12
A. SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN 1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Penyemak pada masa yang ditetapkan setiap minggu. 2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan. 3. Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. 4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun dan harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. 5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua / wakilnya pada masa yang dikehendaki. 6. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar. SENARAI TUGAS

Tugas Dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Biologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugas dan tanggungjawab

Citation preview

senarai tugas

A. SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Penyemak pada masa yang ditetapkan setiap minggu.2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.3. Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun dan harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua / wakilnya pada masa yang dikehendaki.6. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal sains serta mengawasi penggunaan peralatan.11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.13. Melaporkan kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.16. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.17. Memahami dan mematuhi pekeliling pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.18. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu.19. Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun dan harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.20. Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.21. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .22. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar.23. Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .24. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.25. Memastikan bukubuku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD

B. SENARAI TUGAS KETUA PANITIA BIOLOGI

1.Mengetuai panitia mata pelajaran serta menganggotai JawatankuasaKurikulum Sekolah.2.Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk pencerapan P&P.3.Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang lain mengenai segala hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan mata pelajaran berkaitan.4.Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang berkenaan.5.Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat tahutentang kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian.6.Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasamengetahui perubahan yang berlaku.7.Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang terbaru daripada Setiausaha peperiksaan/Pengetua.8.Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tingkatan serta memberi perhatian berat tentang rancangan kerja pelajar-pelajar.9.Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan.10.Membantu Pengetua memeriksa/menyemak gerakerja pelajar-pelajar dalam mata pelajaran berkaitan.11.Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan danmemikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari semasa ke semasa.12.Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta memungut kembali pada akhir sesi persekolahan.13.Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk perpustakaan kepada guru perpustakaan/pusat sumber.14.Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja/tambahan yang perlu digunakan oleh pelajar bagi tiap-tiap tingkatan.

15.Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks.16.Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan luar untuk dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada GuruPusat Sumber sebagai bahan rujukan.17.Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap dan kemaskini kenyataan khasmata pelajaran berkaitan.18.Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau lebih kerap lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah).19.Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran berkaitan melalui bacaan, menghadiri kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan.Dalam perkataan lain, Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan inovatif sebagai teladan kepada semua ahli panitia.20.Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua/GPK dari semasa ke semasa.

C. SENARAI TUGAS GURU KELAS

1. Pengurusan dan Organisasi Kelas1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :(a) Jadual Waktu(b) Jadual Bertugas(c) Motto Kelas(d) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi(e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pencedoksampah, papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dan lain-lain keperluan bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:(a) Kebajikan murid(b) Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain

2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid Ditulis dengan lengkap.2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

3. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R3.1 Memastikan setiap murid mempunyai(a) Rekod Profil / Kemajuan Murid(b) Kad 001R(c) Kad Kesihatan(d) Kad Pergigian(e) Buku Nilam

4. Kutipan Yuran dan Derma4.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkanmurid membayar kesemua yuran sekali gus.4.2 Mengutip derma PIBG.4.3 Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan .4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.4.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan , insuransTakaful dan lain-lain derma kepada Guru Penolong Kanan (Pentadbiran).4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

5. Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)5.1 Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenal pasti murid mendapat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)5.2 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.5.3 Mengemas kini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemas kini fail SPBT dari masa ke semasa.5.4 Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT5.5 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan Melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6. Pendaftaran Murid Baru6.1 Menerima kemasukan murid baru.6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkanNombor Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada PenolongKanan HEM6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.6.4 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan murid ini dapa buku teks.6.5 Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad 001R, KadKesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah

7. Murid Keluar7.1 Menentukan Rekod Fail Peribadi telah dikemaskini dan diserahkan kepada murid.7.2 Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dna lain-lain dokumen berkenaan diserahkan kepada murid.7.3 Menentukan buku teks (SPBT) dipulangkan.

D. SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir.2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.5. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.7. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru atau mata pelajaran.8. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.9. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.10. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:10.1 kedatangan murid dan guru10.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit10.3 lawatan-lawatan / pelawat11. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.

E. SENARAI TUGAS SETIAUSAHA KANTIN

1. Menyelia perjalanan kantin secara langsung.2. Melaksanakan penilaian kendiri kantin sekolah.3. Menjadi penghubung rasmi antara guru dengan pihak kantin.4. Menyampaikan cadangan guru-guru kepada pihak kantin. 5. Memastikan semua tukang masak kantin mendapat sijil pemeriksaan kesihatan.6. Memastikan masakan dilakukan dalam keadaan bersih dan memuaskan.7. Memastikan makanan yang disediakan untuk murid berkhasiat, mencukupi,harga berpatutan.8. Memastikan kawasan di kantin dan sekitar kantin sentiasa dalam keadaan bersih.9. Memberi teguran dan cadangan jika perjalanan kantin tidak memuaskan.10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.