Upload
vomien
View
245
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HALANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT DI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) DI KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR DI DAERAH KULAI JAYA, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya SITI NORAZLINA BINTI KAMISAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
No. 236, Jalan Kemboja, HJ JOHARI BIN HASSAN
Felda Sungai Sibol, (Nama Penyelia)
81440, Bandar Tenggara, Kulai Johor.
Disahkan oleh √
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Tn. Hj. Johari Bin Hassan
Tarikh : 2 MEI 2008
HALANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT DI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) DI KALANGAN GURU DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR DI DAERAH
KULAI JAYA, JOHOR
SITI NORAZLINA BINTI KAMISAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL , 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : Siti Norazlina Binti Kamisan
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat insan-insan tersayang yang amat bermakna dalam diri ini...
Suami tercinta,
Mohamad Shahrizal bin Rahmat
&
Cahaya mata pertama yang bakal dilahirkan
Semangat dan doronganmu menjadi kekuatanku
Ayahanda & Bonda yang dikasihi,
Kamisan bin Tamsir
Zainab binti Abdul Majid
Doa tulus ikhlas kalian menjadi azimat dan kujadikan pedoman untuk
mengharungi hidup ini
Pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan kalian tidak terbalas oleh diri ini
Moga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq
dan hidayahNya, penulisan ini dapat disempurnakan juga akhirnya.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Encik Johari bin
Hassan, selaku penyelia bagi kajian ini. Segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau
sepanjang menjalankan kajian ini tidak mungkin dapat dibalas.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada suami tersayang yang banyak
memberikan dorongan dan semangat di sepanjang perlaksanaan kajian ini.
Ribuan terima kasih ditujukan kepada ayahanda dan bonda tercinta yang telah
banyak berkorban sepanjang kehidupan saya sebelum bergelar isteri. Sokongan
moral, emosi dan material dari mereka amat bermakna buat diri saya. Terima kasih di
atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Ucapan terima kasih juga buat sahabat yang dikasihi, Nur Harlyana binti
Harun di atas segala bantuan, kritikan membina dan sumbangan idea yang bernas di
sepanjang perlaksanaan kajian ini. Kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Johor,
Pengetua dan guru-guru dari sekolah yang terlibat sebagai lokasi kajian amatlah
dihargai.
Kerjasama dari kalian semua amatlah dihargai sehingga kajian ini dapat
disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T. membalas segala jasa baik kalian
semua.
v
ABSTRAK
Penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru pada masa kini sangat
mendapat perhatian para penyelidik. Dalam konteks kajian ini,hanya tiga objektif
sahaja yang dikaji iaitu tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT, halangan-
halangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT dan cara mengatasi
halangan-halangan tersebut. Seramai 87 orang guru di tiga buah sekolah menengah
luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor telah terlibat. Instrumen kajian yang
digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik yang telah dibina sendiri oleh
penyelidik. Ia mengandungi lima bahagian utama. Nilai kebolehpercayaan instrumen
kajian adalah α = 0.91. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara
menganalisis data. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap kemahiran para guru terhadap penggunaan komputer dan ICT masih
berada pada tahap sederhana. Para guru juga lebih cenderung menggunakan
komputer dan ICT hanya terhad kepada penggunaan peribadi sahaja dan bukan untuk
tujuan P&P. Antara halangan-halangan yang telah dikenalpasti ialah faktor masa,
faktor sikap, faktor latihan dan faktor kemudahan. Cadangan untuk mengatasi
halangan tersebut juga dikemukakan.
vi
ABSTRACT
Nowadays, computers and ICT application among teachers has attracted
researchers’ attention that need to be considered and studied. This study focused only
on three objectives that are the level of computer skills and types of ICT application
among teachers, barriers in using computers and ICT and methods to overcome the
problems. Eighty seven teachers from three different rural schools in Kulai Jaya,
Johor were involved in this study. The instrument used to measure the data was a
questionnaire built by the researcher. It contained 5 main sections. Reliability value
of the instrument was α = 0.91. Descriptive statistics analysis in the form of
frequencies, mean and percentages was used in the data analysis. As a whole, the
results of this study showed that the computer skills level among teachers was still at
the average level. Teachers tend to use computer and ICT only for their personal
usage and not for teaching and learning processes. Among the identified barriers in
using computers and ICT were time factor, attitude factor, training factor and
facilities factor. Suggestions to overcome this barriers has also been included in this
study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Penggunaan
1.8.2 Komputer
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiii
xiv
1
1
3
6
7
8
8
9
10
10
10
viii
2
3
1.8.3 Sikap Guru
1.8.4 Penggunaan Komputer Dalam Profesion
1.8.5 Penggunaan ICT
1.9 Penutup
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Kepentingan Komputer Dalam Pendidikan
2.3 Konsep Teknologi Pendidikan
2.4 Teori Sikap dan Pembelajaran
2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
2.6 Umur
2.7 Jantina
2.8 Latihan
2.9 Galakan Pentadbir
2.10 Kemudahan Komputer di Sekolah
2.11 Sikap Terhadap Komputer
2.12 Penutup
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Lokasi Kajian
3.4 Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A
3.5.2 Bahagian B
3.5.3 Bahagian C
3.5.4 Bahagian D
3.5.5 Bahagian E
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Kajian Rintis
3.8 Analisis Data
11
11
11
12
13
13
13
14
16
17
18
19
21
23
24
25
26
27
27
28
29
30
31
32
32
33
33
34
34
35
35
ix
4
5
3.9 Penutup
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Demografi Responden
4.2.1 Demografi Responden Mengikut Umur
4.2.2 Demografi Responden Mengikut Jantina
4.2.3 Demografi Responden Mengikut Status
4.2.4 Demografi Responden Mengikut
Kelulusan Akademik / Ikhtisas
4.2.5 Demografi Responden Dari Segi
Pemilikan Komputer Sendiri
4.2.6 Demografi Responden Dari Segi
Pengalaman Mengajar
4.2.7 Demografi Responden Dari Segi
Pengalaman Mengikuti Kursus Komputer
Dan ICT
4.2.8 Demografi Responden Dari Segi Bekalan
CD Perisian Komputer Berkaitan Subjek
Yang Diajar
4.3 Dapatan Persoalan 1
4.4 Dapatan Persoalan 2
4.5 Dapatan Persoalan 3
4.6 Penutup
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Ringkasan Kajian
5.2.1 Demografi Responden
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Persoalan Kajian 1
36
37
37
38
38
39
39
40
40
41
42
42
43
48
51
54
55
55 56 57
x
5.3.2 Persoalan Kajian 2
5.3.3 Persoalan Kajian 3
5.4 Rumusan Kajian
5.5 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian
5.6 Implikasi Kajian Lanjutan
5.7 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
59
61
63
63
65
66 67
71
80
84
87
89
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
Lokasi Kajian
Bilangan Responden di Setiap Sekolah
Pengkelasan Skala
Pengkelasan Skala
Tahap Penilaian dan Min
Demografi Responden Mengikut Umur
Demografi Responden Mengikut Jantina
Demografi Responden Mengikut Status
Demografi Responden Mengikut Kelulusan
Akademik / Ikhtisas
Pemilikan Komputer Sendiri
Pengalaman Mengajar
Pengalaman Mengikuti Kursus Komputer
Dan ICT
Bekalan Perisian Komputer Berkaitan Subjek
Yang Diajar
Taburan Responden Mengikut Peratus (%)
Dan Min Dari Segi Kekerapan Dan Bentuk
Penggunaan Semasa P&P
Taburan Responden Mengikut Peratus (%)
Dan Min Dari Segi Tahap Kemahiran
Menggunakan Komputer Dan ICT
29
30
32
33
36
38
39
39
40
41
41
42
42
43
45
xii
4.11
4.12
4.13
Taburan Responden Mengikut Peratus (%)
Dan Min Dari Segi Halangan-Halangan
Terhadap Penggunaan Komputer Dan ICT
Halangan Lain Yang Tidak Tersenarai Dalam
Borang Soal Selidik
Cadangan Untuk Mengatasi Halangan Bagi
Penggunaan Komputer Dan ICT Semasa P&P
Dilaksanakan
48
52
53
xiii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
CD - Compact Disc
CD-ROM - Compact Disc-Read Only Memory
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
ICT - Information and Communication Technology
KDP - Komputer Dalam Pendidikan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 71
B Data Kajian Rintis SPSS versi 11.5 80
C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pelajaran
84
D Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri 87
E Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan,
UTM
89
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan
perubahan daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada era
masyarakat bermaklumat (information society) menimbulkan cabaran baru kepada
institusi pendidikan. Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan
terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, beberapa
pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media pengajaran dan
pembelajaran.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and
Communication Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan internet,
laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan
baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari
segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991).
Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan
dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem
pendidikan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
2
Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju hanya akan
tercapai sekiranya setiap golongan masyarakat kaya dengan maklumat dan bersedia
menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Maka golongan pelajarlah yang menjadi
sasaran penting kerana mereka merupakan penggerak sebenar kemajuan negara di
masa hadapan. Oleh itu, guru yang terlibat secara langsung dalam arena pendidikan
seharusnya memberikan komitmen dan tumpuan untuk mewujudkan masyarakat
bermaklumat ke arah merealisasikan matlamat tersebut.
Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah guru-guru dapat
menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di dalam proses pengajaran dan
pembejarannya di dalam kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada
gunanya jika komputer digunakan tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan
baik dan pelajar tidak mendapat manfaat. Menurutnya lagi, guru perlu memahirkan
diri dengan komputer supaya pengajaran yang disampaikan menjadi lebih berkesan.
Selain itu, guru mesti mampu mewujudkan suasana di mana pelajar lebih
seronok belajar dengan menggunakan komputer. Sebenarnya, ia berkaitan dengan
beberapa halangan yang timbul untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK).
Keberkesanan dan kemantapan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi bergantung kepada keupayaan
serta kebolehan aplikasi media teknologi maklumat yang ada pada guru-guru dan
pelajar-pelajar yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran terhadap penerimaan dan
persiapan mental serta komitmen dalam penggunaan teknologi ini di kalangan guru-
guru secara amnya. Apakah mereka sudah bersedia menghadapi perubahan ini atau
bagaimana? Persoalan ini akan timbul apabila masih ada lagi di kalangan guru yang
tidak mahu langsung untuk menggunakan teknologi . Guru-guru akan bertukar
peranan, yang selama ini mereka melaksanakan pengajaran secara biasa kepada
pengajaran interaktif dengan menggunakan komputer sebagai alat bantu di dalam
kelas.
3
Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas menggambarkan penekanan terhadap sains
dan teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian yang
gemilang, terbilang dan cemerlang menjelang tahun 2020. Oleh itu, pengetahuan
mengenai komputer adalah menjadi satu perkara yang wajib untuk membolehkan
negara maju bergerak ke hadapan.
Oleh yang demikian, para guru di alaf baru ini perlu bersiap sedia dengan
pengetahuan mengenai komputer. Ini adalah disebabkan satu hari nanti, tiada lagi
istilah bebanan dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di negara-negara maju, komputer digunakan dalam semua aspek kehidupan
dari bidang pengurusan pentadbiran hinggalah ke bidang penerokaan angkasa lepas.
Dari aspek pendidikan, komputer dikatakan mampu menyediakan pelajar untuk
hidup dalam masyarakat. Maka, program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah.
Projek Rintis Komputer Dalam Pendidikan telah mula dilaksanakan pada
tahun 1992. Di dalam projek ini, Literasi Komputer diwajibkan kepada semua pelajar
tingkatan 1 dan 2. Untuk membantu sekolah melaksanakan program ini, Pusat
Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan buku Garis Panduan Pelaksanaan
Program Literasi Komputer. Marry Jo Langhore. et. al (1989) telah menyatakan,
“Computer literacy might be conceptualized as having three components; knowledge
about computer, knowledge of computer application and knowledge about social
issues pertaining to computer”
4
Menurutnya, Literasi Komputer mempunyai beberapa konsep yang perlu
difahami sebagai asas pengetahuan dalam bidang ICT. Keupayaan untuk
memperkenalkan penggunaan komputer ke dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah membayangkan perubahan yang ketara di
kalangan guru-guru. Kajian-kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat di
antara tahun 1987 dan 1992 mendapati bahawa penggunaan media komputer masih
menjadi suatu matlamat yang eksklusif bagi kebanyakan guru-guru (Baker J.C.,
1982).
Dalam hal ini, Rushby (1980) telah merumuskan fenomena ini sebagai
“While the real world uses computers to move forward, educators too often look
studiously backward“
Semasa dunia menggunakan komputer untuk maju ke hadapan, pendidik selalu
ketinggalan di belakang.
Rushby juga mendapati bahawa walaupun pihak kerajaan telah memberi
dorongan yang kuat di samping sambutan oleh pihak swasta terhadap program
komputer dan ICT, namun tidak terdapat bukti yang menunjukkan penerimaan yang
kuat dari kalangan guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, terdapat keperluan yang
amat tinggi untuk menilai status penerimaan guru-guru terhadap teknologi komputer
di dalam pengajaran dan pembelajaran (Bramble J., 1985).
Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, komputer dan ICT juga
telah digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran atau dikenali sebagai
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Learning
(CAL). Menurut Rushby (1980:37),
5
“CAL, like other educational technologies and teaching methods, has various unique
qualities and should be seen in the context of alternative methods of learning, each of
which has its own useful qualities. It is one, but only one, of the tools that the teacher
can use to help with his teaching and learning problems”
Sikap terhadap komputer dan ICT adalah faktor yang menyumbang kepada
penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer dan ICT. Ia juga boleh
mempengaruhi motivasi seseorang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Sikap yang
positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa sahaja (Raja
Maznah Raja Hussain, 1995).
Sehubungan dengan itu, Menteri Pelajaran, Tan Sri Musa Muhamad (Utusan
Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa “Kerajaan telah
berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan para guru
hendaklah menggunaan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan
lebih ramai pelajar yang cemerlang”.
Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal, kerap diperhatikan masih
ramai pendidik yang mempunyai sikap fobia atau takut komputer serta negatif untuk
menggunakannya dalam pengajaran dn pembelajaran. Tanpa persiapan dari semua
aspek , segala program perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan
yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan
iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah
organisasi besar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Perubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan
dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Maklumat
bertukar dalam mod digital, dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan
menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru.
Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadi satu trend yang global,
sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia dalam menggabungkan teknologi di
bilik darjah (Mat, 2000). Seperti kenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian
Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu persidangan e-pembelajaran pada Mei
2000 di Kuala Lumpur, “Teknologi telah dan akan menjadi satu komponen penting
pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Pendekatan
dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran
perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Guru sepatutnya dapat
mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran”. Dari
kenyataan tersebut, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Adakah
guru –guru bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi khususnya
teknologi komputer untuk menghadapinya?
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menangani dengan segera
penyenggaraan komputer dari segi kemudahan peralatan dan integrasi sistem,
aplikasi, dan maklumat. Dalam era globalisasi ini, penggunaan ICT adalah suatu
keperluan yang amat penting dalam segala urusan. Ada sesetengah guru yang
dibekalkan dengan komputer riba (laptop), dan ada juga guru yang tidak dibekalkan
dengan komputer riba. Adakah ini menjadi punca sebenar mengapa guru tidak
mengaplikasikan penggunaan komputer dan ICT di dalam bilik darjah?
Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, faktor-faktor seperti umur,
jantina, latihan, galakan pentadbir dan kemudahan komputer yang dibekalkan di
sekolah telah dikenalpasti menjadi halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT
7
di kalangan guru-guru di sekolah. Dari itu, penyelidik ingin mengenalpasti halangan-
halangan baru yang timbul dan halangan utama yang menjadi penyumbang terbesar
terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru, terutama sekali di kawasan
luar bandar. Selain itu, penyelidik juga akan mengkaji faktor-faktor baru yang
dikenalpasti seperti pengalaman mengajar, faktor kemahiran, faktor sikap dan faktor
masa. Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat perlunya ada kajian tentang
halangan-halangan yang mempengaruhi penggunaan komputer dan ICT di kalangan
guru di kawasan luar bandar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk :
1.4.1 Mengenalpasti tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT di
kalangan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.
1.4.2 Mengenalpasti halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan
komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.4.3 Mengenalpasti cara mengatasi halangan-halangan terhadap
penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru.
8
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Sejauh manakah guru-guru di sekolah mahir menggunakan komputer
dan ICT serta apakah bentuk penggunaan ICT yang digunakan?
1.5.2 Apakah halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan
komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran?
1.5.3 Bagaimanakah cara menangani halangan-halanagn terhadap
penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap
penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Adakah mereka menggunakan teknologi komputer dan
ICT yang sedia ada untuk mengubah cara bekerja?
Kajian ini juga mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi halangan-
halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru. Ianya boleh
dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam menggunakan
komputer sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasinya.
Di samping itu juga, kajian ini boleh dijadikan rujukan tambahan kepada
bakal-bakal guru atau pun pelajar universiti. Pelajar-pelajar boleh menggunakan
maklumat-maklumat yang diperolehi di dalam kajian ini untuk menghasilkan sebuah
kajian yang lebih bermutu di samping boleh dijadikan bahan bacaan tambahan.