Teknologi Binaan Sivil Dan Struktur

Embed Size (px)

Text of Teknologi Binaan Sivil Dan Struktur

Teknologi Binaan Sivil dan StrukturPengenalan Kursus Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan. Latihan yang diberikan merangkumi kerjakerja asas pembinaan bangunan bermula daripada kerja kerja merancang dan menyediakan pelan, anggaran bahan, penyediaan tapak binaan, kerjakerja arkitek, mekanikal dan elektrikal sehinggalah kerjakerja penyudahan dan penyerahan bangunan. Ringkasan kursus meliputi membaca pelan, anggaran bahan, kerjakerja ukur bahan, ujian bahan bahan binaan, menyelia tapak binaan, merancang projek binaan yang dijalankan, menganalisa dan merekabentuk mengikut syarat-syarat dalam kontrak, pengurusan projek dan projek akhir. Kelayakan Akademik Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut : i. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) atau setaraf dan lulus Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal dan Bahasa Inggeris; serta Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berikut : a. C03 - Teknologi Binaan (Bangunan)(SKM Tahap 3) b. NOSS B-010-3: Jurubina Bangunan Kaedah Latihan Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. Tempoh Latihan Tempoh latihan sepenuh masa minima adalah selama 1 tahun 3 bulan. Persijilan i. ii. Diploma Teknologi Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 Peluang Kerjaya Pelajar yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya berkenaan sektor pembinaan dan berpeluang bekerja dalam bidang pembinaan sebagai Penyelia atau Pembantu Teknik atau Penolong Jurutera dalam sektor pembinaan ataupun konsultan.

ii.

Pinjaman Latihan Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

1.0 PENGENALAN Perisian kursus merujuk kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungan dan teknik yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Ia merujuk kepada isi kandungan pengajaran yang direncanakan di masukkan ke dalam alat pengarangan untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. 1.1 CIRI-CIRI PERISIAN KURSUS Perisian kursus yang baik mengandungi beberapa ciri-ciri berikut: mesra pengguna interaktif kreatif penjelajahan penemuan kendiri "learning by doing" menghiburkan peneguhan tahan lasak tiada ralat kepantasan capaian serasi dengan komputer lain persekitaran rangkaian

Jenis perisian kursus di kategorikan kepada objektif penggunaan, kaedah penggunaan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti: latih tubi

tutorial simulasi permainan penemuan demontrasi ensiklopedia penceritaan pengembaraan pembelajaran kolaboratif penyelesaian masalah

2.0 Proses pembinaan perisian kursus Proses pembangunan yang teratur akan membantu membangunkan sesuatu perisian dengan lebih mudah dan cepat terutamanya bagi pembangun perisian yang baru. Empat proses utama pembangunan yang perlu dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja membangunkan persisian kursus yang lebih baik adalah seperti dibawah: 1. Menentukan kandungan perisian 2. Memilih Kaedah Pengajaran Yang Sesuai Sebelum memulakan membangunkan perisian kursus, pembangun perisian perlu memilih kaedah pengajaran yang ingin digunakan bersesuaian dengan tahap kemahiran pelajar. 3. Penulisan "storyboard" "Storyboard" adalah perancangan bagi pembangunan sesuatu perisian kursus, kebiasaannya di atas kertas, yang mengandungi maklumat paparan skrin sebenar. 4. Melakarkan Carta Alir

Carta alir adalah gambarajah yang menggambarkan aliran beberapa aktiviti/proses yang dijalankan dalam perisian kursus .Ia menunjukkan bagaimana sesuatu proses berlaku dari mula hingga tamat. Tip: Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun dalam merekabentuk skrin antaranya: Apakah objek-objek yang akan dipaparkan Bagaimana menyusun objek -objek seperti gambar, rajah, teks dan bunyi Apakah warna yang sesuai bagi teks ,medan halaman dan bentuk Menentukan halaman-halaman yang akan dihubungkan Menentukan fail-fail yang akan dihubungkan Memaparkan objek mengikut tempoh tertentu Menyorokkan objek tertentu Memainkan video/audio berulangan atau tanpa ulangan Maklumbalas daripada tindakan pengguna seperti menekan butang menjawab soalan betul/salah

3.0 ASPEK PENILAIAN PERISIAN 3.1 PENGENALAN Kunci utama kejayaan perisian PPBK selain daripada isi kandungan, reka bentuk, implimentasi (kontenks) ialah penilaian. Penilaian ialah satu proses menentukan kecukupan pengajaran dan pembelajaran. Ia bermula dengan analisis masalah. Proses penilaian membawa kepada dua tujuan. Pertama ialah penilaian formatif yang menyediakan maklumat yang boleh membantu dan membimbing pasukan dalam pembangunan isi kandungan, reka bentuk program dan implimentasi bagi sesuatu penyampaian. Kedua, penilaian sumatif ialah untuk mencari tandatanda kejayaan tentang tujuan perisian PPBK ditubuhkan buat kali pertamanya. Penilaian formatif ialah koleksi maklumat yang sistematik untuk merekabentuk dan memperbaiki sesuatu produk. Penilaian ini dijalankan semasa pembangunan dan pembaikan sesuatu koswer melalui kaedah primer seperti pemerhatian dan temubual. Apabila koswer sudah dipasarkan dan dinilaikan oleh egensi luar, ia bertukar menjadi penilaian sumatif.

Untuk memantapkan hasil perisian yang baik satu senarai semak digunakan sebagai panduan untuk memperbaiki produk dari peringkat awal lagi. Sebarang cadangan dan maklumbalas akan diambil kira dari pelbagai aspek supaya ia memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Ukuran yang mudah digunakan dalam senarai semak iaitu " YA atau TIDAK " Penilaian Formatif Penilaian formatif dijalankan semasa membangunkan dan menambahbaik perisian atau produk atau perorangan melalui kaedah primer seperti temubual, pemerhatian dan analisa rekod ( Flag, 1990). Dalam penilaian formatif,cara pengumpulan data pada kebiasaannya dilakukan secara tidak formal seperti melalui pemerhatian, keterangan dan ujian pendek. Penilaian formatif merupakan satu proses berterusan yang dikendalikan sepanjang setiap langkah pembangunnan program. Apabila mereka bentuk PPBK, menunggu draf pertama yang telah direkacipta bagi mengumpul data penilaian formatif akan mempastikan perubahan besar tidak berlaku. Modifikasi boleh dibuat tetapi ia memerlukan belanja yang besar dan masa yang banyak. Penilaian Sumatif Penilaian ini melibatkan pengumpulan maklumat tentang kecukupan dan menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan tentang penggunaan. Penilaian sumatif dijalankan selepas tamat dan untuk manfaat pengguna luar atau pelajar-pelajar dan pembuat dasar. Penilaian sumatif memerlukan cara yang lebih formal dan pengumpulan data biasanya menggunakan kajian komparatif.(Rozinah ,2000) Proses Semakan Penilaian Menurut Norhashim (1996) dalam perancangan penilaian terdapat empat semakan yang perlu dibuat semasa proses reka bentuk dijalankan iaitu : 1 Semakan Input - semakan ini merangkumi semakan ke atas objektif sistem, isi, fakta, konsep, kandungan bidang dan semakan ke atas pedagogi. Semakan ini juga akan digunakan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kajian permulaan iaitu kekuatan dan kelemahan sistem pengajaran yang digunakan sekarang. Semakan akan dibuat dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual .

2 Semakan Output - semakan ini perlu dijalankan pada fasa reka bentuk. Semakan ini melihat samada bentangan output yang dibuat berkesan atau tidak kepada pengguna sasaran. Semakan pada peringkat ini ialah pemilihan warna, grafik , bunyi dan antara muka pengguna . 3 Semakan kod komputer - semakan ini dilakukan oleh pengatur cara untuk mengelakkan ralat logik dan ralat lain yang tidak dijangkakan. Pada peringkat ini pengatur cara perlu merangka logik bagi sesuatu masalah yang hendak diselesaikan mengikut keperluan yang terdapat di dalam skrip perisian kursus.4 Semakan keseluruhan - semakan ini untuk menilai secara keseluruhan perisian. Kaedah yang digunakan kan ini ialah kaedah tinjauan dan instrumen yang akan digunakan ialah soal selidik. Semakan keseluruhan merangkumi penilaian secara keseluruhan oleh pengarang berdasarkan borang senarai semak. Norhashim (1996) menambah bahawa penilaian yang sebenarnya mestilah dijalankan oleh kedua-dua pihak iaitu pengarang perisian dan juga pengguna atau pelajar.

ALAT-ALAT PENGARANGAN

4.0 PENDEKATAN PERISIAN 1. Menurut Norhashima (1996) terdapat 4 pendekatan pengajaran & pembelajaran berasaskan komputer iaitu tutorial, latih tubi, simulasi dan permainan. Sebagai contoh Perisian yang menggunakan pendekatan kaedah tutorial. 2. Justifikasinya kaedah tutorial ialah: Kaedah ini dipilih kerana ia memudahkan cara penyampaian isi kandungan melalui langkah-langkah yang kecil dan tersusun. Kaedah ini juga menghadkan jumlah maklumat yang disampaikan diikuti dengan gerak balas pelajar seperti latihan dan kuiz atau aktiviti-aktiviti lain untuk memantapkan penguasaan pelajar. Pelajar hanya dapat bergerak ketahap yang tinggi mengikut tahap kemampuannya. Setiap aktiviti atau latihan akan diberi respon dan jika perlu pelajar akan diberi pilihan untuk mengulangi sesuatu topik kecil.

Perisian tutorial adalah direkabentuk untuk mengajar sesuatu yang berkaitan dengan konsep, kemahiran atau maklumat. Terdapat tujuh perkara yang perlu dimasukkan dalam sesuatu sistem pengajaran tutorial iaitu: a. Menarik perhatian program tutorial hendaklah dapat menarik perhatian pelajar. Oleh itu grafik, bunyi, warna dan animasi biasanya digunakan. b. Memaparkan objektif pelajar perlu diberitahu hasil pengajaran yang dijangka selepas mengikuti program tutorial. c. Mengingat kembali pengetahuan sedia ada sesuatu program tutorial yang baik hendaklah membantu pelajar mengingat kembali kemahiran yang sedia ada pada pelajar dapat memahami pengajaran dengan lebih mudah. d. Memberi panduan panduan di