5
TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP Contoh 1: Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi. Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabungini. Analisis soalan:- Tema/Isu : Amalan menabung (AR) Contoh : Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (AC) Tugasan/arahan soalan : Kebaikan menabung (AA) TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN TEKNIK ARCA PW: Penanda Wacana AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya) AC: Ayat Contoh ( merujuk contoh tema) AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan PW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH) [AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama. CONTOH 2: Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita. Analisis soalan : Tama/Isu : kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR) Contoh : ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti umum (AC- merujuk tema) Arahan/Tugasan : usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA) PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA (PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat saban tahun. (AR)Saban hari kita dapat membaca berita tentang 1

Teknik Pendahuluanpenutup

  • Upload
    iza6190

  • View
    258

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mudah mengajar murid hals menulis pendahuluan dan penutup

Citation preview

Page 1: Teknik Pendahuluanpenutup

TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP

Contoh 1:Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi. Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabungini.

Analisis soalan:-

Tema/Isu : Amalan menabung (AR)Contoh : Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (AC)Tugasan/arahan soalan : Kebaikan menabung (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUANTEKNIK ARCAPW: Penanda WacanaAR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya)AC: Ayat Contoh ( merujuk contoh tema) AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalanPW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH)

[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.

CONTOH 2:

Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita.

Analisis soalan :Tama/Isu : kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)Contoh : ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti umum (AC- merujuk tema)Arahan/Tugasan : usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

(PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat saban tahun. (AR)Saban hari kita dapat membaca berita tentang kemalangan yang bukan sahaja mengakibatkan kecederaan malahan kehilangan nyawa. (AC)Sebagai contoh, ketika cuti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum yang lain , jumlah kemalangan turut meningkat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan yang bertambah di jalan raya umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut menjadi punca peningkatan kes kemalangan di negara kita. (AR-T)Persoalannya, haruskah kita hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan kes kemalangan ini tanpa berbuat apa-apa?. (AA)Jelaslah bahawa, usaha-usaha yang drastik perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus bereleluasa.

Contoh 3:

Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk 'Langkah-langkah yang Paling Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat", sempena Hari Kesihatan Sedunia di sekolah anda. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

1

Page 2: Teknik Pendahuluanpenutup

Analisis soalan:

Tema : amalan gaya hidup sihat (AR)

Contoh : kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri daripada mudah

dijangkiti penyakit dan menjalani kehidupan dengan berkualiti(AC)

Arahan/tugasan: langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

(PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting untuk dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR) Hal ini demikian kerana, amalan gaya hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah dalam kehidupan kita.(AC) Contohnya, tahap kesihatan akan meningkat dan menghindari diri daripada mudah dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya (AR)seperti cogan kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. (AR)Apabila kesihatan terjamin, seseorang itu akan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih berkualiti. (AA-T) Persoalannya, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini? Tepuk dada tanya selera.

Latihan kendiri'

Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, buat analisis soalan dan tulis perenggan pendahuluan yang baik dengan menggunakan teknik ARCA

a) Saban tahun, negara kita menghadapi masalah jerebu yang serius sehingga menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan masyarakat. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh masyarakat dalam menghadapi masalah jerebu ini.

b) Gejala berlumba motosikal secara haram dalam kalangan remaja di negara kita semakin berleluasa. Tulis sebuah rencana tentang punca-punca gejala ini untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

c) Baru-baru ini telah tersebar video tentang gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah. Masalah ini semakin serius dan membimbangkan pelbagai pihak. Kemukakan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi gejala buli ini.

CONTOH PENUTUP

Perenggan Penutup Contoh 1

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Soalan Contoh 2

Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. Bahagian A)

Perenggan Pendahuluan Contoh 2

Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar makin, menjadi 2

Page 3: Teknik Pendahuluanpenutup

parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ?

Perenggan Penutup Contoh 2

Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.

ISU: SEJARAH TANAH AIR

Contoh Pendahuluan

Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan perdana. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat memahami sejarah tanah air?

Contoh Penutup

Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni.

ISU: GEJALA SOSIAL

Contoh Pendahuluan

Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategi-strategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ?

Contoh Penutup

Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit dan direalisasi.

3

Page 4: Teknik Pendahuluanpenutup

Contoh Penutup

Konklusinya, bersamalah kita memerangi jenayah setempat hingga ke akar umbinya. Semua pihak hendaklah berganding bahu dalam menangani kekangan ini (CADANGAN). Bak kata pepatah, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Janganlah berputus asa kerana tiada gunung tidak dapat didaki, tiada lurah tidak dapat dituruni (UNGKAPAN MENARIK). Natijahnya, gejala sosial dalam kalangan masyarakat dapat dibendung sekali gus dapat mencapai hasrat umarak negara untuk mencapai Wawasan Perdana 2020, iaitu Malaysia menjadi sebuah negara maju, aman dan damai (HARAPAN).

4