Upload
nguyencong
View
664
Download
23
Embed Size (px)
Citation preview
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
452
TAWJIH AL-QIRA’AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT
MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM
MARAH LABID
IKMAL ZAIDI BIN HASHIM
MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN BIN HASAN
SHAHARUDIN BIN SAAD
ABSTRAK
Akidah merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Sumber utama dalam
penggarapan ilmu Akidah ialah Al-Quran. Terdapat ayat-ayat Al-Quran berkenaan Akidah dibaca dengan
qiraat yang pelbagai. Sesuai dengan sifat Al-Quran yang Qat‘iyyah al-Thubūt wa al-Dilalah, perubahan
bacaan atau qiraat yang melibatkan ayat-ayat Akidah mengundang persoalan iaitu sejauh mana ia
mempengaruhi pentafsiran ayat-ayat tersebut. Bagi menjawab persoalan ini ilmu Tawjih al-Qirā’āt
diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik kepelbagaian qiraat itu. Ilmu ini
sangat signifikan dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat kepada variasi makna Al-Quran. Untuk
itu penulis meneliti teks tafsir Marah Labid karya Sheikh Nawawi Banten dan menganalisis secara deskriptif
dan analitikal data-data berbentuk huraian pengarang dalam mentafsirkan ayat-ayat berhubung dengan Akidah
dengan memfokuskan kepada kesan qiraat kepada makna ayat. Teks ini dipilih kerana ia merupakan satu-
satunya karya tafsir ulama Nusantara berbahasa Arab yang memuatkan banyak qiraat. Kepelbagaian
pentafsiran ayat-ayat berkenaan Akidah akan dapat dikenalpasti dan akan menjadi hasil dan dapatan kajian
kualilatif yang ringkas ini.
Kata Kunci: Tawjih al-Qirā’āt, Kesan Pentafsiran, Akidah
1.0 PENDAHULUAN
Para ulama telah menjadikan qiraat yang pelbagai sebagai sumber rujukan mereka kerana
selain keabsahannya sebagai hujah, kepelbagaian qiraat juga dilihat mampu untuk
mempelbagaikan pentafsiran. Namun kepelbagaian tersebut bukan bermaksud negatif seperti
pentafsiran yang kontradik antara satu dengan yang lain tetapi tetapi lebih kepada variasi
pentafsiran yang mampu difahami secara harmoni. Untuk itu para ulama tafsir telah
memuatkan pelbagai qiraat dalam karya tafsir mereka dan ia menjadi satu identiti karya-karya
tafsir muktabar. Variasi pentafsiran menatijahkan pengkayaan ilmu dan keluasan ufuk
pemikiran umat dalam memahami wahyu Allah s.w.t dan mengaplikasikannya dalam
kehidupan mereka.
1034
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
453
2.0 KEPELBAGAIAN QIRAAT DAN KESANNYA KEPADA PENTAFSIRAN
Kesan kepelbagaian qiraat terhadap pentafsiran sering menjadi perbahasan para ulama
khasnya dalam bidang Ulum Al-Quran, Tafsir dan Qiraat. Ia juga menjadi persoalan yang
sering mendapat perhatian para pengkaji disebabkan kepentingan membuktikan keutamaan
qiraat sebagai salah satu sumber pentafsiran Al-Quran.
Antara faktor yang menyebabkan perbezaan dalam pentafsiran Al-Quran ialah kepelbagaian
qiraat. Dr. Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidiyy (2000:93) telah menjelaskan dengan panjang
lebar mengenai hal ini. Antaranya beliau berkata:
“Pendirian mufassir terhadap qiraat yang benar ialah
menisbahkan qiraat tersebut kepada Imam yang
meriwayatkannya, memperbaiki cara bacaannya, memahami
maknanya, menyatakan tawjih baginya, menjadikannya dalil,
menyatukan qiraat sesama qiraat yang benar seumpamanya
kerana semuanya merupakan kalam Allah dan tidaklah
sebahagian kalam Allah itu lebih utama daripada sebahagian
yang lain…”
Dr. Muhammad Bazamūl (1996: 1/393) pula merumuskan beberapa kaedah penting bagi
sesiapa yang mengkaji mengenai kesan-kesan qiraat terhadap pentafsiran Al-Quran iaitu:
Perbezaan pentafsiran yang terdapat di antara wajah-wajah qiraat termasuk dalam
kategori variasi pentafsiran (al-Ikhtilaf al-Tanawwu‘) bukan pentafsiran yang
kontradik dan bertentangan (al-Ikhtilaf al-Tanaqud atau al-Tadad).
Menyandarkan sesuatu qiraat kepada individu atau muqri’ tertentu menunjukkan
ikhtiyar dan bukan menunjukkan qiraat itu direka dan dicipta oleh individu tersebut.
Tiada perbezaan dari segi tafsir antara mana-mana qiraat yang diterima kerana
semuanya merupakan kalam Allah s.w.t dan semuanya merupaka Al-Quran tiada
sebarang perbezaan dari segi keutamaan.
Qiraat yang sah sanadnya tetapi berlawanan dengan tulisan atau rasm Mushaf yang
digelar sebagai qiraat yang shadhdhah boleh diambil faedah daripadanya dari segi
tafsir walau pun ia tidak boleh dibaca dalam solat.
Qiraat yang diriwayatkan secara bersanad dalam sumber-sumber hadis tetapi tidak
disandarkan kepada mana-mana Imam Qiraat maka diistilah sebagai Qira ‘at al-
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
454
Nabiyy. Ia dinamakan sedemikian kerana tidak dapat disandarkan kepada mana-mana
Imam Qiraat. Qiraat yang seumpama ini boleh mengelirukan terutama mereka yang
tiada pengetahuan dalam bidang qiraat kerana qiraat seumpama ini tidak bermaksud ia
termasuk dalam qiraat yang mutawatirah dan tidak menunjukkan ia lebih utama
daripada qiraat yang lain. Penamaan ini banyak disebutkan dalam beberapa karya
tafsir seperti al-Tabariyy , al-Kashshaf dan al-Muharrar al-Wajiz.
Terkadang-kadang wajah-wajah qiraat berbeza dari sudut makna yang menyebabkan
satu-satu qiraat membawa makna masing-masing dan tersendiri yang membezakannya
dengan wajah qiraat yang satu lagi.
Tafsir-tafsir yang bersumberkan para ulama Salaf sewajarnya diteliti terlebih dahulu
sebelum menghukumnya sebagai berbeza kerana mungkin pentafsiran tersebut
berdasarkan wajah qiraat tertentu sahaja tanpa berasaskan qiraat yang lain.
3.0 TAWJIH AL-QIRA’AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN
Disebabkan kepentingan ilmu ini dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat
kepada variasi makna Al-Quran, maka di sinilah letaknya titik pertemuan antara ilmu Tawjih
al-Qirā’āt dengan ilmu Tafsir. Apabila pentafsiran yang melibatkan ayat-ayat yang
mengandungi perkataan-perkataan yang berbeza wajah qiraatnya maka ilmu tawjih al-Qirā’āt
diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik qiraat yang pelbagai
itu. Menurut Musa‘id ibn Sulayman al-Tayyar (1999:126) selepas menyenaraikan karya-
karya utama dalam ilmu tawjih al-Qirā’āt beliau menyatakan bahawa karya-karya tafsir
yang besar dipenuhi oleh tawjih al-Qirā’āt seperti al-Tabariyy, Ibn ‘Atiyyah, al-Qurtubiyy,
Abū Hayyan, al-Raziyy, al-Shanqitiyy, Ibn ‘Ᾱ shūr dan lain-lain. Walau bagaimanapun
pendekatan para ulama Tafsir dalam mengaplikasikan tawjih al-Qirā’āt berbeza antara satu
sama lain.
Ilmu ini merupakan ilmu yang sangat dominan dalam pengajian qiraat yang berorentasikan
al-Dirāyah. Menurut al-Zarkashiyy: “...Ianya (ilmu Tawjih al-Qirā’āt) bukanlan suatu yang
bersifat riwāyah dan bercirikan talqin (diambil dan disampaikan secara lisan) yang tiada
unsur ‘aqliyy maka ia adalah dirāyah bukan riwāyah.” Ia juga dinamakan sebagai ilmu al-
Ihtijāj, ilmu Ma‘āni al-Qirā’āt dan ilmu ‘Ilal-al-Qirā’āt. Ia membincangkan tentang
penjelasan terhadap pelbagai bentuk bacaan qiraat dari sudut hujah, sebab, ‘llah dan lain-lain
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
455
yang bertujuan menonjolkan justifikasi terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping
memberikan faedah yang sangat banyak khususnya dalam bidang Tafsir.
Dr. Muhammad Salamah (1999:13) menjelaskan bahawa suatu yang perlu difahami ialah
ilmu ini tidak bermaksud untuk menjadikan sesuatu bacaan itu mutawātir atau shādhdh tetapi
ia lebih kepada menjelaskan kepelbagaian makna (al-Dalālāt) yang tersurat dan tersirat di
sebalik kepelbagaian bacaan tersebut. Ilmu ini bermula dengan menjadi sebahagian daripada
penerangan dalam karya-karya ilmu nahu dan tafsir.
Maka seseorang pentafsir Al-Quran dalam berhujah dengan qiraat sepatutnya bukan sahaja
merujuk kepada sumber-sumber tafsir dalam karya-karya muktabar tetapi turut merujuk
kepada karya-karya tawjih al-Qirā’āt yang mengumpulkan kesemua bentuk tawjih di
dalamnya sama ada yang berkaitan dengan Nahu (al-Tawjih al-Nahwiyy), Sarf (al-Tawjih al-
Sarfiyy), Balaghah (al-Tawjih al-Balaghiyy), Semantik (al-Tawjih al-Dalaliyy) dan
sebagainya.
Karya terawal yang memuatkan tawjih al-Qirā’āt secara khusus ialah karangan Hārūn ibn
Mūsā al-A‘war (m.170 H) berjudul Wujūh al-Qirā’āt. Selain karya tersebut terdapat
sekurang-kurangnya 69 buah karya lain. Di samping qiraat mutawātirah, ilmu ini turut
melibatkan qiraat shādhdhah. Salah satu karya terkenal dalam memberikan tawjih kepada
qiraat shādhdhah bertajuk al-Muhtasab fi Tabyin Wujūh Syawādh al-Qirā’āt wa al-‘Idāh
‘anhā tulisan Abū al-Fath ‘Uthmān ibn Jinniyy (m.392 H).
4.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT
MENGENAI AL-ILAHIYYAT
Perbahasan mengenai akidah tidak terlepas daripada tiga bahagian iaitu Ketuhanan (al-
Ilahiyyat), Kenabian (al-Nubuwwat) dan Perkara-perkara Ghaib (al-Ghaybiyyat/ al-
Sam‘iyyat). Penulis membawakan tiga contoh bagi setiap bahagian dengan memetik teks
Marah Labid yang berkaitan. Contoh 1: Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 148:
ولكل وجهة هو موليها فٱستبقوا ٱلخيرت
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
456
Pada perkataan yang bergaris terdapat dua qiraat iaitu موليها dan هاىمول . Dalam
memberikan tawjih kepada kedua-dua qiraat tersebut, Sheikh Nawawi Banten (1997 :51)
menyatakan:
Tawjih bagi qiraat pertama ialah Allah s.w.t yang memerintahkan agar semua kaum
mengadap ke arah kiblat iaitu Kaabah sedangkan qiraat yang satu lagi membawa maksud
setiap kaum tertakluk bagi setiap arah yang menghadap ke kiblat. Perbezaan maksud bagi
kedua-dua qiraat tersebut mempunyai hubungan dengan persoalan aqidah berkaitan
ketuhanan. Muhammad al-Habash (1999:144) menyatakan bahawa mana-mana kiblat yang
menjadi arah bagi hamba Allah itu walau pun pada zahirnya merupakan pilihannya sendiri
namun pada hakikatnya merupakan dengan arahan dan kehendak Allah s.w.t jua. Persoalan
ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak dan pilihan’ bagi
hamba Allah tanpa menafikan hakikat bahawa yang mencipta perbuatan manusia itu ialah
Allah s.w.t seperti yang dinyatakan dalam surah al-Saffat ayat 96:
٦٩خلقكم وما تعملون ٱللهو
Maksudnya: Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!
Maka kedua-dua qiraat tersebut telah menghimpunkan kedua-duanya iaitu kehendak hamba
dan kehendak Allah s.w.t. Hakikat ketuhanan ini tidak akan difahami dengan salah satu qiraat
sahaja.
Contoh 2: Firman Allah s.w.t dalam surah Ᾱ li ‘Imran ayat 18 dan 19:
٨١ ٱلحكيم ٱلعزيزلا إله إلا هو ٱلقسطقائما ب ٱلعلموأولوا ٱلملئكةلا إله إلا هو و ۥأنه ٱلله شهد
٨٦… ٱلإسلم ٱللهعند ٱلدين إن
Terdapat dua qiraat pada perkataan yang bergaris iaitu إن ٱلدين dan أن ٱلدين . Tawjih bagi
qiraat pertama iaitu dengan hamzah berbaris kasrah ialah ia merupakan permulaan kata-kata
yang baru (kalam musta’naf) dan tiada hubungan dengan ayat sebelumnya. Manakala qiraat
yang kedua membawa pelbagai maksud kerana mempunyai hubungan dengan ayat
sebelumnya. Sheikh Nawawi (1997 :117) membawakan pelbagai i‘rab bagi kalimah tersebut:
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
457
Sheikh Nawawi menjelaskan bahawa qiraat dengan fathah pada huruf hamzah membawa
beberapa makna yang memberi kesan kepada pentafsiran yang pelbagai. Antaranya kalimah
yang boleh difahami dengan makna dan . Beliau juga membawa
beberapa ‘taqdir’ bagi memahami pelbagai i‘rab. Kesimpulannya Muhammad al-Habash
(1999:146) menyatakan bahawa qiraat dengan fathah membawa maksud penjelasan tentang
persaksian Allah s.w.t, para malaikatNya dan orang yang berilmu iaitu sesungguhnya agama
yang benar di sisi Allah ialah Islam. Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua qiraat ini
tidak bertentangan kerana kedua-duanya menyatakan tentang suatu hakikat yang sama iaitu
Islam merupakan satu-satunya agama yang diredai Allah s.w.t. Hanya yang membezakan
kedua-duanya ialah al-Tawkid iaitu bentuk penegasan yang pelbagai. Dalam qiraat dengan
kasrah penegasan tersebut dinyatakan dalam bentuk ayat yang baru dan dimulakan dengan
kalimah manakala dalam qiraat dengan fathah penegasan itu ditambah dengan persaksian
daripada Allah s.w.t, para malaikat dan golongan yang berilmu.
Contoh 3: Firman Allah dalam surah al-Kahf ayat 44:
٤٤ا ا وخير عقبثواب هو خير ٱلحقلله ٱلولية هنالك
Terdapat dua qiraat pada kedua-dua perkataan yang bergaris iaitu ٱلولية (fathah waw) dan
Sheikh .(qaf marfū‘ah) ٱلحق (qaf makhfūdah) ٱلحق di samping (kasrah waw) ٱلولية
Nawawi (1997:250) menyatakan:
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
458
Kesimpulan daripada penyataan di atas Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi kedua-
dua perkataan yang terlibat. Beliau menjelaskan bahawa membawa maksud iaitu
pertolongan sedangkan bermaksud iaitu kerajaan. Manakala menjadi sifat
kepada sedangkan menjadi sifat kepada . Kedua-dua perkataan dengan qiraat
masing-masing memberi makna tambahan iaitu mengenai dua daripada nama-nama Allah
s.w.t yang mulia iaitu dan di samping menegaskan sifat al-Haqq bagi Allah s.w.t.
5.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT
MENGENAI AL-NUBUWWAT
Antara ayat-ayat mengenai akidah yang mengandungi pelbagai qiraat berkaitan persoalan
kenabian ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 106:
٨٠٩ …منها أو مثلها نأت بخير ننسها۞ما ننسخ من ءاية أو
Sheikh Nawawi Banten (1997:38) telah menjelaskan qiraat yang terdapat pada perkataan
yang bergaris:
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
459
Dalam penyataan di atas Sheikh Nawawi menyatakan bahawa qiraat membawa maksud
pemansuhan yang pelbagai. Sama ada ia membawa maksud penukaran (al-Tabdil) atau
penangguhan (al-Ta’khir). Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan satu lagi qiraat
iaitu yang membawa maksud kelupaan (al-Nisyan). Kepelbagaian makna yang terhasil
daripada kepelbagaian qiraat pada kalimah tersebut membuktikan bahawa penurunan Al-
Quran telah ditakdirkan Allah s.w.t terjadi padanya dua perkara iaitu kelupaan dan
penangguhan. Kelupaan yang dimaksudkan ialah apabila Allah s.w.t mahu agar Rasulullah
s.a.w melupakan mana-mana ayat daripada Al-Quran makan baginda tidak akan
mengingatinya. Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-A‘la ayat 6 dan 7:
٧وما يخفى ٱلجهريعلم ۥإنه ٱللهإلا ما شاء ٩فلا تنسى سنقرئك
Maksudnya:
7. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang
diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak
lupa.
8. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui
(segala keadaan yang patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi.
Penangguhan yang dimaksudkan ialah Allah s.w.t menangguhkan penurunan ayat-ayat
tertentu sebaliknya digantikan dengan ayat-ayat yang lain yang membawa kebaikan yang
sama atau lebih baik kepada hamba-hambaNya. Demikian yang dinyatakan oleh al-Jaṣ ṣ aṣ
manakala Abū Zar‘ah pula menyatakan bahawa penangguhan yang dimaksudkan ialah
penangguhan dalam memansuhkan (Ta’khir al-Naskh) (al-Habash, 1999:162-163). Apa yang
lebih penting ialah al-Naskh merupakan suatu perkara yang benar-benar terjadi dan qiraat
yang pelbagai telah membuktikannya.
Contoh kedua dalam bahagian ini ialah firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 119:
٨٨٦ ٱلجحيمعن أصحب ل ولا تسا ا ونذيربشير ٱلحقرسلنك بأ إنا
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
460
Terdapat dua qiraat pada kalimah ل ولا تس iaitu ل ولا تس dan ل سولا ت . Qiraat pertama
membawa maksud penafian dan qiraat kedua membawa maksud larangan. Sheikh Nawawi
(1997:42) mengungkapkan:
Larangan yang dimaksudkan ialah Allah s.w.t melarang baginda s.a.w daripada bertanya
tentang golongan kafir pada hari Kiamat. Ini disebabkan baginda sering merasa bersalah atas
sikap golongan musyrikin yang menolak dakwah baginda. Firman Allah dalam surah al-Kahf
ayat 6:
٩أسفا ٱلحديثيؤمنوا بهذا نفسك على ءاثرهم إن لم بخع فلعلك
Maksudnya: Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu
disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka
enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Larangan ini dibenarkan dengan makna qiraat yang satu lagi iaitu penafian berlakunya
pertanggungjawaban ke atas baginda s.a.w di akhirat kerana dakwah telah disampaikan
kepada mereka dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan di atas tindak tanduknya
sendiri. (al-Habash, 1999: 166)
Contoh ketiga pula ialah firman Allah dalam surah Ᾱ li ‘Imran ayat 115:
٨٨١ ٱلمتقينعليم ب ٱللهو يكفروهفلن من خير يفعلوا وما
Terdapat dua qiraat pada يفعلوا وما iaitu يفعلوا وما dan فعلوات وما di samping pada يكفروه
iaitu يكفروه dan كفروهت . Sheikh Nawawi (1997:147) berkata:
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
461
Qiraat yang bermaksud ‘kamu’ ditujukan kepada semua orang beriman sedangkan qiraat
yang bermaksud ‘mereka’ ditujukan kepada ahli Kitab. Ahli Kitab yang dimaksudkan ialah
mereka yang telah menyatakan keislaman dan mengakui kerasulan baginda s.a.w. seperti
‘Abd Allah ibn Salam, Tha‘labah ibn Sa‘id, Usayd ibn Sa‘id dan lain-lain. Kedua-dua makna
di sebalik dua qiraat yang berbeza ini menunjukkan bahawa semua amalan yang baik tidak
akan disia-siakan oleh Allah s.w.t dan tetap akan diberikan ganjaran olehNya selagi masih
ada iman atau setelah ada iman di hati.
6.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT
MENGENAI AL-GHAYBIYYAT/ AL-SAM‘IYYAT
Antara ayat-ayat yang mengandungi pelbagai qiraat berkaitan dengan perkara-perkara ghaib
ialah ayat 30 surah Yūnus:
٠٠ …ما أسلفت كل نفس تبلوا هنالك
Sheikh Nawawi (1997:485) berkata:
Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi dua qiraat yang mutawatirah dan satu qiraat
yang shadhdhah. Qiraat membawa maksud setiap diri akan merasai kebahagiaan atau
penderitaan berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Qiraat pula setiap diri akan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
462
membaca sendiri amalan masing-masing seperti yang tercatat kitab amalan. Kedua-dua qiraat
ini merupakan qiraat yang mutawatirah. Selain itu Sheikh Nawawi turut membawakan qiraat
yang shadhdhah bermaksud Kami (Allah) menguji setiap diri disebabkan ujian terhadap
apa yang telah dilakukan iaitu Kami perlakukan kepada setiap diri seperti perlakuan si
penguji dan pemeriksa. Ia juga bermaksud Kami (Allah) timpakan bala’ atau azab kepada
setiap diri yang engkar disebabkan kejahatan yang pernah dilakukan.
Kepelbagaian makna dan pentafsiran yang terhasil daripada qiraat yang pelbagai pada ayat di
atas telah menjelaskan persoalan nasib insan di akhirat iaitu setiap insan pasti akan membaca
kitab amalan masing-masing yang hakikatnya merupakan ujian yang sedang diterima
keputusannya seterusnya akan menerima balasan berdasarkan keputusan itu sama ada ke
syurga mahu pun ke neraka.
Selain itu firman Allah dalam surah al-Naml ayat 82:
ايتنا لا يوقنون كانوا ب ٱلناس أنتكلمهم ٱلأرضمن عليهم أخرجنا لهم دابة ٱلقولوإذا وقع
Pada perkataan yang bergaris terdapat dua qiraat iaitu أن dan نإ . Sheikh Nawawi (1997
:184) menyatakannya dalam Marah Labid:
Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi kedua-dua qiraat tersebut. Qiraat pertama
dengan fathah pada huruf hamzah membawa maksud Dabbah al-Ard yang merupakan tanda
besar bagi hari Kiamat akan keluar dan berkata-kata kepada manusia tentang mereka yang
tidak yakin dengan ayat-ayat Allah. Qiraat ini disokong oleh qiraat yang dinisbahkan kepada
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
463
Ubayy ibn Kaab yang membawa maksud yang sama. Qiraat dengan kasrah pada huruf
hamzah pula membawa makna bagi ayat yang baru maka hukum berhenti pada kalimah
adalah waqf tamm. Kesimpulannya wajib bagi kita beriman tentang kewujudan
makhluk tersebut dan wajib kita beriman bahawa ia akan berkata-kata dan memberi nasihat
kepada manusia.
Contoh ketiga pula ialah firman Allah dalam surah al-Zukhruf ayat 19:
٨٦لون ويس إنثا أشهدوا خلقهم ستكتب شهدتهم ٱلرحمنهم عبد ٱلذين ٱلملئكة وجعلوا
Terdapat dua qiraat pada kalimah yang bergaris iaitu عبد dan ندع . Sheikh Nawawi
menjelaskan tentang qiraat dan kesannya kepada makna ayat ini. Beliau (1997:381)
menyatakan:
Muhammad al-Habash (1999:222) merumuskan bahawa ayat yang mempunyai dua qiraat
yang berbeza ini mengandungi ancaman ke atas golongan yang menyifatkan para malaikat
dengan sifat-sifat yang berlawanan dengan kehendak Allah seperi mengatakan para malaikat
berjantina wanita (seperti yang dinyatakan dalam qiraat pertama). Ini berlawanan sama sekali
dengan kemuliaan malaikat yang berada hampir dengan Allah s.w.t seperti yang
dimaksudkan dalam qiraat yang kedua.
7.0 KESIMPULAN
Penulis dapati Sheikh Nawawi Banten sering menjadikan qiraat mutawatirah sebagai hujah
dalam menghuraikan ayat-ayat berkenaan akidah. Walau bagaimanapun beliau juga merujuk
dan menjadikan qiraat shadhdhah yang bersumberkan sahabat dan tabiin sebagai hujah
sokongan. Tidak ketinggalan hujah-hujah lughawiyy juga disertakan apabila perlu. Semua ini
membuktikan kredibiliti dan kewibawaan Sheikh Nawawi sebagai ulama Tafsir. Banyak lagi
ayat-ayat berkenaan akidah yang mengandungi kepelbagaian qiraat disebutkan dalam Marah
Labid. Ayat-ayat ini perlu dikaji dan diselidiki dalam beberapa aspek selain tawjih seperti
pemikiran dan pendekatan Sheikh Nawawi dalam membahaskan isu-isu akidah,
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
464
kecenderungan beliau dalam membicarakan ayat-ayat mutashabihat, sikapnya terhadap
kumpulan-kumpulan seperti Muktazilah, Syiah dan lain-lain.
8.0 RUJUKAN
Bazamūl, Muhammad ‘Umar ibn Sālim, Dr. (1996), al-Qirā’āt wa Atharuhā fi al-Tāfsir
waal-Ahkām, 2 j. Riyadh: Dār al-Hijrah.
Khalidiyy, Salah ‘Abd al-Fattah al-, Dr. (2000), Ta‘rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin,
Damsyik: Dar al-Qalam.
Muhammad al-Habash (1999), al-Qira’at al-Mutawatirah wa Atharuha fi al-Rasm al-
Qur’aniyy wa al-Ahkam al-Shar‘iyyah. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘aṣ ir.
Muhammad ibn cUmar Nawawi al-Jāwi (1417H/1997M), Marāh Labid li Kashf Ma
cna al-
Qur’ān al-Majid. Beirut: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah.
Muhammad Salāmah Yusuf Sulaymān Rabi‘ Prof. Dr. (1999), al-Futūhat al-Ilāhiyyah fi
Tawjih al-Qirā’āt al-Qur’āniyyah. Tanta: Fakulti al-Qur’ān al-Karim li al-Qirā’āt wa
‘Ulūmihā, Universiti al-Azhar.