6
TEKS UCAPAN YB HAJI BAZLAN ABDUL RAHMAN ADUN BATU RAKIT DI MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH SETIU 2014 DI SEKOLAH KEBANGSAAN MERANG SETIU PADA 8 APRIL 2013 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saudaria pengerusi majlis, Yang Berbahagia Tuan Haji Kipayatul Allah Dato; Mohd Said,PegawaiPendidikan Daerah Setiu, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Merang Encik Abdul Rahman Ali Yang Berbahagia Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia Cawangan Setiu Hajjah Maznah Ghazali Pengerusi MGB Daerah Setiu Haji Sauti Omar Encik Wan Salahudi Wan Othman Wakil Pegawai Belia dan Sukan daerah Setiu Tuan-tuan pengetua dan guru besar, AJK Pengelola Majlis Tadarus AL-Quran, Guru-guru Pendidikan Islam, para perserta dan tuan-tuan sekelian 1. Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada AJK Pengelola Majlis Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid sekolah-sekolah daerah Setiu kerana telah berjaya mengadakan program ini yang merupakan acara tahunan

Teks Ucapan Yn Dato

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ghg

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Yn Dato

TEKS UCAPAN YB HAJI BAZLAN ABDUL RAHMAN ADUN BATU RAKIT DI MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH SETIU 2014 DI SEKOLAH KEBANGSAAN MERANG SETIU PADA 8 APRIL 2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saudaria pengerusi majlis,

Yang Berbahagia Tuan Haji Kipayatul Allah Dato; Mohd Said,PegawaiPendidikan

Daerah Setiu,

Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Merang Encik Abdul

Rahman Ali

Yang Berbahagia Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia Cawangan Setiu Hajjah Maznah

Ghazali

Pengerusi MGB Daerah Setiu Haji Sauti Omar

Encik Wan Salahudi Wan Othman Wakil Pegawai Belia dan Sukan daerah Setiu

Tuan-tuan pengetua dan guru besar,

AJK Pengelola Majlis Tadarus AL-Quran,

Guru-guru Pendidikan Islam, para perserta dan tuan-tuan sekelian

1. Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada AJK

Pengelola Majlis Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid sekolah-sekolah daerah

Setiu kerana telah berjaya mengadakan program ini yang merupakan acara

tahunan Unit Pendidikan Islam untuk memilih wakil daerah Setiu ke MTadarus

Al-Quran peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di SMKA Rantau

Abang Dungun pada 18 dan 19 April ini.

…1/5

Page 2: Teks Ucapan Yn Dato

2. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Guru Besar SK.Merang

dan para guru dan kakitangan sekolah ini kerana sanggup menjadi tuan rumah

bagi menjayakan majlis yang mulia ini.

3. Hadirin sekelian, Majlis Tadarus al-Quran sekolah-sekolah bukan perkara baru

bagi kita kaum pendidik. Program ini telah menjadi acara rutin untuk mencungkil

barat di kalangan pelajar dalam.bidang taranum, menghafaz al-Quran,

kemahiran bercerita dan pidato serta memperdengan lagu-lagu nasyid.

4. Jesteru itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz dan ustazah

yang telah mengajar, melatih dan membimbing pelajar masing-masing untuk

bertanding sama ada di peringkat sekolah, daerah dan negeri

5. Kita semua sedia maklum, majlis seumpama ini merupakan satu aktiviti yang

besar ertinya dalam kehidupan kita umat Islam. Kita dituntut membaca al-Quran

kerana al-Quran adalah kitab suci Umat Islam yang mengandungi pelbagai

hikmah dan pengajaran. Membaca al-Quran merupakan ibadah yang diberikan

pahala, rahmat dan barakah daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda

`` Ada sekumpulan manusia berkumpul di rumah Allah sambil membaca al-

Quran dan mendalami isi kandungannya sesama mereka. Allah akan

menurunkan ketenangan buat mereka, mereka diselubungi rahmat dan para

malaikat pula membentangkan sayapnya (mengerumuni mereka) dan Allah

sentiasa memuji mereka di sini makhluk yang berada di sisi-NYA ,,”Hadis riwayat

Muslim.,

…2/5

Page 3: Teks Ucapan Yn Dato

6. Tuan-tuan hadirin sekelian, sesuai dengan tema Majlis Tadarus al-quran tahun

ini iaitu Al-Quran Menjana Tranformasi Ummah wasatiah, saya mengajak tuan-

tuan khususnya guru Pendidikan Islam,supaya merealisasikan tema tersebut

dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kita semua maklum, Tilawah

al-Quran menjadi asas dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah sejak

di kelas Pra Sekolah hinggalah ke sekolah menengah. Di sinilah letaknya

tanggungjawab tuan-tuan bagi memastikan murid boleh menguasai al-Quran

serta khatam al-Quran sejak di sekolah rendah

7. Tidak kira apa kaedah dan pendekatan yang tuan-tuan gunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, sama ada kaedah Iqrak atau

Baghdadi atau lain-lain keadah, yang penting murid boleh membaca al-Quran

secara bertajwid.

8. Sehubungan itu, saya mengucapkan tahniah kepada tuan Pegawai Pendidikan

Setiu kerana saya difahamkan mereka telah membudayakan bacaan al- Quran di

pejabat setiap pagi Biarpun sekejap tapi ianya cukup bermakna kerana mereka

telah memabasahi lidah dengan ayat-ayat suci al-Quran sebelum memulakan

tugas seharian. Semoga Allah memberkati mereka. Sabda Rasulullah SAW:

``Terbaik di antara kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan

mengajarnya” Hadis riwayat Muslim.

9. Bagi memperluaskan lagi program tadarus al-Quran di kalangan guru, saya

memohon para pengetua dan guru besar supaya menjalankan program tadarus

al-Quran khususaya di kalangan guru dan semua kakitangan sekolah mengikut

kesesuaian di sekolah masing-masing. Amalan ini amat penting untuk menarik

para pendidik berdamping dengan al-Quran yang menjadi wadah untuk umat

Islam mendapat petunjuk dan pedoman daripada Allah SWT..

Ingatlah al-Quran adalah mukjizat yang menjadi petunjuk kepada umat Islam.

…3/5

Page 4: Teks Ucapan Yn Dato

10.Hadirin sekelian, umat Islam sekarang berdepan dengan pelbagai ancaman

akidah dan pemikiran yang boleh mempengaruhi umat Islam Musuh-musuh

Islam sentiasa berusaha menanam racun pemikiran yang menguggat akidah

umat Islam. Kita berdepan dengan ancaman seperti fahaman Pluralisme agama,

anti Hadis, Syiah, fahaman Liberal dan lain-lain fahaman ciptaan manusia yang

bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhamad

SAW.

11.Untuk mengatasi masalah tersebu,t akidah umat Islam mesti diperkukuhkan

supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang terang-terang

bertentangan dengan akidah dan syariat yang dibawa Junjungan Nabi Muhamad

SAW.

12.Mereka mesti dilengkapi dengan keimanan yang kukuh supaya tidak mudah

diganggu gugat oleh pengaruh ancaman dari luar dan tuntutan hawa nafsu.

Dengan keimanan yang teguh, mereka tidak akan tunduk dengan apa saja

pengaruh yang merosakkan akidah. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa

kepada Allah, agar generasi hari ini terselamat dari pengaruh ajaran sesat yang

semakin merebak dan membahayakan umat Islam.

13.Akihir kata, sekali lagi saya merakamkan jutaaan terima kasih kepada. Pegawai

Pelajaran Daerah Setiu, Tuah Haji Kipayatul Allah Dato’ Mohd Said , Guru Besr

Sekolah Kebangsaan Merang Encik Abdul Rahman Ali dan semua pihak yang

telah menjayakan majlis ini.

14.Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang mengambil bahagian dalam

majlis ini.Dengan Lafaz Bismillahi rahmani Rahim saya dengan skacitanya

merasmikan majlis Penutup Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-

Sekolah Daerah Setiu 2014.

15.Sekian, wasallamu alaikum sarahmatullahi wabarakatuh.

Page 5: Teks Ucapan Yn Dato

…4/5 ends.