2
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua warga SK Kg Balan. Saya Amer Wahiduzzaman b Mohd Amin, ketua murid SK Kg Balan mewakili semua murid ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru. Terima kasih kami ucapkan kerana mendidik dan mengajar kami tanpa mengenal erti penat lelah. Siapalah kami tanpa tunjuk ajar daripada guru sekalian. Kami doakan agar guru-guru mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada guru-guru sama ada kami sedari atau tidak. Pohon sirih pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung laman, Kalungan budi junjungan kasih,

Teks Ketua Murid

Embed Size (px)

DESCRIPTION

majlis hari guru

Citation preview

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua warga SK Kg Balan.

Saya Amer Wahiduzzaman b Mohd Amin, ketua murid SK Kg Balan

mewakili semua murid ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada semua guru. Terima kasih kami ucapkan

kerana mendidik dan mengajar kami tanpa mengenal erti penat lelah.

Siapalah kami tanpa tunjuk ajar daripada guru sekalian. Kami doakan agar

guru-guru mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,

seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada

guru-guru sama ada kami sedari atau tidak.

Pohon sirih pohon selasih,

Tumbuh merimbun di hujung laman,

Kalungan budi junjungan kasih,

Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Selamat hari guru. Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum w.b.t.