Upload
trandien
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
4/20/2015 UKM Inginkan Lebih Peralatan Dalam Penyelidikan Angkasa
file:///C:/Users/Salbiah/Desktop/KRE/UKM%20Inginkan%20Lebih%20Peralatan%20Dalam%20Penyelidikan%20Angkasa.html 1/2
Malay (Malaysia) English (United Kingdom)
UKM News Official Portal
carian... Carian
UtamaPortal UKMPenyelidikanBerita Kampus
WEB TVGaleri FotoUKM di Media
UKM Inginkan Lebih Peralatan Dalam Penyelidikan AngkasaADMINISTRATOR
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 20 Oktober 2014 Para saintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyelidik selsel barah, kuman dancacing gelang di ruang angkasa lepas semasa dan selepas program Angkasawan pada tahun 2007 memerlukan peralatankhusus di bumi untuk meneruskan eksperimen mereka.
Salah seorang penyelidik projek itu, Dr Neoh Hui Min berkata mereka memerlukan simulator mikro graviti tiga dimensiuntuk mensimulasikan kesan graviti sifar supaya mereka dapat melakukan eksperimen di makmal Penyelidikan SainsAngkasa di Institut Perubatan Biologi Molekul UKM (UMBI).
Beliau berkata demikian pada mesyuarat antara saintis Malaysia dan Dr Chiaki Mukai, angkasawan wanita pertama Jepundan Pengarah Pusat Perubatan Gunaan Angkasa dan Penyelidikan Manusia di Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA)sempena sambutan Hari Angkasawan Negara Ketujuh di sini hari ini.
Dr Neoh bertanya sama ada Jepun berminat untuk membantu dengan mengadakan projekprojek penyelidikan bersamaUMBI.
Turut hadir pada pertemuan itu Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, angkasawan pertama Malaysia yangmembantu menjalankan sebahagian daripada uji kaji ke atas selsel kanser dan mikrob di angkasa apabila beliau pergi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) padatahun 2007.
Dr Neoh berkata penyelidik UKM ingin terus menyelidik kesan simulasi mikrograviti pada profil ekspresi gen dan fenotip biologi Caenorhabditis elegans.
Caenorhabditis Elegans adalah cacing gelang atau nematod yang hidup bebas dalam tanah yang terdapat di banyak tempat di dunia dan mendapat makanannyadaripada mikrob atau kuman.
Ia adalah satu sistem model penting untuk penyelidikan biologi seperti genomik, biologi sel, sains saraf dan penuaan.
Dr Neoh berkata menggunakan cacing gelang mempunyai banyak kelebihan, seperti kitaran hidup pendek, genom padat, pembangunan stereotaip, mudah membiakdan saiz kecil berbanding uji kaji ke atas haiwan yang lebih tinggi.
Selain itu, seluruh genom C. elegans telah diurutkan dan ini lebih memudahkan tugas mereka.
Beliau berkata mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perubahan ekspresi gengen yang terlibat dalam umur panjang, pembaikan DNA dan pergerakan sertakesan yang mungkin berlaku dalam penerbangan angkasa lepas pada jangka panjang masa depan dan penerokaan planet.
Bahkan jika tidak mempunyai peluang untuk keluar ke ruang angkasa pun mereka sekurangkurangnya dapat melakukan penelitian lebih lanjut dengan menggunakansimulator mikro graviti.
Selain daripada peralatan untuk mensimulasikan mikrograviti di bumi, penyelidik perlu mengawal tahap hidup C. elegans dalam satu generasi untuk ekspresi gen tepatdan melakukan eksperimen yang dijalankan ke atas keduadua agaragar dan cecair.
Penyelidikan C. elegans UMBI di ruang angkasa telah bermula pada tahun 2006 melalui kerjasama antara ahliahli sains UKM dengan Universiti Pittsburgh dan syarikatbioteknologi BioServe di Colorado.
Eksperimen itu dilakukan oleh rakan kongsi penyelidikan UMBI di angkasa lepas apabila mereka terbang dengan kapal Shuttle STS116 pada Disember tahun 2006.
Kajian itu adalah untuk melihat kesan penerbangan angkasa lepas yang agak lama (lebih dari 6 bulan) pada C. elegans selepas beberapa generasi.
UMBI juga bekerjasama dengan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) untuk mengesan kesan mikrograviti pada C. elegans, yang mana mereka memerlukan simulatorsecepat mungkin.
Penyelidikan angkasa lepas UMBI itu dipimpin oleh Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal dan dianggotai Dr Neoh serta enam orang lain dalam pasukan tersebut.
4/20/2015 UKM Inginkan Lebih Peralatan Dalam Penyelidikan Angkasa
file:///C:/Users/Salbiah/Desktop/KRE/UKM%20Inginkan%20Lebih%20Peralatan%20Dalam%20Penyelidikan%20Angkasa.html 2/2
TERAKHIR DIKEMASKINI PADA SABTU, 25 OKTOBER 2014 16:39
Penafian, Hakcipta, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan | Twitter | You Tube | Hubungi Kami
CSS Valid | XHTML Valid | TopBest view using Internet Explorer 7.0, with the resolution of 1024x768
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi Selangor, Malaysia l Tel : +603 8921 5555 l Faks : +603 8921 4097 l Email UKM News Portal: [email protected] / Copyright of The National University of Malaysia Build and maintain by Centre for Corporate Communications