris discourse.

Berasal daripada perkataan bahasa Jawa wocono.

.Bermaksud baca.Berasal daripada bahasa Latin discursus yang bererti lari kian-kemari.

PENGERTIAN WACANA MENURUT KAMUSUcapanPertuturanPercakapanKeseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuanKeseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa

MENURUT KAMUS WEBSTER,1983Hubungan fikiran dengan kata-kata;eksperasi idea-idea atau gagasan-gagasan;atau percakapan Hubungan secara umum,terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok telahanRisalah tulis;disertasi formal;kuliah,ceramah;khutbah.

PENGERTIAN WACANA MENURUT PARA AHLIHarimurti Kridalaksana Wacana adalah satuan bahasa terlengkap dan merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar dalam hierarki gramatikal.

Henry Guntur TariganWacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap,lebih tinggi dari klausa dan kalimat,memiliki kohesi dan koherensi yang baik,mempunyai awal dan akhir yang jelas,kesinambungan,dan dapat disampaikan secara lisan atau bertulis.

I.G.N. Oka dan SuparnoWacana adalah satuan bahasa yang membawa amanat yang lengkap

Sarwiji SuwandiWacana merupakan kajian tentang fungsi bahasa atau penggunaan bahasa sebagai sarana komunikasi.

CookWacana berhubungan dengan pengkajian koherensi (the search for what gives discourse coherence is discourse analysis)

James DeeseDalam karyanya Thought into speech : the Psychology of a Language menyatakan bahawa wacana adalah seperangkat proposisi yang saling berhubungan untuk menghasilkan suatu rasa kepaduan.Kepaduan itu sendiri harus muncul darip isi wacana, tetapi banyak sekali rasa kepaduan yang dirasakan oleh penyimak atau pembaca harus muncul dari cara pengutaraan, iaitu pengutaran wacana.Rumusan.Wacana adalah satuan bahasa lisan mahupun tulisan yang memiliki berkaitan atau kerentetan antara bahagian (kohesi) , keterpaduan (koheran) dan bermakna yang boleh digunakan dalam konteks social.

Wacana adalah penggunaan bahasa yang berupa rangkaian kalimat atau rangkaian ujaran.

Wacana yang berupa kalimat dan ujaran harus mempertimbangkan prinsip-prinsip tertentu seperti prinsip keutuhan dan kepaduan (unity and coherent).

Wacana dikatakan utuh apabila kalimat-kalimat dalamnya mendukung satu topic yang sedang dibicarakan.

Wacana dikatakan padu apabila kalinat-kalimatnya disusun secar teratur dan sistematik sehinggan menunjukkan kerentetan idea yang diungkapkan.

CIRI-CIRI WACANATerdapat tujuh ciri yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh,iaituTautan (kohensi)Runtutan (koheren)Tujuan PenerimaanMaklumat KeadaanInterteks

Tautan atau kohesiKeserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain.

Ia dapat dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan,frasa atau ayat dengan perkataan,frasa atau ayat yang lain.

Kohesi juga merujuk kepada idea dan esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

2.Runtutan atau koheranKesinambunagn idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.Contoh ayat yang koheran :Penyakit denggi bukanlah gejala yang baharu.Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa tempat di Malaysia.Walaupun,rakyat memahami masalah ini,tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi sepenuhnya.Contoh ayat yang tidak koheran :Gadis itu membeli baju berwarna hijau.Warna hijau ialah warna kegemaran muda-mudi kini.Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah social.

3. Tujuan Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan.

Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

4.Penerimaan

Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

5.Maklumat

Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu.

Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu.

Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu

Contohnya:(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.6.Keadaan

Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan Sila masuk, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya.

Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.

Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Contohnya:

Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.

Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.