Upload
lamnhi
View
235
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
PENDAHULUAN
Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai bahasa
terbanyak penuturnya di dunia, iaitu berjumlah hampir 300 juta orang. Daerah penyebarannya
meliputi negara-negara yang terletak di rantau yang dikenal sebagai Kepulauan Melayu dan
juga di beberapa kawasan lain di luar Kepulauan Melayu. Di Kepulauan Melayu atau alam
Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di tiga buah negara
yang berdaulat, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam meskipun Indonesia
menggunakan istilah bahasa Indonesia. Singapura yang sekalipun penduduk Melayunya
hanya kira-kira 14% mengisyhtiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan salah
satu bahasa rasminya, atas sebab-sebab sejarah dan lokasinya yang terletak dalam lingkungan
negara-negara berbahasa Melayu.
Hasil kajian ahli linguistik sejarah dan perbandingan, ahli arkeologi dan ahli
antropologi dan penyelidik-penyelidik dari barat menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah
wujud pada awal abad Masihi. Walaupun tidak banyak interaksi antara pengajian Melayu di
tangan orang Inggeris dengan orang Belanda, banyak penyelidikan dilakukan dan banyak
buku diterbitkan di Britain dan Belanda. Antara tokoh-tokoh penyelidik barat yang
menyelidik bahasa dan bangsa Melayu ialah Andreas Teeuw, Augustus Henry Keane, Frank
Swettenham, Sir Henry Yule, R.O. Winsted, Hugh Clifford, C.A Mees, George Coedes,
Lorenzo Hervasy Panduro, dan Thomas Bowrey. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas
dengan lebih lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh dari Barat dan segala sumbangan
yang telah mereka curahkan terhadap kemajuan bahasa dan bangsa Melayu sehingga kini.
1
Andreas Teeuw
Latar Belakang
Nama sebenar A.Teeuw ialah Andreas Teeuw. Beliau lebih sinonim dengan panggilan
A. Teeuw, lahir pada 12 Ogos 1921 di Kota Gorinchem, Belanda. Beliau pernah dilantik
sebagai guru besar pengunjung Yogyakarta selama tiga tahun. Selaku pengajar utama, beliau
memberikan kuliah teori sastera kepada Penataran Tenaga Kesusasteraan Jawa dan Nusantara
di Falkultas Sastra dan Kebudayaan UGM (1979-1981).
Sumbangan A. Teeuw (Dalam Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional)
Beliau merupakan salah seorang tokoh dari barat yang penting dalam perkembangan
kesusasteraan Melayu tradisional. Pandangan dan kajian beliau dalam lapangan tersebut
secara langsung dapat memperkembang kesusasteraan Melayu tradisional umumnya dan
perkembangan bahasa Melayu khususnya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, beliau
berpendapat bahawa daripada kata “sastera” terdapat juga susastera. Awalan su- itu adalah
daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud baik atau indah kerana itu susastera dapat
dibandingkan dengan belles-lettres dalam bahasa Inggeris dan Perancis dan dichtung dalam
bahasa Jerman untuk memberi makna karya-karya sastera yang bernilai estetik.
Bagaimanapun, bentuk kata susastera itu tidak terdapat dalam bahasa Sanskrit atau Jawa
Kuno, hal ini menunjukkan istilah itu dicipta atau diperkembang dalam bahasa Nusantara
dalam masa yang kemudian.
Selain itu, beliau menjelaskan bahawa kata “kesusasteraan” dalam bahasa
Melayu/Indonesia berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu sastera yang diperkembang menjadi
susastera. Imbuhan ke dan an ditambah untuk memperlengkap bentuk kata terbitan yang
2
memberikan makna yang padu dan menyeluruh, iaitu segala yang tertulis mempunyai nilai
seni dan estetik serta dengan maksud yang memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.
Selain “kesusasteraan” dalam bahasa Melayu terdapat pula kata “persuratan” , iaitu daripada
kata “surat” yang sejajar maknanya dengan letters dalam bahasa Inggeris. Letters juga
bermaksud literature, misalnya ungkapan man of letters sebagai orang yang mahir dan
terdidik dalam bidang sastera.
Para pengkaji bahasa dan sastera Melayu pernah menemukan dan membicarakan
penggunaan kata-kata lain yang membawa maksud yang sama, iaitu “pustaka”, “karangan”
dan “ikat-ikatan”. Kata “pustaka” juga berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa
maksud “buku” dalam erti yang luas, tetapi dalam bahasa Melayu Klasik, terdapat juga kata
‘pestaka’ yang membawa maksud magis, sihir dan mantera. Ungkapan “membuka pustaka”
seperti yang terdapat dalam beberapa hikayat lama boleh bererti membacakan sesuatu mantera
atau sihir atau membuka buku tentang sihir, nasib atau penujuman tetapi bagi makna umum
‘pustaka’ masih bererti buku sebagai bidang (kepustakaan) atau himpunan berbagai-bagai
buku (perpustakaan).
Menurut A.Teeuw (1966:v):, yang dimaksudkan dengan sastera panji atau cerita-cerita
panji ialah golongan cerita Jawa-Melayu yang semua berpusatkan Sang Panji, putera kuripan,
yang ada sifat sejarahnya tetapi tidak kurang sifat mitologinya. Pokok utama cerita panji ialah
Panji yang berkelana mencari kekasihnya, pasangannya seringkali bernama Cendera Kirana,
Puteri Daha tetapi hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain. Selama dia
berkelana, Panji mengalami bermacam-macam peristiwa hingga akhirnya dia bertemu semula
dengan kekasihnya. Ternyata motif-motif tersebut telah digabungkan oleh pengarangnya
sehingga menjadi sebuah kerangka cerita yang unik dan dapat dianggap sebagai cerita pola
dan cerita panji yang autentik.
3
Setelah cerita panji sudah lama berkembang di Melaka, pengaruh cerita ini masuk pula
ke Thailand kira-kira akhir abad ke-5 (Kromomamun Phittiyakan, 1975:73-74; Rattiya 1988).
Daerah Pattani di Selatan Thailand memang mempunyai hubungan dengan Semenanjung
Tanah Melayu dan Jawa. Tambahan pula, Pattani pada masa pemerintahan Raja Ijau dan Raja
Biru (1584 M- 1624 M) disebut sebagai pusat kesusasteraan Melayu Tradisional.
Ia pun jikalau berlaku pada hukum syarak.”...
“hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada
anak cucu kita jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.” “Baiklah, tuanku. Tetapi jika
anak buah tuanku dahulu yang mengubahkan dia, maka anak buah patik pun mengubahlah.”
(Situmorang dan Teeuw, 1958:26)
Inilah perjanjian yang menjadi dasar konsep daulat dan derhaka yang melatari
perhubungan antara raja dan rakyat. Dalam Sejarah Melayu, konsep ini jelas memperlihatkan
dengan peristiwa pembunuhan Bendahara Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Syah sebagai
peristiwa kemuncaknya.
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa berlaku satu pemberontakan yang direstui oleh
permaisuri sendiri. Raja yang akhirnya bergelar Raja bersiong tidak lagi dapat dibendung
kekejamannya hingga menteri keempat terpaksa mencari jalan mengatasinya. Mereka
mendapat persetujuan dan sokongan daripada permaisuri kerana negeri itu sudah menjadi
sunyi sepi ditinggalkan oleh rakyat yang mengelakkan diri daripada dibunuh oleh raja yang
bertambah zalim itu. Apa yang berlaku dalam Hikayat Merong Mahawangsa boleh dianggap
merujuk secara langsung kepada apa yang diucapkan oleh Demang Lebar Daun:
“.....Tetapi jika anak buah tuanku mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun
mengubahlah.”
4
(Situmorang dan Teeuw, 1958:26)
Dapat disimpulkan di sini mengapa pengarang Hikayat Merong Mahawangsa tidak
menggunakan istilah derhaka kerana jelas yang memecahkan atau melanggari perjanjian ialah
anak cucu Sang Sapurba iaitu daripada pihak raja. Perkara yang lebih penting yang hendak
dikemukakan oleh pengarang ialah ketaatan dan kesetiaan kepada raja hendaklah kena pada
tempatnya dan bukanlah mengikut secara membuta tuli semata-mata.
Kepopularan Epik Mahabrata di Jawa semakin bertambah, lalu pada abad ke-11 iaitu
ketika Jawa diperintah oleh Raja Erlangga, banyak sekali Parwa tersebut disadur atau
diterjemahkan ke dalam bentuk puisi dengan menggunakan bahasa Jawa Kuno. Kemudian
pada tahun 1157 Masihi, iaitu ketika pemerintahan Raja Jayabhaya dari Kediri, dua orang
pengarang istana (kraton) yang terkenal, iaitu Empu Sedah dan Empu Penuluh telah mengolah
cerita Bharatayudha yang diambil daripada sebahagian cerita Epik Mahabrata. Kemudian
cerita Bharatayudha ini telah disadur pula ke dalam bahasa Jawa Baru oleh Yasadipura 1 dan
Pakubuana ke 3. Ternyata, pujangga-pujangga Jawa amat pintar dan memiliki daya cipta
yang cukup tinggi ketika mengubah semua hasil sastera Hindu tersebut ke dalam bahasa
mereka sehingga terasa sekali keasliannya. Bahkan mengikut pandangan A. Teeuw,
disebabkan kepandaian pengarang Jawa yang amat sangat, tidak terasa adanya hubungan
antara kesusasteraan Sanskrit dengan kesusasteraan Jawa Kuno.
Dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu, Mahabrata muncul dalam bentuk cerita-
cerita Pendawa yang terdiri daripada beberapa hikayat yang berasingan seperti Hikayat
pandawa, Hikayat pandawa Lima, Hikayat pandawa Jaya dan Hikayat pandawa Panca
Kelima.
Sesungguhnya hikayat-hikayat ini asalnya daripada Mahabrata, ia masuk ke dalam
sastera Melayu melalui penyaduran daripada beberapa Kakawin Bhomakawya dan Kakawin
5
Bharatayuddha dan sebagainya. Para sarjana termasuk A. Teeuw berpendapat bahawa cerita-
cerita Pandawa dalam bahasa Melayu sebenarnya tercipta sebagai cerita wayang.
Hampir semua pengkaji sependapat bahawa hikayat-hikayat yang ada kaitan dengan
epik Mahabrata masuk ke Alam Melayu melalui karya-karya Jawa dan tidak dikarang terus
oleh pengarang-pengarang Melayu. Misalnya Hikayat Sang Boma dalam bahasa Melayu
dengan Bhomakawya dalam bahasa Jawa Kuno. Ternyata judul kedua-dua hikayat ini hampir
sama. Hal ini mungkin disebabkan oleh bentuk kedua-keduanya berbeza. Bhomakawya ditulis
dalam bentuk puisi (kakawin), sedangkan Hikayat Sang Boma ditulis dalam bentuk hikayat
(prosa). Dalam kaitan ini, Teeuw menyatakan bahawa penghikayatan Hikayat Sang Boma
bersifat analitis dan terpisah-pisah serta bertele-tele, sedangkan Bhomakawya lebih bersifat
sintesis dan padat. Memang terdapat kata-kata yang sama, tetapi secara keseluruhan terutama
sekali jalan cerita, sudah banyak yang berbeza. Di sini Teeuw menyimpulkan bahawa
Mahabrata masuk ke dalam kesusasteraan Melayu melalui dalang sehingga Hikayat Sang
Boma dianggapnya sebagai suatu penghikayatan wayang Jawa.
A.Teeuw juga berpendapat bahawa batu-batu bersurat atau prasasti merupakan
permulaan tradisi menulis sejarah bagi masyarakat Melayu tradisonal. Tulisan Pallava yang
datang dari India Selatan dipahat di batu bertulis untuk mencatat peristiwa-peristiwa sejarah
yang berlaku pada abad ketujuh itu. Batu-batu bertulis itu termasuklah Batu Bertulis Kedukan
Bukit (683 M), Talang Tuwo (684 M), Batu Kapur (686 M), dan Karang Berahi (686 M).
Yang diabadikan pada batu-batu bertulis itu ialah berita tentang keberangkatan raja
dan pengiring-pengiringnya, sama ada ke negeri baharu atau untuk memerangi musuh. Ada
juga batu bersurat yang mencatatkan perihal kejayaan seseorang raja mengalahkan sesuatu
kerajaan lain. Contohnya, pada Batu Bertulis Kedukan Bukit yang bertarikh 683 M
mencatatkan perihal Raja Jayanasya yang berangkat dari Muara Tamvam dengan ramai
6
pengiringnya dan kemudian membuka negeri yang diberi nama Sriwijaya iaitu kota yang jaya
atau yang berbahagia dan makmur.
Menurut Teeuw dan Wyatt, (1970 :71-74) Hikayat Patani pula menceritakan bahawa
Raja Patani, Phya Tu Naqpa menghidap sejenis penyakit kulit yang tidak dapat diubati.
Baginda memerintahkan dipalu canang ke seluruh negeri memberitahu sesiapa yang berjaya
menyembuhkan baginda akan dijadikan menantunya. Syeikh Said dari Pasai bersedia
mengubatinya seandainya baginda bersetuju untuk memeluk Islam setelah sembuh. Dua kali
baginda tidak menunaikan janjinya setelah sembuh dan penyakit itu berulang dengan lebih
teruk. Kali ketiga penyakit itu berulang baharulah Raja Pattani itu memenuhi janjinya dan
memeluk agama Islam.
Sumbangan A. Teeuw Dalam Sastera Indonesia
Sumbangannya terhadap kemajuan sastera Indonesia sangat besar dan bererti. Setiap
perkataannya atau pernyataannya yang berhubungan dengan sastera Indonesia baik dalam segi
teori, tentang seseorang ataupun dalam segala hal dapat dipastikan dikutip atau dijadikan
rujukan dalam setiap tulisan siapapun, ilmuwan sastera, pengkritik sastera, ataupun hanya
seorang mahasiswa yang sedang menulis makalah atau tugas kuliahnya. Seperti yang penulis
lakukan, iaitu mengutip kutipan, “Karya sastera tidak lahir dalam kekosongan budaya” (A
Teeuw, 1980: 11) yang diambil dari bukunya Prof. Dr. Rachmat Djoko Pradopo (1995:36).
Senada juga dengan pernyataaan A Teeuw di atas, bahawasanya A Teeuw sendiri tidak
lahir dalam kekosongan budaya. Banyak sebutan bagi sesosok A Teeuw oleh beberapa orang
yang mengetahui penglibatannya di dalam dunia sastera Indonesia. Ada yang menyebut beliau
seorang ilmuan kerana beliau selalu mengkaji dan meneliti sastera dan kemudian
menghasilkan buku-buku yang berhubungan dengan ilmu sastera seperti Sastera dan Ilmu
Sastera (1984) buku yang cukup terkenal dan dipakai di mana-mana. Ada pula yang menyebut
7
beliau sebagai pengajar kerana beliau aktif mengajar di mana-mana, UI dan UGM salah
satunya yang pernah disinggahi A Teeuw untuk mengajar sastera mahupun mengisi seminar-
seminar atau kuliah umum.
Tercatat sebagaimana pengakuan beliau sendiri dalam kata pengantarnya dalam buku
Sastera dan Ilmu Sastera (1984) beliau seorang guru besar pengunjung di Yogyakarta. Lalu
selama tiga tahun selaku pengajar utama beliau memberikan kuliah teori sastera pada
Penataran Tenaga Ahli Kesusasteraan Jawa dan Nusantara di Fakultas Sastera dan
Kebudayaan UGM (1979-1981). Pada tahun 1981 diberikan pula rangkaian seminar di
Fakultas Sastra UI di Jakarta mengenai pokok yang sama. Dan juga sejak mulai dilaksanakan
program S-2 untuk Sastera di Fakulti Sastera UGM (tahun 1981) setiap tahun beliau diminta
menyelenggarakan kuliah teori sastera. Tidak ketinggalan, beliau juga sejak 1955 sebagai
Guru besar Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan Indonesia di Universitas Leiden, Belanda.
Di beberapa universiti beliau mendapat beberapa gelaran, antaranya meraih Doktor dari
Universitas Utrecht (1946), menerima gelaran Dr. Honoris Causa dari Universitas Indonesia
(1975). Di luar itu, beliau juga pernah aktif di berbagai-bagai lembaga, seperti Ketua
Departmen Bahasa dan Kebudayaan Universitas Leidien (1968-1986), anggota Ilmu
Pengetahuan Belanda (1971-) dan ketua Komite Belanda untuk Kerja Sama Indonesia-
Belanda (1970-). Kemudian juga pernah mengadakan penelitian tentang sastera Indonesia di
Jakarta (1945-1947) dan Yogyakarta (1977-1978). Serta pernah pula menjadi Lektor Sastera
Melayu di Fakulti Sastera UI (1950-1951) dan guru besar tamu di Universitas Michigan. AS
(1962-1963).
Selain itu, beliau juga dikenali sebagai pengkritik sastera. Beliau dikenali sebagai
pengkritik sastera Indonesia yang berasal dari luar negeri. Maklumlah beliau lahir di negeri
kincir angin, tetapi kemudian menjadi Indonesianis (orang Indonesia) dan kemudian sekarang
menetap di negeri asalnya, Belanda. Seperti yang diungkapkan oleh Nurhadi BW (2005), A
8
Teeuw (Belanda) dan beberapa deret nama seperti Claudine Salmon dari Perancis yang
banyak mengkaji sastra Indonesia Tionghoa atau Harry Aveling dan Keith Foulcher dari
Australia. Selain itu, dapat disebut tokoh-tokoh lain seperti Henri Chambert-Loir, VI
Braginsky, E Ulrich Kratz, Doris Jedamsky dan Pamela Allen (diambil dari KCM.Com).
Mereka semua adalah para kritikus sastra Indonesia yang berasal dari negara asing. Walaupun
demikian, mereka semua sangat faham dengan sastra Indonesia. Begitu juga dengan A.Teeuw,
salah seorang Indonesianis yang sudah puluhan tahun bergelut dengan dunia sastra Indonesia.
Dengan kerja keras dan jasanya serta beberapa karyanya itulah sastera Indonesia dikenali di
kancah antarabangsa.
Tidak banyak ilmuwan sastera Indonesia dari negara Indonesia sendiri yang mampu
memperkenalkan sastera Indonesia di dunia antarabangsa. Dan tidak lupa pula nama-nama
seperti Harry Aveling dan Ian Campbell (Australia), Berhold Damshduser (Jerman) serta
beberapa Indonesianis lainnya, entah itu dari Rusia, Cina mahupun Amerika dan A.Teeuw
sendiri, sastera Indonesia banyak dikenali dikancah antarabangsa. Tanpa jasa mereka
mungkin sastera Indonesia tidak banyak dikenali di dunia. Banyak pula komentar-komentar
A.Teeuw tentang beberapa tokoh sastera Indonesia, baik tentang orangnya atau karya-
karyanya. Seperti komentarnya yang ditujukan kepada sosok HB Jassin (Kritikus sastra
Indonesia dan lebih dikenali pula sebagai “Paus Sastra Indonesia”) dalam hubungannya
dengan kritik sastera Indonesia.
Komentar A. Teeuw dalam Modern Indonesian Literature (jilid 3) tentang kritik
sastera dalam hubungannya dengan HB Jassin, tentu tidak lepas dari hakikat Jassin sebagai
kritikus dengan letupan-letupan intuisi. Kata A. Teeuw, “literary criticism...is indeed rather
underdeveloped”, iaitu kritik sastera benar-benar dalam keadaan terbelakang. Lalu kata A.
Teeuw pula, sepanjang pengetahuan A. Teeuw, HB Jassin tidak pernah “published any
fundamental ideas,” dan juga tidak pernah melakukan “declaration of principles of criticism.”
9
HB Jassin, kata A. Teeuw tidak pernah menerbitkan gagasan-gagasan pokok dan juga tidak
pernah mendeklarasikan prinsip-prinsip kritik sastera.
Sangatlah pantas beliau menyandang gelar Profesor Doktor Andreas Teeuw kerana
segala tindak tanduknya di dunia sastera tidak diragukan lagi. Ditambah pula dengan karya-
karyanya yang berjumlah cukup banyak, baik berbahasa Indonesia, Inggeris ataupun
berbahasa Belanda, seperti Vooltooid voorspiel: Indonesische Literatur tussen twee
wereldoorlogen (1950), Hariwansa (1950), Pokok dan Tokoh dalam Kesusasteraan Indonesia
Baru 1 (1952), Dialectatlas van Lombok (1954), Pokok dan Tokoh dalam Kesusasteraan
Indonesia Baru II (1955), A critical survey of studies on Malay and Bahasa Indonesia (1961),
Modern Indonesian Literature I & II (Den Haag, 1967, 1979), Sastra Baru Indonesia I
(1978), Tergantung pada Kata (1980), Kesusastraan Baru Indonesia (1980), Khazanah
Sastra Indonesia (1982), Membaca dan Menilai Sastra (1983), Sastra dan Ilmu Sastra (1984
dan 1988) bersama Toeti Heraty, Sastera Indonesia Modern II (1989), Tergantung pada Kata
(1990), Indonesia antara Kelisanan dan Keberaksaraan (1994), Citra Manusia Indonesia
dalam Karya Sastera Pramoedya Ananta Toer (1997), Teori Sastera dan Penelitian Sastera
dan “ Sastera Indonesia, Pribumisasi dan Novel Sastera” dalam Among Kurnia Ebo (Ed.
Sastera di Titik Nadir, Bunga Rampai Teori Sastera Kontemporer (2003) serta beberapa
karya-karyanya yang lain.
Dengan melihat karya-karyanya yang sangat berlimpah dan semuanya itu perihal
sastera Indonesia, sangatlah pantas kita menyebut beliau sebagai Guru Besar, pengajar,
ilmuwan, kritikus dan boleh pula kita melekatkan predikat-predikat lain kepada sosok A.
Teeuw.
10
R. O. Winstedt
Latar Belakang
Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England.
Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan
di Magdalen College School dan di New College, Oxford dari mana dia telah menerima satu
MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah
lama menetap di kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca
tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu, beliau
memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.
Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika
di Oxford dan pernah mengikuti kursus undang-undang selama setahun di universiti yang
sama. Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir
tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari satu sudut beliau tidak
mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang merupakan
bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.
Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam Negeri
India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana
kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan (Bastin, 1964:2) menyebabkan
markahnya agak rendah dan beliau telah di hantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di
negeri Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson,
Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk
mempelajari sistem matrilenial. Dalam 1913 dia telah dilantik Pegawai Daerah dalam Kuala
Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di jabatan pendidikan. Pada tahun 1920-an
Winstedt menerima Dlittnya daripada Oxford. Dia juga berkhidmat sebagai Presiden pertama,
11
di Raffles College Singapura, pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai
presiden, dia juga berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;
bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS), dan anggota Majlis Perundangan, Negeri-negeri
Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal Council, 1927 hingga 1931.
Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu beliau telah dilantik sebagai
pensyarah, pembaca dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di
School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran pada
1939 hingga1959. Pada tahun 1938 beliau juga telah dilantik sebagai presiden di Association
of British Malaya sehingga tahun 1939. Di samping itu beliau juga dilantik sebagai ahli
Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah Jajahan mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939.
Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presidan di Royal Asiatic Society pada tahun
1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi
Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Instituut voor TaalLanden
Volkenkunde. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2 Jun 1966.
Sumbangan R.O. Winstedt
Sewaktu bekerja di Kuala Pilah beliau telah menghasilkan dua buah buku yang
berjudul colloquial (Malay: A Simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang
dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of colloquial
Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap baik
kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu, beliau juga
banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian Journal of
Politics and History, “Winstedt adalah cendikiawan British pertama untuk membuat satu
12
kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah, malah
mengaplikasikan pendekatan saintifik dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu.”
Dengan kata lain kamus Winstedt ini banayak menunjukkan persamaan antara bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20 Winstedt juga telah menghasilkan buku
tatabahasa Melayu yamg berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu pada
tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary diikuti
dengan Kamus Bahasa Melayu pada tahun 1960..
R.O Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang
Melayu khususnya, dia sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadagannya
Sultan Idris Training College (S. I. T. C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997,
kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British
Empire, Order of St Micheal and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O
Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. R.O Winstedt dan O.T Dussek telah
dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957 Pejabat Karang Mengarang di bawah
nasihat R.O Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah dibawah Malay
School Series.
Di samping itu, R.O Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai
kesusasteraan Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah Melayu.
Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun
sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan R.J Wilkinson Winstedt telah menghasilkan esei
yang berjudul “The Literature of Malay Folklore. Beginning: Fables, Farcical Tales,
Romance” Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of
13
Malay Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali
Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A History of Classical
Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan diikuti dengan “Musang
Berjanggut” setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah
dihidupkan kembali oleh R.O Winstedt. Dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu.
Sebagai perkembangan pada tahun 1910 Winstedt sendiri telah merumikan “Hikayat
Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung
Merah Muda”, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang
penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul “Hikayat Anggun Che
Tunggal” yang dihasilkan pada 1914. Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul
“Misa Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi. A study of the
evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Selain itu dalam bidang kesusasteraan Melayu
R.O Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and
Johore”, etc. (Malay text of the tuhfat al-naf+s) pada tahun 1932. Pada tahun yang sama juga
beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A History of Johore”. Iaitu mengenai
tentang silsilah kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah
pada tahun 1934 beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul “A History of
Perak” dan diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938 beliau telah menghasilkan
karya yang berjudul “The Date, Autorship, Content and Some New MSS. Of the Malay
Romance of Alexander the Great” diikuti dengan “The Malay Annals or Sejarah Melayu;,
(with ‘ An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940 beliau menghasilkan
karya yang berjudul “Valentjin Copy of The Sejarah Melayu”.
Pada tahun 1941 pula beliau menghasilkan karya yang berjudul “The Panji Tales” dan
“A Literary Device Common to Homer and the East”. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan
karya yang berjudul “Nature in Malay Literature and Folk Verse”. Manakala pada tahun 1944
14
pula beliau menghasilkan “An Undescribed Malay Version of the Ramayana” Sumbangannya
dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan “The Malays: a cultural
history” pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan
karyanya yang berjudul “Notes On Malay Subjects.
Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak berhenti di sini sahaja, pada tahun 1949
beliau telah menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa and
the King Of Singapore”. Pada tahun 1961 beliau telah menghasilkan 1 lagi tulisannya yang
berjudul “Modern Malay Poetry”.
15
C.A Mees
Latar Belakang
C.A Mess merupakan seorang warga Belanda yang mula dikenali pada tahun 1935
apabila beliau terlibat dalam kajian tentang bahasa-bahasa di Asia Tenggara. Beliau
merupakan seorang tokoh pengkaji bahasa Melayu. Beliau pernah mengembara dan menetap
di British, Belanda, Jerman dan ke nusantara seterusnya. Beliau juga banyak menghasilkan
buku-buku tentang bahasa Melayu, yang kemudiannya diguna pakai oleh kerajaan tertentu. Ini
jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas Pemerintah Daerah Tingkat 2
Kutai (1979) yang naskahnya berasal dari buku De Kroniek van Koetei karangan C.A.Mess
(1935) manakala buku yang membincangkan tentang bahasa melayu ialah buku “Tatabahasa
Indonesia”.
Sumbangan C.A.Mess
Dr. C. A. Mess, dalam “Tatabahasa Indonesia” (G. Kolff & Co., Bandung, 1953)
menolak pemakaian “dimana”. Ia juga menolak pemakaian “pada siapa”, dengan siapa,
untuk diganti dengan susunan kalimat Indonesia yang “tidak meniru jalan bahasa Belanda”,
dengan mempergunakan kata tempat, kawan atau teman.
Misalnya: “orang tempat dia berhutang” (bukan: pada siapa ia berhutang);” orang
kawannya berjanji tadi” (bukan: orang dengan siapa ia berjanji tadi). Bagaimana
kemungkinannya untuk bahasa jurnalistik? Misalnya: Rumah dimana saya diami”, yang
berasal dari “The house where I live in”, dalam bahasa Indonesia semula sebenarnya cukup
berbunyi: “Rumah yang saya diami”. Misal lain: “Negeri dimana ia dibesarkan”, dalam
16
bahasa Indonesia semula berbunyi: “Negeri tempat ia dibesarkan”. Dari kedua misal itu terasa
bahasa Indonesia semula lebih luwes, kurang kaku. Meski begitu tak bererti kita harus
mencampakkan kata dimana sama sekali dari pembentukan ayat bahasa Indonesia.
Buku-buku karangan C. A. Mees juga digunapakai dalam sistem pentadbiran oleh
kerajaan-kerajaan dahulu. Ini jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas
Pemerintah Daerah Tingkat 2 Kutai (1979) yang naskahnya berasal dari buku De Kroniek van
Koetei karangan C.A. Mees (1935). Sementara itu juga, buku C. A. Mees sendiri bersumber
dari naskah kuno dalam tulisan huruf Arab karya Tuan Chatib Muhammad Tahir pada 21
Dzulhijjah 1285 Hijriah.
Selain itu, nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan
dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van 588 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 4
Ophuysen, C. A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain,
Sultan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Za’aba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan
jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga
buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan
mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun
itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.
Menurut C. A. Mees (1969), bahasa Melayu di Indonesia mula memperlihatkan tahap
yang lebih mantap di sekitar tahun 1950-an, sesudah mengalami kekacauan bentuk bahasa
dalam zaman pendudukan Jepun, di samping kekacauan bahasa yang berpunca daripada
percubaan orang Jawa menjadikan bahasa Melayu ‘lebih bersifat Indonesia’ (tetapi pada
hakikatnya mereka berusaha menjadikan bahasa tersebut lebih bersifat Jawa). Kian
berkurangnya kekacauan bahasa itu rupa-rupanya ada hubungannya dengan usaha
memberikan perhatian kepada pengajaran bahasa yang baik. Dalam hubungannya dengan hal
17
ini, besar sekali sumbangan majalah Pembina bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Sutan
Takdir Alisjahbana. Majalah ini memuatkan tulisan-tulisan tentang selok-belok bahasa
Indonesia dan perbahasan di sekitarnya sehingga tepat benarlah nama majalah itu dengan
peranan yang dimainkannya, iaitu pembina bahasa. Tidak diragui lagi akan usaha pembinaan
bahasa yang digerakkan oleh ahli-ahli bahasa Indonesia pada tempoh itu didasarkan pada
sifat-sifat Melayu yang menurut C. A. Mees (1969) ‘kembalilah pula kepada alurnya sendiri’.
Edisi pertama majalah tersebut dengan tegas mengingatkan bahawa kaum pengarang tidak
seharusnya mengambil kata-kata daripada bahasa daerah. Kalau tidak perlu, atau sesuka hati
sendiri saja kerana kesatuan bahasa itu akan hilang dengan tindakan yang demikian.
Bahawa bahasa yang dijadikan bahasa kebangsaan Indonesia itu adalah bahasa Melayu
diperteguh dalam Kongres Bahasa Indonesia Kedua (28 Oktober – 2 November 1954) di
Medan. Kongres tersebut memutuskan bahawa ‘Asal bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu
yang disesuaikan pertumbuhannya dalam masyarakat Indonesia sekarang,” dan disarankan
menjadi alat pembinaan kebudayaan moden di Indonesia. Ini ditegaskan dalam Kongres
Bahasa Indonesia Ketiga (28 Oktober hingga 3 November 1978). Dalam Kongres Bahasa
Indonesia Keempat (21-26 November 1983) pula, peranan bahasa Melayu di Indonesia
ditekankan dalam hubungannya dengan seluruh bidang kehidupan.
Pendapat C. A Mees yang menyatakan bahawa Melayu yang termasuk rumpun bahasa
Nusantara yang serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia
dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya
kekerabatan dan perkaitan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.
Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan
Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia
tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.
18
Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang
dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa
Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur
berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Bahasa di Asia Tengah berasal dari
keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu dan Burma.
Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil,
Malayalam dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian
Timur, Tenggara dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat
kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.
C. A. Mees juga menunjukkan bahawa bahasa Austronesia ini banyak persamaan.
Kata-kata seperti mata, lima dan telinga sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut. Sistem
imbuhan dan susunan tatabahasa juga banyak persamaan. Perbezaan yang besar seperti dalam
bahasa Indo-Eropah, misalnya antara bahasa Perancis dan Jerman, Sanskrit dan Inggeris, tidak
ada pada bahasa-bahasa Austronesia.
Dalam pengkajian tentang Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H. N. Van der Tuuk
dan diperluas oleh J.L. A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L
dikatakan oleh C.A. Mees bahawa “Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana
pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak
sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, telinga dan sebagainya, mahupun
pada sistem imbuhan dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa
Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak
ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak
berubah dalam morfologi” juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan
dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.
19
Seterusnya, menurut pandangan C.A Mees (1954), beliau mengatakan kerajaan
Sriwijaya telah mendirikan satu Perguruan Tinggi Buddha. Banyak mahasiswanya yang
datang belajar adalah berasal daripada seluruh pelusuk kawasan jajahan kekuasaannya.
Terdapat juga mahasiswa yang menunutut di Perguruan Tinggi ini berasal daripada kerajaan
jiran tetangganya seperti kerajaan Champa dan kerajaan Kambodia. Dalam institusi Perguruan
Buddha ini, bahasa pengantar bagi pengajarannya ialah Bahasa Melayu Kuno atau lingua
franca Kw’en Lun.
Dalam pengajiannya tentang makhluk seperti manusia yang terdapat di Asia Tenggara
pada zaman Purba mengikut sumbernya C.A Mees, Homo erectus ialah jenis makhluk yang
dibangsakan kepada manusia yang telah lama wujud di wilayah Asia Tenggara. Makhluk ini
jauh lebih tua daripada makhluk yang ditemukan di Negara China yang dikenali dengan
panggilan China Man. Homo erectus ini juga dikenali sebagai Manusia Jawa atau Java Man
yang ditemui dan berumur 1,400,000 tahun.
Bahkan ada juga tulang-tulang rangkanya yang ditemui telah berumur kira-kira 1,900,000
tahun, sebagaimana yang telah ditemui di Pulau Jawa. Manusia ini juga terdiri daripada
pelbagai jenis seperti Meganthropus Palaeojavanicus, Pithencanthropus Robustus,
Pithecanthropus Erectus, Homo Soloensis, Homo Wajakensis dan banyak lagi gelaran yang
diberikan pada makhluk ini. Tinggalan-tinggalan daripada mereka ini banyak ditemukan di
pelbagai tempat di daerah jawa tengah terutamanya dan jawa timur seperti di kawasan
Kedungbrubus, Trinil, Tarigi, Gombang, dan Sangiran. (C.A. Mees, 1967; Widjiono Wasis,
1991) .
20
Thomas Bowrey
Latar Belakang
Thomas Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan Melayu
dan buku tatabahasa Melayu. Beliau dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St Phillips,
Gloucestershire London England dan telah menyertai syarikat Hindia Timur Inggeris ke Asia
Tenggara. Thomas Bowrey hidup selama 44 tahun sahaja kerana meninggal dunia pada tahun
1713. Beliau telah mengembara ke Asia Tenggara selama 19 tahun dan menghasilkan
beberapa buah karya. Selama beliau tinggal di Teluk Benggal dan kepulauan-kepulauan di
Asia Tenggara beliau telah menghasilkan kamus dwibahasa yang pertama pada lewat kurun
ke 17. Kamus itu ditulis ketika dalam perjalanan pulang ke England pada tahun 1688 dan
kemudiannya diterbitkan oleh “The Sam London” pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk A
Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701). Beliau juga mengkaji
tatabahasa Melayu semasa berada di Kepulauan melayu dan walaupun amat ringkas dalam
Bahasa Inggeris yang terkandung dalam kamus tersebut. Kamus ini dicetak oleh The Sam
London ketika beliau berumur 32 tahun iaitu daripada 13 tahun barulah kamus beliau
dikeluarkan dan merupakan kamus pertama dwibahasa Inggeris Melayu dihasilkan.
Sumbangan Thomas Bowrey
Sumbangan Thomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar terutamanya di
dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama yang menghasilkan perkamusan
Melayu Inggeris dan telah berkembang dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Kamus
21
beliau telah diterbitkan pada tahun 1701 oleh The Sam London yang bertajuk A Dictionary of
English and Malayo-Malayo and English (1701).
Selepas 19 tahun berdagang di Teluk Benggal dan kepulauan-kepulauan di Asia
Tenggara, seorang tokoh Inggeris iaitu Thomas Bowrey boleh dilihat telah mencapai
profesion di Tanah Melayu pada lewat kurun ke 17. Dalam perjalanan pulang ke tempat tanah
airnya iaitu England yang amat jauh pada tahun 1688, Thomas Bowrey telah menulis sebuah
kamus dwibahasa yang mana kemudiannya karya beliau ini telah diterbitkan oleh The Sam
London pada abad ke 18 iaitu pada tahun 1701. Pada bahagian pendahuluan kamus ini,
Thomas Bowrey telah menulis bahawa, “... di mana-mana sahaja di kepulauan-kepulauan
ini..., Bahasa Melayu telah diterima dan secara umumnya digunakan di semua pelabuhan di
kepulauan-kepulauan itu,” dan beliau juga menulis bahawa “...hanya untuk perdagangan di
kebanyakan tempat di mana Bahasa Melayu digunakan .” Kamus beliau ini mengandungi
senarai-senarai perkataan yang wujud dalam bahasa Inggeris-Melayu dan juga dalam Melayu-
Inggeris. Sebagai tambahan beliau juga ada memasukkan seperti berikut:
(a) Penerangan dan peraturan tatabahasa pendek
(b) Beberapa perkara
(c) Dialog-dialog
(d) Surat-surat dalam bahasa Inggeris dan Melayu
Kamus ini menerangkan dua bahagian iaitu:
(a) Sebahagian aspek-aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu
terutamanya yang berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan
bandingkan dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam
buku Tatabahasa Dewan (1994).
22
(b) Penerapan semulajadi ke atas sebentuk asas sintetik bahasa Melayu dan
perbandingannya dengan yang ada pada masa kini.
Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa fungsi kepada
imbuhan ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif meng-. Ini adalah bertentangan
dengan tatabahasa moden pada buku Tatabahasa Dewan (1994). Sebagai penanda pasif, ia
kelihatan seperti mempunyai versi bahasa Melayu yang lebih karya berbanding dengan
imbuhan pasif pada bahasa Melayu lewat kurun ke 17. Sebagai bentuk asas di dalam
sintaksis (syntax), ia akan melaporkan tentang penerapan ke atas ayat –ayat kompliment,
persaudaraan dan bentuk-bentuk struktur interrogatif. Teori morphologikal tradisional akan
digunakan untuk menerangkan morfologi itu. Sementara itu, teori X’daripada “Principles
and Parameters of Culicover” (1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang sintatik.
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan
kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey Sistem ini menjadi
begitu popular di kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaaan
sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa
Melayu. Sistem ejaaan baru telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini bermakna sudah
hampir 25 tahun ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan
pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak
kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia.
23
George Coedes
Latar Belakang
George Coedes merupakan salah seorang sarjana barat yang telah banyak mengkaji
sejarah dan perkembangan di Asia Tenggara. Beliau dilahirkan di Paris dan berketurunan
Hungary. Beliau telah mempelajari indologi di Sorbonne dan seterusnya mempelajari bahasa
dan budaya Sanskrit di Berlin bersama R. Pischel. Beliau telah banyak menumpukan
perhatian pada epigrafi Khmer dan telah menulis banyak tentangnya. Beliau juga telah
menerbitkan artikel bertajuk “Le Royoume De Crivijaya” pada tahun 1918 di Hanoi dan ini
telah meningkatkan lagi reputasinya di kalangan orientalis barat.
Coedes dilantik sebagai kurator di Perpustakaan Kebangsaan Thailand dalam tahun
1918 dan menjadi pengarah L’Ecole francaise d’Extreme-Orient sekitar tahun 1929 hingga
1946. Dalam tempoh masa ini, beliau telah menerbitkan bukunya yang bertajuk “ Recueil Des
Inscriptions Du Siam” (Bangkok, 1924-29, 2 vols). Kemudian, beliau telah menerbitkan buku
yang mempunyai siri yang panjang di antara tahun 1937 dan 1942. Tajuk buku tersebut ialah
“Inscription Du Cambodge”. Beliau menerbitkan buku edisi pertama yang bertajuk “Etats
Hindouises d’ Indochine et d’Indonesia” di Hanoi pada tahun 1944 dan edisi kedua pula
diterbitkan pada tahun 1964 di Paris.
Coedes menjalinkan hubungan kerjasama yang baik di antara L’Ecole francaise
d’Extreme-Orient dan orang-orang Belanda yang merupakan kawan-kawannya dari
Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen di Batavia. Pada tahun
1928, Coedes telah mengadakan lawatan ke ibu negeri Belanda Timur dan pada tahun 1930,
pengarahnya pula telah datang ke L’Ecole francaise d’Extreme-Orient di Indochina. Ini
menunjukkan bahawa Coedes mempunyai hubungan yang cukup baik dengan orang-orang
Belanda.
24
Coedes kembali ke Perancis selepas peperangan dunia kedua dan berkhidmat di Ecole
pratique des Hautes Etudes sebagai tenaga pengajar sehingga bersara. Selepas itu beliau
tinggal di Paris sehinggalah beliau mati pada tahun 1969. Coedes telah menulis banyak teks di
dalam kajiannya antaranya ialah, “The Indianized States of Southest Asia (1968,1975)” dan
“The Making of South East Asia (1966)” di mana beliau telah membina satu konsep
“Indianized Kingdom”. Beliau juga telah menulis buku bertajuk “Angkor An Introduction”
yang telah diterbitkan di Paris pada tahun 1947.
Sumbangan George Coedes
George Coedes merupakan penyumbang terbesar dalam kajian berkenaan kerajaan
terdahulu Sriwijaya iaitu kerajaan yang berpusat di Palembang Indonesia dan telah meluaskan
kawasan jajahannya hingga ke Semenanjung Malaysia dan Tanah Jawa. Coedes telah
membentangkan hasil penemuan dan tafsirannya berkenaan Sriwijaya dalam akhbar
berbahasa Belanda dan juga bahasa Indonesia sekitar tahun 1920.
Coedes juga adalah salah seorang daripada pengkaji yang menyatakan bahawa daerah
Asia Tenggara telah lama bertamadun. Ini adalah berdasarkan kajiannya ke atas tinggalan-
tinggalan zaman terdahulu. Antaranya beliau telah berjaya mentranselitkan prasasti bahasa
Melayu tertua yang ketiga iaitu prasasti Kedukan Bukit. Prasasti ini ditemukan di sebuah
kampung bernama Kedukan Bukit di tepi sebuah sungai yang bernama Sungai Tatung dan di
kaki sebuah bukit yang bernama Bukit Seguntang. Nama bukit Seguntang ini ada tercacat
dalam buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Prasasti ditemukan pada tahun 683 masihi
tidak jauh dari Kota Palembang, ibu kota propinsi Sumatera Selatan.
Selain daripada itu, Coedes juga telah berjaya mentranselitkan prasasti yang
ditemukan di Talang Tuwo iaitu di Palembang, Sumatera Selatan. Prasasti ini bertarikh pada
25
684 Masihi. Prasasti ini seterusnya yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang
ditemui di Kota Kapur, di Pulau Bangka. Prasasti ini bertarikh pada 686 Masihi. Satu lagi
prasasti yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang ditemukan di Karang
Berahi. Prasasti ini bertarikh pada 686 Masihi.
Daripada penemuan-penemuan prasasti ini, dapatlah kita mengetahui ciri-ciri bahasa
yang digunakan, adat resam serta kepercayaan sesuatu bangsa dan masyarakat pada masa itu
di Nusantara ini. Dengan adanya terjemahan pada prasasti tersebut maka pengkajian bidang
Sejarah Bahasa Melayu menjadi semakin luas. Daripada teks yang terdapat pada prasasti-
prasasti tersebut, kita dapat mengumpulkan kata-kata yang boleh diberi padanannnya dengan
kata-kata bahasa Melayu Moden. Selain itu juga, kita boleh melihat persamaan dan perbezaan
kosa kata, morfem, fonem, morfologi, fonologi dan sebagainya antara bahasa Melayu Kuno
dengan bahasa Melayu Moden.
26
Lorenzo Hervasy Panduro
Latar Belakang
Lorenzo Hervas y Panduro adalah seorang Bahasa Sepanyol Jesuit dan ahli filologi
terkenal. Beliau dilahirkan di Horcajo pada 1 Mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom
pada 24 Ogos 1809. Filologi berasal dari bahasa Yunani, Filologi merupakan ilmu yang
mempelajari naskah-naskah manuskrip, biasanya dari zaman kuno. Tugas seorang Filologi,
nama untuk ahli Filologi, ialah meneliti naskah-naskah ini, membuat laporan tentang keadaan
naskah-naskah ini dan menyunting teks yang ada didalamnya. Lorenzo Hervas merupakan
Ilmuan filologi biasanya berdampingan dengan paleografi atau ilmu tentang penulisan pada
masa lampau.
L. Hervas memasuki Jesuit yang diarahkan di Madrid iaitu Madrid adalah ibu kota dan
kota terbesar di Sepanyol. Kota ini terletak di Sungai Manzanares di bahagian tengah negara
Sepanyol. Beliau belajar di Alcala de Henares. Alcala’ de Henares adalah sebuah kota di
Sepanyol.
Beliau menumpukan dirinya dengan semangat khas untuk seni bina iaitu Arsitektur
dan linguistik. Arsitektur adalah seni dan ilmu dalam merancang bangunan. Dalam ertinya
yang lebih luas, arsitektur mencakup merancang dan membangun keseluruhan lingkungan
binaan, mulai daripada level makro iaitu perencanaan kota, perancangan perkotaan, arsitektur
landskap, hingga ke level mikro iaitu pereka bangunan, pereka perabot dan pereka produk.
Arsitektur juga merujuk kepada hasil-hasil proses perancangan tersebut dan linguistik.
Linguistik adalah ilmu bahasa. Bergantung kepada sudut pandangan, pendekatan seorang
peneliti, maka ilmu linguistika seringkali digolongkan pada ilmu kognitif, psikologi dan
antropologi.
27
Pada suatu masa, belaiu mengajar seminar diraja di Madrid dan Kolej Jesuit Murcia.
Kemudian, beliau pergi ke Amerika sebagai mubaligh dan tetap berada di situ sehingga 1767.
L. Hervas kembali ke Eropah, dan mempunyai kediaman pertama di Cesena, Itali kemudian
ke Rom pada 1784.
Sumbangan Lorenzo Hervasy Panduro
Pada tahun 1799, beliau kembali ke tanah air namun empat tahun berikutnya
menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Sepanyol dan hidup di Rom.
Beliau tekun dan diberi peluang secara luar biasa. Dengan itu memberikan beliau
ruang mengkaji maklumat tentang simpulan bahasa secara terperinci yang tidak diketahui dan
dikaji dalam khazanah sastera. Keputusan daripada pembelajaran beliau simpan dalam satu
siri nombor kerja-kerja yang pertama dicipta oleh orang Itali dan kemudian diterjemahkan ke
dalam bahasa Sepanyol.
Kerja terbesar beliau adalah wacana kosmografi, “Idea dell’ Universo” (Cesena, 1178-
87, in 21 vols. In 4to). Ia mengandungi beberapa bahagian, hampir semua dapat
diterjemahkan ke dalam Sepanyol dan muncul seperti memisahkan kerja-kerja. Ini amat
penting di mana wujudnya secara berasingan di Itali pada tahun 1784, hasil beliau bertajuk
“Catalogo de las lenguas de las naciones conocidas, y numeracion division y clase de estas
segun la diversitad de sus idiomas y dialectos” (Madrid, 1800-5 6 vols).
Percubaan L. Hervas di sini adalah untuk menyiasat asal usul dan hubungan etnologi
bangsa yang berbeza ke atas dasar bahasa. Objektif utama buku bukan sebenarnya
filologi.Vol I adalah ‘merawat saya bangsa Amerika dan simpulan bahasa’; Vol II’ bagi
pulau-pulau mereka dalam Orang India dan Pacific Oceans’; (Jilid-jilid baki, amat
menyayangi Orang Eropah bahasa-bahasa, adalah kerendahan mutu dalam nilai yang pertama
dua. Dialek-dialek Amerika adalah sudah tentu lebih baik menggambarkan rahsia daripada
28
mereka yang sebelum ini; (kewujudan seorang Melayu dan Polinesia ucapan keluarga telah
ditubuhkan).
Untuk penentu afiniti dalam persamaan bahasa ke dalam tatabahasa yang ditekankan
sebagai menentang kesamaan yang kecil dalam perbendaharaan kata. Semasa di sana beliau
melihat kesilapan-kesilapan dan kecacatan-kecacatan dalam kerja (ia dikalahkan yang ia
menyampaikannya bahan dengan akademik ketepatan dan oleh itu terbukti berguna untuk
penyiasat terlambat).
Bahagian kerja yang lain muncul berasingan di Itali dan kemudian di Sepanyol adalah
(“Virilita dell’Uomo”(4 vols.,1779-80); “Vecchiaja e morte dell’ Uomo” (1780); Viaggio
estatico al Mondo planetario” (1780); “Storia della Terra” (1781-83, 6 vols.); “Origine,
formazione, mecanismo ed armonia degl’ Idiomi” (1785); “Vocabolario, Poliglotto, con
prolegomeni sopra piu de CL lingue” (1787); “Saggio practicco delle Lingue con prolegomeni
e una raccolta di orazioni dominicali in piu di trecento lingue e dialetti” (1787).
Selain itu, beliau juga menulis satu nombor kerja pendidikan untuk pekak mutes,
(yang terbanyak kewujudan penting), kerja-kerja yang aksara pelbagai dan juga meninggalkan
satu nombor kerja-kerja yang belum disunting.
29
Hugh Clifford
Latar Belakang
Hugh Clifford atau lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Sir Hugh Clifford. Beliau
telah mengembara ke tanah melayu pada tahun 1887 iaitu berumur 17 tahun. Setelah berada
lama dan bergaul dengan masyarakat melayu, beliau telah mula faham dan fasih berbahsa
melayu. Oleh itu, beliau telah berminat untuk mengkaji asal usul bahasa Melayu. Pada
18.12.1941, Sir Hugh Clifford, satu nama yang tidak asing dalam sejarah Pentadbiran British
di Pahang telah meninggal dunia. Hugh Clifford yang dilahirkan pada 5 Mac 1866 di
Ugbrooke Park Devon, London. Beliau ketika itu yang baru sahaja lulus peperiksaan asas
memasuki tentera telah dipilih oleh sepupunya Sir Frederick Weld yang menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak, Selangor dan Sungai
Ujong bersama 11 orang kadet-kadet yang lain.
Tugasnya yang pertama di British Malaya ialah sebagai Setiausaha kepada Resident
Perak Sir Hugh Low. Walaubagaimanapun, setelah lancar dalam bahasa Melayu Clifford telah
dilantik menjadi pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1855. Apabila
British mencampuri urusan di Pahang Clifford telah dihantar sebagai wakil British di Pekan
tanpa mempunyai kuasa yang luas. Clifford dipertanggungjawabkan untuk mendesak Sultan
mewujudkan sistam residen di Pahang.
Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai
Superitendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di Pahang iaitu
J. P. Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929 sebagai Gabenor dan
Pesuruhjaya Tinggi Malaya kerana kesihatan tidak mengizinkan beliau memanjangkan
khidmatnya. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 1941 di saat-saat Tanah Melayu
diserang oleh Tentera Jepun.
30
Sumbangan Hugh Clifford
Hugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa Melayu
di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bidang penyelidikan asal usul
Bahasa Melayu. Beliau juga telah membandingkan bahasa melayu kuno dengan bahasa
melayu klasik dan membuat kesimpulan bahawa kedua-dua bahasa tersebut mempunyai
persamaan dari segi cara sebutan dan bentuk ejaan hampir sama. Dengan beberapa penemuan
yang dikaji oleh beliau telah banyak membantu Bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh
Tanah Melayu.
Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap perkataan-perkataan
yang terdapat dalam bahasa melayu. Beliau berpendapat bahawa pawang dirujukkan kepada
mereka yang melakukan kerja-kerja magis atau ghaib, khusus untuk mencari bahan galian,
mengenali tumbuh-tumbuhan, memperoleh ikan atau perkara yang berkaitan dengan alam.
Manakala tugas bomoh pula adalah semata-mata untuk penyembuhan penyakit yang
menyerang manusia. Walaupun demikian fungsi kedua-duanya itu boleh ditukar ganti
penggunaannya.
Sumbangan yang paling besar Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah beliau dan
F. Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang berjudul A Dictionary of
the Malay Language. Kamus tersebut telah disusun dari abjad A hingga G setebal 509
halaman.
Selain itu, High Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat Melayu
dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila beliau banyak
bergaul dengan masyarakat Melayu di samping menjalankan tugas sebagai Residen British di
Pahang.
31
Seterusnya, High Clifford melibatkan diri dalam bidang penulisan novel dan cerita-
cerita mengenai masyarakat Melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut ditulis
berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas di tanah Melayu.
Sumbangan lain yang disumbangkan oleh Hugh Clifford ialah lebih ke arah sejarah
tanah Melayu. Selain melibatkan diri dalam bidang kajian Bahasa Melayu Hugh Clifford juga
berperanan dalam mentadbir tanah melayu semasa penjajahan British. Beliau ditugaskan
sebagai Residen British di Pahang. Sebagai Residen British beliau berperanan untuk
mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu untuk mengikut cara pemikiran British. Tujuan
British berbuat demikian ialah membawa dua maksud. Yang pertama ialah mmbolot ekonomi
dan kekayaan di Nusantara manakala maksud yang kedua ialah menyebarkan fahaman
liberalisme di Nusantara. Ini kerana para kolonial beranggapan menjadi tanggungjawab
mereka untuk mentamadunkan masyarakat Nusantara mengikut piawaian mereka. Perkara ini
jelas dibuktikan melalui slogan “White man burden”. Kedatangan generasi pertama kolonialis
ialah terdiri daripada para orientalis dan ilmuan mengenai peradaban timur (Syed Hussein:
1974). Ini dapat dibuktikan melalui nama-nama sarjana besar seperti Frank Swettenham Hugh
Clifford, R.O Windstead dan J.G Davidson. Kesemua mereka adalah ilmuan yang pakar
tentang ilmu timur dan bertindak sebagai pentadbir kolonial di Nusantara. Sebagai contoh,
Sweetenham yang merupakan Residen British di Selamgor juga merupakan ahli orientalis dari
London. Maka jelaslah tujuan kolonial menjajah.
Nusantara bukan sekadar berorientasikan aspek ekonomi tetapi juga menyebarkan
fahaman Barat ke dalam minda masyarakat Melayu. Peranan ideologi liberal yang didukung
oleh para kolonial juga menyebabkan terdapat kontadiksi diantara orientalis dan Islam. Ini
kerana ideologi liberal yang disebarkan oleh para orientalis di Nusantara menyarankan betapa
perlunya dikurangkan kuasa institusi agama di dalam kehidupan rakyat. Pemikiran liberal
juga menyarankan masyarakat bebas tanpa kongkongan agama kerana para kolonialis
32
berpendapat mereka mengalami modenisasi setelah meninggalkan agama. Ini jelas dibuktikan
melalui peranan Hugh Clifford sebagai Residen British di Pahang di mana beliau menolak
permintaan Sultan Ahmad I untuk mewujudkan jawatan Penasihat syariah kepada kerajaaan
kerana pada anggapan beliau sudah memadai dengan seorang penasihat undang-undang
sivil(Qassim:1994).
33
Augustus Henry Keane
Latar belakang
Augustus Henry Keane (1833-1912), ahli antropologi Ireland, telah dilahirkan di Cork
June 1833. Beliau telah dididik di Dublin dan di Rom untuk kepaderian Katolik Roman; tetapi
dia menolak untuk masuk Church, dan setia dirinya untuk penyelidikan geografi dan etnologi.
Beliau mendaftar dan mengklasifikasikan hampir semua bahasa diketahui, dan daripada data
ini dapat diselesaikan satu sistem etnologi. Dia menyunting Stamford Compendium
Geography dan, selain banyak akhbar dalam majalah-majalah mempelajari persatuan-
persatuan dan dalam ensiklopedia, bercetak Man, Past and Present (1899); Etnology (1896
dan edisi terkemudian); The Gold of Ophir (1901), dan sebagainya. Beliau merupakan
Profesor Hindustan pada Kolej Universiti, London, sehingga 1885. Dia telah meninggal dunia
Feb. 3 1912. Seperkara lagi, beliau juga telah menerbitkan banyak buku.
Selain itu, “The World’s People” ditulis oleh Dr. A H Keane, mengklasifikasikan,
tanpa soal atau kelayakan dalam apa-apa cara, Syrians adalah satu bahagian Caucasian atau
bangsa kulit putih. Dr Keane membahagikan rakyat dunia kepada empat kelas, “Negro atau
hitam di Sudan, Afrika Selatan, dan Oceania (Australasia): Mongol atau kuning, di Central,
Utara dan Asia Timur; Amerinds (merah atau perang), Dalam Dunia Baru; dan Caucasians
(putih dan juga gelap), di Afrika Utara, Eropah, Irania, India, Kebaratan Asia, dan Polinesia.
Dalam tajuk perubatan, Krao telah digambarkan oleh ahli antropologi Dr A H Keane,
orang yang pencarian Darwinists banyak untuk pelengkap yang dicari antara manusia dan
beruk. Dalam kes ini, Afrika dan Asia telah diberikan perhatian tentang evolusionis yang
bersemangat, siapa telah dicari atavistic tanda, bagi mereka kurang baik bangsa dan manusia.
Oleh itu, Dr Keane telah menulis sebuah kertas tentang kaum Ainu di Yesso dan Sakhalin,
dan mempostulasi kewujudan satu perlumbaan berbulu primitive di Further India.
34
Tangggapan-tanggapan yang difikirkan terlebih dahulu ini dibuat satu sudian bersedia untuk
showman’s spiel. Dengan asyik memikirkan, Dr Keane memeriksa sedikit Krao, sesiapa telah
berada di London sepuluh minggu. Dr Keane telah menyelesaikan yang inteleknya adalah
yang satu kanak-kanak manusia normal. Keseluruhan badannya mempunyai satu kot agak
tebal, rambut hitam, tetapi pertumbuhannya tidak cukup tempat untuk menyembunyikan kulit.
Dia nampak luar biasa lembut dan tangkas; Dr Keane adalah berminat tentang kecacatan
kakinya bahawa jari kaki sangat panjang, dan menggenggam benda-benda, serta tangan-
tangannya adalah sangat fleksibel bahawa mereka boleh membengkokkan. Beliau juga tidak
mengesan ciri-ciri simia dalam bentuk mukanya. Selain itu, ‘the showman’sudah biasa
menyumbat makanan kepada pipinya sama seperti seekor monyet, dan bahawa bibir-bibirnya
boleh tonjol setakat ini untuk sebagai untuk berikan dia “agak pandangan cimpanzi”. Dengan
pemerhatian-pemerhatian ini dalam fikiran, Dr Keane menyimpulkan yang Krao adalah bukti
hidup satu perlumbaan berbulu di Laos, dan oleh itu satu fenomena kepentingan saintifik luar
biasa.
Sumbangan A H Keane
Buku-buku yang ditulis oleh A H Keane: 1.Etnology, 2.Asia,3.The Boer State : Land and
People, 4.Handbook of the History of the English Language, for the use of teacher and
student, 5.Man, Past and Present, 6.The World’s People; a popular account of their bodily &
mental characters, beliefs, traditions, political and social institution, dan 7.Central and South
America
35
Reclus, Elisee. “Formosa”
The Earth and its inhabitans. Asia. Vol. II,
East Asia: Chinese Empire, Corea, and Japan.
Edited by A. H. Keane. New York: D. Appleton, 1884
Seperti Hainan, di mana mempunyai populasi penduduk yang agak besar, Formosa
merupakan kajibumi bagi tanah besar. Hampir dengan pantai timur di mana terdapat cerun
yang kedalamannya 7000 kaki, manakala Fokien Strait, pada sebelah barat, mempunyai
kedalamannya yang baru sahaja 140 kaki, dan keluasan 80 batu pada bahagiannya yang paling
sempit. Pada pintu masuk selat laut selatan terduduk dengan Pulau Pescadores (Panghu), di
mana terdapat kedalamanyang berbahaya yang berpanjangan ke arah barat dan selatan. Tidak
kira dari segi politik atau etnik, Formosa adalah semata-mata anggota kejiranan wilayah
Fokien.
Diberi nama Great Luchew oleh ahli—ahli geografi lama, dan kini secara rasmi
dipanggil sebagai Taiwan, pulau ini menggambarkan bentuk satu jorong panjang, lebih
kurang 240 batu jauhnya utara dan selatan, dan telah melalui sepanjang pantai, yang
mengunjur ke arah timur ketika beralir ke tanah besar. Ta-shan, atau ‘Great Range’, seperti
panggilan namanya, melebihi 8000 kakipada selatan, dalam pusat Mount Marrison mencapai
satu ketinggian lebih daripada 11,000 kaki, dan puncak lain telah mencapai ketinggian 12,000
kaki dan ke atas. Ta-shan mengandungi batu kapur jenis karbon, dengan batu-batu igneus
menyingkap sana dan sini. Sebuah gunung berapi aktif, Kiai-shan, dan gempa bumi yang
kerap berlaku pada kebanyakan tempat. Apabila orang Belanda itu menyerang Taiwan, pada
sebelah barat daya, satu selat boleh dilalui, mengalir di antara dua kubu kota. Tetapi kini
saluran ini adalah darat, dipenuhi oleh terusan dan jalan, yang sebahagiannya adalah ditutup
semasa musim bunga, di mana tempat perkapalan kini 2 batu jauh dari kubu lama.
36
Pelayar Eropah pertama yang melihat Taiwan awal dalam abad keenam belas telah
dikejut oleh rupanya yang indah, menamakannya dengan Formosa, atau “The Beautiful”.
Mungkin sudah tiada pulau lautan yang akan dapat gelaran ini. Kecerunan yang tinggi serta
tajam, puncak-puncak, tanjung tinggi sepanjang pantai; manakala ledakan-ledakan gunung di
mana-mana memecah masuk ke dalam air terjun, atau tumbuhan-tumbuhan hutan subtropika
yang tebal mengelilinginya.
Kekayaan flora Formosa sebahagiannya adalah dari kawasan benua, sebahagiannya
kerana zon-zon iklim yang berbeza bertindih sepanjang lereng-lereng gunung. Tanah pantai
kepunyaan kawasan tropika, manakala perbukitan dan kenaikan gunung-ganang berhadap ke
arah kawasan-kawasan atmosferik yang lebih sejuk. Di mana ia biasanya berada lebih jauh
daripada musim monsun, tiupan angin musim panas daripada Malay Archipelago, dan juga
musim sejuk dari Jepun. Dengan pelbagai arus lautan, yang pada sebelah timur Jepun Kuro-
siwo, atau “Sungai Hitam”, perairan yang cetek sepanjang pantai barat sebagai gentian utara
dan selatan di bawah tindakan angin-angin perdagangan pemindahan. Pulau ini oleh itu adalah
terdedah kepada pelbagai pengaruh iklim utara dan selatan, dan juga taburan hujan yang
tinggi. Kelembapan yang tinggi pada musim panas, kebanyakannya bagi tempat bahagian
timur, bagi musim sejuk, semasa kedatangan monsun timur laut, hujan lebat mencapai 120
inci telah dicatatkan pada stesen Kelung pada pantai utara. Pada sebelah timur arus
atmopsferik itu adalah sekali-sekala diterbalikkan oleh taufan, yang jarang sekali menembusi
ke arah barat ke Fokien Strait.
Walaupun Formosa tidak memiliki tumbuhan atau spesies haiwan yang berbeza
daripada benua yang lain, beberapa bentuk telah berlaku di mana belum lagi wujud di tempat
lain. Spesies, seperti dalam South Jepun dan Fokien, adalah sering dibezakan dari segi
pertumbuhan yang simetri dan cepat. Tidak ada tempat lain dalam Cina Empire terdapat
pertumbuhan buluh yang mampu mencapai satu ketinggian besar, kadangkala 100 kaki tinggi,
37
dengan satu lilitan 24 inci. Hutan besar pada kawasan pedalaman itu mengandungi barus
pokok sebelum penerbangan dilakukan oleh peniaga-peniaga moden. Tanah Aralia papyrifera,
sebuah belukar dengan mendedahkan batang serta daun luas, digunakan dalam pengeluaran
“kertas jerami”.
Terdapat tiga puluh lima spesies mamalia dan seratus dua puluh lapan burung-burung
tanah, empat belas atu empat puluh tiga masing-masing didapati mahupun pada tanah besar
atau pada pulau-pulau berhampiran. Haiwan tempatan ini menunjukkan pulau ini telah lama
berpisah daripada benua, tetapi belum cukup lama untuk mengubah suai spesies tersebut.
Lebih separuh daripada Formosan avifauna adalah lebih berkaitan dengan Banjaran Himalaya.
India Selatan , Eastern Archipelago, dan Jepun berbanding dengan China mereka sendiri.
Dalam kalangan benda baru ditemui oleh Swinhoe yang paling luar biasa ialah beberapa
gallinaceae dan burung merpati, seekor burung kuang bayas indah, beberapa tomtits, burung
pipit dan burung hitam; tetapi tidak terdapatnya burung nuri kerana berada pada pusat dan
wilayah-wilayah selatan China.
Formosa telah melalui satu jangka masa yang agak lama di mana telah terasing
kewujudannya oleh orang Cina. Walaupun kumpulan Panghu telah lama diduduki oleh
beberapa orang nelayan, pulau itu tidak pernah dilawati sehingga tahun 605 bagi era kasar,
ataupun sehingga abad kelima belas, apabila pantai utara telah diduduki. Satu sistem
terancang imigresen adalah berjaya ditubuhkan pada abad ketujuh belas, selepas penyingkiran
peniaga-peniaga Belanda dan kemusnahan lanun. Tidak sampai dua ratus tahun, para
peneroka, kebanyakannya dari Fokien, telah sudah menduduki semua bahagian barat, selain
hujung utara dan tepi pantai timur laut. Perjuangan-perjuangan dengan kaum asli kerana
kekayaan perhutanan telah berlaku. Swinhoe juga memberitahu kami bahawa mereka telah
mengimport harimau-harimau dari Fokien, dan membiarkan dan melepaskan mereka bagi
menyusahkan jiran-jiran. Dalam kalangan Cina diri mereka, Hakka dan puak-puak lain
38
daripada tanah besar meneruskan pertelingkahan mereka dalam kediaman baru mereka.
Banyak mereka telah menjalankan perikatan dengan kaum asli, mengangkat adat-adat mereka,
dan tinggal hanya amalan memakai tocang dan memakai baju Cina sahaja.
39
Frank Swettenham
Latar belakang
Latar belakang beliau iaitu Frank Swettenham atau nama sebenarnya Frank
Athelstane Swettenham adalah salah seorang pegawai kolonial British yang terkenal pada
zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1850 di Belper,
Derbyshire, England. Menjelang usia 20 tahun, beliau dihantar ke Singapura bagi mengikuti
latihan sebagai pelatih pegawai kolonial. Semasa inilah beliau menyedari tugasnya sentiasa
berhubung dengan masyarakat sekeliling yang majoritinya berbangsa Melayu. Hal ini
menyebabkan beliau mula mempelajari Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan
masyarakat ketika itu. Kenyataan ini dapat dibuktikan berdasarkan penjelasan yang diberikan
oleh William R. Roff (1967) :
“…..his first task were to familiarize himself with the work of various
government department and learn Malay, he applied himself with particular diligence to the
Latter, passing his Interpreter’s examination….”
Ketika itu Munshi Mohd Said b. Dada Mohyiddin, editor surat khabar Melayu pertama
iaitu “Jawi Peranakan” merupakan orang yang bertanggungjawab mengajar Frank
Swettenham tentang bahasa Melayu, akhirnya Frank Swettenham telah berjaya dalam
peperiksaan akhir Jurubahasa yang didudukinya ketika itu.
Seterusnya, beliau mula bertugas di Province Wellesley dan Pulau Pinang sebagai
pegawai tanah, Jaksa Pendamai, Majistret dan Pesuruhjaya Mahkamah dari tahun 1872-1874.
Pada bulan Januari, Jun dan Julai 1874, beliau telah mengetuai satu misi khas ke Perak atas
permintaan Sir Andrew Clarke. Berikutnya pada bulan Ogos 1874, beliau telah dihantar oleh
Sir Andrew Clarke sekali lagi ke Langat, Selangor pula bagi membantu sultan mendapatkan
40
sokongan moral membanteras kegiatan anasir ketika itu. Setelah dua bulan, kehadiran beliau
telah memberi kesan yang baik. Keadaan ini telah dijelaskan oleh William R. Roff (1967) :
“….. Sultan had written to Clarke saying of the young man ‘He is very clever; he is
also very clever in the customs of Malay government and he is also very clever at gaining the
Hearts of Rajas with soft words, delicate and sweet….”
Ekoran kejayaan itu, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Residen Selangor, pada
Disember 1874. Dengan kedudukannya sebagai pembantu residen, beliau teleh menjelajah
Selangor. Peluang ini telah membuka ruang kepada beliau untuk mengenali dan mendampingi
orang-orang Melayu. Seterusnya pada November, 1875 beliau tellah ditugaskan di Perak
sebagai Timbalan Pesuruhjaya.
Pada tahun 1876-1881, beliau telah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pembantu
Kolonial. Beliau mula memegang jawatan sebagai Residen British di Selangor pada tahun
1886. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Residen negeri-negeri Melayu Bersekutu
mulai tahun 1901-1904. Justeru, dilihat dari penjajahan hidup beliau sebagai colonial Britis
yang berkhidmat lebih kurang 33 tahun di Tanah Melayu dan bergaul dengan masyarakat
Melayu ketika itu, sememangnya beliau banyak memahami dan mempelajari tentang orang-
orang Melayu.
Sumbangan Frank Swettenham
Pelbagai penulisan beliau yang berkaitan dengan orang-orang Melayu dan juga bahasa
Melayu. Antaranya ialah The Real Malay, A Silver-Point, Malay Superstitions, ber-hantu, The
Joget, Malay Sport, Meng-Gelunchur, Local in Colour, Vocabulary Malay-English and
English-Malay, Perak Journal, Latah, A Story of Mat Aris, Manuskrip Hang Tuah, A Malay
Romance, The Malay at Home dan banyak lagi artikel lain.
41
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892
kepada Gabenor negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar
laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri
daripada Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan
penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Frank swettenham mengambil inisiatif dengan mengambil persetujuan
Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap
penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1896, negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.
Kebolehan dan kemampuan Frank Swettenham menguasai bahasa Melayu
sememangnya tidak dinafikan. Keupayaan menguasai bahasa Melayu setelah belajar dengan
bimbingan Munshi Mohd Said dalam masa 15 bulan mampu membantunya mencapai
kelulusan dalam peperiksaan jurubahasa ketika itu. Kebolehan terus terserlah apabila beliau
mula mengetuai misi ke Pamgkor, pada Januari, Jun dan Julai 1874.
Sumbangan pertamanya dalam penulisan bahasa Melayu adalah menterjemah
perjanjian Pangkor 1874 dengan bantuan Munshi Mohd. Said. Beliau juga telah dikatakan
telah menulis manuskrip tentang Hikayat Hang Tuah. Namun begitu, penulisannya tentang
bahasa Melayu yang paling besar ialah menghasilkan Daftar Kata Bahasa Melayu-Inggeris
dan Bahasa Inggeris-Melayu.
Hasil kajiannya tentang bahasa Melayu telah membantu perkembangan bahasa Melayu
yang lebih tersusun dan mempunyai sistem tang lebih mantap. Sistem-sistem yang dikenalkan
oleh Swettenham itu akhirnya dikenali sebagai Sistem Ejaan Swettenham (1881). Penghasilan
daftar kata tersebut banyak membantu perkembangan bahasa Melayu ketika itu kerana ianya
42
menggunakan bahasa Melayu (Tanah Melayu) berbanding Kamus Marsden’s yang popular
ketika itu yang menggunakan bahasa Melayu Sumatera.
43
Sir Henry Yule
Latar Belakang
Sir Henry Yule merupakan anak kelahiran dari Inveresk, Scotland iaitu sebuah negara
yang berhampiran dengan Edinburgh. Anak lelaki kepada seorang penterjemah Apothegms
Ali yang terletaknya di sebelah barat dan tidak mustahil pernah mencipta nama pada suatu
masa dahulu iaitu Major William Yule. Bapa kepada Sir Henry Yule ini, pastinya seorang
yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan beliau merupakan seorang yang bergiat
aktif dengan cemerlangnya sebagai seorang tokoh penterjemah yang hebat lagi disegani. Bak
kata pepatah Melayu, “Manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Begitulah yang
ditujukan kepada Sir Henry Yule ini yang turut dapat digambarkan sebagai seorang tokoh
terkemuka yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai
kejayaan beliau sehingga mencapai ke tahap yang tinggi.
Terdapat pelbagai tempat pengajian yang telah mendewasakan beliau sehingga
menjadi seorang tokoh sarjana yang berjaya. Bermulanya beliau dengan mendapatkan
pendidikannya di Edinburgh. Setelah beliau berjaya menamatkan pengajiannya di sana, beliau
telah menyambung semula pengajiannya di Addiscombe, Chatham dan seterusnya di Bengal
Engineers iaitu pada tahun 1840. Segalanya hanya untuk tujuan yang satu iaitu ingin menjadi
sebagai seorang yang berjaya dan berguna suatu hari kelak. Namun usaha beliau yang begitu
kental itu, tidaklah sia-sia dan tidak menghampakan dirinya untuk terus melangkah lebih jauh
lagi dengan penuh yakin demi mencapai cita-cita yang diidamkan.
Kekuatan semangat dan minat beliau yang jitu telah mendorong beliau pada suatu
masa dahulu untuk menyertai dalam kedua-dua peperangan Sikh. Dalam usahanya itu, beliau
telah diberi satu kepercayaan yang penuh terhadap kebolehan beliau dengan dilantik sebagai
setiausaha kepada seorang yang penting seperti Kolonel (anak jagaan) Arthur Phayre untuk
mencapai misi terhadap Ava iaitu pada tahun 1855. Namun, pada tahun 1862 pula, beliau
44
telah bersara dengan gelaran sebagai seorang pesara yang berpangkat Kolonel. Tidak terhenti
sekadar di situ, kerana berkat kerajinannya, beliau telah mengisi masa senggangnya dengan
pelbagai aktiviti yang berfaedah iaitu setelah beliau bergelar pesara. Beliau yang ketika itu
telah mula menumpukan sepenuh masa dan perhatiannya dengan mengkaji tentang
perkembangan sejarah kuno dan geografi bagi Asia Tengah. Oleh kerana watak dan
ketokohan yang dimiliki oleh beliau, Sir Henry Yule juga pernah menyandang jawatan
sebagai seorang president di Haklyut Society. Hal ini lebih membuktikan bahawa beliau
merupakan seorang yang berdisiplin dalam melaksanakan tugasnya sehingga beliau diberi
satu tugasan yang berat dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang president.
Sir Henry Yule tidak pernah terlepas untuk mendapat sanjungan dan pujian daripada
pelbagai pihak. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau sendiri pernah menerima sebuah
pingat emas daripada Royal Geografical Society kerana kebolehan dan kepintaran beliau
dalam menghasilkan banyak sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Oleh itu, ianya
begitu jelas dapat dilihat bahawa beliau merupakan seorang yang tidak pernah mensia-siakan
masa senggangnya walaupun hanya sesaat untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Begitulah salah satu contoh terbaik yang harus dijadikan sebagai ikutan dan teladan
masyarakat masa kini agar lebih menghargai masa.
Sumbangan Sir Henry Yule
Terdapat pelbagai sumbangan yang telah beliau curahkan sepanjang penglibatannya
dari pelbagai sudut. Antara sumbangannya yang berjaya ditonjolkan adalah seperti dalam
penghasilan karyanya menerusi hasil penulisan beliau yang sangat diminati. Oleh itu, hasil
karyanya telah diambil sebagai salah satu contoh hasil penulisan yang terbaik suatu masa
dahulu. Hasil penulisannya tersebut dalam sebuah buku yang bertajuk “Narrative Mission”
dan telah digunakan sebagai salah satu rujukan khas oleh Mahkamah Ana pada tahun 1858.
45
Selain itu, beliau juga telah berjaya menerbitkan pula buku lain yang berjudul Cathay
dan Way Thither, pada tahun 1866. Selain itu, sebuah lagi buku yang berjudul Book of Marco
Polo juga telah berjaya dihasilkan tetapi ia diterbitkan setelah beliau bergelar sebagai pesara
dengan berpangkat kolonel. Sepanjang kerjayanya sebagai seorang penulis, beliau juga pernah
dibawa keluar oleh sebuah agensi yang bertujuan untuk kerjasama antara beliau dengan Dr
Arthur C Burnell dalam menghasilkan Hobson-Jobson iaitu pada tahun 1886. Dalam hal ini,
misinya utama yang menjadi tunjang kekuatannya adalah untuk menerbitkan sebuah kamus
yang berkenaan tentang ungkapan-ungkapan yang berbentuk kolokial Anglo-Indian Inggeris.
Hal yang demikian, keterlibatan beliau dalam penerbitan kamus ini pastinya telah menaikkan
lagi semangat perjuangan beliau dalam memperjuangkan hasilan karyaannya.
Seterusnya, Sir Henry Yule juga pernah menyunting Mirabilia pada tahun 1863
sebagai penghurai kepada Jordanus dan The Diary William Hedges dari tahun 1887 hingga
1889, dan beliau yang ketika itu merupakan seorang bekas president bagi Hakluyt Society.
Suntingannya tadi bukan hanya untuk sekadar huraian terhadap dua perkara tadi bahkan turut
mengandungi sebuah biografi pertama terhadap seorang yang berpengaruh iaitu Gabenor Pitt
yang merupakan datuk kepada William Pitt yang berjudul Earl of Chatam. Bukan sekadar itu
sahaja, Sir Henry Yule juga merupakan penyumbang kepada penciptaan sebuah kamus
Oxford Inggeris dan merupakan penasihat dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan
Oriental.
Tidak ketinggalan juga dengan hasil karya beliau yang telah banyak memberi manfaat
kepada masyarakat seperti hasil buku-bukunya yang berjudul ‘The Book of Ser Marco
Polo’:The Venetian Concerning the Kingdom and Marvels of the East, ‘The Travels of Marco
Polo’: The Complete Yule-Cordier Edition, Vol.1 by Marco Polo’ ‘The Travels of Marco
Polo’: The Complete Yule-Cordier Edition, Vol.2 by Marco Polo, Book Of Ser Marco Polo
V1: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, ‘Book of Ser Marco
46
Polo V2’: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Book of Ser
Marco Polo V2: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Habson-
Jobson dan banyak lagi.
KESIMPULAN
47
Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu
sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh kerana kajian awal bahasa Melayu dilakukan
oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi
oleh susuk bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas
daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis
tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan
awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh
tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik
tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris.
Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori-teori
tentang asal usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar di kalangan tokoh-tokoh barat
seperti Andreas Teeuw, George Coedes, R.O Winstedt, Thomas Bowrey dan sebagainya yang
mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan
bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut sebenarnya
membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil
kajian yang dibuat oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana
kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu. Sumbangan yang mereka berikan pada detik itu,
dapat memberi pelbagai manfaat pada generasi kita pada hari ini selain member impak yang
mendalam kepada bahasa serta bangsa Melayu.
48