7
1 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL WANITA SUKAN MUHIBBAH JKM 2017 1.0 UNDANG-UNDANG Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN KEJOHANAN 2.1 PENGENALAN 2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL WANITA SUKAN MUHIBBAH JKM 2017 dianjurkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur selaku tuan rumah Sukan Muhibbah JKM 2017. 2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah yang diketuai oleh seorang ketua pengadil. 2.1.3 JTU akan bertanggungjawab di dalam pengurusan teknikal, kawalan dan pertandingan. 2.1.4 JTU akan melantik pegawai-pegawai teknikal dan pertandingan bagi menguruskan pertandingan Futsal Wanita ini. 2.1.5 Selain daripada peraturan UMUM, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/ menambah/ mengubah peraturan-peraturan selaras dengan matlamat penganjuran sukan Muhibbah JKM. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 15HB SEPTEMBER 2017 bertempat di gelanggang futsal, Borneo Sport Arean (BSA), Kolombong.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL … · Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN

  • Upload
    lehanh

  • View
    222

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL … · Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN

1

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL WANITA SUKAN MUHIBBAH JKM 2017

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang

Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola

Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL

WANITA SUKAN MUHIBBAH JKM 2017 dianjurkan oleh

Jabatan Tanah dan Ukur selaku tuan rumah Sukan

Muhibbah JKM 2017.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil

bertauliah yang diketuai oleh seorang ketua

pengadil.

2.1.3 JTU akan bertanggungjawab di dalam pengurusan

teknikal, kawalan dan pertandingan.

2.1.4 JTU akan melantik pegawai-pegawai teknikal dan

pertandingan bagi menguruskan pertandingan Futsal

Wanita ini.

2.1.5 Selain daripada peraturan UMUM, Jawatankuasa

Penganjur adalah berhak meminda/ menambah/

mengubah peraturan-peraturan selaras dengan

matlamat penganjuran sukan Muhibbah JKM.

2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 15HB SEPTEMBER

2017 bertempat di gelanggang futsal, Borneo Sport

Arean (BSA), Kolombong.

Page 2: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL … · Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN

2

2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang

tertutup.

2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 13hb

September 2017 (rabu) di Bilik Mesyuarat, Tingkat 5,

Bahagian GDM, Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan

Ukur, Kota Kinabalu pada jam 2.00 petang.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi

pihak sekiranya tiada wakil.

2.2.5 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 08 September

2017 (Jumaat).

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Kejohanan akan dijalankan secara LIGA KUMPULAN

dalam dua (2) kumpulan iaitu A dan B.

KUMPULAN A KUMPULAN B

A1 - A2 B1 – B2

A1 - A3

A2 - A3

2.3.2 Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan layak

memasuki peringkat separuh akhir.

SEPARUH AKHIR

JOHAN KUMP. A – NAIB JOHAN KUMP. B

JOHAN KUMP. B – NAIB JOHAN KUMP. A

2.3.3 Pasukan yang menang dalam separuh akhir akan

bermain dalam perlawanan akhir bagi menentukan

Johan dan Naib Johan. Manakala pasukan yang

kalah akan bermain untuk menentukan Tempat

Ketiga.

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori WANITA sahaja

dan TERBUKA kepada semua kakitangan JKM yang

memenuhi syarat pertandingan.

2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang

pemain serta 5 pemain simpanan.

Page 3: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL … · Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN

3

2.5.2 Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-

kurangnya 3 orang pemain veteran senior (berumur

40 tahun dan keatas).

2.5.3 Dalam setiap perlawanan, setiap pasukan mesti

diwakili oleh dua (2) pemain veteran senior (berumur

40 tahun dan ke atas) dan mesti menggunakan

penanda yang disediakan oleh penganjur dalam

setiap perlawanan

2.5.4 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu

pasukan sahaja.

2.5.5 Setiap pemain hendaklah kakitangan yang sedang

berkhidmat di bawah JKM secara tetap, kontrak,

sementara atau sambilan dan telah berkhidmat

sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perlawanan

dalam Jabatan yang diwakili.

2.4.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana

pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak

penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan

berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.

2.4.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu

satu perkara adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan

tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa

Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk

bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum

perlawanan dimulakan.

3.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau

mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan

kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan

serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.4 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai

dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di

dalam dewan atau kawasan pertandingan.

Page 4: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL … · Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN

4

3.5 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada

Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.

3.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang

Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang

pertandingan ini.

3.7 Pertukaran senarai pemain hendaklah dilakukan sebelum

Sukan Muhibbah bermula.

3.8 Bilangan gantian pemain adalah tidak terhad (Flying

Substitution). Pemain yang telah diganti masuk boleh masuk

semula bermain.

3.9 Pemain yang dikenakan KAD MERAH akibat masalah

DISIPLIN dan GANAS akan digantung terus dari kejohanan.

3.10 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis

dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak

RM200.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang

dibantah itu tamat.

3.11 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di

bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan.

Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.12 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima

oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan

dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak

penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan

tersebut.

3.13 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur

sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh

Jawatankuasa Rayuan.

3.14 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau

ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan

kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.15 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah

muktamad.

4.0 MASA PERLAWANAN

4.1 Masa perlawanan akan dijalankan 7 minit x 2. Rehat pada

separuh masa hendaklah tidak melebihi 2 minit kecuali

dengan izin pengadil.

Page 5: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL … · Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN

5

4.2 Apabila masa tambahan diberi, maka masa tambahan itu

mestilah mengandungi 2 bahagian selama 3 minit setiap

bahagian dengan tanpa rehat pada akhir masa yang

ditentukan tetapi tidak di antara masa tambahan tersebut.

Pemain tidak boleh meninggalkan gelanggang pada waktu

rehat antara cukup masa tambahan dengan masa

tambahan kecuali dengan kebenaran pengadil.

4.3 Jangkamasa bagi separuh masa boleh dilanjutkan untuk

membolehkan sepakan penalti diambil.

5.0 WARNA DAN NOMBOR JERSI

5.1 Semua pasukan wajib memakai jersi mengikut warna rasmi

yang telah ditetapkan oleh pihak Urusetia Sukan JKM.

5.2 Pemain wajib memakai jersi bernombor yang didaftarkan

sahaja. Nombor jersi yang didaftarkan hendaklah bermula

dengan nombor 1 hingga 12 sahaja. Jersi penjaga gol

mesti berwarna yang berlainan dengan pemain-pemain

lain. Nombor Jersi hadapan hendaklah 10 cm tinggi.

6.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

6.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-

peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran akan diputuskan

oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dan

keputusan ini adalah muktamad.

7.0 HADIAH PERTANDINGAN

7.1 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH PERTANDINGAN FUTSAL 2017

KEDUDUKAN NILAI HADIAH (RM)

JOHAN (EMAS)

NAIB JOHAN (PERAK)

KETIGA (GANGSA)

Page 6: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL … · Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN

6

Pertandingan FUTSAL WANITA sUKAN MUHIBbAH JKM 2017

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN NAMA JABATAN :…………………………………………………………… NAMA PENGURUS PASUKAN :…………………………………………………………… NO TELEFON : …………………………………………(PEJABAT) : …………………………………………( Hp) NO FAX :………………………………………….

KATEGORI : FUTSAL WANITA

BIL NAMA No. Kad Pengenalan Tarikh mula bertugas dalam Jabatan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JABATAN TANAH DAN UKUR (LANDS AND SURVEYS DEPARTMENT)

88100 KOTA KINABALU, MALAYSIA

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

8 Sept 2017

Page 7: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL … · Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN

7

PENGAKUAN DIRI: Saya Pengurus Pasukan Futsal Wanita seperti nama di bawah dengan ini bersetuju

mematuhi segala undang-undang dan peraturan serta mengikuti Jadual yang

ditetapkan oleh Pihak Penganjur. Pasukan saya bersetuju tidak akan mengemukakan

sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah

ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas penyertaan pertandingan ini.

Tandatangan : …………………………………………………………………. Nama Pengurus Pasukan : ………………………………………..…………………..…… Jabatan :……………………………………………………….…………. Tarikh : …………………………………………………….…………..

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

PN. PRISILLA LOJIKIP PENGELOLA ACARA SUKAN FUTSAL WANITA SUKAN JKM 2017 Tel: 088-527701 / 088– 527711/ 0128282687 Fax : 088-413734