Tasawwur Dari Sudut Syariah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Our assignment for CTU course in Foundation in Science UiTM.

Citation preview

TASAWWUR DARI SUDUT SYARIAH

TASAWWUR DARI SUDUT SYARIAHDisediakan oleh:

HALIEMAH BINTI ZAHARINUR FATIHAH NABILLA BINTI ABDU RAHMAN

Syariah dianggap teras di dalam sistem perundangan Islam. Teori syariah merangkumi semua lapangan kehidupan manusia yang menyentuh aspek sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Syariah menyediakan panduan dan praktis dalam kehidupan manusia di dunia ini.

PengenalanFirman Allah SWT yang bermaksud:

Pada keseluruhannya kami jadikan engkau (wahai Muhammad S.A.W dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui(perkara yang benar)Pengertian TerminologiSyariah adalah masdar atau nama terbitan bagi kata kerja syaraa. Dari segi sejarah, orang-orang Arab menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada jalan ke tempat air atau mata air. Ia juga membawa maksud jalan yang lurus. Dalam erti kata lain, air merupakan sumber kehidupan manusia, tanpa air, manusia akan dahaga kehausan. Demikian juga signifikan syariah sebagai penunjuk ke jalan yang lurus bagi memastikan kehidupan di dunia dipenuhi dengan kedamaian, keharmonian dan kebajikan.

Pengertian SyariahDari segi bahasa: -sumber air yang mengalir dan tidak putus-jalan yang lurus atau petunjuk

Dari segi istilah:-Segala hukum hakam yang ditetapkan oleh Allah swt ke atas hambaNya melalui perantaraan para RasulNya.- ad-Din(pergantungan) dan al-millah(kecenderungan)Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran (Al Syura 42:13)

Dia mensyariatkan untuk kamu daripada ad-din sebagaimana yang telah diwasiatkan kepada Nuh, dan sebagaimana diwahyukan kepada engkau (Nabi Muhammad SAW), sebagaimana yang diwasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa supaya mereka itu menegakkan ad-din dan janganlah berpisah daripadanya (ad-Din).6Aspek-aspek yang terkandung dalam perintah Allah swt.Istilah yang berkaitan dengan syariahBermaksud kefahaman terhadap sesuatu (tafaqquh fi al-din). Ia berupa ilmu yang bersangkutan mengenai pengkajian hukum-hakam amaliyah dari dalil-dalil yang terperinci/tafsili. Ilmu ini diperolehi menerusi pencapaian akliyah, usaha yang bersungguh-sungguh serta pengamatan yang mendalam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, diberikan ia faham(mendalam) terhadap agama. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)Fiqh atau FikahBerbanding istilah fiqh, perkataan hukum adalah lebih spesifik kerana hukum bererti penetapan atau ketentuan Allah sama ada Halal, Haram, Wajib, Makruh mahupun sunat.

HukumMerupakan peraturan dan hukum yang digubal oleh Badan Perundangan yang berautoriti dalam sesebuah negara untuk tujuan penguatkuasaan. Dalam negara moden hari ini, undang-undang yang digunakan terbahagi kepada dua iaitu undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Undang-undang Sivil- berteraskan undang-undang konvensional/standard. Undang-undang Islam- mewakili hukum-hakam/syarak seperti kes cerai, rujuk dan sebagainya.Undang-UndangNas dan dalil (dalil naqli) bermaksud sumber yang diambil dari al-Quran dan al-Hadith dan menjadi rujukan atau sandaran hukum.

Nas dan Dalil SyarakMasadir al-Syariah bermaksud sumber-sumber utama syariah yang menjadi rujukan dan sandaran hukum dalam Islam. Sumber hukum terbahagi kepada dua bahagian iaitu sumber primer yang berpandukan al-Quran dan al-Hadith.Sumber sekunder terdiri daripada Ijmak dan al-Qias.Sumber-sumber ini disepakati oleh keempat-empat mazhab dalam Islam.

Masadir al-Syariah @ Sumber SyariahMaqasid Syariah (Objektif Syariah)1. Maslahah Dharuriyat Keperluan asas yang perlu ada kepada setiap individu untuk melangsungkan kehidupan demi menegakkan kepentingan agama dan duniawi. Cth: keperluan asas manusia.

2. Maslahah Hajiyyah-Maslahah ini bertujuan untuk menolak kesukaran dan kepayahan hidup. Contoh: jalan raya berbanding jalan tanah liat

3. Maslahah Tahsiniyyah @ Kamaliyyah-Penambahbaikan dan kesempurnaan kehidupan manusia dan pelengkap kepada keseluruhan kehidupan.Cth: memiliki beberapa kereta mewah Tiga Keperluan dalam syariah IslamManusia adalah makhluk ciptaan Allah

Sesungguhnya Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku(QS Al-Dzariyat 56)

Hubungan manusia dengan Allah ditandai kontrak kerja yang menjadi kewajipan manusia adalah amal soleh.

Hablu Minallah Diamalkan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat

Umat manusia saling berhubungan antara satu sama lain

Firmah Allah SWT Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran(Al-MaIdah: 2)Hablu MinannasPeranan manusia sebagai wakil(khalifah) di muka bumi

Menghindarkan diri dan bumi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya

Firman Allah SWTSesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berbuat kebaikan(An-Nahl: 128)Hablun Minal BiahCiri-ciri Perundangan IslamIslam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah SWT

Islam menjamin kejayaan yang hakiki bagi manusia sama ada di dunia mahupun akhirat

Islam amat istimewa kerana menyediakan garis panduan dalam seluruh aspek kehidupan manusia

Ajaran Islam mengandungi 3 komponen utama iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak.Peranan Syariah dalam Pembangunan UmmahSyariat Islam sebagai Agen Pembangunan UmmahPembangunan UmmahAkibat Jika Syariah Tidak Dilaksanakan Dalam NegaraSyariah islam adalah satu peraturan yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia sebagai panduan mereka dalam menempuh kehidupan.

Firman Allah:

Dan demikianlah kami jadikan kamu wahai umat Muhammad satu umat pertengahan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)

(Al-Baqarah: 143)

KesimpulanSEKIANTERIMA KASIH