Teknik Mencatat Nota

Embed Size (px)

Citation preview

TEKNIK MENCATAT NOTAOLEH: PN. ZAITON & CIK DAYANG AFSAH

Alamak, banyak sangat buku. Macam mana nak baca ni !!!

DEFINISISatu perilaku memindahkan maklumatmaklumat-maklumat yang diperolehi melalui pelbagai cara, misalnya melalui pemerhatian, bacaan, pengalaman ke dalam bentuk tulisan/catatan untuk direkodkan sebagai bahan rujukan.

MENGAPA ANDA PERLU MENCATAT NOTAMembantu anda memahami pelajaran. Membantu mempertingkatkan daya ingatan anda. Supaya isi-isi penting dapat isidifahami, dirumus dan seterusnya dihafal. Membantu menmgukuhkan arahan pembelajaran.

BILA ANDA PERLU MENCATAT NOTA???

Semasa belajar

Semasa menonton, melayari Internet, Mendengar radio dan sebagainya

Semasa mengulangkaji pelajaran

Bila Anda Perlu Mencatat Nota???1. Semasa belajar - Guru Mengajar - Melalui media 2. Semasa membaca buku 3. Semasa mengulangkaji pelajaran.

KEMAHIRAN YANG PERLU UNTUK MENCATAT NOTA1. Kemahiran Mendengar 2. Kemahiran Membaca Laju 3. Kemahiran Menulis A) Tulis dengan jelas B) Tulis dengan cepat C) Tulis dengan huruf singkatan

HURUF-HURUF SINGKATAN @ - atau < - kurang > - lebih = - sama dengan Dgn, yg, dlm, kg, dll.

Tulis notapun, mesti ada kemahiran??? Ha-ha-ha, baru tahu, ingat senang ke...

PERINGKAT PENULISAN NOTA1. Nota sebelum kuliah 2. Nota semasa pembelajaran 3. Nota selepas pembelajaran 4. Nota tambahan 5. Nota pindaan

Hello, Jabatan Buruh Saya nak tanya, ada sesiapa yang ingin bekerja sebagai pencatat nota? Saya perlukan seorang pencatat nota segera.

KAEDAH NOTA1. Kaedah outline atau liner 2. Kaedah dua lajur 3. Kaedah Cornell 4. Kaedah peta minda atau nota berangkai 5. Kaedah mnemonik

KAEDAH OUTLINE ATAU LINEAR 1. Kerap digunakan. 2. Menggunakan tajuk-tajuk utama dan sub tajuk sekali.. 3. Menjarakkan dalam bentuk susunan tertentu 4. Tajuk utama jelas ditanda dan fakta sokongan diletak dibawah fakta utama 5. Banyak menggunakan penomboran 6. Banyak terdapat pada buku ilmiah.

KAEDAH DUA LAJUR1. Menggunakan 2 lajur 2. Lajur kanan digunakan untuk mencatat nota semasa kuliah 3. Lajur kiri diguna untuk mencatat kata kunciuntuk mengaitkan idea-idea utama di sebelah kanan. 4. Semasa mengulangkaji, hanya lajur kiri yang digunakan.

KAEDAH 2 LAJURKiriCatat kata kunci untuk dikaitkan dengan idea utama. Kata Kunci -Tajuk -Tarikh, Tempat dilawati -Bilangan rombongan -sambutan yg diterima -Aktiviti yang diadakan -Pengalaman menarik -Faedah & Harapan.

KananCatat nota semasa P&P Contoh Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Taman Negara

KAEDAH CORNELL1. Menggunakan sistem dua lajur/bahagian 2. Kertas nota dibahagikan kepada 2 bahagian 3. Bahagian kanan - 2/3 dari lebar muka surat adalah ruang untuk mencatat nota. 4. Bahagian kiri - 1/3 dari lebar muka surat, dikhususkan untuk tajuk utama, tajuk kecil, dan sebarang isi atau peringatan penting.* kaedah yang paling berkesan*

CONTOH KAEDAH CORNELLSubjek : Tajuk : Tarikh :

Ruang untuk mencatat nota secara am.

Ruang untuk menulis tajuk utama, tajuk kecil, isi penting, peringatan mustahak.

KAEDAH MNEMONIK- Menyusun semula apa yang dipelajari dalam dalam bentuk yang mudah diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri. - Mengikut kaedah ini, anda menggunakan daya imaginasi anda untuk dikaitkan dengan fakta yang ingin diingati. Contoh: Warna-warna Pelangi Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Unggu MJKHBIU- Mat Jenin Ke Hutan Bawa Itik Unggu

LATIHANDengan menggunakan kaedah Cornell, buat satu nota mengenai tajuk Pencemaran AlamPencemaran Alam Terbahagi kepada 4 iaitu Pencemaran Udara, Pencemaran Air, Pencemaran Bunyi dan Pencemaran Tanah. 1. Pencemaran Udara Punca - Asap kenderaan, asap kilang, pembakaran terbuka dan lain-lain Kesan - Udara berjerubu - pernafasan terganggu - menjejaskan kesihatan

LATIHANDengan menggunakan kaedah Outline, susunkan kedudukan planet-planet dalam sistem suria bermula yang paling dekat dengan matahari. Ini, mesti guna teropong ni !!!

Kedudukan Planet-planet Dalam Sistem Suria 1. Utarid 2. Zuhrah 3. Bumi 4. Marikh 5. Musytari 6. Zuhal 7. Uranus 8. Neptun 9. Pluto