3
Teks Ucapan Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan Peringkat Zon Pengerang Assalammualaikum wbt, Salam perpaduan dan Salam 1 Malaysia, Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama pada pagi ini dalam Majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan RIMUP Sekolah Rendah Zon Pengerang . Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Urus Setia kerana sudi menjemput saya untuk majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil bagi program ini. Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian, Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran dalam kerangka memupuk kerjasama antara masyarakat dengan pihak sekolah menerusi pelbagai kegiatan dan aktiviti. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 1986. RIMUP diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program ini memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Dalam perlaksanaan program ini, Kementerian Pelajaran telah merancang program untuk dilaksanakan secara bersama di

Teks Ucapan.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan.doc

Teks Ucapan

Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan Peringkat Zon Pengerang

Assalammualaikum wbt, Salam perpaduan dan Salam 1 Malaysia,

Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama pada pagi ini dalam Majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan RIMUP Sekolah Rendah Zon Pengerang . Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Urus Setia kerana sudi menjemput saya untuk majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil bagi program ini.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran dalam kerangka memupuk kerjasama antara masyarakat dengan pihak sekolah menerusi pelbagai kegiatan dan aktiviti. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 1986.

RIMUP diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program ini memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Dalam perlaksanaan program ini, Kementerian Pelajaran telah merancang program untuk dilaksanakan secara bersama di antara sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil .

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Saya mengharapkan sepanjang program ini berlangsung ianya dapat membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesama mereka dengan komunikasi yang baik.

Page 2: Teks Ucapan.doc

Sama-sama kita renungkan ucapan yang dilafazkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razaksemasa merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam di Nusantara pada 10 Jun 2011,”Pada zaman ini di mana masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya, tinggal dan berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah negara atau masyarakat antarabangsa, aspek perpaduan, tolenrasi seterusnya penerimaan total merupakan faktor utama yang menjadi penyokong kepada pembangunan negara dan keamanan dunia”.

Petikan ucapan Perdana Menteri 2011, Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan, Melangkau Jangkaan ada menyebutkan:”Kita satukan usaha dan kita lupakan beza agama, bangsa dan budaya. Kita satukan tenaga dan kita atur langkah sehaluan menuju ke hadapan. Dengan semangat kebersamaan dan kekitaan inilah, kejayaan yang dicapai akan dapat kita hargai dan raikan sebagai bangsa Malaysia”.

Dengan ini , dapat disimpulkan RIMUP merupakan program yang tepat bagi menanam sifat kasih sayang . Selain memberi peluang kepada murid-murid mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain. RIMUP juga dapat menyemai semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid sejak mereka di bangku sekolah lagi . Semangat bersatu padu inilah dapat menjamin pembentukan negara Malaysia yang berdaya maju dan utuh yang disemai di kalangan anak-anak sejak awal lagi.

Saya berharap semua peserta program RIMUP ini berasa seronok dan gembira semasa menjalankan aktiviti dalam program perkhemahan ini. Justeru itu, jadikan pengalaman yang ditimba di sini sebagai pembuka jalan untuk anda semua mengenali budaya bangsa yang ada di negara kita ini.

Kemudi bahtera hingga ke muara, Mudik sebentar di Johor Lama, Malaysia berdaulat bangsa sejahtera, Semangat 1 Malaysia dijiwai bersama.

Rintitan daripada harapan ini, saya dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahhim, menutup rasmi Program Perkhemahan RIMUP Sekolah Rendah Zon Pengerang , 2013.

Page 3: Teks Ucapan.doc

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.