22
Assignment Subject COMPANY LAW Subject Code LAW 2023 Lecturer MR RYAN ARNOLD Student Name DAYANG NAZIRAN BINTI AWANG KATI Student Matric No 09070346 Date of Submission 28/01/2011 If found, please return to; Cybernetics International College of Technology 154-4-9, Kompleks Maluri Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur.

MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Assignment Subject COMPANY LAW

Subject Code LAW 2023

Lecturer MR RYAN ARNOLD

Student Name DAYANG NAZIRAN BINTI AWANG KATI

Student Matric No 09070346

Date of Submission 28/01/2011

If found, please return to;Cybernetics International College of Technology

154-4-9, Kompleks MaluriTaman Maluri

55100 Kuala Lumpur.

Checked & Verified by

Page 2: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

1. Memorandum Persatuan

Perlembagaan atau piagam sesebuah syarikat yang disebut tatawujud

syarikat.

Merupakan dokumen yang wajib didaftar dengan Pendaftar Syarikat

yang perlu di bawah seksyen 16 (1) Akta Syarikat.

Perkara yang perlu ada dalam memorandum iaitu:

I. Nama Syarikat

II. Tujuan/objek syarikat ditubuhkan.

III. Melainkan Syarikat tidak berhad dan jumlah syer model akan

didaftarkan dan pembahagiannya kepada jumlah syer tertentu.

IV. Jika syarikat itu adalah syarikat yang dihadkan oleh syer,

bahawa tanggungan ahli adalah berhad.

V. Jika syarikat berhad menurut jaminan,tangungan ahli adalah

berhad dan segala maklumat seperti yang dikehendaki

mengenai tanggungan ahli jika syarikat itu digulung,

VI. Jika syarikat adalah syarikat tidak berhad bahawa tanggungan

ahli adalah tidak berhad.

VII. Nama penuh, alamat dan pekerjaan penandatangan-

penandatangannya,

VIII. Bahawa penandatangan berhastar untuk menubuhkan sebuah

syarikat mengikut memorandum dan masing-masing bersetuju

mengambil jumlah syer di dalam modal yang dicatit di hadapan

nama masing-masing.

Page 3: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

2. Artikel Persatuan

Dokumen yang menyentuh tentang urusan dalaman sesebuah syarikat

berkenaan bagaimana syarikat perlu menjalankan urusan.

Dan menyentuh perhubungan antara pemegang-pemegang syer sesame

mereka, perhubungan antara audit pemegang syer dengan syarikat,

kuasa- kuasa pengarah, akaun dan audit, perjalanan mesyuarat syarikat

dan lain-lain.

Didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat( termasuk syarikat-sayrikat

berhad dan tidak berhad)

Keperluan seksyen 29 Akta Syarikat.

Contoh artikel persatuan adalah merujuk dalam Susunan jadual A

jadual 4 Akta Syarikat.

3. Kesan-kesan pendaftaran memorandum dan artikel persatuan

Daripada keterangan seksyen 33 (1) Akta Syarikat, apabila didaftarkan akan memberi

kesan ke atas :

a) Perhubungan antara syarikat dengan ahli

b) Perhubungan antara ahli sesame ahli

c) Perhubungan antara syarikat denagn orang luar / pihak ketiga.

Perhubungan antara syarikat dengan ahli

Memorandum dan artikel persatuan merupakan kontrak yang mengikat tiap-tipa ahli kepada syarikat

Kegagalan mana-mana pihak untuk mematuhi peruntukan-peruntukan dalam memorandum dan artikel persatuan ini akan memberi hak kepada piahk yang terkilan untuk membuat tuntutan atas pecah kontrak.

Contah dalam kes Hickman lwn Kent Romney Marsh sheep-Breeders’ Association (1915) artikel persatuan syarikat memperuntukkan apabila ada apa-apa perselisihan yang wujud antara syarikat dan mana-mana ahlinya, maka hendaklah perselisihan tersebut dirujuk kepada timbang tara.

Page 4: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Perhubungan antara ahli sesama ahli Memorandum dan artikel merupakan kontrak yang mengikat setiap ahli

dengan ahli-ahli yang lain. Setiap ahli syarikat adalah terikat untuk menunaikan kewajipannya terhadap

ahli syarikat yang lain. Contoh dalam kes Wong Kim Fatt lwn Leong Sdn Bhd (1976) artikel

persatuan syarikat memperuntukkan bahawa pemegang 7/10 daripada modal syarikat yang dikeluarkan boleh pada bila-bila masa membuat permintaan kepada syarikat kepada syarikat supaya menguatkuasakan pemindahan mana-mana syer tertentu yang tidak dipegang oleh peminta.

Perhubungan antara syarikat dengan orang luar/ pihak ketiga Memorandum dan artikel syarikat tidak mewujudkan suatu kontrak antara

syarikat dengan orang luar Seseorang yang bukan ahli tidak berhak untuk membuat sebarang peruntukan

memorandum dan artikel Contah kes Raffles Hotel Ltd lwn Malayan Banking Berhad (MBB)

Objektif syarikat dan doktrin ultra vires Syarikat hanya dibenarkan untuk melakukan transaksi yang berkaitan dengan

objek sesebuah syarikat ditubuhkan sebagai contoh ABC Bhd telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjual barangan keperluan harian pengguna.Tetapi semasa beroperasi, ABC Sdn Bhd telah turut menjalankan perniagaan membaiki barangan elektrik.

Tindakan ini nyata bertentangan dengan objek atau tujuan ianya ditubuhkan. Jika sesebuah syarikat itu membuat sesuatu tindakan atau menjalankan sesuatu

urusan yang tidak dikuatkuasakan atau yang tiada kaitan dengan tujuan atau objek yang dinyatakan seperti contoh di atas maka ianya dikatakan telah bertindak secara ultra vires.

Status tindakan atau urusan syarikat yang ultra vires adalah berbeza di bawah undang-undang Inggeris dan di bawah Akta Syarikat.

Dotrin ultra vires di bawah undang-undang Inggeris Sebarang transaksi yang ultra vires adalah tidak sah.Rujukan kes Ashbury

Railway Carriage & Iron Co Ltd lwn Riche (1875) Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian itu adalah ultra vires dan tidak sah Syarikat juga tidak boleh mengesahkan perjanjian tersebut dalam mesyuarat

agungnya. Selain itu syarikat tidak boleh mendakwa atau didakwa atas suatu kontrak

yang ultra vires.

Page 5: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Tujuan Doktrin Ultra Vires Melindungi para pelabur yang telah menyumbang modal dalam sesebuah

syarikat supaya mereka boleh tahu kea rah mana wang mereka digunakan. Membolehkan para kreditor syarikat memastikan bahawa wang syarikat yang

menjadi sumber untuk membayar untuk membayar hutang mreka tidak digunakan dengan tujuan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan.

Berlaku dalam kes Ernest lwn Nichols (1857), mahkamah menyatakan bahawa doktrin ultra vires adalah satu cara menjaga kepentingan ahli-ahli syarikat dan menjamin pelaburan mereka agar tidak digunakan untuk tujuan aktiviti di luar kuasa syarikat.

Tidak praktikal untuk mengharapkan semua pihak yang hendak berurusan dengan sesebuah syarikat untuk memeriksa terlebih dahulu memorandum berkenaan.Kesan akan timbul ketidakselesaan dalam urusan lazim perniagaan.

Di Malaysia Doktrin ultra vires telah dimodifikasikan menerusi Seksyen 20 Akta Syarikat.Seksyen 20(1) Akta Syarikat memperuntukan bahawa tiada tindakan yang akan didakwa sebagai tindakan syarikat boleh menjadi tidak sah hanya dengan fakta syarikat itu tidak mempunyai keupayaan atau kuasa membuat tindakan itu.

Tiga keadaan Seksyen 20 (2) Akta Syarikat yang mana kesan doktrin ultra vires masih terpakai iaitu:

a) Seorang ahli syarikat atau pemegang debentur dengan cagaran terapung atau pemegang debentur berhak menyekat syarikat daripada mengambil sebarang tindakan yang ultra vires.Dengan syarat tindakan tersebut masih belu dilaksanakan.

b) Sekiranya sesuatu tindakan ultra vires telahpun dilakukan, ini bermakna hak untuk menegah yang terdapat dibawah seksyen 20 (2) Akta Syarikat tidak boleh diminta di mahkamah. Namun begitu seseorang ahli syarikat masih boleh mendakwa mana-mana syarikat atau bekas pegawai syarikat yang telah melakukan tindakan ultra vires yang telahpun dilaksanakan itu.Dalam hal ini tindakan ultra vires dianggap sah di sisi undang-undang.

c) Menteri juga berhak membuat petisyen kepada mahkamah untuk menggulungkan syarikat yang telah melakukan transaksi ultra vires.Walaupun transaksi ultra vires adalah sah berdasarkan Seksyen 20 (1) Akta Syarikat, pihak Menteri adalah dibenarkan memfailkan petisyen untuk menggulungkan syarikat yang telah melakukan tindakan sedemikian.

Page 6: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Pindahan objektif syarikat

Untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul akibat perlaksanaan transaksi ultra vires, sesebuah syarikat yang berhasrat membuat perubahan dalam aktiviti perniagaannya mempunyai kuasa berdasarkan status untuk memindah fasal objeknya

Pindahan boleh dibuat oleh syarikat dengan meluluskan resolusi khas dan berdasarkan prosedur-prosedur yang ditetapkan dalam seksyen 28 Akta Syarikat

STRUKTUR MODAL SYARIKAT

Definisi modal Modal membawa maksud wang yang diperolehi atau yang dapat diperolehi

untuk memulakan, menjalankan dan memperbesarkan sesebuah perniagaan. Bagi syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan kebajikan, sumber kewangannya

boleh diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan tidak mengharapkan sebarang pulangan daripada sumbangan tersebut.

Syarikat perniagaan pula mendapt sumber kewangan melalui cara pelaburan daripada ahli-ahlinya atauoun melalui pinjaman daripada kreditornya.

Struktur modal syarikat terbahagi kepada dua iaitu modal syer dan modal pinjaman.

Konsep Modal Syer Modal yang diterima daripada ahli-ahli dalam bentuk pembayaran mereka

untuk syer yang diperuntukan. Modal nominal atau modal yang dibenarkan yang membolehkan syarikat itu

didaftarkan dan dibenarkan beroperasi. Modal yang dikeluarkan adalah bahagian tertentu daripada modal nominal

syarikat yang telah dikeluarkan kepada pemegang syer; Modal berbayar adalah jumlah modal yang dikeluarkan yang telah dibayar

dengan tunai oleh pemegang syer Modal belum bayar iaitu jumlah baki modal yang belum dibayar untuk

sesuatu syer.Ia boleh dipanggil oleh syarikat pada bila-bila masa aripada ahli-ahlinya mengikut peruntukan artikel persatuan

Modal simpanan adalah bahagian modal belum berbayar dan belum dipanggil melainkan apabila syarikat itu digulung.

Page 7: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Takrif SyerSeksyen 4 Akta Kerja mentakrifkan syer sebagai syer dalam syer modal sesebuah syarikat dan termasuk stok.Menurut kes Borlands Trustee Steel Brothers Co Ltd (1901) syer merupakan hak atau kepentingan kepunyaan pemegang syer dalam syarikat yang diukur dalam bentuk sejumlah wang bagi beberapa tujuan iaitu untuk menentukan tanggungan dan menetapkan faedah atau kepentingan.

Jenis-jenis syer

1. Syer biasaPaling lazim dikeluarkan oleh syarikat.Pemegang berhak mengundi dan mengawal polisi syarikat;Dividen diterima bergantung kepada keuntungan syarikat dan cadangan lembaga pengarah;Apabila berlaku pergulungan syer ini akan menjadi pihak yang terakhr menerima pembahagian asset syarikat.

2. Syer terutamaPemegang syr ini tidak berhak mengundi dan campur tangan dalam pengurusan syarikatKadar dividen yang diterima adalah tetap;Apabila berlaku pergulungan, pemegang-pemegang syer ini mendapat keutamaan dalam pembahagian aset syarikat.

Jenis-jenis syer terutama

I. Syer terutama penyertaanII. Syer terutama kumulatif

III. Syer terutama bukan kumulatifIV. Syer terutama boleh tebusV. Syer terutama boleh tukar

VI. Syer tertunda/ penaja

Bentuk-bentuk pembayaran syer

1,Penerbitan syer secara diskaun

Kaedah am memperuntukan sesebuah syarikat tidak boleh mengisukan syer kurang daripada nilai nominal atau pada harga di bawah tara

Bertujuan untuk menjaga kepentingan kreditor syarikat dan pemegang-pemegang syer yang lain.

Syarikat tidak boleh menerbitkan syer pada paras diskaun.

Page 8: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Seksyen 59 (1) Akta Syarikat membolehkan syarikat menerbitkan syer pada paras diskaun jika :-

Terbitan syer secara diskaun dibenarkan melalui resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat agung syarikat dan disahkan oleh perintah mahkamah;

Resolusi menetapkan kadar maksimum diskaun yang mana syer itu akan diterbitkan;

Tarikh mengeluarkan syer pada paras diskaun mesti tidak kurang 1 tahun sejak syarikat itu berhak menjalankan perniagaan

Syer-syer itu diterbitkan dalam tempoh sebulan selepas terbitan itu disahkan.

2. Penerbitan syer secara premium Syarikat bebas mengeluarkan syernya pada paras premium. Menurut Seksyen 60 (2) Akta Syarikat, apa-apa premium yang

diperolehi mesti dianggap sebagai modal dan mesti dipelihara dengan cara mengkreditkannya ke dalam akaun premium syer

Akaun premium syer ini, berdasarkan Seksyen 60(3) akta Syarikat boleh digunakan untuk tujuan berikut:-

a. Untuk membayar syer-syer bonus berbayar penuh kepada ahli-ahlib. Untuk membayar keseluruhan atau sebahagian baki nilai syer yang belum

dibayar yang diterbitkan pada masa lalu kepada ahli-ahlic. Untuk membayar dividen dipenuhi secara terbitan syer-syer kepada ahli-

ahlid. Bagi syarikat yang menjalankan perniagaan insurans di Malaysia melalui

penggunaan atau pindah milik kepada mana-mana tabung berkanun e. Untuk menyediakan premium yang perlu dibayar bagi menebus syer-syer

terutama boleh tebus

Pemindahan Syer

Boleh dipindahkan melalui surat cara bertulis dan dengan cara yang diperuntukan oleh artikel persatuan (s.98 Akta Syarikat)

Menurut Seksyen 103 Akta Syarikat, pemindahan syer mestilah didaftarkan.

Page 9: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Dividen

Dividen ialah sejumlah amaun yang diterima oleh pemegang-pemegang syer sesebuah syarikat apabila syarikat itu memperolehi keuntungan.

Seksyen 365 Akta Syarikat, dividen hanya boleh dibayar daripada keuntungan.

Jenis-jenis dividen :-

Dividen interim- dibayar sebelum berakhir tempoh tahun keuntungan@ sebelum mesyuarat tahunan diadakanDividen terakhir- Diisytiharkan selepas keuntungan diperolehi bagi satu tempoh tahun keuntungan tamatDividen terkumpul- dividen tertunggak yang dibawa ke tahun hadapan dan tahun seterusnyaDividen tidak terkumpul- jumlah dividen bagi 1 tahun keuntungan ( 1 tempoh perakaunan) sahaja.

Konsep Modal Pinjaman

Syarikat boleh membuat pinjaman, contohnya daripada institusi kewangan atau pemiutang individu,untuk menambah modal.

Kuasa syarikat untuk meminjam dinyatakan dalam fasal objek/kuasa dalam memorandum persatuan.

Takrif Debentur

Stok debenture, bon, nota dan lain-lain sekuriti perbadanan sama ada yang menjadi cagaran atas harta syarikat atau tidak.

Debentur ialah sejenis dokumen yang menyaksikan hutang syarikat terhadap pemiutang, selalunya disertai dengan cagaran terhadap aset syarikat sama ada satu atau lebih

Pelantikan pemegang amanah kepada pemegang Debentur

Seksyen 74 akta Syarikat pemegang debenture mestilah mempunyai pemegang amanah yang merupakan sebuah perbadanan.

Pelantikan pemegang amanah ini bertujuan untuk memudahkan urusan syarikat dengan pemegang debenture

Pemegang amanah mempunyai kewajipan tertentu dalam seksyen 78 Akta Syarikat.

Page 10: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Kewajipan pemegang amanah:- Memastikan aset-aset syarikat dan penjaminnya mencukupi untuk membayar

hutang prisipal Menentukan sama ada syarikat peminjam telah melakukan pelanggaran wad

peruntukan debentur atau surat ikatan amanah

Jika berlaku pelanggaran, pemegang amanah hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dengan memastikan syarikat peminjam dan penjaminnya memulihkan pelanggaran tersebut

Pemegang amanah berkuasa meminta mahkamah memutuskan apa-apa isu berkaitan kepentingan pemegang-pemegang debentur

Konsep gadaian/ cagaran Apabial sesebuah syarikat membuat pinjaman, lazimnya pihak pemiutang

akan meminta jaminan dalam bentuk gadaian tau cagaran terhadap aset. Gadaian ini boleh dalam bentuk gadaian tetap atau gadaian terapung

Gadaian Tetap

Gadaian ke atas harta syarikat yang khusus atau tentu, contohnya bangunan atau tanah milik syarikat.

Gadaian Terapung

Gadaian yang dibuat ke atas aset syarikat sama ada yang sedia wujud atau yang akan wujud pada masa hadapanGadaian terapung merangkumi pelbagai aset yang bukan merupakan harta spesifik kerana ia akan berubah pada setiap masa.Berikut adalah antara keadaan yang menyebabkan terjadinya pembekuan gadaian terapung:-

1. apabila berlaku perkara atau kejadian yang disebutkan dalam syarat- syarat debenture;

2. apabila mahkamah melantik penerima yang bertujuan memelihara harta syarikat, iaitu untuk merealisasikan aset yang digadai dan memohon hasilnya untuk faedah mereka yang berhak.

3. Apabla syarikat memberhentikan perniagaannya;4. Apabila syarikat gagal membayar faedah atau hutang principal dalam

masa yang ditetapkan;5. Apabila syarikat gagal mematuhi syarat-syarat debenture;6. Apabila pindahan dibuat ke atas memorandum persatuan;7. Apabila syarikat mengalami penggulungan

Page 11: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Pendaftaran gadaian

Gadaian mestilah didaftarkan dalam masa 30 hari dari tarikh ia diwujudkan. Pendaftaran boleh dibuat oleh syarikat atau pihak yang mempunyai

kepentingan dalam gadaian tersebut; Kegagalan mendaftar menjadikan pemegang gadaian sebagai pemiutang yang

tidak terjamin

Keutamaan Gadaian Gadaian tetap lebih utama daripada gadaian terapung walaupun gadaian tetap

dibuat kemudian daripada gadaian terapung

Jika gadaian terapung dibuat terlebih dahulu daripada gadaian tetap, gadaian terapung akan mendapat keutamaan dengan syarat kewujudan gadaian terapung

Gadaian terapung yang membeku terebih dahulu sebelum gadaian tetap diwujudkan juga akan mendapat keutamaan.

Keutamaan sesuatu gadaian tetap berbanding gadaian tetap yang lain bergantung kepada tarikh ianya didaftarkan

PENGURUSAN SYARIKAT

Dikendalikan oleh sekumpulan orang yang dikenali sebagai pegawai syarikat. Pegawai yang berhubung dengan sesebuah perbadanan antaranya termasuklah

pengarah, setiausaha, pekerja perbadanan tersebut (akta Syarikat)

Pengarah Syarikat Seksyen 4 Akta Syarikat mentakrifkan “ pengarah” orang yang menduduki

kedudukan pengarah perbadanan melalui apa-apa pun nama yang dipanggil dan termasuklah seseorang yang arahan dikuti perintahnya oleh pengarah dan pengarah itu silih berganti atau pengarah ganti.

Pengurusan Pengarah tertakluk kepada kewajipan- kewajipan berikut :- Kewajipan Fidusiari-seorang pengarah merupakan pemegang amanah

syarikat yang mesti bertindak dengan penuh kejujuran dan keikhlasan semasa menjalankan urusan syarikat

Kewajipan menjalankan tugas dengan mahir dan berhati-hati-pengarah perlu menunjukkan tahap berhati-hati yang munasabah dan yang setara dengan pengalaman dan kelayakan.Sekiranya seorang pengarah melanggar kewajipannya ini seksyen 123 (3) Akta Syarikat menyatakan bahawa pengarah akan bertanggungjawab atas kerugian yang dialami oleh syarikat akibat pelanggaran tugasnya

Page 12: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Kewajipan statutori-Beberapa tanggungjawab yang mesti dipatuhi oleh seseorang Pengarah antaranya:-

1. Seksyen 131 Akta Syarikat- Pengarah mesti mendedahkan beberapa perkara berkaitan dengan kepentingan sendiri dalam mensyuarat pengarah.

2. Seksyen 132 Akta Syarikat – Pengarah hendaklah bertindak dengan jujur dan menggunakan kerajinan yang munasabah semasa menjalankan tugas-tugasnya

3. Seksyen 132A & 132B Akta Syarikat- Pengarah yang terlibat dalam urusan sekuriti perbadanan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah untuk mendapatkan maklumat- maklumat sulit mengenai urus niaga itu.

4. Seksyen 132C Akta Syarikat- Pengarah tidak boleh melaksanakan mana-mana transaksi bagi pemerolehan atau pelupusan suatu usaha atau harta benda yang bernilai tinggi yang akan merugikan syarikat atau mempengaruhi kedudukan kewangan syarikat melainkan mendapat persetujuan dalam mesyuarat.

5. Seksyen 132E Akta Syarikat- Menekankan bahawa syarikat tidak boleh berkontrak dengan pengarah syarikat pegangannya atau dengan seseorang yang mempunyai hubungan dengan pengarah untuk mendapatkan atau melupuskan aset syarikat kepada pengarah kecuali diluluskan oleh syarikat.

Setiausaha Syarikat

Setiap syarikat mesti mempunyai seorang atau lebih setiausaha dan setiap seorangnya hendaklah mempunyai seorang atau lebih setiausah dan setiap seorangnya hendaklah orang sebenar yang sudah cukup umur dan bermastautin d Malaysia.Setiausah mempunyai kewajipan tertentu yang perlu dilaksanakanSetiausaha juga perlu berada dalam kedudukan Fidusiari terhadap syarikatnyaSebagai pegawai syarikat setiausaha boleh didakwa dan didenda jika dia melakukan kesalahan berkaitan tugas rasminya atau didapati telah melanggar kewajipan seperti mana yang termaktub dalam akta syarikat.

Pergulungan syarikatProses penutupan sebuah syarikat.Seksyen 211 Akta Syarikat memperuntukan bahawa sesebuah syarikat boleh digulung sama ada oleh mahkamah atau secara sukarela.

Page 13: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

Pergulungan syarikat oleh mahkamahBoleh dilakukan atas petisyen seseorang yang layak berbuat demikian seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 217 (1) Akta SyarikatPetisyen ini mesti berdasarkan sebab-sebab seperti yang terkandung dalam seksyen 218 (1) Akta Syarikat

Seksyen 217 (1) Akta Syarikat menyatakan sesebuah syarikat boleh digulung d bawah suatu perintah Mahkamah atas petisyen ( permohonan ):-

a) Syarikat;b) Mana-mana pemiutang Syarikat;c) Penyumbang atau wakil penyumbang yang mati atau pemegang

amanah dalam kes kebankrapan atau pegawai Harta estet penyumbang yang bankrap;

d) Penyelesai;e) Menteri menurut seksyen 205 atau seksyen 218 (1)(d);f) Menteri kewangang) Bank Negara merupakan syarikat insurans berlesen di bawah Akta

Insurans 1996;h) Pendaftar Syarikat berdasarkan alas an di bawah seksyen 218(1) m

atau n

Seksyen 218 Akta Syarikat memperuntukan bahawa Mahkamah boleh memerintah penggulungan jika:-

a) Syarikat melalui resolusi kahs memutuekan ia digulung oleh mahkamah

b) Syarikat ingkar dalam menyerah simpan laporan berkanun atau mengadakan mesyuarat berkanun

c) Syarikat tidak memulakan perniagaan dalam masa 1 tahun dari tarikh pemerbadanan atau menggantung perniagaan untuk seluruh tahun

d) Bilangan ahli menjadi kurang daripada dua orange) Syarikat tidak mampu membayar Hutangf) Pengarah-pengarah telah bertindak untuk kepentingan mereka sendiri

dan bukan untuk kepentingan ahli secara keseluruhang) Seseorang inspector yang dilantik berpendapat bahawa syarikat tidak

boleh membayar hutang dan patut digulung dan ia adalah untuk kepentingan orang ramai atau pemegang- pemegang syer atau sipeutang bahawa syarikat itu harus digulung

h) Tempoh yang telah ditetapkan untuk pengwujudan syarikat telah tamat atau berlakunya kejadian

i) Mahkamah merasakan bahawa ianya adil dan berekuiti supaya syarikat digulung

Page 14: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

j) Lesen syarikat yang menjalankan perniagaan di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam, 1983 ditolak atau dikembalikan.

k) Syarikat yang menjalankan perniagaan perbankan telah melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan 1989, atau Akta Bank Islam 1983;

l) Bagi syarikat insurans apabila lesenya ditolak,dan apabila Bank Negara membuat petisyen untuk menggulungkannya berdsarkan Seksyen 58 (4) Akta Insurans, 1996 serta apabila satu perintah telah dibuat berdasarkan Seksyen 59(4) (b) Akta Insurans 1996

m) Apabila syarikat digunakan bagi maksud tidak sah atau apa-apa maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau kemoralan di Malaysia;

n) Apabila syarikat digunakan bagi maksud yang memudaratkan keselamatan Negara atau kepentingan awam

Pergulungan Secara Sukarela

Seksyen 227 Akta syarikat memperuntukkan keadaan-keadaan yang mana sesebuah syarikat boleh digulung secara sukarela iaitu :-

I. Apabila tempoh yang ditetapkan oleh syarikat untuk beroperasi (jika ada) telan tamat atau berlakunya kejadian sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarikat dalam memorandum yang akan membubarkan syarikat

II. Jika syarikat membuat ketetapan dengan resolusi khas untuk membubarkan syarikat secatra sukarela

2 jenis penggulungan secara sukaarela :-

I. Penggulungan sukarela ahli-ahli

Hanya boleh dilakukan sekiranya berada dalam keadaan solvensi. Mengikut seksyen 257 (1) akta syarikat sebelum penggulungan sukarela ahli-ahli diteruskan, pengarah-pengarah syarikat dikehendaki membuat akuan bertulis bahawa mereka telah membuat penyiasatan terhadap hal ehwal syarikat dan berpendapat bahawa syarikat boleh membayar hutangnya dengan penuh dalam satu tempoh yang tidak melebihi 12 bulan selepas permulaan penggulungan

Page 15: MEMORANDUM PERSATUAN DAN ARTIKEL PERSATUAN

II. Penggulungan sukarela pemiutang-pemiutang

Hanya boleh dimulakan sekiranya syarikat berada dalam keadaan insolvensi. Apabila keadaan ini berlaku, Seksyen 261(1) Akta Syarikat memberi hak kepada pemiutang-pemiutang untuk melantik likuidator / penyelesai untuk menyelesaikan proses penggulungan dan pembahagian aset-aset.Pemiutang juga dikehendaki menetapkan jumlah saran yang akan dibayar kepada Likuidator tersebut mengikut Seksyen 261(1) Akta Syarikat

~The end~