Teks Pengacara Majlis Intergriti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MC

Citation preview

TEKS UCAPAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2007

TEKS PENGACARAANPROGRAM SEMINAR INTERGRITI WARGA PENDIDIK PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN 2013Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)Tempat : Dewan SMK Seri Kampar KetibaanMengumumkan ketibaan Yang Berusaha ________________________________________________________.Majlis mengalu-alukan ketibaan tuan.

Lagu NegarakuDiminta para hadirin berdiri tegak untuk kita sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku. DipersilakanTerima Kasih.

AluAluanBismillahhirrahmannirrahim

Bunga kecubung berwarna unguDitatah berlian batu bermutuAdat Melayu menyambut tetamuHamparkan tikar lebarkan pintu

Yang dialukan,1. Yg Berusaha Tn. Hj. Mohd Kamil bin Abd Rahman, Pengetua SMK (Felda) Bersia2. Yg Berusaha En. Zainal Abidin b. 3. Barisan Guru Besar dan seterusnya guru-guru warga pendidik yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Kapal dagang dari seberangPenuh muatan kayu merantiDari jauh tuan-puan datangDengan senyum kami menanti

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersama-sama dalam Program Seminar Integriti Warga Pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan Tahun 2013.Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan kehadiran dan melakarkan kalungan budi terima kasih diatas kesudian para tetamu menjayakan majlis kita pada pagi ini.

BacaanDoaLebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah,Mohon berkat yang Maha Esa.

Para hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput Al-Fadhil Ustaz Ahmad Sirajul Halimi bin Abdul Wahab, Guru Pendidikan Islam SK Kuala Dipang untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Amin-amin Ya Rabbil alamin. Semoga majlis kita ini mendapat keberkatan-Nya. Insya-Allah.

LAFAZ IKRARHadirin sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi, dengan lafaz ikrar. Dengan ini, majlis mempersilakan 1. En. Zaini b. Idris - SK Sahom2. En. __________________________ - SJK (C ) Jeram3. En. _______________________________ - SJK (T) Methodist Malim Nawar

Mohon hadirin semua berdiri

UCAPAN Penceramah JemputanYang ditunggu sudah tibaYang dinanti sudah bersedia Sebelum kita memulakan ceramah, moleklah kiranya saya membacakan serba sedikit biodata Penceramah jemputan kita, Tn. Hj Mohd Kamil b. Abd Rahman. Beliau dilahirkan pada bln Ogos 1967 di Kuala Kangsar. Sekarang beliau berkhidmat sebagai Pengetua di SMK (Felda) Bersia. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Perak, di Sektor Pembangunan Kemanusiaan sebagai Ketua Penolong Pengarah HEM. Tn . Hj. Mohd Kamil mula bertugas sebagai pendidik pada tahun 1987, dan penempatan pertama beliau adalah di SMK Dato Seri MaharajaLela, Kg Gajah. Dan Kemudian beliau bertukar ke SMK Layang-Layang Kiri, Parit. Pada tahun 1995, beliau bertukar ke SMK Batu Gajah Tahun 1998 beliau bertukar ke SMK Dato Bendahara CM Yusof, Tg Tualang sebagai Penyelia Petang Tahun 2003, beliau kembali semula ke sekolah pertama beliau bertugas dulu iaitu di SMK Dato Seri Maharajalela, Kg Gajah. Kali ini sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Tahun 2007, beliau bertukar ke SMK Sultan yusof, ,Batu Gajah sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Tahun 2009, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong. Sebelum ditugaskan ke JPN dan sekarang sebagai Pengetua di SMK (Felda) Bersia.Demikianlah tadi serba sedikit latarbelakang penceramah kita.

Perahu kolek di hilir tanjungsarat bermuat kayu jatisalam tersusun sirih junjungAmanat tetamu kita amati

Para hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, Kini marilah kita sama-sama mendengar serta menghayati ceramah pertama yang bertajuk Falsafah dan Prinsip Pelan Integriti Nasional yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Hj. Mohd Kamil.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi berakhirnya, slot kita yang pertama. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berusaha Tuan Hj atas ceramah itu tadi.

JAMUANKalau tuan pikat cemara,Buatlah bara bakar selasih;Sudilah tuan jamu selera,Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,Di bawah atap tepi halaman;Juadah sudah letak di meja,Sudilah santap tuan budiman.

Warga pendidik yang dihormati sekalian,

Sebelum ke ceramah yang kedua, majlis akan berehat seketika. Dengan itu, majlis menjemput tetamu kita dan warga pendidik, untuk bersama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Slot yang kedua akan bermula pada jam 11.00 pagi

SLOT KEDUAWarga Pendidik sekalian,Slot kedua diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk Integriti dalam pendidikan. Dipersilakan sekali lagi Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Kamil. Dipersilakan.

PenutupTunduk menguning serumpun padiPohon palas di pinggir hutanTuan mencurah selaut budiTidak terbalas segunung intan

Semoga apa yang telah disampaikan itu dapat dijadikan pedoman serta dihayati oleh seluruh warga pendidik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Umpama berjalan dah sampai ke batasUmpama berkayuh dah sampai ke pulauUmpama memanjat dah sampai ke puncak

Demikianlah berakhirnya Program Seminar Integriti Warga Pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan Tahun 2013.

Majlis sekali ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan dan para peserta seminar atas PARTISIPASI anda semua dalam menjayakan seminar ini.

Entah sireh salah sorongEntah kata salah tuturTerimalah salam, salam bersantunSalam yang mohon maafSalam yang mohon ampun

Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk datang dari kelemahan kami sendiri. Dengan ini, saya sudahi dengan wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB..

PengumumanMohon kerjasama hadirin agar tidak membuat bising atau berbual-bual semasa majlis sedang berlangsung.Sila matikan telefon bimbit anda atau diletakkan dalam mod senyap.

2