Upload
dangdien
View
258
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TINJAUAN TERHADAP SALURAN MAKLUMAT AKADEMIK PELAJAR
TAHUN AKHIR DI SEBUAH IPT
OH GEOK BEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TINJAUAN TERHADAP SALURAN MAKLUMAT AKADEMIK PELAJAR
TAHUN AKHIR DI SEBUAH IPT.
OH GEOK BEE
Laporan tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2012
iii
Istimewa buat...
Bapa dan Ibu yang dikasihi
OH KEE ENG
SWA LIAN TEE
Untuk penyelia
En. Abdul Razak Bin Idris
Penilai dan para pensyarah
Buat rakan-rakan yang telah memberi dorongan dan galakan
Nurul Izzanie Bte Adnan
Peh Hoo Guan
Khairill Helme Bin Ramli
Lim Siew Kiong
Nur Aainaa binti Muhammad
Dan Kawan-kawan lain yang telah terlibat dalam projek sarjana muda ini
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
membesarkan saya, memberi kasih sayang dan membekalkan keperluan fizikal dan
mental, memberi sokongan dan dorongan dari semasa ke semasa kepada saya untuk
menyiapkan projek sarjana muda ini.
Selain itu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia projek, Encik
Abdul Razak bin Idris kerana kerana sudi membimbing saya di bawah seliaan beliau
bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala jasa baik, tunjuk ajar, dan nasihat
yang diberikan sepanjang pembangunan projek ini amat saya hargai.
Akhir sekali, terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menghulurkan
bantuan, memberi cadangan yang bernas dalam usaha menyempurnakan projek ini
dengan berjaya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji saluran yang digunakan oleh pelajar tahun
empat untuk mendapatkan maklumat akademik, sebab pemilihan saluran tertentu dalam
pencarian maklumat dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pencarian
maklumat. Seramai 102 responden telah dipilih sebagai responden dan semua populasi itu
telah diambil dalam kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
dalam kajian ini. Alpha croanbach bagi pemilihan saluran untuk tujuan akademik adalah
0.637, sebab pemilihan saluran tertentu dalam pencarian maklumat mencatat alpha
croanbach 0.947 dan 0.914 telah dicatatkan oleh masalah yang dihadapi oleh pelajar
dalam proses pencarian maklumat dan alpha croanbach keseluruhan ialah 0.949. Saluran
yang telah dikaji adalah Internet, Wikipedia, blog, komunikasi elektronik, perpustakaan,
pensyarah,pakar, kawan, pangkalan data elektronik, bahan bercetak, dan rankaian sosial.
Hasil kajian ini telah menunjukkan Internet ialah pilihan utama untuk mendapatkan
maklumat akademik manakala rangkaian sosial ialah saluran yang kurang popular untuk
mendapatkan maklumat. Sebab-sebab pemilihan Internet ialah maklumat dapat diperolehi
dengan cepat dan masalahnya pula ialah kualiti maklumat yang rendah.
vi
ABSTRACT
The research was conducted to investigate the channels used by 4th
year
undergraduate students in acquiring the academic information, reasons for selecting the
particular information channel and the difficulties encountered during information
searching via the particular channel. The population of the research involve 102
respondents and all of the respondents from the population are taken. The instrument
used in this research is questionnaire. The Cronbach alpha for the selections of channels
in acquiring the information is 0.63. The Cronbach alpha for the reasons of selecting the
particular channel is 0.947 while 0.914 was recorded for difficulties encountered during
information searching via the particular channel. The overall Cronbach alpha is 0.949.
The information channels taken into consideration in this study are Internet, Wikipedia,
blog, electronic communication, library, lecturers, experts, friends, databases, printed
materials and social websites. The results depicted the most popular channel is Internet
while the least popular channel in acquiring information is social websites. The reasons
for selecting the Internet as information channel is the information is easier to be
accessed while the least favorite reason is the quality of information acquired.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xix
viii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Pelajar 6
1.6.2 Pensyarah 6
1.6.3 Universiti 6
1.7 Takrifan Istilah 7
1.7.1 Maklumat 8
1.7.2 Keperluan Maklumat 8
1.7.3 Sumber 8
1.7.4 Saluran 9
1.7.5 Pelajar 9
1.8 Penutup 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Keperluan Maklumat 10
2.3 Tujuan Keperluan Maklumat 11
2.3.1 Keperluan Maklumat untuk Mengurangkan 11
Ketidakpastian
2.3.2 Keperluan Maklumat untuk Make Sense 11
ix
2.4 Tujuan Pelajar Universiti Mencari Maklumat 13
2.4.1 Untuk Menyiapkan Projek/Tugasan 13
2.4.2 Untuk Mendapatkan Cetusan Idea 13
2.4.3 Untuk Menyelesaikan Masalah Akademik 14
2.4.4 Untuk Mendapatkan Ilmu Pengetahuan
Yang Lebih 14
2.5 Literasi Informasi 15
2.5.1 Information Literacy Standards 15
2.6 Sumber Saluran Maklumat 16
2.6.1 Internet 16
2.6.2 Wikipedia 18
2.6.3 Komunikasi Elektronik dan Pesanan Ringkas 19
Komputer(Instant Messaging/YM/MSN)
2.6.4 Blog 20
2.6.5 Pangkalan Data Elektronik 21
2.6.6 Bahan Bercetak 23
2.6.7 Sumber Manusia 24
2.6.7.1 Pensyarah 24
2.6.7.2 Kawan 24
2.6.7.3 Pakar 25
2.7 Masalah dalam Proces Pencarian Maklumat 25
2.8 Penutup 26
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Populasi dan Sample Kajian 29
x
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Bahagian A 30
3.4.2 Bahagian B 30
3.4.3 Bahagian C 31
3.4.4 Bahagian D 31
3.5 Prosedur Kajian 33
3.5.1 Kesahan Kajian 33
3.5.2 Kepercayaan Kajian 33
3.6 Kajian Rintis 34
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 35
3.8 Penutup 35
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Latar Belakang Responden 37
4.2.1 Jantina 37
4.2.2 Umur 37
4.2.3 Program 38
4.2.4 Pemilikan Komputer Sendiri 39
4.2.5 Pemilikan Broadband Untuk Mengakses 39
Internet
4.3 Mengkaji Pilihan Saluran Untuk Tujuan Akademik 40
4.4 Mengkaji Sebab-Sebab Pelajar Memilih Saluran 41
Tertentu Dalam Mendapatkan Maklumat
4.5 Mengkaji Masalah pelajar Dalam Mendapatkan 54
Maklumat Melalui Saluran Tertentu
4.6 Kesimpulan 66
xi
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 68
5.3 Rumusan Mengikut Soalan Kajian
5.3.1 Pilihan Saluran Dalam Mendapatkan 68
Maklumat Akademik
5.3.2 Sebab-sebab Pemilihan Saluran Dalam 68
Mendapatkan Maklumat
5.3.3 Masalah-masalah yang Dihadapi oleh 70
Pelajar Dalam Mendapatkan Maklumat
Melalui Saluran Tertentu
5.4 Rumusan 71
5.5 Cadangan 74
5.6 Kesimpulan 76
BIBIOGRAFI 77
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT
3.1 Jadual Populasi dan Sample 29
3.2 Jadual Skala Likert 31
3.3 Dapatan Nilai Alpha Cronbach 34
3.4 Tahap Penilaian Responden
Berdasarkan Min
35
4.1 Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Jantina
37
4.2 Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Umur
37
4.3 Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Program
37
4.4 Bilangan dan Peratus Responden
yang Mempunyai Komputer Sendiri
38
4.5 Bilangan dan Peratus Responden
yang Mengakses Internet
Menggunakan Broadband Sendiri
39
4.6 Taburan Pilihan Saluran Dalam
Tujuan Akademik
40
xiii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
PERKARA MUKASURAT
4.7 Taburan Min Penggunaan (Webpage) dalam
Mendapatkan Maklumat
41
4.8 Taburan Min Penggunaan Wikipedia Dalam
Mendapatkan Maklumat
42
4.11 Taburan Min Penggunaan Blog Dalam
Mendapatkan Maklumat
43
4.12 Taburan Min Penggunaan Komunikasi
Elektronik Dalam Mendapatkan Maklumat
44
4.14 Taburan Min Penggunaan Rangkaian Sosial
dalam Mendapatkan Maklumat
45
4.15 Taburan Min Penggunaan Pangkalan Data
Elektronik dalam Mendapatkan Maklumat
46
4.16 Taburan Min Melalui Pensyarah
(Perbincangan dan Diskusi secara
Bersemuka) Dalam Mendapatkan
Maklumat
47
4.17 Taburan Min Melalui Kawan (Perbincangan
dan Diskusi secara Bersemuka Dalam
Mendapatkan Maklumat)
48
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT
4.18 Taburan Min Melalui Pakar Bidang
Dalam Mendapatkan Maklumat
49
4.19 Taburan Min Melalui Bahan
Bercetak dalam Mendapatkan
Maklumat
50
4.12 Taburan Min Melalui Penggunaan
Perpustakaan untuk Mendapatkan
Maklumat
51
4.13 Summari Taburan Min Sebab
Pemilihan Saluran Tertentu Dalam
Mendapatkan Maklumat
52
4.14 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Internet
54
4.15 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Wikipedia
55
4.16 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Blog
56
4.17 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
Dalam Mendapatkan Maklumat
Melalui Komunikasi Elektronik
57
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT
4.18 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Rangkaian Sosial
58
4.19 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Pangkalan Data
Elektronik
59
4.20 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Perbincangan,
Diskusi dengan Pensyarah secara
Bersemuka
60
4.21 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Bantuan Kawan
(Perbincangan, Pertanyaan secara
Bersemuka)
61
4.22 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Bantuan Pakar
62
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT
4.23 Taburan Min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Bahan Bercetak
63
4.24 Taburan min Masalah yang Dihadapi
oleh Pelajar Dalam Mendapatkan
Maklumat Melalui Perpustakaan.
64
4.25 Summari Masalah-masalah
Mendapatkan Maklumat Dalam
SaluranTertentu
65
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA MUKASURAT
2.1 Google Blog 32
xviii
SENARAI SINGKATAN
ACRL - Association of College and Research Libraries
ASK - Anamalous State of Knowledge
OCLC - Association of College and Research Libraries
FB - Facebook
IM - Instant Messaging
YM - Yahoo Messenger
US - United States
SPSS - Statistical Package of Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPK - Sarjana Muda Sains dengan Kompute serta Pendidikan Kimia
SPP - Sarjana Muda Sains dengan Komputer serta Pendidikan Fizik
SPT - Sarjana Muda Sains dengan Komputer serta Pendidikan
Matematik
SPL - Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Inggerris
SPS - Sarjana Muda Sains Sukan
SPI - Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Islam
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidk
B Surat Pengesahan Borang Soal Selidik
C Analisis Alpha Cronbach SPSS 16
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Negara yang maju adalah terdiri daripada rakyat yang berilmu pengetahuan.
Dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan, hasrat ini boleh dicapai
dengan melalui pendidikan untuk memperkembang potensi individu secara
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2001). Pendidikan juga merupakan proses pemerolehan dan
pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran. Proses ini akan
berlangsung secara berterusan dalam diri seorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.
Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan
untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan akademik di rantau Asia dan antarabangsa.
Sumbangan daripada pengenalan pendidikan bertaraf dunia termasuk penubuhan
IPTA dan IPTS. Visi dan misi sesebuah universiti adalah untuk menghasilkan
kajian yang berkualiti dari segi tahap akademik, melahirkan graduan–graduan yang
berpotensi, berketrampilan yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara
melalui aplikasi ilmu pengetahuan, mencapai kecemerlangan dalam proses
2
pembelajaran dan pengajaran, melatih dan melahirkan sumber tenaga yang
diperlukan di masyarakat seperti perguruan, doktor, kejuruteraan, meneroka potensi
yang ada pada graduan dan mengukuhkan kerjaya mereka pada hari kemudian.
Maklumat ialah kriteria yang penting dalam perkembangan sesebuah negara.
Maklumat ialah teras kepada perkembangan ilmu, tiang kepada inovasi dan sumber
kepada rakyat yang berilmu. Maka, maklumat ialah kunci kepada kemajuan sosial.
Keperluan maklumat dalam setiap individu adalah berlainan, tetapi keperluan dan
permintaan terhadap maklumat adalah paling tinggi dalam kalangan siswazah
(Abdullah, 2000). Dalam dunia yang mengalami ledakan maklumat ini, keperluan
pelajar universiti dalam pencarian maklumat termasuk menyiapkan tugasan/ projek,
menyelesaikan masalah akademik, mencari cetusan idea, mendapatkan ilmu
pengetahuan yang berlebihan dan lain-lain.
1.2 Latar Belakang Masalah
Proses pembelajaran di universiti adalah berbeza dengan proses
pembelajaran di sekolah menengah. Proses pembelajaran di universiti termasuk
pembelajaran bersemuka antara pensyarah dengan pelajar (lectures), pembelajaran
berpusatkan pelajar sebagai contoh: aktiviti penyelesaian masalah (tutorial),
pembelajaran berpusatkan kendiri seperti revisi (penyediaan sebelum kuliah,
tugasan, dan tutorial). Maka, jelas sekali, aktiviti pembelajaran di universiti lebih
tertumpu kepada pembelajaran berdikari (independent study) yang menggalakkan
pelajar mencari maklumat dan menerokai maklumat.
Pelajar haruslah mencari maklumat untuk memenuhi keperluan maklumat
mereka sama ada dalam menyelesaikan sesuatu masalah akademik, menyiapkan
tugasan/ projek mereka, mencari idea dan maklumat yang berlebihan, dan
3
mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih. Masa pembelajaran di universiti adalah
terhad bagi pelajar untuk mempelajari ilmu dengan mendalam. Ini kerana, 2 jam
kredit subjek hanya mempunyai 2 jam kelas perjumpaan dalam seminggu dalam 14
minggu pembelajaran. Masa yang kurang ini adalah tidak cukup untuk pelajar
menguasai ilmu dalam subjek dengan menyeluruh. Maka, pelajar digalakkan
mencari ilmu tambahan sendiri dengan mecari informasi tambahan. Boyer (1994)
mengatakan bahawa informasi ialah gol yang penting dalam pendidikan dan
pendidikan sepatutnya memberi kuasa kepada setiap insan.
Jelas sekali, pencarian maklumat adalah sangat mustahak kepada pelajar
dalam menerokai ilmu pengetahuan selain daripada menyelesaikan masalah yang
timbul dalam kerja dan projek mereka. Justeru, cara mereka mendapatkan maklumat
ditinjau untuk mengetahui cara tren mereka dalam mendapatkan jalan penyelesaian
dalam bidang akademik.
1.3 Pernyataan Masalah
Aktiviti-aktiviti akademik di universiti seperti tugasan memberi peluang
kepada pelajar untuk mempelajari subjek dengan lebih mendalam kerana mereka
dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam tugasan dan memberi
peluang kepada pelajar menerokai ilmu pengetahuan tambahan semasa mereka
menyempurnakan tugasan itu. Aktiviti-aktiviti akademik universiti menggalakkan
pembelajaran secara informal berlaku dalam pelajar. Apabila pelajar diberi sesuatu
aktiviti seperti tugasan, mereka perlu memahami tajuk, mendapatkan maklumat
mengumpulkan maklumat dan menyusun semula maklumat.
Dalam usaha untuk mencari ilmu tambahan dalam subjek ataupun
mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan, terdapat banyak saluran pelajar
4
boleh mendapatkan maklumat yang berkenaan. Sebagai contoh, mereka boleh
mendapatkan maklumat melalui perbincangan dengan pensyarah, ahli pakar,
melayari laman web Wikipedia, mencari katalog perpustakaan, membaca buku,
jurnal, melayari Internet, berjumpa dengan pakar dan lain-lain.
Cara untuk mendapatkan maklumat adalah banyak dan setiap orang akan
memilih cara yang paling efisien bagi mereka mendapatkan maklumat. Sesetengah
pelajar cenderung mendapatkan maklumat melalui direktori enjin pencarian kerana
mereka mendapati cara ini lebih senang untuk mendapatkan informasi yang banyak
dalam masa singkat dan paling efektif.
Manakala, ada pula yang cenderung mencari buku, jurnal disebabkan
kesahihan faktanya dan cara ini disenangi di kalangan saintis sosial dan
cendekiawan. Saintis sosial dan cendekiawan lebih cenderung membaca buku dan
jurnal dalam aspek pencarian maklumat untuk penyelidikan (Meho & Tibbo, 2003).
Cara yang banyak dalam mencari sumber maklumat ini mempengaruhi gaya
pembelajaran dan pemikiran pelajar. Ledakan sumber maklumat telah menyebabkan
kebanyakan daripada mereka lebih meminati mencari maklumat melalui World Wide
Web.
Pelajar mencari maklumat dan informasi untuk menyiapkan tugasan,
menyelesaikan masalah, mendapatkan idea, mendapatkan maklumat yang lebih.
Pelajar dapat belajar semasa menyiapkan tugasan kerana dalam proses pencarian
informasi, mahasiswa dan mahasiswi perlu menganalisis tajuk, mencari kandungan,
mengumpul data, dan menyusun semula dengan idea sendiri.
Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk mencari maklumat.
Kepelbagaian dalam cara mencari maklumat ini mempengaruhi kualiti hasil projek
5
mereka dan tahap pemikiran mereka. Ketidakmampuan dalam pencarian maklumat
yang pelbagai akan menyebabkan mereka cenderung untuk bergantung kepada
sejenis saluran sahaja dan ini secara langsung menyebabkan kegagalan mendapatkan
informasi yang lebih menyeluruh dan menjejaskan mereka berfikiran kritis dalam
membandingkan idea antara saluran maklumat.
1.4 Objektif Kajian
Objektif penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan selok–belok tentang
aktiviti pencarian maklumat pelajar mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Untuk mengkaji saluran yang dipilih oleh pelajar untuk mendapatkan
maklumat dalam tujuan akademik.
ii. Untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses
mendapatkan maklumat.
iii. Untuk mengkaji sebab-sebab pelajar memilih saluran tertentu dalam
mendapatkan maklumat
1.5 Persoalan Kajian
Dalam melakukan kajian ini beberapa persoalan telah dikemukakan
antaranya:
6
i. Apakah saluran yang dipilih oleh pelajar untuk mendapatkan maklumat
bagi tujuan akademik?
ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mencari maklumat?
iii. Apakah sebab yang menyebabkan pelajar memilih saluran tertentu untuk
mendapatkan maklumat?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian penyelidikan ini diharap akan memberi kepentingan kepada golongan
berikut:
1.6.1 Pelajar
Kajian ini penting kepada pelajar kerana pelajar boleh membandingkan cara
mereka mendapatkan maklumat dengan cara pelajar lain mendapatkan maklumat.
Dengan itu, mereka akan menyedari terdapat cara banyak mendapatkan maklumat
yang lebih efisyen dan cara lain boleh dijadikan saluran untuk mereka mendapatkan
informasi pada hari kemudian. Dengan pilihan saluran pencarian maklumat yang
banyak, adalah dipercayai kualiti projek dan fikiran mereka akan semakin tajam
selepas mengakses dan membaca maklumat yang dicapai daripada pelbagai saluran
maklumat.