21
TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN ‘EMPLOYABILITY’ OLEH GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORIAH BINTI RAHMAT Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April 2006

TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

  • Upload
    lykhanh

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN

‘EMPLOYABILITY’ OLEH GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

NORIAH BINTI RAHMAT

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

Page 2: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN ‘EMPLOYABILITY’ OLEH GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya NORIAH BINTI RAHMAT

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Dok-tor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara, institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√) ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:NO 52 KG PARI TENGAH DR.YAHYA BIN BUNTAT BENUT 82200 PONTIAN Nama Penyelia JOHOR Tarikh : ___________________ Tarikh : ____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah clan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : NORIAH BINTI RAHMAT

Tarikh : ............................................

Page 4: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Tandatangan : ..............................................

Penyelia : DR.YAHYA BIN BUNTAT

Tarikh : .................................................

Page 5: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah S.W.T yang maha pengasih lagi penyayang, selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Saya merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada pensyarah

pembimbing penulisan ilmiah ini iaitu Dr.Yahya Bin Buntat di atas segala bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat dan dorongan.

Terima Kasih juga kepada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,

Bahagian EPRD, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor,

Pejabat Pendidikan Daerah Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa

Jaya II kerana memberi kerjasama dan sokongan padu sepanjang saya menyiapkan

penyelidikan ini.

Page 6: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran ‘employability’

oleh Guru-Guru Kemahiran Hidup dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Elemen kajian kemahiran ‘employability’ ialah

Kemahiran Akademik, Kemahiran Mengurus Diri dan Kemahiran Berpasukan. Kajian

melibatkan seratus orang pelajar dari tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Selesa Jaya 2 di daerah Johor Bahru. Kaedah soal selidik Skala Likert digunakan

untuk mendapatkan maklumat. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisisan

Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi. 13.0. Hasil kajian mendapati

kemahiran ‘employability’ yang paling kerap diterapkan ialah Kemahiran Mengurus

Diri diikuti Kemahiran Berpasukan dan Kemahiran Akademik. Kemahiran

‘employability’ yang dianggap paling penting diterapkan ialah Kemahiran Akademik

diikuti Kemahiran Berpasukan dan Kemahiran Mengurus Diri. Persetujuan responden

terhadap penggunaan kaedah pengajaran oleh guru Kemahiran Hidup dalam usaha

menerapkan elemen kemahiran ‘employability’ adalah tinggi.

Page 7: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the inclusion of Employability Skills

among the living skills teachers in the teaching and learning of integrated living skills

subject in school. The Employability Skills include in this study are Academic Skills,

Personal Care Skills and Teamwork Skills.100 form 3 students of Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Johor involved in this study. The collection of data is

gathered by using the Likert Scale Questionnaire. Statiscal Package for Social Science

(SPSS) version 13.0 is used to analyse the data. The findings show that the most

frequent Employability Skills instilled by the teachers is Personal Care Skills , followed

by Teamwork Skills and Academic Skills. The most vital Employability Skills that said

to be the most important is Academic Skills, followed by Teamwork Skills and Personal

Care Skills. The agreement of the respondents with the teaching method of the living

skills teachers are high especially on the implementation of the ‘employability’ element

in the school.

Page 8: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Kaedah Kajian 10

1.8 Skop Kajian 11

1.9 Definisi Terminologi 11

1.9.1 Pelajar Sekolah 11

Page 9: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

1.9.2 Kemahiran ‘Employability’ 12

1.9.3 Kemahiran Akademik 12

1.9.4 Kemahiran Mengurus Diri 12

1.9.5 Kemahiran Berpasukan 13

1.9.6 Guru Kemahiran Hidup 13

1.9.7 Tanggapan 13

1.10 Batasan Kajian 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian Kemahiran ‘Employability’ 14

2.2.1 Kemahiran Akademik 21

2.2.2 Kemahiran Mengurus Diri 24

2.2.3 Kemahiran Berpasukan 25

2.2.3.1 Ketrampilan 26

2.2.3.2 Interpersonal 27

2.2.3.3 Kemahiran Maklumat 27

2.2.3.4 Ketrampilan Sistem 28

2.2.3.5 Teknologi 29

2.2.3.6 Matematik 30

2.3 Model Pengajaran 31

Page 10: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.3.1 Pemilihan Sampel 37

3.4 Instrumen Kajian 38

3.4.1 Kajian Rintis 41

3.5 Prosedur Kajian 43

3.6 Analisis Data 44

BAB IV ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

4.1 Pendahuluan 45

4.2 Latar Belakang Responden 45

4.2.1 Jantina 46

4.2.2 Bangsa 46

4.2.3 Jawatan Pelajar Di Sekolah 47

4.3 Persoalan Kajian Pertama 48

4.3.1 Interprestasi Data Jadual 4.4,

Taburan Elemen Kemahiran 50

‘Employability’ 51

4.4 Persoalan Kajian Kedua 55

4.4.1 Interprestasi Data Jadual 4.6,

Taburan Elemen Kemahiran

‘Employability’ 57

4.5 Persoalan Kajian Ketiga 62

Page 11: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 68

5.2 Rumusan 68

5.2.1 Dapatan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian Pertama 69

5.2.2 Dapatan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian Kedua 71

5.2.3 Dapatan Kajian Berdasarkan

Kajian Ketiga 72

5.3 Perbincangan 74

5.4 Cadangan 76

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.6 Penutup 77

RUJUKAN 79

Page 12: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL JADUAL MUKA SURAT

3.1 Markat Skala Kadaran 41

4.1 Jadual Taburan Jantina 46

4.2 Jadual Taburan Bangsa 47

4.3 Jadual Taburan Jawatan Pelajar Di Sekolah 48

4.4 Jadual Taburan Analisis Kekerapan Kemahiran

‘Employability’ Mengikut Kemahiran Akademik,

Kemahiran Mengurus Diri dan Kemahiran

Berpasukan 48

4.5 Jadual Taburan Analisis Min Keseluruhan

Kemahiran ‘Employability’ 54

4.6 Jadual Taburan Analisis Yang Dianggap Penting

Mengikut Keutamaan Elemen Kemahiran

‘Employability’ Dalam Kemahiran Akademik,

Kemahiran Mengurus Diri dan Kemahiran

Berpasukan 56

4.7 Jadual Taburan Analisis Min Keseluruhan

Kemahiran ‘Employability’ 61

4.8 Jadual Taburan Analisis Kaedah Penerapan

Kemahiran ‘Employability’ Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran 62

4.9 Jadual Taburan Analisis Min Keseluruhan Kaedah

Penerapan Elemen Kemahiran ‘Employability’ 67

Page 13: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 88

B Surat Pengesahan Pelajar UTM 93

C Surat EPRD 94

Page 14: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sekolah memberi peluang kepada pelajar menerima pendidikan dan latihan untuk

membentuk individu secara tersusun dan dapat menentukan individu berfikir secara

kritikal dan berdaya kreatif. Sekolah berkemampuan melatih individu mencapai

kemahiran teknikal, perkembangan kegiatan psikomotor dan potensi melalui pengajaran

dan pembelajaran. Roziah (2000), menyatakan fokus dunia pendidikan tidak seharusnya

tertumpu kepada usaha menambahkan pengetahuan pelajar semata-mata, malah

menghasilkan pelajar serba boleh, mengasah kemahiran pelajar, kemahiran berfikir

secara kritis, kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja secara kumpulan dan ‘self-

diretction in learning’ yang akan meletakkan pelajar sebagai orang yang lebih

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah

tidak lagi harus tertumpu kepada usaha membekalkan ilmu kepada pelajar semata-mata,

malah turut mendedahkan kemahiran tertentu seperti kemahiran ‘employability’ yang

boleh dimanfaatkan oleh pelajar apabila mereka tamat alam persekolahan. Usaha ini

memerlukan guru-guru Kemahiran Hidup menumpukan usaha menambahkan

pengetahuan dan menghasilkan kemahiran ‘employability’ agar pelajar-pelajar

Page 15: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

berkebolehan bekerja dalam bengkel secara kumpulan serta pelajar memiliki sifat ‘self-

direction in learning’.

Widad dan Syed Hadzir(1996) menjelaskan bahawa mata pelajaran Kemahiran

Hidup(KH) merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang digubal selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara dengan tujuan untuk merancang kearah meningkatkan daya

pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif dan

kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang berkaitan dengan

perkembangan teknologi dan ekonomi negara. Maka pengintegrasian dan penerapan

kemahiran ‘employability’ dalam pengajaran merupakan penyokong utama dalam

mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Manakala pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu di sekolah bertujuan membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk

membolehkannya mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan

perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Maka sewajarnya, penekanan

kemahiran ‘employability’ diberi penekanan melalui proses kemahairan ‘employability’

penyerapan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia.

Kemahiran ‘employability’ adalah konsep yang sukar diberikan maksud secara

ringkas dan komprehensif kerana konsep kemahiran ‘employability’ diguna pakai

dalam pelbagai konteks dan pelbagai makna serta kesempitan penjelasan dan ketepatan

sebagai konsep operasional(Hillage dan Pollard,1998).

Yahya dan Muhammad Rashid (2003) menjelaskan bahawa terdapat beberapa

definisi berkaitan dengan kemahiran ‘employability’. Mereka menjelaskan istilah

‘employability’ memberi tumpuan ke atas aspek berkaitan gambaran personal, sikap,

tabiat, tingkah laku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran membuat

keputusan serta proses mengurus organisasi (Lankard,1990; Mc Lauglin, 1995).

Buck dan Barrick(1987: 29-31)

Page 16: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

“Kemahiran ‘employability’ menjadi penyumbang kepada pekerja,

seterusnya kecekapan teknikal, pekerja menjadi asset kepada

majikan. Kemahiran ‘employability’ merangkumi kebolehan

membaca, asas ‘arithmetic’ dan asas kemahiran lain; penyelesaian

masalah, membuat keputusan dan susunan tertinggi kemahiran

berfikir; kebolehan berdikari, sikap positif, bekerjasama dan

kemahiran afektif yang lain dan trait”

Berdasarkan definisi tersebut, istilah kemahiran ‘employability’ adalah

kebolehan bukan teknikal tetapi ia adalah kemahiran ketrampilan individu yang

meliputi kemahiran komunikasi, kemahiran komputer, kemahiran berbudaya, kemahiran

kebolehpercayaan individu yang merangkumi pengurusan individu, beretika, dan

kematangan vokasional serta kemahairan pengubahsuaian ekonomi yang meliputi

kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran belajar dan pembangunan kerjaya

(Gainer,1998, dalam Yahya dan Muhammad Rashid,2003).

Bagi tujuan kajian ini, penyelidik mendefinisikan kemahiran ‘employability’

sebagai kemahiran atau kualiti individu yang diperlukan oleh para guru terhadap

pelajar-pelajar di sekolah. Kemahiran ‘employability’ ini dapat dilihat dari aspek

kemahiran berkumpulan yang meliputi kebolehan pelajar bekerjasama dengan orang

lain, dan kebolehan mereka melibatkan diri dalam sesuatu projek atau tugas.

Kemahiran ‘employability’ sangat diperlukan di bengkel Kemahiran Hidup di

sekolah kerana pelajar yang berkemahiran teknikal yang baik, tanpa memiliki

kemahiran ‘employability’ adalah dianggap tidak berkualiti. Kajian yang dijalankan

oleh Mohd Yusuff , Mohd Fadhil Nuriddin dan Naimah Yong(1995) mendapati

beberapa elemen kualiti mesti ada bagi graduan-graduan teknikal dan vokasional seperti

berkeupayaan berkomunikasi, berinisiatif, fleksibel dan lain-lain kemahiran bagi

mereka menghadapi cabaran persaingan dunia pekerjaan.

Page 17: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

Menurut Yahya dan Muhammad Rashid(2003) kemahiran ‘employability’

merujuk kemahiran utama iaitu kemahiran akademik; kemahiran berkomunikasi,

kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran

matematik, kemahiran mengurus diri ; kemahiran bersikap dan berkelakuan positif,

kebolehan bertanggungjawab dan kebolehan membuat penyesuaian dan kemahiran

berpasukan ; kebolehan bekerja dengan orang lain, dan kebolehan melibatkan diri dalam

sesuatu projek atau tugas.

Zakaria dan rakan-rakan(1987) berpendapat pendidikan dan latihan vokasional

dikatakan baik apabila ia dapat menyediakan pelajar untuk memasuki pekerjaan.

Lewis(1996) menjelaskan bahawa institusi vokasional memainkan pernan penting untuk

menyediakan para pekerja bagi menghadapi perubahan teknologi. Oleh yang demikian,

pihak institusi sentiasa mengikuti perkembangan dan keperluan pekerjaan semasa bagi

membolehkan mereka merancang program yang dapat memenuhi pasaran kerja masa

kini dan cabaran persaingan kerja masa akan datang.

Hillage dan Pollard(1998) mentakrifkan kemahiran employability’ merupakan

keupayaan dan kebolehan individu dalam pekerjaan, mengekalkan pekerjaan dan

mencapai pekerjaan baru yang memerlukan individu sebagai aset

pengetahuan,kemahiran dan sikap serta menggerakkan aset individu yang

dipersembahkan dalam potensi pekerjaan melalui dunia pekerjaan individu. Beliau

berpendapat kemahiran ‘employability’ adalah kemahiran ‘softer dan attitudes’ di mana

individu melihat pasaran pekerjaan sebagai pengetahuan,kemahiran dan sikap yang

releven untuk menggerakkan individu ke pasaran pekerjaan.

Little(2001) menjelaskan bahawa konsep kemahiran ‘employability’ adalah

multi dimensi dan perlu membezakan antara faktor yangt releven agar individu

mencapai keperluan kerja dan faktor yang releven persediaan individu untuk bekerja.

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kemahiran ‘employability’ sebagai

autonomi yang menyumbang kepada kebolehan pembimbing untuk merekabentuk

Page 18: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

situasi kerja dalam bilik darjah dan guru kemahiran hidup bersepadu boleh memberi

lebih autonomi disebabkan mempertimbangkan mereka diluar aliran utama sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Yahya (2003), dewasa ini bidang pekerjaan semakin kompleks yang

memerlukan para pekerja berkemahiran teknikal dan memiliki kemahiran

‘employability’ yang tinggi. Mohd Yusuff dan rakan-rakan (1995),menjelaskan bahawa

sektor perindustrian sekarang menuju era industri bio teknologi(bio-tec), teknologi

pertengahan(mi-tec) dan teknologi tinggi(hi-tec), serta teknologi maklumat. Maka para

pelajar memerlukan kemahiran ‘employability’ di peringkat sekolah lagi melalui

penerapan pengajaran dan pembelajaran di bengkel-bengkel kemahiran hidup di

sekolah.

Meninjau sejarah pendidikan sekolah menengah rendah yang bercorak aneka

jurusan mula diperkenalkan pada tahun 1965 untuk memberikan pelajar peluang

mengambil salah satu daripada empat mata pelajaran elektif(seni perusahaan,

perdagangan, sains Rumah Tangga dan sains Pertanian) di samping mendapatkan

pendidikan umum. Tujuan pendidikan bercorak pra vokasional mengikut

kecenderungan. Mengikut laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran 1979, memperakukan pengetahuan yang diperoleh kurang berguna dan

berfungsi. Oleh itu, mata pelajaran kemahiran hidup dilaksanakan di semua sekolah

menengah pada tahun 1989 di Tingkatan satu. kemudian Kemahiran Hidup program

peralihan digantikan dengan Kemahiran Hidup Bersepadu mulai tahun 1991.

Ishak (1992) berpendapat, perubahan teknologi menjadikan mata pelajaran

Kemahiran Hidup memenuhi kehendak industri kerana pihak industri sekarang ini

memerlukan pekerja memiliki kemahiran yang luas termasuk kemahiran employability’

Page 19: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

Persekitaran sekolah , kemahiran keupayaan kerja merupakan pembelajaran

terbaik sebagai pengganti bilik darjah dalam mereplikakan ciri persekitaran kerja

sebenar dan pelajar seolah-olah menghampiri pelaksanaan pekerjaan tersebut(Berryman

1990, 1991; Graham, Vitale, dan Schenk 1991; Gregson dan Bettis 1991;

Junge,Daniels, dan Karmos 1984,; Meyer dan Newman 1988 dan Stasz,et al

1990,1993)., dalam Muhammad Rashid dan Yahya (2003).

Oleh sebab itu, kemahiran intelek, kemahiran mengurus diri, bekerja dalam satu

kumpulan, kemahiran ‘interpersonal’ serta komunikasi sangat penting memenuhi

kehendak sektor pekerjaan di luar latar sekolah.

Keadaan demikian jika dipinggirkan akan menimbulkan masalah di kalangan

pelajar-pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keperluan kurikulum

kemahiran hidup di sekolah dan di alam pekerjaan baru. Maka penyediaan sumber

tenaga manusia di peringkat latihan di sekolah melalui penyerapan kemahiran

‘employability’ perlu diberi sokongan semua pihak selaras kehendak perkembangan

sektor pekerjaan dewasa ini.

Yahya dan Muhammad Rashid (2003), menjelaskan abad ke-21 merupakan era

di mana sektor pekerjaan memerlukan pekerja yang berkemahiran ‘employability’ yang

meliputi kemahiran menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, bekerja dalam satu

pasukan dan kesediaan mempelajari dunia yang bebas dan pesat, perkembangan

teknologi serta keutamaan peningkatan kualiti kemahiran tenaga kerja merupakan

beberapa cabaran dalam pendidikan yang perlu ditangani oleh semua pihak. Maka di

sini kemahiran ‘employability’ para pelajar perlu dipertingkatkan agar keberkesanan

penyerapan kemahiran ‘employability’ berupaya dibekalkan kepada para pelajar melalui

mata pelajaran Kemahiran Hidup. Pendapat beliau bertepatan dengan Morley(2001)

berpendapat kemahiran ‘employability’merupakan pelajar membuat pelaburan deposit

di dalam bank kemahiran.

Page 20: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

Lankard (1990) menjelaskan bahawa :

“Ciri terpenting bilik darjah adalah keberkesanan mengajar

kemahiran’employability’ sebagai pegangan petunjuk dan

harapan tinggi dalam komunikasi bagi pembelajaran mereka.

Guru lebih berkesan apabila mereka mempertimbangkan

pemerintahan sendiri(autonomi) dalam mengekalkan

kurikulum, rekabentuk bilik darjah, dan pendekatan

pengajaran

Harvey,L and Green,D(1997) pula mendapati bahawa majikan industri mahukan

para lulusan institusi latihan kemahiran, mempunyai kemahiran intelek, bersedia untuk

terus belajar, berkemahiran mengurus diri, bekerja dalam satu kumpulan dan juga

kemahiran ‘interpersonal’ Pernyataan beliau menunjukan kemahiran ‘employability’

menjadi salah satu elemen penting yang perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar dalam

proses pendidikan mereka di sekolah.

Untuk mengenalpasti tanggapan pelajar terhadap penerapan kemahiran

‘employability’dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru-guru

Kemahiran Hidup maka, satu kajian haruslah dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk

meninjau apakah tanggapan pelajar terhadap kemahiran ‘employability’ dan sejauh

manakah penyerapan kemahiran ‘employability’ diintegrasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru kemahiran hidup di sekolah menengah.

Apakah kaedah penerapan kemahiran ‘employability’ oleh guru-guru Kemahiran Hidup

di sekolah?.

Page 21: TANGGAPAN PELAJAR TERHADAP PENERAPAN … · Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini ... 3.4 Instrumen Kajian 38 3.4.1 Kajian Rintis 41 3.5

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan tinjauan literature , kajian mengenai kemahiran ‘employability’

banyak menekankan keperluan para pekerja yang bukan sahaja berkemahiran teknikal

tetapi juga memiliki pelbagai kemahairan pekerjaan termasuklah kemahiran

‘employability’. Namun kajian kemahiran ‘employability’ di sekolah melalui mata

pelajaran Kemahiran Hidup kurang dijalankan . Oleh itu penyelidik hanya ingin

mengkaji dan mengenalpasti setakat manakah tanggapan para pelajar terhadap

kekerapan , keutamaan kepentingan serta kaedah penerapan elemen kemahiran

‘employability’ yang merangkumi elemen kemahiran akademik, kemahiran mengurus

diri dan kemahiran berpasukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru

Kemahiran Hidup.

1.4 Persoalan Kajian

Secara am, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tanggapan pelajar

terhadap penerapan kemahiran ‘employability’ guru kemahiran hidup dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Secara khusus, matlamat kajian adalah untuk

mendapatkan jawapan-jawapan terhadap beberapa persoalan kajian seperti berikut:

1. Apakah elemen kemahiran ‘employability’ yang paling kerap diterapkan oleh

guru-guru Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan pembelajaran

2. Apakah elemen kemahiran ‘employability’ yang dianggap penting mengikut

keutamaan oleh guru Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

3. Apakah kaedah penerapan kemahiran ‘employability’ yang digunakan oleh

guru-guru Kemahiran Hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran.