16
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI DAN WEB TUGASAN 3 KAJIAN TINJAUAN – PENGGUNAAN TELEFON PINTAR BAGI MURID – MURID S.K. DATUK KELANA SEMESTER 1 2013/2014 SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) DISEDIAKAN OLEH : MOHD FAIZAL IRWAN BIN ZAKARIA M20121000557 PENSYARAH : PROF MADYA DATUK DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

Tugasan 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Tugasan 3

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI DAN WEB

TUGASAN 3

KAJIAN TINJAUAN – PENGGUNAAN TELEFON PINTAR BAGI MURID – MURID S.K. DATUK KELANA

SEMESTER 1 2013/2014

SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD FAIZAL IRWAN BIN ZAKARIA

M20121000557

PENSYARAH :

PROF MADYA DATUK DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

Page 2: Tugasan 3

1.0 PENGENALAN

Penggunaan telefon pintar ataupun smartphone pada masa kini menjadi semakin meluas

di kalangan masyarakat tanpa mengira had umur. Pada masa dahulu, hanya golongan

dewasa sahaja menggunakan telefon bimbit tetapi pada masa kini, murid – murid sekolah

juga telah menggunakan telefon bimbit termasuklah telefon pintar.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas di kalangan murid – murid sekolah

sedikit sebanyak memberikan kesan negatif terhadap murid seperti murid menjadi

semakin pasif, menularnya gejala sosial seperti melayari laman web pornografi dan murid

– murid membuang masa bermain permainan yang ada di dalam telefon pintar tersebut

dan seterusnya memberi kesan terhadap pencapaian murid di dalam pelajaran.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan telefon pintar di kalangan murid

Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah untuk mendapatkan maklumat tentang

pelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid diberikan

borang soal selidik untuk mendapatkan data.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang telah ditetapkan di dalam kajian ini adalah untuk :

i. Mengetahui tahap penggunaan telefon pintar dan tujuannya dikalangan murid –

murid Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menyenaraikan persoalan kajian iaitu :

i. Adakah murid – murid pernah menggunakan telefon pintar dan tujuan

penggunaannya.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah pelajar menggunakan

telefon pintar dalam kehidupan seharian mereka dan apakah tujuan mereka menggunakan

telefon pintar tersebut supaya langkah – langkah pengawasan boleh diambil semasa

pelajar menggunakan telefon pintar.

2

Page 3: Tugasan 3

7.0 BATASAN KAJIAN

Terdapat beberapa batasan di dalam kajian yang dilakukan. Kajian ini hanya dilaksanakan

hanya meliputi 30 orang murid – murid di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah.

Mereka ini bukanlah perwakilan sampel sebenar untuk setiap murid sekolah rendah di

Malaysia.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid telah

diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan data.

8.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan

kajian. Kajian adalah berbentuk kaedah tinjauan di mana borang soal selidik

digunakan untuk mendapatkan data.

8.2 Responden / Sampel Kajian

Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid di Sekolah kebangsaan Datuk

Kelana, Tapah. Sampel dipilih dikalangan populasi dengan menggunakan kaedah

persampelan rawak bertujuan.

8.3 Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang dipilih adalah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah.

Lokasi ini dipilih kerana murid – murid di sekolah ini banyak di dedahkan dengan

kemudahan teknologi maklumat untuk mendapatkan sesuatu maklumat tentang isi

pelajaran yang diajar oleh guru – guru di sekolah.

8.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang telah dipilih oleh pengkaji untuk mendapatkan data adalah :

8.4.1 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang dibina mengandungi 10 soalan yang

memerlukan responden untuk memilih jawapan dengan jujur dan

ikhlas.

3

Page 4: Tugasan 3

9.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan melibatkan seramai 30 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan

Datuk Kelana, Tapah. Daripada 30 orang pelajar yang disoal selidik, 21 orang ataupun 70

peratus daripada mereka menyatakan bahawa mereka pernah menggunakan telefon pintar

manakala selebihnya tidak pernah menggunakan telefon pintar. Carta pie di bawah

menunjukkan peratusan pelajar yang pernah menggunakan telefon pintar dan pelajar yang

tidak menggunakan telefon pintar.

Penggunaan Telefon Pintar

YaTidak

Rajah 1 : Penggunaan Telefon Pintar

Daripada 21 orang yang pernah menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus

daripadanya menggunakan jenama Samsung manakala selebihnya menggunakan jenama

Iphone seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai di bawah.

Jenis Telefon Pintar

SamsungIphoneLain - lain

Rajah 2 : Jenis Telefon Pintar

4

Page 5: Tugasan 3

Kajian juga mendapati 9 orang daripada 21 orang tersebut menggunakan telefon pintar

mereka sendiri, 10 orang menggunakan telefon pintar ibu bapa mereka manakala 2 orang

menggunakan telefon pintar guru mereka.

Telefon sendiri Telefon ibu bapa

Telefon rakan Telefon guru0

2

4

6

8

10

12

Bilangan

Rajah 3 : Milik Telefon Pintar

Rajah yang berikut pula menunjukkan melalui kajian yang dijalankan mendapati, 11

orang ataupun 52 peratus pelajar menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan

video yang terdiri daripada permainan Candy Crush Saga seramai 6 orang, Pou seramai 2

orang dan Angry Birds seramai 3 orang. 6 orang pula iaitu 29 peratus pelajar pula

menggunakan telefon pintar untuk melayari internet dan mencari bahan pelajaran. Antara

laman web yang mereka lawati adalah Zoom – A seramai 2 orang dan Frog VLE seramai

4 orang. Seramai 3 orang pelajar ataupun 14 peratus menggunakan telefon pintar untuk

mengakses rangkaian sosial iaitu Facebook seramai 2 orang manakalan seorang lagi

pelajar mengakses akaun Twitter. Seorang lagi pelajar menggunakan telefon bimbit untuk

menggunakan aplikasi lain iaitu Global Positioning System (GPS).

5

Page 6: Tugasan 3

Barmain

Permain

an Video

Melaya

ri Inter

net

Rangk

aian So

sial

Aplikasi

Lain

02468

1012

GPSTwitterFacebookFrog VLEZoom - AAngry BirdsPouCandy Crush

Rajah 4: Kegunaan Telefon Pintar

Dalam kajian yang dijalankan juga, didapati 19 orang daripada 21 orang pelajar

menggunakan telefon pintar ketika berada di rumah manakala 2 orang lagi pelajar

menggunakan telefon pintar semasa berada di sekolah. Kajian juga mendapati daripada 21

orang pelajar yang menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus

memperuntukkan masa selama 1 hingga 3 jam sehari untuk menggunakan telefon pintar

manakala 4 orang pelajar ataupun 19 peratus memperuntukkan masa selama 3 hingga 6

jam sehari untuk menggunakan telefon pintar seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai

di bawah.

1 - 3 Jam

3 - 6 Jam

0 2 4 6 8 10 12 14 16 18

Kadar Peruntukan Masa Sehari

Kadar Peruntukan Masa Sehari

Rajah 5 : Peruntukan Masa Menggunakan Telefon Pintar Sehari

6

Page 7: Tugasan 3

Daripada 30 orang responden di dalam kajian ini, 25 orang ataupun 83 peratus bersetuju

bahawa penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah di mana

mereka menyatakan pendapat bahawa penggunaan telefon pintar dapat membolehkan

mereka mendapatkan maklumat dengan cepat tanpa perlu menunggu giliran untuk masuk

ke makmal komputer dan melayari internet. 5 orang pelajar ataupun 17 peratus tidak

bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah

dengan menyatakan alasan bahawa penggunaan telefon pintar akan menjejaskan tumpuan

pelajar semasa di dalam bilik darjah. 25 orang pelajar yang bersetuju dengan penggunaan

telefon pintar di sekolah juga menyatakan persetujuan bahawa pemberian rebat oleh

kerajaan untuk membeli telefon pintar perlu diperluaskan kepada pelajar – pelajar sekolah

manakala 5 orang pelajar tidak bersetuju pemberian rebat ini diberikan kepada pelajar –

pelajar sekolah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Setuju Tidak Setuju0

10

20

30

40

50

60

Pemberian RebatGuna Telefon Pintar di Sekolah

Rajah 6 : Pendapat Penggunaan Telefon Pintar di Sekolah dan Pemberian Rebat

Kajian yang dijalankan juga memerlukan pelajar – pelajar memberikan pendapat tentang

penggunaan telefon pintar dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Antara pendapat yang diberikan oleh pelajar adalah pelajar dapat mencari

maklumat dengan pantas, pelajar boleh menghubungi rakan untuk berkongsi ilmu dan

pelajar dapat menggunakan aplikasi e – pembelajaran dengan mudah tanpa perlu

menunggu giliran untuk memasuki makmal komputer untuk melayari internet. Kesemua

30 orang responden bersetuju bahawa pengawasan perlu diberikan kepada pelajar semasa

menggunakan telefon pintar kerana ia memberikan kesan negatif seperti prestasi pelajaran

merosot, menularnya gejala sosial seperti hubungan bebas antara lelaki dan perempuan,

pelajar menjadi semakin pasif dan membuang masa. Ibu bapa dan guru – guru

7

Page 8: Tugasan 3

memainkan peranan yang penting untuk mengawasi pelajar yang menggunakan telefon

pintar kerana kebebasan menggunakannya akan memberikan kesan kepada pelajar itu

kelak.

10.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap 30 orang responden di Sekolah

Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah, menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar

semakin meluas di kalangan pelajar – pelajar sekolah. Penggunaan telefon pintar

mempunyai kesan positif dan negatif. Penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar

sekolah perlu diawasi dan dipantau oleh ibu bapa dan juga guru supaya tidak memberikan

kesan negatif kepada pelajar. Penggunaan yang betul membolehkan pelajar berhubung

dengan rakan sebaya dengan mudah dan dapat mencari maklumat tentang pelajaran yang

dipelajari di sekolah. Namun penggunaan telefon pintar untuk bermain permainan video

perlu dikawal dan diberikan perhatian yang serius kerana ia akan member kesan terhadap

peribadi dan tingkahlaku pelajar di mana pelajar akan khayal dan membuang masa

bermain permainan tersebut serta menjadikan pelajar semakin pasif. Kemahiran social

pelajar juga akan berkurangan kerana mereka kurang berinteraksi dengan rakan sebaya.

Penggunaan telefon pintar seharusnya memberikan manfaat yang besar kepada pelajar

kerana kecanggihan teknologi peranti tersebut menjadikan maklumat berada di hujung

jari.

8

Page 9: Tugasan 3

11.0 RUJUKAN

12.0

Badrul, N. (2013, April 23). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian Online:

http://www.bharian.com.my/articles/60peratusmilikitelefonpintar2015/Article/

Harian, W. S. (2013). Penggunaan Telefon Pintar Meningkat. Kuala Lumpur: SInar Harian.

Nain, B. (2013, September 21). Billy Info : Rakyat Malaysia "Gila" Miliki Telefon Pintar.

Retrieved from billyinfo.blogspot.com: http://billyinfo.blogspot.com/2013/09/rakyat-

malaysia-gila-miliki-telefon.html#axzz2lwJ3od8D

Roshidayanai Binti Rohim, S. E. (n.d.). KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN

MULTIMEDIA BERBANDING PENGGUNAAN BUKU TEKS DALAM

PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP, TOPIK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

TINGKATAN 3. 1-6.

Shaari, A. J. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Teknologi Komputer. Sintok:

UUM Press.

Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russel, J. D. (2012). Instructional Technology and Media

for Learning. Boston: Pearson Education Inc.

9

Page 10: Tugasan 3

LAMPIRAN

10

Page 11: Tugasan 3

BORANG SOAL SELIDIK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJUNG MALIM, PERAK.

Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan telefon pintar bagi murid – murid S.K Datuk Kelana.

Arahan: Para pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik ini. Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Kerjasama yang anda berikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Maklumat latar belakang responden

Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai.

1. Umur: __________________________

2. Jantina: _________________________

3. Kaum: __________________________

4. Agama: _________________________

11

Page 12: Tugasan 3

Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai.

Soalan 1

Adakah anda pernah menggunakan telefon pintar ?

a) Ya b) Tidak

(Sekiranya jawapan anda a, teruskan ke soalan berikutnya. Sekiranya jawapan anda b, sila teruskan ke soalan 7)

Soalan 2

Apakah jenama telefon pintar yang anda pernah gunakan?

a) Samsung b) Iphone c) Nokia d) Lain – lain

Soalan 3

Kepunyaan siapakah telefon pintar tersebut?

a) Sendiri b) Ibu bapa c) Rakan d) Guru

Soalan 4

Apakah tujuan penggunaan telefon pintar tersebut?

a) Bermain permainan video (Sila ke soalan 4(i))b) Melayari internet dan mencari bahan pembelajaran (Sila ke soalan 4(ii))c) Rangkaian sosial (Sila ke soalan 4(iii))d) Aplikasi lain (Sila ke soalan 4(iv))

Soalan 4(i)

Permainan video yang selalu anda main?

a) Candy Crush Sagab) Pouc) Angry Birdd) Lain – lain (Sila nyatakan _________________________)

Soalan 4(ii)

Apakah nama laman web yang anda sering lawati?

a) Zoom – Ab) Frog VLEc) Lain – lain (Sila nyatakan _____________________________)

Soalan 4(iii)

Apakah rangkaian sosial yang sering anda lawati?

12

Page 13: Tugasan 3

a) Facebook b) Twitter c) Myspace d) Friendster

Soalan 4(iv)

Apakah aplikasi lain yang anda gunakan?

a) Whatsapp b) We Chat c) GPS d) e-Quran

Soalan 5

Di manakah anda menggunakan telefon pintar tersebut?

a) Rumah b) Sekolah c) Rumah dan sekolah

Soalan 6

Berapakah masa yang diperuntukkan untuk anda menggunakan telefon pintar dalam sehari?

a) 1 jam hingga 3 jam c) 6 jam hingga 8 jamb) 3 jam hingga 6 jam d) 8 jam ke atas

Soalan 7

Adakah anda bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan di sekolah?

a) Ya (Nyatakan alasan anda ______________________________________________ )b) Tidak (Nyatakan alasan anda

____________________________________________ )

Soalan 8

Perlukah rebat yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk membeli telefon pintar diperluaskan kepada pelajar - pelajar sekolah?

a) Ya b) Tidak

Soalan 9

Nyatakan pendapat anda tentang penggunaan telefon pintar untuk membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 10

Sila pilih kesan penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar jika tiada pengawasan diberikan terhadap penggunaan tersebut?

I) Prestasi pelajaran merosotII) Menularnya gejala sosialIII) Pelajar menjadi semakin pasifIV)Membuang masa

a) I dan II sahaja c) II dan III sahajab) I, II dan III sahaja d) Semua di atas

13

Page 14: Tugasan 3

~ SOALAN TAMAT. TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA ~

14