teks pengacaraan majlis bengkel

Embed Size (px)

Citation preview

Mengumumkan, ketibaan, YB DATUK HJ ARISS BIN HJ SAMSUDDIN. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Dinihari pergi lautan Untuk menjala si ikan bilis Assalamualaikum tuan dan puan Mohon saya meneruskan majlis

Bismillah. Alhamdulillah Assalamualaikum W.B.T dan Selamat sejahtera salam satu Malaysia. Yang berhormat Datuk hj Ariss bin hj Samsudin Yang Berbahagia Pn hajah Zaleha binti ONn Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat yang berbahagia penganjur bersama yang berusaha ketua jabatan pengajian melayu Tn hj. Ahmad bin Abu yang berusaha ketua 1 persatuan penulis Johor. En Amirudin mohd bin Ali Hamzah yang dihormati pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah selatan Pn hajah Salmiah bt ismail

Ketua-ketua Jabatan Ketua-ketua Unit Barisan pensyarah Para pelajar peserta bengkel Selamat Datang Ke bengkel penulisan kreatif bahasa pemangkin minda bahasa menjadi tema bengkel penulisan kita pada kali ini.

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh ______________________________________________ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara _________________________atas bacaan doa itu tadi

Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan Majlis dengan ini ingin mempersilakan Dr.hussain bin sarif selaku timbalan ketua jabatan pengajian melayu bagi menyampaikan ucapan alu-aluan Dengan segala hormatnya dipersilakan. ------------------------------------------------------------------------------Majlis mengucapkan jutaan terima kasih Dr.hussain bin sarif di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang bicaranya.

Majlis dengan ini ingin mempersilakan Yang Behormat Datuk Hj Ariss bin Haji samsudin bagi menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan bengkel penulisan kreatif pada hari ini. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan,

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Behormat Datuk Hj Ariss bin Haji Samsudin atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. PENYAMPAIAN CENDERAHATI Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan ___________________________ untuk mengiringi _______________________ bagi menyampaikan cenderahati. Dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada ____________________di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Dijemput kepada _____________________________________diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan.

Sesi 1 Hadirin dan hadirat sekalian Majlis pada pagi ini diteruskan dengan sesi yang pertama iaiatu pengenalan penulis cerpen Untuk makluman para hadirin (biodata) ____________________________________Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada tuan penceramah kita pada hari ini Tn hj Shapiai bin Ramli untuk meneruskan bengkel penulisan kreatif kita pada hari ini berkaitan dengan pengenalan penulis cerpen majlis ini dengan segala hormatnya mempersilakan. ............................................................................................................................................

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang diberikan. Semoga kita dapat mengambil segala yang telah diperkatakan oleh Tn hj Shapiai bin Ramli

Hadirin sekalian, Majlis akan behenti berehat dan ditangguhkan sehingga jam 10.30 pagi. Para pelajar

diminta hadir semula ke balai ilmu ini tepat pada pukul 10.30 pagi untuk meneruskan sesi yang kedua bagi bengkel penulisan kreatif ini.

Sesi 2 Assalamualaikum wbt. Bengkel penulisan kreatif pada hari ini disambung untuk sesi kedua. Terima kasih di atas ketepatan masa tuan dan puan. Sesi kedua pada hari ini akan dimulakan dengan teknik penulisan cerpen oleh EN. S.M Zakir. EN. S.M Zakir merupakan (biodata)_______________________________________

Hadirin dan hadirat sekalian,Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada tuan penceramah yang kedua kita pada hari ini En SM ZAKIR untuk meneruskan bengkel penulisan kreatif kita pada hari ini berkaitan dengan teknik penulisan cerpen majlis ini dengan segala hormatnya mempersilakan. ............................................................................................................................................

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang diberikan. Semoga kita dapat ............................................................................................................................................ .............................................................................................................................

Majlis sekali lagi akan berhenti berehat sehingga jam 2.00 petang. Para pelajar diminta hadir semula ke balai ilmu ini tepat pada pukul 2.00 petang bagi meneruskan bengkel penulisan kreatif Sesi 3 Hadirin dan hadirat sekalian, Bengkel penulisan kreatif ini diteruskan lagi dengan sesi yang kedua iaitu bedah karyaSeterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada tuan penceramah yang ketiga kita pada hari ini Pn Rohaidah binti Yon untuk meneruskan bengkel penulisan kreatif kita pada hari ini berkaitan dengan bedah karya Pn Rohaidah binti Yon merupakan (biodata) _____________________________________ majlis ini dengan segala hormatnya mempersilakan. ............................................................................................................................................

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang diberikan. Semoga kita dapat ............................................................................................................................................ .............................................................................................................................PENUTUP

PENYAMPAIAN CENDERAHATI Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan kepada___________________________ untuk mengiringi _______________________ bagi menyampaikan cenderahati. Dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada ____________________di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

hadiri sekalian, Seterusnya, majlis dengan segala homat mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Ahmad bin Abu selaku ketua jabatan pengajian bahasa melayu untuk menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi bengkel penulisan kreatif pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang berusaha Tn Hj Ahmad bin Abu di atas ucapan beliau dan menutup rasmi bengkel penulisan kratif pada hari ini

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat mempelai direnjis dipilis Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili pihak Majlis, ingin merakamkan ucapan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam memantapkan dan memperkasakan penulisan kreatif seterusnya memeriahkan dunia penulisan tanah air.

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.