21
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KAJIAN MENGENAI FAKTOR IBU BAPA, GURU DAN RAKAN SEBAYA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA LUAR BANDAR DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya SITI HASYAFIZA BINTI YA’COB (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 673/2, QRTS JABATAN PERTANIAN, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 43400 SERDANG, SELANGOR. (Nama Penyelia) Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

  • Upload
    ngocong

  • View
    236

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KAJIAN MENGENAI FAKTOR IBU BAPA, GURU DAN RAKAN SEBAYA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA LUAR BANDAR DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya SITI HASYAFIZA BINTI YA’COB (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 673/2, QRTS JABATAN PERTANIAN, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 43400 SERDANG, SELANGOR. (Nama Penyelia) Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

PENGESAHAN PENYELIA

" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ________________________

Nama Penyelia : P.M. AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 21 APRIL 2006

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

KAJIAN MENGENAI FAKTOR IBU BAPA, GURU DAN RAKAN SEBAYA DI

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA LUAR BANDAR DALAM

PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS

SITI HASYAFIZA BINTI YA’COB

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

21 APRIL 2006

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _____________________________

Nama Penulis : SITI HASYAFIZA BINTI YA’COB

Tarikh : 21 APRIL 2006

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

iii

ISTIMEWA KEPADA:

Ayah & Bonda Tercinta:

Ya’cob bin Yahaya & Hasnah bt Osman

Adinda-Adinda Yang Dikasihi:

Siti Syafinaz bt Ya’cob

Mohd Hafiz bin Ya’cob

Siti Syahirah bt Ya’cob

Siti Sakinah bt Ya’cob

Siti Syazana bt Ya’cob

Siti Syamimi bt Ya’cob

Mohd Syukri bin Ya’cob

Siti Aisyah bt Ya’cob

Penyelia Yang Banyak Membantu:

P.M Aziz bin Nordin

Serta rakan-rakan sekalian…..

Terima Kasih…

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan

pertolongan dari-Nya, berjaya juga akhirnya saya menyiapkan buku projek ini. Melalui

kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi

perhargaan kepada P.M Aziz bin Nordin selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini.

Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan kepada saya dalam

menjayakan penyelidikan ini. Projek Sarjana Muda ini telah meluaskan ilmu

pengetahuan saya ketika saya membuat kajian sambil belajar.

Kerjasama daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia, guru-guru sains, pelajar serta pihak pentadbir sekolah-sekolah

yang terlibat di dalam kajian ini amatlah dihargai.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga saya serta rakan-

rakan sekalian yang memberi sokongan kepada saya.

Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama

ada secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana

Muda ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

v

ABSTRAK

Kajian ini secara khususnya adalah bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan

yang wujud di kalangan pelajar luar Bandar yang mempunyai tahap pencapaian yang

rendah dalam mata pelajaran Sains dari tiga aspek iaitu ibu bapa, guru dan rakan sebaya.

Kajian ini dijalankan kepada pelajar tingkatan dua. Alat kajian soal selidik skala 5 Likert

digunakan untuk mengumpul data. Data-data yang telah diperolehi dianalisis

menggunakan ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) untuk mendapatkan

peratusan dan purata min. Sebanyak 135 orang responden dari tiga buah sekolah di

sekitar negeri Johor telah terlibat di dalam kajian ini. Daripada dapatan kajian didapati

bahawa terdapat beberapa permasalahan yang wujud kepada pelajar pencapaian rendah

dari aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Dari aspek ibu bapa, kajian mendapati

bahawa ibu bapa pelajar pelajar pencapaian rendah tidak menyediakan tempat belajar

yang selesa di rumah, tidak memberi masa yang lebih untuk belajar dan tidak

menyediakan bahan-bahan ilmiah yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Dari

aspek guru pula, didapati bahawa pelajar pencapaian rendah kurang memahami

penerangan yang diberi guru kerana guru sains jarang mengaitkan Sains dengan

kehidupan seharian. Dari aspek rakan sebaya, kajian mendapati bahawa pelajar

pencapaian rendah mempunyai rakan yang kurang minat dan pandai dalam mata

pelajaran Sains. Beberapa cadangan kajian lanjutan telah turut dikemukakan.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

vi

ABSTRACT

This study is designed specifically to identify the problems arising among two

secondary students with low performances in Science from rural areas based on three

aspects which are the parents, teachers and their peers. A set of questionnaire based on a

scale five Likert was used as the instrument to obtain data and was then administered to

135 respondents from three rural schools around the state of Johor. Data obtained from

this study was analyzed using the ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) to

derive the percentage and the average mean. The result shows that parents of these

students do not accommodate a proper learning environment, do not spare enough time

for their children to revise on their studies and they don’t provide educational books at

home. Teachers on the other hand, rarely relate Science to our daily life causing students

to face difficulties in understanding scientific concepts. Majority of these students peers

shares poor interest toward science and has poor achievement in the subject. Suggestions

of further researches also put forward.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK LAPORAN i

PENGAKUAN DIRI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Skop Kajian 6

1.6 Persoalan Kajian 6

1.7 Rasional Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

viii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 9

2.2 Objektif Kurikulum Sains Sekolah Malaysia 9

2.3 Matlamat Sains KBSM 10

2.4 Kajian-Kajian Mengenai Pencapaian Pelajar 11

Dalam Mata Pelajaran Sains

2.5 Kajian-Kajian Mengenai Aspek Ibu Bapa 14

2.6 Kajian-Kajian Mengenai Aspek Guru 17

2.7 Kajian-Kajian Mengenai Aspek Rakan Sebaya 19

2.8 Rumusan 20

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 RekabentukKajian 21

3.3 Lokasi Kajian 21

3.4 Sampel Kajian 22

3.5 Instrumen Kajian 22

3.6 Kajian Rintis 23

3.7 Prosedur Kajian 23

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 24

3.9 Analisis Data 24

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

ix

4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 25

4.2 Analisis Bahagian A 26

4.2.1 Sekolah 26

4.2.2 Bangsa 27

4.2.3 Jantina 27

4.2.4 Keputusan UPSR 28

4.2.5 Keputusan Peperiksaan Akhir 28

4.2.6 Pendapatan Bapa 29

4.2.7 Pendapatan Ibu 29

4.2.8 Pendidikan Bapa 30

4.2.9 Pendidikan Ibu 30

4.3 Analisis Bahagian B ( Secara Umum ) 31

4.3.1 Aspek Ibu Bapa 32

4.3.2 Aspek Guru 34

4.3.3 Aspek Rakan Sebaya 36

4.4 Analisis Bahagian B (Mengikut Tahap Pencapaian) 38

4.4.1 Aspek Ibu Bapa 39

4.4.1.1 Tahap Pencapaian Tinggi 39

4.4.1.2 Tahap Pencapaian Rendah 41

4.4.2 Aspek Guru 43

4.4.2.1 Tahap Pencapaian Tinggi 43

4.4.2.2 Tahap Pencapaian Rendah 45

4.4.3 Aspek Rakan Sebaya 47

4.4.3.1 Tahap Pencapaian Tinggi 47

4.4.3.2 Tahap Pencapaian Rendah 49

4.5 Analisis Perbezaan Antara Responden Tahap 51

Pencapaian Tinggi Dengan Responden Tahap

Pencapaian Rendah

4.5.1 Aspek Ibu Bapa 51

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

x

4.5.2 Aspek Guru 53

4.5.3 Aspek Rakan Sebaya 55

4.6 Permasalahan Yang Timbul Bagi Pelajar 56

Pencapaian Rendah

4.7 Rumusan 57

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan 58

5.3 Cadangan Penyelesaian Masalah 66

5.4 Kesimpulan Kajian 67

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67

RUJUKAN 69

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan item-item soal selidik 23

4.1 Taburan kekerapan responden mengikut sekolah 26

4.2 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa 27

4.3 Taburan kekerapan responden mengikut jantina 27

4.4 Taburan kekerapan responden mengikut keputusan 28

UPSR

4.5 Taburan kekerapan responden mengikut keputusan 28

peperiksaan akhir

4.6 Taburan kekerapan responden mengikut 29

pendapatan bapa

4.7 Taburan kekerapan responden mengikut 29

pendapatan ibu

4.8 Taburan kekerapan responden mengikut 30

pendidikan bapa

4.9 Taburan kekerapan responden mengikut 30

pendidikan ibu

4.10 Peratusan setiap item bagi aspek ibu bapa 32

4.11 Peratusan setiap item bagi aspek guru 34

4.12 Peratusan setiap item bagi aspek faktor 36

rakan sebaya

4.13 Peratusan setiap item aspek ibu bapa bagi 39

responden tahap pencapaian tinggi

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

xii

4.14 Peratusan setiap item aspek ibu bapa bagi 41

responden tahap pencapaian rendah

4.15 Peratusan setiap item aspek guru bagi 43

responden tahap pencapaian tinggi

4.16 Peratusan setiap item aspek guru bagi 45

responden tahap pencapaian rendah

4.17 Peratusan setiap item aspek rakan sebaya bagi 47

responden tahap pencapaian tinggi

4.18 Peratusan setiap item aspek rakan sebaya bagi 49

responden tahap pencapaian rendah

4.19 Perbandingan paratusan antara responden tahap 51

pencapaian tinggi dan rendah bagi aspek ibu bapa

4.20 Perbandingan paratusan antara responden tahap 53

pencapaian tinggi dan rendah bagi aspek guru

4.21 Perbandingan paratusan antara responden tahap 55

pencapaian tinggi dan rendah bagi aspek rakan sebaya

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran sikap

saintifik dan nilai murni. Sains juga merupakan cabang ilmu pengetahuan yang

melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan

pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Sains merangkumi bidang

pengetahuan yang berkaitan dengan sebatian, kehidupan dan alam, yang dikaji secara

bersistem, dengan menggunakan kaedah saintifik. Dengan kata lain, sains adalah ilmu

pengetahuan penting yang membolehkan pelajar memahami serta mendalami apa yang

berlaku di sekeliling mereka (Abu Hassan bin Kassim, 1999). Menurut bekas Menteri

Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, sains dan teknologi merupakan ilmu-ilmu yang

membolehkan sesebuah bangsa itu maju (Utusan Malaysia, November 2002).

Oleh sebab itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan supaya ilmu sains

ini dapat diterapkan dengan sempurna di dalam diri setiap pelajar. Ini adalah sejajar

dengan objektif Kurikulum Sains Sekolah Malaysia yang di antaranya ialah untuk

menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek serta berupaya berfikiran secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta memiliki

ilmu pengetahuan.

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

2

Jika dikaji sejarah, pendidikan Sains terawal yang dikesan di sekolah Malaya

bermula dari tahun 1931 di mana hanya melibatkan Kurikulum Sains Asas Bersepadu

sahaja. Bermula dari itu, pelbagai perubahan dilakukan, antaranya perlaksanaan

kurikulum Sains Moden (iaitu Sukatan Pelajaran Malaysia, yang diadaptasikan daripada

Sains Nuffield Britain) pada tahun 1972. Pada tahun 1979, berlaku perubahan

kurikulum sains di New Zealand. Hasil daripada perubahan itulah Malaysia membuat

reformasi pendidikan sains sekali lagi sehingga terhasilnya Sains KBSM yang

dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Sains KBSM mula dilaksanakan di

peringkat sekolah menengah rendah pada tahun 1982/83 dan peringkat menengah atas

pada tahun 1989. Sejak dari itu, Sains KBSM dilaksanakan di semua sekolah menengah

di Malaysia sehinggalah pada tahun 1999, Sains KBSM dikaji dan disemak semula

untuk terus digunakan di sekolah-sekolah. Kemudian, pada tahun 2003, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah mewajibkan segala proses pengajaran dan pembelajaran

Sains dan Matematik dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris.

Asas kepada hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah adalah melalui penguasaan ilmu sains itu

sendiri. Ini terbukti di mana pada tahun 2002, Kementerian Pendidikan telah

mewajibkan semua murid-murid di sekolah rendah mempelajari Sains mulai dari tahun

1. Seterusnya sains juga diajar di peringkat menengah rendah dan juga menengah atas.

Dari segi kurikulum di sekolah didapati bahawa kerajaan sesungguhnya menekankan

kepentingan dan penggunaan sains dan teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum

2001). Kurikulum lama digubal semula agar lebih sesuai dengan keperluan sesebuah

negara yang berkembang pesat dalam abad ke-21, iaitu yang menunjukkan ciri-ciri

moden, berunsurkan industri dan menggunakan teknologi maklumat yang canggih.

Sekolah dan institusi latihan menyediakan tenaga kerja yang diingini lantas pengambilan

pelajar ke bidang ini kian bertambah berbanding bidang sains sosial dan kemanusiaan.

Dasar menetapkan nisbah pelajar 60:40 untuk pelajar sains dan bukan sains, adalah satu

contoh kesungguhan kerajaan untuk membangunkan wawasan itu dan seterusnya

diimplementasikan sejak tahun 1996 lagi.

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Sains merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dalam kehidupan setiap

individu manusia. Tidak kira di mana kita berada, kepentingannya tidak boleh kita

sangkal lagi. Menurut bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad,

“Sains dan teknologi merupakan ilmu-ilmu yang membolehkan sesuatu bangsa itu maju”

(Utusan Malaysia, 2002). Jika dilihat kepada sejarah, orang-orang dahulu kala amat

mengagumi ilmu sains. Ini banyak terbukti dengan kajian-kajian serta eksperimen-

eksperimen yang mereka lakukan. Jadi, tidak hairanlah jika sekarang kita dapat merasa

dan menikmati hasil kejayaan daripada kajian-kajian orang dahulu. Ini merupakan satu

sumbangan yang tidak ternilai kepada manusia di zaman ini.

Tetapi, lain pula yang dilihat pada zaman sekarang ini, di mana manusia dilihat

lebih suka untuk menggunakan keistimewaan yang diberi daripada ingin menghayati dan

mendalami keindahan yang terdapat di dalam sains itu sendiri. Mereka seakan-akan

tidak sedar bahawa hidup mereka ini dikelilingi oleh sains.

Jika ini yang berlaku kepada masyarakat negara ini, maka apa yang terkandung

di dalam cabaran wawasan 2020 yang di antaranya ialah untuk mewujudkan masyarakat

saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah manjadi

penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan tidak akan terlaksana.

Kita sekarang sudah berada pada tahun 2006. Hanya tinggal kurang dari 14 tahun

menjelang tahun 2020. Jika keadaan seperti ini terus berlanjutan, masyarakat Malaysia

akan terus berada di takuk lama.

Sikap kurang minat dan kurang kepakaran rakyat Malaysia terhadap ilmu sains

dilihat telah terturun kepada generasi-generasi muda zaman sekarang, khususnya mereka

yang masih bersekolah. Menurut Atwater, Wiggins dan Gardner (1995), kemahiran

saintifik sangat penting dalam dunia teknologi kini, tetapi nampaknya kemahiran

saintifik ini tidak menjadi keutamaan kepada kebanyakan pelajar. Masalah ini akan

sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar tersebut dalam mata

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

4

pelajaran Sains.

Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan masalah pembelajaran sains pelajar.

Keluarga, persekitaran rumah dan persekitaran sekolah di lihat antara faktor penting

dalam mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Sains (Simpson dan

Talton, 1986). Latar belakang keluarga dan juga keadaan persekitaran rumah boleh

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains (Schibeci, 1989). Kajian

yang dilakukan (Costa, 1995) juga mendapati bahawa pengaruh keluarga sangat

memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Terdapat

beberapa kajian lain yang dilakukan juga bersetuju bahawa keluarga merupakan

pengaruh yang kuat terhadap pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Sains (Simpson

dan Talton, 1986) dan ibu bapa turut mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam mata

pelajaran Sains (Atwater, Gardner dan Wiggins, 1995). Kajian yang dijalankan oleh

Houtz (1995), menyatakan bahawa pencapaian di dalam mata pelajaran Sains bagi

pelajar yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya rendah adalah lemah

berbanding pelajar yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya tinggi.

Selain itu, kurikulum di sekolah juga turut mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Sains. Kurikulum di sekolah seharusnya dapat melibatkan pelajar

secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sains dan berupaya menunjukkan kepentingan sains

dalam kehidupan mereka (Costa, 1995). Keadaan persekitaran sekolah juga dilihat

antara faktor penting kepada pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains (Simpson

dan Talton, 1986). Selain itu, terdapat kajian lain yang dilakukan mendapati bahawa

pelajar lebih suka menjalankan aktiviti sains bukan sahaja di dalam kelas dan makmal,

tetapi juga di kawasan yang lebih terbuka dan bebas (Linn dan Rice, 1978). Kajian

yang dilakukan oleh Oliver dan Simpson (1990), mendapati bahawa pengaruh guru

mempunyai kaitan yang positif dengan pencapaian pelajar. Selain itu, Fontana (1986)

menyatakan bahawa personaliti guru mempengaruhi perjalanan kelas. Menurut Pidgeon

(1967) pula, pengetahuan guru dalam subjek Sains dan Matematik secara mendalam

amatlah penting dalam membantu mereka menjalankan aktiviti pengajaran dan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

5

pembelajaran dengan lebih berkesan. Peningkatan pencapaian Sains mahupun

Matematik sangat bergantung kepada strategi pengajaran oleh guru.

Selain itu, Atwater, Gardner dan Wiggins, di dalam kajiannya pada tahun 1995

menyatakan bahawa pengaruh rakan sekelas turut mempengaruhi pencapaian pelajar.

Menurut Harter (1996), faktor rakan sebaya dapat mempengaruhi terhadap pembentukan

konsep kendiri pelajar. Hunter dan Sales (1990), menyatakan rakan sebaya mempunyai

pengaruh yang kuat terhadap psikologi pelajar. Simpson dan Oliver (1990), di dalam

kajian mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya mempunyai kaitan yang tinggi dengan

pencapaian pelajar terhadap sains. Di dalam kajian yang dijalankan oleh Costa (1995),

juga mendapati bahawa rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap mata

pelajaran sains.

1.3 Pernyataan Masalah

Banyak kajian-kajian yang menyatakan bahawa pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Sains dipengaruhi oleh aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Tetapi, kajian-

kajian tersebut banyak dilakukan di negara-negara barat. Selain itu, kajian yang

dijalankan oleh Houtz (1995), menyatakan bahawa pencapaian di dalam mata pelajaran

Sains bagi pelajar yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya rendah adalah

lemah berbanding pelajar yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonominya tinggi.

Jadi, bagi mendapatkan situasi sebenar yang berlaku pada masa kini, penyelidik ingin

menjalankan satu kajian tentang peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya serta

permasalahan yang timbul di kalangan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Sains.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

6

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya penyelidikan ini bertujuan untuk :

1. Mengkaji aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya bagi pelajar luar bandar secara

umum.

2. Mengkaji aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya bagi pelajar luar bandar

mengikut tahap pencapaian.

3. Mengkaji perbezaan bagi aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya antara pelajar

pencapaian tinggi dengan pelajar pencapaian rendah.

4. Mengenalpasti permasalahan yang timbul bagi pelajar pencapaian rendah.

1.5 Skop Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik memilih pelajar-pelajar tingkatan dua dari

sekolah-sekolah menengah luar bandar. Pelajar tingkatan dua dipilih kerana pada tahap

ini, mereka telah dapat membiasakan diri dengan proses pembelajaran dan pengajaran

sains di dalam Bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah di luar bandar pula di pilih kerana

kajian dilakukan berdasarkan kepada permasalahan yang berlaku.

1.6 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan kepada

pernyataan masalah, objektif kajian dan persoalan yang timbul iaitu:

1. Apakah aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya bagi pelajar luar bandar secara

umum?

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filekursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang pengesahan status tesis judul: kajian mengenai faktor ibu bapa,

7

2. Apakah aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya bagi pelajar luar bandar mengikut

tahap pencapaian?

3. Apakah perbezaan bagi aspek ibu bapa, guru dan rakan sebaya antara pelajar

pencapaian tinggi dengan pelajar pencapaian rendah?

4. Apakah permasalahan yang timbul bagi pelajar pencapaian rendah?