5
. Model Transformational Terdapat banyak penulisan mengenai kepimpinan transformational antaranya termasuklah Tichy dan Devanna (1986) dan Burns (l978), dalam Abdul Aziz Yusof, (2003). Menurut Tichy dan Devanna, kepimpinan transformational melibatkan perubahan yang dramatik dalam sesebuah organisasi seperti pembentukan dan perlaksanaan visi, bertanggungjawab untuk menyedarkan para subordinat atau pengikutnya tentang nilai-nilai norma organisasi, dan memberi ruang serta mengalakkan perubahan sama ada dalaman mahupun luaran. Manakala Burns(1978), dalam Abdul Aziz Yusof (2003), telah mentakrifkan kepimpinan transformational sebagaimana berikut: “…Leadership as leaders inducing follower to act for certain goals that represent the values and motivations-the wants and the need, the Aspirations and expectation of both leaders and followers, and the Genius of leadership lies in the manner in which leaders see and act On their own and their followers values motivations” (pg.19) . Seterusnya Bass (l990) dalam Abdul Aziz Yusof ,2003, telah mendefinisikan kepimpinan transformational sebagai kepimpinan yang menunjukkan kecemarlangan yang luar biasa kerana mereka berjaya meluaskan dan mengembangkan minat subordinat dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadap tujuan dan misi kumpulan. Pemimpin juga bukan hanya mempunyai kebolehan membangunakan minat subordinat, tetapi minat yang dibangunkan melangkaui minat peribadi subordinat itu sendiri. Pandangan-pandangan yang diberikan di atas mengambarkan kepimpinan transformational memiliki keupayaan kepimpinan yang sangat luar biasa. Pemimpin seperti ini berupaya membangkitkan kesedaran pengikut ke arah merealisasikan perubahan untuk kepentingan organisasi, disamping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih daripada kepentingan peribadi. Mengikut Greenberg dan Baron (l997) dalam Abdul Aziz

Transformasional

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Definisi

Citation preview

. Model TransformationalTerdapat banyak penulisan mengenai kepimpinan transformational antaranya termasuklah Tichy dan Devanna (1986) dan Burns (l978), dalam Abdul Aziz Yusof, (2003). Menurut Tichy dan Devanna, kepimpinan transformational melibatkan perubahan yang dramatik dalam sesebuah organisasi seperti pembentukan dan perlaksanaan visi, bertanggungjawab untuk menyedarkan para subordinat atau pengikutnya tentang nilai-nilai norma organisasi, dan memberi ruang serta mengalakkan perubahan sama ada dalaman mahupun luaran. Manakala Burns(1978), dalam Abdul Aziz Yusof (2003), telah mentakrifkan kepimpinan transformational sebagaimana berikut:Leadership as leaders inducing follower to act for certain goals that represent the values and motivations-the wants and the need, the Aspirations and expectation of both leaders and followers, and the Genius of leadership lies in the manner in which leaders see and act On their own and their followers values motivations (pg.19) .Seterusnya Bass (l990) dalam Abdul Aziz Yusof ,2003, telah mendefinisikan kepimpinan transformational sebagai kepimpinan yang menunjukkan kecemarlangan yang luar biasa kerana mereka berjaya meluaskan dan mengembangkan minat subordinat dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadap tujuan dan misi kumpulan. Pemimpin juga bukan hanya mempunyai kebolehan membangunakan minat subordinat, tetapi minat yang dibangunkan melangkaui minat peribadi subordinat itu sendiri.Pandangan-pandangan yang diberikan di atas mengambarkan kepimpinan transformational memiliki keupayaan kepimpinan yang sangat luar biasa. Pemimpin seperti ini berupaya membangkitkan kesedaran pengikut ke arah merealisasikan perubahan untuk kepentingan organisasi, disamping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih daripada kepentingan peribadi.Mengikut Greenberg dan Baron (l997) dalam Abdul Aziz Yusof,2003, terdapat empat ciri utama yang digambarkan sebagai seorang pemimpin transformational iaitu:i) Memberi Pertimbangan Secara IndividuSeseorang pemimpin transformational memberi perhatian terhadap keperluan para subordinatnya yang unik sama ada dari aspek jangkaan, aspirasi dan matlamat. Mereka juga bersedia mengakui hakikat bahawa semua subordinat mempunyai keinginan dan keperluan yang berbeza dan perlu ditangani dengan berkesan supaya organisasi menadapat manfaat daripada perbezaan yang wujud. Pemimpin seperti ini bersedia mendengar segala masalah dan pendapat yang dikemukakan oleh subordinatnya dan sentiasa bersedia untuk memberi maklum balas serta membantu untuk membina keyakinan diri terhadap sebarang perubahan yang dilakukan. Dalam hal ini, seseorang pemimpin transformational perlu memainkan peranan sebagai seorang rakan pembimbing.ii) Stimulasi IntelektualPenerapan stimulasi intelektual merupakan satu factor yang menjadikan pemimpin transformational popular dan mendapat tempat di kalangan subordinat. Pemimpin transformational bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada subordinat dalam mengubah cara berfikir terutama mengenai masalah teknikal, masalah hubungan sesama sendiri dan pihak luar, dan tidak kurang pentingnya masalah-masalah peribadi.Pemimpin jenis ini akan mendidik dan mendorong subordinatnya untuk berfikir cara baru dengan menggunakan hujahan dan bukti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka bersedia berkongsi idea, pengalaman dan kekuatan bersama subordinat. Sikap keterbukaan menyebabkan subordinat tidak kekok untuk menyuarakan pandangan kerana subordinat tahu terdapatnya saling percaya (mutual trust) yang tinggi di antara mereka.Ciri-ciri stimulasi intelektual dibangunkan dengan mengutamakan komunikasi pelbagai hala dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks dan mencabar. Melalui cara ini, pemimpin akan mengalakkan para subordinat untuk mengemukakan idea dan pandangan mereka secara bebas dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap pendapat yang dikemukakan akan mendapat sanjungan daripada pemimpin. Kesannya, subordinat akan berasa dihargai dan situasi sebegini akan meningkatkan lagi komitmen mereka dalam mengenal pasti, memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.iii) Inspirasi MotivasiDalam hal ini, pemimpin transformational akan memotivasikan subordinat dengan berkongsi visi dan matlamat organisasi. Pemimpin akan menunjukkan contoh-contoh terbaik dengan berkerja keras, bersikap optimistic apabila berhadapan dengan krisis, kesediaan untuk memikul tanggungjawab jika berlakunya sesuatu kesilapan dan tidak membebankan subordinat dengan perkara-perkara remeh. Apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana hendak membangkitkan dan mengekalkan semangat kerja yang tinggi serta memaksimakan penggunaan setiap potensi yang ada di kalangan subordinat.Sekiranya motivasi subordinat ditingkatkan, pemimpin transformational akan mendapat kerjasama yang tinggi daripada pengikutnya. Subordinat lebih bersedia untuk menjalankan tugas dengan lebih bersungguh-sungguh dan menjadikannya sebagai suatu keutamaan. Tanpa motivasi, subordinat tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik akibat daripada fokus yang mencapah dan tersebar (divergence). Produk akhir daripada keadaan sebegini akanmenyebabkan mereka berasa terasing , tidak dihargai dan kewujudan mereka tidak sifnifikan. Oleh itu, meningkatkan motivasi subordinat adalah salah satu ciri utama yang perlu ada pada kepimpinan transformational.iv) Meningkatkan PengaruhDengan menunjukkan rasa hormat di antara pemimpin dengan subordinat, akan membantu meningkatkan keyakinan subordinat terhadap pemimpin dan keadaan in akan membolehkan pemimpin meningkatkan pengaruhnya terhadap subordinat. Apabila seseorang pemimpin itu berjaya mencapai matlamat dan misinya, subordinat akan terpengaruh dengan kejayaan pemimpin dan akan berusaha untuk menjejaki kejayaan yang telah ditunjukkan oleh ketuanya. Pemimpin transformational akan mempengaruhi para subordinatnya untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai potensi, peluang dan kehebatan yang sama untuk mencapai kejayaan. Mereka sentiasa mencabar subordiant jika, aku mampu melaksanakannya mengapa tidak kamu?. Pengaruh sedemikian amat penting bagi membolehkan subordinat mengambil inisiatif menjalankan tugas yang lebih mencabar kerana mereka mempunyai yang layak dicontohi (role model) untuk diikuti dalam usaha mencapai kejayaan.v) KarismatikPemimpin transformational akan berusaha untuk menanamkan sifat keyakinan, hormat dan kebangaan kepada pengikut-pengikutnya. Mereka juga mempunyai misi yang jelas untuk dikomunikasikan kepada subordinatnya. Mereka juga sentiasa mendahului subordinat dalam mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan secara bersama. Pada masa yang sama, mereka sentiasa berada di barisan hadapan apabila menghadapi cabaran dan bersedia menjadi benteng apabila subordinat mereka dicabar. Pada mereka, kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat adalah juga membuktikan kelemahan mereka. Oleh itu, pemimpin transformational lebih bersedia memikul tanggungjawab di atas kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat adalah juga membuktikan kelemahan mereka. Oleh itu, pemimpin transformational lebih bersedia bertanggungjawab di atas kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat mereka.Selain itu, pemimpin transformational juga mempunyai kebolehan luar biasa untuk berucap, memujuk dan mempunyai kemahiran konseptual serta teknikal yang tinggi. Pengikut senang berada bersama pemimpin dan akan mengidentifikasikan diri mereka dengan pemimpin. Mereka bersedia untuk menjadikan ucapan dan tindak-tanduk sebagai sesuatu yang patut dicontohi. Pada masa yang sama mereka bersedia untuk mempertahankan pemimpin mereka apabila diancam. Seterusnya subordinat bersedia untuk melakukan perubahan yang drastic apabila diminta untuk bertindak sedemikian oleh pemimpin mereka kerana yakin dengan kebaikan yang akan diperolehi hasil perubahan yang diperkenalkan.Kesimpulannya pemimpin Transformational, memiliki pelbagai kemahiran iaitu kemahiran membuat jangkaan, kemahiran pujukan dan perbandingan,kemahiran memahami perubahan nilai, kemahiran pengupayaan dan kefahaman dalam memahami keperluan dan kehendak para pengikutnya.