6
1.0 Terangkan dan bincangkan konsep negara bangsa dan isu-isu perpaduan di Malaysia. Konsep Negara Bangsa Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: ...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991) Menurut kamus dewan edisi ketiga pembinaan bermaksud pembangunan, negara bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan bangsa pula bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Oleh itu, pembinaan negara bangsa bermaksud pembangunan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara. Negara berbilang kaum dan agama pula bermaksud sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan. Manakala perkongsian nilai memberi maksud hidup bersama-sama dalam suatu sifat ketinggian pemikiran kemasyarakatan. Semangat patriotisme pula merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Keseluruhannya, frasa tersebut bermaksud pembangunan sesebuah masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa, hidup bersama-sama dalam suatu ketinggian sifat serta perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air bagi memajukan negara Malaysia yang tercinta.

Terangkan Dan Bincangkan Konsep Negara Bangsa Dan Isu

  • Upload
    piece56

  • View
    19

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

z

Citation preview

Page 1: Terangkan Dan Bincangkan Konsep Negara Bangsa Dan Isu

1.0 Terangkan dan bincangkan konsep negara bangsa dan isu-isu perpaduan di

Malaysia.

Konsep Negara Bangsa

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan

agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada

perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi

dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan

sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan

kepercayaan dari pelbagai negara.

Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh

dihuraikan seperti berikut:

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan

yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan

kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan

persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat

setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Menurut kamus dewan edisi ketiga pembinaan bermaksud pembangunan, negara

bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh

sesebuah kerajaan dan bangsa pula bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan

ketatanegaraan.  Oleh itu, pembinaan negara bangsa bermaksud pembangunan

sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara.  Negara berbilang kaum dan agama pula

bermaksud sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada

berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan.  Manakala perkongsian nilai memberi

maksud hidup bersama-sama dalam suatu sifat ketinggian pemikiran kemasyarakatan. 

Semangat patriotisme pula merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap tanah

air.  Keseluruhannya, frasa tersebut bermaksud pembangunan sesebuah masyarakat

yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa, hidup bersama-sama dalam suatu

ketinggian sifat serta perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air bagi memajukan

negara Malaysia yang tercinta.

Page 2: Terangkan Dan Bincangkan Konsep Negara Bangsa Dan Isu

Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa. Dalam usaha itu,

kementerian berhasrat untuk membangunkan warganegara daripada awal persekolahan

dengan ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung

warisan budaya dan kesenian bangsa.

Glokal di sini  adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global

bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah

nasional, tempatan, dalam negara kita ini.

Masyarakat Glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah Masyarakatyang berakar

nasional dan berakal internasional.

Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha menyemai dan

memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air.

Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen amat penting dalam kejayaan

negara. Fokus kementerian dalam membina negara bangsa mencakupi usaha

seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan

bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk

kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Akhir sekali ialah memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari

dalam membentuk pemikiran dan kehidupan. Ternyata semua tanggungjawab bagi

mencapai kejayaan objektif PIPP yang pertama ini tergalas di bahu seorang guru.

Tentunya guru-guru perlu mempunyai semangat yang luar biasa di samping mempunyai

ciri-ciri dalaman keperibadian yang unggul sebelum mendidik keperibadian anak murid

bagi pembinaan negara bangsa.

Page 3: Terangkan Dan Bincangkan Konsep Negara Bangsa Dan Isu

Isu-isu Perpaduan di Malaysia

Malaysia, Truly Asia. Itulah yang diungkapkan oleh Tourism Malaysia untuk

menggambarkan satu keistimewaan yang tiada di negara-negara Asia yang lain tetapi

ada di Malaysia. Keistimewaan yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan tiga kaum

utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kumpulan-kumpulan kaum yang lain

hidup bersama dalam suasana yang majmuk di dalam sebuah negara dan mewujudkan

kepelbagaian budaya serta adat resam.

Rasanya kita semua mengakui bahawa keharmonian kehidupan masyarakat

berbilang kaum yang kemudiannya dijadikan sebagai satu ciri penting kepada industri

pelancongan negara - adalah berpunca daripada sikap tolak ansur yang ditunjukkan

oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia sehingga menjadi kita antara negara yang

terkehadapan dalam pembangunan di rantau Asia. Sekira dibandingkan dengan negara-

negara di Afrika mahupun Amerika Latin, kita adalah jauh lebih baik.

Persoalannya sejauh mana sikap tolak ansur ini dapat bertahan? Ini kerana tolak

ansur itu sendiri mencerminkan kewujudan unsur "tidak rela tetapi terpaksa" bagi

mewujudkan satu suasana menang-menang yang ada kalanya menyebabkan satu pihak

perlu membuat pengorbanan yang lebih besar berbanding pihak yang satu lagi. Justeru

perpaduan antara kaum yang ada pada hari ini bukanlah satu bentuk perpaduan yang

kukuh yang terbina hasil keluhuran hati dan sikap saling mempercayai antara satu sama

lain.

Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah

perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini

telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang

rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan

satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama

sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di

Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli

politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif

berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang

Page 4: Terangkan Dan Bincangkan Konsep Negara Bangsa Dan Isu

Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah

menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam

Pilihan Raya 1969.  Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen)

telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan,

DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah

kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya

Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh

kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini

ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa

mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam pilihan raya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan

ditimbulkan seperti status bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan

hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam suasana yang tegang dan penuh emosi itu,

maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga telah menyebabkan negara kita menjadi

tumpuan seluruh dunia. Ironinya, 13 Mei ini merupakan antara masalah perpaduan yang

telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi.

Begitu juga dengan sistem pendidikan di Malaysia. Dari masa ke semasa, kita

pasti akan mendengar seruan daripada pihak yang tertentu yang menyeru supaya

sekolah jenis kebangsaan ataupun sekolah vernakular dihapuskan dan ditukar kepada

sekolah kebangsaan. Mereka-mereka yang melakukan seruan ini sentiasa mengatakan

ini adalah untuk tujuan perpaduan. Tidakkah pandangan ini terlalu simplistik?

Ia memang tidak dapat dinafikan bahawa jika semua pelajar tidak mengira kaum

boleh belajar dibawah satu bumbung yang sama, ia adalah perkara yang baik dimana ia

dapat mengeratkan hubungan sesama kaum dan mengukuhkan perpaduan. Akan tetapi,

masalah perpaduan antara kaum yang kini wujud di negara Malaysia ini bukan

disebabkan oleh sekolah vernakular tetapi kerana sebab-sebab yang lain. Oleh itu,

meskipun kita menghapuskan sekolah-sekolah vernakular, saya percaya masalah

perkauman dan isu perpaduan masih akan wujud kerana ini bukan punca masalahnya.

Page 5: Terangkan Dan Bincangkan Konsep Negara Bangsa Dan Isu

Punca masalah isu perkauman dan perpaduan adalah disebabkan oleh isu polisi

negara ini. Kini walaupun kita sudah merdeka untuk 56 tahun, kerajaan yang diperintah

oleh Barisan Nasional masih menggunakan teknik pemerintahan yang digunakan oleh

British iaitu pecah dan perintah (‘divide and rule’). Ini adalah amat jelas di mana parti

komponen utama BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC hanya mempertahan

dan berjuang untuk kaum yang diwakili masing-masing di mana Umno hanya untuk

orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk orang India. Ini telahpun secara

langsung atau tidak langsung memberi persepsi kepada rakyat jelata di mana jika kita

menghadapi apa-apa masalah, kita hanya boleh mendapatkan pertolongan daripada

pemimpin kaum kita sendiri.

Ini akan secara tidak langsung menyebabkan kita melahirkan perasaan

ketidakpercayaan terhadap kaum lain lalu mengakibatkan kesalahfahaman di mana kita

menganggap bahawa hanya orang Melayu akan menolong orang Melayu, orang Cina

hanya akan menolong orang Cina dan orang India hanya akan menolong orang India.

Inilah punca masalahnya di mana kita akan melihat ketidaksamaan antara kaum dan

kita akan melihat kaum yang lain sebagai entiti yang berbeza dan berasingan.

Punca masalah yang kedua adalah disebabkan oleh sesetengah pihak yang

rasis dan tidak bertanggungjawab. Sesetengah pihak seperti bekas hakim Datuk Mohd

Noor Abdullah yang mengeluarkan kenyataan rasis juga merupakan punca masalah

perkauman dan perpaduan. Apabila sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan yang

rasis dan berbaur perkauman, ia akan secara tidak langsung mengakibatkan kaum lain

melahirkan kebencian bukan hanya terhadap individu tersebut tetapi juga kaum individu

itu. Lebih-lebih lagi jika tiada tindakan undang-undang yang diambil ke atas individu-

individu ini dan pendakwaan selektif dilakukan ke atas individu-individu yang lain.

Bukan itu sahaja, apa yang lagi hipokrit adalah apabila Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Razak memperkenalkan konsep 1 Malaysia dan sedangkan slogan 1

Malaysia panas dilaung-laungkan, timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga

Menteri Pelajaran, mengatakan beliau merupakan ‘Malay First, Malaysian Second’. Jadi

apa gunanya jika kita ingin menghapuskan sekolah vernakular bagi tujuan perpaduan

tetapi pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran

sendiri tidak mengerti maksud perpaduan? Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila

Perdana Menteri kita sendiri menyalahkan “tsunami Cina” bagi keputusan teruk pada

Page 6: Terangkan Dan Bincangkan Konsep Negara Bangsa Dan Isu

Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini. Saya berasa amat kesal apabila pemimpin-

pemimpin negara kita sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang begitu tidak

bertanggungjawab sehingga ada daripada mereka yang sanggup mengatakan ini adalah

pengkhianatan sesetengah kaum.

Kesimpulannya, menerung kepada usaha memupuk perpaduan integrasi

nasional telah dimulakan sejak awal penubuhan negara dan kemerdekaan Malaya.

Perlembangaan Negara merakamkan aspirasi ini dengan menetapkan perundangan

penting negara. Dengan ini masyarakat hari ini perlu lebih fasih dan arif mengenai

Perlembangaan Negara dan jangan melemahkan Perlembagaan Negara. Inilah

keluhuran Perlembagaan dalam lafaz Rukun Negara. Selain itu, Rukun Negara perlu

juga dihayati dan dipraktikkan setiap hari kerana ia mengingati kita kepentingan

perpaduan dan kedaulatan negara. Hal-hal berikut adalah penting dan harus diketahui

oleh masyarakat negara agar dapat mengelakkan implikasi-implikasi negatif yang timbul

kesan daripada masalah perpaduan dalam negara.