5
Yang Berusaha Guru Besar, Encik Tay Tong Aik, Yang dihormati Guru Penolong Kanan 1, Puan Juliah Binti Sarju, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Rachel Murugiah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Abdullah Bin Sulaiman, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada pagi yang indah ini, Unit Hal Ehwal Murid akan menjalankan majlis Pelancaran Bulan Pendidikan dan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2. Program ini bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada murid-murid, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah. Antara objektif Bulan Pendidikan Dan Pencegahan Denggi ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada murid- murid tentang bahaya denggi dan kesannya. Selain itu juga, dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi

Teks Pengacara Majlis Program Pendidikan Dan Pencegahan Denggi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengacaraan majlis, education, schoolwork

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Program Pendidikan Dan Pencegahan Denggi

Yang Berusaha Guru Besar, Encik Tay Tong Aik, Yang dihormati

Guru Penolong Kanan 1, Puan Juliah Binti Sarju, Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Rachel Murugiah, Guru Penolong

Kanan Kokurikulum, Encik Abdullah Bin Sulaiman, Guru-guru dan

murid-murid yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera dan salam

satu Malaysia.

Pada pagi yang indah ini, Unit Hal Ehwal Murid akan menjalankan

majlis Pelancaran Bulan Pendidikan dan Pencegahan Denggi

Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2.

Program ini bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada

murid-murid, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat

terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan

cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah.

Antara objektif Bulan Pendidikan Dan Pencegahan Denggi ini

adalah untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid

tentang bahaya denggi dan kesannya. Selain itu juga, dapat

menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran

daripada jangkitan denggi dan membentuk murid-murid serta

masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap

persekitaran mereka.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Program Pendidikan Dan Pencegahan Denggi

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, dengan segala

hormatnya majlis menjemput Encik Tay Tong Aik, Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2 untuk menyampaikan

sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Program Bulan

Pendidikan dan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah

Kebangsaan Taman Skudai Baru 2. Majlis dengan segala

hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Tay Tong

Aik di atas ucapan dan perasmian Bulan Pendidikan dan

Pencegahan Denggi sebentar tadi.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

Bersempena dengan Bulan Pendidikan dan Pencegahan Denggi

anjuran Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Taman Skudai

Baru 2 yang bermula pada 14 Julai sehingga 9 Ogos 2015,,

beberapa aktiviti sepanjang Program ini berlangsung akan

diadakan seperti Ceramah Pendidikan dan Pencegahan Denggi,

Tayangan Pendidikan Denggi, Pertandingan Melukis Poster,

Pertandingan Menghasilkan Poster Grafik dan Kuiz berkaitan

Denggi.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Program Pendidikan Dan Pencegahan Denggi

Bagi tayangan Pendidikan Denggi akan dijalankan kepada semua

murid pada setiap awal pagi pada pukul (7.00pagi) dan pada

waktu rehat iaitu pada pukul 9.45 pagi.

Guru-guru yang terlibat adalah ketua kumpulan bagi guru yang

bertugas pada minggu tersebut.

Pertandingan Melukis poster pula terbuka kepada semua murid

Tahap Satu sahaja. Murid-murid akan disediakan poster dan

pertandingan ini dijalankan pada waktu pendidikan kesihatan.

Murid-murid boleh menghantar poster selewat-lewatnya 5 Ogos

kepada Encik Muhamad Apipi ataupun Puan Alia Hezerina.

Pertandingan Poster Grafik secara berkumpulan pula terdiri

daripada 3 orang peserta dan terbuka kepada semua murid

Tahap 2 sahaja. Peserta diminta untuk menghasilkan peta grafik

menggunakan Peta I-Think mengikut kreativiti masing-masing

dan hasil kerja kumpulan boleh dihantar selewat-lewatnya pada 5

Ogos kepada Cik Norsyafikah.

Akhir sekali, Kuiz Sempena Bulan Pendidikan Dan Pencegahan

Denggi terbuka kepada semua murid dari tahun 1 sehingga

Tahun 6 yang akan diadakan pada setiap hari selasa pada waktu

(1Murid1Sukan) yang akan dikelolakan oleh Puan Aisyah dan

Puan Syarulnizan.

Bagi setiap pertandingan yang dijalankan akan diberikan hadiah

Page 4: Teks Pengacara Majlis Program Pendidikan Dan Pencegahan Denggi

kepada setiap pemenang. Hadiah yang menarik menanti setiap

pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan.

Selain dari itu juga, murid-murid boleh mendapatkan info dan

maklumat berkaitan dengan Aedes dan Denggi pada papan info

sekolah. Iklan mengenai pertandingan yang bakal dijalankan juga

akan ditampal pada setiap kelas.

Akhir kata, semoga dengan pelancaran Bulan Pendidikan Dan

Pencegahan Denggi ini akan melahirkan warga sekolah dan

masyarakat yang peka dan sedar akan tanggungjawab menjaga

persekitaran yang bersih dan bebas daripada wabak Denggi.

Hapuskan Aedes, Cegah Denggi. Sekian sahaja Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.