Upload
florentius-alex
View
58
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Berita, hebahan dan perkembangan berkaitan dengan politik Sabah dari kaca mata pemimpin PBS terutamanya dari N.36 Kemabong
Citation preview
1
Menurut Sabini, PBS Kemabong telah
memberikan sokongan tidak berbelah
bahagi kepada Calon BN dan sum-
bangan undi membolehkan calon BN
menang. Hal ini mestilah diterima oleh
ahli PBS dan BN.
Sabini turut memuji kepimpinan PBS
yang telah memperjuangkan hak dan
kebajikan penduduk Sabah menerusi
BN. Pelbagai isu yang diperjuangkan
dari dahulu tidak dibiarkan se-
baliknya diteruskan oleh pemimpin
gabungan tua dan muda.
Dalam ucapannya, YB Datuk Seri
Panglima mengesa ahli PBS agar jan-
gan lemah walaupun calon pilihan
raya bukannya dari PBS Kemabong.
Menurutnya, pelbagai saluran boleh
digunakan untuk membela masalah
ahli PBS khususnya melalui wakil
rakyat dan agensi kerajaan.
PBS N.36 Kemabong telah selamat
mengadakan Mesyuarat Agung Ta-
hunan (AGM) pada 17 Ogos 2013
bertempat di Hotel Perkasa Tenom.
Perasmian disempurnakan oleh YB
Datuk Seri Panglima Dr Maximus J.
Ongkili, Timbalan Presiden PBS.
Dalam ucapan alu-aluannya, Puan
Sabini Ansumor, Ketua Bahagian PBS
Kemabong mengesa pemimpin akar
umbi agar terus memberikan
sokongan yang padu kepada PBS.
Menurut Sabini lagi, ahli PBS di ba-
hagian ini sangat memerlukan per-
hatian dan pembelaan dari para
pemimpin PBS termasuklah wakil
rakyat yang menduduki DUN dan
parlimen.
UTUSAN KEMABONG
SIDANG REDAKSI
PENASIHAT
Y.Bhg. Puan Sabini Binti Ansumor, AMN
Ketua Bahagian PBS Kemabong
Exco Wanita PBS Sabah
KETUA SIDANG PENGARANG
Florentius Alex
SIDANG PENGARANG
Jorniah Leyan, Andin Ambaris,
Jasni Angkiwan, Marusim Paliton,
Robert Labong, Mohd. Yusuf Abdullah
Ajup Andula, Rijony Basar, Anggoh Mayah,
EDITOR
Utusan Kemabong
Peti surat 281, 89908 Tenom
LAMAN WEB
http://pbs.freevar.com
http://pbskemabong.blogspot.com
AGM PBS KEMABONG 2013 1
BANTUAN GETAH TATABA 2
BANTUAN RUMAH IBADAT 6
MMBANGUN SOSIOEONOMI 3
HARI RAYA PBS 7
HENDAK SERIBU DAYA... 5
DI SEBALIK GANDER 4
WANITA BERGRADUAN MEN- 5
BERUBAH UNTUK BERBUAH 7
RCI DAN PTI 10
PEMILIHAN DI KONGRESS 9
WANITA DISARAN MAJU DIRI 8
PEMERKASAAN EKONOMI 6
BANTUAN 1AZAM 8
SUKAN DAN RIADAH 13
KANDUNGAN
Hebahan maklumat politik semasa. Mengupas isu-isu semasa merangkumi
Pembangunan sosio-ekonomi, dasar kerajaan dan perjuangan rakyat. NASKAH PERCUMA
PBS/N36/B/T(2)/2013(UK5) Kawat: HEBAHAN KHAS TERHAD (Kalangan Ahli PBS sahaja) Keluaran: September 2013
Artikel yang disiarkan dalam Utusan Kemabong ini tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar Parti Bersatu Sabah. Ia merupakan pendapat penulis. Jika anda ingin menyumbang idea kirimkan kepada Editor melalui surat atau email.
AGM PBS KEMABONG
2
Pepatah Cina mengatakan,
jika orang minta ikan, jangan
bagi ikan tetapi ajar dia
pancing ikan.
Dengan melihat kepada
pepatah ini, saya ber-
pendapat, adalah bijak bagi
parti PBS mengusahakan pen-
gagihan bibit getah berke-
naan.
Memang terdapat segelintir
masyarakat mendesak PBS
memberi bantuan dalam ben-
tuk wang atau projek dan
bukannya bantuan 10 bibit
getah setiap seorang peneri-
ma.
Zahirnya bantuan PBS ini san-
gat kecil. Bayangkan dengan
10 bibit getah, harganya han-
ya sekitar RM45.
Namun jika diteliti, kalau kita
diberi wang sebanyak RM250
seorang. Wang itu akan dibel-
anjakan dan biasanya habis
dalam waktu sehari. Tidak ada
lagi untuk hari-hari seterusnya.
Idea kita sebenarnya ialah
bagaimana wang membuat
wang. Dalam erti lain,
bagaimana sebatang joran
dapat menangkap ikan hari ini
dan hari-hari seterusnya.
Sepuluh bayung bibit getah
yang disumbangkan oleh
penyumbang tataba akan
ditanam dan kemudian apabi-
la dicantum, bibitnya akan
bertambah banyak sehinga
bukan seeker malah berekar-
ekar tanah akan ditanami
getah.
Maknanya di sini, jika kita ma-
hu wang, bibit getah berharga
RM45, kita mahu getah itu apabila
besar kelak boleh ditoreh dan men-
jadi punca wang rezeki saban hari
hinggga mungkin ke anak cucu.
PBS bersama-sama dengan parti
komponen tempatan yang lain iaitu
UPKO dan PBRS dianggap bijak
dalam mencarikan cara kepada ahli
yangbernasib baik terpilih mengu-
sahakan wang membuat wang.
Malangnya setakat ini hanya be-
berapa DUN sahaja yang menerima
bantuan Tataba.
Dalam ucapan perasmian Pejabat
Perhubungan PBS Kemabong dan
Perasmian Pengagihan Getah Tata-
ba bulan Mei yang lalu, Datuk Hen-
rynus Amin telah mengemukakan
rayuan kepada pihak penyumbang
Tataba memperluaskan bantuan
bibit getah kepada kawasan DUN-
DUN yang lain.
Kepimpinan PBS melihat pemberian bantuan berupa bibit getah ini se-
bagai positif dan kita merayu kepa-
da pihak penyumbang agar mene-
ruskannya kepada DUN-DUN
yang lain, kata Datuk Henrynus.
Beliau yang merupakan Pengarah
Pengagihan Tataba yakin, dengan
kesedaran dan usaha gigih pen-
erima, menjelang tahun 2018
nanti, penerima pada masa itu
sebahagiannya mulai menoreh
dan mengutip hasil getah berlipat
kali ganda dari modal RM45
yang digunakan untuk membeli
bibit getah.
TATABA: BANTUAN BIBIT GETAH
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
PSIKOLOGI DI SEBALIK PENGAGIGIHAN BIBIT
GETAH
Sabini menyerahkan bibit getah kepada Pst Yahya diperhatikan oleh Datuk Raimie Unggi dan KAN Kisa Sukai di Inubai, Kemabong.
3
Seramai lebih 40 peserta dari seluruh Sabah telah mengikuti kursus Pengu-rusan Getah dan Teknik Mencantum Getah anjuran Tataba di Borneo Tim-ber, Sook bulan Julai lalu. Majlis penutupan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh. Dalam ucapannya, Datuk Radin me-nyeru agar semua peserta apabila kembali ke DUN masing-masing, menurunkan ilmu yang dipelajari kepa-da para penerima bibit getah Tataba. Datuk Radin yang juga Naib Presiden
PBS mengalakkan penduduk Sa-bah mengusahakan tanah masing-masing untuk tujuan pertanian. Menurut beliau, rajin berusaha dan berfikir untuk masa depan merupa-kan asas kepada kejayaan diri. Tambahnya lagi, pelbagai agensi kerajaan boleh dirujuk dan diminta bantuan untuk merealisasikan usaha tani berkenaan. Salah seorang peserta kursus, pu-an Sabini berpendapat kursus berkenaan berfaedah dan mem-berikannya banyak pengetahuan dan kemahiran. Sabini berikrar untuk mengguna kan pengetahuan ini untuk mema-jukan wanita terutama ahli PBS.
MARI MEMBANGUN SOSIO-EKONOMI
TATABA: KURSUS MENCANTUM GETAH
DI BORNEO TIMBER
JIKA ANDA MAHUKAN
TANGGUNG-JAWAB
BESAR, MULAKAN
DENGAN MEMIKUL
TANGGUNG-JAWAB KECIL.
JIKA ANDA MAMPU,
BARULAH ORANG
PERCAYAKAN YANG LEBIH
BESAR KATA DATUK SRI
NAJIBTUN RAZAK .
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
Umum mengatakan bahawa
orang kaya kerana mereka
lahir dari keluarga kaya.
Pendapat ini sebenarnya
salah kerana kekayaan
boleh diperolehi jika kita be-
rusaha dengan betul;
mempunyai pengetahuan
dan kemahiran yang sesuai;
bijak mengambil atau men-
cipta peluang dan; bernasib
baik.
Orang yang malas selalu rugi
dan orang yang selalu ber-
gantung akan selalu mundur.
Maka tidak hairan kenapa
kita diseru mencontohi
semut, yang rajin dan tidak
diarah-arah.
Lantaran itu, cerdik pandai
dan mereka yang telah kaya
menyarankan agar kita
berguru dan be la ja r
bagaimana mendapatkan
rezeki. Kita yakin rezeki akan
bertambah lalu mengubah
sosio-ekonomi kita.
Kita jangan leka dan cepat
berpuas hati. Jika kita ingin
maju, kita kena bergerak,
jangan berhenti. Jika kita
berhenti kita akan ketingga-
lan, kita juga akan ke-
hilangan peluang.
Bila ada peluang di hada-
pan, janganlah terlalu
penakut. Banyak bertanya
pengalaman orang yang
Berjaya. Tapi jangan pula
sangat berterus terang se-
hingga orang potong jalan.
Sering orang menyalahkan
nasib, sebenarnya nasib han-
ya sebahagian daripada
punca kegagalan kita. Ban-
yakkan berdoa, semoga
doa kita menolak nasib yang
buruk.
Datuk Radin Malleh, Menteri Pembangunan Luar Bandar menyampaikan sijil tamat kursus mencantum getah kepada Sabini, satu-satunya peserta wanita.
TAHUKAH ANDA TOKOH IDOLA KITA? Datuk Ariah Tengku Ahmad, Mantan ADUN Kawang dan Ketua Wanita PBS Sabah merupakan seorang pe-mimpin yang berjiwa rakyat dan rajin melawat rakyat. Beliau mengalakkan penanaman sayuran di halaman rumah dan melayan rakyat di DUN Kawang dengan adil tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang sosio-ekonomi. Beliau sangat kecewa kerana permainan politik kotor yang menyaksikannya kalah tipis.
4
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
tidak terlalu bergantung dengan suami, kata Esther.
Menurut Jamidah pula, dia mempunyai
kelayakan akademik yang tinggi. Kelu-
lusan berkenaan membolehkannya
mempunyai kerja sebagai Penyelia di
sebuah agensi kerajaan.
Pendapatan yang diperolehinya
dikongsi bersama dengan suaminya
yang menganggur akibat penstrukturan
bank beberapa tahun yang lalu.
Dia (suaminya) ingin bekerja, namun kesulitan mendapatkan kerja yang sesuai
dan ketiadaan amah menyebabkan dia
mengalah dan tinggal di rumah.
Saya bekerja sebagai pembantu peru-batan. Gaji setiap bulan saya serahkan
kepada isteri saya untuk disimpan atau
dibelanjakan mengikut keperluan.
Saya sengaja memberinya wang gaji
sebab dia (isterinya) penjimat dan boleh
dipercayai, kata Martin.
Difahamkan bahawa ramai wanita yang
berpendidik terpaksa menjadi suri rumah
akibat masalah keluarga dan kekangan
masyarakat atau diskriminasi pekerjaan.
SEBELUM ini masyarakat melihat wanita
sebagai orang yang rendah kedudukan-
nya di hadapan lelaki. Kalau tidakpun
hanya sebagai penyeri dan pelengkap
dalam dunia yang dimonopolikan oleh
lelaki.
Syukurlah akhir-akhir ini, wanita mulai
diiktiraf sebagai individu yang sama
taraf dengan lelaki. Mereka kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan lelaki.
Dikatakan, wanita tunggak kepada ke-
makmuran keluarga apabila melihat
peranan wanita memancu ekonomi
keluarga seperti bekerja, berniaga ma-
lah bertindak sebagai penyelaras
kewangan keluarga.
Kajian di USM mendapati, ada isteri ter
libat dengan tarik-tarikan bagi mem-bolehkan keluarga membeli kelengka-
pan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Di Sabah, ramai ibu terlibat dengan
aktiviti berniaga kecil-kecil anjuran Ke-
mas. Mereka membuat pinjaman wang
sebagai modal berniaga.
Melalui perniagaan ini, kami dapat menambah pendapatan keluarga dan
Bagaimanapun ramai wanita ini mulai
berjinak-jinak dengan perniagaan
sampingan yang halal atau bercucuk
tanam guna menjimatkan per-
belanjaan dapur.
Dengan hasil kebun di belakang rumah, kami sekeluarga dapat
berjimat sehingga RM200 sebulan, kata Martin.
Apa yang pasti, wanita ini bukan
hanya sebagai pelengkap lelaki ma-
lah mereka berkeupayaan berdikari
dan berdiri di tapak kaki sendiri jika
perlu demi keluarga tersayang.
DI SEBALIK GANDER:
WANITA TUNGGAK KEMAKMURAN KELUARGA
Suri rumah di Skim Kuala Tomani.
Graf 1: Agihan Pekerjaan Mengikut Jantina Dalam (000) Pada Tahun 2005 Di Malaysia
KESAMA-TARAAN: PERJUANGAN WANITA BELUM SELESAI
5
baik, kenapa kita tidak?
Sabini memuji Datuk Jamilah
sebagai seorang tokoh yang
berwawasan dan boleh di-
jadikan model wanita.
Di Malaysia, tidak ramai pemimpin wanita. Target 30
peratus wanita dalam pen-
gubalan dasar dan pentad-
biran eksekutif masih jauh
dari tercapai.
Apa yang hairannya, lebih
separuh pengundi adalah
wanita dan mereka ini yang
paling rajin mengundi maka
wajarlah mereka diberi pelu-
ang mencorak scenario poli-
tik.
Inilah peluang untuk wanita
menyumbang kepada pem-
TIDAK ada jalan yang mu-
dah untuk wanita berjaya.
Dalam keadaan tertentu,
wanita perlu membuktikan
bahawa mereka layak.
Kita wanita terpaksa ber-saing dengan lelaki. Kita
mesti terus bekerja keras
meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran supaya tidak
dipandang sepi oleh lelaki.
Jika Datuk Sharizat dan
Datuk Jamilah boleh men-
jadi pemimpin wanita yang
bangunan sosio-ekonomi dan peningkatan taraf hidup wanita
dan keluarga. Saya tidak hairan jika wanita berjaya dalam
perniagaan, perusahaan mahupun politik, kata Sabini opti-mistik.
HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.
WANITA BERGRADUAT MENGEMIS?
STATISTIK Graf 2 jelas menunjukkan peratus
pelajar wanita di Malaysia pada tahun 2004
melebihi peratus pelajar lelaki. Peratus ini
ketara di peringkat STPM/Matrikulasi dan
Universiti yakni sekitar 60 peratus.
Graf 3 menunjukkan di pusat pengajian tinggi
IPTA, wanita menguasai lebih separuh peratus
envolment pelajar meliputi diploma, ijazah
pertama, dan master.
Boleh ditafsirkan bahawa sebaik selesai
pengajian universiti asas, terdapat penurunan
wanita melanjutkan pelajar khususnya di Ph.D.
Kesukaran diterima kerja walaupun berpen-
didikan tinggi dikaitkan dengan persaingan
kerja dengan lelaki dan diskriminasi gander.
Ini ditunjukkan menerusi Graf 1 di mana mes-
kipun ramai wanita berpendidikan tinggi ber-
banding lelaki (Graf 2 dan 3), namun 9 agi-
han pekerjaan utama masih dimonopolikan
lelaki.
Wanita juga dikatakan terpaksa melupakan
niat meneruskan pelajar akibat tekanan ter-
hadap tugas bersama keluarga.
Apa guna sekolahkan dia (wanita) tinggi-tinggi? Keluar U nanti tiada yang terima kerja. Belajar
tinggi-tinggi pun balik ke dapur juga, keluh Mak Limah.
Ini menunjukkan perjuangan wanita menuntut
kesama-rataan pengiktirafan masih jauh.
Nampaknya perjuangan wanita belum selesai
dan nasib wanita perlu diperjuangkan.
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
Sabini bergambar kenangan di hadapan bilik gerakan kampong Kapulu semasa kempen pilihan raya lalu. PBS terlibat aktif berkempen.
6
Kemabong. Puan Sabini Binti An-
sumor memu j i kepr ihat inan
penyumbang peralatan dan bahan
binaan gereja yang diterima oleh
PBS bahagian itu akhir-akhir ini.
Menurut Sabini, usaha murni pihak
TATABA melalui parti PBS merupa-
kan langkah terpuji yang wajar di-
contohi.
Tambah Sabini, keyakinan ahli PBS
terhadap perjuangan PBS mening-
kat dan mereka menganggap PBS
masih releven.
Dalam masa yang sama, Sabini
turut mendesak agar kerajaan terus
membantu gereja-gereja yang ke-
banyakkannya masih daif.
Sabini juga merayu agar pihak
TATABA turut membantu rumah iba-
dat agama lain seperti masjid, su-
rau, kuil dan tokong bagi menge-
lakkan salah sangka.
Saya sebagai pemimpin PBS, menafikan PBS berat sebelah. Ban-
tuan ini kebetulan diberi oleh
penyumbang yakni TATABA kepa-
da gereja. Saya berharap pada
masa akan dating, selain Kristian,
agama lain juga dapat, kata beliau.
Menurut Sabini, perjuangan untuk
mendapatkan pembelaan dari
segi bantuan kebajikan dan
tuntutan hak merupakan asas per-
juangan PBS yang tidak boleh
dinafikan.
Sabini menganggap tuduhan
pihak tertentu mengatakan PBS
menindas agama Islam dan men-
gutamakan kaum bumiputera
bukan muslim sebagai nakal dan
tidak bertanggungjawab.
Saya sebagai pemimpin pelapis PBS berikrar untuk mengekalkan
prinsip pelbilang kaum dan aga-
ma dalam PBS, tegas Sabini.
Perdana Menteri Malaysia, Da-
tuk Seri Najib Tun Razak telah
melancarkan dengan rasminya
suatu dasar pemerkasaan
ekonomi bumiputera bertempat
di Dewan UITM Shah Alam.
Dalam ucapannya, Datuk Seri
Najib menekankan perlunya
usaha melindungi dan memancu
ekonomi bumiputera di -
laksanakan.
Menurutnya, masyarakat bumi-
putera jika tidak dilindungi dan
dibantu akan selamanya kurang
berdaya-saing terhadap kaum
lain yang lebih maju dan kaya.
Menurut Sabini, usahawan bumi-
putera perlu merebut peluang
yang disediakan oleh kerajaan.
Beliau berpendapat, bumi-
putera Sabah perlu mendapat-
kan khidmat nasihat dan bantu-
an bagi menjadi usahawan Ber-
jaya.
Dalam pada itu, Sabini optimis
kaum wanita boleh Berjaya jika
mereka berani dan bijak.
TATABA: BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN BER-
MAKNA AGAMA LAIN DIPINGGIRKAN.
Sabini menyerahkan peralatan gereja kepada wakil gereja di Kemabong.
^ Sabini, Stephonie, Herin, antara perwakilan Exco Wanita PBS yang hadir di Pelancaran Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera di UITM Shah Alam, Selangor
PELANCARAN PEMERKASAAN
EKONOMI BUMIPUTERA
< Orang kuat Tataba, Tan Sri Lau, Datuk Henrynus, pemantau Team Osonong dari Tataba dan pemimpin PBS Kemabong.
7
Seramai lebih 300 tetamu hadir meraihkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumah Ke-tua Bahagian PBS, Puan Sabini Ansumor.
Majlis berkenaan yang dianjurkan PBS di-pengerusikan oleh Sar-jan Md. Yusuf Abdullah dianggap berjaya dan
meriah.
Difahamkan lemang sekitar seratus batang tidak mencukupi apatah lagi dicicah kuahnya yang sedap.
Pelbagai acara diadakan antaranya pertandingan masakan tradisi, per-tandingan karaoke, per-
SAMBUTAN HARI RAYA DAN AMBANG
MERDEKA PBS KEMABONG MERIAH
BERUBAH UNTUK BERBUAH
Puan Sabini beritahu
kami, kita adalah ahli
PBS dan PBS dalam BN,
jadi kita kena berubah
menjadi orang kuat BN.
Kita dapat arahan un-tuk bantu BN. Kita
harap dengan kempen
dan undi BN, orang ti-
dak anggap kita pem-
bangkang. Semoga kita
a k a n m e n d a p a t
layanan sama seperti
ahli BN yang lain.
Menurut Sabini, memang
ada pihak tidak suka
dengan tindakannya
membantu BN, tapi kita
akur dengan arahan
Presiden tidak boleh
mensabotaj BN. Beliau
berharap ahli PBS tidak
akkan dianak tirikan.
Mahu atau tidak,
penduduk khususnya
pembangkang terpaksa
menerima hakikat, PBS
di Kemabong menyo-
kong dan mengundi
calon BN pada PRU kali
ini.
Menurut salah seorang
ahli PBS, selama ini
mereka terumbang-
ambing kerana keti-
adaan pemimpin PBS
membimbing mereka
dalam pilihan raya. Ini
menyebabkan ahli PBS
dilabel sebagai pem-
bangkang.
GAGAL SEKALI TIDAK
BERMAKNA GAGAL
SELAMA-LAMANYA
ATAU PINTU
KEJAYAAN TELAH
TERTUTUP.
USAHAWAN YANG
IKHLAS DAN GIGIH
DALAM PERNIAGAAN
MESTI DIBERI PELUANG
KEDUA, KATA PM
tandingan ratu fesyen, pertandingan sukaneka dan pertandingan meng-ira jumlah gula-gula.
Pukulan gong dan per-tunjukkan mercun yang mewarnai langit Kema-bong menunjukkan ce-rianya tetamu mengalu-alukan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
Dalam ucapannya, Md. Yusuf melahirkan rasa terharu dengan sikap terbuka Puan Sabini meraihkan Hari Raya. Sikap ini sepatutnya menjadi contoh pem-impin lain agak menghargai keunikan pelbilang bangsa di Ma-laysia.
Menurut Sabini, hidup bercampur-aduk dengan kaum dan agama lain adalah perkara biasa di Malaysia.
Beliau berpendapat,
PBS tidak boleh lari dari reality ini, sebaliknya ha-rus belajar hidup bersatu padu dan saling bertoler-ansi.
Mengenai sambutan Hari Merdeka, semua warga Malaysia wajar memper-tahankan kedaulatan Negara dan menyayangi Malaysia.
Kita harus bersyukur hidup di Malaysia dan tid-ak ada seorang pun boleh mengadaikan hak dan kedaulatan kita kepada pihak asing, kata Sabini.
Sabini juga berikrar akan memperjuangkan keba-jikan wanita dan berusaha memancu peningkatan sosio-ekonomi bumiputera Sabah.
Sabini menghadiri Mesyuarat Persiapan Pilihan Raya yang menyaksikan PBS berkempen habis-habisan untuk BN
Sebahagian Finalis Ratu Fesyen Ambang Merdeka.
8
Menurut Sabini, ada ke-
cenderungan segelintir kaum
lelaki memandang rendah
perempuan.
Jangan putus asa dan jan-gan rendah diri. Saya telah
bertemu wanita beranak
tujuh Berjaya dalam perni-
agaan dengan modal sedi-
kit.
Yang penting pasang tekad dan kawal kewangan.
Jangan guna pendapatan
untuk tujuan tidak mendesak.
Kita mesti putar modal untuk
kembangkan perniagaan
dan elak kais pagi makan pagi.
Kadangkala halaman ru-mah itu, jika ditanam
dengan sayur atau dibuat
reban, boleh mengurangkan
Perangkaan menunjukkan
ramai ibu tunggal di Kema-
bong. Suami meninggal dan
bercerai adalah puncanya.
Menurut Sabini, kehidupan
ibu tunggal ini semakin be-
rat apabila ianya terpaksa
menanggung anak yang
ramai.
Justeru itu, Sabini menasihat-
kan ibu ini menyertai Skim
Pinjaman Tekun.
Jika ngam perniagaan yang dibuat pasti mengu-
bah nasib ibu tunggal.
Ibu tunggal perlu memasti-kan perniagaan yang dice-
buri boleh menguntungkan
Mereka juga perlu bayak
bertanya dan memohon
tunjuk ajar, tambah Sabini.
belanja dapur. Kalau ada
lebih boleh dijual, ca-dangnya.
Menurut Sabini, wanita di
Kelantan rajin berniaga
seperti berjual digerai atau
warung.
Ramai wanita pandai masak. Sedap pula tu.
Petang-petang lepas anak
pulang sekolah, lepas
menoreh, bolehlah ke tepi
jalan dan duduk jual satay,
sayap panggang, kuih-muih
dan sebagainya.
Terlibat dengan kraftan-gan turut menjadi punca
pendapatan. Belajar dan
buat banyak-banyak anya-
man. Hari Ahad jual di Tamu
Tenom. Tak perlu mahal
yang penting untung,
WANITA DISARAN MEMAJUKAN DIRI
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
APAKAH YANG KITA
BOLEH BUAT UNTUK
MELINDUNGI DAN
MENJAGA KEBAJIKAN
WANITA? KITA KENA
BERSUARA DAN KITA
JUGA TURUN PADANG
MELIHAT , MEMBANTU
PERMASALAHAN
WANITA. WANITA PULA
MARILAH SATU HATI
DAN BEKERJASAMA
SOKONG PERJUANGAN
KITA, KATA SABINI
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin
Kitingan telah merasmikan pengagihan
bantuan 1Azam kepada pemimpin Wanita
dari beberapa bahagian di seluruh Sabah.
Bantuan 1Azam yang diusahakan oleh Da-
tuk Jamilah Sulaiman diagih mengikut zon.
Terdahulu dalam ucapannya, Tan Sri
mengesa para penerima menggunakan
bantuan yang ada untuk berniaga dan
bukannya menjual peralatan bantuan itu.
Menurut Senuwati Esui, mantan Ketua
Wanita Kemabong, pakej bantuan 1Azam
yang di perolehi itu bermanfaat mening-
katkan pendapatan keluarga khususnya
ibu tunggal.
Sabini ketika mengulas bantuan 1Azam itu,
memuji usaha murni kerajaan memberikan
bantuan kepada kaum wanita termasuklah
ahli PBS.
Menurut Sabini, jika bantuan ini digunakan
dengan baik, mampu mengubah hala tuju
ekonomi wanita.
Saya galakkan kerajaan terus membantu wanita. Saya tahu ramai wanita mahu
menceburi perniagaan tetapi kurang mod-
al, kurang kemahiran. Bantulah mereka, gesa Sabini.
1AZAM UNTUK WANITA PBS
katanya.
Dimaklumkan bahawa PBS
Kemabong sedang merangka
program khidmat nasihat untuk
memberikan bimbingan kepa-
da wanita dalam bidang per-
niagaan dan perusahaan ru-
mah.
Kajian menunjukkan ramai kaum wanita menghadapi diskriminasi dan juga layanan kurang baik.
Ada kaum wanita dianiaya mental dan fizikal atau dinafikan hak. Kaum wanita adalah kaum yang lemah, maka kita wanita perlu saling menolong.
Kita bukan mahu melawan kaum lelaki. Tapi kita mahu hak kesama-rataan dan pembelaan.
Wanita PBS hendaklah memainkan peranan. Bagi ahli politik, jagalah ke-bajikan dan hak wanita sebab undi kami boleh menjadi penentu, kata Sabini.
WANITA PERLU PEMBELAAN
Kaum ibu di Skim wajar dicontohi kerana kerajinan dan ketekunan.
9
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
Setelah ditangguhkan setahun kerana menghadapi Pilihan raya, akhirnya PBS mengadakan pem-ilihan di peringkat kepimpinan pusat parti. Sumber-sumber dalaman menga-takan penyandang jawatan presiden parti tidak mendapat tentangan dan kekal dipegang oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Walau bagaimanapun bebera-pa jawatan lain seperti Timbalan Presiden kouta Biru, Kuning dan Merah dan ke bawah termasuk bagi kedua-dua sayap wanita dan pemuda ada pertandingan. Menurut Sabini, pertandingan ini adalah lumrah dalam mana-mana pertubuhan yang ber-pegang pada demokrasi. Puan Sabini, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong bersetuju jawa-tan Presiden tidak dipertanding-kan. Menurut Sabini, pemimpin ber-jasa ini perlu diberikan peluang untuk melaksanakan transformasi
kepimpinan selain merekrut pemimpin pelapis bagi memas-tikan PBS berdaya survival. Jika dilihat secara rasionalnya, pemilihan seringkali menda-tangkan kebaikan kepada parti khususnya dalam mencungkil idea dan bakat kepimpinan. Saya melihat persaingan da-lam PBS ini sebagai satu per-saingan jawatan dalam keluar-ga dan atas semangat adik-beradik. Memanglah ada yang kalah dan ada yang menang. Namun jika pemilihan dilaksanakan dengan telus dan itulah ke-hendak perwakilan, apapun keputusannya maka calon kena menerima kenyataan, kata Sabini. Menurut Sabini, sepanjang pengetahuannya amalan tidak sihat seperti membeli undi atau mengugut perwakilan belum pernah berlaku di dalam pe-milihan di Kongres PBS.
Saya menyanjung tinggi nilai semangat kekitaan dan amalan berpolitik matang dalam PBS dan mengharapkan standard ini berterusan, ujar Sabini. Sabini turut diura-urakan akan bertanding jawatan Ketua Wanita mengantikan Datuk Jamilah Sulaiman yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden kouta Kuning. Saya memang berminat, apa-tah lagi menerima cadangan beberapa pemimpin parti dan ketua wanita bahagian. Namun saya menyerahkan kepada perwakilan untuk mem-buat keputusan. Jika pencalo-nan saya cukup, saya akan bertanding dengan niat me-mantapkan parti untuk jangka masa panjang. Saya memang mempunyai perancangan untuk wanita dan akan mempertimbangkan untuk terlibat sepenuh masa dalam politik jika menang jawatan berkenaan, terang Sabini.
PEMILIHAN DALAM KONGRESS PBS KE-28
10
Sumber: Sabahkini.net
KETIKA berlaku ledakan penduduk di Eropah sekitar 1950-an hingga 1960-an, ramai ilmuan menjustifikasikannya sebagai impak Perang Dunia Ke-2. Bagaimana pun apabila berlaku le-dakan penduduk di Sabah sekitar tahun 1980-an, wujud percanggahan pendapat di kalangan
ilmuan.
Pelbagai teori dikemukakan dan isu ini dieksploitasi
semaksima mungkin oleh pihak tertentu.
Ikuti pandangan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sa-bah (PBS) Kemabong, Sabini Binti Ansumor, me-rangkap Exco Wanita PBS Sabah dan Ahli Majlis Daerah Tenom berkaitan isu berkenaan semasa ditemu ramah oleh Koresponden Sabahkini.net
(KSK) di Kemabong.
KSK: Isu ledakan penduduk menjadi isu hangat
baru-baru, apa pandangan Puan?
Sabini: Sebenarnya isu ledakan penduduk ini telah lama disedari dan diperkatakan namun menjelang pilihanraya, isu ini kembali hangat. Memang tidak ada mana-mana negeri di Malaysia yang mengalami pertumbuhan luar biasa dalam tempoh yang sama. Ini sememangnya mengundang pelbagai andaian dan dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak tertentu. Pengeksploitasian ini mempunyai kesan baik dan
buruk.
Sebagai warganegara dan penduduk asal Malaysia dari Sabah, saya merasa bimbang. Ini kerana per-tambahan penduduk sebegini bukan hanya mem-berikan saingan kepada penduduk asal, malah mam-pu memudaratkan keselamatan dan keutuhan per-lembagaan negara. Sudah tentulah saya mahu per-tambahan penduduk Sabah berlaku secara semula
jadi dan bebas dari anasir-anasir subversif.
KSK: Bagaimana respon Parti Bersatu Sabah
berkaitan isu ini?
Sabini: PBS memang komited menolak pertamba-han penduduk luar biasa seperti ini. PBS mahu satu kajian dan tindakan yang sesuai dengan per-lembagaan negara dibuat. Kami dalam PBS bertin-dak sedemikian, bukan kerana sikap kedaerahan atau perkauman yang sempit. Kami berpendirian,
sebagai warganegara Malaysia, wujud keperluan untuk mempertahankan kepentingan warganegara tulen dan menegakkan keutuhan perlembagaan
negara.
KSK: Adakah Puan syak wujudnya anasir subver-
sif seperti yang digembar-gemburkan selama ini?
Sabini: Saya tidak berani terus menuduh atau mengakui kewujudan senario seumpama itu. Justeru itu, kita mahu satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) dilaksanakan segera. Saya berharap menerusi mekanisma ini, persoalan akan
terbongkar dan kebenaran akan ditegakkan.
KSK: Ada spekulasi mengatakan bahawa per-tambahan penduduk ini hasil daripada kema-sukan warga asing menerusi pintu belakang. Apa
pandangan Puan?
Sabini: Ya. Penduduk negara jiran seperti Filipina dan Indonesia masuk ke Malaysia khususnya Sabah dengan mudah. Ini berpunca akibat panjangnya sempadan dan luasnya perairan negara. Negara kita kekurangan tenaga dan sumber penguatkuasa untuk mengawal perairan negara. Ini ditambah dengan tarikan ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia
yang lebih baik dari negara asal mereka.
Sebahagian pendatang asing ini pula hadir dengan status pelarian. Mereka datang ke Sabah dan memohon suaka politik. Kerajaan kita prihatin dan berperikemanusiaan. Mereka dilayan dengan baik dan diberikan Borang IMM13 Ini melayakkan
mereka mendapat status pemastautin tetap (PR).
KSK: Apa kaitan Borang IMM13 ini dengan
kewarganegaraan?
RCI DAN PATI : DEMOGRAFI SABAH, KEJUTAN BUAT DUNIA
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
11
Sabini: Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sememangnya mencabuli kedaulatan Ma-laysia. Mereka yang datang tanpa dokumen yang sah seperti pasport atau visa boleh ditahan dan di-hantar semula ke negara asal. Malangnya bagi mereka yang memegang IMM13, mereka dianggap mempunyai dokumen yang sah dan senang berge-
rak, hidup seperti warganegara.
Menurut perlembagaan Malaysia, seseorang yang bermastautin dalam tempoh 7 hingga 10 tahun di Malaysia, boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dan berkelakuan baik layak memohon Kewarganega-raan. Maknanya pendatang yang tiba ke Malaysia selepas Hari Merdeka berpeluang menjadi warga-negara menerusi 'Kewarganegaraan Secara Pen-daftaran' atau 10 hingga 12 tahun bagi
'Kewarganegaraan Secara Masukan (Naturalisasi)'.
KSK: Dari penerangan Puan, kelihatan seolah-olah proses permohonan kewarganegaraan itu mempunyai kelemahan. Apakah kita perlu
mengkaji perlembagaan negara?
Sabini: Ya. Kita nampak ketirisan ini menguntungkan pihak pendatang asing. Asal sahaja mereka memperolehi dokumen yang merekodkan tempoh permastautin mereka, asal sahaja mereka mengaku akan taat-setia kepada Seri Paduka Bag-inda, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu serta tiada rekod jenayah, mereka sudah berada di
ambang pintu menjadi warganegara.
KSK: Apakah langkah yang mungkin Puan ingin
syorkan dalam membendung ketirisan ini?
Sabini: Kita letakkan syarat tambahan. Kita masuk-kan klausa yang memberikan lebih tapisan kepada para pemohon. Tidak ada peraturan mengatakan bahawa perlembagaan tidak boleh dipinda. Ini ten-tunya terletak di bahu pengubal dasar yakni para
YB.
Kita berpendapat kita mesti mengkaji semula dasar negara berkaitan pelarian politik dari negara jiran. Bukan semua kita boleh beri IMM13. Kalau pelari-an dari Vietnam kita boleh hantar ke negara ke tiga; kenapa pelarian dari Filipina atau Indonesia kita berlembut? Adakah kerana pelarian ini serumpun atau seagama maka layanan jadi istimewa? Sepatut-nya kita tidak boleh berkompromi dengan isu keba-
jikan, keselamatan dan hak warganegara Malaysia.
KSK: Kononnya wujud sindiket mengambil surat beranak orang yang sudah meninggal dan diberi kepada orang asing untuk tujuan mendapatkan
kewarganegaraan. Bolehkah senario ini berlaku?
Sabini: Tidak mustahil. Baru-baru ini kononnya seorang pemohon guru didapati menggunakan surat beranak orang yang telah meninggal untuk memo-hon kad pengenalan sedangkan dia berasal dari negara jiran. Nasib baik kedapatan lebih awal. Per-soalannya, bukankah setiap kematian wajib dilaporkan kepada JPN. Di sini kita dapati wujud sikap jahil atau tamak individu tertentu sehingga
kepentingan warganegara asal diabaikan.
KSK: Kononnya ada Projek IC yang didalangi
pemimpin tinggi tertentu. Apa pandangan Puan?
Sabini: Jika benar, pemimpin itu perlu dihukum seberat-beratnya. Begitu juga jika ada penjawat awam dalam JPN atau mana-mana badan kerajaan yang bersubahat memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa melalui saluran dan proses yang sah dan boleh dipercayai; mereka tidak boleh diberi pengecualian. Keadilan mesti dite-gakkan supaya rakyat mendapat pengajaran dan si-
kap ini ditolak dari menjadi amalan.
Bagaimanapun kita tidak boleh menuduh, bertindak apatah lagi melatah jika tanpa bukti yang kukuh. Jika benar ada pemimpin berhirarki tinggi terlibat, individu ini tentu boleh menyembunyikan kebena-ran. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh juga. Justeru itu, kita tidak boleh menghalang proses siasatan dari agensi berkaitan. Saya masih yakin dengan perundangan Malaysia dan saya masih yakin dengan integriti dan kemahiran pihak berkuasa. Tidak semua penjawat awam buta mata atau buta hati. Pasti ada yang baik
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
Saya tidak membenci orang dari Filipina atau Indonesia yang sudah mendapat kewarganegaraan. Saya menolak ke-hadiran PATI yang menyusahkan kita warganegara, Sabini.
12
dan cintakan tanah air.
KSK: Apakah sebab agensi kerajaan masih ga-
gal membendung kedatangan PATI?
Sabini: Seperti yang saya katakan, sempadan Ma-laysia contohnya di Sabah bukan pendek. Perlu banyak sumber didedikasikan untuk mengawal sempadan. Di bandar maupun pelusuk kampung, rantaian order pembasmian PATI mesti dihayati, diamalkan dan dirasai oleh semua pihak termasuk
oleh PATI sendiri.
Kewujudan individu yang melindungi atau men-jadi broker PATI mesti dikenalpasti dan diawasi serta dicerkup bila sampai masanya. Ini akan mewujudkan faktor tolakan kepada PATI untuk
datang ke Malaysia.
KSK: Bagaimana dengan individu atau syarikat
yang menyimpan atau menyembunyikan PATI?
Sabini: Kuatkuasakan akta sedia ada. Mereka yang menyimpan atau melindungi atau menyewakan premis untuk didiami PATI perlu dikenalpasti dan dibawa kemuka pengadilan. Jangan beri muka wa-
laupun saudara sendiri.
Memang ada kecenderungan penduduk mem-berikan peluang kepada pendatang asing membuat kontrak membina rumah atau bekerja secara ha-ram. Kita tahu kenapa ini berlaku. Puncanya kerana ingin meminimumkan kos. Tapi rekod menunjukkan bahawa banyak kontrak terbengkalai atau tuan rumah lebih rugi akibat sikap pendatang yang lari. Tidak ada peraturan atau perjanjian yang boleh mengikat pendatang asing dan ini perlu diketahui oleh penduduk. Sesungguhnya mereka
sedang bermain dengan risiko.
KSK: Kenapa warganegara Malaysia khususnya
dari Sabah perlu menolak PATI?
Sabini: Jika kita membenarkan PATI datang ke Sabah, bekerja di Sabah, hidup sebebas dan selan-car orang Sabah, kita sudah membuka kebajikan, keselamatan dan hak kita untuk dinikmati dan di-
pegang oleh PATI.
Jika mereka diberi kebebasan, kita akan terpaksa bersaing pekerjaan dengan mereka. Mereka ku-rang mempunyai tanggungan, mereka datang ke sini salah satu sebab adalah untuk ekonomi dan asal hidup. Ini menyebabkan mereka hidup asal
ada, maka mereka tidak menuntut upah yang tinggi.
Yang menjadi masalah ialah kita. Kita tidak boleh hidup sembrono seperti mereka, kita perlu membayar itu dan ini demi untuk mendapatkan keselesaan sama seperti warga yang lain. Ini menyebabkan kita tidak mampu menerima upah kecil. Percaya atau tidak, ramai penduduk kita memilih kerja, ini kerana kita menjaga taraf atau nama baik di kalangan kita, tapi bagi pendatang, status ini tidak penting. Apa yang penting, kerja jadi duit. Jadi siapa yang akan meneri-ma penduduk tempatan sebagai pekerja. Jika anda
tauke, anda mahu yang bergaji mahal atau murah?
Selain itu, pendatang tidak rasa terikat dengan pera-turan atau perjanjian. Mereka seumpama manusia yang 'ada tetapi tidak ada'. Jika mereka tidak tahan atau buat salah, mereka akan lari. Jadi siapa yang susah? Di mana kita mahu mengadu? Kerana kelong-garan ini juga mereka lebih cenderung membuat
kesalahan seperti mencuri harta jiran atau tauke.
Mereka juga sesungguhnya tidak mempunyai rasa sayang dan setia akan persekitaran. Mereka mungkin sayang dan setia kepada negara mereka atau tanah nenek moyang mereka tetapi bukannya Malaysia
yang tidak lebih daripada tempat mencari makan.
PATI yang baru datang tidak mudah untuk menjiwai kehidupan, budaya dan adat resam masyarakat tem-patan kita. Mereka memerlukan masa. Keselekehan mereka menyebabkan mereka melakukan apa yang mereka fikir betul dan paling mudah pada masa itu. Contohnya jika mereka selesa berkahwin tanpa ni-kah, mereka akan buat demikian. Jika mereka tinggal di tepi pantai atau sungai dan hendak buang sampah, mereka buang sampah. Adakah mereka akan fikirkan
tentang keindahan alam sekitar?
Jadi kalau mereka jadi warganegera, adakah mereka akan berubah? Tidak mudah. Lainlah jika mereka menetap di sesuatu tempat, bercampur-baur dengan penduduk atau berkahwin dengan penduduk tem-patan. Malangnya perkahwinan biasanya didominasi oleh keegoan lelaki biarpun dia PATI. Jadi bukan suami yang mengikut aturan isteri, sebaliknya isteri yang mengikuti aturan suami. Maka berlakulah pen-
erapan budaya 'simple' pendatang dalam budaya kita.
Sering kita mendengar juga berkaitan pendatang yang sudah mendapat keistimewaan seperti warga-negera asal. Mereka kononnya dapat SPBT di sekolah, dapat BR1M dan sebagainya. Benar atau tidak, Tuhan sahaja yang tahu. Namun kemungkinan
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
13
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
Perlawanan persahabatan bola tam-
par salah satu kegiatan riadah yang
baik untuk kesihatan dan mengeratkan
ikatan sinaturahim.
Pendapat ini disuarakan oleh Sabini
ketika melawat kampong Malutut,
Alutok, Kaang dan Ulu Tomani, Mahun-
sop dan Tinura.
Dalam kesempatan ini, beliau sempat
menganjurkan perlawanan per-
sahabatan menentang kaum ibu kam-
pong Malutut yang berjaya mengala-
kan team muda mudi yang dibiayai
PBS.
SISIPAN KEGIATAN PEMUDA DAN WANITA
SUKAN: PERLAWANAN PERSAHABATAN MEMUPUK SILATURAHIM
Kanak-kanak kampong Malutut meniup belon se-masa sukaneka anjuran PBS.
Pemuda dan pemudi yang dibiayai PBS berjungle tracking melawat air Ter-jun Mahunsop.
Beberapa pemuda ahli PBS memikul ikan yang ditangkap semasa menuai hasil tagal.
Sabini merasmikan per-tandingan bola sepak ajuran PBS di Sapong
Walaupun Kampung Ungga jauh di pedalaman, Sabini meluangkan masa melawat kawasan ini dengan kenderaan pacuan 4 roda. Kelihatan dalam gambar pasukan bola tampar yang memenangi Pertandingan Bola Tampar Tetutup PBS di situ.
tetap ada seumpama peribahasa, 'masakan daun bergoyang kalau tid-
ak ditiup angin'.
KSK: Apakah pesanan akhir Puan
berkaitan isu ini?
Sabini: Segerakan RCI dan pastikan pelaksanaannya telus dan menguta-makan rakyat. Saya mahu kerajaan BN cuba sebaik mungkin untuk bersifat transperan dan menyangkal dakwaan pihak tertentu. Sebagai warga Malaysia, saya mahukan kepentingan warganegara Malaysia terpelihara dan keadilan ditegakkan dengan mencantas apa jua salah laku dan anasir yang boleh
memudaratkan Malaysia.
Saya yakin, hasrat murni 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diuta-makan' bukan hanya menjadi slogan malah perlu dijiwai dan dijadikan amalan para penjawat awam dan
pemimpin.
Sambungan (RCI dan PATI)
14
MENYEDARI pembangunan
sukan sangat penting untuk
Negara, Ketua Bahagian
PBS Kemabong mengambil
inisiatif memberikan sum-
bangan kepada beberapa
kampung.
Sumbangan peribadi yang
diberi adalah berupa alat
permainan, kewangan dan
juga bahan binaan gelang-
gang.
Saya difahamkan bahawa sumbangan itu tidak banyak
namun apakan daya.
Kita mempunyai Kementeri-
an Pembangunan Belia dan
Sukan, alangkah baiknya
jika kita dapat menopti-
mumkan kegunaannya di
Kembong ini.
Sabini turut membiayai be-
berapa pasukan menyertai
pertandingan.
Menurutnya terdapat be-
berapa kampung tidak
mempunyai kemudahan pa-
dang permainan yang
lengkap seperti memiliki
gelanggang atau dewan.
Beliau merayu UPKR me-
mantau kekurangan berke-
naan dan memajukannya
kepada pihakm berkenaan
untuk dilengkapkan.
Sabini turut memohon se-
buah Futsall dibina Bakuku.
SUKAN:
KEMAJUAN SUKAN MENJADI AGENDA UTAMA
WAJAH: DI SEBALIK SUKAN?
fat menyanjungi pem-
impin yang memberi
mereka kepuasan, katanya.
Berdasarkan pemer-
hatian, beberapa pem-
impin muda biasaya
mula menonjol bila
berjinak-jinak dengan
anak-muda melalui
kegiatan sukan.
Jika anda minat ber-
politik dan anda per-
lukan penyokong, anak-
muda merupakan ahli
yang sesuai.
Dalam amsa yang sama
Alex melihat trend sejak
kebelakangan ini, be-
berapa tokoh politik
mulai menggunakan bi-
dang hiburan untuk me-
raih populariti.
Aktiviti sukan bukan
hanya baik untuk
kesihatan dan menerat-
kan hubungan sinatu-
rahim malah merupakan
medium mengukuhkan
penguasaan politik.
Menurut Alex, aktiviti
sukan menyebabkan
individu yang menjadi
penganjurnya, lebih
dikenali khususnya oleh
anak-muda.
Mengikut Alex, pem-
impin muda biasanya
menggunakan medium
sukan ini untuk menarik
perhatian anak-muda
yang seterusnya men-
jadikan aktiviti sukan itu
bahan perbualan.
Secara tidak langsung nama penganjur akan
popular. Apatah lagi
biasa, anak-muda bersi-
Atas kesedaran sukan mampu memupuk hubungan muhibbah dan semangat kesukanan serta budaya hidup sihat, Sabini menyumbang hadiah biarpun sederhana.
Kelihatan hadiah yang di-sumbangkan semasa Pertand-ingan anjuran Pemuda PBS Kemabong.
Amat Ukab, Timbalan Ketua Bahagian menyerahkan hadiah kepada pemenang sukaneka PBS di Kalamatoi, Kemabong.
Kelihatan dalam gambar di
atas, Sabini menyerahkan pia-la kepada pemenang Pertand-ingan bola sepak di Sapong.
Astaka ini adalah sumbangan Tan Sri Pairin Kitingan bagi memberikan keselesaan kepa-da penduduk bersukan dan menikmati sukan.
SUKAN RIADAH
PB
S/N
36
/B/T
(2)/
20
13
(UK
5)
K
aw
at:
HE
BA
HA
N K
HA
S T
ER
HA
D (
Ka
lan
ga
n A
hli
PB
S s
ah
aja
) K
elu
ara
n:
Se
pte
mb
er
20
13
15