4
DI MANA SURAU? Sarbiah binti Samsudin Di sekolah itu, aku di sesi petang. Sebelum aku memulakan tugas, aku sudah pun bersolat zuhur. Waktu zuhur masuk lebih kurang bersamaan dengan murid sesi petang memulakan pembelajaran. Ada kalanya aku mengajar di kelas tertentu pada waktu pertama iaitu lebih kurang pukul satu setengah tengah hari. Hari itu aku masuk ke kelas Tingkatan Satu Perdagangan. Sebelum aku mula mengajar aku akan pastikan semua murid sudah menunaikan solat. Mereka yang belum akan disuruh ke surau. Aku mesti memastikan murid-murid yang beragama Islam solat kerana mereka sudah baligh dan mukallaf. Aku merasa berdosa sekiranya aku tidak memperdulikan sama ada mereka sudah menunaikan solat zuhur atau asar. Aku bertanggungjawab sebagai pengganti ibu bapa mereka untuk mengingatkan mereka menunaikan perintah Allah. Khairi, cikgu. Dia belum solat. Kata Afiq yang digelar budak kepoh. Betul, Khairi? Aku menunggu jawapan murid berkenaan. Tiada jawapan. Mari ke sini. Aku memanggil dia datang ke hadapan kelas. Kelihatan seorang murid lelaki yang sederhana tingginya berjalan ke hadapan. Budak ini rupanya, bisik hati kecil ku. Aku berusaha untuk mengingatkan nama itu dan wajahnya. Maklumlah baru kali ketiga masuk ke kelas itu sejak penggal persekolahan bermula. Betul kamu belum solat? Soal ku ingin mendengar pengakuannya sendiri. Murid itu menganggukkan kepalanya. Lantas aku menyuruhnya ke surau. Mendengar perkataan surau, dia terpinga-pinga. Mulutnya terkumat kamit menyebut perkataan surau . Aksinya itu menarik

travelog dakwah docx

  • Upload
    iniki

  • View
    226

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dakwah

Citation preview

Page 1: travelog dakwah docx

DI MANA SURAU?

Sarbiah binti Samsudin

Di sekolah itu, aku di sesi petang. Sebelum aku memulakan tugas, aku sudah

pun bersolat zuhur. Waktu zuhur masuk lebih kurang bersamaan dengan murid

sesi petang memulakan pembelajaran. Ada kalanya aku mengajar di kelas

tertentu pada waktu pertama iaitu lebih kurang pukul satu setengah tengah hari.

Hari itu aku masuk ke kelas Tingkatan Satu Perdagangan. Sebelum aku

mula mengajar aku akan pastikan semua murid sudah menunaikan solat. Mereka

yang belum akan disuruh ke surau. Aku mesti memastikan murid-murid yang

beragama Islam solat kerana mereka sudah baligh dan mukallaf. Aku merasa

berdosa sekiranya aku tidak memperdulikan sama ada mereka sudah

menunaikan solat zuhur atau asar. Aku bertanggungjawab sebagai pengganti ibu

bapa mereka untuk mengingatkan mereka menunaikan perintah Allah.

“Khairi, cikgu. Dia belum solat.” Kata Afiq yang digelar budak kepoh.

“Betul, Khairi?” Aku menunggu jawapan murid berkenaan. Tiada jawapan.

“Mari ke sini.” Aku memanggil dia datang ke hadapan kelas. Kelihatan

seorang murid lelaki yang sederhana tingginya berjalan ke hadapan. ‘Budak ini

rupanya,’ bisik hati kecil ku. Aku berusaha untuk mengingatkan nama itu dan

wajahnya. Maklumlah baru kali ketiga masuk ke kelas itu sejak penggal

persekolahan bermula.

“Betul kamu belum solat?” Soal ku ingin mendengar pengakuannya

sendiri.

Murid itu menganggukkan kepalanya. Lantas aku menyuruhnya ke surau.

Mendengar perkataan surau, dia terpinga-pinga. Mulutnya terkumat kamit

Page 2: travelog dakwah docx

menyebut perkataan ‘surau’. Aksinya itu menarik perhatian rakan-rakan

sekeliling. Tiba-tiba salah seorang murid di dalam kelas itu berbangsa Cina

mentertawakannya.

“Cikgu, dia orang Islam tak tahu kat mana surau. Berdosakan? Saya orang

kafir pun tahu surau kat mana.” Kata murid Cina itu kepada ku.

“Kamu seorang yang peka. Kamu tahu kedudukan surau. Itu bermakna

kamu suka sekolah ini. Bagus.”

Menurut murid itu, dia berlatar belakangkan pendidikan sekolah rendah

Melayu. Dia sudah biasa dengan amalan orang Melayu Islam. Pengalaman ku

berhadapan dengan murid yang bersekolah rendah aliran bahasa Cina agak

berbeza. Mereka tidak biasa dengan amalan solat dan azan.

“Siapa lagi yang belum solat?” Aku menyoal murid-murid Islam lain. Ada

beberapa orang yang mahu mengaku belum bersolat. Aku segera menyuruh

mereka keluar bersama dengan murid yang ‘bermasalah’ itu.

Aku meminta murid-murid lain membaca teks sementara menunggu

bilangan murid cukup. Tidak berapa lama kemudian mereka yang ke surau

kembali ke kelas.

“Tahniah. Kamu semua telah menunaikan tanggungjawab kamu sebagai

seorang Islam. Ingat jangan sesekali meninggalkan solat. Solatlah dengan

khusyuk kamu akan dapat ganjaran yang besar dari Allah.”

Terdengar suara meminta aku memberi contoh ganjaran yang disebutkan.

“Allah akan memberi pahala yang akan dapat dinikmati di hari akhirat.

Yang paling penting laksanakan tugas kamu sebagaimana diperintahkan. Allah

juga tidak lalai melaksanakan tugasNya.”

Page 3: travelog dakwah docx

Kelihatan wajah-wajah masing-masing berpuas hati dengan penerangan

itu. Tan Ming yang suka menegur rakan juga diam seolah-olah sedang

memikirkan sesuatu.

Semasa semua murid sedang berehat, aku duduk di bilik guru. Aku

nampak Khairi di muka pintu bilik guru. Dia memberitahu sesuatu pada guru yang

berdekatan. Rakan ku itu segera menyebut nama ku diiringi permintaan Khairi.

Aku segera berjalan ke arah pintu.

“Ada apa?” Tanya ku kepada Khairi dengan perasaan penuh tanda tanya.

“Cikgu, saya nak minta maaf.”

“Minta maaf? Kenapa?”

“Tadi saya tak solat pun.”

“Tak solat? Kenapa?”

“Saya tak tahu solat.”

“Kalau macam tu, nanti cikgu beritahu ustaz. Minta ustaz mengajar kamu

solat. Boleh?”

“Terima kasih, cikgu.”

Aku mengurut dada. Masalah lain pula yang timbul. Nampaknya masalah

yang sama berlaku pada diri berlaku kepada Khairi. Sewaktu aku di sekolah

rendah, aku juga disuruh solat oleh ustaz yang mengajar di kelas ku.

“Siapa yang sayang akan ibunya?” Tanya ustaz.

Semua murid mengangkat tangan termasuk aku.

“Siapa yang sayang akan ibunya mesti solat.” Tegas ustaz

Apabila aku pulang ke rumah, aku meminta ibu mengajar aku solat. Ibu ku tidak

mengindahkan permintaan ku. Aku menerangkan pada ibu bahawa ustaz di

sekolah yang menyuruh aku solat. Ibu menyuruh aku belajar solat dengan nenek

Page 4: travelog dakwah docx

saudara yang tinggal selang dua rumah dari rumah ku. Nampaknya masalah

yang sama berulang. Apakah perkara ini telah menular dalam masyarakat

Melayu Islam? Masih ada lagi ibu bapa yang tidak memainkan peranan mengajar

anak mereka bersolat. Zaman aku lalui dahului meyaksikan ramai ibu bapa

menyerah hal mengajar ibadat solat kepada pihak sekolah. kebanyakan mereka

juga mahu mengambil tahu sama ada anak mereka mengerjakan solat atau tidak.

Aku akan mengemukakan masalah ini kepada para ustaz dan ustazah di sekolah

ku agar difikirkan jalan penyelesaiannya. Aku akan mengemukakan cadangan ku

supaya meniru perbuatan tokoh Islam di Mesir, Al- Syahid Hassan al-Banna

mengajar pengunjung kelab malam bersolat selepas mengajak mereka bersolat.