26
KITAB AL-RIJAL:TUMPUAN KEPADA KITAB TAQRIB AL- TAHZIB OLEH IBNU HAJAR AL-’ASQALANI Disediakan Oleh : Mohd Khalil Bin Abdullah Abdul Adil Bin Abdul Aziz Muhammad Bin Mahadi

Taqrib Li Ibni Hajar

  • Upload
    adilero

  • View
    206

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Taqrib Li Ibni Hajar

KITAB AL-RIJAL:TUMPUAN KEPADA KITAB TAQRIB AL-TAHZIB OLEH IBNU HAJAR AL-’ASQALANI

Disediakan Oleh :

Mohd Khalil Bin Abdullah

Abdul Adil Bin Abdul Aziz

Muhammad Bin Mahadi

Page 2: Taqrib Li Ibni Hajar

Ibnu Hajar al-’Asqalani

• Nama• Nama sebenar beliau ialah Syihabuddin Abul

Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Hajar, al Kinani, al ‘Asqalani, asy Syafi’i, al Mishri.

• Dikenali dengan nama Ibnu Hajar, Gelaran ‘Asqalani adalah nisbah kepada ‘Asqalan’, satu tempat di Palestin, berdekatan dengan Gazza

Page 3: Taqrib Li Ibni Hajar

 LahirBeliau lahir di Mesir pada 22 Sya’ban Tahun 773 H, ibunya wafat ketika beliau masih bayi, kemudian bapanya pula wafat ketika beliau berumur 4 tahun. Sebelum wafat, bapanya berwasiat kepada dua orang ‘alim iaitu Zakiyuddin al Kharrubi dan Syamsuddin Ibnu al-Qaththan al-Mishri supaya mengasuh dan mendidik Ibnu Hajar yang masih kecil itu. Wafat

Ibnu Hajar Pada 28 Dzulhijjah 852 H di Mesir.Beliau di kebumikan di Qarafah ash-Shugra.

Page 4: Taqrib Li Ibni Hajar

Pendidikan beliau

Semenjak kecil beliau memiliki semangat yang tinggi untuk belajar. Beliau memulakan pengajian di kuttab (Pendidikan al Qur’an) setelah genap berusia lima tahun.

Hafal al-Quran ketika genap berusia sembilan tahun. Di samping menghafal kitab-kitab ilmu yang ringkas, seperti al -‘Umdah, al Hawi al-Shagir, Mukhtasar Ibnu Hajib dan Milhatul I’rab.

Page 5: Taqrib Li Ibni Hajar

Beliau seorang yang sangat dahagakan ilmu, ini dapat dilihat melalui pengembaraan beliau mengambil ilmu ke tempat-tempat berikut:

1)Makkah Beliau mula-mula sampai ke Makkah al-

Mukarramah pada tahun 785 H semasa beliau berumur 12 tahun. Beliau mempelajari Sahih Bukhari di Makkah dengan Shaiykh al-Muhaddith ‘Afifuddin al-Naisaburi Rahimahullah.

Page 6: Taqrib Li Ibni Hajar

2. Damsyiq . Beliau bertemu dan belajar dengan murid-murid Ibnu ‘Asakir Rahimahullah. Dan beliau juga menimba ilmu dari Ibnu Mulqin dan al-Bulqini.

3. Baitul Maqdis, dan banyak kota-kota di Palestin, seperti Nablus, Ramlah dan Ghuzzah. Beliau bertemu dengan para ‘ulama di situ dan mengambil manfaat ilmu daripada mereka.

4. Sanaa’ dan beberapa kota lagi di Yaman.

Page 7: Taqrib Li Ibni Hajar

Sifat Ibnu Hajar Al-Asqalani - Ibnu Hajar seorang yang berbadan

tinggi. - Mempunyai pendengaran dan

penglihatan yang tajam. - Bercita-cita tinggi - Fasih dalam berkata-kata. - Pandai - Pintar dalam bersyair - Menjadi pemimpin di masanya.

Page 8: Taqrib Li Ibni Hajar

Antara guru-guru Ibnu Hajar, Guru Dalam Bidang al Quran

- Ibrahim bin Ahmad bin Abdul Wahid at Tanukhi asy Syami (W 800 H)- Muhammad bin Muhammad bin Muhammad ad Dimasyqi al Jazari (W 833 H)- Abu Bakr bin Abdul Aziz bin Jama’ah al Hamawi al Misri (W 819 H).

Guru Dalam Bidang Hadis- Abdullah bin Muhammad bin Muhammad bin Sulaiman an Naisaburi yang dikenal dengan nama an Nasyawari (W 790 H)- Muhammad bin Abdullah al Makhzumi (W 817 H)- Abu Fadhl Abdurahim bin al Husain al ‘Iraqi (W 806 H)

Page 9: Taqrib Li Ibni Hajar

Guru Dalam Bidang Fiqh- Ibrahim bin Musa Burhanudin al Abnasi asy Syafi’I (W 802 H)- Amr bin Ali bin Ahmad bin al Mulaqin asy Syafi’I (W 704 H)- Abu Hafsh al Bulqini (W 805 H)

Page 10: Taqrib Li Ibni Hajar

Antara murid-murid beliau:

Al-Sakhawi, Burhanuddin Al-Biqa’i, Zakaria Al-Anshari. Ibnu Al-Haidhari. At-Tafi bin Fahd Al-Makki. Al-Kamal bin Al-Hamam Al-Hanafi. Qasim bin Quthlubugha. Ibnu Taghri Bardi

Page 11: Taqrib Li Ibni Hajar

Karya-karya beliau:

Al-Tamyiz fi Takhrij Ahadith Syarh Al-Wajiz (Al-Talkhis Al-Habir).

Fath Al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari Hadyu al-Sari Muqqadimah Fath Al-Bari. Ta’jil al-Manfaah bi Zawaid Rijal al-A’immah

Al-Arba’ah. Taqrib al-Tahzib. Tahzib al-Tahzib. Lisan al-Mizan.

Page 12: Taqrib Li Ibni Hajar

Al-Ishaabah fi Tamyiz al-Shahabah. Inba’ al-Ghamar bi Inba’ al-Umur. Bulughul Maram min Adillah Al-Ahkam.

Page 13: Taqrib Li Ibni Hajar

Jawatan disandang

Beliau dilantik menjadi ketua qadhi di Mesir untuk

beberapa kali.

Selain menjadi hakim, beliau juga melakukan tugas-tugas lain seperti:

- Berkhutbah di Masjid Jami’ al-Azhar.

- Berkhutbah di Masjid Jami’ ‘Amr bin al Aash di Kaherah.

- Memberi fatwa di Jabatan Pengadilan.

Page 14: Taqrib Li Ibni Hajar

Pujian ulama’ ke atasnya:

  Al-’Iraqi berkata “Beliau seorang shaikh

yang alim, yang sempurna, yang mulia, seorang muhaddith yang banyak memberikan manfaat, yang agung, seorang Al-Hafiz, sangat bertakwa, yang dhabit (boleh dipercayai kata-katanya), yang thiqah, dan amanah

Page 15: Taqrib Li Ibni Hajar

Pengenalan Kitab Taqrib al-Tahzib Kitab ini merupakan ringkasan kepada karya

sebelumnya iaitu “ Tahzib al-Tahzib” yang juga merupakan ringkasan kepada karya gurunya al-Imam al-Hafiz al-Mizzi iaitu “Tahzib al-Kamal”. Idea untuk menulis kitab ini mula timbul selepas al-Hafiz Ibnu Hajar melihat kesukaran yang dialami oleh penuntut ilmu semasa merujuk kepada karya-karya rijal al-hadith sebelumnya yang kebanyakkan ditulis dengan panjang lebar. Walaupun karya ini ringkas, Ibnu Hajar masih mengekalkan perkara-perkara yang penting yang terdapat dalam kitab asal,

Page 16: Taqrib Li Ibni Hajar

contohnya beliau telah menyatakan hukuman ‘ulama al-jarh wa ta’adil ke atas seseorang perawi dengan teliti walaupun dengan sangat ringkas. Beliau mula menulis kitab ini pada tahun 827H dan menyempurnkannya pada tahun 850H iaitu dua tahun sebelum kewafatannya.

Page 17: Taqrib Li Ibni Hajar

Metodologi Penulisan

Secara umumnya al-Hafiz Ibn Hajar telah menggunakan 3 metodologi dalam kitabnya ini:

1) Tabaqat perawi 2) Peringkat-peringkat Jarh Wa Taadil 3)Penggunaan Rumuz

Page 18: Taqrib Li Ibni Hajar

1. Tabaqat perawi Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani telah meletakkan

peringkat perawi kepada 12 peringkat seperti berikut : Peringkat Pertama: Mendahulukan tabaqat sahabat,

jika ada perselisihan tentang kedudukan mereka di kalangan ulama’. Ibn hajar akan menjelaskan kedudukannya.seperti dalam turjumah Abdullah bin Amir bin Hanzhalah al-Ghasil.

Page 19: Taqrib Li Ibni Hajar

Peringkat kedua Tabi’in besar seperti Ibnu Musayyab. Tabi’in

muhadramun. ( seperti Al-Sana<bahi dan Abu ‘Aliyah al-Riyahi )

Peringkat ketiga Tabi’in pertengahan seperti Hassan al-Basri

dan Ibnu Sirin. Peringkat Keempat Tabi’in yang banyak meriwayatkan hadith

daripada Tabi’in besar seperti Zuhri dan Qatadah.

Peringkat kelima Tabi’in kecil yang sempat berjumpa dengan

seorang atau dua orang sahabat. seperti Al-A’mash.

Page 20: Taqrib Li Ibni Hajar

Peringkat Keenam Sezaman dengan peringkat kelima tetapi

tidak dipastikan mereka bertemu dengan sahabat seperti Ibnu Juraij.

Peringkat Ketujuh Kibar tabi’ tabi’in seperti Malik dan Sufyan

al-Thauri. Peringkat Kelapan Tabaqat pertengahan di kalangan Tabi’

Tabi’in seperti Ibnu ‘Uyainah. Peringkat Kesembilan Tabi’ Tabi’in yang kecil seperti Yazid bin

Harun dan al-Syafi’i.

Page 21: Taqrib Li Ibni Hajar

Peringkat Kesepuluh Kibar tabi’ tabi’ tabi’in. seperti Ahmad

bin Hanbal dan Yahya Ibnu Ma’in.

Peringkat Kesebelas Tabi’ tabi’ tabi’in pertengahan seperti al-

Bukhari.

Peringkat kedua belas Tabi’ tabi’ tabi’in kecil seperti al-Tirmizi.

Page 22: Taqrib Li Ibni Hajar

2. Peringkat Jarh Wa Taadil.

 Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani telah menyusun 12 peringkat al-Jarh wa Ta’adil seperti berikut : 

1. MARTABAT PERTAMA : Para Sahabat.

2. MARTABAT KEDUA : Pujian dengan menggunakan ayat penguat seperti : awthaqu an-Naas, atau dengan pengulangan secara lafaz seperti : 'Thiqah Thiqah' , atau pengulangan secara ma'na seperti : 'thiqah hafidz' 

3. MARTABAT KETIGA: pujian dengan sesuatu sifat tanpa pengulangan seperti : Thiqah, Mutqin, Thabat atau 'Adil. 

Page 23: Taqrib Li Ibni Hajar

4. MARTABAT KEEMPAT :Ia disebut dengan kata seperti : “saduq”, “La baksa bih”, “Laisa bihi baksun” . 

5. MARTABAT KELIMA :Ia disebut dengan kata seperti : “Saduq sayyi’ al-Hifdz”, “Saduq yuhim” atau “lahu awham”, atau taghayyar biakharatin (biaahiratin) atau saduq yukhtik, begitu juga sesiapa yang dituduh dengan apa jua bid'ah seperti Syiah, Qadariyah, Jahmiyyah . 

6. MARTABAT KEENAM :Iaitu sesiapa yang tidak meriwayat hadith kecuali sedikit, seta tidak thabit pada riwayatnya, maka disebut dengan : Maqbul atau layyin al-hadith. 

7. MARTABAT KETUJUH :Diriwayat darinya lebih dari seorang tetapi ia tidak dipercayai atau tidak disebut apa2 tentangnya dari perawi yang mengambil darinya, maka tidak diketahui hal sebenarnya. Ia disebut dengan lafadz : Mastur, Majhul al-Hal. 

Page 24: Taqrib Li Ibni Hajar

8. MARTABAT KELAPAN : Mereka yang tidak mendapat kepercayaan dari ahli hadith serta terdapat yang mengatakannya sebagai dhaif walaupun tidak diperincikan. Mereka ini disebut dengan lafadz 'Dhoif. 

9. MARTABAT KESEMBILAN :Sesiapa yang hanya diriwayatkan darinya oleh seorang sahaja serta tidak dipercayai. Maka disebut Majhul. 

10.MARTABAT KESEPULUH :Sesiapa yang langsung tidak dipercayai, di dhaifkan dengan penjelasan. Mereka disebut Matruk, Matruk al-Hadith, Wahi al-Hadith atau saqit. 11. MARTABAT KESEBELAS :Mereka yang ditohmah dengan pembohongan. Iaitu al-kizb. 

12.MARTABAT KEDUA BELAS :Mereka yang digelar pembohong (al-kizb) atau pereka hadith (al-wad'

Page 25: Taqrib Li Ibni Hajar

3)Rumuz-rumuz dalam Taqrib al- Tahzib

صحيحه في . ((خ))البخاري 3 معلقا .((خت))البخاري المفرد األدب في .((بخ))البخاري العباد أفعال خلق في .((عخ))البخاري ((م))لمسلم. صحيحه مقدمة .((مق))في داود .((د))ألبي ((ت))للترمذي. الشمائل في .((تم))الترمذي ((س))النسائي.

.

Page 26: Taqrib Li Ibni Hajar