8
Teks majlis anugerah kecemerlangan pelajar samtaj, sg. besar 2009 DARI MELAKA KE NEGERI PAHANG SINGGAH DI JOHOR BELI BERANGAN KAMI UCAPKAN SELAMATLAH DATANG APA YANG KURANG DI CACI JANGAN Majlis mengumumkan ketibaan Y. berhormat_______________________, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan _________________________, Di iringi_________________________, Yg DiPertua PIBG SAMTAJ dan para tetamu kehormat Majlis mempersilakan tetamu mengambil tempat. Assalamualaikum wrt wbkt. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………….. Yang Berhormat ______________________ Ahli Parlimen Malaysia Kawasan _______________ Yang berbahagia, ………………………………………, Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam, Yang berbahagia, Dato’ Hj. Hussin b. Hj Taib YDP PIBG SAMTAJ Yang berbahagia, Ustaz Sapuan bin Sartu, Pen. Pegawai Tadbir Agama Daerah Sabak Bernam, Yang berusaha Pn Jamaah bt Shahabuddin, Pengetua SAMTAJ. Sg. Besar 1

TEKS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009

Teks majlis anugerah kecemerlangan pelajar samtaj, sg. besar 2009

DARI MELAKA KE NEGERI PAHANGSINGGAH DI JOHOR BELI BERANGAN KAMI UCAPKAN SELAMATLAH DATANGAPA YANG KURANG DI CACI JANGAN

Majlis mengumumkan ketibaan Y. berhormat_______________________, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan _________________________, Di iringi_________________________, Yg DiPertua PIBG SAMTAJ dan para tetamu kehormat

Majlis mempersilakan tetamu mengambil tempat.

Assalamualaikum wrt wbkt.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Yang Berhormat ______________________ Ahli Parlimen Malaysia Kawasan _______________

Yang berbahagia, ………………………………………,Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam,

Yang berbahagia,Dato’ Hj. Hussin b. Hj TaibYDP PIBG SAMTAJ

Yang berbahagia,Ustaz Sapuan bin Sartu,Pen. Pegawai Tadbir Agama Daerah Sabak Bernam,

Yang berusahaPn Jamaah bt Shahabuddin,Pengetua SAMTAJ. Sg. Besar

GPK 1 Ustaz Idris b Marjunid, AJK PIBG, Guru-guru, Ibu Bapa dan Pelajar yang dihormati sekelian

KICAU BURUNG SAHUT-SAHUTANG,BUNYINYA INDAH TIDAK TERKATA, YANG DINANTI SUDAH DATANG

1

Page 2: TEKS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009

SAYA CUBA MEMBUKA KATA

SIRIH BERHIAS SEULAS PINANG,INDAH BUDAYA WARISAN ZAMAN,PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,AWAL BISMILLAH PEMBUKA KALAM

Assalamualaikum wrt. Wbkt….

Bismillahirrahmanirrahim….Bersyukur kita kehadrat illahi ya rabbi kerana dengan izin serta limpah kurniaNya, dengan iradat dan inayahNya, dipertemukan kita semua pada pagi yang berbahagia ini, di majlis yang permai, indah lagi gemilang,

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009

Pihak majlis berasa penuh sukacita dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dimajlis ini. Terima kasih atas luangan masa, komitmen tenaga serta kesudian untuk turut sama memeriahkan majlis ini. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan gemilang.

Bagi memulakan majlis kita pada hari ini dijemput En Shahril b Abd Manaf untuk membacakan doa.

Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama mendengar dan menghayati alunan ayat-ayat suci Al Quranul Karim yang di perdengarkan oleh Adik ……………………………………………………….. Beliau akan membacakan ayat dari surah ……………………………………………

Dengan sukacitanya dipersilakan …….

Demikianlah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah diperdengarkan kepada kita sebentar tadi oleh adik ………………………………………….Semoga dengan bacaan ini, besarlah harapan agar majlis kita akan senentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Seterusnya dipersilakan kumpulan nasyid sekolah untuk menyampaikan persembahan meraka, dengan segala hormatnya dipersilakan…………

TAMPAK CAHAYA JAUH DI KUALA,

2

Page 3: TEKS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009

KERDIPAN CAHAYA MENAWAN HATI,YANG DI PERTUA KITA PERSILA,UCAPAN DIBERI KITA HAYATI.

Bertonggak adat, “yang datang disambut, yang pergi diiring”, maka majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Dato Hj Hussin b Hj Taib, Yang DiPetua PIBG SAMTAJ Sg. Besar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan

Dengan segala hormatnya dipersilakan…. Demikianlah ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia, Dato Hj Hussin b Hj Taib, Yang DiPetua PIBG SAMTAJ Sg. Besar. Majlis merakamkan setinggi-tingi penghargaan terima kasih.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Hadirin yang dihormati sekelianPAKAIAN DIPAKAI CANTIK BERSERI,MAJLIS KERAIAN KITA SEMUA, MAJLIS KITA TAKKAN BERSERI,TANPA UCAPAN PUAN PENGETUA…

Meneruskan acara, majlis dengan ini mempersilakan Yang berusaha Pn. Jamaah bt Shahabuddin, Pengetua SAMTAJ Sg. Besar merangkap penasihat Jawatankuasa MAjlis Kecemerlangan Pelajar-Pelajar SAMTAJ 2009 untuk menyampaikan ucapan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

Demikianlah ucapan yang telah disampaikan oleh Yang berusaha Pn. Jamaah bt Shahabuddin, Pengetua SAMTAJ Sg. Besar. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Hadirin hadirat yang diormati Allah sekalian,

HARUM SEGAR KEMBANGNYA MELATI,MAKIN TAK SABAR RASANYA HATI.

Kini sampailah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu ucapan dan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar-Pelajar SAMTAJ 2009. Pihak majlis dengan penuh bangganya menjemput Y. berhormat Tn Abd Rahman b Bakri, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar-Pelajar SAMTAJ 2009,

Dengan penuh takzim dan bangganya majlis mempersilakan…..

3

Page 4: TEKS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Dengan berakhirnya ucapan persmian sebentar tadi, maka dengan ini rasmilah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar- Pelajar SAMTAJ 2009Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Y. berhormat Tn Abd Rahman b BAkri, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam, kerana telah sudi menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan majlis kita pada hari ini.

Para hadirin yang dihormati…

PUTERI RUPAWAN MENGUNGKAP MADAH,DAYANG CIK SITI MENCUBIT MANISAN,UCAPAN PERASMIAN TERUNGKAP SUDAHKINI MENANTI DETIK KEEMASAN.

Tibalah masanya detik keemasan, detik yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar-Pelajar SAMTAJ 2009.

BUKAN KACANG SEMBARANG KACANG,KACANG MELILIT KAYU SENAR,BUKAN DATANG SEMBARANG DATANG,DATANG MENYAKSIKAN KECEMERLAGAN PELAJAR.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sidang hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan berlangsungnya acara penyampaian Anugerah Kecemerlangan PElajar-PElajar SAMTAJ 2009.

Bagi menyempurnakan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar-Pelajar SAMTAJ 2009, maka dengan ini majlis mempersilakan Y. berhormat Tn Abd Rahman b Bakri, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam……

Dengan diiringi oleh Pn Jamaah bt Shahabuddin, Pengetua SAMTAJ. Sg. Besar. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya……….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Anugerah Kecemerlangan yang akan disampaikan nanti adalah penghargaan bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan PMR 2008.

Dipersilakan pelajar yang memperolehi keputusan YANG CEMERLANG untuk PMR dan ANUGERAH MATAPELAJARAN TERBAIK IALAH …..

4

Page 5: TEKS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar-pelajar SAMTAJ yang cemerlang dalam peperiksaan SMA 2008 DAN ANUGERAH MATAPELAJARAN TERBAIK. Majlis dengan ini mempersilakan….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar-pelajar SAMTAJ yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008 DAN ANUGERAH MATAPELAJARAN TERBAIK. Majlis dengan ini mempersilakan….

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan 2009

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Y. berhormat Tn Abd Rahman b Bakri, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para penerima anugerah.

Dijemput puan pengetua untuk memberikan cenderahati kepada Y.Berhormat

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Acara diteruskan dengan acara penyampaian khas dari PIBG SAMTAJ untuk pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan PMR, SMA dan SPM 2008.

Majlis dengan sukacita dan penuh hormat menjemput Yang berbahagia, Dato’ Hj. Hussin b. Hj Taib selaku YDP PIBG SAMTAJ untuk menyampaikan ANUGERAH KHAS PIBG kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR, SMA dan SPM 2008.

Dipersilakan sekai lagi

Pelajar yang memperolehi keputusan YANG CEMERLANG untuk PMR IALAH …..

……………………………………………………………………………………………………..

Seterusnya adalah untuk pelajar cemerlang SMA 2008. Majlis dengan ini mempersilakan….

………………………………………………………………………………………………………

5

Page 6: TEKS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009

Acara diteruskan dengan penyampaian kepada pelajar-pelajar SAMTAJ yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008. Majlis dengan ini mempersilakan….

…………………………………………………………………………………………………..

Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia, Dato’ Hj. Hussin b. Hj Taib selaku YDP PIBG SAMTAJ kerana menyampaikan ANUGERAH KHAS PIBG kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR, SMA dan SPM 2008.

Dalam diam tak diam, Kita telahpun berada penghujung acara

IKAN BERENANG DI DALAM LUBUK,IKAN BELIDA DADANYA PANJANG,ADAT PINANG PULANG KE TAMPUK,ADAT SIREH PULANG KE GAGANG.

GUGUR MENGUNING BUAH KUINI,MENGHIJAU POHON SUBUR DIBAJA,MAJLIS KITA BERAKHIR DISINISILAP DAN SALAH LUPAKAN SAJASEBARANG KELEMAHAN HARAP DIMAAFISEGALA KERJASAMA SANGAT DIHARGAITERIMA KASIH SEKALUNG BUDIKENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DIHATI, SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI

Untuk akhirnya majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tetima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin, hadirat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak didalam mengendalikan HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SAMTAJ 2009 . Kepada tetamu kehormat, dipersilakan ke BILIK GERAKAN SAMTAJ Bagi menghadiri jamuan yang telah disediakan.

Sekian, wabilahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

6