8
Pelaburan meningkat, ekonomi kukuh EDISI KHAS JULAI 2016 #SmartSelangor www.selangorku.com Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorku.com 6 3 KAJIAN MERDEKA CENTER BERITA PENUH MUKA � &AZMIN RAIH SOKONGAN PADU Tolak keganasan atas nama jihad 3 Tingkat kesepaduan hadapi PRU-�PERCUMA

Tolak keganasan KAJIAN MERDEKA CENTER atas nama jihad ... fileHala Tuju Tidak Tepat (n=289 ... Pembangunan & Infrastruktur Kepedulian Ekonomi Pentadbiran Puas hati Puas hati Puas hati

Embed Size (px)

Citation preview

Pelaburanmeningkat,ekonomi kukuh

EDISI KHAS JULAI 2016 #SmartSelangor

www.selangorku.comMedia_SelangorMediaSelangor

tv.selangorku.com

6

3

KAJIAN MERDEKA CENTER

BERITA PENUH MUKA �&�

AZMIN RAIH SOKONGANPADU

Tolak keganasan atas nama jihad

3

Tingkat kesepaduan hadapi PRU-��

PERCUMA

2 Edisi Khas

Empat hala tuju tepati aspirasi rakyat

Anjakan paradigma lonjak pembangunan negeri

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

HASIL tinjauan terbaru melalui telefon yang dilakukan Merdeka Center pada 28 Mei hingga 5 Jun lalu mendapati empat hala tuju tertinggi Kerajaan Negeri diterima baik di bawah pentadbiran Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sejak be-liau memegang jawatan Menteri Besar, bermula 23 September 2014.

Empat hala tuju yang te-pat mengikut aspirasi rakyat itu adalah pembangunan dan infra-struktur membabitkan 19 pera-tus, pentadbiran (18%), manakala kepimpinan pula 11 peratus dan penambahbaikan ekonomi (10%).

Hala tuju positif

Pengundi sangat positif berkenaan hala tuju negeri yang menunjukkan peningkatan keya-kinan dalam pentadbiran juga kepimpinan sedia ada melalui ha-sil tinjauan yang dilaksanakan ini.

Tinjauan memperlihatkan 61 peratus responden yakin Kerajaan Negeri berada dalam hala tuju yang betul, manakala 29 peratus lagi adalah sebaliknya selain meng-harapkan pembangunan ekonomi dan pentadbiran negeri kekal stabil.

Komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan pelbagai bentuk program mesra rakyat seperti Bas Smart Selangor, Wifi Selangorku, Merakyatkan Ekono-mi Selangor (MES) dan Skim Mik-rokredit Hijrah juga membuatkan rakyat berasa dihargai.

Sebar luas perbezaan

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata kelain-

20 %

15 %

14 %

12 %

7 %

7 %

19 %

19 %

18 %

11 %

10 %

4 %

61%

29%

Hala Tuju Tepat(n=617, 61%)

Hala Tuju Tidak Tepat(n=289, 29%)

Pembangunan & Infrastruktur

Pembangunan & Infrastruktur

KepedulianEkonomi

Pentadbiran

Puas hati

Puas hati

Puas hati

Setuju

PentadbiranKepimpinan

KepimpinanPenambahbaikan ekonomi

Sosial & Keselamatan Awam

Sosial & Keselamatan Awam

Tidak Pasti /Menolak

Tidak Pasti /Menolak

HALA TUJU NEGERIan yang dibawa dalam tadbir urus Selangor menjadikan ba-nyak pihak memandang negeri ini dalam pelbagai aspek terma-suk menjadikannya contoh dan ada juga yang cuba mencari jalan menjatuhkan imej nege- ri ini.

Katanya, Mohamed Azmin perlu menggunakan kepimpi-nan beliau untuk menambah-baik beberapa aspek iaitu me-nyebarluas perbezaan Kerajaan Selangor lebih ke hadapan ber-banding pentadbiran terdahulu supaya rakyat lebih tahu apa fokus yang cuba dibawakan un-tuk masa kini dan akan datang.

"Mohamed Azmin perlu le-bih tegas membawa tadbir urus negeri supaya konsisten cemer-lang. Seperti saya katakan tadi, tadbir urus dan kepimpinan baik yang ditonjolkan mampu meraih sokongan rakyat untuk melak-sanakan program pembangu-nan negeri.

"Mohamed Azmin ada gaya tersendiri dalam pentadbiran, bahkan beliau tidak mengambil pusing perkara remeh serta tidak melatah apabila muncul isu baru dalam pentadbiran negeri juga karier politik beliau," katanya.

Prestasi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Prestasi Kerajaan Negeri

Kerajaan Mesra Rakyat

Hala Tuju Tepat KerajaanNegeri

Penerimaan Transformasi

Pengetahuan Masyarakat Luar Bandar

Kepuasan Inisiatif Smart Selangor

Keyakinan InisiatifSmart Selangor

KesedaranSmart Selangor

Informasi TambahanSmart Selangor

40%77%

67%66%70%

66%61%67%73%

65%

KEPUTUSAN KAJIAN MERDEKA CENTER 2016

Sokong

Terima baik

Setuju

Yakin

Perlu

Sederhana

Tinjauan

Tinjauan

JULAI 2016

Bagusnya Mohamed Azmin kerana beliau fokus dan memberi tumpuan lebih kepada tadbir urus Kerajaan Negeri

berbanding main politikIBRAHIM SUFFIAN

Pengarah Merdeka Center

3Edisi Khas

Bulat muafakat, bina kesatuan utuhEra baru politik kotor bermula

OLEH NAEEM RAFFI & AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Rakan komponen Pakatan digesa membulatkan muafakat jauh lebih teguh ber-banding sebelum ini untuk mem-bina blok pembangkang utuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali turut menekan-kan supaya blok pembangkang perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal me- nyelamatkan negara daripada an-caman perkara negatif.

Katanya, ia merangkumi wabak rasuah peringkat tertinggi, salah guna kuasa serta bebas cengka-man kumpulan elit yang berte-rusan menjarah sumber negara demi memuaskan tembolok nafsu mereka

“Kini, masanya untuk kita mengenepikan prejudis dan per-bezaan masa lalu dan kembali mengatur langkah bersama.

“Kita wajib membulatkan mua-fakat, jauh lebih teguh daripada sebelum ini dan bersama membi-na blok pembangkang yang kuat untuk PRU akan datang,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tekanan baru Umno Barisan Nasional (BN) ke atas Pa-katan dengan tuduhan terhadap

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kukuh kerjasama

Pandangan sama turut dikong-si Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian yang yakin Paka-tan mampu meraih kemenangan besar dan mengekalkan pentad-biran di Selangor pada PRU-14 jika parti komponen di dalamnya

mengukuhkan kerjasama.“Semua komponen Pakatan

harus bekerjasama dalam me-mastikan apa direncana untuk pembangunan negeri berlang-sung dengan jayanya terutama menjelang PRU-14 yang mung-kin akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu bo-leh dilakukan berdasarkan pe-ngalaman luas Mohamed Azmin

sebagai pemimpin untuk me-ningkatkan kembali kepercayaan orang ramai terutama golongan belia.

“Walaupun berdepan pel-bagai cabaran dan tekanan poli-tik semasa, beliau tetap tenang menghadapi situasi itu dan me-laluinya dengan matang,” kata-nya.

Ibrahim juga yakin sikap Mo-hamed Azmin yang lebih terarah

kepada tadbir urus negeri ber-banding melayan isu politik mu-rahan berjaya meraih keyakinan rakyat.

“Beliau berjaya mengatasi se-gala masalah membabitkan isu politik dengan tegas dan tenang serta meraikan kepelbagaian yang ada di Selangor seperti di- ketahui umum apabila melibat-kan komponen Pakatan (KEADIL-AN, DAP, PAS, AMANAH),” katanya.

Serangan bom di Turki tindakan kejiSHAH ALAM - Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menyeru semua umat Islam dunia menolak percubaan pi-hak tidak bertanggungjawab melakukan keganasan kononnya jihad atas perjua-ngan Islam.

Mohamed Azmin turut mengutuk se-keras-kerasnya tiga serangan pengebom nekad di Lapangan Terbang Ataturk di Is-tanbul, Turki pada 28 Jun lalu.

Katanya, pelaku terbabit tidak sewa-jarnya mencemarkan bulan mulia de-ngan tragedi berdarah di saat umat Islam meningkatkan ibadah dan menghayati kemuliaan Ramadan.

"Sesungguhnya puak pelampau ini

adalah musuh Islam yang mendorong ke-pada kebencian dan keganasan.

"Justeru, marilah kita bangkit bersama menetang agenda keganasan mereka ini secara kolektif," katanya dalam kenyataan.

Walaupun motif serangan tidak jelas, Mohamed Azmin menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan keji apabila ia mengorbankan 36 orang awam dengan 150 yang lain tercedera.

"Laporan awal menunjukkan ISIL se-bagai pesalah jenayah kejam ini teta-pi tidak kira siapa yang melakukannya pembunuhan orang awam yang tidak bersalah adalah tidak boleh diterima," ka-tanya.

JULAI 2016

Tolak politik sempitSEMUA parti komponen di bawah Pakatan perlu terus memberikan komitmen jitu dan kerjasama mantap demi memastikan kelang-sungan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sekali gus mengekalkan momentum ke-menangan termasuk di Selangor.

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali perlu menggunakan pengalaman dalam kepimpinan untuk meningkatkan kembali kepercayaan orang ramai terutama golongan belia untuk terlibat dalam politik kerana umum mengetahui kini ramai yang kurang yakin dengan politik tanah air teruta-ma selepas muncul pelbagai isu negatif.

"Semua komponen Pakatan harus beker-jasama dalam memastikan apa yang diren-cana untuk pembangunan negeri berlang-sung dengan jaya terutama menjelang PRU-14 yang mungkin akan berlangsung ti-dak lama lagi.

Matang santuni rencam politik

Pada masa sama, Ibrahim berkata, kema-tangan Mohamed Azmin dalam menyan-tuni pelbagai rencam politik di negeri ini juga menjadikan beliau diterima baik wa-laupun media sering melakukan eksploitasi membabitkan Selangor terutama sejak 2014.

"Beliau berjaya atasi segala masalah

membabitkan isu politik dengan tegas dan tenang serta meraikan kepelbagaian yang ada di Selangor seperti yang diketahui umum apabila melibatkan komponen Pakatan (KE-ADILAN, DAP, PAS, AMANAH).

"Terlalu banyak cabaran politik yang ter-paksa dihadapi beliau, namun ketenangan dan ketegasan yang ditonjolkan berjaya me-lenyapkan sisi negatif yang cuba mendatangi tadbir urus Selangor," katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen tinggi Mohamed Azmin yang lebih terarah kepada tadbir urus dan kepimpinan negeri daripada melayan isu politik yang cuba menjatuhkan kredibiliti serta imej Kerajaan Selangor ber-jaya meraih keyakinan rakyat seperti hasil tinjauan yang dilaksanakan Merdeka Center, baru-baru ini.

Semua komponen Pakatan harus bekerjasama dalam memastikan apa yang direncana untuk pembangunan negeri berlangsung dengan jaya terutama menjelang PRU-14

IBRAHIM SUFFIANPengarah Merdeka Center

4 Edisi Khas

Jana ‘tenaga baru’ tadbir urus Selangor

Rakyat kukuh di belakang Azmin

TANGGAPAN RAKYAT terhadap kepimpinan Mohamed Azmin

51%Berpuas hati

14%Sangat

berpuashati

21%Tidak

berpuashati

13%Tidakpasti

Engganmenjawab

1%Tinjauan

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

SEBANYAK 65 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan pentadbiran Dato' Seri Mo-hamed Azmin Ali sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar bermula 23 September 2014 hasil tinjauan terbaru me-lalui telefon yang dilakukan Merdeka Center, pada 28 Mei hingga 5 Jun lalu.

Ia membabitkan 51 pera-tus berpuas hati dan 14 pera-tus lagi sangat berpuas hati, manakala hanya 21 peratus ti-dak berpuas hati selain selebih-nya tidak pasti (13%) dan eng-gan menjawab (1%).

Kajian itu membabitkan 1,011 responden pelbagai ka-wasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor membabitkan 58 peratus Mela-yu, Cina (28%) dan India (14%).

Fokus tadbir urus

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, menyifatkan kejayaan Mohamed Azmin menjana 'tenaga baru' dalam tadbir urus Kerajaan Sela- ngor juga dilihat faktor penting membolehkan beliau diteri-ma semua peringkat tidak kira bangsa, agama dan usia.

Katanya, Mohamed Azmin dilihat lebih fokus dalam as-pek tadbir urus berbanding isu politik remeh-temeh, sekali gus mendatangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk kekal di bawah pentadbiran beliau terutama kejayaan memba-ngun negeri tidak sampai dua tahun menjadi menteri besar.

"Program seperti Merakyat-kan Ekonomi Selangor (MES) dan Skim Mikrokredit Hijrah (Hijrah Selangor) membuktikan bagaimana beliau bersung-guh-sungguh untuk berkongsi kemajuan dan pulangan negeri kepada rakyat.

"Selangor nampak sangat positif dalam sudut tadbir urus dan pembangunan di saat kelembapan ekonomi yang se-dang berlaku di Malaysia. Ke-jayaan membangunkan hasil negeri meyakinkan rakyat ter-hadap kepimpinan Mohamed Azmin," katanya dalam satu sesi temuramah khas, baru-baru ini.

Terbuka terima kritikan

Selain itu, Ibrahim berkata, sikap terbuka Mohamed Azmin selain mampu menerima kritik-an yang dilemparkan secara positif turut menarik minat rakyat terhadap kepimpinan

yang ditonjolkan beliau."Beliau seorang yang tenang

tetapi pada masa sama tegas dalam membentuk hala tuju negeri ke arah pembangunan dan pengukuhan ekonomi un-tuk manfaat rakyat. Selain itu, aktiviti turun padang dan ter-jah yang dilaksanakan beliau menampakkan hasil positif," katanya.

Jelas, apa yang dibawakan beliau diterima baik rak-yat ekoran ketelusan dan kewibawaannya dalam menja- yakan segala visi serta misi Kerajaan Negeri termasuk pel-bagai program bantuan yang dinikmati pelbagai lapisan ma-syarakat di negeri ini.

Walaupun terpalit pelbagai tohmahan, namun melalui tinjauan Merdeka Center ini membuktikan rakyat menolak semua itu dan menganggap ia isu remeh untuk menjejaskan kredibiliti Mohamed Azmin dan kepimpinan negeri.

Sokongan berterusan dari-pada rakyat juga pihak berke-pentingan lain mampu menjadi cermin kepada usaha pengukuh- an ekonomi Selangor yang se-makin rancak termasuk usaha membawa masuk pelaburan daripada luar negara.

Sokongan konsisten belia

Mohamed Azmin juga be-rada pada tahap 60 peratus membabitkan kajian pelbagai latar belakang termasuk tahap pendidikan, pekerjaan, bangsa, jantina, perbandaran, kawasan berinternet, had umur dan pendapatan isi rumah.

Mengikut tinjauan itu juga, responden terdiri daripada usia 20 hingga 29 mewakili 14 peratus, 30 hingga 39 (36%), 40 hingga 49 (23%), 50 hingga 59 (13%) dan lebih 60 tahun (14%).

Pecahan usia memperlihat-kan golongan belia memberi respon positif terhadap tad-bir urus dan kepimpinan Mo-hamed Azmin yang komited dalam menjadikan Selangor se-bagai 'Smart State'.

JULAI 2016

Selangor nampak sangat positif dalam sudut tadbir urus dan pembangunan di saat kelembapan ekonomi yang sedang berlaku di Malaysia

IBRAHIM SUFFIANPengarah Merdeka Center

5Edisi Khas

Gambaran sebenar pengukuhan ekonomi

Majoriti kaum Cina masih sokong

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

HASIL tinjauan dilaksanakan Merdeka Centre mendapati respon daripada res- ponden Cina agak hambar dengan presta-si Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Az-min Ali berbanding kaum lain apabila 44 peratus daripada mereka merasakan ba-hawa Selangor berada di landasan be-tul berbanding Melayu (68%) dan India (64%).

Pengarah Merdeka Centrer, Ibrahim Suffian berkata, beliau menganggap res-ponden Cina tidak peka terhadap apa yang dilaksanakan Mohamed Azmin se-cara konsisten terutama langkah yang diambil dalam melaksanakan tadbir urus lebih baik dan meningkatkan ekonomi negeri.

Ketelusan tadbir urus

"Majoriti Cina masih menyokong Mo-hamed Azmin kerana peratusan agak hambar itu rendah yang mungkin dise-babkan mereka tidak mengenali beliau secara mendalam. Ia bukan masalah besar kerana gabungan peratusan tiga kaum utama ini sangat kuat dan Pakatan mampu mengekalkan negeri ini.

"Saya lihat mereka hanya mengingin-kan ketelusan tadbir urus dan ekonomi kukuh. Sebenarnya semua itu sudah ada dalam kepimpinan Mohamed Azmin cuma ia perlu lebih ditonjolkan supaya semua golongan akan lebih jelas dengan apa yang dibawa beliau untuk kemajuan Selangor,” katanya dalam temuramah khas, baru-baru ini.

Bagaimanapun, 53 peratus responden Cina berpuas hati dengan transformasi dan perubahan yang dibawa Mohamed Azmin dalam menguruskan Selangor, manakala hanya 56 peratus daripada me-reka bersetuju Kerajaan Negeri menguta-makan rakyat dan 74 peratus masyarakat Melayu percaya ia mesra rakyat.

Pengukuhan ekonomi

Ibrahim juga menyifatkan kepimpinan Mohamed Azmin sudah diterima baik

RESPON PRESTASI Mohamed Azmin mengikut kaum100

80

60

40

20

0

6864

44

22

4034

Melayu

Ya Tidak

Cina

India

Tinjauan

JULAI 2016

oleh segenap lapisan masyarakat dan peratusan kecil yang memberi respon hambar itu mampu diatasi dengan me-nambah baik promosi berkenaan tadbir urus telus serta pengukuhan ekonomi yang dirangka Mohamed Azmin juga semua kepimpinan di bawah pentadbi-rannya.

"Beliau beruntung kerana mendapat sokongan padu daripada saf kepimpinan-nya hingga membolehkan semua gerak kerja berlangsung dengan lancar juga

sistematik. Ruang kosong yang perlu di-beri penekanan adalah bagaimana untuk mendekatkan diri dengan mereka yang kurang peka terhadap apa sedang dilak-sanakan Kerajaan Negeri.

"Hal ini yang perlu dinilai kembali, na-mun seperti saya katakan tadi ia bukan masalah besar kerana Mohamed Azmin masih mendapat sokongan majoriti kaum Cina selain penerimaan utuh Melayu dan India," katanya.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan

Mohamed Azmin sudah melaksanakan pelbagai program pengukuhan ekono-mi dan pembangunan negeri termasuk bantuan mesra rakyat pelbagai peringkat usia.

Malangnya, masih ada pihak kurang memberi fokus atas usaha dilaksanakan secara berterusan ini walaupun Kerajaan Negeri di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mempunyai pel-bagai elemen bantuan bermula sejak la-hir hingga meninggal dunia.

6 Edisi Khas

SEBAB MELABUR DI SELANGOR

Pertumbuhan KDNK 6.7%

Berdekatan pusat perniagaan Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran Putrajaya

Tiga lapangan terbang utama (KLIA, KLIA2 & Subang Skypark)

150 institusi pengajian tinggi

Bandar bertaraf dunia

Lebih 40,000 graduan setahun

Bebas bencana alam

Kadar literasi 98.7%

3.2 juta tenaga kerja terbesar (mahir & berbilang bahasa)

12 pelabuhan kontena paling sibuk (Pelabuhan Klang)

Cyberjaya pusat ICT kebangsaan Malaysia dan 15 pusat siber lain

Pelaburan sektor pembuatan melonjak RM�.�� bilion

Prestasi meningkat

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Prestasi Selangor dalam sektor pembuatan be-rada pada tahap terbaik dengan jumlah pelaburan RM7.96 bilion, berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malay-sia (MIDA).

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan Selangor meningkat 6.7 peratus kepada RM227 bilion, pada 2014 sekali gus menyumbang 22.4 peratus kepada KDNK negara.

Jumlah pelaburan langsung (TDI) dalam sektor pembuatan di Selangor sebanyak RM130.7 bilion sepanjang 16 tahun lalu (1999 hingga 2015).

Manakala TDI berjumlah RM7.96 bilion dengan pelaburan asing langsung (FDI) RM3.78 bi-

lion dan pelaburan langsung do-mestik (DDI) pada RM4.18 bilion bagi 2015 sahaja.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata ia su-sulan kejayaan menarik Toyota Motor Corp membawa masuk pelaburan baru bernilai RM2 bilion bagi membina kilang di Bukit Raja, Klang.

Beliau berkata, Yusen Logis-tics Company Limited menerusi Tasco Berhad pula akan mem-bangunkan kemudahan gu-dang bertingkat di Seksyen 22, Shah Alam dan di Westport, Pelabuhan Klang dengan pela-buran RM400 juta.

“Sony Corporation akan mem-bangunkan Pusat R&D di Bangi untuk menempatkan lebih 700 jurutera dan tenaga kerja profe-sional dengan jumlah pelaburan

SASARAN 5 TAHUN PELABURAN SELANGOR

Memacu pembangunan ekonomi luar Lembah Klang

Lima kelompok teras: Elektronik dan elektrikal, kelengkapan pengangkutan, makanan, jentera dan peralatan serta sains hayat

Menarik dan mengekalkan pembuatan termaju

Menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan ‘Smart Selangor’

Membangunkan taman perindustrian baru (terutama di luar Lembah Klang)

Dorongan perkhidmatan pelanggan

Tiga komponen utama rancak pelaburanSHAH ALAM - E-dagang, hab halal dan sains hayat diangkat sebagai tiga komponen utama pemacu pelaburan masa depan dalam merancakkan pertumbu-han ekonomi negeri.

Usaha itu sejajar dengan matlamat Selangor untuk terus membina dan memperkukuh-

Selangor juga adalah negeri memiliki tenaga kerja mahir terbesar di Malaysia, hab ICT yang juga perkilangan dan institusi pengajian tinggi bereputasi melahirkan lebih 40,000 graduan setahun

kan kelebihan negeri berdaya sa-ing seiring gelaran metropolitan yang dipegang.

Syarikat pelabur juga sema-kin tertarik kepada infrastruktur dibangunkan selain insentif pela-buran disediakan Kerajaan Ne-geri, kesungguhan dalam menye-diakan persekitaran perniagaan menepati taraf sosial dengan standard gaya hidup sofistikated bandar terkemuka.

Memiliki rangkaian meluas seperti jalan raya dan rel, pelabu-han serta lapangan terbang yang menghubungkan lokasi pernia-gaan serta pusat pentadbiran ibu negara, misi menggapai sasaran itu kian cerah.

Tidak ketinggalan, Selangor juga adalah negeri memiliki tena-ga kerja mahir terbesar di Malay-sia, hab ICT yang juga perkila- ngan dan institusi pengajian tinggi bereputasi melahirkan le-

bih 40,000 graduan setahun.Untuk merealisasikannya, In-

vest Selangor mengadakan per-temuan dan membina jaringan di lebih 20 bandar utama di Austra-lia, Vietnam, Korea Selatan, Thai-land, Singapura, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Jepun dan China dalam tempoh empat bulan ini.

Kerajaan Negeri kini menin-jau potensi pelabur Taiwan dan Taipei bagi memperluaskan lagi hubungan dagang antara Sela-ngor dan negara luar.

Taiwan adalah antara lima sumber pelaburan langsung penting di Selangor dan se-hingga kini sudah melabur lebih RM4.2 bilion di negeri itu.

Pada 2015, syarikat Taiwan melabur lebih RM1.2 bilion di Ma-laysia dan Selangor menarik kira-kira tiga peratus daripada jumlah itu daripada segi nilai pelaburan sebenar.

awal RM40 juta,” katanya.Pada tahun sama, Selangor

menduduki tempat kedua dalam negara selepas Kuala Lumpur daripada segi pelaburan bagi syarikat global untuk sektor perkhidmatan, RM1.6 bilion.

Invest Selangor turut me-nubuhkan Selangor Bio Council berperanan membangunkan Selangor Bio-Bay di Pulau In-dah yang menawarkan perseki-taran hebat kepada syarikat

bioteknologi.Selain itu, Selangor Halal Hab

di Pulau Indah mempunyai eko-sistem kondusif menghasilkan produk halal bertaraf dunia di pasaran global.

Prosedur mudah mendapat-kan lesen menubuhkan pernia-gaan halal juga menjadikan Selangor Halal Hab sebagai pi-lihan ideal untuk syarikat yang serius mahu menembusi indus-tri itu.

JULAI 2016

7Edisi Khas

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM - Skim Pinjaman Mikrokredit Hijrah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada usahawan Selangor se-jak mula dilancarkan pada Mac 2015.

Kesungguhan Kerajaan Ne-geri membantu golongan terli-bat jelas terbukti apabila skim pembiayaan ditawarkan itu tidak mengenakan syarat dan cagaran membebankan peniaga.

Kesannya, dalam tempoh kurang setahun Kerajaan Negeri berjaya membantu dan mem-biayai 23,000 usahawan tempa-tan dengan pembiayaan RM116 juta.

Menteri Besar, Dato ‘ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata angka itu mengatasi peruntukan asal disediakan sebanyak RM100 juta ketika ia mula dilancarkan.

“Walaupun negeri ini kaya, namun masih ramai rakyat ber-pendapatan sederhana dan rendah yang perlu diupayakan apatah lagi dengan suasana eko-nomi amat getir hari ini.

“Cabang terbaik untuk meng- upayakan mereka adalah menerusi bidang keusahawanan. Jadi kita wujudkan Hijrah bagi membantu mereka melebar-

HIJRAH program bantuan mampan

��,��� usahawan terima bantuan RM��6 juta

kan perniagaan dan mening- katkan pendapatan, katanya.

Hijrah adalah program Mik-rokredit Bersepadu gagasan Mo-hamed Azmin Ali, bagi meng-gabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang sudah dilaksanakan Kera-jaan Pakatan Selangor sejak 2010.

Program yang secara rasmi-nya dilancarkan Mohamed Az-min pada 24 Mac 2015 itu adalah

Ditubuhkan sejak MAC 2015

RM116 JUTA sudah dibelanjakan

RM5 JUTAdiperuntukan untuk usahawan OKU DAN IBU TUNGGAL

LEBIH 23,000usahawanterima manfaat

SHAH ALAM - Prihatin nasib go-longan orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal yang ber-minat menceburkan diri dalam dunia keusahawanan, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan khas Hijrah bernilai RM5 juta.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali yakin langkah itu mampu menjadi pemangkin kepada golongan berkenaan un-tuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi masing-masing.

“Ketetapan ini sejajar tema peduli rakyat dan Kerajaan Negeri

sedaya upaya memikirkan cara dan jalan keluar terbaik dalam mem-bantu dan memberdaya,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Hijrah ditubuhkan bagi memudahkan peniaga kecil mendapatkan kemu-dahan pembiayaan berbanding pinjaman bank yang mengenakan pelbagai syarat dan cagaran di luar kemampuan mereka.

Sebelum ini, beberapa pinja-man mikrokredit diwujudkan pel-bagai agensi termasuk Kerajaan Persekutuan, namun tiada perun-tukan khas bagi golongan OKU.

Peruntukan RM� juta untuk OKU, ibu tunggal

JULAI 2016

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) de-ngan tujuan utama melebarkan golongan kelas menengah di Se-langor, seperti divisikan dalam ucapan belanjawan beliau, pada 24 November 2014.

Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga kecil di seluruh Selangor.

8 Edisi Khas

OLEH NAEEM RAFFI

KERAJAAN Negeri terus konsisten meran-cakkan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) - Rumah Selangorku sejajar dengan iltizam peduli rakyat seperti diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2016.

Buktinya, sebanyak 20,000 unit Rumah Selangorku berjaya dibina dalam tempoh tiga tahun mengatasi sasaran awal Kera-jaan Negeri iaitu sekitar 15,000 unit sahaja.

Lebih manis, kejayaan terbabit berte-patan dengan tema belanjawan ketika itu ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ di bawah kepimpinan Mohamed Azmin.

“Ia kejayaan Kerajaan Negeri apabila anak syarikat dan swasta dapat menyi-apkan rumah dalam tempoh ditetapkan hingga melepasi sasaran awal.

“Pembangunan juga bersifat adil tanpa membezakan golongan kurang berkemam-puan dan berada menerusi konsep pembi-naan dalam kawasan sama,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei.

Kejayaan demi kejayaan diraih, hari ini Kerajaan Negeri yakin mampu membina 40,000 unit Rumah Selangorku dalam tem-poh lima tahun lagi menerusi tiga insentif utama bertujuan menggalakkan pemaju, sejak 2015 (Jadual 1).

Penetapan harga jualan antara RM42,000 hingga RM250,000 khusus un-tuk pemilikan pertama meletakkan Rumah Selangorku dikelasnya tersendiri berban-ding pakej perumahan dikemukakan Ke-rajaan Persekutuan menerusi projek Pe-rumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mencecah RM300,000 seunit.

Kini, Kerajaan Persekutuan mengikti-raf program Rumah Selangorku apabila PR1MA memohon mengambil alih projek Rumah Selangorku yang diluluskan untuk dibina pemaju swasta (Jadual 2).

Di sisi lain, kelembapan ekonomi ta-hun ini sedari awal dihidu Kerajaan Ne- geri, sekali gus mengambil langkah proak-tif dan kolektif bagi memastikan kelang-sungan pertumbuhan ekonomi negeri tidak terbantut dan pada masa sama keba-

Adil tanpa perbezaan status quo

Rumah Selangorku peluang rakyat miliki kediaman

INSENTIF UTAMAl Pengecualian caj pemajuan

l Pengurangan premium

l Peningkatan kepadatan sehingga 120 seekar (tapak sesuai)

jikan rakyat terus dipeduli.Dalam Belanjawan 2016, Mohamed Az-

min mengumumkan RM150.9 juta atau 11 peratus diperuntukkan bagi pemba-ngunan ekonomi termasuk pelaksanaan projek pembangunan Rumah Selangorku dengan dana RM100 juta bagi tempoh lima tahun bermula 2016.

“Kerajaan Negeri melaksanakan pro-jek pemulihan perumahan terbengkalai menerusi Tabung Pemulihan Projek Ter-bengkalai (TEPAT) dengan peruntukan iaitu RM20 juta. Kegagalan pemaju menyiapkan

mereka tidak mahu tutup kedai dan ma-hukan pulangan dalam pelaburan mereka.

“Ada hikmah juga dengan ekonomi hari ini kerana memberi peluang rakyat Selangor memiliki rumah dengan harga mampu milik.

“Lebih banyak dibina, lebih banyak rumah, lebih banyak peluang,” kata Penga-rah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim.

projek perumahan dirancang menyebab-kan implikasi negatif.

“Peruntukan itu disalurkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Sela-ngor (LPHS) bagi menyelaras kerja pemuli-han seterusnya memastikan nasib pembeli ini dapat dipedulikan.

“Persetujuan antara pembeli dan pihak berkepentingan perlu diselesaikan bagi memastikan tempoh penyelesaian dapat dipercepatkan,” katanya.

Bagi pemaju perumahan pula, kelom-pok ini megakui permintaan rumah mam-pu milik itu lebih tinggi berbanding rumah jenis lain ketika suasana ekonomi semasa tidak menentu ini.

Ternyata, perancangan Belanjawan 2016 yang peduli rakyat dengan pembaharuan positif mampu mendepani cabaran ekono-mi semasa sekali gus membantu pemaju.

“Sekarang, pemaju mahu tumpu kepa-da pembinaan Rumah Selangorku sebab

JENIS RUMAH SELANGORKU Harga

A RM 42,000

B RM120,000

C RM180,000

D RM220,000 - RM250,000

JADUAL 1 JADUAL 2

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

JULAI 2016