12
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015 QUE ANN 1. Perhatian . Minta Kerjasama Semua Pelajar dan para hadirin Untuk Memberi Laluan Majlis Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah bagi tahun 2015 Yang Akan Berlangsung Sebentar Lagi.Terima Kasih. 2. Para Pelajar dan hadirin dewan diingatkan Berdiri Ketika Perarakan Masuk yang berhormat diiringi dif-dif jemputan Ke Dewan KETIBAAN PERASMI Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat, Ahli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup. Encik Martin Ben diiringi para guru besar, wakil ppd, Yang di Pertua PIBG dan guru- guru serta dif-dif jemputan Masuk ke dewan… NYANYIAN 3 BUAH LAGU (tidak perlu umum) Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. PERSEMBAHAN TARIAN SEMBAH TAMU Dari Kedah ke Kuala Perlis Singgah bersantai di tepi jeti Persembahan pembukaan memeriahkan majlis Semoga hadirin terhibur di hati.

Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GD

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015

QUE ANN

1. Perhatian . Minta Kerjasama Semua Pelajar dan para hadirin Untuk Memberi Laluan Majlis Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah bagi tahun 2015 Yang Akan Berlangsung Sebentar Lagi.Terima Kasih.

2. Para Pelajar dan hadirin dewan diingatkan Berdiri Ketika Perarakan Masuk yang berhormat diiringi dif-dif jemputan Ke Dewan

KETIBAAN PERASMI Mengumumkan ketibaan,Yang Berhormat,

Ahli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup. Encik Martin Ben diiringi para guru besar, wakil ppd, Yang di Pertua PIBG dan guru-guru serta dif-dif jemputan

Masuk ke dewan…NYANYIAN 3 BUAH LAGU (tidak perlu umum)

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

PERSEMBAHAN TARIAN SEMBAH TAMU

Dari Kedah ke Kuala PerlisSinggah bersantai di tepi jetiPersembahan pembukaan memeriahkan majlisSemoga hadirin terhibur di hati.

Seterusnya, majlis mempersilakan,Persembahan, Tarian Langi Pingadap dari Kelab Kebudayaan Sekolah. Dipersilakan.

(tarian tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan tarian sembah tamu itu tadi di bawah pimpinan Puan Fiona Ak Kanat dan Abang Kennedy Ak Nicholas.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015

BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Awal salam pembuka bicara Kata disusun untuk keberkatan,Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkan. 

Untuk maksud itu, dijemput En. Joseph Katub Ak Paros Penghulu Sembahyang Gereja St Petrus Kg Pridan untuk membacakan doa......... Dijemput dengan hormatnya….

 (bacaan doa)     Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi.

SALUTASI Yang Berhormat,En Martin BenAhli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup

Yang berusaha,En. Ibai Anak Aning,Guru Besar SK Pridan,

Yang dihormati,Wakil Ppd , Encik Dicken Kilue

Pn. Hellen Ak Ramong,Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Norfazrini Binti Dinen,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Atai Anak Nyuling,Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Page 3: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015Para guru besar zon kedup dan wakil, Ketua-ketua Kampung, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pridan, Para ibu bapaDan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.UCAPAN ALU-ALUAN MC

UCAPAN ALU-ALUAN EN.IBAI

Hadirin sekalian,Dari Dewan Masyarakat Kampung Pridan, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke“ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI TAHUN 2015”.Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik dan kokurikulum.  Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang Berusaha, En. Ibai AK Aning, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pridan untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN Hadirin sekalian,

Kalau tuan pikat kenariJangan patahkan batang jerami

Page 4: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015Kepada tuan mandat diberiMohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,

Yang Berhormat, Encik Martin Ben, Ahli Dewan Undangan Negeri N19 Kedup untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2015. Dipersilakan.

 (ucapan tamat)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan perasmian Yang Berhormat Encik Martin Ben itu tadi.

Persembahan “Fashion Show” Prasekolah

Sidang dewan sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan pertunjukan fesyen dari wakil murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Pridan. Dipersilakan

(persembahan pertunjukan fesyen)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL HAL EHWAL MURID

Melati kuntum rotan berhias,

Tumbuh melata di tepi kali

Khidmat cemerlang 2015

Murid berbakti kita hargai

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2015

Page 5: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015SK Pridan pada hari ini akan kita mulakan dengan Penyampaian Sijil Hal Ehwal Murid. Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,

Penyampai : Tuan Guru Besar, Encik Ibai Anak Aning guru besar SK Pridan

Diiringi oleh: Yang dihormati, Encik Atai Ak Nyuling Yang Di Pertua PIBG SK Pridan

(baca senarai nama)1) Sijil penghargaan pengawas pusat sumber2) Sijil penghargaan pengawas sekolah3) Penyampaian sijil kokurikulum

- Sijil penghargaan mewakili zon- Sijil penghargaan mewakili daerah

Terima kasih tuan guru besar kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil hal ehwal murid sebentar tadi.

Persembahan Aci-aci Buka Pintu

Hadirin sekalian,

Majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan Aci-aci Buka Pintu yang akan disampaikan oleh murid-murid tahun 4. Dengan itu majlis mempersilakan.

(persembahan)

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi dipimpin oleh adik Elly Ernie Ak Alban di bawah bimbingan Cikgu Nasyirin Fadilah.

ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kurikulum,Penyampai : Yang Berhormat, Encik Martin Ben Ahli Dewan Undangan Negeri N19, Kedup

Diiringi oleh: Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Encik Ibai Anak Aning dan Yang dihormati Encik Atai Ak

Page 6: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015Nyuling.

(baca senarai nama) Murid Cemerlang Mata Pelajaran Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas Peningkatan Kurikulum Murid Harapan (Pemulihan) Anugerah NILAM 2015 Peningkatan Dalam Semua Tunjang Prasekolah Untuk Murid 6 Tahun Peningkatan Dalam Semua Tunjang Prasekolah Untuk Murid 5 Tahun Murid Cemerlang Secara Keseluruhan Untuk 6 Tahun Murid Cemerlang Secara Keseluruhan Untuk 6 Tahun Kehadiran Penuh Prasekolah Tulisan Kemas Anugerah Pelajar Contoh Lelaki dan Perempuan Prasekolah

(tamat penyampaian )

Maju Bangsa Kerana Bahasa, Adap Menghiasi Jambangan Jiwa; Ingatan Diberi Tidak Seberapa, Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Guru Besar untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Martin Ben. dipersilakan.......

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.PENYAMPAIAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil Berhenti Sekolah. Dijemput Penyampai : Yang Dihormati Encik Dicken Wakil PPD SerianDiiringi oleh: Yang dihormati, Penolong Kanan Kurikulum Puan Helen Ak Ramong

Page 7: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015

(baca senarai nama) Sijil PraSekolah Sijil Tahun 6

PERSEMBAHAN TARIAN ANZLECH LECOBIAT, KELAB KEBUDAYAAN SEKOLAH

Hadirin sekalian,Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan persembahan tarian anzlech lecobiat, Kelab Kebudayaan Sekolah. Untuk itu majlis mempersilakan.

(persembahan tamat)

Untuk makluman semua, persembahan tarian anzlech lecobiat itu tadi di bawah pimpinan, Puan Fiona Ak Kanat dan Abang Kennedy Ak Nicholas. Majlis mengucapkan terima kasih.

PENYAMPAIAN INSENTIF UPSR 2014SIJIL PENGHARGAAN KEPADA EXCO PIBG 2015

Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Insentif UPSR 2014. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,Penyampai : Yang di Pertua PIBG, Encik Atai AK Nyuling

Diiringi oleh: Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Helen Ak Ramong.

(baca senarai nama)

Seterusnya kita akan sampaikan Sijil Penghargaan kepada Exco PIBG dan Sijil Penghargaan kepada kakitangan swasta sekolah 2015.

(baca senarai nama)PERSEMBAHAN TARIAN GUE MAH GITU ORANGNYA

Hadirin sekalian,Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan tarian Gue Mah Gitu Orangnya di bawah pimpinan sekali lagi dari Puan Fiona AK Kanat dan Abang Kennedy Ak Nicholas.Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.

Page 8: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015

(tamat persembahan)

Majlis mengucapkan terima kasih.ANUGERAH KHAS UNTUK GURU

Hadirin sekalian,

Cemerlangnya anak, kerana kasih ibu dan bapanya,Gemilang mereka, kerana didikan para gurunya…Majlis pada hari ini juga akan mengumumkan “anugerah khas untuk ibu bapa dan guru”, yang telah banyak berkorban, jiwa dan raga demi anak-anak Pridan. Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,

Penyampai : Yang dihormati Puan Hellen Ak Ramong, Penolong Kanan Kokurikulum

Diiringi oleh: Puan Norfazrini Binti Dinen Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

(baca senarai nama) Anugerah Ibu Bapa Contoh Anugerah Khas Guru

ANUGERAH TOKOH MURID

Hadirin sekalian,

Anugerah ini akan disampaikan kepada tokoh murid yang menjadi contoh dan idola murid-murid yang lain dalam peningkatan sahsiah dan akademik di sekolah. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,

Penyampai : Ketua Kampung Pridan, Encik Georgia Ak Patruce Mayal

Diiringi oleh: Tuan Guru Besar, Encik Ibai Anak Aning

(bacakan biodata murid)

Ucapan tahniah buat pelajar-pelajar yang telah

Page 9: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

JAMUAN & BERSURAI Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya Mohd Shah Rizan dan Nasyirin Fadilah menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.

Terima kasih buat semua warga SK Pridan , rakan guru, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah kecemerlang Pelajar 2015. Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dariNYA.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua

Pohon kenanga elok merimbun

Tersenyum si dara menyunting bunganya

Kami menghimpun maaf dan ampun

Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah

Terbang bersama si burung murai

Saat ini saat penyudah

Tanda majlis melabuhkan tirai

Page 10: Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PRIDAN 2015

Dijemput Yang berhormat dan tetamu kehormat serta diiringi guru besar dan ajk-ajk PIBG untuk menjamu selera. Dipersilakan..