23
SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR YANG MEMPELAJARI MATAPELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI PERAK AMRAN BIN HUSAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR YANG

MEMPELAJARI MATAPELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK DI EMPAT

BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI PERAK

AMRAN BIN HUSAIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima
Page 3: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima
Page 4: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR YANG

MEMPELAJARI MATAPELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK DI EMPAT

BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI PERAK.

AMRAN BIN HUSAIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 5: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

ii

Page 6: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu:

Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima kasih ayah dan ibu

Buat isteri tersayang:

Rohana binti Dol Jadi

Terima kasih atas kesabaran,

Sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai hatta dengan wang ringgit sekalipun

Dan

Anak-anak:

Farisah Farah Hanis Binti Amran

Amirul Aizat Bin Amran

Semoga kejayaan ini dapat mendorong anak-anak ku

Untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.

Page 7: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dengan limpah Rahmat dan

IzinNya dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En. Hassan bin Hushin,

selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat

yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian ini. Segala ilmu dan bantuan yang

diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga Allah memberikan ganjaran yang

sebaiknya, Insya Allah.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak di atas kebenaran untuk menjalankan kajian di Sekolah

Menengah Teknik Taiping, Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar, Sekolah

Menengah Teknik Leboh Cotar dan Sekolah Menengah Teknik Manjung. Tak lupa juga

ribuan terima kasih buat pengetua-pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah

memberi kerjasama dalam kajian ini. Akhir sekali terima kasih kepada semua yang

menjayakan kajian ini.

Page 8: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan

belajar di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik di

empat buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Perak. Sampel kajian terdiri daripada

122 orang pelajar tingkatan empat Kursus Elektronik. Kajian ini menggunakan soal

selidik sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.7295. Dapatan

kajian di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science

(SPSS) Versi 11.0. Hasil analisis data diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan

dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan belajar pelajar terhadap amalan

pengurusan masa, kemahiran mengulang kaji, belajar secara berkumpulan, kemahiran

membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan

penglibatan pihak sekolah, guru dan guru kaunseling mempertingkatkan lagi

keberkesanan amalan belajar di kalangan pelajar-pelajar mereka.

Page 9: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

vi

ABSTRACT

This descriptive research, in the form of observation and analysis, is to identify

the study habits among students who studied Electronic Technology in four different

Technical Secondary School in Perak. The samples size consists of 122 form four

Electronics Students. The reliability of these questionnaires was 0.7295. The analysis

of the findings, using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 11.0

software is illustrated in the form of percentage, frequency and mean. The results show

that the level of study habits of the students with regards to time management, study

review skills, study groups, reading and note-taking skills were at the intermidiate level.

The researcher recommends the involvement of the school authority, teachers and

counselor to increase the effectiveness of the study habits among their students.

Page 10: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN PENULIS ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Batasan Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 6

1.8.1 Amalan Belajar 6

Page 11: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

viii

1.8.2 Pelajar-pelajar 7

1.8.3 Mata pelajaran Teknologi Elektronik 7

1.8.4 Sekolah 7

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Kurikulum Teknologi 9

2.2.1 Tahun Pertama (Tingkatan 4) 9

2.2.2 Tahun Dua (Tingkatan 5) 10

2.3 Amalan pengurusan masa dalam

pembelajaran 12

2.4 Amalan kemahiran membaca dan mencatat

nota dalam pembelajaran 15

2.4.1 Kemahiran membaca 15

2.4.2 Kemahiran mencatat nota 16

2.5 Amalan kemahiran mengulang kaji

pelajaran yang betul. 19

2.6 Amalan pembelajaran berkumpulan 20

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Populasi Kajian 26

3.4 Instrumen Kajian 26

3.4.1 Bahagian A 27

3.4.2 Bahagian B 27

3.4.2.1 Taburan item untuk soalan

bahagian B 28

3.4.3 Bahagian C 28

3.5 Prosedur kajian 29

3.6 Kajian Rintis 30

Page 12: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

ix

3.7 Analisis Data 30

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Bahagian A 33

4.2.1 Responden mengikut jantina 33

4.2.2 Responden mengikut bangsa 34

4.2.3 Tempat tinggal responden 34

4.2.4 Markah Teknologi Elektronik

responden 35

4.3 Bahagian B 35

4.3.1 Dapatan Amalan Pengurusan Masa 36

4.3.2 Dapatan Amalan Membaca dan

Mencatat Nota 38

4.3.3 Dapatan Amalan mengulangkaji 3 41

4.3.4 Dapatan Amalan belajar

berkumpulan

44

4.4 Bahagian C 46

4.4.1 Dapatan Pengalaman Belajar

Responden 46

4.4.2 Dapatan Pengalaman Responden

menjawab soalan SPMV 48

4.5 Keseluruhan Dapatan 50

4.6 Rumusan 51

BAB V PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 53

5.2.1 Amalan Pengurusan Masa 53

Page 13: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

x

5.2.2 Amalan Membaca dan Mencatat

Nota 55

5.2.3 Amalan Mengulang kaji 58

5.2.4 Amalan Belajar Berkumpulan 60

5.2.5 Maklumat Tambahan 62

5.3 Rumusan 63

5.4 Cadangan 64

5.5 Kajian Lanjutan 65

5.6 Penutup 65

RUJUKAN 67

LAMPIRAN 71

Page 14: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Populasi dan sampel 26

3.2 Skala Likert 27

3.3 Taburan soalan berdasarkan kategori 28

3.4 Tahap penilaian berdasarkan min 31

4.1 Bilangan Responden mengikut jantina 33

4.2 Bilangan responden mengikut bangsa 34

4.3 Bilangan responden mengikut tempat tinggal 34

4.4 Markah Teknologi Elektronik responden bagi

peperiksaan akhir tahun 2003 35

4.5 Min dan peratusan responden bagi amalan

pengurusan masa 36

4.6 Min dan peratusan responden bagi amalan

kemahiran membaca dan mencatat nota 38

4.7 Min dan peratusan responden bagi amalan

kemahiran mengulang kaji 41

4.8 Min dan peratusan responden bagi amalan

pembelajaran berkumpulan 44

4.9 Pengalaman responden belajar 47

4.10 Peratusan Pelajar menjawab soalan SPMV 48

4.11 Peratusan yang dapat menyelesaikan soalan SMPV

secara bersendirian dan berkumpulan 49

4.12 Jadual peratusan pelajar yang boleh menyelesaikan

soalan-soalan SPMV 49

4.13 Jadual peratusan keyakinan responden jika diberi

soalan yang lain 49

Page 15: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

xii

4.14 Peratusan tindakan responden sekiranya tidak dapat

menyelesaikan soalan 50

4.15 Dapatan keseluruhan persoalan kajian berdasarkan

min 50

Page 16: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

xiii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 5.1 Taburan min setiap item bagi amalan pengurusan

masa pembelajaran 53

5.2 Taburan min bagi setiap amalan kemahiran membaca dan mencatat nota 55

5.3 Taburan min setiap item bagi amalan kemahiran

mengulangkaji pelajaran 58

5.4 Taburan min setiap item bagi amalan pembelajaran

berkumpulan. 60

Page 17: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

xiv

SENARAI SINGKATAN SPM(V) - Sijil Pelajaran Malaysia(Vokasional)

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

SMT Sekolah Menengah Teknik

T.V Televisyen

K.G.A Kawalan Gandaan Automatik

BPDPDP

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan.

Page 18: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

xv

SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Lampiran A (Analisis Peperiksaan SPM) 71

B Lampiran B (Analisis Soalan Teknologi

Elektronik) 74

C Surat-surat kebenaran 77

D Borang Soal Selidik 82

Page 19: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia sekarang sedang mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara

industri. Malaysia, di bawah kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah

memfokuskan matlamat negara, untuk mencapai taraf sebuah negara maju menjelang

tahun 2020, iaitu dengan mengalihkan tumpuan ekonomi negara daripada berasaskan

bidang pertanian kepada bidang perindustrian. Dalam merealisasikan wawasan 2020

secara umumnya, para majikan bersetuju bahawa pendidikan teknik dan vokasional

dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan separa mahir (Ramlee Mustapha,

2000).

Memandangkan negara sedang menjurus kepada pembangunan ekonomi yang

berteraskan teknologi dan perindustrian, maka sudah tentunya harapan yang tinggi

dipertanggungjawabkan kepada bidang pendidikan teknik dan vokasional. Ini selari

dengan pendapat Siti Maspah Hassan dan Nor Azizah Mohd. Salleh (1995), yang

menyatakan pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi

dan sosial negara. Negara yang sedang pesat membangun amat memerlukan tenaga

profesional dan separa profesional bagi menentukan kesinambungan pembangunan

negara. Mereka merupakan aset terpenting yang merencanakan teras pembangunan

sesebuah negara.

Page 20: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

2

Untuk mencapai matlamat negara, pelajar-pelajar yang mengikuti sistem

pendidikan vokasional akan belajar mata pelajaran kursus di samping mata pelajaran

teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam atau

Pendidikan Moral. Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran teras ini adalah sama seperti

yang dipelajari oleh pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Akademik. Pelajar-pelajar

akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di akhir tahun dua.

Mereka yang lulus berpeluang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT)

atau menceburkan diri dalam bidang pekerjaan.

1.2 Latarbelakang Masalah

Di dalam sistem pendidikan aliran vokasional, matapelajaran kursus umumnya

terdiri daripada Teknologi, Amali serta Lukisan Geometri dan Berkaitan bagi semua

kursus ketukangan kejuruteraan. Bagi pelajar-pelajar yang mengikut Kursus Elektronik

matapelajaran kursus ialah Teknologi Elektronik, Amali ( Menservis Radio &

Televisyen ) serta Lukisan Geometri dan Elektronik.

Kurikulum matapelajaran Teknologi Elektronik terbahagi kepada dua iaitu pada

tahun satu (tingkatan 4) pelajar-pelajar akan mempelajari asas-asas elektronik dan

Penerima Radio AM, manakala pada tahun dua (tingkatan 5) pelajar-pelajar akan

mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima Televisyen. Objektif utama

matapelajaran Teknologi Elektronik adalah untuk memastikan pelajar-pelajar dapat

menguasai konsep asas dan prinsip teori yang lebih kompleks.

Berdasarkan analisis (lampiran A) peperiksaan SPM dari tahun 1999 hingga

tahun 2002 untuk mata pelajaran Teknologi Elektronik, peratus purata kelulusan bagi

Sekolah Menengah Teknik Taiping adalah sebanyak 59.4%, Sekolah Menengah Teknik

Kuala Kangsar sebanyak 57.2%, Sekolah Menengah Teknik Manjung sebanyak 55.2%

dan Sekolah Menengah Teknik Leboh Cator sebanyak 27.4%.

Page 21: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

3

Peratusan pelajar gagal yang tinggi, kemungkinan disebabkan oleh amalan

belajar yang tidak betul. Terdapat beberapa amalan pembelajaran yang boleh

menpengaruhi prestasi akademik pelajar antaranya pengurusan masa, kaedah membaca

yang betul, mengulangkaji dan cara belajar yang diamal samada berkumpulan atau

individu. Menurut Salihah (1991). teknik belajar terdiri daripada kemahiran membaca,

mengulang kaji, mencatat nota dan kemahiran pengurusan masa.

Kemahiran pengurusan masa penting bagi seorang pelajar kerana menurut

Zulkefli, Sharifah Mazlina dan Mazlan (1995), langkah yang bijak dalam pembelajaran

ialah merancang jadual waktu sendiri. Ini merupakan satu cara untuk mendisiplinkan

pelajar daripada terus leka dengan perkara remeh-temeh.

Selain daripada pengurusan masa yang betul kemahiran membaca dan kemahiran

mencatat nota amat penting kerana melalui pembacaan pelajar dapat menambah ilmu

pengetahuan. Membaca sahaja tanpa membuat sebarang catatan tidak mencukupi kerana

menurut Abdul Ghani ( 1996 ), mendapati pelajar yang mempunyai kemahiran belajar

yang betul seperti mengambil nota, kemahiran membaca, kemahiran menggunakan pusat

sumber, kemahiran menghadapi peperiksaan, mempunyai teknik menjawab soalan yang

berkesan, pandai membahagikan masa dan merancang kaedah belajar yang bersistematik

akan mendapat pencapaian yang tinggi dalam mata pelajaran.

Menurut Mok Soon Sang (2000 ) pula, amalan pembelajaran secara berkumpulan

akan dapat membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan. Melalui amalan

pembelajaran ini, berbagai aktiviti pembelajaran dapat dilakukan seperti perbincangan

dan sumbangsaran.

Page 22: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

4

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latarbelakang masalah di atas penyelidik ingin mengkaji apakah

amalan belajar di kalangan pelajar bagi mata pelajaran Teknologi Elektronik di Sekolah

Menengah Teknik Taiping, Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar, Sekolah

Menengah Teknik Leboh Cator dan Sekolah Menengah Teknik Manjung. Untuk

menjawab permasalahan tersebut, beberapa persoalan telah ditimbulkan berkaitan

dengan amalan-amalan pembelajaran yang digunakan oleh pelajar seperti amalan

pengurusan masa, kemahiran membaca dan mencatat nota, kemahiran mengulangkaji

dan amalan pembelajaran berkumpulan.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti tahap amalan pengurusan masa pembelajaran di kalangan

pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik.

ii. Mengenalpasti tahap amalan kemahiran membaca dan mencatat nota

dalam pembelajaran di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran

Teknologi Elektronik.

iii. Mengenalpasti tahap amalan kemahiran mengulangkaji pelajaran secara

sistematik di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran

Teknologi Elektronik.

iv. Mengenalpasti tahap amalan pembelajaran berkumpulan di kalangan

pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik.

Page 23: SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN … · membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan ... mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima

5

1.5 Persoalan Kajian

i. Sejauh manakah pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran

Teknologi Elektronik mengamalkan pengurusan masa pembelajaran

dengan teratur.

ii. Sejauh manakah pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran

Teknologi Elektronik mengamalkan kemahiran membaca dan mencatat

nota dalam pembelajaran.

iii. Sejauh manakah pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran

Teknologi Elektronik mengamalkan kemahiran mengulangkaji pelajaran

secara sistematik.

iv. Sejauh manakah amalan pembelajaran berkumpulan di kalangan pelajar

yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik dipraktikkan.