Teks Pidato Gagasan 1 Malaysia Menjana Transformasi Edit

Embed Size (px)

Citation preview

Teks Pidato : Gagasan 1 Malaysia Menjana Transformasi Assalamualaikum diberi pembuka bicara, Kepada hakim yang arif bijaksana, Tak lupa juga penonton dan pengacara, Di majlis ini kita bersua. Yang di hormati barisan guru-guru, barisan panel hakim yang sentiasa berteraskan panji-panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan detik-detiknya, barisan rakan pelajar dan sidang hadirin yang dirahmati Allah. Assalamualaikum dan salam intelektual. Berdirinya saya pada hari yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk GAGASAN SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI. Sidang hadirin yang dimuliakan, Sebelum saya mengupas topik ini dengan lebih lanjut, izinkan saya menerangkan apakah itu gagasan satu malaysia. Era pemerintahan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah melihat usaha untuk menyatupadukan warganegara majmuk. Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu gagasan iaitu GAGASAN SATU MALAYSIA. Ungkapan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN adalah slogan kepada gagasan tersebut. Gagasan ini akan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Para hadirin yang saya hormati, Seteruskan marilah sama-sama kita memahami istilah transformasi. Transformasi adalah daripada perkataan Inggeris iaitu transformation yang dibina daripada dua kata dasar iaitu trans dan form. Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika dikaitkan kepada perubahan sistem pentadbiran negara, maka kata transformasi itu merujuk perubahan dalam pembangunan nasional yang menjadi visi dan misi pemerintahan kerajaan pada hari ini. Demikian, dalam usaha membangun dan

menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 maka agenda transformasi adalah sangat penting. .

Hadirin sekalian, Sidang dewan sekalian, salam sudah, takrifan sudah, kini mari kita selusuri transformasi yang telah dijana daripada gagasan satu malaysia Transformasi pertama adalah transformasi dalam pendidikan Hadirin sekalian, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Contohnya pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Oleh itu pelajar-pelajar lebih mempunyai nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme. Justeru ini akan membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif. Dalam konteks transformasi pendidikan, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum. Contoh transformasi yang dilakukan ialah dengan Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012 manakala Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada pendidikan prasekolah. Oleh itu pendidikan pada hari ini telah melihat banyak transformasi pendidikan berjaya dicapai. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen

menyeluruh daripada semua pihak termasuk pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Sidang dewan bervisi sekalian, Transformasi ekonomi merupakan transformasi kedua bagi menjayakan transformasi satu malaysia Transformasi dalam ekonomi yang dilaksanakan melalui model ekonomi baru pula mempunyai matlamat untuk menjadikan negara ke arah negara berpendapatan tinggi dengan sasaran AS$15,000-20,000 per kapita pada tahun 2020. la menuntut seluruh lapisan dan golongan rakyat bertindak segera secara bersama untuk melakukan perubahan bagi meningkatkan kehidupan yang berkualiti tinggi. Selari dengan gagasan 1Malaysia, model ekonomi baru membuka ruang kepada semua etnik dan komuniti untuk terlibat dalam pembangunan ekonomi negara supaya kekayaan negara dapat dinikmati bersama. Antara Program Transformasi Ekonomi ialah Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Ke-10 dan ke-11. Menurut Perdana Menteri, dari segi kedudukan digital ekonomi, Malaysia berada pada tangga ke-36 daripada 70 buah negara dan menyasarkan kedudukan 20 teratas menjelang 2020. Hadirin dan hadirat sekalian yang dirahmati Allah Hujah saya seterusnya dibawah kata kunci gagasan satu malaysia menjana Transformasi sosial Gagasan 1 Malaysia akan memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri .

Contoh transformasi social yang telah Berjaya dilaksanakan ialah Klinik 1 Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat seperti demam, batuk dan selesema.Kebajikan dan kesihatan rakyat dijamin dan kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Penutup Sidang hadirin yang dimuliakan, Intihanya dapatlah disimpulkan , Gagasan 1 Malaysia menjana Transformasi berjaya dilaksanakan melalui gabungan antara Transformasi pendidikan, ekonomi dan juga sosial.Ini kerana kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional dan seterusnya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Justeru itu, bagi mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen, kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga Negara Malaysia. Maka semua rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia, Lantaran itu, sama-sama lah kita bersatu untuk membangunkan negara Malaysia nan satu menuju kearah matlamat wawasan 2020. Akhirkata sebelum saya mengundur diri, izinkan saya sudahi pidato saya ini dengan serangkap pantun untuk renungan bersama Toleransi asas membina perpaduan, perpaduan teras kepada kemajuan, gagasan satu Malaysia jadikan panduan, agar matlamat wawasan jadi kenyataan. Wabillah hi taufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.