4
UNIT SISTEM Unit sistem adalah unit komputer itu sendiri. Terletak di atas papan induk. Di sini semua kerja-kerja operasi, matematik, dan juga pemprosesan maklumat dilakukan. Sistem komputer ini terdiri daripada yang utamanya iaitu Papan Induk / Papan Litar Utama (Motherboard), Unit Pemprosesan Pusat (CPU – Central Processing Unit/Unit Pemprosesan Pusat), dan lain-lain komponen berkaitan termasuklah pemacu cakera, slot pengembang, kipas, unit bekalan kuasa, port input / output, dan lain-lain litar sokongan. Ingatan Utama (Main Memory) Ingatan memori adalah merupakan kompenan komputer yang berperanan untuk memegang set arahan atau data sebelum diproses. Saiz ingatan Utama memainkan peranan penting dalam menentukan keupayaan komputer. Semakin tinggi saiz ingatan utama, semakin tinggi keupayaan komputer. Tetapi perlu diingat juga banyak faktor lain yang mempengaruhi tahap keupayaan sesebuah komputer contohnya seperti clock speed, jenis CPU dll. Saiz ingatan utama juga menentukan kelajuan dan jumlah program yang boleh dibuka serentak bagi sesebuah komputer. Ingatan komputer diukur dalam unit megabyte (MB). Terdapat dua jenis ingatan utama : # Random Access Memory (RAM) /Ingatan Capaian Rawak Ia berfungsi untuk menyimpan data yang sedang diproses buat sementara waktu agar ianya pantas diantara CPU dan sistem pengoperasian. Ia boleh melaksanakan proses baca dan tulis dan tidak kekal dalamnya sebaik saja komputer ditutup (off). Contoh jenis-jenis modul RAM (SIMM-Single in-line Module dan DIMM-dual in-line Memory module) seperti DRAM (Dynamic RAM), SRAM (Static Random-Access Memory), EDO RAM (Extended-Data-Out-RAM), VRAM (Video RAM), Cache RAM.

Unit Sistem

  • Upload
    arayan

  • View
    219

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

unit sistem

Citation preview

Page 1: Unit Sistem

 UNIT SISTEM

Unit sistem adalah unit komputer itu sendiri.  Terletak di atas papan induk.  Di sini semua kerja-kerja operasi, matematik, dan juga pemprosesan maklumat dilakukan.  Sistem komputer ini terdiri daripada yang utamanya iaitu Papan Induk / Papan Litar Utama (Motherboard), Unit Pemprosesan Pusat (CPU – Central Processing Unit/Unit Pemprosesan Pusat), dan lain-lain komponen berkaitan termasuklah pemacu cakera, slot pengembang, kipas, unit bekalan kuasa, port input / output, dan lain-lain litar sokongan. 

Ingatan Utama (Main Memory) Ingatan memori adalah merupakan kompenan komputer yang berperanan untuk memegang set arahan atau data sebelum diproses.  Saiz ingatan Utama memainkan peranan penting  dalam menentukan keupayaan komputer.  Semakin tinggi saiz ingatan utama, semakin tinggi keupayaan komputer.  Tetapi perlu diingat juga banyak faktor lain yang mempengaruhi tahap keupayaan sesebuah komputer contohnya seperti clock speed, jenis CPU dll. Saiz ingatan utama juga menentukan kelajuan dan jumlah program yang boleh dibuka serentak bagi sesebuah komputer.  Ingatan komputer diukur dalam unit megabyte (MB).  Terdapat dua jenis ingatan utama : 

      # Random Access Memory (RAM) /Ingatan Capaian Rawak   Ia berfungsi untuk menyimpan data yang sedang diproses buat sementara waktu agar ianya           pantas diantara CPU dan sistem pengoperasian.  Ia boleh melaksanakan proses baca dan   tulis dan tidak kekal dalamnya sebaik saja komputer ditutup (off).  Contoh jenis-jenis          modul RAM (SIMM-Single in-line Module dan DIMM-dual in-line Memory module)           seperti DRAM (Dynamic RAM), SRAM (Static Random-Access Memory), EDO RAM           (Extended-Data-Out-RAM), VRAM (Video RAM), Cache RAM. 

      # Read Only Memory (ROM)/Ingatan Baca Sahaja          ROM adalah sejenis ingatan yang sedia ada (kekal) dalam komputer walaupun punca           kuasa dimatikan.  Ia tidak boleh diubahkan dan ditulis tetapi boleh dibaca.  Terdapat tiga           jenis ROM iaitu                # PROM-ianya boleh diprogram sekali sahaja.                 # EPROM-boleh diprogramkan lebih dari sekali                # EEPROM-boleh ditulis/programkan berulangkali menggunakan kuasa Elektrik.

Page 2: Unit Sistem

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Ia merupakan otak bagi sesebuah sistem komputer.  Berperanan menterjemahkan data input kepada maklumat output. CPU juga adalah litar elektronik yang dinamakan ‘mikropemproses’.  Tugas CPU melaksana dan mengawal keseluruhan operasi komputer dan boleh dikatakan hampir keseluruhan pengiraan dilaksanakan di sini

CPU mengandungi 3 komponen utama iaitu : Unit Kawalan (Control Unit) : Unit kawalan atau CU ini mengandungi litar yang menggunakan signal elektrik yang mengarahkan keseluruhan sistem komputer untuk melaksanakan sesuatu arahan.  CU tidak melaksanakan apa-apapun arahan sesebuah progran sebaliknya mengarahkan bahagian-bahagian tertentu dalam sistem komputer untuk melakukannya.  CU aktif berkomunikasi terutamanya dengan Arithmetik / Logic dan ingatan (memori) bagi memastikan kelancaran sesebuah sistem komputer. 

     # Unit Arithmetik / Logic (ALU)         Adalah komponen dalam CPU yang melaksanakan kesemua arahan yang melibatkan          pengiraan arithmetik seperti penambahan, pendaraban,, dan pembahagian.  ALU juga          berperanan dalam menangani permasalahan yang berkaitan logikal atau perbandingan. 

Page 3: Unit Sistem

Hasil         pengiraan tersebut kemudian akan dihantar  semula kepada CU sebelum ianya dipaparkan          ke skrin paparan oleh CPU. 

    # Pendaftar (Register)        Merupakan storan sementara bagi arahan atau data simpanan tetapi ia bukanlah sebahagian         daripada ingatan utama (memori).  Data atau arahan itu adalah data yang sedang diproses         oleh CPU.  Selepas prosesnya selesai akan diganti data atau arahan selanjutnya dan data         yang siap diproses itu dihantar ke ingatan utama.  Ia bertugas mengikut arahan CU dengan         menerima, memegang atau memindahkan arahan atau data serta melaksanakan perbandingan        arithmetik / logic dengan cepat.        Sebelum sesuatu arahan dapat dilaksanakan oleh CPU, arahan program dan data diletakkan        di dalam ingatan utama terlebih dahulu melalui penggunaan peranti input atau storan sekunder,       dan CPU terus melaksanakan langkah-langkah :              #. CU mencapai arahan dari ingatan utama              #. CU menterjemah makna arahan dan menghantar data-data diperlukan dari ingatan                   utama ke ALU               iii. ALU melaksanakan arahan dengan mengawal dan menjalankan operasi pengiraan                    kepada data.              iv. ALU menyimpan hasil pengiraan dalam ingatan utama atau register.

Unit Bekalan Kuasa (Power Supply) Bekalan kuasa DC diperlukan komputer bagi menukarkan bekalan voltan AC 230V, 50Hz ke voltan DC.  Biasanya ia memerlukan antara 5VDC bagi papan induk, kad penyesuai, pemacu cakera, dan litar logik manakala 12VDC untuk monitor dan lain-lain.

Kipas (fan) Komponen-komponen PC akan rosak jika komponen elektrik di dalamnya terlalu panas disebabkan tempoh penggunaannya.  Oleh demikian, kipas digunakan bagi mengurangkan kesan haba seperti yang digunakan pada CPU Pentium dan 686.