5
[LOKMAN] Bismillahirahmanirrahim....., Assalamualaikum wbt.., Yang Berbahagia En. Abd Kadir bin Mohd Yunos. YDP Persatuan Ibubapa dan Guru SSBP, [KHAIRANI] Yang Dihormati Encik Khairuddin bin Saisi, GPK Sukan, En. Asmad bin Ahmad, GPK Akademik dan Pentadbiran , En. Abdul Razak bin Hussin, GPK Hal Ehwal Murid, Encik Kamalulail bin Sulaiman, GPK Pra Universiti , En. Mansor bin Kadri, GPK KoKurikulum. [LOKMAN] Seterusnya yang dihormati barisan para guru, para guru jurulatih, staff, atlet pelajar dan semua warga Sekolah Sukan Bandar Penawar yang dikasihi sekalian. [LOKMAN] Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Sukan Bandar Penawar 2010. [KHAIRANI]

Teks Ucapan Hari Kemerdekaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Hari Kemerdekaan

[LOKMAN]

Bismillahirahmanirrahim.....,

Assalamualaikum wbt..,

Yang Berbahagia En. Abd Kadir bin Mohd Yunos. YDP

Persatuan Ibubapa dan Guru SSBP,

[KHAIRANI]

Yang Dihormati Encik Khairuddin bin Saisi, GPK Sukan,

En. Asmad bin Ahmad, GPK Akademik dan

Pentadbiran , En. Abdul Razak bin Hussin, GPK Hal

Ehwal Murid, Encik Kamalulail bin Sulaiman, GPK Pra

Universiti , En. Mansor bin Kadri, GPK KoKurikulum.

[LOKMAN]

Seterusnya yang dihormati barisan para guru, para

guru jurulatih, staff, atlet pelajar dan semua warga

Sekolah Sukan Bandar Penawar yang dikasihi sekalian.

[LOKMAN]

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita berkumpul

pada hari ini bagi menyempurnakan Majlis Sambutan

Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Sukan Bandar

Penawar 2010.

Page 2: Teks Ucapan Hari Kemerdekaan

[KHAIRANI]

Sejajar dengan tema, 1Malaysia Menjana tranformasi

maka wajarlah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT

kerana telah mengurniakan kepada kita suasana

keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup di

sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat

bernama MALAYSIA.

[LOKMAN]

Lokman setuju tu Khairani. Kita harus berasa bangga

dah bersyukur kerana negara kita, MALAYSIA masih

tetap utuh mengekalkan kedaulatannya, seterusnya

membolehkan kita merasa infrasruktur yang canggih

dan kemudahan awam yang baik berbanding negara

Asia yang lain.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

XXXXXXXX

[KHAIRANI]

Barisan para guru, para guru jurulatih, staff, atlet

pelajar dan semua warga Sekolah Sukan Bandar

Penawar yang dikasihi sekalian,

Page 3: Teks Ucapan Hari Kemerdekaan

[KHAIRANI]

Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada

tahun 1957, Malaysia telah dibelenggu oleh situasi

penjajahan bangsa asing semenjak kejatuhan Melaka

kepada Portugis pada tahun 1511. Selepas itu

penjajahan ke atas Tanah Melayu berterusan dan silih

berganti di antara Inggeris, Belanda dan Jepun.

[LOKMAN]

Betul tu Khairani, bercakap tentang perihal sejarah

Malaysia, siapa lagi lebih layak untuk berkongsinya

daripada pakar sejarah SSBP. Tanpa membuang masa,

majlis mempersilakan Encik Zainuddin bin Kasman,

Ketua Bidang Sains Sosial, Sekolah Sukan Bandar

Penawar untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk

Erti Kemerdekaan. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

XXXXXXXX

[LOKMAN]

Terima kasih Encik Zainuddin bin Kasman.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

XXXXXxxx

Page 4: Teks Ucapan Hari Kemerdekaan

[KHAIRANI]

Hadirin sekalian,

Sambutan Hari Kemerdekaan tidak akan lengkap tanpa

perutusan.

Majlis seterusnya mempersilakan Encik Khairuddin bin

Saisi, Guru Penolong Kanan Sukan untuk

menyampaikan bacaan Perutusan Hari Kemerdekaan.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

XXXXXXXX

Terima kasih En. Khairuddin bin Saisi atas bacaan

perutusan itu tadi.

[LOKMAN]

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan Tayangan Khas Mengenang

Jasa Perajurit.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

XXXXXXXX

[KHAIRANI]

Hadirin yang dihormati sekalian,

Page 5: Teks Ucapan Hari Kemerdekaan

Sebentar lagi, kita akan mengira detik 12 malam.

Sejurus selepas itu, kita akan bersama-sama

menyanyikan lagu Tanggal 31 dan lagu Negaraku.

Diharap semua hadirin dapat menyanyikannya dengan

penuh semangat dan kesungguhan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

xxxxxxxx

[LOKMAN]

Hadirian sekalian, dengan berakhirnya nyanyian tadi,

maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.

[KHAIRANI]

Betul tu Lokman, semoga dalam kita bergembira

menyambut bulan Syawal yang bakal menjelma, kita

akan turut menghayati susah payah nenek moyang kita

berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Tanpa

mereka, mungkin kita masih lagi dijajah dan dirantai

walaupun di negara sendiri.

[KHAIRANI DAN LOKMAN]

Akhir kata,

SELAMAT ULANGTAHUN KE 53 MALAYSIA!